Dato’ Awie Buktikan Usia Bukan Penghalang Dalam ‘KIDS NOWADAYS’

Wednesday 17 August 2022

Drama terkini Astro Ria iaitu ‘Kids Nowadays’ menekankan kepentingan menimba ilmu yang tiada terhadnya kepada pelbagai lapisan umur masyarakat. Malah penceritaan drama ini berpaksikan semangat dan harapan bukan sahaja kepada generasi muda tetapi juga warga tua yang ingin mencapai impian untuk berjaya.

Penceritaan menerusi 20 episod ini mengisahkan Jaafar, seorang bapa dalam lingkungan 50-an yang bercita-cita untuk mendapatkan segulung ijazah. Perjalanan Jaafar sebagai seorang pelajar universiti yang berusia dipenuhi dengan pelbagai kerenah dan cabaran apabila dia berkenalan dengan rakan sefakultinya, Farhan dan juga dua orang senior yang sering membuli, Eddy dan Syafiq. Pertemuannya dengan Hanna, seorang pensyarah muda yang menaruh hati padanya mula dicemburui oleh Eddy. Namun di sebalik impian yang ingin dikejar, terdapat satu sebab yang membuatkan Jaafar terus bertahan.


Siri yang juga mengetengahkan kepentingan adab dan tatasusila terutamanya kepada anak-anak generasi muda ini menampilkan gabungan mantap barisan pelakon otai dan baharu seperti Dato’ Awie, Marissa Yasmin, Alvin Chong dan Wanna Ali. 

Drama terbitan pasangan Datuk Rosyam Nor dan Datin Runika Mohd Yusof ini diarahkan oleh sutradara Ejump Mohammad serta didukung oleh barisan pelakon yang berbakat seperti Hasnul Rahmat, Wan Sharmila dan Nafiez Zaidi. 

‘Kids Nowadays’ ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11 malam mulai 15  Ogos hingga 15 September secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang lebih fleksibel. Dapatkan Pek Primary Astro serendah RM59.99 sebulan secara online di astro.com.my untuk menikmati drama ini di Astro.

PETIKAN KENYATAAN RASMI 

Idlan Zahari - Pengurus Saluran Astro Ria

“Kepelbagaiaan dalam stroytelling menerusi apa jua kandungan kami di Astro Ria amatlah mustahak. Storytelling yang dipaparkan haruslah melambangkan lapisan-lapisan atau segmen penonton yang ada. Memang kami dikenali untuk drama romantik tetapi Astro Ria turut menjadi platform dalam memperkenalkan naratif-naratif yang engaging serta berlainan dalam memenuhi kehendak penonton yang berbeza.

Slot drama jam 11 malam merupakan slot yang seringkali mencabar gubahan cerita yang ada. Dari ‘Lockdown 2’, ‘Ratu Tenpin 2: Shalin’ dan kini, ‘Kids Nowadays’ menyelusuri. Dinamik penceritaan slot ini memang memangkin curiosity para penonton di Astro. Jika mereka inginkan kelainan, di sinilah mereka dapat menemui drama-drama yang dipenuhi dengan penceritaan yang berbeza dan compelling. 

‘Kids Nowadays’ berpaksikan pembelajaran, impian dan adab tatasusila antara dua generasi, iaitu tua dan muda. Kebiasaannya elemen sebegini diceritakan menerusi lensa anak muda tetapi dalam drama ini, naratifnya datang daripada seorang lelaki tua. Kelainan ini mampu memberi impak yang baharu kepada para penonton bahawa impian itu boleh dikejar bukan sahaja dari kecil tetapi juga apabila kita dimamah usia. 


Drama ini menggabungkan generasi otai dan generasi muda yang merupakan sesuatu yang baharu. Lakonan Dato’ Awie yang kita kenali sebagai Raja Rock Malaysia serta Alvin Chong yang pasti akan menghiburkan para penonton yang ingin melihat gabungan personaliti yang berbeza. Bukan itu sahaja, kami turut selitkan babak-babak nyanyian Dato’ Awie untuk menambah X-Factor kepada drama ini. Pasti ramai peminat kepada legenda rock ini mengikuti drama lakonannya. 

Naratif yang dibawa kali ini memang berbeza dengan drama-drama kami yang lain di mana kami tekankan kepentingan ilmu kepada semua lapisan masyarakat. Malah kali ini kami ceritakan kepentingannya daripada perspektif warga tua. Drama sebegini mampu memberi para penonton penjelasan tentang dedikasi dan semangat yang perlu ada dalam diri setiap manusia untuk mencapai impian mereka. Kami berbangga bahawa ia berjaya digambarkan dengan hasil pengarahan daripada Ejump Mohammad yang mempunyai bakat tulen. Para penonton mesti akan berasa lebih bermotivasi dengan nasihat-nasihat yang disampaikan menerusi drama ini. 

‘Kids Nowadays’ pasti memenuhi kemahuan mereka yang mahu menonton drama yang bukan berunsurkan cinta semata-mata. Keseimbangan genre-genre yang diterapkan pasti menarik perhatian bukan sahaja peminat drama tersedia ada tetapi mereka yang sering menonton off-beat drama antarabangsa. Lantas kami mengalu-alukan kehadiran mereka ke Astro Ria untuk menikmati drama ‘Kids Nowadays’.” 

Ejump Mohamad - Pengarah Drama ‘Kids Nowadays’

“’Kids Nowadays’ membawa pertaruhan yang sangat besar kerana penceritaan kali ini diekspreskan oleh Dato’ Awie, iaitu seorang otai dalam industri hiburan Malaysia sebagai watak utama. Bagi saya, sesebuah drama itu perlukan kelainan untuk menarik minat penonton dan kali ini, saya bawakan our star value  yang akan membawa watak yang belum pernah ditunjukkan lagi.

Drama bersiri ini menceritakan tentang seseorang yang sudah larut usia tetapi ingin sambung belajar. Jarang sekali kita memperlihat drama yang fokusnya ke arah pendidikan untuk orang warga tua. Bukannya tiada, tetapi ia jarang diceritakan. Oleh itu, drama ini memberi kelainan yang wajar ditonton oleh semua lapisan masyarakat kerana pelbagai kerenah lucu dan cabaran yang berlaku yang saya pasti ramai ingin tahu. 


Belajar itu bukanlah sesuatu yang mempunyai tarikh luput. Semua berhak menimba ilmu, tidak kira pada usia berapa pun. Walaupun sudah tua, anda masih berhak mengejar impian untuk menggenggam segulung ijazah. Ini yang saya ingin gambarkan dalam ‘Kids Nowadays’ dan pengambilan Dato’ Awie sebagai ‘warga tua’ dalam drama ini merupakan sesuatu yang sangat sempurna. Dia mempunyai ‘star value’ yang mengejutkan kami semua. Saya sendiri teruja dengan Dato’ Awie yang kita semua lihat dari kecil lagi. Para penonton pasti akan terhibur dengan lakonannya yang lucu tetapi kena.

Bukan itu sahaja, kali ini saya gabungkan Dato’ Awie dengan pelakon-pelakon generasi baharu buat pertama kalinya. Keserasian antara dia dan Alvin Chong memang hebat. Kerjasama yang mereka berikan membuatkan saya puas hati dengan hasil cerita ini. Saya tidak pernah terfikir akan mengarah Dato’ Awie. Dia sangat membantu dalam babak-babak pergaduhan. Ini juga merupakan pertama kali saya bekerja dengan Wanna Ali dan dia memang berbakat. 

Cabaran utama yang saya hadapi ketika mengarah drama ini adalah penceritaannya sendiri. Susahnya drama ini kerana ia bukan a love story ataupun cerita-cerita cinta Melayu yang biasa. Ini tentang orang tua yang ingin belajar di universiti. Itu adalah cabaran saya kerana perlu idea-idea yang kreatif untuk menghasilkan gambaran yang boleh menarik minat orang ramai untuk menonton. Kalau kita bawa cerita yang lain daripada apa yang orang selalu tonton, kita perlu jadi lebih kreatif untuk membuatkan cerita itu menyerlah. Jadi apabila saya perlu mencari idea baharu untuk menarik audiens ke drama ini, memang susah. 


Saya berharap para penonton akan terhibur dengan penceritaan yang ingin disampaikan. Dato’ Awie dalam drama ini memang kelakar tetapi bersifat bersahaja. Dia adalah star kami dalam drama ini. Saya juga berharap ia akan membuka mata mereka yang mempunyai impian yang sama tetapi malu kerana faktor usia bahawa belajar itu tiada sempadan usia dan mereka berhak untuk mengecapi matlamat mereka. Penonton juga akan melihat pelbagai isu yang diketengahkan termasuk isu-isu kekeluargaan. Dalam kita berhibur, ada terselit beberapa pengajaran dan moral yang berguna untuk semua.”

TRIVIA MENARIK DRAMA ‘KIDS NOWADAYS’

1. ‘Kids Nowadays’ mempunyai gandingan antara pelakon senior dan pelakon baharu yang muda seperti Dato’ Awie, Marissa Yasmin, Alvin Chong dan Wanna Ali. 
2. Gabungan barisan watak utama dalam drama ini merupakan gandingan pertama mereka bersama. 
3. Dato’ Awie kembali ke layar televisyen dengan membawakan karakter yang berlainan dan belum pernah dibawakan sebelum ini.
4. Penceritaan drama ini mempunyai nasihat-nasihat untuk generasi baharu tentang kepentingan ilmu.
5. Penceritaannya juga merangkumi kritikan halus bagi membuka minda masyarakat tentang adab dan tatasusila generasi kini.
6. Memaparkan tentang isu buli yang berlaku di kalangan anak-anak muda sekarang.
7. Dato’ Awie turut menyanyi dalam beberapa adegan, khas untuk drama ini. 

PECAHAN WATAK DRAMA ‘KIDS NOWADAYS’

Dato’ Awie Jaafar
Wanna Ali Hanna
Alvin Chong Eddy
Marissa Yasmin Rafidah
Hasnul Rahmat Bahar
Wan Sharmila Najiha
Nafiez Zaidi Nadzwan

LOGLINE DRAMA ‘KIDS NOWADAYS’


Mengisahkan perjalanan seorang bapa yang sudah berusia dalam mengejar impiannya untuk menjadi seorang pelajar universiti dan menggenggam segulung ijazah.

SINOPSIS DRAMA ‘KIDS NOWADAYS’

‘Kids Nowadays’ mengisahkan tentang Jaafar yang sudah berusia namun membuat keputusan untuk mengejar impiannya dalam menyambung pelajaran di universiti bagi mendapatkan segulung ijazah walaupun pada awalnya ditentang oleh anak sulungnya, Najiha. 

Jaafar melalui pelbagai kejadian yang lucu dan cabaran-cabaran sepanjang menjadi seorang pelajar di kampusnya. Dia berkenalan dengan Farhan yang banyak mengajar cara kehidupan di bandar dan persiapan sebagai seorang pelajar universiti. Walau bagaimanapun, Farhan sering dibuli oleh Eddy dan Syafiq. Jaafar cuba untuk mempertahankan Farhan daripada dibuli oleh mereka sehingga mereka berubah menjadi baik. 

Adakah Jaafar akan mencapai impiannya tanpa terlibat dengan sebarang masalah? 

1 comment

  1. Macam comel je tengok Awie.. Ada ternampak drama ini.. Nantilah kita layan.. hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.