Artikel Masuk Dalam Crunch Edisi Ke3

Saturday 19 May 2018

For the first time ever Nuffnang dan ChurpChurp buka penyertaan dari blogger ataupun Instagrammers untuk submit penyertaan artikel ataupun gambar mahupun video di platform masing-masing. Saja ambil peluang untuk hantar kepada pihak Nuffnang, tak sangka boleh masuk dalam edisi ke3 Crunch. 

Tak pasti ramai yang join ke tak sebab macam tak banyak sangat entri lain. 

Klik gambar untuk artikel di Crunch
Rasanya ada nampak rakan blogger yang submit artikel juga, Mrs Pip tak silap untuk artikel How I Secured My First Job sebab ada post dekat blog. Sebab entri ni terus tengok Crunch mana tahu ada juga and yes, memang ada. 

Kepada yang nak join hantar artikel di Crunch ni, syarat mudah cuma tulis artikel ikut tema yang diberi dan submit kepada crunch@nuffnang.com. Tak kisah berapa banyak nak submit sebelum cecah dateline. Dan tema kedua untuk Crunch edisi ke4 nanti ialah 

Tak sure nak join hantar penyertaan lagi ke tak tapi good luck kepada yang nak join tema kedua Crunch kali ni. All the best! 
Yesss hari terakhir untuk challenge ni! Tak sangka mampu habiskan challenge selama sebulan ni walaupun tersasar dari tarikh sebenar. So challenge untuk hari ke-30 ni ialah post satu gambar diri sendiri dan bagitahu 3 benda yang dah terjadi sepanjang 30 hari ni.


3 Good Things Happened in Past 30 Days : 

1. Malaysia Berubah Kerajaan

Sebagai penyokong kerajaan Pakatan Harapan, ni adalah satu benda paling gembira sejak 27 tahun hidup. Nak pula bila Presiden parti sendiri naik masuk dalam kabinet dan certain names yang selalu jumpa dan follow dari dulu menang besar untuk kerusi yang diorang bertanding despite everything people said. Lagi best bila banyak kes korupsi terdedah and finally dapat selesaikan masalah 1MDB. 

2. Dapat Jumpa Ikmal Amry

PBAKL tahun lepas pergi dengan pakwe maka terlepas nak jumpa dengan Syed Saddiq sebab pakwe dah sakit dada tengok perangai tergedik-gedik depan Syed. Tak boleh nak control kot sebab dah berzaman nak jumpa Syed depan mata. Tapi tahun ni finally dapat jumpa Ikmal Amry kes jatuh cinta dengan Ray dari drama Gantung. Selama ni tengok dalam Instagram, hari-hari tengok story dia and tak sangka dapat jumpa depan mata! 

3. Drama Review Gantung Masuk Zine

Dah lama nak share salah satu berita gembira ni tapi sebab zine tu tak dapat lagi dekat tangan so tak boleh nak sembang banyak. Supposedly dapat satu copy zine ni supaya boleh promote sekali tapi sampai sekarang yillek. But anyway happy sebab review boleh masuk media cetakan. My aim supaya my reviews boleh jadi rujukan untuk student perfileman. Harap jadi kenyataan lah nanti. 

I've completed my last challenge! Kepada yang join challenge ni, good luck and kepada yang nak join, klik dekat SINI okay. Have a nice day ahead :)

Something I Never Get Tired Of Doing

Friday 18 May 2018

Hari second last untuk challenge ni tanya tentang something yang takkan buat rasa penat dalam hidup. Okay so here is my list : 


1. Learn Something New

Yang ni mungkin takkan pernah habis tak kisah lah tentang apa sekalipun, dalam pelajaran, pekerjaan, resipi memasak, perhubungan eiuther persahhabtan ataupun percintaan and anything in the world. Fuhh! 86, 400 saat kita ada dalam satu hari mesti ada something yang kita akan belajar ataupun akan ambil masa yang lama but still never fail to impress and convey message to us. 

2. Watching Movies

Dari kecil pun tak pernah lah muak layan sebab movie ni dalam setahun ada beratus tak kisah lah dari negara mana pun, Bollywood, Hollywood, Korea and even movie negara kita pun ada je yang okay untuk layan. Drama pun. Setiap movie tu ada mesejnya tersendiri antara bagus ataupun tak je. Ada setengah orang anggap movie ni escapism but for me it’s a medium dari pengarah untuk convey message kepada penonton. Tapi macam mana cara dia nak potray message tu yang jadi keunikan. Even Devdas ada beberapa version di Bollywood, Romeo & Juliet di Hollywood sebab dalam berkarya memang tak ada limitasi. 

3. Writing

Writing tak terhad kepada blog je, di social media lain pun ada juga cuma ikut platform. Dekat sini karakternya serius so penulisan tu matang lah sikit. Dekat akaun lain platformnya jenis masuk air so tulisan tu memang masuk air lah. Ikut kesesuaian tapi dekat blog ni lebih kepada improvement dan bina networking tapi kadang-kadang sembang je hal personal cuma tak mendalam. Dari tahun 2009 sampai sekarang dah wujud 3 blog and ada satu tahap malas nak menulis dah tapi datang jugak balik dengan passion yang sama sebab rindu. 

Already share mine. How about you guys? 

Movie Review : Fukrey Returns

 Related image

Director : Mrigdeep Singh Lamba
Cast : Richa Chadha, Pulkit Samrat, Varun Sharma, Ali Fazal, Manjot Singh, Priya Anand, Vishakha Singh, Rajiv Gupta, Pankaj Tripathi, Ishteyak Khan
Producer : Excel Entertainment
Genre : Comedy
Running Time : 141 minutes
Release Date : 8 December 2017
Trailer :

Sequel kepada movie komedi, Fukrey kembali dengan pelakon dan pengarah yang sama dalam movie Fukrey Returns. Judging from trailer, it looks great and more entertaining but from the movie itself, nope its not.

Kalau dalam movie Fukrey mengisahkan tentang 4 sekawan tapi dalam Fukrey Returns cerita ni lebih ketengahkan tentang Bholi bila dia keluar berjumpa dengan 4 sekawan yang pernah perdayakan dia dan kaut semua duit dia, Hunny (Pulkit Samrat), Choocha (Varun Sharma), Lali (Manjot Singh) & Zafar (Ali Fazal) selepas setahun berlalu. Di belakang Bholi, ada seorang politician yang agak kejam, Babulal Bhatia (Rajiv Gupta). By hook or by crook Bholi kena cari 4 sekawan ni untuk lunaskan semua hutang ataupun semua mati termasuk Pandit (Pankaj Tripathi) sekali.

Choocha masih lagi berpegang dengan mimpi dia dan Hunny akan translate untuk cari jawapan tapi dalam movie ni mimpi Choocha semua betul bukan dibuat-buat sampai huru-hara macam dalam original movie but still hidup diorang huru-hara sebab Babulal datang kacau. Kali ni lagi teruk bila satu Delhi kejar diorang sebab duit hangus macam tu je lepas labur dalam investment 4 sekawan ni.
Sudahnya Babulal selamatkan diorang dengan agenda dia tersendiri tapi mampukah 4 sekawan ni selamatkan diri dari Babulal dan penduduk Delhi lepas kalah beli nombor loteri?


Jalan cerita Fukrey Returns tak cantik sangat twist dia macam Fukrey nak pula bila mimpi Choocha tentang harimau sedangkan Choocha selalu jaga harimau di zoo terbiar but nothing triggered him harimau dalam mimpi sama dengan harimau yang dia jaga. Even the VFX looks crap.

Bab lawak best juga lah sebab masih lagi datang dari Choocha cuma ada lawak yang hambar tak macam dalam original movie dulu. Visual movie Fukrey Returns pun looks better dari original movie maybe sebab profit dapat banyak dari original movie so sequel nampak meriah sikit cuma VFX tu je lah.


Bab lagu pun dah improve sikit lah compared to original movie sebab dari indie movie diorang up kepada commercial sebab potential franchise ni dah meningkat. It worth the effort sebab jumlah kutipan box office untuk movie ni cecah 100 crore dan kemungkinan akan ada Fukrey 3. Tapi ada lagu tak masuk dalam movie pun, cuma untuk promotional event macam lagu Ishq De Fanniyar which highlight relationship Hunny dengan Priya and semua scene tu tak ada dalam movie.

Anyway I have fun time watching the sequel and expecting for Fukrey 3 if the rumours are true.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought =1 = 7.8/10

KFC Nachos Cheesy Crunch, Subang Perdana

Thursday 17 May 2018

Minggu lepas KFC keluarkan menu baru untuk menu set ayam and since dah lama tak makan KFC, menapak lah ke sini untuk lunch. At first macam ragu-ragu jugak nak try sebab tak ada review lagi untuk set ni tambah pula iklan dia maybe tenggelam dek PRU14.

Untuk set 2 pieces combo, harga RM14.90 meanwhile for 3 pieces combo, RM19.90. Dalam setiap set menu combo ni ada jalapeno cheese, coleslaw, mash potato dengan air mangga. My pick was 2 pieces combo since takut tak sedap, kita makan just nak merasa je.

Expectation : 

Image result for kfc nachos cheesy crunch

Reality : 




Rupa dia agak off sikit tapi sedap sebab terasa crunchy dia tu. Nak pulak bila cicah dengan Jalapeno cheese memang terangkat bila makan panas-panas sebab pedas. Jalapeno cheese tu dia bagi ikut jumlah ketul ayam so no worries memang cukup je portion dia bagi. Tak perlukan sos pun, makan dengan jalapeno cheese semata pun sedap. Tapi ayam ni kena makan panas-panas, bila sejuk nachos dah mula masuk angin atau lemau.

Air mangga pic S'jora dalam set ni tak tahu lah purpose dia untuk sama tema kuning-oren ataupun dia rasa memang boleh pergi rasa dia padahal tak. Better minum dengan soft drink sebab air mangga tu rasa berlemak buat tekak rasa muak. 

Later on nak pergi order lagi set ni sebab dah jadi favorite dah. Entah siapa come up with this idea but anyway big thanks to you! Tak payah menapak jauh ke McD sebab nak rasa crunchy tu bila KFC dah offer level crunchy yang sama dengan Ayam Goreng McD. Plus dekat KFC add on dia lagi meriah compared to McD. Yeayyyy!