First time dengar lagu Tak Sabar Nak Raya pun part chorus dah melekat dalam kepala sebab catchy dan lirik pun fun. Relatable lah sebab sekarang tengah mood tak sabar nak raya, cuti dah apply, baju dah beli, kuih raya pun dah siap, tinggal nak tunggu pengumuman tarikh raya je.
MV Tak Sabar Nak Raya ni ada banyak product placement tapi layan je lah sebab video dia nice. Wardrobe Nabila Razali dari Nuffsaid pun cantik. Ada Yusuf pulak tu eiikkkss comel!
By the way, Aggy dengan Aizat Saha memang pelakon wajib untuk MV Nabila Razali ke sebab lagu raya tahun lepas, Raya Mana pun ada diorang berdua jugak. I suka Aizat Saha so I approve his presence hikkkss
LIRIK LAGU TAK SABAR NAK RAYA
Penyanyi: Nabila Razali ft Nabil Ahmad
Komposer: Brendan Lim Seng Meng, Denise Chan Li-Hsia, Foong Le Xin, Asyraf Nasir
Lirik: Brendan Lim Seng Meng, Denise Chan Li-Hsia, Foong Le Xin, Asyraf Nasir
Label: Label: Nabila Razali Entertainment, Sony Music Malaysia, Malika Entertainment & Management
[Verse 1]
Sudah tibanya kian lama, hari bahgia, hari mulia
Setahun sekali berjumpa, saling ziarah, diramah mesra
Kuala Lumpur, 10 Mac 2026 - Menjelang sambutan Aidilfitri, suasana meriah perayaan mula dirasai dengan pelbagai persiapan yang dilakukan. Pada 8 Mac lalu, program hiburan popular TV3, Melodi, memperkenalkan video muzik terbaharu berjudul Lagu Raya Untukmu nyanyian penyanyi dan komposer terkenal, Hael Husaini, yang diharapkan dapat menambah seri sambutan Syawal tahun ini.
Sebagai karya istimewa Aidilfitri 2026, Lagu Raya Untukmu menggabungkan elemen muzik moden dan klasik, menjadikannya segar namun tetap meriah serta sarat dengan nuansa nostalgia. Dengan vokal penuh emosi, Hael Husaini menyampaikan mesej kemaafan, semangat kebersamaan, dan penghargaan terhadap insan tersayang, menjadikan setiap detik perayaan lebih bermakna.
Proses rakaman lagu ini melibatkan sesi vokal dan penyusunan muzik yang teliti di studio. Lagu ini turut menampilkan kolaborasi kreatif antara Hael Husaini dan penerbit terkenal, Iqie Hugh, yang berperanan sebagai penulis lirik dan komposer bersama Hael, memastikan setiap elemen lagu disusun dengan penuh kreativiti dan emosi.
Lagu Raya Untukmu juga merupakan antara projek kerjasama terbaharu antara Hael Husaini bersama Alternate Records dan Rocketfuel Entertainment. Kerjasama ini mencerminkan hubungan profesional yang berterusan dalam menghasilkan karya muzik berkualiti, di samping memperkenalkan lagu Raya moden yang segar kepada para pendengar.
Menurut Hael Husaini, “Saya berharap lagu ini menjadi salah satu iringan indah dalam sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini, membawa suasana kegembiraan dan kehangatan kepada para pendengar ketika meraikan Syawal bersama keluarga dan sahabat handai. Lebih daripada itu, lagu ini menyampaikan mesej tentang kepentingan kemaafan, semangat kebersamaan, serta menghargai setiap detik berharga bersama insan tersayang.”
Video muzik Lagu Raya Untukmu kini boleh distrim di YouTube menerusi saluran rasmi Alternate Records dan Rocketfuel Entertainment. Penonton juga digalakkan untuk menyertai kemeriahan ini dengan menghasilkan video kreatif mereka sendiri menggunakan lagu ini, sama ada melalui video transisi persiapan Ray dan tarian ringkas yang memaparkan momen menjelang Aidilfitri.
Orang ramai dijemput menonton video muzik ini serta berkongsi kemeriahan sambutan Raya mereka di media sosial menggunakan tanda pagar #LaguRayaUntukmu. Untuk maklumat terkini mengenai Alternate Records & Talents, ikuti akaun rasmi mereka di Facebook, Instagram (@alternate.my_), dan TikTok (@alternate.rt_).
LIRIK LAGU LAGU RAYA UNTUKMU
Penyanyi: Hael Husaini
Komposer: Hael Husaini & Iqie Hugh
Lirik: Hael Husaini & Iqie Hugh
Studio: Alternate Records, Rocketfuel Entertainment
'Raya 2026 untuk si penulis warkah ini mungkin akan lebih manis jika semuanya masih dibaluti dengan ciri khas rentak joget kemelayuan dan seumpama dengannya yang berkhaskan muzikal teater raya konklusinya. Dengan kekayaan ramuan tradisionalisme nusantara yang kita miliki, aikanlah raya dengan riuh tapi tenang, dengan ikhlas nan senang selepas sebulan berpuasa, dengan cinta, maka jika tuhan mengizinkan, kelak datanglah jodoh lebaran kalian, di hari raya anda nanti, mungkin kalau bukan tahun ini, tahun depan dan seterus-terusnya, amin. Selamat menonton dan berdendang dengan nukilan naskhah anak muda ini bertajukkan ‘Jodoh Lebaran’.' - AISHA RETNO Entertainment
Kalau tahun lepas Daiyan Trisha buat lagu tentang beraya dengan jodoh dalam lagu Jom Raya, tahun 2026 pula diserikan dengan Jodoh Lebaran dari Aisha Retno. Lagu dia santai, fun dan catchy. Soft tone dia kena dengan lagu yang menemani tarian zapin disuntik latin.
Seronok tengok MV Jodoh Lebaran bila satu team menari depan Bangunan Sultan Abdul Samad. Unik juga outfit Aisha Retno dalam MV Jodoh Lebaran.
Tak sangka betul Faizal Tahir kolaborasi dengan Senario untuk hasilkan lagu raya yang santai dan music video comel macam ni. Mehhh factor lagu ni bila ulang banyak kali sangat chorus tu dan mostly suara Faizal Tahir yang mendominasi padahal Apek dengan YAssin sedap je suaranya. Ad-libs dari Wahid pun tak ada padahal tu signature kumpulan Senario. Tak tahu kenapa Lan Pet Pet tak ada dalam lagu ni.
Apapun, lagu Bila Lagi Nak Jumpa ni catchy dan fun bila beraya nanti. Musik video Bila Lagi Nak Jumpa dilancarkan 6 Mac 2026 lepas. Have fun watching!
Dari teaser lagi dah comel lagu Bincang Raya dari Amira Othman dengan adiknya, Irfan Haris. Lirik dia kena sangat dengan argument wajib dari suami isteri setiap kali raya muncul. Lepas ni kalau nak argue dengan life partner masing-masing boleh guna lagu ni.
Updated:
MV Bincang Raya dah keluar dan tampilkan Fattah Amin sebagai male lead.
LIRIK LAGU BINCANG RAYA
Penyanyi: Amira Othman ft Irfan Haris
Komposer: Haiqal Iskandar, Irfan Haris, Shazriq Azeman & Omar K.
Lirik: Irfan Haris, Shazriq Azeman & Omar K.
Studio: Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd & Emiera Othman Ventures
Meriah raya tahun ni bila Rocketfuel Entertainment release dua lagu raya untuk ALPHA dan salah satunya ialah Rindu Raya. Ingatkan new version untuk Rindu Raya - Spider sebab yang tu my personal favourite. Sekarang bertambah lagi satu lagu raya favourite dari ALPHA.
Lepas dengar live performance Rindu Raya - ALPHA semalam makin bertambah suka dengan lagu ni sebab suara semua ahli ALPHA sedap dan harmoni. Jadi tak sabar eh nak balik kampung beraya dengan keluarga. Lagu Rindu Raya ni tak rancak sangat walaupun kategori pop juga. Kena lah dengan tagline Astro tahun ni, Bila Bersama Lagi Jadi.
Lagu raya Tokti tahun ni mencetuskan kontroversi sebab ada yang kata tak best sampai Tokti bagitahu anda bukanlah target market saya di Threads. Personally for me, compared to last year I lagi seronok dengan lagu Beraya Dengan Saya, MV pun cantik. Kudos to Rio Films Production for a beautiful MV dan Riezman Ruzaini juga untuk busana Tokti dalam MV Beraya Dengan Saya 💗
LIRIK LAGU BERAYA DENGAN SAYA
Penyanyi: Dato Sri Siti Nurhaliza
Komposer: Iqie Hugh, Omar K & Dato Sri Siti Nurhaliza
Lirik: Iqie Hugh, Omar K & Dato Sri Siti Nurhaliza
“RAYU HATIKU”, KOLABORASI PERTAMA ADIRA SUHAIMI BERSAMA ALTERNATE RECORDS | LUAHAN EMOSI ADIRA SUHAIMI UNTUK DRAMA TERBAHARU SAMARINDA, BISIK ASMARA
Kuala Lumpur, 14 Januari 2026 – Penyanyi berkaliber, Adira Suhaimi, kembali menyentuh perasaan pendengar menerusi single terbaharu berjudul Rayu Hatiku, sebuah balada penuh emosi yang dipilih sebagai lagu tema drama terbaharu Samarinda, Bisik Asmara. Mengangkat rasa pengorbanan dan harapan yang terpendam, lagu ini menjadi pelengkap sentimen kepada jalan cerita drama tersebut.
Rayu Hatiku mengangkat luahan seorang wanita yang terluka selepas dikhianati insan tersayang. Tanpa nada marah atau penentangan, lagu ini sebaliknya menyelami rasa kehilangan, kerapuhan dan harapan yang kian pudar. Sentuhan penghayatan yang dipersembahkan menjadikan lagu ini dekat dengan realiti perasaan, sekali gus mudah menyentuh jiwa pendengar yang pernah melalui luka yang sama.
Menurut Adira, peluang untuk menyampaikan lagu ini disambut dengan penuh rasa syukur dan tanggungjawab. Katanya, “Saya bersyukur apabila diberi kepercayaan untuk menyanyikan lagu ini. Selagi sesebuah karya itu serasi dengan genre dan jiwa saya sebagai penyanyi, peluang sebegini tidak akan saya lepaskan.”
Dari segi persembahan vokal, Rayu Hatiku menuntut penghayatan yang mendalam. Setiap rangkap lagu disampaikan dengan kawalan vokal yang halus dan teliti, agar rasa sedih serta keikhlasan emosi dapat sampai dengan jelas kepada pendengar.
Bagi Affan Mazlan, lagu ini digarap sebagai sebuah balada bertenaga dengan sentuhan muzik yang lebih gelap dan suram. Elemen kabaret serta muzik desa disuntik secara halus, terinspirasi daripada bunyi muzik era 1960-an dan 1970-an, dalam masa yang sama memberikan identiti tersendiri kepada karya ini.
“Lagu ini bukan tentang kemarahan, sebaliknya menceritakan tentang rasa tidak dihargai dan kesedihan yang mendalam. Vokal Adira melengkapkan keseluruhan emosi lagu ini, malah hasil akhirnya benar-benar melebihi jangkaan saya,” jelas Affan Mazlan.
Rayu Hatiku menandakan single pertama Adira Suhaimi bersama Alternate Records dan kini boleh didengari di semua termasuk YouTube Music dan Spotify. Lagu ini dijangka menjadi pelengkap emosi kepada drama Samarinda, Bisik Asmara, seterusnya mengukuhkan kedudukan Adira sebagai salah seorang penyanyi balada terkemuka tanah air.
Untuk maklumat terkini berhubung Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Facebook, @alternate.my_ di Instagram dan @alternate.rt_ di TikTok.
“CINTA GILA” - ANTARA LUKA DAN TERIKAT KENANGAN | BICARA JIWA PERIBADI MARIAM SAIM IRINGI OST PEREMPUAN TIDAK TERNIKAH
Kuala Lumpur, 6 Januari 2026 — Selepas mencuri perhatian sebagai Top 5 rancangan realiti One In A Million, penyanyi dan komposer berbakat Mariam Saim, kembali dengan karya terbaharu di bawah naungan Alternate Records & Talents, berjudul Cinta Gila. Single yang turut menjadi runut bunyi (OST) bagi drama popular slot Akasia di TV3, ‘Perempuan Tidak Ternikah’.
Apa yang membezakan lagu ini, ia adalah karya pertama yang sepenuhnya dicipta, digubah dan lirik ditulis sendiri oleh Mariam, menjadikannya luahan hati peribadi yang diterjemahkan dalam bentuk balada moden penuh emosi. Lagu ini mengisahkan sebuah hubungan yang penuh tanda tanya antara cinta yang mengajar dan cinta yang menyakitkan membawa pendengar menelusuri perjalanan emosi seseorang yang cuba melepaskan namun masih terikat dengan kenangan.
Dengan sentuhan strings dan susunan muzik minimalis, Cinta Gila menampilkan nuansa Indo pop balada yang galau, memberikan ruang untuk emosi, lirik dan vokal Mariam bercerita dengan jujur dan natural. “Ramai yang pernah berada dalam hubungan yang penuh tanda tanya dan Cinta Gila mungkin mewakili perasaan yang sukar diluahkan dengan kata-kata. Lagu ini bukan sekadar didengar, tetapi untuk dirasai,” luah Mariam.
Proses penulisan lagu ini mengambil masa 2–3 minggu untuk menyempurnakan lirik dan melodi agar perjalanan emosinya terasa semula jadi, manakala rakaman vokal disiapkan dalam kira-kira 2 jam. Semasa sesi rakaman korus, Mariam mengimbas kembali kisah yang menginspirasikan lagu ini sehingga terasa sebak, momen yang kemudian menjadi versi ambilan terakhir kerana keikhlasannya berjaya dirakam.
“Cabaran utama adalah memastikan lagu ini benar-benar jujur dengan emosi sendiri tanpa terlalu dramatik. Saya menulis, padam, dan tulis semula beberapa kali kerana mahu pendengar merasai perjalanan emosi itu secara natural. Cinta Gila hadir dengan gaya yang sederhana dari segi susunan, tetapi kuat dari segi rasa; ia sarat jiwa dan dekat di hati pendengar,” tambah Mariam lagi.
Cinta Gila kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital termasuk YouTube dan Spotify.
Untuk maklumat terkini berhubung Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Facebook, @alternate.my_ di Instagram dan @alternate.rt_ di TikTok.
Tak tahu pun lagu 7 Huruf dendangan Teeya Nasution dilancarkan oleh Rocketfuel Entertainment sebab tak ada suggestion songs dari Youtube. First time dengar masa Gala premiere filem Abah Saya Uncle Mike. Bila lagu 7 huruf keluar makin bertambah emosi layan filem kisah benar Uncle Mike ni. Glad to know lagu 7 Huruf dah start masuk Tiktok semalam. Lagu 7 Huruf ada dalam versi Mandarin juga berjudul 朋友(Péng Yǒu).
Lepas Ernie Zakri dan Bella Astillah, sekarang giliran tokti pula mendendangkan lagu balada karya Ade Govinda. Thanks to Ade Govinda and team yang berjaya hasilkan lagu yang sesuai dengan stail dan signature Tokti.
Lagu Menamakanmu Cinta sarat dengan pujian kepada cinta hati secara romantis dan ikhlas. Lepas ni mungkin lagu Menamakanmu Cinta akan masuk dalam playlist wedding song di dua negara. Lagu kolaborasi antara bakat besar Malaysia dan Indonesia ni macam ada vibe yang sama dengan lagu-lagu dari album Hadiah Daripada Hati.
Yang belum dengar lagu Menamakanmu Cinta boleh layan dekat sini
LIRIK LAGU MENAMAKANMU CINTA
Penyanyi: Dato' Sri Siti Nurhaliza ft Ade Govinda
Komposer: Ade Govinda
Lirik: Ade Govinda
Label: Universal Music Sdn Bhd, SN Legacy Sdn Bhd, MyMusic Records
DUKES DEDAH EMOSI TERSEMBUNYI DALAM “BILA KAU DATANG MENANGIS” | Lagu Buat Jiwa Yang Bangkit Dari Cinta Tak Setara
Band indie tempatan yang semakin mencuri perhatian, Dukes, kembali menyentuh jiwa pendengar dengan single terbaharu berjudul Bila Kau Datang Menangis, sebuah karya yang mengangkat tema keinsafan, harga diri dan keberanian untuk keluar daripada hubungan yang tidak adil.
Lagu ini merupakan buah tangan kelima Dukes bersama Alternate Records, hadir dengan sentuhan pop rock moden yang lebih matang dan peribadi. Ditulis oleh Rayyan Razzaq dan Hazim Osman, serta digubah sepenuhnya oleh ahli kumpulan Dukes sendiri, Bila Kau Datang Menangis membawa naratif seorang lelaki yang sering menjadi ‘tempat singgah’ bagi seorang perempuan, tetapi hanya ketika dia sedang berduka. Akhirnya dia bangkit dan memilih untuk melepaskan hubungan yang tidak lagi memberinya ruang untuk dihargai.
“Lagu ini kami dedikasikan untuk sesiapa saja yang pernah rasa jadi ‘pilihan kedua’ dalam sesuatu hubungan. Ia bukan sekadar luahan, tapi juga satu penguat semangat untuk belajar menghargai diri sendiri. Dengarkan lagu ni dengan hati terbuka, kami yakin anda akan rasa sesuatu,” kata Dukes.
Menurut Dukes, lagu ini sangat menguji keupayaan mereka sebagai pemuzik. “Lagu ini mencabar kami daripada segi teknikal dan emosi. Ia memerlukan kami menyampaikan muzik dengan cara yang belum pernah kami lakukan sebelum ini. Kami benar-benar perlu keluar daripada zon selesa dan memberikan sepenuh jiwa dalam setiap nota dan lirik,” ujar Dukes.
Lagu Bila Kau Datang Menangis turut mendapat sentuhan Taja, anggota kumpulan Meet Uncle Hussain yang pernah menghasilkan lagu-lagu hits seperti Pokok dan Lagu Untukmu. Ini merupakan kolaborasi pertama Dukes bersama Taja, dan ia membuka peluang untuk mereka teroka muzik dengan cara yang lebih segar.
“Dengan bimbingan Taja, kami dapat meneroka susunan muzik yang lebih matang dan dinamik. Lagu ini juga membawa naratif yang lebih peribadi dan realistik, sesuatu yang kami rasa lebih dekat dengan pendengar,” kata Dukes.
Bila Kau Datang Menangis hadir sebagai sebuah karya yang diharapkan mampu menyentuh hati para pendengar, khususnya mereka yang pernah merasai perasaan yang sama. Lebih daripada sekadar lagu cinta, ia ialah suara untuk mereka yang mencari makna, kekuatan dan kejujuran dalam emosi.
Dukes dianggotai oleh Ziggy (vokalis), Rayyan (gitaris), Jimbo (gitaris), Umar (bassis), dan Cheng (dram).
Bila Kau Datang Menangis menjadi antara karya penting dalam perjalanan seni Dukes, membuka lebih banyak ruang untuk kumpulan ini terus berkembang dalam industri muzik tempatan.
Lagu ini kini boleh distrim di semua platform digital termasuk Spotify, Apple Music dan YouTube! Dengarkan dan hayati lagu ini dengan hati terbuka kerana kadang-kadang, melepaskan adalah bentuk cinta terbaik untuk diri sendiri.
Untuk perkembangan terkini mengenai Dukes dan Alternate Records, ikuti akaun rasmi di Instagram @alternate.my_, TikTok @alternate.rt_ dan Facebook @alternate.my.
LIRIK LAGU BILA KAU DATANG MENANGIS
Penyanyi: Dukes
Komposer: Dukes
Lirik: Rayyan Razzaq & Hazim Osman
Producer: Taja
Kau ada hanya bila kau ada masalah
Kau lukakan ku
Kau dera hatiku
Lalu kau lupakan janji yang kau pinta
Pre-Chorus
Ku tak pernah
Layani sakit pedih hatiku
Ku berikan mu
Seluruh jiwaku
Namun ku hanya tempat singgah dirimu
Chorus
Bila kau datang menangis
Jangan cari aku
Kerna ku sudah penat dengan karenah kamu
Bila kau datang menangis
Pre-Chorus
Layani sakit pedih hatimu
Pergilah kamu
Ku benci dirimu
Kerna ku hanya tempat singgah dirimu
Chorus
Bila kau datang menangis
Jangan cari aku
Kerna ku sudah penat dengan karenah kamu
Oooh…
Benarkah cinta ini
Semua hanya ilusi
Sampai waktu
Bila kau datang menangis
Jangan cari aku
Kerna ku sudah penat dengan karenah kamu
Pergilah cari laki lain untuk kau sakiti
Kemudian cari seorang lagi kerna kamu gila
*********************
Mengenai Alternate Records & Talents
Alternate Records & Talents merupakan sebuah agensi mencungkil bakat muzik dan lakonan bakat yang mantap dan serba boleh. Ditubuhkan pada tahun 2006, Alternate Records and Talents (dahulunya dikenali sebagai Monkeybone) telah meningkatkan industri hiburan dan artis berasaskan muzik di Malaysia dengan mempamerkan portfolio luar biasa dengan bakat bakat memenangi anugerah, muzik yang menduduki carta teratas, Pemilikan IP dan banyak pengedaran. Artis mereka berjaya secara komersial telah menjadi trend di YouTube, Twitter dan Tiktok dan sebagainya.
Untuk maklumat lanjut tentang Alternate Records Sdn Bhd, lawati YouTube rasmi kami dan Instagram @alternate.my_
Meriah lagu raya Astro tahun ni, kena dengan tagline diorang - Meriah Lain Macam. Lepas mendonia dengan lagu Meriah Lain Macam dendangan Hael Husaini dan Nadeera, Astro release pula lagu Nyam Nyam Ketupat hasil gabungan suara Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania & Miss Alvy.
Lagu ni senang sangat nak melekat dekat kepala sebab guna perkataan yang berulang dengan rentak yang catchy dan fun. Budak-budak suka lah lagu macam ni, mungkin sebab tu views dah mencecah 2 juta di Youtube.
Music video yang turut menampilkan talents Evertts Gomes, Jay Iskandar, Fitri Farok, Azqa Aziz, Myra Afrina dan A-Vys Chan pun cantik visualnya dengan warna yang terang dan ceria. Nas Muammar Zar (Nas-T) yang bakal muncul dengan filem Keluang Man buat kemunculan istimewa dalam music video Nyam Nyam Ketupat terbitan Rocketfuel Entertainments.
LIRIK LAGU NYAM NYAM KETUPAT
Penyanyi: Zizan Razak, Wani Kayrie, Dinda Dania & Miss Alvy
Komposer: Shazriq Azeman (World Peace Music), John Jeeves (Faithful Music) & Omar K (World Peace Music), Ariz & Zizan Razak
Lirik: Ariz, John Jeeves, Omar K, Shazriq Azeman, Zizan Razak
She Pandora kini muncul lagi dengan single terbaru beliau, berjudul D1K4U. D1K4U merupakan hasil susunan lagu dan lirik She Pandora sendiri. Mengetengahkan konsep ketuhanan, lagu ini berkisahkan tentang kelalaian manusia terhadap Sang Pencipta. Bait indah lagu D1K4U mulai ditulis oleh She Pandora sendiri sewaktu musim pandemik Covid-19 yang lepas.
Menurut She Pandora, lagu ini ditujukan kepada semua yang turut merasakan apa yang dirasakan oleh beliau selama ini. Mungkin banyak yang kehilangan jiwanya, yang merasakan bahawa setiap hari yang mendatang penuh dengan masalah. Lagu ini juga diibaratkan sebagai sebuah doa dan pengharapan buat diri beliau sendiri. Harapan She Pandora, agar lagu ini dapat menyentuh jiwa-jiwa yang sedang hilang, sayu dan sunyi, agar sesiapa yang mendengar lagu ini sentiasa kembali dan perbaiki hubungan bersama yang Maha Esa.
Tertarik dengan poster single track Sudi, buah tangan terbaru Dolla bersama Yonnyboii yang menggunakan warna violet dan pantone dekat laut. Dari poster boleh nampak tema dan konsep lagu lebih kepada soothing ballad. Tepat tekaan bila play lagu sudi dekat Youtube rasmi Dolla.
Lepas single Berani yang menaikkan semangat tempuh cabaran, Dolla come up dengan lagu yang menceritakan tentang peneman hidup. Lagu Sudi ibarat hadiah untuk iDOLLA, peminat DOLLA yang selalu ada dari awal hingga sekarang.
Yang tak bestnya bila lagu ni kerap sangat ulang lirik bahagian chorus sebab I rasa Yonnyboii deserves ada part yang banyak even lirik boleh ditambah lagi untuk Dolla. Anyway, do check their MV with aesthetic pleasure and healing vibes.
Tak habis move on lagi dengan album Treasure The Second Step: Chapter One, bulan Oktober muncul lagi satu album The Second Step : Chapter Two pula dengan title track berjudul Hello. Kalau sebelum ni Treasure bawa konsep hip hop rock, comeback kedua lebih kepada youth pop yang segar dan ceria. Bukan setakat lagu, style Treasure pun lebih stylish dengan menggunakan warna musim panas.
Excited dengan album baru ni sebab YG Entertainment bagi kebebasan sepenuhnya kepada member untuk produce kesemua lagu termasuklah title track HELLO. Lagu Hello berkisar tentang pemuda yang jatuh cinta dengan si gadis idaman. The entire song sounds cute and energetic.
Penggunaan genre EDM dan pop rock yang maksimal antara kekuatan Hello. Pre-chorus guna suara Junkyu dengan Jihoon yang lunak dan ditegaskan pada part Without you, everything’s a lie.. oleh suara Doyoung dan Junghwan sebagai penarik sebelum diketemukan dengan suara Asahi. Rap part sarat dengan lirik yang comel seperti lagu U dan Darari dalam album sebelumnya.
Goodbye to tears, Goodbye to loneliness,
Now start beating, the heartbeat Is Pump, Pump…
Ikut adat resam YG, kena lah ada part party dekat hujung lagu. Bila Treasure menjerit 1,2,3,4 tu makin bertambah excited nak have fun sekali. Best macam mana pun bila dengar lirik 'You Know What I’m Waiting For' tu rasa sedih sebab suara Mashiho dengan Yedam tak ada. Terasa betul hilangnya sebab suara kedua-duanya unik. Nasib baik Haruto, Hyunsuk dengan Yoshi tebus balik dengan ayat Yeah, I’m Lookin’, I’m Lookin’, I’m Lookin’ For You..
LIRIK LAGU & TRANSLATION HELLO
Artist : TREASURE
Composer: Choice37, Hae, LP (KOR), Sonny (KOR), Lil G (KOR), Dee.P (KOR), CHOI HYUN SUK, YOSHI (TREASURE) & HARUTO (TREASURE)
Lyricist: Choice37, Sonny (KOR), Lil G (KOR), LP (KOR), Hae, CHOI HYUN SUK (TREASURE), YOSHI (TREASURE) & HARUTO (TREASURE)
Isaac Voo Kai Meng atau lebih dikenali sebagai Isaac Voo, berumur 28 tahun adalah nama baru dalam industri muzik tanahair. Beliau sebelum ini merupakan idola K-POP dari kumpulan IN2IT. Kini, Isaac Voo kembali dengan percubaan pertama beliau untuk memikat hati peminat berbekalkan single pertama beliau ‘Time Bomb’. Lagu Bahasa Melayu pertama beliau ini digubah oleh Gaston Pong dan turut menampilkan penulis bersama Asyraf Nasir.
Time Bomb’ menceritakan tentang kisah seorang lelaki yang jatuh cinta dan dalam kegilaan cinta tersebut, dia sanggup menyerahkan segala-galanya walaupun menyedari bahawa dia mungkin mensiakan masanya. Dan dalam percintaan tersebut, dia sanggup mempertaruhkan nyawanya disebabkan terlalu cinta. ‘Time Bomb’ juga membawa maksud percintaan tersebut berkemungkinan memberi kesan serius kepada seseorang atau situasi di kemudian hari.
Lagu ini juga turut berjaya menonjolkan kelainan dan keunikan suara Isaac Voo. Isaac berkongsi bahawa beliau ingin mencabar dirinya untuk menyanyi dalam bahasa Melayu kerana sebelum ini beliau sudah pernah menyanyikan lagu dalam Bahasa Korea dan Inggeris. Isaac juga turut mengakui perasaan cemasnya kerana ini adalah kali pertama menyanyi sepenuhnya dalam bahasa Melayu. Namun begitu, Isaac cukup berpuas hati dengan hasilnya.
Yang menariknya lagi, melalui muzik video Time Bomb, Isaac Voo turut menampilkan beberapa elemen yang melambangkan Malaysia seperti peta Malaysia, Jalur Gemilang dan juga Wau Bulan. Selain itu, melalui muzik videonya, Isaac juga turut bekerjasama dengan Ezra Tham, salah seorang koreografer terkemuka di Malaysia.
Jangan lupa tonton premier muzik video ‘Time Bomb’ di platform YouTube pada 5 Ogos 2022 tepat 8 malam dan strim ‘Time Bomb’ di semua platform muzik.
LIRIK LAGU TIME BOMB
Komposer: Gaston Pong
Lirik: Gaston Pong, Asyraf Nasir
Producer : Cheng Lee / Gaston Pong
Production Assistant : Elaine Soong
Keyboard & Music Arrangement : Gaston Pong
Backing Vocals Arrangement : Gaston Pong
Backing Vocals : Gaston Pong / Isaac
Recorded by Elaine Soong at Prodigee Studio
Mixed by Cheng Lee / Elaine Soong at Prodigee Studio
Mastered by Nick Lee at Sonique Mastering
OP : Pong Pong Entertainment / Universal Music Publishing Sdn. Bhd.