Movie Review | Photocopier (2021)

Saturday 22 January 2022

 

Pengarah : Wregas Bhanuteja

Penulis :  Henricus Pria, Wregas Bhanuteja

Pelakon : Shenina Syawalita Cinnamon, Lutesha, Chicco Kurniawan, Dea Panendra, Jerome Kurnia, Giulio Parengkuan, Lukman Sardi, Ruth Marini

Syarikat Produksi :  Rekata Studio, Kaninga Pictures

Penyiaran : Netflix

Genre : Misteri / Drama

Tarikh Tayangan :  8 Oktober 2021 (Busan International Film Festival), 13 Januari 2022 (Netflix)

Durasi Tayangan : 130 minit

Trailer :


Suryani (Shenina Syawalita Cinnamon) hilang kelayakan untuk mendapat biasiswa selepas beberapa keping selfie yang dimuatnaik di laman sosialnya sampai ke tangan pihak universiti. Salah satu syarat kelayakan adalah berkelakuan baik. Mana mungkin pihak universiti akan membiarkan duit biasiswa tersebut dilaburkan di kelab malam atau parti untuk membeli alkohol. 

Itu pertama kali Suryani minum arak dek kerana permainan Medusa di success party tersebut. Dia bukannya alcoholic atau suka berparti seperti yang dituduh oleh pihak universiti. Suryani cuba mengumpulkan bukti ada sesuatu yang dimasukkan dalam minuman dia pada malam tu menyebabkan dia langsung tak sedarkan diri. Tak mungkin lah 4 gelas sudah pengsan? 

Dengan bantuan dari kawan baik dia, Amin (Chicco Kurniawan) yang bekerja di kedai fotokopi, Suryani menggunakan ilmu dan skill dalam bidang sains komputer untuk menjejak siapa dalang yang bersembunyi dalam kumpulan teater Mata Hari. 

Sebelum ni ada nampak notification dari Netflix untuk movie Photocopier arahan dan penulisan Wregas Bhanuteja tapi tak sampai mood nak tengok lagi. Bila nampak review dan post blogger Aienieka, terus pilih untuk layan on weekend. 

Bertemakan misteri, Photocopier berlatarkan kehidupan mahasiswa universiti di mana umurnya lebih bersifat ingin tahu yang tinggi dan tak berfikir panjang. Baik protagonis mahupun antagonis kedua-duanya mempunyai perkembangan karakter yang diolah dengan bagus oleh penulis. 

Masa tengok babak CCTV tu dah mula annoyed dengan perangai Sur yang melulu tuduh Tariq (Jerome Kurnia) masukkan dadah dalam minuman dia. Lagi menyampah bila dia terburu-buru bawa semua bukti berjumpa dengan dekan universiti walhal senior dia, Farah (Lutesha) dah pesan jangan. Menyampah sebab bukti dia tak kuat. Menyampah sebab keluarga dia tak punya duit untuk turun naik mahkamah. 

Tapi kita lupa yang trauma tu masih melekat di kepala. Trauma dan persoalan-persoalan yang tak mampu dijawab tu bukan mudah nak tepis. Sedangkan orang pakai barang kita tanpa izin pun kita marah, inikan pula biasiswa ditarik dan dicabul. Trauma yang akan melekat sampai ke mati. 

Sememangnya layak naskhah Penyalin Cahaya ni menang anugerah Best Original Story di Indonesia Film Festival tempoh hari sebab tak pernah terfikir mesin fotostat boleh jadi saksi dan medium untuk bercerita. Macam mana mesin fotostat jadi senjata tu kena tengok sendiri lah di Netflix. 

Selain menjadi medium awareness untuk kes gangguan seksual, movie Photocopier juga adalah medium spektrum untuk Wregas Bhanuteja mengangkat kisah benar ke dalam naskhahnya bila mangsa dari keluarga miskin diperkosa. Macam mana keluarga pemangsa cuba tutup masalah ni dari meledak dengan menggunakan duit. Keluarga Suryani juga tak kurang toksiknya bila meletakkan beban tanggungjawab orang tua pada anaknya terutamanya ayahnya (Lukman Sardi). 

Sinematografi Gunnar Nimpuno mungkin terikat pada genre movie Photocopier yang bersifat misteri tapi kalau kelam sangat pun tak syok juga nak layan kan? Kalau kisah Medusa ditukarkan kepada kisah mitos atau lagenda Indonesia mungkin lebih menarik. Nevertheless, art team did a great job. Music score dari Yennu Ariendra membantu menambahkan impak pada penceritaan. 

Kekuatan lakonan Shenina Syawalita Cinnamon dan semua pelakon sampingan membuatkan screenplay dipaparkan dengan cemerlang. Babak Suryani naik atas Amelia untuk dapatkan jawapan dari gambar yang dicetaknya antara babak genting dan mendebarkan. Not recommended for all sebab ada beberapa disturbing scenes but all in all berpuas hati sangat dapat menonton Filem Terbaik 2021 dari negara seberang. Kudos to debutante Wregas Bhanuteja for his bravura project! 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9/10

4 comments

  1. ok...next to queue in my watch list.

    ReplyDelete
  2. Thank you kredit. :) But, worth kan tengok movie ni? Salute kat production dia.

    ReplyDelete
  3. scroll laju-laju sebab memang plan nak tengok nanti. ramai kata best

    ReplyDelete
  4. Memang tak tengoklah.. duka baca review Farhana dengan Aien pun dah rasa terganggu.. huhuhu..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.