Bila dah ramai sangat yang beli Pampas, kita pun mula lah terjebak sekali kan? Bila ambil gambar macam kosong je tak ada props, boleh dah start beli sikit-sikit props aesthetic yang murah dekat Shopee.
Pampas grass ni sebenarnya lalang setinggi 3 meter je pun kalau dekat negara Amerika Selatan tapi sejak lockdown ni mula jadi kegilaan di Malaysia untuk deko rumah. Kreatif lah lalang dekat belakang rumah orang Amerika tapi jadi deko hiasan dekat rumah Asia. Sama lah dengan daun semalu, semak dekat lama kita tapi comel sebagai hiasan di rumah westeners sana.
Kebanyakan pampas grass yang dijual secara kering di Shopee berwarna coklat dan yang Pana beli pun warna yang sama jugak. Kalau dekat Amerika ada warna putih, kuning cair, ungu dan juga pink. Masa belek Shopee tak jumpa lagi yang berwarna selain coklat ni.
Sebenarnya dari tahun 2017 dah mula jadi kegilaan dekat Instagram tapi bila dikorek-korek balik makna di sebalik tanaman pampas di laman rumah ni, jualan pampas menurun. Di UK pada zaman 1970s, mana-mana rumah yang ada tanaman pampas ni adalah jemputan untuk bertukar isteri. Tak boleh imagine kalau lahir zaman dulu, hidup jadi hamba lelaki semata.
Nasib lah new generation buat pampas ni sebagai hiasan elegan tanpa sebarang makna dan cuma berniat untuk cantikkan rumah. T.T
Kebanyakan seller dekat Shopee akan jual dua jenis Pampas grass sama ada tinggi yang berukuran 50cm hingga 70cm, yang rendah pula berukuran 35cm hingga 49cm. Yang dalam gambar ni saiz pendek je sebab nak try dulu. Pampas ni dari kedai Azmall.my sebab penghantaran dia cepat dan pampas dibungkus dengan baik. Baca review semuanya happy dengan service seller.
Masa tu beli 5 batang je sebab pasu kecil je nanti tak cantik pulak kalau mampat sangat sebab pampas ni suka mengembang. Dah sampai terus jemur sebab sekarang dah nak masuk musim tengkujuh so hujan lebih banyak dari matahari. Dua hari jugak lah menjemurnya sebelum letak dalam pasu. Tips nak jaga pampas grass kering ni jangan letak dekat kawasan berangin sebab nanti tertanggal, tak kembang ataupun patah.
Bila dah guna sebagai props gambar ni memang berpuas hati lah sebab cantik. Lepas ni nak beli yang tinggi pulak letak sebelah cermin panjang. Heeee~!
Penulis Skrip : Ghaz Abu Bakar, Helmi Jamil, Fadzil Zahari
Pelakon : Zizan Razak, Johan As'ari, Liyana Jasmay, Sofi Jikan, Wan Hanafi Su, Pekin Ibrahim, Wanna Ali, Ajai
Syarikat Produksi : Pencil Pictures, MIG Pictures Sdn Bhd
Pengedar : Metrowealth Pictures, Netflix, MUBI
Genre : Aksi / Komedi Gelap
Durasi Tayangan : 93 minit
Tarikh Tayangan : 26 Disember 2013
Trailer :
Tokan seperti tajuknya mengisahkan mengenai aktiviti perniagaan terlarang yang menghasilkan dadah dan diedarkan ke beberapa tempat di dalam negara dan juga luar negara. Tuan Kamil (Wan Hanafi Su) adalah tokan terbesar di negeri Melaka dan mempunyai pengawal peribadi yang setia selama 10 tahun melindungi tanpa persoalkan perniagaan haram majikannya. Yusof (Pekin Ibrahim) tahu tuan dia terhutang budi dengan tokan lama yang dibunuh secara kejam lantas mengambil alih perniagaannya.
Dek kerana sibuk dengan perniagaannya, jarang dia dapat luangkan masa bersama kedua-dua orang anak perempuannya. Tuan Kamil tahu anak bongsu dia, Wana (Wanna Ali) hanyut dalam dunia dadah tambah pula bila Mat Lobe (Zizan Razak) yang menjadi pengaruh utama. Harapkan pegar, pegar makan padi. Sementara Suri (Liyana Jasmay) pula hampir dicederakan oleh mat gian di Kampung Periuk kerana orang suruhan Mat Lobe cadangkan tempat tersebut untuk buat kajian.
Mat Lobe mengadu nasib dengan Solihin (Sofi Jikan), pencipta dadah yang kreatif dan banyak menghabiskan masa dalam kontena yang terletak di tapak pembinaan. Tak banyak Solihin dapat bantu melainkan bagi ciptaan terbaru dia pada Mat Lobe supaya dapat push sales lebih banyak. Mungkin juga Solihin boleh slow talk dengan Yusof bila mereka berdua lebih rapat.
‘Gua tak tahu lah kenapa gua lepak dengan lu. Sebab lu rasa diri lu teruk. Jadi lu kena jumpa orang macam gua yang lebih teruk daripada lu. Supaya lu rasa feel good pasal diri lu kan?’ – Solihin
Serabut dengan masalah Mat Lobe tak lah seserabut masalah pemburu misteri yang ingin semua yang bekerja di bawah Tuan Kamil mati. Macam mana Yusof nak selamatkan Tuan Kamil daripada pemburu tersebut, kena tengok sendiri lah di Netflix.
Memandangkan genre movie Tokan di bawah terbitan Pencil Pictures dan MIG Pictures Sdn Bhd ni black comedy dalam dunia jenayah, tak boleh lah nak mengharapkan watak hero adalah baik walaupun pengarah Ghaz Abu Bakar cuba olah watak Yusof sebagai karakter yang tersepit dalam keadaan. Plot twist ada pada ending cerita and for me macam menarik jugak lah sebab pengarah sengaja tease pada beberapa babak.
Awalnya macam malas lah nak tengok movie ni tapi saja layan sebab Netflix recommend but turns out jalan cerita dia menarik dengan cerita yang dipaparkan secara realistik mengenai realiti masalah dadah dalam kalangan anak muda di negara ni. Pada awal movie agak perlahan dan berat tapi bila masuk second half dengan kemunculan pemburu misteri dan beberapa babak aksi buatkan momentum penceritaan meningkat.
Sinematografi dari Wan Chun Hung menampilkan sisi gelap Bandaraya Melaka yang terkenal sebagai destinasi pelancongan. Visual mungkin tak lah cantik mana tapi okay lah untuk pembikinan movie pada tahun 2013. Tona gelap lebih banyak digunakan untuk disesuaikan dengan genre dan mood penceritaan juga screenplay. Lagu Tokan oleh W.A.R.I.S dan Fiq sesuai dengan tema movie.
Antara kekuatan movie Tokan adalah pada lakonan barisan utama pelakonnya dengan cara lakonan yang tersendiri terutamanya Pekin dan Sofi Jikan. Menarik kalau penulis kembangkan lagi persahabatan dua watak yang berbeza karakternya tapi energetik dalam profesion mereka. Sayangnya Zizan agak try hard dengan babak kelakar dan sometimes nampak cetek bila dalam situasi genting macam babak kejar-mengejar dengan Rano (Johan Asari). Apapun karya tempatan ni selayaknya diberikan perhatian walaupun dah terlambat selama 8 tahun.
1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +1 = 8.3/10
Production Company : Dharma Productions, Kaash Entertainment
Distributor : Amazon Prime Video
Genre : War / Drama / Romance
Running Time : 135 minutes
Release Date : 12 August 2021
Trailer :
Setahun tunggu movie ni keluar and finally dapat juga tengok kisah keberanian Kapten Vikram Batra yang berjuang melawan tentera Pakistan dan juga pengganas untuk merampas kembali kawasan Kashmir dalam perang Kargil tahun 1999.
Antara sebab utama nak tengok movie ni haruslah kerana Sid Malhotra berlakon dalam genre perang. Sebelum ni Sid pernah berlakon dalam movie Aiyaary (2018) tapi watak dan skrip cerita tak ditulis dengan bagus.
Sejak kecil lagi Kapten Vikram Batra (Sidharth Malhotra) bercita-cita untuk menjadi askar supaya dapat berbakti kepada negara. Pernah sekali impian dia terkeluar dari landasan bila dia jatuh cinta dengan Dimple Cheema (Kiara Advani). Nak kahwin dan impressed mertua punya pasal dia sanggup masuk tentera laut sebab bergaji lebih tinggi dari tentera. Tapi kawan dia tegur supaya ingat balik kenapa dia pilih tentera.
‘‘When some other person comes along and shatters your dreams you can somehow pick up the pieces and move on. When you’re the one who shatters your own dreams with your own hands you end up dead inside. And a dead person can’t keep themselves happy much less make anyone else happy.’’ – Sunny (Sahil Vaid)
Pengarah Vishnuvardhan tak fokus sangat dengan perjalanan Kapten Vikram training kemudiannya dihantar ke Kashmir. Pace cerita ni agak laju kemudiannya bergerak ke konflik utama bila unit 13 JAK yang diketuai oleh Kapten Vikram ambush safe house Haider, salah seorang terrorist yang mengumpulkan ‘mujahideen’ untuk letupkan beberapa kawasan di sana.
Tak dinafikan kelebihan production house Dharma Productions bila visual yang dipaparkan di medan perang tampak real dan menakutkan. Bila-bila masa sahaja akan dibom oleh pihak musuh. Makeup effects pun cemerlang. Panorama kehidupan masyarakat di sempadan Kashmir disetkan pada tona yang lebih malap. Kamaljeet Negi lebih banyak menggunakan teknik close-up untuk elemen drama dan romantik.
Music score dari John Stewart Eduri menambahkan lagi elemen dramatik dengan musik latar yang menggerunkan di medan perang. Himpunan lagu yang berunsur patriotism juga diletakkan lebih banyak kerana karakter dan semangat Vikram sememangnya tinggi sejak kecil lagi. Lagu Raataan Lambiyan sweet dengan visual, melodi, lirik oleh Tanishk Bagchi juga dendangan suara lunak gabungan Jubin Nautiyal dan Asees Kaur.
Bab chemistry antara Sid dengan Kiara pun tak perlu dipertikaikan bila mereka berdua memang bercinta sejak 2018 lagi. Walaupun screentime Kiara agak terhad tapi tak bermakna dia tenggelam dengan watak-watak lain. Dia ada ruang dia tersendiri dan impak kepada watak Vikram. Cinta Vikram-Cheema sampai sekarang tak terganggu oleh sesiapa pun.
Walaupun banyak kematian yang menyedihkan dalam movie Shershaah tapi kesetiaan, semangat patriotik, kekeluargaan, persahabatan malah percintaan buatkan perjalanan cerita jadi lebih bermakna. Dialog yang ampuh dari penulis Sandeep Srivastava yang terkenal dengan karya New York (2009), Kabul Express (2006) ataupun Kahaani (2012) menjadi salah satu penyumbang kekuatan movie ni.
Kalau pada tahun 2019 laungan ‘How’s your Josh?! High sir, high sir!’ gara-gara penangan filem Uri (2019), tahun ni semangat tu lebih dramatis dengan ayat ‘Yeh Dil Maange More, sir’ bila watak Kapten Vikram Batra gembira dengan kemenangan unit dia bertempur dengan pihak pengganas.
‘If you’re a soldier then you live by chance, love by choice and fight by profession.’ – Captain Vikram Batra
Dekat hujung movie Shershaah ni ada ditayangkan klip asal Kapten Vikram Batra buat interview ceritakan pengalaman dia dan macam mana karakter yang dipaparkan oleh Sid, macam tu lah juga karakter sebenar hero yang mengharumkan nama negara India.
1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10