SANAM Live In Malaysia | Best Hindi Concert 2023!
Monday, 13 March 2023
Dalam entry pengalaman pergi konsert Jubin Nautiyal tahun lepas, I've mentioned yang Hitman Solutions tak nak bawa penyanyi Hindi ke Malaysia dah tup tup tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba Hitman Solutions update SANAM nak datang Malaysia.

Nikmati Viu Premium Secara PERCUMA dengan Ultra Box sehingga 8 Jun 2023
Saturday, 11 March 2023
Sebagai sebahagian daripada Pengalaman Baharu Astro, kami giat mengembangkan perkhidmatan penstriman kami dengan membawa aplikasi Viu yang dipenuhi dengan hiburan Asia ke platform kami. Para pelanggan Astro kini boleh mengakses Viu di pelbagai skrin termasuk Ultra Box untuk rancangan popular termasuk drama Korea Taxi Driver 2 dan Delivery Man, serta rancangan lain termasuk drama Thailand dan Indonesia, siri Viu Original, rancangan variasi Korea dan banyak lagi kandungan-kandungan tempatan yang akan datang.
Sempena sambutan pelancaran ini, Astro juga memberi akses PERCUMA ke Viu Premium kepada semua pelanggan Ultra Box sehingga 8 Jun 2023. Para pelanggan boleh strim rancangan seperti Nenek Bongkok Tiga, The Secret Romantic Guesthouse, Bilik Tepi (tayangan perdana pada hari ini), Return Man, Mantan Tapi Menikah dan Boys Planet melalui Ultra Box mereka atau on-the-go melalui aplikasi mudah alih Viu.
Pengarah Kandungan Astro, Agnes Rozario berkata, “Sebagai penambahan terbaharu kepada platform Astro baharu kami, Viu akan menambah lagi kedalaman dan keluasan kandungan untuk para pelanggan kami yang kini mempunyai akses kepada lebih 90,000 rancangan menerusi On Demand serta lapan aplikasi premium. Dengan sukan antarabangsa dan tempatan terbaik yang bersiaran secara langsung, kandungan hit Astro Originals, rancangan premium antarabangsa dan serantau serta kandungan signatures Astro kegemaran semua, kami yakin Viu akan mengukuhkan kedudukan Astro sebagai destinasi hiburan untuk rakyat Malaysia dengan drama-drama Korea yang meluas dan siri original.”
Ketua Pegawai Eksekutif Viu dan Pengarah Urusan PCCW Media Group, Janice Lee berkata, “Kami sangat teruja melancarkan kerjasama ini bersama Astro. Kerjasama ini mampu meluaskan kecapaian penonton untuk kedua-dua pihak di serata Malaysia. Dengan capaian meluas dan pangkalan pelanggan Astro yang utuh serta komitmen berterusan daripada Viu terhadap kandungan-kandungan untuk para penonton Malaysia, kerjasama ini adalah penting untuk memajukan peningkatan pengguna dan penglibatan bagi kedua-dua perkhidmatan. Kami teruja untuk melihat para pelanggan Astro menjadi Viu-er baharu yang akan menikmati kandungan-kandungan kami dari seluruh Asia dengan drama seperti Viu Original Malaysia yang sedang trending, Nenek Bongkok Tiga dan Viu Original Korea, Taxi Driver 2 dan Delivery Man.”
Penambahan menarik Astro ini membawa kesinambungan kepada barisan aplikasi penstrimannya yang kukuh termasuk Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI, BBC Player, TVBAnywhere+ dan beIN SPORTS CONNECT. Dengan matlamat untuk membawa lebih banyak hiburan dari seluruh dunia untuk dinikmati para pelanggan kami, Astro juga akan memperkenalkan Zee5 dan banyak lagi aplikasi kepada platform kami tidak lama lagi.
Para pelanggan Astro boleh mula strim semua rancangan kegemaran mereka di Viu dengan membuka aplikasi tersebut di Ultra Box mereka. Selain itu, mereka boleh klik “Pair Account” dan ikuti langkah yang tertera di skrin untuk log masuk dengan ID mereka atau reka ID asas baharu dan pautkan akaun mereka dengan Ultra Box untuk menikmati Viu di laman sesawangnya dan aplikasi mudah alih. Kini, para pelanggan boleh menikmati Viu dengan semua peranti mereka.
Viu Premium berharga RM14.90/sebulan (RRP). Para pelanggan Astro boleh terus mengakses Viu Premium dengan menambahnya ke langganan mereka pada tawaran eksklusif selepas 8 Jun 2023. Sila layari www.astro.com.my/viu untuk mendapatkan maklumat terkini tentang tawaran-tawaran lain. Para pelanggan yang tidak mempunyai Ultra Box dan ingin menebus percubaan percuma ini boleh menaik taraf ke Ultra Box dengan menghubungi Pusat Perkhidmat Pelanggan kami di 03-9543 3838.








‘Bukalah Hati’ Keindahan Pasti Menanti | Astro raikan kemuliaan Ramadan dengan sajian rancangan hiburan berilmiah yang dipenuhi pengisian bermakna.
Mengangkat tema ‘Bukalah Hati’, syarikat penyiar dan penstriman utama negara menyambut ketibaan bulan Ramadan dengan pelbagai sajian hiburan yang merangkumi variasi genre termasuk Islamik, ilmiah serta pengisian kandungan hiburan yang bakal memenuhi keperluan para pelanggan Astro dalam menunaikan ibadah puasa bersama keluarga dan sahabat handai.
Tema kali ini mengangkat elemen kerohanian yang menyeru umat Islam untuk kekal tabah tatkala menghadapi dugaan dan cabaran dengan membuka hati dalam mencari erti keredaan ketika menjalani ibadah puasa. Dengan keterbukaan hati, nescaya apa jua dugaan mendatang akan menemui penyelesaian yang pasti. Kempen kali ini turut melantik pelakon berbakat hebat serta berkaliber, Nadhir Nasar sebagai duta kempen korporat Ramadan Raya Astro buat kali kedua. Pelakon yang kian mengukir namanya di persada lakonan tempatan, Qasrina Karim pula dipilih sebagai duta kempen ini buat julung kalinya.
Petikan Kenyataan Rasmi Wakil Astro (Azlin Reza Azmi, Naib Presiden Perniagaan Saluran Melayu Astro)
“Bukalah hati, InsyaAllah keindahan pasti menanti. Begitulah tema kempen Ramadan Astro kali ini. Bulan yang dinanti-nantikan oleh umat Islam kini tiba, dan ramai di antara kita ingin mendekatkan diri kepada Allah SWT meniti hari-hari mulia ini, sudah pastinya banyak dugaan serta cabaran mendatang. Oleh itu, keterbukaan hati merupakan aspek yang penting untuk kita menerima serta mengharungi dugaan-dugaan menanti.
Masa bersama keluarga turut menjadi nadi utama kita tatkala menunaikan ibadah pada bulan Ramadan. Oleh itu, Astro bakal menyajikan pelbagai rancangan Islamik yang dinamik dan pastinya akan membawa pelbagai manfaat kepada semua. Tidak kiralah yang tua ataupun muda, pastinya seisi keluarga akan terhibur sambil mendalami erti bulan yang mulia ini. Antara sajian kerohanian kami adalah Geng Ngaji Musim 4, Bidadari Syurga, Rockstar Ke Masjid Musim 2, Tahu Ke Tidok: Celik Agama, Jejak Adam 2023 serta Salam Famili yang membawa pengisian mendalam melalui pengertian penghijrahan berdasarkan kisah benar mahupun fiksyen. Hiburan drama dan variasi yang disajikan pula akan membawa titipan yang bermakna dalam merungkai kisah-kisah yang menjadi refleksi komuniti kita. Banyak pengajaran kehidupan yang dapat diperoleh menerusi kandungan-kandungan di platform Astro termasuk drama Andai Itu Takdirnya, Liar serta Isteri Halal yang pastinya akan mendapat tempat di hati para peminat.
Manakala drama rantaian Ramadan istimewa kami, Imam Instant Ustazah Scammer turut membawa realiti ‘viral’ di kalangan komuniti maya kini. Kisah-kisah ini diharapkan dapat dijadikan iktibar dan pengajaran berguna dalam kita mengharungi perjalanan duniawi, sambil mengecapi kemanisan ukhrawi.
Selain itu, istimewa Ramadan ini juga, kami bawakan format ‘game show’ antarabangsa yang paling popular yang telah kami adaptasi, Family Feud Malaysia. Akhir sekali, Salam Ramadan Mubarak. Semoga bulan mulia ini membawa limpahan rahmat dan keberkatan untuk kita semua.”
Sorotan Utama Kandungan-Kandungan Astro Platform Televisyen
• Sajian Rancangan Islamik Yang Dinamik
Astro bakal menyajikan sajian berilmiah yang pasti akan membawa intipati yang memenuhi keperluan kerohanian dan keimanan menerusi saluran Astro Oasis. Antaranya Bidadari Syurga, sebuah rancangan bual bicara yang dihoskan oleh Lisa Surihani dan Ustaz Jafri Abu Bakar, memaparkan pengalaman sebenar yang pernah dilalui wanita-wanita hebat yang dijanjikan syurga.
Saksikan jua Rockstar Ke Masjid Musim 2 yang akan berkongsi hidup and penghijrahan nama-nama besar muzik rock. Mereka juga akan 'busking' untuk mengumpulkan dana buat masjid tempatan mereka. Antara artis yang terlibat adalah Ezad Lazim, Zul Handy Black, Jayjay, Mel Wings, Asheed Def Gab C dan Zamani Slam. Manakala dokumentari Jejak Adam 2023, hos Zainal Ariffin Ismail berkelana dalam mencari tanda-tanda kehadiran Nabi Adam A.S di bumi Arab Saudi dan seterusnya, kedatangan agama Islam di bumi Melayu.
Topik-topik yang bakal ditayangkan akan memberi inspirasi dan suntikan kesedaran kepada penonton dalam mencari barakah dalam kehidupan. Tahu Ke Tidok: Celik Agama pula merupakan program ‘game show’ yang menguji selebriti dan pelawak seperti Fikry Ibrahim, Saiful Apek, Sharif Zero, Eida Moin dan ramai lagi dalam pengetahuan asas agama mereka yang meliputi mata pelajaran PAFA (Perkara Asa Fardhu Ain).
Saluran Astro Ceria pula akan menyajikan Salam Famili yang berkisarkan seorang Muallaf belajar menghadapi Ramadan pertamanya di Malaysia dan terjatuh cinta dengan seorang ibu tunggal. Untuk mengahwini cintanya, dia mestilah mendapat restu ayah kepada ibu tunggal tersebut dengan menunjukkan dirinya boleh menjadi imam yang baik. Dibintangi Nadiya Nisaa, Aiman Wynne, Amar Bahrin dan Sabri Yunus.
• Sajian Drama Hebat Berganda-Ganda
Istimewa buat peminat drama melayu, Astro mempersembahkan barisan drama baharu menerusi saluran Ria. Antaranya Andai Itu Takdirnya yang membawa sisipan drama kehidupan dua insan yang menjalani bahtera perkahwinan yang regang dan duka berpanjangan. Adaptasi karya terbaik Siti Rosmizah, drama rantaian ini dibintangi Shukri Yahaya dan Hannah Delisha.
Slot drama diteruskan dengan Imam Instant Ustazah Scammer, memaparkan kisah Ashraf yang mencuri tumpuan setelah bacaan Quran olehnya menjadi viral di media sosial. Malah dia turut digelar sebagai Imam Ashraf yang membuatnya tidak selesa dengan perhatian yang diberikan. Drama khas sempena Ramadan ini dibintangi Hun Haqeem, Mira Filzah dan Qasrina Karim.
Astro Originals sekali lagi membawa drama rantaian yang bakal mencabar minda penonton dengan LIAR. Drama ini mengisahkan Lara yang menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran untuk membuktikan bahawa dia telah diperkosa oleh seorang pakar bedah terkemuka. Drama thriller ini dibintangi Tiz Zaqyah dan Tony Eusoff.
Menerusi slot Gempak Originals, drama komedi Gadis eXXtra mengisahkan kehidupan tiga gadis; Nina, Irwinda dan Sahira yang baru memperoleh ijazah tetapi terpaksa berdepan pelbagai halangan sebelum berjaya. Drama ini dilakonkan oleh Norreen Iman, Rita Nadira dan Alyshia Abegail.
• Sajian Rancangan Hiburan, Komedi, Gaya Hidup Dan Animasi Yang Membawa Pengisian Bermakna
Sajian program-program bergenre hiburan, komedi, gaya hidup dan animasi kekal berjalan namun membawa pengisian yang mendalam dan bermakna. Menerusi saluran Astro Ria, ‘game show’ dan format paling popular antarabangsa kini di Malaysia. Family Feud Malaysia bakal menemui penonton seisi keluarga pada Ramadan ini bersama hos Nabil Ahmad.
Selain itu, petang anda bakal dimeriahkan dengan program hiburan masakan Dapur Vaganza yang menampilkan Tok Ram dan Lina Pom Pom berperang di dapur bersama barisan peserta Gegar Vaganza. Rasa Nostalgia Kampung Style pula menyajikan program masakan yang membawa penonton balik ke kampung selebriti tanah air bersama lima hos berbeza setiap minggu; Chef Wan, Chef Ismail, Chef Adu, Jaafar Onn dan Rozita Che Wan.
Saluran Astro Warna pula bakal menyerikan malam-malam Ramadan para penonton dengan Sepahtu Al Puasa 2023 yang kembali menggeletek malam Jumaat anda dengan sketsa spontan dan santai yang memberikan seribu satu mesej positif dalam lawak jenaka mereka. Nantikan Travelawak: Projek Bapak Bapak yang merupakan program komedi realiti yang memaparkan gelagat dan telatah empat selebriti veteran tanah air iaitu Datuk Ramli MS, Datuk Jalaluddin Hassan, Jatt Black Dog Bone serta Roy Azman yang mengembara ke Jepun dan menyahut cabaran-cabaran yang mencuit hati dan ‘luar biasa’serta cuba membuktikan bahawa ‘Otai’ can have fun too.
Tidak ketinggalan, khas untuk penonton cilik, siri animasi paling popular yang kaya dengan mesej positif, Upin Ipin Musim terbaharu (Musim 16) bakal menemui anda menerusi slot Lepak @Les Copaque di saluran Astro Prima. Manakala,saluran Astro Ceria pula membawakan rancangan masakan Si Manis Bulan Ramadan, memaparkan anak-anak kepada para selebriti seperti Datuk Aaron Aziz, Nabil Ahmad dan Nadiya Nisaa yang memasak untuk ibu bapa mereka.
Platform Digital
Penghayatan kandungan Islamik berterusan menerusi platform Digital Astro. My Mosque merupakan sebuah rancangan bual bicara bersama Hazeman Huzir memaparkan selebriti ataupun personaliti terkenal berkongsi mengenai masjid kegemaran mereka serta kisah-kisah menarik di sebalik masjid tersebut. Antara tetamu undangan rancangan ini termasuk influencer dan content creator Maryam, Cik Ton dan juga Mizz Nina.
Manakala Sayang Ajar Masak Ramadan memaparkan para selebriti termasuk Zizan Nin dan Hawa Rizwana memasak resipi kesayangan keluarga. Selain itu, Gempak juga bekerjasama bersama Tiktokers Amin Emo dalam HambaRamadan, bersaing dengan anaknya berbalas jenaka-jenaka ‘dadjokes’nya.
Astro First
Astro First kali ini menyajikan filem-filem hebat tempatan serta serantau sempena bulan Ramadan ini. Antaranya filem animasi Mechamato yang mengisahkan Amato menemui kapal angkasa penjara mengandungi robot jahat yang terhempas ke bumi. Salah satunya MechaBot, berupaya untuk mekanisasi objek harian menjadi peranti berteknologi tinggi. Amato berjaya mengakali MechaBot dan sejak itu mereka bekerjasama untuk mencari dan menangkap robot jahat itu.
Manakala filem aksi Coast Guard Malaysia: Ops Helang turut menyerikan Ramadan ini dengan barisan pelakon hebat seperti Adlin Aman Ramlie, Julia Farhana, Sabri Yunus dan Saharul Ridzwan. Filem ini berkisarkan Hafiz, seorang Pegawai Pengawal Pantai Malaysia, sedang meraikan pertunangannya di sebuah resort pantai. Namun sekumpulan pengganas merampas hotel dan menculik tunang serta keluarganya. Dia berjaya melarikan diri dan segera mengatur misi mencari dan menyelamat untuk mendapatkan semua orang kembali dengan selamat.
Platform Radio
Pengisian berilmiah turut ke udara menerusi stesen-stesen radio Astro. Di ERA, Iftar ERA ingin membuka pintu kediaman Pak Azad kepada lima pendengar ERA yang bertuah untuk menghadiri majlis iftar. Majlis ini turut disantuni pelajar-pelajar tahfiz serta anak-anak yatim. PA-RAM DUO dari SINAR akan membuat cabaran untuk ramadan kali ini. Mereka akan membantu perniaga yang berniaga di baazar ramadan sebagai pekerja untuk mempromosikan dan menaikkan perniagaan mereka. GEGAR membawakan Ahlan Wasahlan Ramadan GEGAR yang akan mengagihkan set Sejadah Eksklusif GEGAR berserta Kurma pada minggu akhir sebelum Ramadan hingga ke minggu kedua Ramadan. Pengagihan ini akan dibantu oleh KRU GEGAR di sekitar Masjid dan bazaar ramadan terpilih. ZAYAN bakal menyiarkan kapsul harian istimewa Ramadan, ZAYAN Kapsul Iftar sambil menunggu waktu berbuka puasa bersama PU Amin dan Sheikh Zainul Asri.
Tawaran Produk Dan Perkhidmatan Astro Go Shop
Sempena bulan Ramadan yang mulia, Go Shop melancarkan kempen Beli Ikhlas Dari Hati, menawarkan pelbagai barangan Ramadan dan Raya. Para pelanggan dapat menikmati pengalaman membeli-belah yang unik dan menarik dengan program istimewa setiap hari di BAARU (saluran 111) dan RUUMA (saluran 118).
Para pelanggan boleh menonton Nour Al Ramadan untuk persiapan menjelang bulan Ramadan, Lip Lap Raya untuk fesyen sambutan Raya yang glamor, Jelita yang menyediakan tips terhebat untuk mengekalkan kulit dan kesihatan yang baik, Enak Rasa untuk snek dan minuman yang enak, Deko Raya untuk idea-idea hebat menghiasi rumah dan Jom Masak untuk alatan memasak terbaik dan resipi Raya yang lazat daripada chef tempatan. Layari Go Shop di www.goshop.com.my atau muat turun aplikasi Go Shop dari Google Play dan App Store untuk lebih tawaran menarik. Malah Go Shop turut akan menyumbang RM1 untuk setiap pembelian jenama terpilih yang dipaparkan menerusi program televisyen Go Shop kepada badan kebajikan yang akan dipilih kelak.
Tanggungjawab Sosial Korporat
Yang memerlukan jangan sekali-kali dilupakan. Astro Kasih giat meneruskan dan memperluaskan aktiviti tanggungjawab sosial korporat yang merangkumi aktiviti memasak bubur lambuk di kalangan para sukarelawan, sukarelawati Astro dan artis-artis untuk Persatuan Anak Yatim dan Ibu Tunggal Nur Hikmah, Persatuan Rumah Kebajikan Anak Yatim & Ibu Tunggal Hajah Kamariah serta komuniti PPR di Taman Medan, Petaling Jaya.
Menangi hadiah wang tunai serta pembiayaan bil di ERA, SINAR dan ZAYAN
Tuesday, 7 March 2023
Menangi hadiah wang tunai serta pembiayaan bil di ERA, SINAR dan ZAYAN | Semua boleh mengambil bahagian dalam ‘ERA Bayar Bil’, ‘Filem Emoji Ella Furniture Di SINAR’ dan ‘ZAYAN Teka Artis Nasyid’, dari sekarang hingga 17 Mac, di laman rasmi dan di udara.
ERA: ERA Bayar Bil
Hantarkan bil-bil sehingga RM150 yang ingin dibiayai melalui ‘ERA Bayar Bil’ di laman rasmi ERA
o Layari laman rasmi era.syok.my untuk mendapatkan pautan borang penyertaan.
o Lengkapkan penyertaan dengan maklumat diri dan kepilkan lampiran bil untuk dibiayai. Bil yang dihantar boleh di atas nama sendiri atau orang yang dikenali.
o Peserta juga perlu kongsikan kisah disebalik bil yang ingin dibiayai oleh ERA.
o Personaliti ERA akan menghubungi peserta yang berjaya di udara.
o Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘ERA Bayar Bil’ di laman rasmi dan media sosial ERA.
SINAR: Filem Emoji Ella Furniture Di SINAR
Teka tajuk filem dalam ‘Filem Emoji Ella Furniture Di SINAR’ untuk peluang menang wang tunai sebanyak RM150, di udara.
o Pendengar perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
o Teka tajuk filem berdasarkan emoji yang dimuat naik melalui ‘Instagram Story’ SINAR.
o Peserta bersama tajuk filem yang betul akan membawa pulang wang tunai RM150. Jika jawapan adalah salah, wang tersebut dibawa ke pusingan seterusnya.
o Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘Filem Emoji Ella Furniture Di SINAR’ di laman rasmi dan media sosial SINAR.
ZAYAN: ZAYAN Teka Artis Nasyid
Teka nama artis nasyid dalam ‘ZAYAN Teka Artis Nasyid’ untuk peluang menang wang tunai sebanyak RM200, di udara.
o Pendengar perlu menjadi pemanggil terpantas selepas isyarat memanggil ke udara.
o Teka nama artis nasyid berdasarkan imej yang dimuat naik melalui Facebook dan Instagram ZAYAN.
o Peserta bersama jawapan yang betul akan membawa pulang wang tunai RM200. Jika jawapan adalah salah, wang tersebut dibawa ke pusingan seterusnya.
o Dapatkan maklumat lanjut tentang ‘ZAYAN Teka Artis Nasyid’ di laman rasmi dan media sosial ZAYAN.