TV Show Review | The Sixth Sense Season 1 Episode 1

Wednesday, 11 August 2021

Producer : Jung Chul-min

Cast :  Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz)

Production Company : tvN

Distributor : tvN, Viu

Genre : Mystery / Comedy

Running Episodes : 8 episodes (90 minutes per episode)

Release Date : 3 September 2020 – October 29, 2020

Trailer :


Setiap kali scroll tikTok mesti ternampak video dari variety show Sixth Sense ni dan video yang paling banyak haruslah part Jessi. Sebelum ni kenal Jessi seorang yang garang macam rapper Cheetah tu tapi bila tengok dekat TikTok, sejenis yang masuk air rupanya dia ni. Terus rasa nak tengok sebab kelakar sangat semua video dia. 

Program terbitan tvN ni berkonsepkan detektif bila kesemua panel tetap - Yoo Jae-suk, Oh Na-ra, Jeon So-min, Jessi, Mijoo (Lovelyz) dan seorang panel jemputan perlu teka yang mana adalah asli dan yang mana palsu. Setiap episod team production akan come up dengan tema yang berbeza. Macam episod 1 ni tema adalah eccentric restaurants, jadi semua panel kena pilih antara 3 restoran yang diorang pergi, yang mana adalah palsu. 

Kalau pilihan panel betul, mereka akan dapat emas asli sebagai hadiah. Tapi setiap pilihan perlu lebih dari seorang panel. Kalau pilihan tu tepat tapi cuma seorang sahaja panel yang pilih, tak ada hadiah akan diberikan. Untung kalau pilihan tu ada 2 panel sahaja sebab 6 ketul emas akan dibahagikan kepada 2. Kepada panel yang salah pilih, penalti cukur kening akan dikenakan pada episod hadapan. 

Untuk episod 1, panel jemputan ialah pelakon Lee Sang Yeob tapi hambar betul reaction memasing masa dia datang. Keenam-enam panel akan dibahagikan kepada 2 kumpulan dan kumpulan yang menang masa main game akan dapat hint vision dan hint visual tentang restoran tersebut. Kedua-dua hint tu akan bantu diorang buat pilihan tapi ada juga hint yang buat diorang bertambah keliru. 

Restoran pertama adalah restoran dalam pasaraya. Owner come up dengan idea ni bila sales dia semakin jatuh jadi dia buat restoran di mana customer boleh makan dan bawa barangan yang dibeli ke dalam restoran untuk dimasak dengan cara yang disukai. So-min syak restoran pertama ni palsu sebab terlampau bersih dan semua perkakas tersusun cantik. Kalau restoran yang ada service grill macam tu mesti lantai ada kesan minyak terpercik. 

Restoran kedua adalah restoran ramen yang dimasak dengan kuah tersendiri. Harga semangkuk ramen ialah 3.9 dollar dan restoran ni cuma dibuka selama satu jam sahaja setiap hari sebab kedua-dua owner dah berusia. Restoran ni kecil je sebab rumah kediaman yang diubah menjadi restoran. Di sekeliling kawasan rumah ada banyak pokok tanaman yang digunakan sebagai bahan dalam masakan. Sang-Yeob rasa restoran kedua ni fake sebab harga terlampau murah sedangkan banyak bahan yang owner masukkan dalam semangkuk ramen. 

Manakala restoran terakhir adalah restoran yang hidang makanan tradisional Korea secara eksklusif dan kebanyakan tetamu adalah VIP termasuklah Queen Elizabeth sendiri. Harga per entrance sebanyak 1000 dolar. Sama macam restoran kedua bila berkonsepkan rumah cuma bezanya interior dan senibina tampak mewah dengan hiasan dan pelbagai seni lukisan yang dipaparkan sebagai dekorasi. Semua menu yang dihidangkan menggunakan bahan segar sebab tu harga mahal selain dari kepakaran chef tu sendiri. 

Dalam banyak-banyak soalan yang panel tanya, soalan dari Jessi paling kelakar sekali sebab dia stress kena berjalan jauh untuk sampai ke restoran tu. Tapi kebanyakan part dalam reality show ni memang dia yang paling kelakar. Penat gelak sebab dia je tambah pulak kalau dia kacau Jae Suk. Editing team pun boleh tahan sengal jugak, dengan sound effect yang diorang letak dekat scene tu. 

Nak tahu restoran mana yang fake, kena tengok sendiri lah variety show The Sixth Sense ni. Jawapan yang betul tu memang tak disangka langsung sebab art, props dengan casting team memang all out untuk buat tempat tu nampak real. Dari bangunan usang berubah jadi restoran siap upload dekat social media lagi. Fuhhh daebak!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

7-Eleven Malaysia baru-baru ini melaksanakan inisiatif sayangi alam dengan memperkenalkan beg mesra alam selari dengan usaha untuk mengurangkan penggunaan beg plastik yang menjadi punca pencemaran alam sekitar.

Pengendali kedai serbaneka 24 jam terbesar negara tersebut memperkenalkan dua jenis beg mesra alam yang boleh digunakan semula iaitu Beg Out of the Ocean dan Beg Botol PET (polyethylene terephthalate) Kitar Semula.

Beg Out of the Ocean diperbuat daripada 100% plastik kitar semula dari lautan dimana setiap beg akan “membesihkan” dua hingga tiga botol plastik yang dibuang ke lautan. Manariknya, beg mesra alam ini dapat menampung berat sehingga 15kg.

Manakala Beg Recycled PET Bottle diperbuat daripada 100% botol PET kitar semula dimana ia dapat menampung berat sehingga 10kg. Tambahan lagi, penggunaan beg mesra alam dapat mengelakkan pembuangan sebanyak tiga botol plastik ke lautan. 

Pengurus Besar Pemasaran 7-Eleven Malaysia, Ronan Lee, berkata, "Peningkatan sisa plastik, jika dibiarkan, mampu memudaratkan ekosistem bumi. Kempen beg mesra alam Trash To Treasure ini bertujuan untuk menanam rasa tanggungjawab dalam diri untuk mengamalkan gaya hidup lestari dengan menggunakan beg mesra alam di samping menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar rakan kerjasama kami iaitu Reef Check Malaysia dan Juara Turtle Project. 

“Jika sebelum ini, 7-Eleven memperkenalkan beg plastik biodegradasi atau mudah lupus di stor-stor kami sejajar dengan inisiatif pemeliharan dan pemuliharaan alam sekitar. Kami berharap inisiatif kelestarian ini dapat memupuk keprihatinan pelanggan kami dalam mengutamakan pemeliharaan alam sekitar,” kata Lee.

Diperkenalkan buat pertama kali di Malaysia, beg yang boleh digunakan semula ini bukan sahaja mesra alam tetapi menarik bentuk rupanya. Selain itu, beg mesra alam ini juga mempamerkan fakta atau maklumat berbentuk ilmiah dan sesuai digunakan semua peringkat umur. Beg Recycled PET Bottle ini berharga RM7.90 manakala Beg Out of the Ocean berharga RM13.90 dan ia boleh didapati di cawangan terpilih di Semenanjung Malaysia.

Menariknya, setiap pembelian beg mesra alam 7-Eleven ini dari sekarang hingga 16 September 2021, RM1 akan disalurkan kepada rakan kerjasama 7-Eleven dalam kempen ini iaitu Reef Check Malaysia dan Juara Turtle Project dengan tujuan menyokong usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar mereka.

Pengurus Besar Reef Check Malaysia, Julian Hyde, berkata, “Pencemaran plastik di lautan adalah perkara yang amat serius bukan sahaja di Malaysia tetapi seluruh dunia. Setiap hari, pasukan kami melihat dengan mata kasar kami sendiri betapa teruk pencemaran marin dimana sisa-sisa plastik ditemui di sepanjang tebing. Selain itu, sisa-sisa plastik juga ditemui melekat di celah terumbu karang dan menggugat sistem rantaian makanan di lautan. Ini adalah isu yang amat membimbangkan. Semua anggota masyarakat bertanggungjawab dalam memainkan peranan untuk mencegah isu pencemaran alam sekitar. Kempen 7-Eleven Malaysia ini adalah contoh yang baik dimana syarikat juga dapat memainkan peranannya dalam usaha membanteras pencemaran marin."

“Kami ingin merakamkan sekalung penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada kepada 7-Eleven Malaysia kerana mengorak langkah permulaan dan memainkan peranan sewajarnya dalam usaha pemeliharan alam sekitar. Kami percaya syarikat-syarikat besar boleh membantu dalam usaha mengurangkan penggunaan beg plastik. Serpihan berasaskan plastik di lautan merupakan ancaman yang besar terhadap kehidupan akuatik dan ini termasuklah habitat dan ekosistem penyu. Kami berharap kempen ini dapat memupuk keprihatinan dan tanggungjawab orang ramai tentang kepentingan pemeliharan kehidupan marin.” - Tom Woodford, Pengurus Besar Juara Turtle Project

Dalam pada itu, anda boleh menyalurkan bantuan kepada individu, keluarga dan badan amal yang kurang bernasib baik dan memerlukan bantuan dengan membeli barangan keperluan asas dan menyumbang melalui Kempen “Kotak Putih” yang sedang berlangsung di stor-stor 7-Eleven seluruh negara. Jangan lupa juga untuk mencuba produk eksklusif seperti kopi HY BTS Special Package, Magnum Chocolate Truffle, Nescafe Gula Melaka, Wonda Masala Spice Coffee dan sebagainya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Kempen Beg Mesra Alam #TrashToTreasure, sila layari www.7eleven.com.my atau laman media sosial rasminya di 7ElevenMalaysia.

Bulan 5 lepas pernah join segmen anjuran blogger kak Siti Yang Menaip. Tak sangka pulak boleh menang. Rezeki sungguh sebab dah lama tak menang segmen/giveaway/contest. Komen terbanyak apatah lagi hahaha

Dalam segmen ni Kak Siti ada bagi pilihan sama ada nak baju ataupun fridge magnet. I pilih fridge magnet sebab saja nak penuhkan koleksi walaupun tak pernah ke New Zealand. Mana tahu hari-hari dok tengok dekat petia ais, esok lusa boleh pergi sana pulak kan?
 

Jumaat lepas sampai la hadiah yang ditunggu-tunggu. Actually tak tunggu pun tapi lepas Kak Siti kata dia dah pos semua hadiah, jadi excited lah nak terima. Bila buka parcel dapat la semua yang dalam gambar tu. Dan ni lah fridge magnetnyaaaa.....


Ada maps negara New Zealand tu. So kalau lepasni nampak bijak pasal peta negara New Zealand jangan terkejut lah kenapa hahaha. Thanks kak Siti sebab pilih sebagai pemenang dan hadiah ni. Semoga murah rezeki supaya dapat buat giveaway atau segmen lagi. :)