Movie Review : Fukrey

Thursday 17 May 2018

Related image

Director : Mrighdeep Singh Lamba
Cast : Pulkit Samrat, Ali Fazal, Manjot Singh, Varun Sharma, Priya Anand, Richa Chadda, Vishakha Singh
Genre : Comedy
Running Time : 139 minutes
Producer : Excel Entertainment
Release Date : 14 June 2013
Trailer  :

Fukrey mengisahkan tentang 2 sekawan yang dianggap sampah masyarakat since Fukrey maknanya losers ataupun manusia yang tak boleh diharap. Sama lah dengan 2 orang remaja lelaki ni, Hunny (Pulkit Samrat) & Choocha (Varun Sharma). Nak masuk belajar dekat kolej bagus tapi result memasing macam hangkang. Masa melawat kolej idaman diorang, Hunny dengan Choocha terserempak dengan Zafar (Ali Fazal) penyanyi suam kuku dan juga bekas pelajar dekat kolej tu.

Image result for fukrey

Hunny dengan Choocha dapat offer dari Pandit (Pankaj Tripathi), pengawal keselamatan kolej tu yang  diorang akan dapat soalan ujian kemasukan kolej tu untuk harga Rs 50,000 untuk setiap subjek. Diorang setuju dengan offer Pandit dan usahakan untuk cari duit dengan pelbagai cara. Yang uniknya, Choocha ni bila dia mimpi dia akan nampak masa depan. Hunny pula akan tafsirkan mimpi Choocha sampai dapat jawapan. Dengan cara tu diorang dapat beli tiket loteri dan menang besar.

Dekat office Pandit, Hunny dengan Choocha jumpa Lali (Manjot Singh) anak kepada owner kedai manisan yang malas buat kerja dan belajar tapi ada hati nak masuk ke kolej yang sama dengan diorang idamkan dengan idea yang Pandit bagi. So Hunny bagitau Pandit plan dia untuk dapatkan duit dalam jumlah yang besar dan untungkan semua pihak. Plan dia cantik sampai diorang propose dekat ketua gangster, Bholi (Richa Chadda) untuk invest duit dekat diorang.

Related image

Tapi dalam tempoh masa yang diorang ada Choocha tak dapat lagi mimpi bertuah dia sudahnya dia cipta mimpi tipu dan bagitahu Hunny untuk tafsirkan. Disebabkan penipuan Choocha habis semua jadi kacau-bilau dan diorang terpaksa selesaikan sendiri masalah diorang. Mampu atau tak diorang settle kena la tengok movie ni.

Genre comedy Fukrey memang fresh sehingga movie ni jadi All Time Blockbuster dekat India. Scene lawak mesti lah bila scene tu datang dari Choocha sebab watak Choocha ni agak lurus orangnya tapi berjumpa pulak dengan Hunny yang licik. Semua cast memang in-character baik leading ataupun supporting tapi watak Pandit kalau diperkembangkan lagi mungkin lagi lawak sebab watak dia penggerak cerita ni.

Lagu dalam movie Fukrey ni tak berapa menyengat sangat pun tapi lagu Ambasariya ada mash up dan dinyanyikan semula oleh Arjun. Lagi suka version Arjun dari original version sebab lagi rancak. 


Lokasi shooting Fukrey memang banyak focus dekat Miranda House, kolej yang diorang nak sangat masuk tu dan kawasan-kawasan bandar di Delhi but since movie ni indie comedy so location tu tak lah berapa nak hype sangat. 
1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +1 = 8.4/10

Lessons I've Learned This Month


Challenge untuk hari ke-28 tanya tentang apa yang telah dipelajari beberapa bulan ni. Actually banyak dan tersangat lah banyak. Tapi I guess I nak focus dengan PRU14 since some of you guys mungkin ada yang tak tahu what actually happened for PRU14.

Image result for pru14

1. Prihatin

Dulu bila kajian keluar tentang rakyat Malaysia ni prihatin I memang agak skeptikal tentang statement ataupun kajian tapi bila tengok sendiri apa yang jadi masa PRU14 its like wow, they are! Bila SPR announce je tarikh mengundi jatuh pada 9 Mei 2018, pada hari Rabu, hari bekerja di tengah-tengah minggu, ramai yang offer untuk membantu dari segi dana dan carpool untuk pulang mengundi. Tanpa mengira parti politik apa ataupun bangsa apa. Ada yang sanggup jadi runner collect undi pos luar negara untuk dihantar ke pusat mengundi kawasan masing-masing sebab undi pos sampai lambat. Tahap kejujuran level tinggi tau nak hantar amanah orang dengan selamat. 

2. Anak Muda Sayang Negara

Kalau baca dekat social media most rant tentang anak muda ni taknak ambil tahu hal negara tapi lebih kepada suka membawang dan berhibur but actually they know their responsibilities. Mungkin ada banyak lagi yang perlu dibaiki tapi nampak they do care sebab ramai yang balik mengundi bila peratusan anak muda paling tinggi sebanyak 41%. Paling terkejut sekali bila ramai dah turun awal pagi sebelum gate tempat mengundi buka lagi.

3. Berani Tegakkan Keadilan

Every year selagi tak keluar keputusan memang susah betul nak tidur, mesti nak tahu apa keputusan PRU walaupun dalam hati dah tahu siapa yang menang. Tapi tahun ni eh rabak mata kita tau tunggu sampai pukul 5! Tapi tak sangka, kita tunggu dekat rumah dah rabak mata, bayangkan penduduk Taman Medan, Jenjarom, Ayer Itam, Setia Alam and several places yang berjaga sepanjang malam untuk pastikan tiada penipuan berlaku di kawasan diorang. Even ada pihak berkuasa pun diorang tetap dengan keputusan diorang sebab tahu benda tu salah bila kita diamkan. Truly admire their spirits tho.

I guess 3 je lah dah cukup kot sebab puasa ni kosser korang nak baca panjang-panjang kan? You guys pulak, apa yang dah belajar dua tiga menjak ni?

p/s : Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak, ada GA jangan lupa jemput!

Kind of Person That Attract Me

Wednesday 16 May 2018


Its 27th! So hari ni nak sembang tentang jenis-jenis orang yang menarik untuk lepak sekali. As for me I boleh je lepak dengan semua orang sebab tak memilih sangat tapi kalau betul-betul suka lepak actually dengan jenis-jenis orang yang macam ni :



1. Update Dengan Isu Semasa

Isu semasa maksudnya sesuatu isu yang berlaku dalam negara bukan isu artis ataupun isu viral awek cendol tau. I tak suka video-video viral macam tu. Back then during my study years, memang kalau lepak dengan member sembang tentang hala tuju negara dari segi ekonomi (yang ni penting lah sebab belajar bidang tu) politik, sosio-budaya, kesihatan or anything related. Bab membawang ni ada jugak lah, tipu la kalau takde dah nama pun perempuan wei kalau tak berjemah memang tak sah tapi tak ada la teruk sangat. Cuma sekadar untuk berhati-hati. K tipu.

2. Pengalaman Tinggi

Bila ramai kawan ni macam-macam jenis pengalaman kita boleh tahu antara pengalaman kelentong ataupun tak lah tapi bila dengar pengalaman orang memang best sangat tambah kalau dia jenis yang pergi merata ceruk ataupun pengalaman jatuh bangun hidup. Pengalaman bercinta pun boleh je layan.
 
3. Bukan Sejenis Lawak Memalukan Orang

Tbh memang jenis terhibur tapi bukan dengan lawak hambar walaupun diri sendiri suka buat lawak hambar (He said this but I refuse to believe him). Pernah dengar tak lawak yang memalukan? Alaa lawak yang suka merendahkan orang lain tambah pula lawak tentang saiz badan ataupun muka macam selalu pelawak sekarang buat. I hate that.

4. Si Ensiklopedia

Kalau yang ni ada saja benda yang dia boleh cerita mengenai sesuatu benda ataupun makhluk tapi spesies ni sangat jarang jumpa. Tapi kadang-kadang dia boleh ke arah ni sebab tu suka dengar dia bercerita. Bila dia cerita buat rasa nak tahu lagi dalam lagi tentang sesuatu. Tapi kadang-kadang je lah sebab major dia lebih kepada bab muzik.

5. Kaki Wayang

Dah nama pun suka tengok movie haruslah jenis ni yang wajib ada dalam list ye dak? Zaman study adalah zaman movie marathon sebab tu lah wajibnya ada external hard disk. Lagi cun kalau dapat 1 Tera itupun tak cukup jugak tu. Sekarang dekat social media ada group khas yang boleh bincang pasal movie so dekat situ la boleh tahu movie apa yang best dan in trend gittew.

Movie Review : Roman J. Israel Esq

Image result for Roman J. Israel Esq

Director : Dan Gilroy
Cast : Denzel Washington, Carmen Ejogo, Colin Farrell, Shelley Hennig, Nazneen, Amanda Warren
Genre : Drama/Crime
Running Time : 2 hours 9 minutes
Release Date : 17 November 2017
Distributor : Columbia Pictures
Trailer :

Roman J. Israel Esq mengisahkan tentang seorang peguam dan aktivis yang bekerja di sebuah syarikat firma kecil di Los Angeles. Satu hari, dia dibuang kerja sebab owner dan partner syarikat Roman (Denzel Washington), William Jackson meninggal dan syarikat tu menanggung hutang yang banyak since tak banyak job yang diorang dapat. Tugas Roman ialah sediakan semua dokumen yang diperlukan untuk sesi perbicaraan di mahkamah untuk partner syarikat dia.  Dalam masa yang sama, Israel kaji tentang bagaimana untuk mengubah sistem kehakiman bertahun lamanya walaupun terpaksa berkorban dan tak ada life macam orang lain. Roman hidup sendiri je, tak ada family, isteri ataupun anak mahupun pet.

Image result for Roman J. Israel Esq

Uniknya Roman ni walaupun communication skill dia teruk tapi daya ingatan dia sangat kuat dan disebabkan keunikan ni George Pierce (Colin Farrell ) nak Roman bekerja di syarikat dia dengan gaji yang sangat tinggi tapi prinsip diorang berdua ni agak berbeza. George seorang peguam yang money-driven manakala Roman lebih kepada kejujuran dan keadilan. Macam cerita law tipikal, George adalah villain dengan suit berjenama drive kereta BMW.

Sementara mencari kerja baru, Roman berjumpa dengan Maya (Carmen Ejogo), owner kepada syarikat aktivis. Disebabkan tiada kekosongan dan Roman agak outdated untuk bekerja di syarikat Maya, permohonan dia bekerja ditolak tapi Maya jemput Roman untuk bagi speech tentang undang-undang sebab Roman ada pengalaman dan cerita dia sendiri. Roman setuju tapi speech dia hancurkan program Maya.

Image result for Roman J. Israel Esq

Bila duit dah habis, kerja pun tak dapat lagi nak tak nak Roman terpaksa terima tawaran George untuk bekerja di syarikatnya. Roman diberi tugas untuk bertemu dengan Ellerbee, seorang remaja lelaki yang dikenakan tuduhan membunuh tapi disebabkan cara Roman dan kedegilan dia menyebabkan Ellerbee mati dibunuh sebelum kes dia dibicarakan.

Disebabkan Roman gagal, George terpaksa kecualikan Roman dari sebarang kes. Tak cukup dengan kematian Ellerbee, Roman curi-curi bagi maklumat rahsia yang Ellerbee bagitahu dia untuk dapat ganjaran sebanyak 100,000 dollar. Bila dah hilang pedoman, Roman belanja serupa hilang akal. Dari situ dia mula berubah dan prinsip dia dah mula hilang. Maya dan George yang perasan dengan perubahan Roman nasihatkan dia dan cuba ingatkan Roman siapa dia sebenarnya tapi Roman ni sangat degil orangnya hingga tak ada jalan keluar untuk Roman.

Image result for Roman J. Israel Esq

Sakit hati tengok perangai Roman ni dari awal sampai habis sebab dia agak self-centered padahal dia ada banyak kekurangan. Walaupun prinsip hidup dia berjaya ubah orang sekeliling terutamanya Maya dan George tapi character Roman tu pula berubah maka tak pernah hilang rasa menyampah dengan dia.

Movie Roman J. Israel Esq ni antara movie yang tercalon dalam Anugerah Oscar Academy tahun 2017 tapi berbulu betul tengok. 4 hari jugak la ambil masa untuk habiskan. Sayang bila movie ni agak hambar sebab Denzel Washington dan Colin Ferrel antara pelakon terbaik dan Dan Gilroy naik di Hollywood dengan movie Nightcrawler. Movie ni slow pace campur pulak dengan plot yang messy memang menangis jugak nak hadam apa yang director nak sampaikan. Mungkin cerita asal lagi cantik tapi disebabkan banyak cut ataupun proses editing untuk masuk dalam movie festival sebabkan movie ni hancur. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought 0 = 5.8/10

Photo Of Somewhere I Want To Go

Tuesday 15 May 2018

Challenge ni dah masuk hari ke-26 dah. Currently kalau boleh nak pergi enjoy dekat laut je. Chill layan angin laut tenangkan kepala lepastu cuci mata usha pakwe hensem badan sado. 


Bila nak dapat kerja ni oiiii