Drama Review : Nur 2

Monday 29 April 2019



Pengarah : Shahrulezad Mohameddin
Pelakon : Amyra Rosli, Syafiq Kyle, Azar Azmi, Noorkhiriah, Azhan Rani, Jalaludin Hassan,
Fatimah Abu Bakar, Raja Atiq, Eyra Hazali, Noryati Taib, Hasrulnizam Osman, Uchee Fukada, Munaa Bella, Jijie Zainal, Riena Diana, Mathni Razak, Zalif Sidek, Zaidi Omar, Kuna Muzana 
Genre : Drama/Islamik
Durasi Tayangan : 19 Episod
Tarikh Tayangan : 14 Mei 2018
Syarikat Penerbit : Radius One Sdn Bhd
Penyiaran : TV3
Trailer :



Sequel drama NUR yang pernah menggegarkan industry hiburan dan menang 6 award di DFAKL tahun ni dah pun tamat bersiaran di TV3. Kalau sebelum ni beria nak tengok on time tapi kali ni tunggu drama ni habis baru marathon layan. Tabah jugak lah hati tengok memasing update status enjoy tengok Nur 2 tak kurang jugak yang update spoiler. Amboi sangat perangai.

Kali ni Nur 2 mengisahkan tentang pincangnya pengurusan Darul Mukhsin dan ujian untuk Adam (Syafiq Kyle) dan Nur (Amyra Rosli) bila Juita (Azar Azmi) datang untuk dapat kebahagiaan hidup yang sama macam Nur. Aisyah (Norkhiriah) pula serabut dan kusut sama ada untuk setia dan taat dengan suami ataupun ceraikan Hamadi (Azhan Rani). Amirul (Raja Atiq) pulak dah busy dengan Suraya (Eyra Hazali), adik angkat [dibaca awek] yang tak berkemampuan untuk sambung pengajian di Darul Mukhsin.


Sama jugak macam Nur 1 bila watak utama terlebih melodrama tapi kekuatan watak digalas oleh Hamadi. Setiap episod berdekah dengan scene Hamadi nak pulak kali ni dia dapat lebih banyak screentime bila pengarah dah tahu selera penonton. Akak wushu wushu, Kak Uchie (Uchee Fukada) pun sama naik. Amboi dia punya skrip dia hela sekali nafas je dah serupa keretapi.


Entah kenapa pengarah kurangkan screentime Jojo berbanding Nur 1 walhal Jojo (Jijie Zainal) agak rapat dengan Nur padahal Nur duduk di Lorong Hj Taib, rumah lama dia dengan arwah mak dia, acik Mona. Pengarah nak highlight keakraban Nur dengan Juita sampai tenggelamkan Jojo sebab sekali je Jojo melaser terus settle semua masalah Nur dengan Adam.


‘Astaghfirullahaalzim Nur! Kenapa kau ni bodoh sangat Nur!’

Jalan cerita Nur 2 sama macam yang pertama banyak mesej sosial terutamanya bila satu keluarga bincangkan tentang mandul dan meminta-minta. Masuk bab memina-minta ni pelik jugak bila Ustaz Adam tak dapat job langsung just because dia kahwin dengan Nur. Judgemental orang KL ni jauh lagi teruk dari kawasan luar bandar pffttt

Paling kesian pelajar dekat Darul Mukhsin lah entah macam mana diorang survive makan dekat sekolah tu sebab duit tak cukup. Laman belakang rumah Ayah Haji tu luas, kalau tanam kangkung, bayam, jagung ke dapat lah tampung stok makanan. Musalmah, Ecah dengan Nur pun banyak masa lapang dekat rumah. Suruh si Hamadi jaga kambing dari mengular sana sini.


Skrip dalam drama Nur 2 lagi kelakar dan best untuk watak akak Wushu dengan Hamadi

‘Ecah, baru berapa hari aku tinggalkan kau, melantun-lantun bodoh kau’

‘Dapat bini pun mandul, haa tambah lagi nasi tu Ecah. Sedap pulak kau masak harini selalunya macam nasi dekat hospital je’

Tapi tak suka jugak dengan skrip Musalmah bila dia marah suami dia tak mampu nak terima Hamadi lepas keluar dari penjara sedangkan dia belajar untuk terima Nur sebagai menantu. For me, Nur berubah menjadi baik meanwhile Hamadi tu berterusan menjadi jahat tanpa rasa menyesal dengan dosa dia. Mana mungkin Ayah Haji nak redha dengan silap Hamadi.


I love it when director tonjolkan scene lelaki dirogol perempuan sampai ada lawyer merentan tak ada kes macam tu di Malaysia. It’s a great initiative from the director untuk bagi kesedaran yang rogol bukan sahaja boleh berlaku pada perempuan tapi kepada lelaki juga. Even if you guys baca undang-undang memang di negara kita cuma tekankan pada perempuan dan bukannya lelaki walhal dekat negara lain dah banyak kes lelaki dirogol. Who knows dekat negara kita dah ada cuma tak dilaporkan sebab malu dengan pandangan masyarakat. It’s time for us to amend the law.


Sama juga bila ada yang tak puas hati dengan undang-undang bilamana Ecah masuk lokap. Sorry for this spoiler tapi penting nak bagi you guys faham yang tindakan Ecah bukan self-defense tapi niat membunuh. Self defense cuma sekali tapi Ecah buat berkali-kali sampai kita faham yang watak Ecah buat dengan penuh rasa dendam.

Dalam drama Nur 1 happy tengok wardrobe setiap watak terutamanya Deeja tapi yang sequel ni kecewa jugak lah tengok terutamanya tudung dengan awning kelepek sana sini, design pun tak cantik. But Elrah Exclusive untuk pakaian pelakon lelaki nampak cantik terletak. 


OST kali ni tak gempak macam Nur 1 dengan lagu Tak Pernah Hilang dan Ganti Diriku tapi quite nice lah nyanyian Tetap Kamu - Amylea ft Megat dan Pudar dari Indah Ruhaila. Kudos to Amylea as composer and lyricist for the song. Lagu Bimbang dari Marsha Milan Londoh pun best. 


Dengan tema ‘Kerana Percaya, Tergadai Bahagia’, team Nur 2 berjaya tonjolkan sikap manusia yang terlampau percaya dan husnuzon dengan manusia hati busuk di sekeliling. Kalau ramai yang kata ending macam rush, I think ending okay je dan Nur 2 merupakan sequel terbaik dengan lakonan dan editing bagus. Great job team!


p/s : Happy tengok Man jual air dekat lorong tu, handsome kemain tapi tak kenal siapa, watak guard penjara Kamal tu pun tak tahu. Ramai betul nak dia kahwin dengan Ecah. Dalam Nur 3 nanti kot.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 8.4/10

4 comments

  1. antara drama melayu yang berkualiti dan best..tapi rasenyer takde dah nur 3 sebab pengarah n para pelakon pun nak move on dengan watak dan cerita lain..

    ReplyDelete
  2. Tak sempat nak tonton.. layan ulasan yang dah tonton je dekat FB.. watak hamadi tetap ohsemlah ye.. Ada a few yang Farhanah terang tu bagus untuk dihadam.. terutama sekali part ecah bunuh Hamadi tu..

    ReplyDelete
  3. Akak tak tengok drama ni sebab takut tercalar emosi masa pantang...hihi

    ReplyDelete
  4. tak boleh tengok drama ni, tengok 1 episode pun dah stress kerja nak maki je..hehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.