Movie Review : Knives Out

Sunday 7 June 2020


Director : Rian Johnson
Writer : Rian Johnson
Cast : Daniel Craig, Chris Evans, Ana de Armas, Jamie Lee Curtis, Michael Shannon, Don Johnson, Toni Collette, Lakeith Stanfield, Katherine Langford, Jaeden Martell, Christopher Plummer, Edi Patterson, Joseph Gordon-Levitt, Noah Segan, Frank Oz
Production Company : MRC, T-Street
Distributor : Lionsgate Movies
Genre : Mystery / Comedy
Running Time : minutes
Release Date : September 7, 2019 (TIFF), November 27, 2019 (United States)
Trailer :


Detektif terkenal, Benoit Blanc (Daniel Craig) dapat satu kes untuk menyiasat kematian penulis novel genre crime thriller terkenal, Harlan Thrombey (Christopher Plummer) yang ditemui mati oleh pembantu rumah, Fran (Edi Patterson) dalam keadaan ngeri di bilik bacaan dia di tingkat atas. 


Detektif Leftenan Elliott (Lakeith Stanfield) bersama pembantu dia, Trooper Wagner (Noah Segan) menyoal siasat semua ahli keluarga Harlan kerana mereka semua berpotensi besar menjadi suspek dengan masalah-masalah peribadi yang boleh dijadikan motif untuk membunuh selepas acara sambutan hari jadi Harlan yang ke 85. Setiap kali Detektif Blanc tekan not piano, Detektif Elliott perlu tanya suspek bila dia sampai ke Thrombey 's Mansion. 


Siasatan terakhir ialah Marta Cabrera (Ana de Armas) yang merupakan jururawat peribadi merangkap kawan rapat Harlan dan dia tak boleh menipu sebab akan muntah bila dia buat macamtu. Tak ada apa yang pelik sebab alibi masing-masing kukuh walaupun ada motif yang kuat untuk bunuh Harlan so Detektif Elliot dan Trooper buat kesimpulan yang Harlan bunuh diri selepas Marta balik ke rumah jam 12.30 malam. 


Detektif Blanc pula dengan tegas sangkal kesimpulan tu dengan mengatakan Harlan dibunuh cuma belum tahu siapa dan bagaimana but the moment he picks up the ball, the mystery game has begun. 

Movie Knives Out yang memenangi anugerah penghargaan Top Ten Films of the Year di American Film Institute tahun lepas mempunyai jalan cerita yang menarik dengan suntingan penceritaan dengan konsep dysfunctional family dan genre misteri dan komedi. Tak tunggu lama pun untuk director dedahkan siapa pembunuh sebenar bila dia zoom darah pada kasut. Cuma kalau ikutkan posisi kasut dengan timing leher Harlan dikelar, agak mustahil untuk darah tu terpelanting jauh ke sana. Tambah pula bila darah tu cuma mengalir ke bawah bukan terpercik. 

"you're playing to win, I'm playing to make a pretty pattern." - Marta Cabrera
Lagi satu kemusykilan bila Harlan bagitahu Joni Thrombey (Toni Collette), menantu kepada mendiang anak dia, Neil yang Harlan cuma terjatuhkan chess board, Go tu dah masuk minit keenam dah pun tapi kenapa Marta tak perasan yang symptom tu patutnya dah muncul pada Harlan? Masa tu pun dah boleh agak yang ada something tak kena and it is quite a big eh moment lah. 


But anyhow, scene tu tak lah menjejaskan jalan cerita sebab keseronokan jalan cerita yang dikarang dan diarahkan oleh Rian Johson ni terletak pada second half bila peguam Harlan, Alan Stevens (Frank Oz) dan pembantu dia datang untuk bacakan wasiat Harlan yang menyerahkan kesemua harta dia kepada Marta. Scene semua ahli keluarga Harlan attack Marta dirakam menggunakan phone je sebab camera rosak dan pecah masa shooting tapi disebabkan insiden tu, scene tu nampak unik sebab shaky yang portray keadaan huru-hara masa tu. 


Lakonan Chris Evans sebagai cucu Harlan, Hugh Ransom yang playboy dan biadap keluar dari karakter gentleman dia sebagai Captain America lepas beberapa tahun lamanya. Watak dia kelakar especially scene dia makan Lotus Biscoff dan maki semua ahli keluarga dia. Director wujudkan momen saspen bila dia buat semua watak bercerita tentang Hugh sebelum bagi screentime untuk Hugh muncul tonjolkan karakter dia. Baik Danial Craig mahupun pelakon pembantu yang lain semuanya bagus dengan watak masing-masing. Body gestures dan facial expressions masa deliver dialogue were epic. 


Some hints dah diletakkan dekat first half dan teori donut Detektif Blanc merujuk kepada hiasan pisau if you guys jadi kusut apa yang dia cuba bagitahu dalam scene tu. Same goes to tajuk Knives Out yang juga merujuk kepada hiasan pisau yang diletakkan di tempat mereka semua disiasat. Siapa yang akan tarik keluar pisau tu nanti adalah pembunuh sebenar dan siapa pembunuh sebenar, kena lah tengok sendiri movie yang penuh dengan donut hole plot twist!

"When people get desperate, the knives come out."- Detective Blanc

p/s : Lionsgate Movies dah announced Knives Out akan ada sequel. Can't wait!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

3 comments

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.