“NIKMAT DIKONGSI, REZEKI DIBERKATI” | MI SEDAAP SANTUNI KOMUNITI DI 3 LOKASI SEKITAR LEMBAH KLANG
KUALA LUMPUR, 5 Mac 2026 – Mi Sedaap, dengan kerjasama TV3, Pepper Labs dan Dapur Digital telah menyemarakkan lagi suasana Ramadan menerusi siri jelajah Jom Berbuka Bersama Mi Sedaap. Aktiviti padang ini merupakan lanjutan istimewa kepada program Jom Berbuka terbitan TV3 yang ditaja sepenuhnya oleh Mi Sedaap bagi mendekati masyarakat secara langsung sepanjang bulan yang mulia ini.
Setiap sesi diisi dengan aktiviti memasak bersama selebriti di dapur Pepper Labs sebelum diagihkan kepada kira-kira 350 penerima di setiap lokasi. Siri jelajah ini turut dimeriahkan dengan pelbagai permainan bagi menghiburkan komuniti PPR yang menyokong usaha kami ini. Selain menyantuni penduduk, Mi Sedaap turut menyampaikan kotak Kongsi Rezeki yang mengandungi barangan keperluan asas kepada rakan-rakan Dapur Digital yang terdiri daripada ibu tunggal dan suri rumah sesuai dengan tagline “Kongsi Rezeki, Nikmati Rasa Asli Mi Sedaap.”
Lokasi Jom Berbuka Bersama Mi Sedaap melabuhkan tirainya di PPR Hiliran Ampang dan dihadiri oleh Pemangku Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian TV dan Kandungan Media Prima, Puan Farah Shamsudin, serta Pengurus Serantau Gentle Supreme Sdn Bhd, Encik Ng Hock Guan.
Tiga siri jelajah ini telah dilaksanakan di lokasi yang strategik iaitu:
PPR Wangsa Sari (21 Februari): Dimeriahkan oleh pasangan ibu dan anak popular, Nabila Huda & Keisha Laila, serta dihoskan oleh personaliti TV3, Zati Nizam dan Asyraf Jamaluddin.
PPR Sri Perlis 2 (28 Februari): Menampilkan kemesraan pelawak Angah & Wawa, bersama pengacara Syahira Izzati dan Asyraf Jamaluddin.
PPR Hiliran Ampang (3 Mac): Lokasi kemuncak yang diserikan oleh Chef Fazley & Fariedz Fazley, dikendalikan oleh Syahira Izzati dan Asyraf Jamaluddin.
Usahasama ini membuka ruang kepada TV3, penaja dan rakan strategik untuk mengeratkan ukhuwah serta mendekatkan diri dengan penonton dan pengguna. Inisiatif ini mencerminkan komitmen bersama dalam berkongsi keberkatan Ramadan dengan komuniti, selaras dengan aspirasi untuk terus kekal relevan dan dekat di hati rakyat Malaysia. Kerjasama ini diharap dapat diteruskan pada masa hadapan demi memberi manfaat berterusan kepada komuniti.
MELODI GLAM RAYA RUNWAY 2026 BAKAL GEGAR LALUAN MRT | Jom Jadi Sebahagian Daripada Runway Paling Glam Tahun Ini
Kuala Lumpur, 5 Mac 2026 – Rancangan hiburan sensasi nombor satu negara, Melodi, bakal membawakan satu kelainan luar biasa menerusi penganjuran Melodi Glam Raya Runway 2026, sebuah pertunjukan fesyen dalam tren bergerak yang menggabungkan elemen hiburan, muzik dan inspirasi gaya Raya di atas landasan MRT.
Dikendalikan oleh hos Melodi, Ain Edruce dan Fikry Ibrahim, acara ini akan mengambil tempat pada 12 Mac 2026 (Khamis). Runway bergerak ini akan memulakan perjalanan dari Stesen MRT Bandar Utama sebelum berakhir dengan acara kemuncak di Stesen MRT Tun Razak Exchange (TRX), menjanjikan pengalaman visual serta suasana hiburan yang eksklusif buat para penonton.
Mengangkat tema “Gaya Raya Glam”, inisiatif ini mengetengahkan konsep bahawa gaya Aidilfitri yang elegan dan berkualiti tidak semestinya memerlukan perbelanjaan besar. Dengan sentuhan solekan dan pemilihan busana yang tepat, penampilan memikat sentiasa boleh direalisasikan walaupun di saat akhir, asalkan digayakan dengan penuh keyakinan.
Sepanjang perjalanan tren, seramai 20 model akan memperagakan koleksi Raya terkini daripada jenama fesyen tempatan, sekali gus memberi inspirasi gaya kepada masyarakat menjelang musim perayaan. Usaha ini turut mencerminkan komitmen Melodi sebagai platform yang mengangkat bakat dan jenama tempatan, di samping membuka ruang kolaborasi strategik antara dunia fesyen, hiburan dan kandungan digital.
Di dalam tren, penumpang akan dihiburkan dengan persembahan daripada Nabila Razali, diikuti para finalis One In A Million iaitu Marygrace, Kai Deva, Jimmy dan Mariam. Kemeriahan kemudian beralih ke pentas utama di TRX yang bakal menampilkan Aisha Retno, Ernie Zakri dan Amir Masdi, serta penampilan Datuk Seri Aliff Syukri dan kemunculan semula Nabila Razali bersama para finalis One In A Million.
Orang ramai juga boleh menyertai peraduan di booth khas yang dibuka di Stesen MRT Bandar Utama, Pasar Seni dan TRX, dengan peluang memenangi baucar beli-belah menarik.
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada revolusi fesyen ini! Hadir ke Stesen MRT Bandar Utama pada jam 3.00 petang bagi memeriahkan sesi pelepasan rasmi (Flag Off), dengan pelbagai hadiah menarik untuk dibawa pulang. Acara kemuncak pula berlangsung di Aras Concourse MRT Tun Razak Exchange (TRX) pada jam 4.00 petang buat mereka yang ingin menikmati suasana yang lebih mengujakan.
Melodi Glam Raya Runway 2026 mendapat sokongan Watsons Malaysia selaku penaja utama dan TikTok Shop sebagai penaja bersama. Keseluruhan acara turut distrim secara langsung menerusi TikTok MBuzz Terhangat bermula jam 3.30 petang.
Untuk perkembangan terkini, ikuti platform rasmi Melodi dan MBuzz Terhangat.
Lagu raya Tokti tahun ni mencetuskan kontroversi sebab ada yang kata tak best sampai Tokti bagitahu anda bukanlah target market saya di Threads. Personally for me, compared to last year I lagi seronok dengan lagu Beraya Dengan Saya, MV pun cantik. Kudos to Rio Films Production for a beautiful MV dan Riezman Ruzaini juga untuk busana Tokti dalam MV Beraya Dengan Saya 💗
LIRIK LAGU BERAYA DENGAN SAYA
Penyanyi: Dato Sri Siti Nurhaliza
Komposer: Iqie Hugh, Omar K & Dato Sri Siti Nurhaliza
Lirik: Iqie Hugh, Omar K & Dato Sri Siti Nurhaliza
Kuala Lumpur, 4 Mac 2026 – Ramadan terus diraikan sebagai bulan penuh keberkatan dan refleksi, juga momen istimewa untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Sama ada selepas berbuka atau menjelang sahur, waktu santai ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk menonton maraton drama kegemaran. Menghangatkan lagi suasana, Tonton tampil dengan kempen khas Tonton & Menang: Hantu Puasa Belanja Terbang Ke Seoul yang berlangsung dari 4 Mac hingga 19 Mac 2026, menjanjikan pengalaman tontonan yang lebih mendebarkan dan penuh ganjaran.
Lebih menarik, setiap tontonan memaparkan markah pengguna dan membuka peluang untuk merangkul hadiah utama yang lumayan. Sepanjang kempen ini juga, pengguna boleh menikmati pelbagai judul bergenre thriller dan Tonton Original Series terpilih yang sarat dengan suspen, misteri dan plot twist yang tidak dijangka, menjadikan setiap sesi tontonan di Tonton lebih mendebarkan dan penuh keterujaan sepanjang Ramadan.
Untuk menyertai kempen ini, imbas kod QR pada poster atau layari laman web rasmi, kemudian klik “Log Masuk” atau “Langgan Sekarang” untuk bermula. Log masuk menggunakan akaun Tonton anda atau daftar jika belum mempunyai akaun, seterusnya tonton mana-mana filem atau siri dalam senarai Hantu Puasa Special Checklist. Setiap tontonan yang layak akan direkodkan secara automatik dan menyumbang kepada kedudukan anda di leaderboard, manakala pengumuman pemenang akan dibuat menerusi media sosial rasmi Tonton atau e-mel berdaftar.
Sebagai kemuncak kempen ini, seorang pemenang paling bertuah bakal membawa pulang pakej percutian 6 hari 4 malam ke Korea Selatan. Pemenang ini juga berpeluang membawa seorang teman sebagai plus one, sekali gus berkongsi pengalaman unik dan menyeronokkan sepanjang perjalanan. Ditaja oleh Ikhlas.com, hadiah istimewa ini merangkumi penerbangan pergi balik, penginapan selesa serta pengalaman terpilih di kota Seoul. Satu ganjaran luar biasa yang bukan sahaja melengkapkan Ramadan dengan penuh keterujaan, malah menjanjikan kenangan yang sukar dilupakan.
Jangan tunggu saat akhir kerana tempoh penyertaan hanya sehingga 19 Mac 2026! Layari laman web rasmi dan mula strim sekarang kerana setiap tontonan bukan sahaja menghangatkan malam Ramadan anda, malah membawa anda selangkah lebih dekat ke destinasi impian.
Untuk maklumat lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti akaun rasmi Tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram @tontonmy.
Pelakon: Timothée Chalamet, Gwyneth Paltrow, Odessa A’zion, Tyler Okonma, Kevin O’Leary, Abel Ferrara, Fran Drescher, Emory Cohen, Sandra Bernhard, George Gervin, Larry “Ratso” Sloman, Ralph Colucci, Géza Röhrig, Pico Iyer, Koto Kawaguchi. Isaac Mizrahi, Levon Hawke, John Catsimatidis, Fred Echinger, David Mamet, Penn Jillette, Timo Boll, Philippe Petit, Hailey Gates, Paul Grimstad, Ted Williams
Syarikat Produksi: Central Pictures
Pengedar: A24
Genre: Sukan / Komedi / Drama
Durasi Tayangan: 150 minit
Tarikh Tayangan: 6 Oktober 2025 (New York Film Festival), 25 Disember 2025 (Amerika Syarikat)
Trailer:
Tertarik nak layan filem Marty Supreme yang diadaptasikan dari novel The Money Player: The Confessions of America’s Greatest Table Tennis Champion and Hustler menyingkap perjalanan pemain Marty Reisman yang diterbitkan pada tahun 1974 lepas tengok Timothée Chalamet menang anugerah Pelakon Lelaki Terbaik di Golden Globe Award dan Critic’s Choice Award.
Filem Marty Supreme berlatarkan tahun 1952 di kota New York di mana Marty Mauser (Timothée Chalamet) bekerja di sebuah kedai kasut milik pakciknya (Larry "Ratso" Sloman) dan dalam masa yang sama berlatih untuk menyertai Kejuaraan Table Tennis di British Open. Marty juga mencari funder untuk bola ping pong berwarna oren kerana pada ketika itu, bola yang digunakan berwarna putih jadi kebanyakan masanya pemain terkeliru dengan kedudukan bola dalam perlawanan.
Marty mempunyai hubungan sulit dengan kawan baiknya, Rachel Mizler (Odessa A'zion) yang sudahpun berkahwin bersama Ira (Emory Cohen). Ketika berada di London, Marty berkenalan dengan pelakon wanita popular bernama Kay Stone (Gwyneth Paltrow) dan mula memikat hati wanita berusia tersebut sekaligus perkenalkan diri kepada suami Kay, Milton Rockwell (Kevin O'Leary), pemilik pengeluar pen jenama Rockwell.
Dalam perlawanan table tennis di British Open, Marty kalah dengan Koto Endo (Koto Kawaguchi), wakil negara Jepun sekaligus menghancurkan impian dia untuk memenangi wang tunai yang besar. Rencana awal Marty adalah untuk bayar hutang dengan duit kejuaraan tapi malangnya, dia terpaksa pulang bekerja di kedai kasut pakciknya semula. Makin bertambah serabut keadaan Marty bila dia dapat tahu Rachel mengandungkan anaknya.
Marty terdesak mencari sponsor untuk biaya perbelanjaan dia di Kejuaraan Tokyo hingga sanggup mencuri barang kemas Kay lepas menolak tawaran Rockwell untuk kalah sekali lagi ketika berlawan dengan Endo di Jepun.
Perjalanan hidup Marty Reisman yang dibawa masuk ke dalam filem Marty Supreme tak lah panjang kerana latar masa dia dalam setahun lebih sahaja. Dari British Open kepada kejuaraan seterusnya di Tokyo tapi ada banyak perkara yang berlaku dalam tempoh masa yang pendek dan diceritakan dengan cemerlang oleh Josh Safdie.
Awalnya ingatkan filem Marty Supreme lebih kepada penglibatan Marty dalam sukan table tennis tapi lebih terarah pada perjalanan peribadi yang mengubah diri dia yang bersifat free spirit kepada seorang yang lebih bertanggungjawab.
Walaupun tak banyak latar kejuaraan table tennis yang dimasukkan tapi seronok juga lah tengok babak Marty dan Dion berbincang tentang bola berwarna oren. Menarik tengok kegelisahan Marty bila dapat tahu negara Jepun hantar ramai pemain table tennis lepas travel ban dibatalkan. Malah pemain Jepun juga menggunakan sponge paddle sementara pemain lain menggunakan paddle biasa diperbuat dari kayu. Fakta Marty kalah pada pemain Jepun juga tepat cuma berbeza dari cerita asal bila Marty kalah di Bombay bukannya British Open.
Dalam filem Marty Supreme nampak watak Marty struggle gali lubang tutup lubang gara-gara kehidupan daif dia di New York sedangkan dia adalah atlet negara. Boleh kata zaman tu ramai lagi tak recognize dengan sukan table tennis macam babak Kay pertama kali jejakkan kaki ke perlawanan table tennis. Cara dia korek duit tak murni tapi filem ni bukan nak sembang tentang moral dan etika Marty, cuma nak tunjuk perjalanan seorang narsistik yang terciduk dalam kehidupan.
Sama dengan Marty Reisman, watak Marty Mauser juga suka bergaya walaupun hakikatnya dia papa kedana. Penampilan dia mencuri perhatian ramai dan disebabkan itu juga Kay mudah terpikat dan selesa berkawan dengan Marty. Bila tengok Marty Reisman yang sebenar, boleh faham lah kenapa Josh Safdie nak Timothee hidupkan watak Marty dalam layar.
Screen presence dan aura Timothee menjadikan filem Marty Supreme tampak hidup dan bertenaga sepanjang 150 minit tayangan. Bila tengok Marty dalam suit, teringat-ingat watak Frank Abagnale dalam filem Catch Me If You Can (2002).
Sinematografi dari Darius Khondji berganding bersama Jack Fisk untuk production design menghidupkan lagi suasana era 50-an. Dari segi pakaian, gaya kehidupan, rekaan dalaman bangunan dan banyak lagi untuk paparkan dunia Marty Supreme. Musik dari Daniel Lopatin menambahkan impak pada penceritaan.
Bila tengok babak klimaks dan penghujung filem terasa puas layan perjalanan Marty Mauser walaupun huru-hara dan menjengkelkan. Kita sebagai penonton tahu bila masanya untuk berhenti tapi Marty tak nak, dia rela letak ego dan pentingkan diri di hadapan untuk capai impian dia. Tak tahu lah kalau ada filem yang lebih layak sebagai Filem Terbaik Hollywood untuk tahun 2025 tapi yang pastinya Timothee memang layak menang untuk Pelakon Lelaki Terbaik.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10
Tak sangka Februari berakhir dengan perang antara Iran dan US-Israel kemudian mulakan bulan Mac dengan kesan-kesan awal perang antara 3 negara ni. Ingatkan bulan Mac ni boleh bertenang sikit sementara tunggu raya rupanya tidak, sekarang ni kena berjimat lah untuk emergency fund.
Short update untuk performance blog I bulan lepas so here goes.
1. PV
Pageviews bulan Januari 2026 tak mencecah angka ratus ribu pun tapi untuk bulan Februari ni naik sampai sikit lagi nak masuk 200k views. Pageviews harian pun not bad lah sebab maintain 3 ribu ke atas tapi ada la beberapa hari yang jatuh ke angka 2 ribu lebih but still okay lah for me. Kalau sebelum ni ratus je kalau jatuh.
Tak boleh nak agak untuk bulan Mac ni pergerakan pageviews macam mana sebab bulan puasa dan raya. Mungkin akan naik sebab ramai yang akan berkumpul dengan family untuk layan movie. Harapnya naik lah macam Februari hikss.
2. Posts
Lama betul filem Selepas Tahlil dengan Kitab Sijjin & Illiyyin ada dalam Popular Posts, dua filem ni filem seram terbaik negara jiran ke untuk tahun 2025? If yes, then deserved lah sebab memang unik jalan ceritanya.
Bermula hujung bulan Februari dah nampak banyak yang mencari review filem Qifarah rupanya dah masuk dalam Netflix. Bulan lepas ada cakap nak update banyak lagi review dari negara Indonesia tapi tak sempat lagi sebab sibuk dengan kerja utama.
3. Keywords
Like I said earlier, filem Qifarah yang banyak dicari untuk bulan Februari tapi sebelum tu banyak juga keywords untuk filem Maryam yang trending dekat Threads. Bulan Februari ada banyak keywords berkaitan filem tempatan dan negara jiran. Dah tenggelam dah keywords untuk filem Hindi padahal sebelum ni ramai yang seronok YRF berkolaborasi dengan Netflix. Mungkin bulan ni kot ramai rewatch filem Hindi lama.
4. Bilangan Entri
Baru je teruja dapat update sampai 60 entri bulan Januari tu, sekali tewas pada bulan kedua 2026 ni sebab tak mampu nak kejar permintaan klien. Sebelum ni nak update sehari pun tak sempat, bulan ni nak update satu entry satu minggu pun belum tentu lagi. Konon tunggu weekend nak update banyak entry tapi bila weekend, badan dah tak larat nak hadap PC. Kalau boleh nak baring je atas katil untuk recharge.
Terima kasih kepada semua yang melawat ke sini, yang tinggalkan komen dan doa yang baik-baik untuk saya. Semoga doanya berbalik kepada kalian juga. Selamat berpuasa dan semoga ibadah di bulan Ramadan kita diterima oleh Allah s.w.t 🙏 Kepada yang non-muslim, take care in March and avoid crowded places. Stay dehydrated too 💧
Di sebuah kampung di Chandrapur, Bengal Barat mempunyai ritual pemujaan di mana bayi perempuan dijadikan korban kepada Dewi Kali sebaik sahaja dilahirkan. Kerana ritual kuno yang kejam ini buatkan Shuvankar Dasgupta (Indraneil Sengupta) lari ke bandar dan mulakan kehidupan baru bersama Ambika (Kajol Devgn). Mereka berdua dikurniakan anak perempuan bernama Shweta.
Sepanjang berada di bandar, mereka bertiga hidup dengan bahagia namun kerana panggilan telefon yang memaklumkan kematian ayahnya di kampung buatkan ketakutan Shuvankar kembali muncul. Shuvankar berurusan dengan Joydev (Ronit Roy), pengurus mendiang ayahnya untuk jual rumah pusaka dengan segera.
Dalam perjalanan pulang, Shuvankar ditemui mati dalam keadaan yang misteri berdekatan dengan hutan tempat pemujaan kuno dilakukan. Ambika yang terkejut dengan berita tersebut segera membawa Shweta ke Chandrapur untuk menguruskan hal pusaka keluarga Shuvankar sebagai waris yang sah.
Sementara Ambika sibuk dengan urusan hartanah, Shweta mula berkawan dengan Deepika (Roopkatha Chakraborty), anak kepada penjaga rumah agam milik keluarga mendiang ayahnya. Shweta rasa terpanggil untuk pergi ke bangunan usang dan hutan tebal di belakang rumah agam tersebut namun Deepika menegah kerana bahaya. Sebelum ini, ramai gadis remaja yang dipukau masuk ke kawasan tersebut tapi tiada kes yang dilaporkan kerana mereka semua pulang semula ke rumah. Anehnya, mereka menjadi pasif dan pendiam.
Filem Maa yang diterbitkan oleh Devgn Films merupakan spin-off kepada filem Shaitaan (2024) yang dibintangi oleh Ajay Devgn dan R. Madhavaan. Naskhah seram yang mengangkat kisah mitos seram di negara India menggunakan konsep yang sama dengan filem Shaitaan di mana remaja perempuan menjadi sasaran untuk sihir pukau.
Kalau dalam filem Shaitaan, watak Janhvi kena pukau lepas makan laddoo, dalam filem Maa pula anak gadis dipukau dengan rasa diseru masuk ke hutan. Benda ni biasa juga terjadi dalam masyarakat Melayu terutamanya bila masuk ke kawasan hutan atau denai. Masyarakat Indonesia pun tak asing dengan kes diseru bila franchise Waktu Maghrib (2023) ketengahkan watak Jin Ummu Sibyan.
First half filem Maa dah menarik dengan kepercayaan masyarakat setempat tentang pemujaan terhadap Dewi Kali yang menuntut bayi perempuan dikorbankan. Bila muncul watak Amsaja slowly rasa seram dan tertarik tu mula hilang gara-gara penggunaan CGI yang melampau. Entiti seram atau alam ghaib yang dipamerkan dalam Maa ada iras dengan Vecna dalam franchise Stranger Things. Susah nak cakap kebetulan sebab Bollywood memang suka copy kerja orang.
Makin bertambah teruk bila Ambika bertarung dengan Amsaja dalam hutan lepas Shweta diculik. Nampak sangat green screen tu, dalam babak Ambika dukung Shweta pun terlihat kelakar. Pengarah patutnya biar Shweta kena dukung dengan budak-budak perempuan lain. Pushkar Singh guna tona kelam untuk wujudkan suasana ngeri dan menyeramkan dalam filem Maa.
Music album filem Maa cuma ada 3 buah lagu dengan dua buah lagu berkaitan upacara pemujaan kepada Dewi Kali sementara sebuah lagu remake berjudul Humnava. Sekarang I dah ada dua versi lagu Humnava yang I suka sebab dalam filem Maa ni adalah dendangan lunak dari Shreya Ghoshal.
Lakonan Kajol dengan Ronit Roy yang banyak menghidupkan naskhah seram dan misteri Maa, sedangkan pelakon yang lain cuma ala kadar. Boleh jadi lakonan Kajol nampak meyakinkan sebab dia pun rasa seram bila berlakon dekat set filem Maa di Ramoji Film City, Hyderabad. I yang tengok pun meremang untuk beberapa babak dalam hutan atau rumah pusaka Shuvankar.
Sayang lah tak cari pelakon remaja yang bagus untuk watak Shweta sebab watak dia yang wujudkan elemen dramatik untuk Ambika dan Shuvankar. Tapi nak complaint banyak pun tak boleh sebab boleh nampak produksi filem ni tak spend banyak untuk cerita.
Filem Shaitaan (2024) tinggalkan impak yang kuat untuk filem seram tapi berbeza pula dengan filem Maa yang lemah pada skrip terutamanya di separuh masa kedua. Shaitaan 2 mungkin akan keluar pada tahun 2027 jadi harapnya production team tak ambil lewa macam Maa.
1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 4.5/10
Tarikh Tayangan: 21 Januari 2026 – 24 Februari 2026
Trailer:
Bisik Asmara mengisahkan Farhan (Zul Ariffin) dan Sheila (Sophia Albarakbah), pasangan suami isteri yang menjalani perkahwinan jarak jauh kerana tanggungjawab terhadap keluarga. Sheila mengajar sebagai guru sekolah rendah di Ipoh sambil menjaga uminya (Rusminah Sidek) sementara Farhan bekerja sebagai jurutera di Kuala Lumpur.
Setiap minggu Farhan akan pulang ke Ipoh untuk menemani Sheila atau pulang ke rumah ibunya (Fadilah Mansor) namun sejak berkawan rapat dengan Noreen (Uqasha Senrose), perhatian dia mula beralih. Noreen bukan sahaja pekerja atasan di pejabat malah jiran tingkat atas di rumahnya. Semakin hari Farhan dan Noreen semakin rapat hingga mereka berdua luahkan perasaan sayang antara satu sama lain.
Noreen mula obsess dengan Farhan dan mahukan perhatian yang penuh setiap masa sampai sanggup kacau Farhan di Ipoh dan bagi hint pada Sheila. Rakan sekerja mereka, Fikri (Syazuwan Hassan) perasan perubahan Noreen dan Farhan dan mula pelbagai cara untuk elakkan keadaan menjadi keruh. Dalam masa yang sama, Zhariff (Zaki Azeman), bekas tunang Noreen juga muncul untuk pujuk Noreen kembali ke dalam hidupnya.
Naskhah Bisik Asmara yang sarat dengan episod kecurangan arahan Jamal Khan dan ditulis oleh Rozie Rashid juga Zakinah Ab Zarith menggunakan tema kecurangan dan skandal di pejabat sebagai penggerak cerita. Awalnya tak berminat nak tengok tapi Zul Ariffin segak sangat dalam Bisik Asmara ni.
I tak letak expectation tinggi pun untuk Bisik Asmara sebab drama tempatan yang biasa je cuma terkejut dengan lakonan Sofia Albarakbah. Nampak macam dah improve banyak tambah pula untuk babak emosi. Chemistry dengan Zul pun nampak meyakinkan sebagai pasangan suami isteri cuma kekangan haruslah pada skrip bila tak diperkuat atau diperdalamkan lagi tentang hubungan Sheila dan Farhan.
Tumpuan banyak diberikan pada hubungan terlarang Farhan dan Noreen sebab taktik produser pun nak tarik penonton dengan babak-babak curang. Dalam promo Zul Ariffin ada bagitahu yang love language dia adalah physical touch sebab tu dia mudah sangat sayang Noreen dan tak boleh adapt dengan PJJ. Tengok gaya Farhan ni, bukan love language yang jadi isu tapi memang lemah dengan godaan Noreen.
Tak ada beza pun plot curang Bisik Asmara dengan naskhah curang yang lain. Cara Farhan kena sondol pun sama je dengan suami orang yang lain. Pengakhiran watak-watak utama pun dah boleh dijangka tapi akan ada telemovie masa Raya nanti jadi tak tahu lah kalau Noreen berjaya dapat apa dia nak.
Latar pekerjaan yang dimasukkan dalam Bisik Asmara ni lemah lah jugak sebab I pernah terlibat dalam sektor pembinaan jadi bila tengok babak Noreen dengan Farhan dekat tempat kerja rasa nak geleng kepala. Reaksi Noreen dengan Farhan setiap kali ada masalah dekat site pun muka tenang je padahal benda tu tak sepatutnya berlaku pun. Tersalah measurement pun Farhan boleh cool padahal isu tu isu besar. Tak pasti lah siapa jadi rujukan penulis, yang pastinya tak buat extra homework. Kalau tak tahu tak payah masukkan.
Episod akhir makin merepek sebab meleret dengan doa dan tazkirah dari pelakon pembantu padahal tak memberi impak apa pun pada cerita. Makin bosan ada lah. Ingatkan Kak Long (Nadia Brian) nak bergaduh dengan Noreen rupanya ulang dialog sama je. Umi yang demensia pun kemain panjang pula doa dia.
Selain watak Sheila, kesian dengan watak Puan Mahani (Aleza Shadan) sebab dapat suami tak guna dan anak tak kenang budi. Kesian bila dengar dia kata anak yang dibesarkan dengan doa sebab dia terkesan dengan episod kecurangan tapi alih-alih anak dia sondol suami orang pulak. Memang patut lah Pn Mahani bercerai dengan En Mustapha (Arash Mohamad), nak jadi bapa pun tak mampu, nak jadi suami yang qawwam jauh sekali. Geli tengok episod-episod awal bila dia jumpa Noreen. Puas hati bila Pn Mahani bertempik bila tahu Noreen sondol suami orang.
I layan dekat iQiyi jadi tak ada masalah dengan bisikan-bisikan dalam drama Bisik Asmara ni sebab ada sari kata disediakan. Dua hari pun dah boleh habis sebab boleh tukar speed 2x.
1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 4.7/10
Pelakon: Jennifer Lawrence, Josh Hutcherson, Liam Hemsworth, Woody Harrelson, Elizabeth Banks, Julianne Moore, Philip Seymour Hoffman, Jeffrey Wright, Stanley Tucci, Sam Claflin, Jena Malone, Donald Sutherland
Syarikat Produksi: Color Force
Pengedar: Lionsgate
Genre: Aksi / Sains Fiksyen / Perang
Durasi Tayangan: 137 minit
Tarikh Tayangan: 4 November 2015 (Berlin), 20 November 2015 (Amerika Syarikat)
Trailer:
Sekuel kepada The Hunger Games: Mockingjay – Part 1 (2014) bermula setelah pasukan khas yang diketuai oleh Gale (Liam Hemsworth) berjaya menyelamatkan Peeta Mellark (Josh Hutcherson) dari cengkaman Presiden Snow (Donald Sutherland). Terkejut bukan kepalang bila Katniss melihat keadaan Peeta yang cengkung dan hilang kewarasan. Peeta mengamuk setiap kali nama Katniss disebut kerana bagi dia Katniss merosakkan keamanan di Panem.
Sementara menunggu Peeta dirawat, Katniss dan Gale teruskan misi mereka dengan berjumpa pemberontak dari District 2 untuk berbincang strategi menyerang Capitol. Di sana mereka semua berbincang secara digital dengan Presiden Alma Coin (Julianne Moore) yang dibantu oleh Plutarch Heavensbee (Philip Seymour Hoffman).
Kebanyakan idea Presiden Alma tidak dipersetujui oleh Katniss kerana serangan mereka mengabaikan orang awam di Capitol sementara Gale pula menyokong tindakan tersebut kerana orang awam Capitol tak pernah pun peduli dengan orang awam di daerah lain.
It’s war, Katniss. Sometimes killing isn’t that personal. Figures if anyone knew that, it was you.’ – Gale
Filem The Hunger Games: Mockingjay – Part II ada banyak momen yang mengerikan bila berada di zon perang. Macam babak Katniss dan Gale berbalah tentang situasi menyelamatkan penduduk di Capitol. Katniss memilih untuk selamatkan orang awam sementara Gale lebih selesa memilih untuk letupkan satu bandar Capitol, sama seperti apa yang Presiden Snow buat pada District 12 selepas Quarter Quell.
Babak perbalahan tu berlatarkan bunyi pesawat letupkan sebahagian kawasan di District 2 tambahkan lagi emosi dan ketegangan perbalahan Katniss dan Gale. Kemudian bunyi sorakan dari penduduk District 2 bila pesawat ditumpaskan oleh pemberontak sedangkan Katniss bercakap hal kemanusiaan. Babak yang ringkas dan mudah tapi emosi jadi makin mendalam untuk Katniss sebab dia perlu pertahankan ideologi dia seorang diri.
Makin bertambah emosi bila pemberontak mula masuk ke Capitol kemudian keadaan berubah menjadi huru-hara. Ada kematian watak yang tak dijangka sebab benda boleh dielak tapi pengarah nak juga buatkan babak sedih sebabak.
Kalau dalam Mockingjay: Part I kurang babak aksi, dalam sekuel ni ada banyak fight scenes bila Katniss ikut serta Skuad Bintang yang diketuai oleh Boggs (Mahershala Ali). Screentime banyak diberikan kepada Katniss pada separuh masa kedua apabila mereka semakin mendekat dengan rumah agam Presiden Snow.
Lepas Quarter Quell, watak Finnick Odair (Sam Claflin) tak muncul banyak sangat tapi Finnick pun membantu Katniss dalam skuad yang sama. I kinda miss Johanna sebab dia pun bantu Katniss masa Quarter Quell dalam The Hunger Games: Catching Fire (2013).
Filem The Hunger Games: Mockingjay – Part II mempunyai babak-babak sekaan sama dengan instalment sebelumnya untuk franchise Mockingjay. Sekali lagi Katniss buktikan dia sanggup buat apa saja untuk pertahankan Primrose Everdeen (Willow Shields). Sekali lagi Katniss dan Peeta mulakan semula hubungan mereka berdua. Sekali lagi juga Katniss yakinkan diri yang hati dia ada pada Peeta. Beberapa babak ni kalau tak ada pun tak apa sebab semua pun dah sedia maklum dan kenal dengan watak Katniss.
Peeta: Your favorite color is green. Is that real?
Katniss: Yeah. That’s real. Yours is orange. Not bright orange. Soft, like the sunset. You’re a painter. You’re a baker. You always sleep with the windows open. You never take sugar with your tea. You always double-knot your shoelaces.
Memandangkan I team Katniss-Peeta, ending The Hunger Games: Mockingjay – Part II tersangatlah manis dan tetap dikenang sampai bila-bila. Perfect end game for me. Babak romantik Katniss dengan Peeta selepas kekecohan di Panem tak tergesa-gesa tapi perlahan-lahan bergerak sampai Katniss sendiri buka hati untuk ajak Peeta ke hubungan yang lebih serius. It just their signature I guess. And it just my ideal relationship.
Bila tengok babak Katniss dengan Peeta duduk depan pintu tengok permandangan luar tu dah teringat kenapa babak Rinku dan Vishu dalam filem Atrangi Re (2021) terasa dekat di hati.
Tak pasti kenapa James Newton Howard tak himpunkan lagu-lagu yang menarik untuk perkuatkan lagi mood dan emosi dalam filem Mockingjay: Part II. Makin lama makin suram music department dalam franchise The Hunger Games (2012) ni. Agak mengecewakan juga lah sebab musik latar adalah elemen yang penting juga untuk penceritaan.
Universe The Hunger Games ada instalment terbaru tapi prequel dan kesemua watak adalah watak yang baru so I guess I’m gonna watch that one too.
1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 7.7/10
MULAI MALAM INI! KESABARAN ANDA BAKAL DIUJI OLEH TV3 SEPANJANG RAMADAN INI! YANG TAK KUAT BAKAL TEWAS! | 3 Drama Paling Panas, 3 Ujian Hati Paling Berat
Ramadan sering dikaitkan dengan kesabaran, muhasabah dan peluang memperbaiki diri. Namun tahun ini, TV3 membawakan pendekatan yang lebih berani dengan tiga naskhah berturut-turut bermula 25 Februari, malam ini!. Setiap satunya menyelami sisi emosi manusia yang rapuh apabila diuji rasa cinta, kepercayaan dan pilihan hidup. Bukan sekadar kisah hubungan yang bergolak, tiga naskhah ini mengajak penonton menilai sempadan antara kesilapan dan penyesalan, antara ego dan pengorbanan, serta antara cinta dan tanggungjawab.
Di slot Samarinda, Kerana Cinta Itu Dusta menampilkan konflik pengkhianatan yang terbuka, sama ada di depan mata sendiri atau di media sosial. Ego lelaki, kepercayaan yang dicabul dan sahabat yang menjadi duri dalam daging menjadikan drama ini medan perang emosi yang tiada berselindung. Di sini, curang bukan sekadar kesilapan, tetapi pilihan sedar dan apabila semuanya terdedah, tiada siapa yang benar-benar menang.
Berbeza pula di slot Akasia, Khianat Yang Terpilih mengisahkan bekas kekasih yang bertemu semula membuka ruang kepada curang yang tidak disengajakan. Rindu lama, perkahwinan yang hambar, dan pengakuan kehamilan yang mengejutkan mencetuskan rangkaian keputusan drastik seperti perceraian, ujian DNA, keguguran, dan hati yang sukar dipulihkan. Di sinilah garis antara salah dan simpati menjadi kabur. Adakah semuanya benar-benar tidak dirancang, atau sekadar alasan untuk menghalalkan rasa?
Namun yang paling berbahaya menanti di slot Lestary melalui Bila Cinta Menjadi Dosa. Ia bukan sekadar kisah pasangan, tetapi pengkhianatan seorang ayah yang meruntuhkan maruah isteri dan memusnahkan hubungan dengan anak sendiri. Nafsu, kuasa, dan dendam bercampur menjadi racun yang mengalir dalam satu keluarga. Apabila bekas kekasih anak memilih untuk mengahwini si ayah, luka lama bertukar menjadi peperangan yang lebih kejam.
Tiga drama, tiga dimensi emosi daripada kepercayaan yang goyah, kenangan yang kembali menghantui, hingga konflik keluarga yang memerlukan kekuatan luar biasa untuk diselesaikan. Sepanjang Ramadan ini, TV3 tidak hanya menyajikan kisah penuh dramatik, tetapi turut mengangkat realiti yang dekat dengan kehidupan. Setiap episod menjadi cermin untuk menilai pilihan yang membuka mata dan mengajar erti sebenar memelihara hati.
Tunggu apa lagi? Jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan:
Samarinda: Kerana Cinta Itu Dusta, bermula 25 Februari ini, Isnin hingga Jumaat, 10.00 malam.
Akasia: Khianat Yang Terpilih, bermula 26 Februari ini, Isnin hingga Jumaat, 6.58 petang.
Lestary: Bila Cinta Menjadi Dosa, bermula 27 Februari ini, Jumaat hingga Ahad, 9.00 malam. Strim Juga Episod Baharu 24 Jam Lebih Awal Melalui Tonton!
Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.