Shopee | Trolley Storage Rack

Sunday 24 January 2021

Dalam rumah ni ada almari mug yang mungkin akan roboh bila-bila masa sahaja lagi sebab dah terlampau banyak mug dah. Bukan guna pun semua tapi dah kalau satu mug 2 hengget je memang laju je tangan masuk dalam basket. 


Bila dah ramai yang jual trolley macam IKEA punya tu mula la teringin jugak sebab senang nak ubah kedudukan. Agak semak dekat depan, boleh ubah ke dapur. Kalau rasa nak bancuh kopi guna mesin Aristo sambil tengok movie, boleh bawa masuk dalam bilik. 


Kebetulan jumpa 3 tier trolley rack dekat Shopee dengan harga RM63.90 sebab kebanyakan trolley besi macam ni harga around RM100 macam tu. Ada pilihan warna hitam, putih ataupun teal. Sebab takut comot so kitorang ambik warna hitam lah. Troli ni boleh tahan berat sampai 50kg so setakat mesin Aristo dengan few mugs, tak lah berat sangat rasanya. 


Sampai je barang terus pasang sebab dah tunggu lama. Bukan Shopee lambat sampai tapi nak checkout tu yang lama haha

First part haruslah identify dulu mana skru yang berkaitan ikut manual yang dia bagi. Bagusnya seller ni sebab bagi extra screw just in case Bella bawak lari masa tengah pasang kan. Tray setiap level pun tak sama sebab ada yang ditebuk 3 lubang, ada yang 2 lubang sahaja so kena make sure lah tray atas dengan bawah tu betul-betul sama macam dalam manual. 


First sekali pasang base macam dalam gambar ni sebab trolley ni kena pasang by level tak boleh pasang berasingan then cantum. Dah siap satu level baru boleh gerak ke next level. Paling lama ambil masa sebab first step dah salah pergi masukkan skru dekat semua tray. 


Lepastu makan masa nak fahamkan sex screw. Masa belajar Kemahiran Hidup dulu tak ada pulak skru nama ni. Nama dia sex screw sebab dia cantumkan dua skru supaya dapat pasang dan ketatkan bahagian di tengah ni. 


Bila dah settle bahagian base dah lega banyak sebab nak pasang tray tak susah pun. Even skru boleh dipasang guna tangan je. Kalau suruh budak-budak pasang pun dah boleh siap. 


Last sekali baru la pasang roda dekat bahagian bawah. Pasang awal-awal kang bergerak pulak, susah la nak buat kerja kan. Lepas setengah jam pusing sana sini, haaa dah siap dah pun. Terus pindah mesin Aristo, some coffee and tea dengan mug dekat troli ni. Bila letak mesin Aristo dalam troli ni nampak kemas la meja makan. Settle satu masalah! 

Kalau ada yang nak beli trolley storage rack ni, boleh klik dekat SINI

Giveaway Sii Nurul

 
Klik banner untuk join :)

Movie Review | Psycho (2020)

Director : Mysskin

Writer : Mysskin

Cast : Udhayanidhi Stalin, Aditi Rao Hydari, Nithya Menen, Rajkumar Pitchumani, Aadukalam Naren, Pritham, Renuka

Production Company : Double Meaning Production

Distributor : Netflix

Genre : Psychological / Crime / Thriller

Running Time : 144 minutes

Release Date : 24 January 2020 

Trailer :

Diadaptasikan dari kisah Angulimala dari kitab Budha, di mana pembunuh bersiri bertaubat dan menjadi sami, Mysskin olah dan sesuaikan dengan konsep zaman kini. Polis mula resah bila banyak kes penculikan perempuan serta pembunuhan berlaku di Coimbatore. Semua mangsa akan dipenggal kepalanya dan ditinggalkan dalam keadaan memakai bikini berwarna pink di kawasan terpencil. 

Dalam masa yang sama, DJ radio Dagini (Aditi Rao Hydari) rimas dengan si buta Gautham (Udhayanidhi Stalin) yang selalu stalk dan mengekori dia ke mana sahaja dia pergi. Bila Gautham luahkan rasa hati dia, Dagini bagitahu yang dia akan jumpa di tempat istimewa. Malangnya Dagini diculik di depan mata Gautham sebaik sahaja dia sampai di kawasan tersebut. 

Walaupun Gautham buta tetapi deria hidu lebih kuat dari manusia normal dan dia cuba untuk mencari pembunuh psiko tersebut menggunakan keistimewaan dia. Gautham minta bantuan Kamala (Nithya Menen), inspektor polis yang lumpuh setelah jatuh dari tangga semasa kejar pembunuh psiko tersebut. Nampak hebat bukan storyline movie Psycho ni tapi percayalah jalan cerita dia mintak penampar. 

Lepas 13 orang mangsa pembunuh psiko di kawasan bandar ni tetap juga satu skuad polis tak mampu nak cari siapa pembunuhnya. Ada scene di mana ketua polis bagitahu anak buah dia supaya cari lelaki yang clean-shaved, muka handsome seperti movie star dan drive kereta mewah. Tapi yang tu je lah effort polis. Tak ada follow up dari situ pun. 

So here comes Kamala yang ada sejarah dengan pembunuh psiko tersebut tapi guna pengalaman tersebut bila deadline tinggal lagi dua hari. Who does that?! Watak dia agak annoying jugak lah sebab mulut lancang walaupun OKU. Dalam movie ni OKU semuanya biadap, mungkin sebab T20 agaknya. 

Tak tahu kenapa Dagini yakin yang Gautham akan selamatkan dia padahal lelaki tu buta. Ingatkan masa Dagini kena culik depan mata dia tu dia nak follow pembunuh psiko tu sebab perfume Dagini agak kuat lah. Rupanya tak, dia lagi sibuk nak cari cincin Dagini dan biarkan pembunuh terlepas. By the way, Gautham pun terkejut bila doktor psikatri bagitahu dia mampu selesaikan kes ni. 

Kalau dari awal modus operandi pembunuh sama je culik kemudian penggal kepala then pakaikan bikini pink. Tapi pihak polis, Kamala mahupun Gautam tak perasan perubahan pada corak pembunuhan dia bila dia tukar bikini pink kepada stripes dan tikam sebelum culik. Tak ada siapa pun yang siasat kenapa dan tak ada siapa dapat klu tambahan untuk pembunuh psiko ni. 

Watak Teacher Rachel (Pritham) muncul pada second half tanpa menambah apa-apa plot kecuali tambah level merepek bila dia bagitahu Dagini yang kesalahan dia cuma denda pembunuh psiko tersebut masa zmaan sekolah gara-gara masturbate. Dagini tekankan yang masturbate bukan dosa tapi Teacher Rachel tetap dengan pendirian dia sambil merokok. Tskkk 

Sudah lah skrip merepek dan tak logik, draggy pulak tu dengan scene merepek macam Gautham drive dan Kamala jadi mata dia. Kau kalau tak pandai drive, bagi je lah Vasantha (Renuka) yang drive. Dah la drive macam beruk sampai terbabas. Music background pun merepek sebab scene thriller letak music mendayu macam lagu romantik. Kau dah kenapa? 

Tak patut rasanya pengarah-penulis Mysskin buat adaptasi kisah Angulimala sebab benda macam ni elok simpan sorang je lah. Tak faham kenapa censor board boleh luluskan movie yang hadirkan rasa simpati pada pembunuh psiko. Bak kata doktor psikatri tu, tak ada manusia yang berhak ambil nyawa manusia lain. Kenapa movie ni letak tajuk Psycho entah lah. Merepek! 

1. Team Production +0, 2. Visual +1, 3. Audio +0, 4. Storyline +0, 5. Casting +0.2, 6. Genre +0, 7. Themes +0, 8. Editing +0.2, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 1.4/10

Bulan ni nafkah Starbucks special sikit sebab managing partner sendiri yang belanja satu office. Belanja yang latest on the menu pulak tu, Smoked Butterscotch Latte. 


'The Smoked Butterscotch Latte is a sweet and creamy drink made with Starbucks' signature espresso and steamed milk, smoked butterscotch sauce, and a sprinkle of Turkish coffee grounds. It's the perfect balance of sweet and savory.' - Starbucks Coffee


Ingredients

Milk, Smoked Butterscotch Sauce [Sugar, Brown Sugar, Corn Syrup, Heavy Cream (Milk), Water, Butter (Cream, Salt), Natural Smoke Flavors, Gum Acacia, Salt, Natural Flavors, Potassium Sorbate, Xanthan Gum, Tocopherols], Brewed Espresso, Smoked Butterscotch Sugar Topping [Sugar, Natural Smoke Flavor And Other Flavors, Fruit And Vegetable Colors (Apple, Purple Carrot, Hibiscus)]


Menu ni ada dua la macam biasa either frappe ataupun ice cube. Since semua sama je, so kitorang pilih 5 ice cube, 5 lagi frappe semuanya dalam size grande. I'm not into ice blended much so I ambik ice cube. Kak Nora dengan Amy special case sebab tak minum kopi so buang lah Latte dari Smoked Butterscotch tu. Rasa manis Butterscotch je lah. Kata Kak Nora macam rasa lollipop candy tu. Rasa vanilla actually. 


Since En. Hisham dah pesan make sure dia tabur cinnamon dekat ats tu so kitorang pun 3,4 kali jugak ulang supaya dia tabur. Nak balik pun kitorang check banyak kali semua dah bertabur ke belum. Kitorang bagi En Hisham yang ice blended sebab ada whipping cream so memang jelas terang dan nyata ada taburan cinnamon dekat atas tu. 


Siap semua order, ada taburan cinnamon baru lah boleh balik dengan tenang. And this is mine yang ice cube version sebelum dicuri oleh Izani tskkkkk T.T


Rasa dia agak pahit tapi creamy sebab ada butterscotch. Tapi mungkin rasa pahit sebab Starbucks diambil orang. For me Soy Hazelnut Latte lagi sedap la sebab ada manis kacang soya. Patutnya beli yang tu sebab Izani tak suka kacang soya. Demsannn...

Movie Review | Tomb Raider

Director : Roar Uthaug

Writer : Evan Daugherty, Geneva Robertson-Dworet

Cast : Alicia Vikander, Dominic West, Walton Goggins, Daniel Wu, Kristin Scott Thomas

Production Company : Metro-Goldwyn-Mayer, Warner Bros. Pictures, GK Films, Square Enix

Distributor : Warner Bros. Pictures

Genre : Adventure / Action

Running Time : 118 minutes

Release Date : 2mMarch 2018 (Berlin), 14 March 2018 (United Kingdom), 16 March 2018 (United States)

Trailer :

Dah lama simpan movie ni tapi baru hari ni datang mood nak tengok. Lara Croft reboot I must say since jalan cerita pun dah bermula dari awal balik dengan pelakon heroin yang baru. Kisah bermula dengan mengenal watak Lara Croft (Alicia Vikander) yang bekerja sebagai courier dan buat job tambahan untuk dapatkan duit. 

Bila watak Ana Miller (Kristin Scott Thomas) muncul, baru tahu yang Lara ni bukan lah miskin sampai tak mampu beli epal sendiri tapi anak kepada Lord Richard Croft (Dominic West). Malangnya ayah dia telah diumumkan meninggal selepas 7 tahun hilang di pulau terpencil di Jepun. Misi ayah dia adalah untuk mencari Himiko, Ratu Yamatai. 

‘All myths are foundations of reality.’ – Lord Richard Croft

Lepas Ana pujuk untuk tandatangan dan terima sahaja wasiat ayah dia, Lara dapat tahu ada petunjuk yang ditinggalkan oleh ayah dia. Dalam video yang dijumpai Lara, Richard berpesan supaya bakar semua bukti dan kajian yang dia jumpa supaya tak jatuh ke tangan orang jahat. 

Lara buat keputusan untuk pergi ke Yamatai dengan bantuan Lu Ren (Daniel Wu) di Hong Kong. Mereka berlayar dan terkandas tepat di pulau tersebut. Kedatangan mereka disambut oleh Mathias Vogel (Walton Goggins), arkeologi yang bekerja di bawah company Patna dan persatuan Trinity. Vogel bagitahu Lara yang dia dah bunuh Richard dan juga bapa Lu Ren sebab mereka berdua tak nak bagitahu kod untuk masuk ke dalam kubu Himiko. 

I dah tak ingat macam mana movie Lara Croft lakonan Angelina Jolie dan tak rasa nak cari balik. So I tak nak compare sebab lakonan Alicia pun dah bagus walaupun most of the part reaction dia agak kaku. Tapi untuk action part she did an amazing job. Semua stunt nampak kemas, sharp dan real sebab dia yang buat semua stunt sendiri. Sinematografi dan VFX top notch!

Sayangnya dalam movie ni tak dijelaskan kenapa Richard susah nak pergi dari Yamatai dan kenapa ribut teruk masa Lu Ren dengan Lara sampai. Dalam video games ada diberitahu yang Ratu Himiko ni boleh kawal cuaca. Kalau dijelaskan dalam movie mungkin lagi menarik lah. Pelik jugak lah movie ni tak banyak dialog untuk Lara. 

Jalan cerita Tomb Raider ni boleh kata predictable sangat except dekat awal movie penulis buat watak Lara kalah dalam ring. Entah apa perlunya tanam persepsi Lara lemah kepada audience sedangkan nak buat franchise. Action dia tak lah banyak sangat dan adventure dia pun nothing much lah sebab mana-mana adventure ancient mission sama je. Some of the traps pun sama dengan Escape Room ataupun Dora The Explorer Movie. Yang bestnya bila tengok teknologi diorang guna untuk masuk dalam kubu tu. From what I read, semua teknologi ni sama macam dalam video games. Kudos for that. 

Sayang betul watak Lu Ren tak dikembangkan sangat. Dia cuma bertugas untuk jadi kelasi kapal supaya Lara mampu sampai ke pulau misteri tu je. Ingatkan dia nak berlawan dengan anak buah Vogel. Plan Lara dengan Lu Ren untuk selamatkan yang lain pun macam terburu tanpa proper plan. I tak suka ending yang clichĂ© but still I look forward for the sequel. 

Sepatutnya tahun ni tapi disebabkan covid-19, mungkin anjak ataupun mungkin release dekat OTT platform. Who knows what’s their plan. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 6.3/10

Movie Review | Chameli

Saturday 23 January 2021

Director : Anant Balani, Sudhir Mishra

Writer : Anant Balani, Swanand Kirkire

Cast : Kareena Kapoor Khan, Rahul Bose, Rinke Khanna, Kabir Sadanand, Aniket Vishwasrao

Production Company : Pritish Nandy Communications

Distributor : Red Giant Movies, Netflix

Genre : Drama

Running Time : 108 minutes

Release Date : 9 January 2004

Trailer :

Dah lama cari movie ni sebab suka dengan lagu Bhaage Re Man. Dulu dekat channel Zee selalu pasang lagu ni sementara tunggu next slot keluar. Happy dapat tengok dekat Netflix. Movie arahan Anant Balani dan Sudhir Mishra mengisahkan tentang financial analyst, Aman Kapoor (Rahul Bose) yang terkandas di ‘red area’ bila kereta dia meragam dalam hujan lebat. 

Bagi Aman bila hujan lebat pastinya akan bawa musibah dalam hidup dia. Sama seperti kejadian kehilangan isteri dia, Neha Kapoor (Rinke Khanna). Sejak dari kejadian tu dia depressed dan lebih suka menyendiri. 

Lepas beberapa minit dia menunggu bantuan datang, Aman terjumpa Chameli (Kareena Kapoor Khan) yang datang untuk mencari customer pada malam tu. Awalnya Chameli cuba untuk goda Aman tapi ditolak keras. Bila Chameli nak ambil customer lain, kehadiran Aman pula mengganggu. Sudahnya mereka berdua berbual sementara tunggu hujan berhenti. 

Dalam satu malam tu macam-macam perkara terjadi macam Raja (Aniket Vishwasrao) nak lari dengan Haseena (Kabir Sadanand) lepas curi duit hantaran, polis yang datang untuk minta duit perlindungan ataupun orang upahan Usman paksa Chameli untuk tidur dengan gangster. Bak kata Chameli, beginilah dunia dia. Kotor. Tak sesuai dengan orang macam Aman. 

Movie Chameli ni berlaku dalam satu malam je tapi mampu mengubah perspektif Aman dan juga Chameli tentang manusia dan kehidupan. Mungkin clichĂ© pada ending tapi yang clichĂ© tu lah yang selayaknya jadi. Hey at least penulis Anant Balani dengan Swanand Kirkire keluar dari slo-mo shot bila hero dengan heroin bertemu bila scene jari Chameli melecur sebab pegang mancis lama sangat gara-gara tunggu respon Aman.

'Bloody hell, my hand got burnt!'


Masa movie Chameli ni keluar boleh kata mengundang kontroversi jugak lah sebab watak Aman dengan Chameli dari awal movie sampai ke hujung movie banyak kali merokok sampai kena label promote smoking. Tapi kenapa tengok pada sudut tu sedangkan isi perbualan yang memainkan peranan? Pace mungkin agak perlahan tapi ada playback speed setting kan, boleh la ubah kepada 1.5x hehe

Lakonan Kareena Kapoor sebagai pelacur yang cuba lari dari masalah hidup dia nampak meyakinkan. Kita kenal dia dengan tag The Kapoor Khandaan, the glamorous diva tapi dalam movie Chameli dia betul-betul menghidupkan watak dia. Dia tegas dengan prinsip yang dia pegang, dia berlembut bila keadaan memerlukan dan dia ketawa untuk lupakan masalah hidup. Chemistry dia dengan Rahul Bose pun sweet. No wonder lah dia menang Special Award for Best Performance di Filmfare. 

Suka dengan sinematografi Chameli dari lensa R. Rathnavelu walaupun kebanyakan scene dilakonkan dalam set. Walaupun dalam dunia kotor Chameli, tetap juga dia nampak cantik dengan senyuman dan lenggok badan dia. Cuma suntingan agak teruk untuk beberapa part macam transition untuk scene Aman dengan Chameli dekat tepi laut tu ataupun scene penari di bar guna shot lebar. Mungkin trend zaman tu kot. 

Kalau tak silap masa ni dia keluar dari movie Kal Ho Naa Ho sebab bergaduh dengan Karan Johar bila dia minta bayaran yang sama dengan SRK. I think she has made a great decision. Walaupun dia tak jadi trendsetter ataupun famous sebab KHNH tapi dia buktikan mutu lakonan dengan movie yang berkualiti pada skripnya seperti Chameli. Padahal waktu ni movie indie seolah-olah halimunan dalam industry. 

Asalnya watak Chameli ni pengarah offer pada Ameesha Patel tapi dia reject sebab dia taknak berlakon watak pelacur. A bit funny lah sebab masa movie Kaho Naa Pyaar Hai, Kareena reject then Ameesha ganti. Alasan pun lebih kurang sama juga. 

Ada juga baca dalam artikel yang Kareena memang all out untuk movie Chameli dekat Rajkamal Studios. Menari dalam hujan buatan dengan banjir di bahagian jalan. Lepas director cakap cut, dia tukar pula kepada sari yang dah dikeringkan oleh crew. Kemudian sambung balik kepada babak seterusnya.

 

Even director Sudhir Mishra kagum dengan lakonan Kareena masa tu sampaikan dia cakap cut lepas dua hari shooting. Bila tengok sendiri memang nampak sangat hasil kerja Kareena macam mana walaupun terpaksa tunggu berbelas tahun lamanya. Berbaloi! 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.8/10

Movie Review | Ek Thi Dayaan (2013)

Director : Kannan Iyer

Writer : Mukul Sharma, Vishal Bhardwaj

Cast : Emraan Hashmi, Huma Qureshi, Konkona Sen Sharma, Kalki Koechlin, Pawan Malhotra, Sara Arjun

Production Company : ALT Entertainment, VB Pictures

Distributor : Balaji Motion Pictures

Genre : Supernatural / Thriller

Running Time : 130 minutes

Release Date : 19 April 2013

Trailer :

Bermula dari sebuah short film, Mobius Trips oleh Mukul Sharma lalu dikembangkan oleh Vishal Bhardwaj dan diolah mengikut mitos kepercayaan masyarakat setempat. Movie Ek Thi Dayaan di bawah arahan pengarah debut, Kannan Iyer menceritakan tentang kehidupan seorang magician Bejoy Charan Mathur ataupun nama pentasnya, Bobo the Baffler. 

Bobo mempunyai trauma pada masa kecil bila dia kehilangan adiknya, Misha (Sara Arjun) dan juga ayah dia (Pawan Malhotra) kerana seorang Dayaan (ahli sihir) bernama Diana (Konkona Sen Sharma). Dalam kepercayaan masyarakat India, ahli sihir akan muncul setiap kali tahun lompat dan menculik kanak-kanak untuk dijadikan korban kepada syaitan. Kuasa ahli sihir terletak pada rambut dia. Makin panjang, makin kuat lah kuasa dia. Dan sesiapa yang tidur dengan ahli sihir takkan terpesona dengan perempuan lain. 

Selepas 20 tahun tragedi hitam tu berlaku, Bobo diganggu sekali lagi kerana semua ahli sihir akan dilahirkan semula selepas 20 tahun. Bobo mula dihantui bayangan Misha dan cicak. Satu hari Lisa Dutt (Kalki Koechlin) muncul sebagai peminat tapi dia paranoid sebab nama tu pernah terlibat dengan penculikan di Arthur Jail Road. Aksesori yang dipakai juga sama seperti kepunyaan Diana tapi isteri dia, Tamara (Huma Qureshi) cuba tenangkan Bobo dan pujuk supaya move on. 

Malangnya selepas Tamara jatuh dari tingkat 4 dan kematian mengejut Dr. Ranjan Palit (Rajatava Dutta) bila tahu rahsia Diana, Bobo yakin yang dia di dalam bahaya. 

Since movie ni berkonsepkan tentang ahli sihir jadi tak banyak la jumpscare clichĂ© macam movie seram yang lain. Tapi ada beberapa scene macam ikut scene dalam movie seram Insidious macam scene Bobo dengan Misha pergi ke neraka. But nevertheless, penceritaan movie tetap sharp, pace laju dan kemas. 

Lakonan dari Emraan Hashmi, Konkona Sen Sharma dengan Vishesh Tiwari paling menyerlah dan berlakon movie seram ni bukan sesuatu yang mudah untuk buat audience percaya dengan rasa seram yang wujud dari mata mereka. Scene Bobo attack waitress dekat restoran tu goosebump jugak lah sebab dia betul-betul nak attack padahal pegang pisau marjerin je pun. Kalki quite okayish cuma screentime dia tak banyak dan dia tak mampu pun nak hidupkan rasa seram supaya plot twist berjaya disampaikan. Mungkin kalau pengarah suntik lebih banyak lagi elemen fishy dalam watak dia, cerita mungkin lagi menarik. 

Visual dari Saurabh Goswami menaikkan mood dan suasana seram. Scene diorang satu family spend time sama-sama lepas jumpa doktor tu pun cantik shot dia. Cuma suntingan VFX dari Prana Studios Mumbai masih lemah bila cuba wujudkan cicak dan braid yang mempunyai kuasa. Music album Ek Thi Dayaan juga digubah oleh Vishal Bhardwaj dengan lirik yang dikarang oleh Gulzar. My pick is Yaaram. Dari tahun 2013 sampai sekarang suka lagu ni.

 

Walaupun banyak yang best tentang movie supernatural thriller di bawah syarikat produksi ALT Entertainment dan VB Pictures ni, ada juga kekurangan bila ada scene yang tak perlu dimasukkan pun. Tak pasti lah sebenarnya apartment lama Bobo tu sebenarnya masih ada penghuni lain ataupun tak. Dari awal movie nampak macam usang dan terbiar tapi bila Lisa datang elok pula. 

Movie Ek Thi Dayaan ni tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak walaupun ada scene yang panjang tentang kanak-kanak sebab ada scene yang ganas dan bermain dengan senjata bahaya. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 7.6/10

Movie Review | The White Tiger (2021)

Director : Ramin Bahrani

Writer : Ramin Bahrani

Cast : Adarsh Gourav, Rajkummar Rao, Priyanka Chopra, Mahesh Manjrekar, Swaroop Sampat, Vijay Maurya, Nalneesh Neel, Kamlesh Gill, Satish Kumar

Production Company : ARRAY, Noruz Films, Lava Media

Distributor : Netflix

Genre : Crime / Drama

Running Time : 125 minutes

Release Date : 22 January 2021

Trailer :

Diadaptasikan dari novel The White Tiger karya Aravind Adiga yang diterbitkan pada tahun 2008 mengisahkan tentang Balram Halwai (Adarsh Gourav) dari kasta rendah dan tinggal di kampung terpencil, Laxmangarh. 

Setelah kematian ayah dia (Satish Kumar) akibat batuk kering, dia terpaksa bekerja di kedai teh untuk sara keluarga dan dari situ dia cuba untuk mencari peluang supaya dapat keluar dari belenggu kemiskinan yang melampau. Satu hari The Stork (Mahesh Manjrekar) datang bersama anak bongsunya, Ashok (Rajkummar Rao) yang baru pulang dari US. 

Balram dapat rasakan yang Ashok adalah peluang dia untuk keluar dari situ. Dia minta Rs300 untuk dapatkan lesen memandu. Selepas berjaya, dia pergi ke rumah The Stork dan kerana ehsan Ashok, dia dapat bekerja sebagai pemandu kedua. 

Tapi bekerja sebagai pemandu kedua bermakna sebagai orang gaji di rumah tersebut dan bila dia dapat tahu yang Ashok dan isterinya, Pinky (Priyanka Chopra) akan pergi ke Delhi, dia bocorkan rahsia pemandu pertama dan naik pangkat. 

Di Delhi banyak kejadian berlaku dan pelbagai cara yang dia belajar untuk naik atas dan buang Ashok dari hidup dia. Ni bukan spoiler sebab di awal movie dah tunjuk keadaan Balram diselimuti kekayaan dan movie bergerak untuk tahu bagaimana dia ubah nasib hidup dia dari kuli kepada si kaya. 

‘A servant must know his master from end to end; from lips to  anus.’ - Balram

Dalam movie Ramin Bahrani ni tak ada watak antagonis atau protagonis kerana kedua-duanya sama karakter cuma bezanya pada status dan darjat. Pemegang kunci atau berada di pintu yang mana dalam hidup. The White Tiger mungkin menjadi simbolik yang unggul dalam movie tapi hakikatnya even yang di atas juga akan berada dalam sangkar dan jadi tontonan semua untuk hiburan. Baik dari dialog, voice-over ataupun music, nampak yang team production cuba gambarkan kehidupan manusia sebagai hutan yang penuh dengan persaingan. Sama ada berada di atas ataupun duduk di bawah seperti gelandangan yang ditonjolkan berulang kali. 

Bukan setakat jalan cerita sahaja bagus tapi kekuatan The White Tiger haruslah pada lakonan para pelakonnya yang memang dah terkenal dengan bakat besar seperti Priyanka Chopra, Rajkummar Rao dan Vijay Maurya. Sayangnya screentime Priyanka tak panjang sebab chemistry dia dengan Raj serasi sangat. Watak Ashok nampak kompleks bila dengan Pinky dia jadi baik dan sopan tapi hakikatnya dia pun sama sahaja licik dengan Balram sebab cara dia dibesarkan memang dah macam tu.

Rasanya ni movie pertama tengok Adarsh Gourav berlakon sebab tak familiar dengan movie-movie lakonan dia. Kalau ada pun mungkin sebagai supporting roles. Dalam ramai pelakon bagus, dia mampu menyerlah dan buat semua tumpuan terarah pada dia. Balram tak tergoda dengan Pinky tapi obsesi dia terarah pada Ashok. Cara dia perhatikan Ashok, cara dia cuba kagumkan Ashok dengan skills yang dia ada dan cara dia refer Ashok sebagai ex menonjolkan watak dia yang letakkan Ashok sebagai penanda aras dalam hidup. 

‘Do we loathe our masters behind the façade of of love, or do we love our master behind a façade of loathing?’ – Balram Halwai

Movie ni pastinya bukan untuk tontonan keluarga dan bukan juga untuk tontonan umum sebab menyentuh tentang agama, kasta dan struktur sosial. Visual dari Paolo Carnera menghidupkan elemen drama dan saspen untuk beberapa babak penting. Macam scene Balram berlindung dalam kawasan lalang yang hidup walhal keliling banyak yang dah mati, scene Balram tidur dengan jaring yang dipenuhi lipas ataupun scene dia bertapa di bawah chandelier. Tak berapa gemar dengan soundtrack dia sebab kebanyakannya dari playlist English. Spoil mood jugak lah.

 

Movie The White Tiger dapat banyak pujian dari critics dan audience sampaikan Netflix decide untuk hantar movie di bawah syarikat produksi ARRAY, Noruz Films dan  Lava Media ni ke Oscar. Kalau terpilih then movie ni antara kejayaan untuk Adarsh, Priyanka dan Raj. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.9, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +1 = 8.5/10