Bila Tarikh Temujanji SSM Penuh Hingga 2022.....

Wednesday, 22 September 2021


Bila dah masuk hujung tahun, suku keempat ni memang akan busy dengan lodgement Audited Financial Report untuk semua klien Company Secretary. Selalunya start hujung bulan Ogos sampai lah bulan Januari tahun depannya. 

Memandangkan keadaan sekarang tak menentu gara-gara pandemik, urusan berkenaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) banyak terganggu jugak lah. Kalau nak lodge apa-apa dokumen kena guna smartbox. Dokumen yang memerlukan pembayaran kena letak cek berjumlah sekian sekian dalam envelope lepastu masukkan dekat smartbox SSM. Nanti pegawai akan pickup naik ke tingkat atas. 

Ingatkan tahun ni sama jugak tapi masa Selangor kena PKPD, tak sangka pulak smartbox tak dibuka. Menggelupur la check borang temujanji dekat portal SSM tapi malangnya tarikh penuh sampai ke tahun depan. Awalnya ingatkan system error tapi bila tanya memang betul tarikh temujanji penuh sampai tahun 2022. Mampos la kitorang macam mana nak lodge document dengan financial statement kalau penuh? 

Nak buat express filing memang tak mampu lah sebab 1 dokumen kena charge sampai RM100. Kalau ada 10 dokumen nak lodge takkan nak spend sampai seribu lebih kan? Kalau call memang susah nak berangkat. Kusut fikir pasal ni sebab dateline dah dekat. Godek punya godek baru dapat tahu boleh hantar dokumen kepada SSM guna Registered Post

Baru je nak lodge document guna registered post, dapat notifikasi yang smartbox SSM dah boleh guna. Haihh buat cuak je, tak memasal anxiety level menaik. Lepas ni kalau jadi lagi dah tahu lah nak guna medium apa untuk lodge document dekat SSM. 

Perbezaan Pesuruhjaya Sumpah, Notari Awam dan Salinan Diakui Sah

Tuesday, 21 September 2021

Semalam ada update entry pasal Notari Awam tapi ada yang confuse dengan Pesuruhjaya Sumpah. Dua individu ni berbeza sebenarnya walaupun fungsi lebih kurang sama. Begitu juga dengan individu yang buat pengesahan untuk salinan dokumen yang diakui sah. 

1. Salinan Diakui Sah

Selalunya salinan diakui sah ni boleh dilakukan oleh mana-mana pegawai sekurang-kurangnya gred 41 (dahulunya dikenali sebagai pegawai gred A). Kalau dekat firm ni, mana-mana peguam boleh buat salinan diakui sah untuk salinan dokumen seperti sijil akademik, salinan kad pengenalan dan dokumen-dokumen lain yang berkenaan dengan urusan rasmi. 

I selalu prepare document Certified True Copy / Salinan Diakui Sah ni untuk Director's Circular Resolution supaya klien boleh berurusan dengan pihak bank atau pihak SSM kebiasaannya. Yang ni di bawah bidang tugas Company Secretary.  

Caj harga untuk Salinan Diakui Sah kalau dengan penjawat awam, percuma lah setakat yang I tahu. Kalau dengan peguam selalunya RM5 hingga RM10 satu salinan dokumen. 

2. Notari Awam 

Notari Awam adalah orang yang dilantik oleh Peguam Negara menurut Akta Notari Awam, 1959. Biasanya, Notari Awam adalah Peguambela dan Peguamcara yang telah mempraktikkan guaman tidak kurang dari 15 tahun.

Berdasarkan Akta Notari Awam, 1959 kuasa dan fungsi Notari Awam adalah sama seperti dengan Notari Awam di England di mana fungsi utama adalah mengesahkan dan membuktikan dokumen yang akan digunakan di luar negara (di luar Malaysia) kerana Notari Awam diiktiraf di peringkat antarabangsa. Secara ringkas, seorang Notari Awam boleh:

i. menjadi saksi diatas apa-apa pelaksanaan perjanjian/persuratan;

ii. mengesahkan penyata/salinan yang diakui sah diatas apa-apa dokumen termasuk pasport, dokumen pengenalan, sijil kelahiran, sijil perkahwinan, transkrip akademik, penyata bank, bukti surat cara pembayaran vide bil utiliti;

iii. mengesahkan dan menerima bukti dokumen termasuk pengeluaran Sijil Pengesahan;

iv. mengendalikan apa-apa sumpah atau pengakuan diatas mana-mana afidavit atau perakuan berkanun untuk digunakan di mana-mana mahkamah atau tempat di luar Walau bagaimanapun, pengecualian yang penting kepada apa yang boleh dilakukan oleh Notari Awam adalah untuk menguruskan apa-apa sumpah dan pengakuan untuk kegunaan di mana-mana mahkamah di dalam Malaysia.

Untuk urusan Notari Awam di firma guaman, individu atau tuan empunya dokumen mesti hadir secara peribadi dan menandatangani dokumen-dokumen di hadapan Notari Awam. Segala dokumen akan disahkan menggunakan tarikh semasa bukan tarikh yang telah berlalu (backdate). Dekat salinan dokumen yang dibawa untuk disahkan oleh pihak notari akan diletakkan seal berwarna merah, tanda tangan notari sebagai saksi salinan tersebut sah, cop notari awam dan juga tarikh semasa. 

Caj notari awam kebiasaannya RM30 hingga RM50 untuk satu dokumen tapi bergantung kepada jenis dokumen juga. Better call dan tanya dulu caj harga yang dikenakan kalau ada dokumen yang banyak. Ada je kes tak mampu nak bayar lepas dah selesai notari ataupun pertikaikan harga sekian sekian. 

3. Pesuruhjaya Sumpah

Pesuruhjaya Sumpah adalah merupakan orang yang dilantik oleh YAA Ketua Hakim Negara di bawah seksyen 11, Akta Mahkamah Kehakiman 1964 dan Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018.

Sumber : Shopee

Tugas Pesuruhjaya Sumpah adalah mengakui sumpah atau akuan yang dibuat oleh individu tersebut sah berdasarkan dokumen-dokumen yang dikemukakan kepada beliau pada ketika itu. Akuan pengesahan Pesuruhjaya Sumpah untuk urusan rasmi yang akan membantu keputusan dalam sistem perundangan Malaysia

Macam sebelum ni I kerja dekat syarikat lelong hartanah, I akan jumpa Pesuruhjaya Sumpah untuk sahkan perakuan ekshibit untuk setiap lampiran yang dikemukakan. Sekarang pulak kerja dekat law firm, jumpa Pesuruhjaya Sumpah untuk buat perakuan dekat sijil ekshibit atau Statutory Declaration. Semua dokumen tu I guna untuk urusan di Mahkamah nanti.

Antara tugas Pesuruhjaya Sumpah ialah :

i. menerima akuterimaan perempuan bersuami dalam semua hal jika akuterimaan dikehendaki oleh undang-undang supaya diambil di hadapan seorang pegawai awam; 

ii. menerima akuterimaan ikatan jaminan atau bon jaminan; 

iii. mengendalikan sumpah untuk- 

   - justifikasi jaminan;

   - mengambil apa-apa afidavit atau ikrar; 

   - menerima dan mengambil jawapan, rayuan, demurer, penolak tuntutan, pengataan atau pemeriksaan mana-mana pihak atau pihak-pihak dalam apa-apa tindakan; 

   - pemeriksaan mana-mana saksi atas apa-apa interogatori atau de bene esse atau pemeriksaan utama atau pada mana-mana keadaan lain; 

   - sumpah wasi dan pentadbir; dan 

 - sumpah mana-mana orang dalam apa-apa tindakan, perkara atau prosiding yang menunggu penyelesaian atau hampir hendak dimulakan dalam mana-mana mahkamah.

iv. mengambil dan menerima akuan berkanun. 

Caj untuk setiap dokumen adalah berbeza so boleh refer dekat jadual yang dikeluarkan oleh Unit Pesuruhjaya Sumpah. Kos tambahan mungkin dikenakan kalau dirasakan perlu jadi seeloknya tanya dahulu pihak Pesuruhjaya Sumpah tersebut sebelum datang berurusan. My experience, I pernah call tanya semua Pesuruhjaya Sumpah berapa caj dikenakan untuk beliau pergi ke balai polis supaya dapat sahkan perakuan memandangkan anak guam ditahan dalam lokap. 

Hopefully entry ni membantu you guys nampak perbezaan antara 3 autoriti berkenaan urusan rasmi ni sebab ada kes yang keliru nak buat salinan akuan sah tapi berjumpa dengan Pesuruhjaya Sumpah. Ada yang nak guna dokumen di luar negara tapi jumpa Pesuruhjaya Sumpah juga. I update yang basic sahaja tau supaya boleh nampak perbezaan tu. Have a nice day everyone and please doakan adik I berjaya jawab exam Pesuruhjaya Sumpah pada hari Rabu nanti :)

Caj Notari Awam Untuk Salinan Sijil Digital Vaksin

Monday, 20 September 2021



Minggu lepas ada dapat call ada staff Syarikat XXX nak buat appointment untuk khidmat notari awam sebab dia nak hantar pekerja dia ke negara luar. Dalam senarai semak semua dokumen tu salah satunya salinan digital vaksin yang disahkan dengan notari awam. 

First time dapat request untuk notarikan salinan sijil digital vaksin ni sebab first time jugak merasa hidup di zaman pandemik kan. Bila Selangor dah menginjak ke Fasa 2 jadi kerja pun berjalan macam biasa lah. Pening jugak masa dapat call tu sebab benda baru so kita refer pada yang lebih arif. 

Bila dah usulkan kepada Managing Partner, dia bagitahu dah keluar circular pasal Notari Awam pada salinan Sijil Digital Vaksin. Memandangkan sijil digital vaksin ni sesuatu yang penting sebab melibatkan nyawa orang lain, maka prosedur pun agak ketat dan teliti. 

Sumber : Sinar Harian

Kepada individu yang datang untuk buat notari awam pada salinan sijil digital vaksin perlu tunjukkan pada lawyer bahagian Profile pada aplikasi MySejahtera. Bila lawyer dah jadi saksi bahawa Sijil Digital Vaksin tu asli dan butiran peribadi sama dengan butiran pada Kad Pengenalan, baru salinan tu akan disahkan benar menggunakan seal Notari Awam. 

Harga untuk satu pengesahan pada Sijil Digital Vaksin adalah RM100 hingga RM150. Kalau caj notari awam pada dokumen biasa dalam RM50 macam tu tapi untuk salinan sijil digital vaksin ni agak tinggi lah harganya. 

Bagi yang tak pernah tahu tentang Notari Awam, meh nak cerita sikit alang-alang dah share pasal ni.
 
Notari Awam adalah orang yang dilantik oleh Peguam Negara menurut Akta Notari Awam, 1959. Biasanya, Notari Awam adalah Peguambela dan Peguamcara yang telah mempraktikkan guaman tidak kurang dari 15 tahun.

Berdasarkan Akta Notari Awam, 1959 kuasa dan fungsi Notari Awam adalah sama seperti dengan Notari Awam di England di mana fungsi utama adalah mengesahkan dan membuktikan dokumen yang akan digunakan di luar negara (di luar Malaysia) kerana Notari Awam diiktiraf di peringkat antarabangsa. Secara ringkas, seorang Notari Awam boleh:

i. menjadi saksi diatas apa-apa pelaksanaan perjanjian/persuratan;

ii. mengesahkan penyata/salinan yang diakui sah diatas apa-apa dokumen termasuk pasport, dokumen pengenalan, sijil kelahiran, sijil perkahwinan, transkrip akademik, penyata bank, bukti surat cara pembayaran vide bil utiliti;

iii. mengesahkan dan menerima bukti dokumen termasuk pengeluaran Sijil Pengesahan;

iv. mengendalikan apa-apa sumpah atau pengakuan diatas mana-mana afidavit atau perakuan berkanun untuk digunakan di mana-mana mahkamah atau tempat di luar Walau bagaimanapun, pengecualian yang penting kepada apa yang boleh dilakukan oleh Notari Awam adalah untuk menguruskan apa-apa sumpah dan pengakuan untuk kegunaan di mana-mana mahkamah di dalam Malaysia.


Untuk urusan Notari Awam di firma guaman, individu atau tuan empunya dokumen mesti hadir secara peribadi dan menandatangani dokumen-dokumen di hadapan Notari Awam. Segala dokumen akan disahkan menggunakan tarikh semasa bukan tarikh yang telah berlalu (backdate)

Hopefully entry ni boleh membantu kepada sesiapa yang mencari maklumat berkenaan Notari Awam. Kalau ada pertanyaan lanjut boleh drop comment dekat bawah ataupun DM I dekat my social media. Have a nice day everyone. Stay safe and take care.