Ole-ole Dodol dari Goa, India

Monday 9 April 2018


Last month Uncle Singh, one of our subcon belikan dodol dari Goa, India sebab dia nak suruh try rasa dodol di India dengan dodol di Malaysia. But I’m not a fan of dodol. Kalau makan dodol pun makan satu potong kecil je walaupun tok wan buat dodol untuk musim raya. Dodol tok wan je lah yang paling banyak pernah makan sebab tak manis sangat. Just nice dekat tekak.

Kalau dodol Malaysia kosong dan kering, dodol dekat India ni ada tambahan kacang gajus and berbeza dengan dodol Malaysia, dodol dia agak lembap. Sekali pandang macam chocolate moist cake pun ye jugak.



Kalau nak sembang pasal rasa, menang lagi dekat dodol kita sebabnya dodol India ni tersangatlah manis bila makan. Bila nak telan pulak dia ada rasa pahit sikit sebab kandungan gula Melaka dia tinggi sangat. Siapa yang ada kencing manis mungkin boleh potong kaki terus lepas tu. No doubt.

Selain dari hadiah dodol ni, dia ada tanya juga, dodol ni makanan sejarah siapa sebab dekat Malaysia ada, di India pun ada. Bosan macam ni saja search soalan ni dan jawapannyaaaaaaa, makanan nusantara yang dibawa ke India  sebab nama Dodol tu sendiri berasal dari Bahasa Melayu kemudian dibawa ke negara Asia Tenggara yang lain semasa merantau. Masuk ke negara lain, dodol diolah ikut tekak locals.

Macam dekat India dia tabur kacang ataupun kayu manis, dekat Indonesia dia letak pelbagai perisa macam durian, epal, kelapa, nangka. Di Jakarta famous dengan Dodol Susu. Di China pulak dodol diorang kaya dengan gula kelapa.

Ni dah rasa dodol India, mana tahu nanti ada rezeki rasa dodol dari negara lain pulak. Korang pernah jumpa dodol negara lain?

9 comments

  1. Lain macam plak bila ada Dodol dari india..so far tak leh lawan dodol malaysia la kan..akak x berapa suka dodol sebab manis..pas tu kalau makan pun suka dodol yang cair dari yang dah beku ni

    ReplyDelete
  2. wowww mcm ni dodol dari indiaa... first time dengar hehehe.. tp dh tekak melayu kan dodol kite jugak laa yg sedap.. dodol durian tu leh terima lagi laa

    ReplyDelete
  3. Makanan kesuakaan akak nie.. Tapi kalau manis sangat, akak pun tak lalu nak makan.. Kikiki.. Tak pernah rasa lagi dodol dari negara luar..

    ReplyDelete
  4. first time tahu yang india pun ada dodol :)

    Aerill Hassan

    ReplyDelete
  5. Baru terasa betapa ceteknya ilmu seorang Hana ni.hahah tak tau pulak negara luar punya kewujudan dodol.hehe :3

    ReplyDelete
  6. Haha. Ingatkan malaysia ja ada dodol ni. :P

    ReplyDelete
  7. terkenang dodol di bulan raya. hadoi lah.
    sedap nyer! aida wajib oder berkg-kg. utk rumah sendiri. utk mak mertua. utk mak.
    dtg umah aida mesti dihidangkan dgn dodol, di samping kuih raya lain.
    tak pernah dpt merasa dodol india, farhana.
    lom ada rezeki.

    ReplyDelete
  8. Teringat first time makan manisan India kat open house..memang tak makan dah lepasni. Nama manisan memang manis amat sangat ter lah.

    ReplyDelete
  9. Pekatnya tgk dodol dari india tu hee. tapi rasanya smua manisan dari india memanis hhee

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.