Wednesday, 17 January 2018

Mana Perginya Rancangan Edukatif di Malaysia?

Tiap hari kalau pergi kerja, lepas start enjin kereta tangan laju je buka radio tekan no 5 - setting untuk radio Fly FM. Sebab setiap pagi ada slot Teka Bersama Gibbo. Gibbo akan bagi situasi & pendengar akan terjemahkan dalam Bahasa Melayu apa perkataan yang Gibbo sebutkan. Walaupun perkataan dia mudah je macam 'chewing gum', 'anchor', 'experiment' and other words he can find to put in that slot but its worth it. Dekat Fly FM je untuk waktu 7.30 pagi sampai 8 pagi dia tak merapu sangat sebab radio lain penuh dengan slot Kak Elo, Mak Jemah, Pakcik Basikal or Kak Jah for Suria? I'm not sure, I pernah terdengar sekali je. Lagi satu slot Do Re Mi dekat Hot fm tapi selalu terlepas yang ni. Waktu petang pulak, dekat Hot fm main teka perkataan guna initial tapi sekarang makin merapu pulak. Daripada tuner terus tekan CD. 

Back then in my childhood days, ada lah beberapa rancangan TV yang edukatif dan bukan lawak sampah semata ataupun drama cinta kitar semula macam sekarang ni. Perasan tak rancangan TV sekarang banyak drama? Kalau ada program realiti pun banyak lawak sampah & game show sampah. Dia buat lawak dia berdekah sendiri. Sedih tengok. Masa lunch haritu ternampak iklan The Amazing Race dah sampai musim ke-30 dah. Rancangan kita?

Antara rancangan edukatif yang pernah ada :

1. Roda Impian - Astro Ria & TV3


Diadaptasikan dari game show Fortune of Wheels, Roda Impian bermula pada tahun 1996 hingga 2009. Hos pertama, Halim Othman adalah hos yang paling famous masa tu sampai keluar tagline 'Saya putar Halimmmm!' Hos kedua, Hani Mohsin dan hos ketiga Kieran. Disebabkan rancangan gameshow ni paling famous, terdapat 23,000 penyertaan di Malaysia. Tak pasti berapa ramai yang jadi jutawan dari rancangan ni sebab ramai jugak yang terkena papan Muflis.

2. Famili Ceria - TV3/NTV7


Rancangan permainan adaptasi dari gameshow Family Feud bermula dari tahun 1996 hingga 2009. Tahun 1996-2004 dihoskan oleh Chef Wan. Lepas dapat kritikan teruk dari penonton, bertukar kepada Hemi Harun dari tahun 2005 hingga 2009. Tagline famous rancangan ni, 'Apa kata survey?!'. Rings the bell? Rancangan Famili Ceria ni memegang rekod episod terbanyak di Malaysia sebanyak 2,500 episod. 

3. Who Wants To Be A Millionaire - NTV7


Tak pasti berapa banyak episod yang disiarkan di Malaysia tapi Dato' Jalaludin Hassan je yang jadi hos. Dia punya intense tu kadang sampai berpeluh. Nak pulak bila dah guna semua talian hayat tapi tak mampu jugak nak jawab. Adaptasi dari gameshow menggunakan nama yang sama dari UK, WWTBAM ditayangkan dari tahun 2000 sehingga tahun 2002. Banyak tagline dari gameshow ni 

'Anda yakin dengan jawapan anda? Muktamad?'
'Anda perlukan talian hayat?'

Tapi yang paling mintak penampar
'Jawapannya ialahhhh.... Kita kembali selepas ini'

4. RM 1,000,000 Money Drop - Astro Ria


Rancangan Money Drop ni adaptasi dari rancangan UK, The Million Pound Drop Live bermula dari tahun 2011 sampai 2012. Sama jugak macam WWTBAM, tayangan tak lama pun tapi konsep yang sama jugak. 

5. Di Mana Joe Jambul


Rancangan kanak-kanak ni famous jugak selain ALONG & Pintar Pintas, yang dihoskan oleh Nurzizi Zulkifli sebagai pengacara awal kemudian digantikan dengan Aril AF. Tak pasti lah dulu sekolah ada hantar wakil ke tak sebab rancangan ni satu kumpulan menjadi wakil sekolah lawan dengan wakil sekolah lain. Punya lah minat game ni sampai set alat tulis nak brand Joe Jambul. Wei jambul dia mahal kot. 

Apart from these 5 gameshow, banyak lagi rancangan seperti Piramid, Silangkata, Kunci Khazanah, Regu, Kuci Kuci Pampers Hey, More Jutaria, Perdana Ria, Troli Monopoli dan banyak lagi kot yang tak perasan. Bolos pun suka tengok jugak sebab tengok kreativiti diorang nak lepas dinding tu. Tagline famous 'Bolos saja dinding ituuuuu'

Sekarang ni mana nak dapat dah rancangan edukatif macam ni. Kalau ada pun semua selebriti yang masuk. Lepastu syok sendiri. Mual tengok. Clever Girl tu wujud tapi sayang lah sebab drama lagi banyak daripada content. Rancangan menyanyi pun banyak sangat sekarang ni padahal industri dah penuh dengan lambakan artis auto-tune. Yang pelakon pulak ramai yang kayu. Sebabtu dah malas tengok TV. Bukan malas tengok, malas ada jugak sebab dah bertahun tak ada TV dekat rumah. Kalau ada pun connect ke laptop layan drama Korea ataupun English series. 

Tak pasti kenapa perubahan trend dari rancangan edukatif kepada rancangan hiburan dekat Malaysia sekarang ni tapi kalau ye pun nak jadikan medium eskapisme kepada rakyat, jangan lah dihapuskan secara menyeluruh. Kasihanilah kami yang menyampah dengan rancangan hiburan sampah di Malaysia ni. 

11 comments:

  1. yela kan... skg banyak rancangan yg mngarut aje.. kdg bosan nk tgk sbb buang masa aje..

    ReplyDelete
  2. ye rancangan dulu2 memang best, dimana joe jambul memang akak tengok sangat, sekarang ni banyak game show yg merapu je, drama pun samaaa je ak habis2 kawin paksa anak dato datin dah takde drama macm dulu2 lagi dah

    ReplyDelete
  3. Agree 200% dengan farhanah, even kartun for kids pun dah tak banyak.. Dari pagi membawa ke malam drama memanjang je.. Drama kalau semenggah takpe juga.. Ini ntah hape-hape..

    ReplyDelete
  4. betul kan..dulu banyak rancangan macam ni kat tv. memang best sebab sambil tengok dpt juga knowledge tapi sekarang ni tak tahu apa ke benda yg tayang kat tv.

    ReplyDelete
  5. Hana rasa macam strange sangat dengan list rancangan TV di atas hihih nampak sangat rancangan2 tu dah tenggelam lama.T__T

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha aduhhhh tu la pasalnya, dah lama dah semua ni. Dari kecik :P

      Delete
  6. Ahaa la kan. Sekarang ini mana ada dah rancangan macam tu. Tapi dalam banyak-banyak tu rasanya no.4 tu ciktie tak pernah tengok. Yang lain semua layan tp yang best sangat tengok no.3 tu! Saya tarikannya tak lain tak bukan hosnya itu sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. *Daya tarikan! Typing error la pula

      Delete
  7. Rindu rancangan masa zaman kanak2 dulu. No 1 tu mmg terbayang-bayang aje

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...