Cabaran 25 Hari Blogging : Fashion Saya
Thursday 10 August 2017
Balik kembali ke cabaran ni. Entah bila lah nak habis. Asyik lupa je nak buat hahaha.
Sembang pasal fashion, I ermmm tak lah ermmm pandai sangat nak berfashion tapi cita-cita nak jadi fashion designer tu ada. Pernah buat sketch book dah dulu. Masa sekolah dulu dah design memacam & mostly dah keluar dah dekat pasaran sekarang. Idea tu rupanya semua orang fikir dah cuma siapa yang realisasikan je benda tu. Kalau buat, dah famous dah sekarang hewhewhew
For me lah, I suka pakai maxi dress. Macam masa zaman belajar dulu suka lah sangat pakai kemeja dengan maxi dress apart from baju kurung. Sekarang pun pakai jugak tapi jarang sebab tangan membesar dengan jayanya. Tak muat dah nak sarung kemejaaaaa T.T
Kalau bukan maxi dress dengan kemeja pun, suka pakai kemeja/shirt dengan kain labuh. Jarang sangat nak pakai seluar sebab peha gemuk. Kalau pakai pun pakai palazo hewhewhew
Bab pemilihan baju selalunya nampak cantik je pakai. Tapi haruslah selesa & longgar sebab boleh cover perut buncit campur lemak peha yang tebal. But as long as it is simple & cantik. Tak suka heavy looks. Sebab rimas lahhhhh. Nak pilih baju nak pakai yang mana pun dah ambil masa lama tahu?
Most of my clothes kalau ada yang branded tu semua preloved items je sebab beli dekat carboot sales. Untung nasib ada la beberapa kali jumpa owner baju yang suka membeli tapi malas nak pakai. *sembang orang tapi diri sendiri pun sama*. Kalau beli sendiri pun beli dekat Pasarayaku & Sakan je. Asalkan cantik & selesa dah cukup dah. Branded sangat pun nak pergi mana. Masuk instagram dapat 50 likes jugak lewlz.
Tapi kalau nak sembang pasal wardrobe memang gedabak sebabnya ayah dah ajar separate baju. Baju untuk pakai dekat rumah, baju pergi event & baju pergi jalan-jalan. Ayah okay, bukan mak. Soooo jadi banyak la baju tu. Pastu campur pulak kategori yang Iolls buat sendiri, baju saiz sekarang, baju yang sedang-sedang dengan baju nanti kurus baru pakai. Banyak kemain baju sampai patah almari. Ni bukan bergurau, ini serius. Almari patah beli baru tinggi sampai siling. Bahagia.
I own some accessories tapi jarang lah pakai sebab cepat rimas kejap lagi mula la menggaru sana sini sampai merah. Untung suami tak payah susah-susah taboq duit baq hangggg
For shoes I prefer wedges sebab manusia ketot tapi nak nampak tinggi jalan catwalk acah Tyra Banks uollsssss. *Pernah je tengah catwalk terpeleot buat malu je nasib pakwe ada tolong sambut* T.T
Handbag pulak suka yang gedabak nanti boleh sumbat macam-macam. Rimas tau handbag kecik rasa tak aman jiwa raga. Tapi sekarang suka beli yang branded sebab kualiti elok boleh tahan lama. I jarang tukar handbag tapi kalau beli make sure design tak ada yang sama untuk mengelakkan pembaziran.
Okay, that's it. That was mine & so what's yours. Share lah sikittttt ;)