Meat Mania Pizza Hut, Kota Damansara

Tuesday 24 July 2018

Agak lama jugak lah tak makan di Pizza Hut sebab selalu order Dominos je. Bukan taknak makan tapi sebab order online Dominos lagi best lagipun nak makan Cinnastix je sebenarnya. Bab Pizza tu tak lah besar mana pun syok dia. 

Okay back on Pizza Hut, semalam lepas beli barang nak makan fast food sebab dah malas nak tunggu orang masak sebab lapar sangat lepas sejam exercise cari barang dapur. Lapar tergedik punya so menapak lah ke Pizza Hut paling dekat belakang NSK.

Kalau pergi Pizza Hut memang wajib order set untuk 2-3 orang je sebab jimat. Ambil regular pizza, 2 mushroom soup, 1 appetizer dengan 2 drinks. Harga baru RM30 macamtu. So semalam belek menu ternampak menu Meat Mania, not sure menu baru ke lama since its been ages tak menapak Pizza Hut. One thing for sure, gambar dia buat perut berkeroncong dengan hebatnya.

Image may contain: pizza and food

Meriah tak uolllssssss? Tapi Meat Mania ni bukan dalam pakej yang kitorang pilih so kena charge singgit lebih. Singgit untuk harga kebahagiaan, apa lah sangat hewhewhew. Sebab lapar we chose pan pizza sebab tebal sikit. Untuk appetizer pilih Cheese FlatBread. 

Potpet potpet kejap, makanan sampai sambung potpet balik, pizza pun sampai. 


Ampunkan patik yang kelaparan, dah setengah makan baru teringat nak ambil gambar. Walaupun gambar setengah tapi pizza sebenar dengan dalam gambar memang sama, bersepah bahan dia ditambah dengan cheese bila tarik kemain panjang antara punca kebahagiaan. Walaupun tebal, crust dia rapuh rasa crunchy memang enjoy makan. 


Tapi tu lah, kalau tebal ni memang satu slice je mampu makan. Dinner pulak memang tak daya nak telan banyak sudahnya dia habiskan semua. Hah padan muka nak sangat yang tebal. Disebabkan appetizer diorang terlupa buat, so appetizer jadi dessert but thats okay because who cares tho. Appetizer, dessert, main course semua makanan, semua kebahagiaan.


Cheese Flatbread ni memang ngam makan time panas cicah dengan tomato puree yang sejuk pergghhh masyuk! Nak compare cicah dengan mushroom soup, tak berapa kena sangat pergi dia sebab both creamy. 

Anyway, I had fun eating there yesterday so lepasni dah beriltizam nak order Meat Mania je plus dia tak pedas sangat so orang sebelah tak lah syahdu sangat makan. Please Pizza Hut don't take this menu awayyyy.

10 comments

  1. Sekali seumur hidup rabia,makan pizza hut.sbb family rabia kurang gemar makan pizza :D

    ReplyDelete
  2. sedap pla tgok..da lme xmkn piza hut jgk ni

    ReplyDelete
  3. ada menu baru kt pizza hut..lama xsinggah pizza hut

    ReplyDelete
  4. sedapnya, lama x pekena pizza, yumss

    ReplyDelete
  5. RM30 ye skg?. Maksudnya harga kat Aussie ni tak lah jauh beza rupa2nya.. klu dine in lah.

    ReplyDelete
  6. sekarang dah tak tahu apa variety yg ada kat pizza hut. haha. dedulu dok kat Baling, best sebab ada pizza hut ^_^

    ReplyDelete
  7. Part tarik cheese tu lah nikmat mkn piza ni 😂

    ReplyDelete
  8. Fuh, tetiba rindu pizza la pulak

    ReplyDelete
  9. Menyesal kita baca entry ni tengah malam. Hahah! Terus lapar jadinya tengok pizza

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.