Movie Review : Fukrey

By farhanna jafri - 03:23

Related image

Director : Mrighdeep Singh Lamba
Cast : Pulkit Samrat, Ali Fazal, Manjot Singh, Varun Sharma, Priya Anand, Richa Chadda, Vishakha Singh
Genre : Comedy
Running Time : 139 minutes
Producer : Excel Entertainment
Release Date : 14 June 2013
Trailer  :

Fukrey mengisahkan tentang 2 sekawan yang dianggap sampah masyarakat since Fukrey maknanya losers ataupun manusia yang tak boleh diharap. Sama lah dengan 2 orang remaja lelaki ni, Hunny (Pulkit Samrat) & Choocha (Varun Sharma). Nak masuk belajar dekat kolej bagus tapi result memasing macam hangkang. Masa melawat kolej idaman diorang, Hunny dengan Choocha terserempak dengan Zafar (Ali Fazal) penyanyi suam kuku dan juga bekas pelajar dekat kolej tu.

Image result for fukrey

Hunny dengan Choocha dapat offer dari Pandit (Pankaj Tripathi), pengawal keselamatan kolej tu yang  diorang akan dapat soalan ujian kemasukan kolej tu untuk harga Rs 50,000 untuk setiap subjek. Diorang setuju dengan offer Pandit dan usahakan untuk cari duit dengan pelbagai cara. Yang uniknya, Choocha ni bila dia mimpi dia akan nampak masa depan. Hunny pula akan tafsirkan mimpi Choocha sampai dapat jawapan. Dengan cara tu diorang dapat beli tiket loteri dan menang besar.

Dekat office Pandit, Hunny dengan Choocha jumpa Lali (Manjot Singh) anak kepada owner kedai manisan yang malas buat kerja dan belajar tapi ada hati nak masuk ke kolej yang sama dengan diorang idamkan dengan idea yang Pandit bagi. So Hunny bagitau Pandit plan dia untuk dapatkan duit dalam jumlah yang besar dan untungkan semua pihak. Plan dia cantik sampai diorang propose dekat ketua gangster, Bholi (Richa Chadda) untuk invest duit dekat diorang.

Related image

Tapi dalam tempoh masa yang diorang ada Choocha tak dapat lagi mimpi bertuah dia sudahnya dia cipta mimpi tipu dan bagitahu Hunny untuk tafsirkan. Disebabkan penipuan Choocha habis semua jadi kacau-bilau dan diorang terpaksa selesaikan sendiri masalah diorang. Mampu atau tak diorang settle kena la tengok movie ni.

Genre comedy Fukrey memang fresh sehingga movie ni jadi All Time Blockbuster dekat India. Scene lawak mesti lah bila scene tu datang dari Choocha sebab watak Choocha ni agak lurus orangnya tapi berjumpa pulak dengan Hunny yang licik. Semua cast memang in-character baik leading ataupun supporting tapi watak Pandit kalau diperkembangkan lagi mungkin lagi lawak sebab watak dia penggerak cerita ni.

Lagu dalam movie Fukrey ni tak berapa menyengat sangat pun tapi lagu Ambasariya ada mash up dan dinyanyikan semula oleh Arjun. Lagi suka version Arjun dari original version sebab lagi rancak. 


Lokasi shooting Fukrey memang banyak focus dekat Miranda House, kolej yang diorang nak sangat masuk tu dan kawasan-kawasan bandar di Delhi but since movie ni indie comedy so location tu tak lah berapa nak hype sangat. 
1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +1 = 8.4/10

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Ada Ali Zafar kena tengok ni..hehe

    ReplyDelete
  2. pernah tengok movie ni masa tayang kat tv hehe, bila baca sinopsis, baru teringat dah pernah tengok tapi lupa tajuknyer..

    ReplyDelete
  3. Best singgah blog ni, sebab baru tau tentang movie-movie yang zumal belum tengok. Thanks Farhanna

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)