Movie Review : Mrs Serial Killer

Saturday 2 May 2020


Director : Sirish Kunder
Writer : Sirish Kunder
Cast : Jacqueline Fernandez, Manoj Bajpayee, Mohit Raina, Darshan Jariwala, Zayn Marie Khan
Production Company : Three's Company Productions Pvt.Ltd
Distributor : Netflix
Genre : Thriller / Mystery
Running Time : 106 minutes
Release Date : 1 May 2020
Trailer :


Sona (Jacqueline Fernandez) cuba selamatkan suami dia, Dr. Mrityunjoy Mukherjee (Joy, Manoj Bajpayee), doktor gynecologist yang ditangkap kerana membunuh 6 orang gadis remaja yang mengandung luar nikah selepas hilang diculik. 



Kesemua mayat ni dijumpai di bangunan lama kepunyaan Dr. Joy lepas disiasat oleh  Inspektor Imran Shahid (Mohit Raina). Sona tahu Insp Imran sengaja nak perangkap suami dia sebab malam sebelum semua mayat dijumpai tu, Imran ada datang dalam keadaan mabuk dan ambil punting rokok dan sikat rambut Dr. Joy untuk dapatkan DNA. 


Semua lawyers berpakat untuk tak ambil kes Dr. Joy. Orang kampung mula pulaukan Dr. Joy dan Sona. Sebelum Dr. Joy dibelasah dalam penjara dengan banduan lain, dia sempat bagitahu Sona supaya minta bantuan dengan Mr. Rastogi (Darshan Jariwala), lawyer yang pernah dia tolong dulu.


Mr. Rastogi tak dapat buat rayuan untuk ikat jamin Dr. Joy bila ada bukti kukuh so dia advise Sona untuk wujudkan jenayah yang sama untuk buat orang kampung dan mahkamah percaya yang mereka tersalah tangkap orang. Sona culik Anushka Tiwari (Zayn Marie Khan) lepas dapat senarai nama dari klinik dan create pembunuhan yang sama dengan kes pembunuhan bersiri melibatkan suami dia. 


Masa tengok poster dengan rating iMDB masa tu, memang excited lah sebab Jacqueline sebagai lead dalam movie thriller. iMDB pun 8.5/10, release under Netflix pulak tu. Tapi bila tengok rasa syahdu betul kena tipu. 

Image

First half memang menyeksakan bila director focus sangat dengan Jacqueline Fernandez sedangkan dia tak pandai berlakon. Director tak kisah langsung dengan perasaan penonton bila dia biar Jacqueline menjerit, menangis dengan suara nyaring dia. Stress jugak lah tengok scene Sona bergelut dengan Anushka. Anushka tendang kemain eh melayang jauh. Dari thriller dia dah jadi masala. Scene dekat taman bunga tu memang laughable lah. Scene Anushka jadi spiderwoman pun sama. 


Masuk second half jalan cerita nampak hidup sikit lah sebab Manoj Bajpayee dapat tonjolkan watak dia yang sebenar pada audience. Patutnya director kembangkan lebih dekat watak Dr. Joy daripada watak Sona. Kesian tengok Mohit Raina nampak lemah betul sebagai inspector polis. Dah la isteri kena sailang, kena hentak sampai koma 2 tahun, kena belasah dengan orang kampung lepastu bila nak jadi penyelamat, Dr. Joy hentam dia dulu. 


Ada 3 orang datang nak selamatkan Anushka tapi director decide untuk buat semua watak ni jadi lemah dan bodoh. Sorang bimbo, sorang terkunci dalam almari, sorang lagi malang benar nasibnya. Movie ni tak jadi thriller tapi jadi kelakar. 


Tak faham kenapa Sona dengan bodohnya sanggup buat macam Mr. Rastogi suruh. Mungkin dia sayang dengan suami dia tapi suami dia pembunuh kot. Tak ada scene dia serang Insp. Imran pun untuk kuatkan teori yang Imran sabotaj suami dia. Mr. Rastogi pun buat kelakar eh datang court via video call je. Filmy sangat. Kalau hakim annoyed sebab tak inform court awal-awal, memang kes dia kena tutup macam tu je. 


Tapi tak semua benda teruk lah dalam movie ni selain lakonan Manoj Bajpayee sebab visual editing dia cantik dengan grading tone untuk hidupkan tema thriller dan mystery tu, transition flashback dan cinematography cantik. Music score dia build up the thriller tapi jalan cerita movie tu dah hancur, letak music score bagus pun dia tetap sampah. 


Tak faham kenapa Manoj setuju untuk buat movie ni. Mungkin dalam skrip nampak cantik tapi lepas kena edit dia jadi sampah. Movie ni tak payah masuk competition dah sebab cukup kriteria untuk jadi movie paling teruk tahun 2020. 

1. Team Production +0.4, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0, 10. Personal Thought +0 = 4.1/10

Blog Performance April 2020

Hujung bulan ni agak roller coaster ride for some people kan? Kita tengok lah macam mana bulan Mei nanti. Makin teruk ataupun ekonomi melonjak naik macam dicanangkan tu.

Anyway for my report card of course lah melonjak naik sebab PKP tapi bila masuk bulan puasa dah mula jatuh balik since niche blog pun entertainment. Mana maunya entertainment ada chemistry masa bulan puasa ye dak?

1. PV

Kalau bulan Mac target monthly nak cecah PV 20k tapi bulan lepas cecah 50k sebulan. Ni gara-gara PKP. Sebab tengok PV rancak je bila PKP kena extend, diam-diam naikkan target PV cecah 770k and yes, dapat walaupun sipi-sipi je stats tu nak cecah.

Untuk bulan Mei hopefully boleh cecah 800k. Tak nak target banyak sebab bulan puasa so tak ramai tengok movie sangat. PV daily pun dah mula jatuh dari 2k jadi seribu lebih je. Nak update resipi pun tak rajin sangat.

2. Post


Bulan April meningkat sikit la PV untuk popular post. Kalau bulan lepas paling tinggi 1260, bulan ni dah cecah 2k itupun sebab Movie Review. Bulan April entry pasal movie memang melonjak naik. Yang lama-lama pun naik macam movie Langsuir, Pihu, The Hantus, Mubarakaan, Andhadhun dll.

3. Keywords


I thought dah lambat nak buat movie review The Flu tapi okay je haha sebab ramai lagi yang mencari. Lagu raya Floor 88 dengan Baby shima pun dah start cari. Ngam sangat lagu tu dengan situasi raya tahun ni - Tak Dapat Raya. 

4. Audience


I lost reader from India walaupun movie Hindustan banyak naik haha tapi tak tahu kenapa Hong Kong melonjak naik sampai 23k walhal bulan Mac baru 4k je. Kalau bulan Mac tak berapa ramai yang guna mobile, sekarang nampak makin ramai reader guna mobile lepas dah tukar some settings. Around 40% compared to March, dalam 10% macam tu je. 

5. Bilangan Entri


Bila I kata I nak menaik je bilangan entri tu, well bulan ni dapat naik sampai 61. Ni banyak sebab segmen dan giveaway je ni. Bulan Mei kena cecah 60 entri jugak lah. Hopefully dapat sampai target sebab dah mula kerja Isnin ni. Weekend la kot nak pulun update blog. 

Selamat berpuasa semua. 

Movie Review : Mere Brother Ki Dulhan

Friday 1 May 2020

Director : Ali Abbas Zafar
Writer : Ali Abbas Zafar
Cast : Katrina Kaif, Imran Khan, Ali Zafar, Tara D'Souza
Production Company : Yash Raj Films
Distributor : Yash Raj Films
Genre : Romantic / Comedy
Running Time : 145 minutes
Release Date : 9 September 2011
Trailer :


Lepas bergaduh dan putuskan hubungan dengan Piyali (Tara D'Souza), Luv (Ali Zafar) minta tolong adik dia, Kush (Imraan Khan) sanggup untuk carikan pengantin untuk dia. Disebabkan taste diorang sama Luv tahu Kush boleh tunaikan impian dia untuk kahwin masa Hari Krismas nanti di India. Sayang dengan abang punya pasal, Kush buat pelbagai cara untuk cari jodoh dengan bantuan kawan-kawan baik dia, Shobbit (Mohammed Zeeshan Ayyub) dan Rohit (Tariq Vasudeva). 

'We both loved Madhuri Dixit as kids. You know my choice.' - Luv

Lepas iklankan di akhbar, Kush dapat call dari Menteri Kedutaan supaya datang ke rumah dia untuk discuss sama ada sesuai atau tak Luv dijodohkan dengan anak perempuan dia, Dimple Dixit (Katrina Kaif). Bila Kush pertama kali nampak Dimple, dia terkejut sangat sebab tak sangka Dimple yang dia kenal masa zaman kolej dulu setuju dengan idea arranged marriage. 


Bila dua belah keluarga dah tetapkan tarikh perkahwinan, Kush dengan Dimple makin rapat sebab selalu keluar sama-sama untuk uruskan hal wedding ceremony nanti. Tanpa sedar Kush dan Dimple sama-sama jatuh cinta. Dimple ajak Kush kahwin lari tapi Kush taknak kehilangan keluarga especially Luv so dia buat plan supaya Luv batalkan perkahwinan ni. Berjaya ke tak, kena tengok lah movie rom-com ni.


Mere Brother Ki Dulhan antara one of my fav rom-com sebab jalan cerita kelakar, watak Katrina Kaif digarap cantik dan music album best! Dari tahun 2011 dengar music album dia sampai lah sekarang wajib ada dalam playlist especially lagu Choomantar dengan Do Dhari Talwaar.


Director Ali Abbas Zafar debut sebagai director dengan movie ni lepas beberapa tahun jadi Assistant Director di YRF. Antara 3 skrip yang dia hantar, skrip Mere Brother Ki Dulhan yang diterima oleh Aditya Chopra. Tuah pada Imran Khan dengan Ali Zafar masa tu dapat berlakon dengan Katrina Kaif sebab movie Dostana 2 postpone. Both dah request nak berlakon dengan Katrina. I guess sebab both selesa dan happy dekat set masa shooting movie ni, the movie turns out fun and quirky tale sebab ada scene yang natural.


Walaupun shooting scene kebanyakannya di kawasan dalam rumah sebab most of the time semua watak busy dengan wedding preparation tapi ada sesetengah location yang cantik sebab berlatarbelakangkan Taj Mahal, Agra.




Wardrobe team Katrina did their best untuk potray watak Dimple Dixit yang trendy dan bohemian chic. Imran Khan dengan Ali Zafar pun nampak muda dari umur yang sebenar untuk portray watak muda dan energetic.


Dari persembahan lakonan, dialog, menyanyi, menari semua Katrina buat dalam movie ni dari awal sampai habis so boleh kata ni movie Katrina and for fans Katrina, memang happy sangat kalau tengok movie ni. Be it with Imran or Ali Zafar, chemistry diorang bertiga sama-sama cantik onscreen. Shooting movie ni tak ambil masa yang lama pun around 3 bulan je sebab Katrina busy dengan dua lagi movie lain.


Walaupun jalan cerita quite typical dan ending scene quite draggy tapi overall movie ni memang menghiburkan. Layan banyak kali pun tetap best. Mungkin lagi menarik kalau Ali Zafar dapat scene lebih sikit dari yang dalam movie tu sebab watak dia pun fun jugak dengan perangai kasanova dan childish dia. Though sekejap je Ali Zafar muncul tapi still menyerlah, tambah pula bila dia senyum. Melting leting! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8.9/10

Sagu Gula Melaka

Thursday 30 April 2020

Dah lama craving Sagu Gula Melaka ni sejak nampak video dekat Twitter Syedewa. Uniknya resipi dia bila dia guna susu Farm Fresh gantikan santan. I tak berapa suka santan sebab perut senang kembung so bila dia guna susu and jadikan drinks nampak nyummmm sangat! 


Pastu nampak Khairul Aming buat resipi mudah untuk sagu gula melaka so I ikut resipi dia dan ubah ikut Syedewa punya version sebab taknak manis sangat. Resipi ni untuk 2-4 orang sekali minum. 

Bahan-bahan : 

- Sagu 1/2 cawan
- Gula Melaka 2 keping
- Sirap 2 sudu [brand Amina sebab warna dia cantik]
- Daun pandan 2 helai diikat/disimpul
- Susu Farm Fresh [brand lain pun boleh]
- Air 
- Ais batu
- Cincau [optional]


Cara penyediaan : 

1. Didihkan 5 cawan air dalam periuk atau kuali kemudian masukkan sagu dengan sirap. Kacau sampai sagu masak. Nak tahu sagu masak bila hilang warna putih dan jadi warna jernih. 


2. Tapis sagu kemudian basuh dengan air. 


3. Didihkan air 2 cawan bersama daun pandan kemudian masukkan gula melaka sampai cair. 


4. Dah siap masak sagu dan cairkan gula melaka dah boleh la combine semua bahan. Masukkan ais batu, sagu, cincau, air gula melaka dengan susu. 

5. Kacau sampai sebati then it's done!


Ada orang suka sagu banyak so masak la sagu banyak. Ada yang suka buat sagu warna-warni, haa yang ni kena rajin la masak setiap warna yang disukai. Anyway, my craving satisfied! Lepas ni boleh buat lagi sebab senang je. 
Image

Baru semalam terkejut dengan berita kematian Irrfan Khan, pagi ni dapat berita kehilangan lagi seorang permata dalam industry Bollywood bila Rishi Kapoor disahkan meninggal jam 8.45 pagi waktu India di hospital di Mumbai akibat kanser. 

Kapoor Khandaan berkumpul di kediaman Rishi Kapoor untuk final rite. Abhishek Bachchan pun ada untuk bantu Ranbir Kapoor since Amitabh Bachchan rapat dengan Rishi. Plus they were related bila anak perempuan Amitabh kahwin dengan saudara Rishi. Alia Bhatt pun ada dekat rumah Ranbir since lockdown. 

Image

Image

Image

2 tahun ulang-alik ke London untuk buat rawatan kanser kemudian balik ke India bila dah makin sembuh. Dah sign contract untuk shoot upcoming movie dengan Deepika tapi terpaksa delay shoot bila dia tiba-tiba sakit teruk. For years Ranbir kurangkan berlakon untuk jaga ayah dia even jual production company and football club. He did his best for Rishi. 

Image

Just hoping Big B will stay strong with these news sebab dia pun tak berapa sihat sangat sekarang. Yang fans pun sedih dengan berita kehilangan Irrfan Khan dan Rishi Kapoor, apatah lagi Big B yang memang rapat. 

Condolences to Neetu, Ranbir, Riddhima dan semua keluarga Kapoor. Rest in peace Chintu ji.....

Director : Shimit Amin
Writer : Jaideep Sahni
Cast : Ranbir Kapoor, Gauhar Khan, Shazahn Padamsee, Prem Chopra, Manish Chaudhary
Production Company : Yash Raj Films
Distributor : Yash Raj Films
Genre : Drama / Comedy
Running Time : 156 minutes
Release Date : 11 December 2009
Trailer :


Harpreet Singh Bedi (Ranbir Kapoor)buat keputusan untuk bekerja dalam bahagian pemasaran walaupun kawan-kawan yang lain sambung  belajar ke peringkat lebih tinggi. Harpreet dah tak nak sambung sebab dia tahu dia lemah dalam pelajaran. 


Dia diterima bekerja di syarikat perniagaan computer, AYS dimiliki oleh Mr. Sunil Puri (Manish Chaudhary) tapi disebabkan sifat amanah dan jujur, dia hampir dibuang kerja sebab tak nak ambil rasuah dari klien besar. 


Receptionist Koena (Gauhar Khan) kesian tengok Harpreet kena buli dengan pekerja lain so dia pass satu number client kepada Harpreet supaya turun padang dan attend customer. Klien dia nak graphic computer tapi AYS tak jual set tu so Hrapreet pergi survey di kedai berhampiran. Dia terjumpa set computer grafik dengan harga jauh lagi murah dari AYS. 


Harpreet buat kerja gila dengan ajak Giri (D. Santosh) jadi partner dia buat company sendiri under nama Rocket Singh Corporation. Siang bekerja untuk AYS, malam bekerja untuk RSC. Kemudian Harpreet ajak Koena sebab dia value talent and skills Koena unlike AYS. Dari mereka bertiga, diorang dapat yakinkan client untuk guna service RCS sebab kerja waktu malam even weekend and public holidays. Harga pun murah siap dapat jaminan refund kalau computer tak okay. 


Bila order makin banyak, Harpreet terpaksa tarik Mr Mishra (Mukesh Bhatt), tukang buat teh sebab dia cekap pasang spare part computer dan ambil risiko dengan hire Mr. Nitin (Navin Kaushik), manager AYS sebab dia pandai interact dengan client. At first all went well tapi makin lama Mr. Puri makin geram bila client ramai pilih service RCS. Makin dia selidik, kantoi rupanya pekerja dia sendiri yang tubuhkan RCS. Apa jadi lepas tu kena tengok la movie Rocket Singh ni. 


Kalau ikutkan genre, movie ni comedy tapi tak lah heavy sangat pun sebab movie ni more to struggle Harpreet and character-driven story so it falls into drama category. But it doesn’t matter lah sebab movie ni ada plot dengan ethical message yang bagus. Lakonan Ranbir sebagai Sardar yang cool, trendy da nada prinsip hidup dia yang tersendiri. We can see Ranbir growth in Harpreet’s character. Harpreet mungkin nampak over-confident at times tapi boleh nampak disebabkan faktor push and pull dari villain Mr. Puri.


Supporting cast pun sama-sama menyerlah dalam character masing-masing yang dibuli di AYS dan gunakan skills yang ada di RCS. Jarang nak tengok Gauhar Khan berlakon secara natural dan nampak selesa dengan character dia. 


Suka tengok scene Prem Chopra sebagai atok Harpreet mengeluh bila tengok cucu dia stress dengan kerja. Relatable sangat sebab kerja bahagian marketing memang susah tambah bila berpegang dengan prinsip jujur dan amanah. 


For a drama movie, visual dia quite okayish lah. Even music score movie Rocket Singh tak membantu sangat sebab music album biasa je tak menambahkan semangat atau emosi kepada penceritaan. I think these two factor kenapa movie Rocket Singh tak berapa nak menjadi sebab target audience movie ni youth tapi visual and music quite mehhhh


Ditambah dengan pace yang agak perlahan, movie Rocket Singh tak mampu live up the hype walaupun ramai critics yang puji. I must say Rocket Singh is not everyone’s cup of tea tapi banyak yang kita boleh belajar dari movie ni especially for millenials generation. After all movie ni based on true story of Harpreet. 

Image

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 7.2/10
Bagaimana Pesakit COVID-19 Boleh Pulih Tanpa Vaksin? Ini Jawapannya!Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Perlumbaan mencipta vaksin di seluruh dunia sedang rancak berlaku.

Semenjak  jangkitan virus korona baharu (COVID-19) merebak ke seluruh dunia, saintis dan ahli akademik berusaha keras untuk mencari ubat dan mencipta vaksin.Kedua-duanya merupakan senjata utama dalam memerangi kemaraan wabak.

Namun, apa yang anda perlu tahu adalah, majoriti pesakit di seluruh dunia mengalami simptom ringan. Mereka akan sembuh daripada COVID-19 dengan sendirinya selepas beberapa hari menunjukkan simptom.Keupayaan sistem pertahanan badan untuk melawan virus tidak harus dipandang ringan.

Malah terdapat kajian yang dibuat bagi memahami tindak balas imun terhadap COVID-19. Perkara ini  penting, bagi mencipta ubat dan vaksin yang berkesan. Kes positif di seluruh dunia sudah merangkak naik, lambat laun akan mencecah 3 juta. Di Malaysia, statistik kes positif adalah seperti berikut:

Image

Walaupun sebahagian kecil pesakit COVID-19 memerlukan alat bantuan pernafasan untuk hidup, tapi majoriti hanya perlu bergantung kepada sistem imun mereka sendiri.Tindak balas sistem pertahanan badan terhadap jangkitan wabak boleh dianggap menakjubkan.Oleh sebab itulah mereka yang mempunyai masalah dengan sistem imun dianggap berisiko tinggi. Mereka telah kehilangan satu perisai dalam melawan virus korona baharu.

Kajian oleh Dr Oanh Nguyen yang melibatkan seorang wanita yang dijangkiti COVID-19 memberikan gambaran mengenai sistem imun secara umum.Wanita yang berusia 40 tahun itu tidak mempunyai latar belakang penyakit kronik. Dia telah hadir ke hospital Melbourne dengan simptom ringan COVID-19.

Dr Nguyen telah mengambil sampel darah pada 4 masa yang berlainan bagi melihat proses yang diadaptasi oleh sistem imun untuk melawan virus. 3 hari selepas wanita itu dimasukkan ke dalam hospital, pemeriksaan darah menunjukkan peningkatan pada populasi sel imun. Tindak balas ini hampir serupa dengan pesakit yang sembuh daripada jangkitan selesema influenza.

Berdasarkan kepada data yang ada, Dr Nguyen meramalkan pesakit akan sihat dalam masa 3 hari. Itulah perkara yang berlaku. Pesakit sihat dalam masa 3 hari! Kajian ini telah membuktikan bahawa, walaupun virus COVID-19 merupakan virus baharu, badan masih berupaya untuk melawannya.

Perkara ini boleh dijadikan sebagai faktor pendorong kepada saintis dan ahli akademik lain. Mereka perlu menyiasat, faktor apa yang tiada pada mereka yang mati disebabkan oleh COVID-19.

Isu di sebalik keupayaan sistem imun untuk sembuh daripada COVID-19 dan ribut sitokin

sembuh daripada covid

Ia merupakan satu bentuk paradoks.



Selama ini kita hanya memberikan perhatian kepada virus tanpa memikirkan seseorang itu mungkin teruk disebabkan oleh sistem imunnya sendiri. Untuk sembuh daripada COVID-19, kita bergantung sepenuhnya kepada sistem pertahanan badan dan sel imun. Sel  imun ini dikenali sebagai sitokin. Ia ibarat polis yang ditugaskan untuk menangkap penjenayah (COVID-19).

Sitokin adalah molekul pengisyaratan yang dirembeskan oleh badan untuk mengaktifkan proses keradangan dan membasmi jangkitan kuman. Namun, dalam sesetengah kes, badan boleh menghantar lebih banyak sel imun untuk  membasmi wabak virus tersebut. Tindak balas besar-besaran ini bukan sahaja akan membunuh virus  tersebut, malah sel sihat. Fenomena ini dikenali sebagai ribut sitokin.

Ia memerlukan rawatan namun, perkara tersebut melibatkan penggunaan agen untuk menurunkan fungsi sistem pertahanan badan.

Persoalannya, bagaimana anda hendak sembuh daripada COVID-19 jika rawatan yang diberikan bertujuan untuk menurunkan fungsi sistem imun? Virus memang sudah tentu  boleh menyebabkan kerosakan pada sel organ khususnya peparu. Ini merupakan dilema yang dihadapi dalam merawat masalah ribut sitokin pada pesakit COVID-19.

Tindakan ‘buang dadu’ untuk sembuh daripada COVID-19

sembuh daripada covid

Setakat ini, saintis sedang mencari jalan yang berkesan bagi membasmi masalah berkaitan dengan ribut sitokin. Pelbagai jenis ujian klinikal akan dijalankan, salah satu daripadanya melibatkan 1 ubat prostat yang dikenali sebagai tamsulosin. Melalui pemerhatian klinikal, seorang jurutera biomedikal, Joshua Vogelstein masih tidak jelas mengapa perkara itu berlaku.

Jika dilihat pada sudut teori, ubat tamsulosin boleh menghalang rembesan hormon dopamin dan adrenalin yang dicetus oleh sitokin. Ia boleh membantu mereka yang alami simptom teruk untuk sembuh.

Namun,  salah satu ujian klinikal yang mendapat perhatian adalah proses untuk menghalang fungsi sitokin itu sendiri. Sasaran utama adalah sitokin yang dikenali sebagai interleukin-6. Ia sering dikaitkan dengan risiko kegagalan sistem pernafasan.

Jika kita boleh mencipta ubat yang mampu menghalang fungsi interleukin-6 tanpa mengganggu molekul sitokin lain, ia mampu mengelakkan ribut sitokin daripada berlaku. Kajian klinikal kini sedang dijalankan. Walau bagaimanapun, penulis tidak rasa ia akan membuahkan hasil dalam masa terdekat.

Ia memerlukan masa dan rawatan bagi kes teruk untuk sembuh daripada COVID-19 kini berasaskan kepada maklumat sedia ada yang sangat terhad.

Konklusi

virus korona

Walaupun sistem imun badan boleh bantu kita untuk sembuh daripada COVID jika dijangkiti, tapi vaksin dan ubat yang terbukti berkesan penting untuk membasmi wabak. Jika anda mempunyai sistem imun badan yang kuat, anda berisiko rendah untuk mendapat COVID-19 teruk.

Teruskan patuh kepada perintah kawalan pergerakan dan langkah pencegahan lain. Lambat laun pertarungan menentang virus korona baharu ini akan dimenangi oleh kita.

Rest In Peace Irrfan Khan

Wednesday 29 April 2020

Baru je semalam baca dia admit ward sebab sesak nafas. Ingatkan sesak nafas biasa sebab dia tengah down bila dapat berita ibu dia meninggal 4 hari sebelum tu. Dia sedih sangat sebab tak dapat kebumi arwah mak dia sebab lockdown covid-19. Jam 2 dapat berita dari PR dia sahkan yang Irrfan Khan meninggal dunia. 

Image

It such a great loss for Bollywood industry sebab Irrfan Khan antara penerima anugerah National Awards. Movie dia pun banyak yang best dan ajar tentang kehidupan baik di Hollywood ataupun Bollywood macam Life Of Pi, The Lunchbox, Hindi Medium, PIKU, Talvar, Karwaan dan banyak lagi. 

Image

Irrfan Khan atau nama sebenarnya Sahabzade Irfan Ali Khan berketurunan diraja daerah Jaipur, debut dalam dunia Bollywood sejak tahun 1988 dalam movie Salaam Bombay! Disebabkan lakonan dia bagus, dia dipanggil untuk berlakon dalam movie-movie Hollywood tapi banyak movie yang dia tolak selain Slumdog Millionaire, Inferno, Life Of Pi, The Amazing Spiderman dan Jurrasic World sebab dia sayang dengan Bollywood. Susah untuk dia balance career dia di Hollywood dengan Bollywood. 

Image

Tahun 2018 keluar rumors yang dia kena brain cancer tapi Irrfan denied dengan statement untuk tunggu keputusan dari doktor dan dia sendiri akan bagitahu pasal benda ni. Turns out lepas 10 hari dia dapat medical result yang dia ada Neuroendocrine Tumour - cancer pada bahagian saraf. 

Image

Irrfan Khan ambil keputusan untuk berehat dari dunia lakonan sebab penyakit dia di stage yang agak serious. Irfan pergi ke London untuk buat rawatan. Feb 2019 dia balik ke India dan berehat sebentar kemudian sambung bekerja balik dengan shoot movie Angrezi Medium. Masa promote movie AM, dia bagitahu dengan fans yang movie tu agak special untuk dia sebab dia nak fans dia gembira dan sedih dengan dia. Dia bagitahu supaya tunggu dia sebab dia dah makin sembuh. 

Image
Tak sangka tu movie last dia. Last word sebelum dia meninggal dia bagitau isteri dia yang mak dia datang berdiri sebelah dia sebab nak jemput dia. Such a heartbreak moment bila official news keluar yang dia dah tak ada. Jam 3 petang Irrfan Khan dikebumikan di Versova Qabrastan di Mumbai. 

Image

Ramai rakan selebriti yang ucap takziah pada keluarga Irrfan Khan. Bukan setakat baik dengan rakan artis tapi perwatakan dia humble, dermawan and tak pernah lokek untuk share ilmu dia ada. Bak kata Irrfan, hidup ni bukan untuk aim hidup paling lama tapi bagi hasil yang orang akan kenang sampai bila-bila. Dia express melalui movie-movie dia sebab tu kehilangan dia terasa sangat. 

Gone too soon but never forgotten. Rest in peace Irrfan sir.