KHADAM GONCANG PAWAGAM, RASMI CECAH KUTIPAN RM5 JUTA!

Tuesday, 7 July 2026

Sebuah pencapaian luar biasa! Filem seram thriller yang masih menjadi bualan hangat, Khadam, secara rasmi telah melonjakkan angka kutipan ‘box office’ tempatan dengan mencecah RM5 JUTA! Pihak produksi REDCOMM & KOMET, bersama barisan pelakon dan krew ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia serta rakan media yang tidak putus-putus memberikan sokongan padu.

"Terima kasih atas setiap tiket yang dibeli dan setiap sokongan yang diberikan."

Esok Hari Rabu, Jom Serbu Pawagam!

Berita baik! Esok ialah hari Rabu, waktu paling berbaloi untuk ke panggung memandangkan kebanyakan pawagam menawarkan harga tiket yang jauh lebih murah. Jadi, buat anda yang belum sempat menyaksikan fenomena seram ini atau mahu mengulangi semula debaran #Khadam, inilah masa terbaik untuk serbu pawagam berhampiran!

Ayuh teruskan sokongan padu anda terhadap industri filem tanah air. Kongsikan ulasan, reaksi, serta pengalaman menonton anda di media sosial dengan menggunakan tanda pagar #Khadam dan #JanganSampaiJadiTuan.

Untuk perkembangan terkini, kandungan eksklusif di sebalik tabir, serta pelbagai aktiviti menarik, pastikan anda mengikuti platform media sosial rasmi Primeworks Studios dan Khadam The Movie.

#Khadam #JanganSampaiJadiTuan #MasihDiPawagam

Tuah menyebelahi seorang suri rumah dari Kuching, Sarawak apabila beliau memenangi sebuah TQ Wuling Bingo Pro EV bernilai RM67,332 selepas muncul sebagai pemenang hadiah utama Pusingan 1 kempen Tonton Non Stop, On Top!.

Pemenang, Zizie Aina Anak Rigus, 29, yang berada di Sarawak, diwakili rakannya untuk menerima hadiah pada majlis penyampaian yang berlangsung di Kuala Lumpur hari ini.

Zizie berjaya mengumpul 64,561 mata sepanjang Pusingan 1 yang berlangsung dari 15 hingga 28 Jun lalu menerusi tontonan kandungan terpilih di platform Tonton.

Menurut Zizie, beliau mengetahui mengenai kempen itu menerusi media sosial sebelum menonton kandungan terpilih secara konsisten bagi mengumpul mata. “Saya tengok dari pagi sampai malam. Strateginya teruskan tengok dan jangan tutup mata,” katanya.

Beliau menyifatkan kemenangan itu sebagai rezeki yang amat bermakna buat dirinya dan keluarga, selain bercadang menggunakan kereta elektrik berkenaan untuk kegunaan harian, termasuk menghantar anak ke sekolah.

Sementara itu, Pengurus Besar, Pembangunan Produk & Perniagaan Tonton, Fikri Rizal Mahruddin, berkata penyampaian hadiah utama pertama itu merupakan satu detik bermakna buat Tonton.

“Hari ini merupakan satu detik yang cukup bermakna kerana kami telah menyampaikan hadiah utama pertama kepada pemenang Pusingan 1 kempen Tonton Non Stop, On Top!. Lebih istimewa, ini merupakan program ganjaran terbesar yang pernah dilancarkan oleh Tonton setakat ini, dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai lebih RM700,000,” katanya.

Beliau menambah, sambutan terhadap kempen itu amat menggalakkan dengan penyertaan melebihi 11,000 peserta setakat ini dan angka tersebut dijangka terus meningkat sehingga kempen berakhir.

Kempen Tonton Non Stop, On Top! masih berlangsung sehingga 9 Ogos 2026 dengan 3 lagi hadiah utama berupa kereta menanti pemenang. Pusingan 2 kini berlangsung sehingga 12 Julai, dengan kutipan mata ditetapkan semula mengikut mekanisme kempen bagi memberi peluang kepada semua peserta bermula semula dari garisan yang sama. Semakin banyak kandungan terpilih yang ditonton, semakin cerah peluang untuk menang. 

Untuk maklumat lanjut, layari contest.tonton.com.my/nonstopontop

Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy

KERAMAT GUNUNG JERAI ANGKAT KISAH TRAGEDI DI SEBALIK RITUAL TERLARANG | TARUHAN SULUNG SUPERNATURAL HORROR TONTON ORIGINAL TVOD

Kuala Lumpur, 7 Julai 2026 – Sejauh mana manusia sanggup melanggar batas demi mengejar sebuah impian dan kejayaan? Dan mampukah persahabatan serta kasih sayang bertahan apabila kesilapan masa lalu kembali menuntut pembalasan yang gelap? Filem psikologi seram (supernatural horror) Keramat Gunung Jerai bakal menemui penonton bermula 8 Julai 2026 ini secara eksklusif di Tonton.

Lebih menarik, naskhah ini melakar sejarah tersendiri apabila dipilih sebagai Tonton Originals pertama yang ditawarkan secara Pay-Per-View (PPV) pada harga hanya RM12, iaitu melalui model Transactional Video on Demand (TVOD). Ia juga merupakan kandungan PPV kedua yang diperkenalkan di platform Tonton, susulan sambutan positif terhadap Fury Championship Vol. 2 sebelum ini.

Menampilkan barisan pelakon berkaliber antaranya Niezam Zaidi, Cristina Suzanne, ledil Dzuhrie Alaudin  dan Sara Ali, filem ini merupakan  arahan sulung Luqman Hafidz serta terbitan Lumatic Films (BRU, Imaginur, Terbaik Dari Langit). Keramat Gunung Jerai menyajikan sebuah naskhah seram mendalam yang menggabungkan konflik persahabatan, obsesi, penyesalan serta misteri yang mengundang pelbagai persoalan.

Kisah bermula apabila tiga sahabat karib iaitu Hakim (Niezam Zaidi), Junaidi (ledil Dzuhrie Alaudin) dan Wan (Akmal Asyraf) nekad mendaki Gunung Jerai untuk melakukan sebuah ritual terlarang. Mereka tertarik dengan sebuah batu misteri yang kononnya mampu memakbulkan apa sahaja keinginan manusia. Sejak peristiwa malam itu, kehidupan mereka berubah sepenuhnya. Kejayaan datang bergolek dengan begitu mudah seolah-olah ada kuasa ghaib yang sentiasa menunaikan setiap impian mereka.

Namun, tuah dan kesenangan yang dinikmati hakikatnya hadir bersama harga yang sangat mahal. Gangguan-gangguan halus mula menyelinap ke dalam kehidupan mereka, malah ia menjadi semakin gelap dan mengancam saban hari, begitu juga Wan yang menghilang tanpa khabar berita. Kemuncak kemelut ini berlaku bertahun kemudian apabila anak perempuan Hakim yang masih kecil Laila (Kis Aisha), tanpa diduga diserang penyakit aneh yang tidak mampu dijelaskan oleh logik akal.

Dalam keadaan terdesak dan dihimpit rasa bersalah, Hakim memutuskan untuk kembali ke Gunung Jerai bersama Junaidi dengan harapan dapat membetulkan semula kesilapan masa lalu mereka. Bagaimanapun, semakin dalam mereka mencari jawapan, pencarian itu mula membuka rahsia gelap yang melibatkan orang terdekat, termasuk Najiha (Cristina Suzanne) dan Mek La (Sara Ali). Seterusnya, semakin banyak fragmen masa lalu yang telah dilupakan kini mula terbongkar. Mereka sedar, mereka kini sedang berhadapan dengan kuasa mistik yang tidak lagi mampu dikawal.

Mampukah Hakim menyelamatkan anaknya dan merungkai sumpahan tersebut? Atau adakah sebahagian daripada pilihan masa lalu mereka sememangnya ditakdirkan untuk tidak boleh diubah kembali? Saksikan Keramat Gunung Jerai secara eksklusif di platform Tonton bermula 8 Julai 2026.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama dan rancangan kegemaran anda, layari Facebook, X, YouTube dan Instagram di @tontonmy.

Aidilfitri 2026 | Jamuan Makan Aidilfitri RRM

Monday, 6 July 2026


Ambil masa betul ye nak update semua yang dalam galeri handphone sampai dah jadi 99% dah storage handphone. Entri ni pasal jamuan makan masa hari raya bulan April lepas sekaligus menjelaskan yang RRM tak buat open house tahun ni. 

Masa ni company tengah ikat perut so tak boleh nak spend banyak. Menu utama je firm belanja, yang lain buat potluck. Positive side potluck ni, tak ada isu pembaziran sebab pakai duit masing-masing kan. 


Hiasan tahun ni pun buat ala kadar je sebab malas nak spend duit. Tampal guna sampul raya dalam stor. Kain batik guna yang dekat rumah. Alas meja tu beli dekat Mydin ke kedai pakaian biasa entah, tak ingat dah. Semua hiasan ditugaskan kepada chambee students. 


Bab makanan pula dibahagikan ikut department. Litigation bawa Pulut Kuning dengan Rendang Ayam, Syariah bawa laksam, Corporate bawa buah dan desserts, Conveyancing bawa Nasi Hujan Panas, Acar dengan Ayam Masak Merah. Sate kuah kacang sekali. 

I pun tak tahu kenapa conveyancing team buat dua menu utama. Rasanya sebab Partner Conveyancing in charge jamuan makan ni so dia suggest nasi hujan panas sebagai menu utama. Conveyancing team pula bawa sate haa macam tu. Nampak macam dua menu tapi sebenarnya tidak. Satu dari firm, satu dari conveyancing department. 

Nampak macam overexplaining kan, tapi tidak sebab tahun depan mungkin jadi rujukan dalam meeting nanti. 


Hadirnya lemang di situ sebab wife En Fendy ada open house so dia selit order sekali sebab lemang daun lerek ni famous dekat Gombak.





Donut Ca'ah Seksyen 7, Shah Alam


Masa hari kejadian I keluar lambat sikit sebab nak pergi NSK dulu beli buah. ain minta belikan daun pudina sekali sebab nak bancuh air viral. Bila pergi dekat bahagian daun, lain macam pulak daun pudina dia. 


😦: Ni bukan pudina kan? I takut salah tengok 
😂: bukan weh, ni ketumbar

Nasib baik tak rushing, nak bergerak dari ruangan tu baru nampak dia keluarkan daun pudina dari kotak. Terus mintak satu ikat. I beli buah sampai RM100 lebih, habis terkejut satu office sebab beria nau. Kita pulak first time beli buah untuk makan-makan sudahnya agih-agihkan siapa nak buah. Masa ni buah NSK semuanya cemerlang especially mangga susu dia manis. 


Jamuan makan ni mula pukul 3 petang lepas Solat Jumaat. Ada tetamu jemputan dari luar sebab klien tu invite diri sendiri. Hehe tak lah, dia ada meeting dengan boss kecik, alang-alang tu makan lah sekali. Lagi sorang tu wife Datuk merangkap klien jugak, alang-alang makanan tengah banyak jemput je la ek. By the way, klien bukan tengah buat yang bukan-bukan tapi ilusi optik saja. Sekian. 


Kalau kena dengar ucapan dulu sebelum makan, memang muka macam ni je lah kan bila candid.


Selesai je ucapan semua dah boleh makan. Suka lah Nasi Hujan Panas yang cousin Ms Tie buat. Sedapppp! I try makan laksam tapi kuah dia ceroi dan banyak lada hitam. 


Ashikin busy jaga adik intern. Masa jamuan ni kitorang kira buat farewell jugak untuk Hana. Dia intern tak lama pun, dua minggu lebih je kot. Dia saja je masuk nak ambil pengalaman lepas habis SPM. Dia dapat straight A btw dan nak jadi lawyer sebab tu ayah dia merangkap klien minta untuk bagi pendedahan awal. 

Kira lucky jugak lah sebab masa Hana masuk tu litigation team ada trial dekat High Court KL. Dapat lah dia merasa pergi court dan berkampung dekat sana dua hari tak silap. Dia nak intern lama sikit tapi tak dapat sebab dah start kelas memandu. 







😀: Ana, ambilkan gambar I. Nak tunjuk dekat wife. 
😎: Ashiapppp boss



Masa ni ada group photo dan video ucapan raya tapi tak tahu lah dekat mana semua materials tu. Cari dalam shared drive tak ada, minta personal pun tak dapat so anggap je lah dah terkorban di memory card photographer dan videographer dua orang ni. 


'Eh Teha rasa macam sama je semua pose, Teha nak buat pose gangster lah.'




Sedikit kecoh sebab tengah bincang dan arrange macam mana nak buat tiktok raya challenge. Tak tahu lah challenge tu post ke tidak. Cadangnya nak buat 3 tapi yang siap mungkin 2 je kot itupun tak dapat tengok hasil yang lagi satu. 



Ruang ni chambee yang hias, cantik betul kejadian dia. Ruang ni juga paling ramai bergambar untuk tahun ni. 






Hujung-hujung majlis ni banyak bergambar je sebab props cantik, lepas habis majlis kena terus pulangkan dekat tadika. Thank you semua yang menjayakan Jamuan Makan Raya RRM 2026 ni.