Wednesday, 28 February 2018

Movie Review : Buskers

Related image

Pengarah : Kye Fariz
Pelakon : Daiyan Trisha, Hafeez Mikail, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia, Mas Khan, Man Bai, Zain Hamid
Genre : Romantik/Remaja
Durasi Tayangan : 110 minit
Trailer : 


Buskers mengisahkan tentang pertemuan di antara Vera (Daiyan Trisha) dan Adil (Hafeez Mikail) di sebuah universiti dalam kuliah and terpaksa menjadi team untuk satu assignment. Dari situ Vera mengenali Adil dan menyelami kehidupan Adil sebagai penyanyi buskers di JB bersama Bulan (Bulan Terry) dan Ucop (Anas Ridzuan). Dalam diam Vera menyimpan hati kepada Adil disebabkan perangai Adil yang cool dan menghargai bakat menulisnya. Tak seperti pakwe 3 tahun Vera, Daniel (Mas Khan) yang berubah selepas menjadi famous di social media. Disebabkan Adil yang tak mampu lagi move on dengan ex dia, Mel, Vera encourage Adil untuk masuk pertandingan busking di JB supaya dapat tunjukkan kepada Mel yang dia dah move on walaupun hari-hari Adil stalk socmed Mel.

Image result for buskers the movie

Honestly tak pernah tengok Daiyan berlakon sebelum ni. So this is my first time watching her on big screen and apparently Buskers was her debut movie. Walaupun Daiyan pernah tercalon dalam kategori penyanyi baru di Anugerah Industri Malaysia tapi dalam movie Buskers ni dia tak menyanyi pun. Satu scene pun takde. La la la pun takde. Padahal I kenal dia dekat Twitter dengan video-video nyanyian dia. Its sad when your talent tak diketengahkan langsung.

And what’s worse for Buskers, Daiyan tak pandai berlakon. She’s plain. Ada la some scene yang dia mampu deliver tapi mostly memang hambar. Screentime dia banyak tapi semuanya sia-sia sampai lakonan Hafeez pun terheret sekali but not that much sebab Hafeez memang grab betul watak dia plus dia memang dah buat research on buskers’ life. He did his homework. Dia belajar main gitar dan busking di KL. Same goes to Ucop, Bulan, Norlie & Daniel. 4 watak ni memang cantik onscreen. Sedih bila movie tu terpaksa bergantung harap pada watak sampingan. Rasa happy bila watak sampingan ni muncul. Tapi bukan pada watak Aziz M. Osman. Dia try hard sangat.

Image result for buskers the movie

Storyline movie ni simple plus ada part yang predictable macam part Simfoni Dalam Poket tercalon dalam semi-final walaupun Adil cakap diorang tak layak dan tahu puncanya apa. Cuma pelik bila dissatisfied Adil kepada Vera tu Adil tukar pergi Mel pulak. Yang dia tak puas hati tu habis macam tu je. Team Buskers ni nak tonjolkan watak Adil yang cool tapi sebenarnya watak Adil paling serabut sekali.

In terms of music background I tak berapa minat dengan lagu indie so most of the songs I’m not really familiar with except lagu OAG. So nak enjoy and sing along pun tak mampu. Mungkin yang suka genre muzik ni akan suka la kot. Idk, I’m not a fan. Tapi lagu Atma Jiwa quite nice. First time dengar pun boleh jatuh cinta.


I just love the visual and cinematography je. Dalam movie ni you guys boleh enjoy tengok Bandar JB yang cantik-cantik. Nak pula bila assignment Vera dengan Adil banyak jalan sana sini so memang cuci mata tengok keindahan JB waktu siang dan malam. Great job for that.

As for the concept of this movie, mesej yang disampaikan untuk menyatukan manusia melalui muzik tanpa mengira status dan darjat. Macam Vera yang kaya boleh lepak dengan Adil yang miskin tapi dia macam tak sampai pun ye jugak sebab Vera tu anak composer terkenal kot. So of course lah Vera boleh masuk lepak sekali dengan Adil. Plus, takde siapa nak appreciate talent Vera except Adil and the geng. If only they create watak Vera dan ayah dia dari dunia luar selain muzik mungkin kita boleh sembang muzik tu menyatukan. But since they decided untuk buat semua cast ada background muzik, mesej tu tak sampai. Nak pulak bila ada watak Daniel.

Yang suka movie santai boleh la try Buskers and chill with their music tapi kalau you guys nak teen romance, better don’t because Daiyan will ruin your fantasy. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.5 = 6.8/10

10 comments:

  1. Oic...Tak tengok lagi filem ni..

    ReplyDelete
  2. Tak tengok lagi! T^T tapi macam best ja kan? heheh :3

    ReplyDelete
  3. Siqah plan nak tengok filem ni tapi masih tak tengok. First tengok Daiyan berlakon dalam My Coffee Prince. Suka watak dia dalam tu. Mungkin lakonan dia dah improve sikit dalam MCP. Filem ni mesti dah lama shoot kan? Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dayyan getting better lakonan dia, siqah.
      nice.

      Delete
  4. macam best ja pon nih...hiiii...cikyan suka gak cuci mata tgk tempat org nih...

    ReplyDelete
  5. daiyan ni selalu berlakon dan nyanyi ost drama kat astro ceria since anak buah i suka tgk kartun kat channel tu memang selalu nampak dia kat situ.

    ReplyDelete
  6. Tak tengok.. Tapi lagu atma jiwa tu menarik..

    ReplyDelete
  7. nice movie.
    aida suka. 2 kali tgk :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...