INTI Center of Art & Design Gallery, Da Men Mall

Saturday 6 July 2019


Bulan lepas join I Love Coffee & Tea Expo dekat Da Men Mall ternampak mini gallery student INTI Center of Art & Design or ICAD. Dekat sini ada beberapa design & canvas hasil kreativiti students INTI.




Suka tengok design 2 dress ni especially yang jacket merah tu. Lupa nak ambil gambar close-up sebaba hiasan bead dia cantik cuma kalau dia buat warna merah hati lagi nampak cantik sebab hiasan tu naik. 

The rest gambar or sketch atas canvas which quite creative and cantik!



Well this one is my favorite! Suka corak ropol ropol yang tak sarat macam ni. Even penuh tapi dia tak cover semua. Combination warna dia pun cantik!







Masa sekolah dulu bila bosan ada jugak sketch some designs tapi tak ada kepakaran nak menjahit (lebih kepada malas sebenarnya) so kita simpan sketch dalam buku je lah. Dan buku tu pun hilang.... 

10 Movie Bollywood Bertemakan Dendam

Movie Bollywood selalu terkenal dengan movie cinta tapi sebenarnya not bad jugak movie thriller yang bertemakan atau berkonsepkan balas dendam bila yang tercinta dibunuh atau diperangkap dalam kes pembunuhan. Here some movies I senaraikan untuk sesiapa yang nak try layan movie Bollywood. 

1. Badlapur (2015) 


Director : Sriram Raghavan
Cast : Varun Dhawan, Nawazuddin Siddiqui, Huma Qureshi, Radhika Apte, Yami Gautam, Divya Dutta
Genre : Thriller 

Raghu hilang semangat untuk hidup lepas 2 orang perompak bunuh isteri dan anak lelakinya. Dari seorang yang ceria dan penyayang bertukar menjadi manusia penuh dendam. Peluang datang untuk Raghu balas dendam terhadap perompak dan orang sekelilingnya. Though this movie macam typical revenge movie tapi performance Varun dengan Nawazuddin yang buat movie ni menarik untuk ditonton.

2. Kahaani (2012)


Director : Sujoy Ghosh
Cast : Vidya Balan, Parambrata Chatterjee, Nawazuddin Siddiqui, Indraneil Sengupta, Saswata Chatterjee
Genre : Thriller / Drama

Vidya yang tengah sarat mengandung cuba mencari suami dia yang hilang di Kolkata lepas kes keracunan gas beracun dalam metro dengan bantuan seorang inspektor polis. Tak ada seorang pun yang kenal suami dia di situ. Makin bertambah misteri bila sekumpulan lelaki datang ugut Vidya supaya berhenti mencari.

3. TE3N (2016)


Director : Ribhu Dasgupta
Cast : Amitabh Bachchan, Nawazuddin Siddique
Genre : Mystery / Thriller

Sejak 8 tahun John Biswas cuba tanpa gagal menjejak pembunuh cucu perempuan dia dan setiap hari juga lah dia gagal sampai isteri dia naik risau. Dalam masa yang sama, polis dan paderi cuba menyelesaikan misteri penculikan dan pembunuhan yang lebih hampir sama dengan kes cucu John Biswas.

4. Ghajini (2008)


Director : A. R. Murugadoss
Cast : Aamir Khan, Asin, Jiah Khan, Pradeep Rawat
Genre : Thriller / Action

Diinspirasikan dari filem Momento, lakonan Aamir Khan sebagai Sanjay yang mengalami anterograde amnesia, cuba mencari identiti diri dia dan juga selesaikan dendam pembunuhan kekasih dia, Kalpana yang terlibat secara tak sengaja dalam kes human trafficking.




Director : Abbas-Mustan
Cast : Saif Ali Khan, Akshaye Khanna, Bipasha Basu, Katrina Kaif, Anil Kapoor, Sameera Reddy
Genre : Action / Thriller

Ranvir Singh, seorang businessman berjaya terlibat dalam kemalangan ngeri dengan sebuah treler. Kematian dia dipalsukan supaya dia dapat cari siapa pembunuh yang berniat merampas harta dia dengan bantuan kawan baik sejak kecil, Inspector RD.



Director : Mohit Suri
Cast : Sidharth Malhotra, Shraddha Kapoor, Riteish Deshmukh, Aamna Sharif
Genre : Romance / Thriller

Bermula dengan pembunuhan Aisha Verma, isteri kepada Guru gara-gara menegur Rakesh tentang lubang di jalan hadapan rumah mereka berdua. Siapa sangka teguran biasa menjadi punca kematian tragis sebab Rakesh adalah pembunuh psiko yang stress dengan kata-kata cacian terhadap dia. 

7. Wazir (2016)


Based on a true story tentang pegawai Anti-Terrorism Squad yang digantung tugas dan berkawan dengan pemain chess. Punca dia digantung tugas bila dia kejar pengganas tapi anak perempuan dia dibunuh. Isteri dia mula menjauhkan diri bila tak mampu terima kematian anak mereka.

Lepas kejadian tu dia berjaya jumpa kembali pengganas kemudian balas dendam sampai langgar arahan ketua yang nak pengganas tu ditangkap hidup-hidup.

8. Hate Story 2 (2014)


Sonika merupakan pelajar kolej dan juga perempuan simpanan kepada ketua parti politik tapi diajatuh cinta dengan photographer, Akshay yang belajar sekelas dengan dia. Akshay dibunuh dengan kejam bila hubungan cinta diorang berdua makin serious. 

Sonika lari dari hospital lepas cedera parah dibelasah dan balas dendam atas kematian Akshay. Movie ni ada sexual scene so make sure cukup umur untuk skip. 



Director : Sujoy Ghosh
Writer : Sujoy Ghosh
Cast : Amitabh Bachchan, Taapsee Pannu, Amrita Singh, Tanveer Ghani
Genre : Mystery / Thriller

Dalam perjalanan pulang ke rumah, Naina tak sengaja terlanggar kereta Sunny bila mengelak rusa yang tiba-tiba keluar dari hutan. Takut  rahsia kecurangan dia akan terbongkar, Naina simpan mayat Sunny dalam tasik sehingga business deal dia berjaya. Akibatnya kekasih dia dibunuh dan dia menjadi suspek utama.

Dengan khidmat bantuan peguam terhebat, Naina cari jalan untuk keluar dari kes jenayah lepas business deal ditarik balik dan suaminya menjauhkan diri bersama anak mereka berdua. 



Director : Sanjay Gupta
Cast : Hrithik Roshan, Yami Gautam, Ronit Roy, Suresh Menon, Rohit Roy
Genre : Action / Thriller

Rohan Bhatnagar dan Supriya Sharma dua-duanya buta kekal. Berkenalan melalui kenalan dan jatuh cinta kemudiannya berkahwin. Malang menimpa pasangan romantik ni bila anak menteri dan rakan-rakannya selalu mengganggu Supriya kerana kecantikan dia. Akibat tertekan dirogol beramai-ramai dan tak nak memalukan Rohan sekeluarga, Supriya akhirnya bunuh diri. Bermulalah episod balas dendam menggunakan skills dan tricks Rohan. 

Done for now, kalau ada lagi kita akan buat part 2 pulak sebab banyak lagi movie genre thriller yang tak tengok lagi. Tak best la nak recommend movie yang belum tengok lagi. Enjoy your movie! 

Movie Review : Spderman - Far From Home

Friday 5 July 2019


Director : Jon Watts
Writer : Chris McKenna, Erik Sommers
Cast : Tom Holland, Samuel L. Jackson, Zendaya, Cobie Smulders, Jon Favreau, J. B. Smoove, Jacob Batalon, Martin Starr, Marisa Tomei, Jake Gyllenhaal
Production Company : Columbia Pictures, Marvel Studios, Pascal Pictures
Distributor : Sony Pictures Releasing
Genre : Sci-fi / Action/ Comedy
Running Time : 129 minutes
Release Date : June 26, 2019 (Hollywood) & July 2, 2019 (United States)
Trailer :


Masa movie Spiderman : Homecoming release, ragu-ragu dengan Tom Holland. Mampu atau tak dia capai tahap dua Spiderman sebelum ni. Homecoming not bad, dalam Avengers pun dia perform and now Far From Home – beberapa tahun lepas Endgame.

Kalau you guys belum tengok Endgame dan tak sabar nak tengok Spiderman, ada big spoiler dalam trailer dan juga movie. Plot masa Spiderman : Far From Home 5 tahun tinggalkan Avengers Endgame lepas kejadian The Blip so Spiderman (Tom Holland)  yang tinggal untuk lead Avengers bila Thor dengan Dr. Strange agak busy. Quite questionable bila Nick Fury dengan Maria Hill buat statement macam tu sebab ramai lagi superheroes lain lepas kejadian The Blip dan Endgame. 


Tapi Spiderman tak mampu nak handle tanggungjawab yang besar macam tu. Dalam Homecoming pun nampak banyak pertolongan datang dari Tony Stark. Macam mana Spiderman nak hadap serangan Elemental? Yupp, as in trailer, dengan bantuan Mysterio/Quentin (Jake Gyllenhaal) yang datang dari Bumi-833.


Nick yang datang lepas The Blip, serahkan harta peninggalan Tony kepada Peter which is EDITH – sistem kawalan drone dan minta Peter bergabung tenaga dengan Mysterio kalahkan Elemental di Prague. Dalam movie ni Peter busy dengan school trip di Europe so plan dia nak tackle MJ (Zendaya) lagi besar dari Elemental ataupun Avengers.

Third installment of Spiderman tapi kita masih lagi kena hadap cinta Peter-MJ which kind of depressing sebab Spiderman dah join The Avengers so priority dah berubah but we’re talking about 15 years old superheroes who wants a normal life and didn’t get enough training to be a world leader so yeah I guess I’m okay with it since it’s fun and entertaining.


Tak boleh sembang banyak sangat pasal movie ni sebab nanti berisiko jadi spoiler. Kalau fans Avengers, movie ni wajib tengok sebab movie Spiderman ialah movie terakhir sebelum Marvel bergerak ke Fasa 4. First half movie ni you guys akan tertipu dengan trailer tapi 2 post credit ada kejutan besar.

Jalan cerita movie SFFH ni lagi banyak action, lagi kelakar dari Homecoming dan lagi sedih yang pastinya. Tambah pula kalau yang tak move on lagi dengan Endgame. Sebak tengok scene Happy pandang Peter masa dia pilih suit Spidey tu. I feel you Happy!

“I don’t think Tony would’ve done what he did, if he didn’t know that you were going to be here after he was gone,”


Walaupun Tom terpaksa berebut screentime dengan Jake tapi performance Tom dalam movie ni menyerlah tanpa overshade Jake or vice versa. Jacob Batalon excel in this sequel as Ned meanwhile Zendaya didn't do much in this movie, mungkin next Spiderman akan menyerlah kot. I just hope she's not dead like the rest lagipun jalan cerita Spiderman Tom Holland dah banyak berubah so just skip this one please.

I prefer you guys tengok dekat cinema sebab action and visual dia gempak bila second half bermain dengan hologram dan teknologi dron dengan lagu Led Zeppelin sebagai OST. Music score is great and funny as well.

Overall I have fun watching and can't wait for the third sebab dekat hujung movie ada twist besar dan ughhh I tak boleh cerita nanti jadi spoiler. Kbai.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.2/10

Perencah Sup Daging & Tulang Adabi

Thursday 4 July 2019

Gara-gara adik kempunan, beria lah memborong daging dekat NSK sebab nak buat bihun sup. Selalunya buat sup ayam je, tak pernah lagi buat bihun sup daging. 


Sebab ambil daging tak banyak, kena la minta bantuan dari pakar masakan dari kecik lagi. Kalau tak ada pes Adabi mana nak sedap ye dak. Dalam pes ni ada 30 jenis rempah ratus. Boleh kata kalau masuk air dengan pes ni pun dah cukup dah. Tapi saja nak habiskan stok rempah dekat rumah.


Masak sup macam biasa je campak semua bahan masuk dalam periuk pastu biar mendidih. Masuk garam dngan daun sup lepastu hidang. 
 

Sedap lah makan sebab ada pes. Rasa dia pun just nice je, tak strong sangat. Nak masak pun tak payah nak tunggu lama, cuma tunggu bagi daging empuk je. Masukkan daging pun tak banyak sangat sebab makan berdua je lagipun nak try je pes tu sedap ataupun tak. 

Lepas ni kalau nak makan sup daging boleh beli pes Adabi ni je lah, tak payah order sup daging dekat kedai sebab mahal kemain. Makan pun tak puas.


Makan bihun sup ni kena ada sambal hitam baru mengancam pergi dia. Kan?

Movie Review | Chopsticks


Director : Sachin Yardi
Writer : Sachin Yardi
Cast : Mithila Palkar, Abhay Deol, Vijay Raaz
Production Company : Viniyard Productions
Distributor : Netflix
Genre : Comedy/Drama
Running Time : 100 minutes
Release Date : 31 May 2019
Trailer :


Apa jadi bila kereta baru beli hilang tapi kita sendiri yang bagi kunci dekat pencuri? Buat report polis pun kena gelak je. Nak marah pun tak boleh sebab silap sendiri. Nak usaha tapi tak tahu nak mula dari mana.


Kebetulan ada lelaki bagi contact number Mr. Artist (Abhay Deol ) untuk tolong carikan kereta tapi Neerma Sahastrabuddhe (Mithila Palkar) ragu-ragu nak jumpa ataupun tak sebab dia conman yang pakar dalam bab kunci. Terdesak nak dapatkan kereta dia balik, Neerma try jumpa ikut alamat yang dia dapat.


Kereta Neerma yang dicuri tu dijual kepada gangster Faiyaz Bhai (Vijay Raaz) dan akan dihantar ke Uttarakhand tapi kambing kesayangan Faiyaz Bhai, Bahubali suka lepak dalam kereta tu. Disebabkan Bahubali dianggap macam anak dia sendiri, semua permintaan dia dipenuhi.


Neerma dengan Mr. Artist jumpa jalan buntu bila pencuri awal tu menipu lokasi sebenar kereta dia. Sudahnya Mr. Artist dapat tahu kereta tu ada pada Faiyaz Bhai tapi dia tak berani nak kacau. Neelam dah start bengang kemudian plan nak culik Bahubali sebagai tebusan kereta dia. Plan diorang berjalan lancar tapi apa jadi tu kena tengok sendiri.


Jalan cerita Chopsticks not bad and kelakar dia menjadi cuma penat nak tengok bila lawak nama Neelam tu diulang banyak kali. Karakter Neelam agak lurus bendul tapi kadang boleh terlajak sebagai kebodohan juga untuk beberapa scene.


Dari penyiasat upahan kepada penasihat dalam kehidupan, well surely Neerma belajar something and boost level confidence dia which is quite predictable and somehow cliché. There’s nothing new from this movie tapi kalau nak layan secara santai tu boleh la. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 4.8/10