Movie Review | People We Meet on Vacation (2026)

Saturday, 2 May 2026

 

Pengarah: Brett Haley
Penulis Skrip: Yulin Kuang, Amos Vernon, Nunzio Randazzo
Pelakon: Emily Bader, Tom Blyth, Miles Heizer, Molly Shannon, Alan Ruck, Jameela Jamil
Syarikat Produksi: 3000 Pictures, HarperCollins Publishers, Temple Hill Entertainment
Pengedar: Netflix
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 118 minit
Tarikh Tayangan: 09 Januari 2026
Trailer:


Poppy (Emily Bader) bekerja sebagai penulis genre travel tapi mengalami writer’s block. Dia mendapat jemputan perkahwinan dari rakan baiknya, David (Miles Heizer) di Barcelona. Poppy cuba mengelak tapi ketua editor yakinkan dia untuk pergi supaya dia mendapat ilham. Dalam masa yang sama, dia juga boleh perbaiki balik hubungan bersama abang David yang juga pernah menjadi kawan baik Poppy iaitu Alex (Tom Blyth). 

9 tahun sebelumnya Poppy dan Alex bertemu pertama kali di Boston College. Alex setuju untuk tumpangkan Alex kerana mereka tinggal di kampung yang sama, Linfield, Ohio. Kerana mengalami masalah, Alex dan Poppy terpaksa tinggal dalam bilik hotel yang sama sementara tunggu hari siang. Poppy cuba menjaga batas kerana Alex sudah mempunyai teman wanita bernama Sarah (Sarah Catherine Hook) dan tak mahu insiden tersebut menimbulkan salah faham. 


Dari pertemuan pertama, Poppy dan Alex serasi bersama dan berjanji akan luangkan masa untuk pergi bercuti ketika musim panas setiap tahun. Sebaik saja Poppy sampai di Barcelona, dia bertemu dengan Alex dan kedua-duanya mula canggung setelah apa yang berlaku. 

Naskhah rom-com People We Meet on Vacation adalah adaptasi dari novel dengan judul yang sama karya nukilan Emily Henry dan diterbitkan pada tahun 2021. Novel People We Meet on Vacation mengambil inspirasi dari filem When Harry Met Sally tapi mana-mana rujukan pun I tak baca atau tengok lagi. I pernah tengok Jab Harry Met Sejal (2017), remake dari Bollywood so roughly boleh lah nampak konsep dia macam mana. 


Penceritaan People We Meet on Vacation arahan Brett Haley diolah menggunakan konsep non-linear bila kita diceritakan bagaimana Poppy dan Alex bertemu kemudiannya berjanji untuk luangkan masa bersama. Kan orang kata kalau nak kenal individu tu macam mana, pergi travel sama-sama jadi tak mustahil lah kalau Alex dan Poppy boleh tangkap cintan walaupun Alex ada Sarah dan Poppy in relationship dengan lelaki lain juga. 

I tak berapa suka dengan watak Poppy sebab dia menjengkelkan. Kalau menumpang kereta orang mungkin boleh behave sikit lah kot tapi dia jenis langgar je. Cuma Poppy ni tak lah merepek sangat sebagai manusia, tetap function juga dan mungkin sebab tu juga Alex mudah untuk setuju dengan cadangan dia. 


Boleh faham juga kenapa Alex suka dengan Poppy yang santai dan berbeza personaliti dari dia tapi kenapa Alex main tarik tali bila masing-masing dah suka? Nampak macam Poppy yang susah nak dijangka tapi sebenarnya Alex yang bermasalah.


Seronoknya bila menonton People We Meet on Vacation ialah terletak pada landskap destinasi perlancongan Poppy dan Alex. Aktiviti yang mereka berdua buat sepanjang pergi bercuti pun seronok, hilang lah tension kerja bila tengok both of them have fun. 

Macam bulan madu di New Orleans tu, teringat pula siri The Originals sebab banyak shoot dekat situ. Cuti musim panas dekat Tuscany pun cantik, Poppy dengan Alex nampak dewasa tapi elegan. Walaupun cuma shoot dekat Can Llambí  dan sekitar kawasan Llagostera, Sepanyol tapi dapat lah vibe tu. 


Kelemahan pada filem People We Meet on Vacation terletak pada dinamik dan chemistry Emily Bader dan Tom Blyth sebagai watak utama. Dinamik hubungan mereka berdua kurang menyala berbanding romantic couple yang lain. Tension tu ada tapi tak kuat dan dengan mudah boleh dismissed kalau ada potential relationship dengan yang lain. 

Watak sampingan dalam dunia Alex dan Poppy ada banyak watak yang kuat tapi screentime masing-masing tak lah begitu banyak untuk kita nampak dan kenal personaliti mereka semua. Babak ibu dan ayah Poppy prepare banyak barang masa Poppy dengan Alex nak pergi berkhemah tu kecoh dan kelakar. 


Apapun, filem terbitan 3000 Pictures, HarperCollins Publishers dan Temple Hill Entertainment tak lah teruk sangat untuk ditonton, sesuai lah untuk tontonan santai bagi genre romantic komedi. Filem ni tak ada rewatch value yang tinggi sebab main lead tak ada chemistry yang kuat.

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.8, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 7.4/10
First time try makan puding yang selalu disebut-sebut sebagai dessert baru. Visual dia on top, macam dalam gambar ni. Bila tengok semua perisa jadi tak tahu nak pilih yang mana. 



Kitorang try puding strawberry tapi mehhh. I rasa tawar macam rasa strawberry tu tak blend in dengan puding yogurt. Manis tak ada, masam pun tak ada. 


Sama lah dengan banana ni. Kosong je rasa dia. Memang macam ni ke rasa dessert ni? 


Ada beli jugak tiramisu dia tapi soggy walaupun visual menarik. Untuk harga belas-belas macam ni, I think sekali beli dah cukup kot 😅


Try beli matcha juga dekat sini tapi I rasa serbuk matcha dia dah oxidised sampai warna jadi grayish macam tu. 



Kalau tak bagitahu ni iced matcha strawberry 🍓 latte, I ingatkan strawberry latte tak pun sagu gula melaka. Ni belum stir sampai dia blend elok semua warna. Bila dah blend, hilang terus warna hijau tu. Rasa dia okay je, ada je rasa matcha and quite strong jugak cuma warna macam terlampau jauh dari warna matcha. 

Dari tarikh I beli matcha ni sampai ke tarikh I update entry ni, takde lah pulak after effect yang teruk. So dia okay je cuma matcha dah oxidised 😅

Kerja lawan korupsi ini, bukan saja kita buat musuh dekat luar tapi dalam diri…

Setiap sistem mempunyai rahsia.

Keadilan menjadi satu perjuangan.



Diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, filem ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Adi Putra, Hisyam Hamid, Alicia Amin, Shiqin Kamal, Sarimah Ibrahim, Amir Nafis, Roy Azman dan Esma Daniel.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya di pawagam bermula 21 Mei ini! 

#KONSPIRASI #AkanDatang #SapotLokal

 

Dalam dunia filem seram, apa yang benar-benar meninggalkan kesan bukan sekadar jalan cerita tetapi visual yang mampu membuat penonton rasa tidak selesa seolah-olah apa yang dilihat itu nyata. Menerusi filem Pewaris Susuk elemen ini bukan kebetulan, namun hasil kerja teliti di sebalik tabir oleh juru solek kesan khas Nur Atiqah Abdul Hadei, berusia 30 tahun yang mempunyai pengalaman selama 9 tahun dalam bidang ini.

Menurut beliau, cabaran terbesar bukanlah menghasilkan implikasi yang ngeri malah memastikan ia kelihatan hidup terutamanya apabila melibatkan pelakon kanak-kanak. Watak Ayu yang dilakonkan oleh Dayang Fajra antara yang paling mencabar, apabila proses mengenakan kanta lekap hitam sahaja mengambil masa hampir satu jam sebelum solekan kesan khas boleh dimulakan.

“Cabaran paling besar bila melibatkan watak kanak-kanak yang kena rasuk. Proses SFX bukan mudah, apatah lagi bila perlu uruskan kesabaran mereka sepanjang tempoh yang lama.” jelasnya.

Menariknya di sebalik hasil yang nampak kompleks, teknik yang digunakan sebenarnya cukup ringkas. Untuk mencipta kesan luka, calar dan cakar pada kulit, beliau menggunakan gabungan bahan asas seperti tepung dan vaselin, membuktikan kreativiti lebih penting daripada kos yang tinggi.

Tambahnya, antara babak paling mencabar adalah menghasilkan kesan paku yang menggores pipi pelakon. Satu adegan yang memerlukan ketelitian tinggi kerana bahan kesan khas yang digunakan adalah sangat fragile dan hanya boleh dilakukan sekali.

Bagi Che Puan Sarimah Ibrahim yang melakonkan watak Seroja, pengalaman mengenakan solekan kesan khas adalah sesuatu yang baharu. Nur Atiqah memilih untuk tidak memperlihatkan proses tersebut di hadapan cermin, sebaliknya menunggu sehingga selesai sepenuhnya sebelum menunjukkan hasil akhir. Reaksi yang diterima? Lebih daripada jangkaan.

“Bila dia tengok cermin lepas siap, terus excited. Walaupun scene dia berat, dia kekal tenang dan nampak tak sabar nak teruskan shooting,” kongsinya.

Gabungan teknik, kesabaran dan keberanian untuk bereksperimen menjadikan Pewaris Susuk bukan sekadar filem seram biasa, bahkan sebuah pengalaman visual yang terasa terlalu dekat dengan realiti…hingga mampu mengganggu emosi penonton.

Jangan sekadar dengar cerita, alami sendiri pengalaman ngeri ini di pawagam. Saksikan Pewaris Susuk kini di pawagam dan bersedia untuk melihat sesuatu yang mungkin sukar anda lupakan.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Pewaris Susuk di media sosial melalui Facebook, Instagram, X serta saluran YouTube Primeworks Studios.

#PewarisSusuk #SehidupSemati

Blog Performance April 2026


Finally habis juga bulan April. Terasa lama betul dekat bulan tu, lagi lama dari bulan Januari haritu. Gaji dah tinggal hujung balang dah. Kalau gaji tak masuk lagi memang mereput di bucu katil. 

Anyway, Selamat Hari Pekerja semua selepas penat lelah kita mengharungi bulan April yang penuh dengan drama. 

1. PV


Bulan ni dah start jatuh banyak pageviews and I'm okay with that sebab pageviews bulan April naik melonjak pun sebab ada lirik lagu raya. Tapi okay lah sebab boleh tahan tinggi jugak, nak masuk 200k dah. Mungkin bulan Mei ni boleh cecah 9 juta views sebab dah tak banyak dah beza dia. 

2. Posts


Entry paling tinggi dalam Popular Posts masih lagi lagu raya sebab Aisyah Retno pun tak berhenti lagi perform dekat event. Surprisingly entry lirik lagu Nurcinta pun muncul balik sebab tercalon dalam AJL40. 

3. Bilangan Entri


Finally berjaya jugak update blog sampai 60 entri bulan ni lepas dua bulan sangkut. Bulan ni ada masa senggang sikit untuk update review yang pending. Bulan Mei ni nak usahakan update pasal office pulak sebab banyak event yang tak terupdate sampai gallery penuh. 

Semoga bulan ni boleh dapat lebih dari 60 entri dan cover balik yang lompong tu. Have a nice day guys and enjoy your long weekend. Take care!

JELAJAH “PEWARIS SUSUK” BAWA PELAKON DEKAT DENGAN PEMINAT JEJAK MEWARISI KE SELURUH NEGARA

Thursday, 30 April 2026

Menjelang tayangan Pewaris Susuk di pawagam, kehangatan filem ini kini diteruskan melalui siri jelajah eksklusif yang membawa barisan pelakon lebih dekat dengan penonton. Dari Putrajaya hingga ke Melaka dan Negeri Sembilan, jelajah ini bukan sekadar promosi tetapi peluang untuk peminat merasai sendiri aura misteri yang dibawakan filem ini.

Dibarisi nama-nama seperti Che Puan Sarimah Ibrahim, Datuk Rosyam Nor,  Alya Iman dan ramai lagi, jelajah Pewaris Susuk menjanjikan pengalaman yang lebih interaktif. Penonton bukan sahaja berpeluang bertemu secara langsung dengan pelakon kegemaran mereka, malah bergambar bersama serta memenangi barangan eksklusif yang hanya ditawarkan sepanjang siri jelajah ini.


Jelajah bermula pada Jumaat, 1 Mei 2026 dengan tiga lokasi utama:

  • GSC IOI City Mall, Putrajaya (1.45 petang)
  • TGV Alamanda, Putrajaya (3.15 petang)
  • GSC MyTown, Kuala Lumpur (5.55 petang)

Momentum diteruskan pada Sabtu, 2 Mei 2026, melibatkan dua lagi lokasi:

  • GSC AEON Bandaraya Melaka (1.35 petang)
  • TGV Seremban 2, Negeri Sembilan (5.25 petang)

Dalam dunia yang penuh rahsia dan dosa warisan, Pewaris Susuk kini keluar dari layar untuk bertemu peminatnya secara langsung. Adakah anda bersedia untuk mendekati kisah yang selama ini hanya wujud di layar?

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti Pewaris Susuk di media sosial melalui Facebook, Instagram, X serta saluran YouTube Primeworks Studios.

Jumpa anda di sana!

#PewarisSusuk #SehidupSemati

‘GOOD BOYS GO TO HEAVEN’ PENUH SASPENS DAN TRAUMA, LAKONAN MANTAP BETO KUSYAIRY & ZAHIRAH MACWILSON | Siri Terbaharu Astro Originals  Hasil Karya Penulis Skrip Terbaik, Mira Mustaffa

Kuala Lumpur, 29 April 2026 – Astro menerusi jenama Astro Originals terus memperkukuhkan komitmennya dalam  menghasilkan kandungan premium  yang melangkaui genre yang  akan memikat hati peminat dan penonton Malaysia dengan sebuah karya terbaharu, ‘Good Boys Go To Heaven.’ Siri terbitan Astro Shaw ini bakal ditayangkan bermula 8 Mei 2026, setiap hari Jumaat, bermula 12.00 tengah malam di On Demand atau 9.00 Malam di Astro Ria (Saluran 104) dan Astro Citra (Saluran 108).

Seiring dengan usaha Astro Originals mengembangkan genre thriller psikologi, Good Boys Go To Heaven diterajui penulis skrip terkemuka dan pemenang Anugerah Festival Filem Malaysia (FFM), Mira Mustaffa, yang merupakan bakat kreatif dari Astro Shaw serta berperanan sebagai showrunner bagi siri ini. 

Ia mengisahkan Yasser, seorang bapa yang berhadapan dengan igauan ngeri setiap ibu-bapa apabila anak lelakinya Ahyan, dilaporkan hilang sebelum jasadnya ditemui dalam keadaan tragis setelah dibunuh dengan kejam. Siri ini turut mengangkat  isu trauma yang akan menyentuh emosi penonton.  Pendekatan ini menyorot bagaimana tanggapan tersebut boleh memberi kesan bukan sahaja kepada individu, malah turut mempengaruhi orang di sekeliling mereka. 

Good Boys Go To Heaven’ merupakan  hasil sentuhan pengarah One Cent Thief 2, Ariff Zulkarnain, manakala produksi oleh Indigo Film. Lebih menarik, naskhah ini dibintangi oleh barisan bintang terkenal seperti Beto Kusyairy (Yasser), Zahirah MacWilson (Dahlia), Firdaus Karim (Bahamin), Malek McCrone (Zayd), Amerul Affendi (Inspektor Kamal), Amanda Ang (Sarjan Leona), Sky Iskandar (Ustaz Reyhan) dan juga bintang kecil baharu Sayf Mikael (Ahyan).

Penerbit Eksekutif ‘Good Boys Go To Heaven’, merangkap Ketua Astro Shaw & Naib Presiden Perniagaan Melayu Nusantara, Astro, Raja Jastina Raja Arshad berkata, “ Good Boys Go To Heaven merupakan usaha Astro Shaw untuk mengembangkan lagi kandungan Astro Originals dengan penceritaan yang lebih berani, relevan  dengan skala produksi yang berkualiti tinggi. Projek ini turut mencerminkan keyakinan kami pada bakat tempatan. Astro Originals sentiasa memberi ruang kepada penulis-penulis terbaik industri, dan kali ini kami amat teruja dapat menampilkan hasil karya penulis filem pecah panggung seperti Sangkar, Nur Kasih, Cinta dan Sepi, iaitu Mira Mustaffa yang bertindak sebagai showrunner. Manakala, kami kembalikan pengarah One Cent Thief, Ariff Zulkarnain untuk menerajui siri ini yang membawa  tema trauma serta isu kehilangan kanak-kanak  sebagai nadi utama cerita. Menyedari isu kehilangan kanak-kanak yang semakin membimbangkan di negara kita, kami berharap naskhah ini dapat menjadi satu peringatan kepada semua agar kisah-kisah ini tidak hanya muncul seketika di dada berita sebelum terus  dilupakan.”

Eksklusif buat semua penggemar siri premium Astro Originals, ‘Good Boys Go To Heaven’ turut akan disiarkan lebih awal secara On Demand menerusi Astro GO bermula 12 tengah malam, serta di aplikasi Sooka. Dapatkan info terkini dan tonton klip-klip menarik menerusi platform media sosial rasmi Astro Gempak dan Astro Shaw seperti di Instagram, TikTok, Facebook, dan juga X.

Astro juga menjemput para pelanggan untuk menikmati nilai berganda dengan Pek Astro One, kini bermula dari RM49.99*, memberikan pengalaman strim mudah dan hiburan tanpa batas. Pelanggan yang berminat untuk melanggan Astro One boleh layari astro.com.my atau hubungi Astro melalui WhatsApp di 03 9543 3838.

MISTIK KECANTIKAN TERLARANG PEWARIS SUSUK, LEGASI YANG MENUNTUT PENGORBANAN!

Wednesday, 29 April 2026

Kuala Lumpur, 29 April 2026 – Setiap pusaka membawa beban dan harga yang perlu ditebus. Pewaris Susuk sebuah filem horror thriller arahan Faizal Nadxaman dan nukilan skrip Naza Manas, bakal menghantui pawagam seluruh negara bermula 30 April 2026. Mengangkat tema dosa warisan, susuk demi kecantikan dan kuasa serta pengorbanan seorang ibu.

Diterbitkan oleh Primeworks Studios dan Anomali Media, Pewaris Susuk menggabungkan barisan pelakon hebat tanah air seperti Datuk Rosyam Nor, Che Puan Sarimah Ibrahim, Alya Iman, Trisha Ooi, Sherie Merlis dan Dayang Fajra. Filem ini menjanjikan pengalaman sinematik yang penuh suspens, misteri beserta gangguan mistik yang meresap ke jiwa.

Pewaris Susuk mengisahkan Maya (Alya Iman), seorang wanita yang cuba memulakan hidup baharu bersama anaknya Ayu (Dayang Fajra), selepas menyaksikan kematian ibunya Juriah (Sherie Merlis) akibat perjanjian yang belum terungkai. Demi usaha untuk melupakan trauma itu, Maya menerima pekerjaan sebagai pembantu rumah di sebuah banglo terpencil yang ternyata mempunyai kaitan dengan sejarah keluarganya.

Pemilik banglo itu, Hadiff (Datuk Rosyam Nor) kelihatan baik dan bersifat pelindung kepada Maya, akan tetapi isterinya Seroja (Che Puan Sarimah Ibrahim), memandang kehadiran Maya sebagai ancaman. Di sebalik banglo yang tesergam dan berusia itu, tersimpan sejarah hitam termasuk kematian tragis pembantu rumah sebelumnya iaitu Seri (Trisha Ooi). 

Apabila gangguan mistik semakin memuncak ditambah pula pelbagai kejadian aneh sehingga menghantui Ayu sebagai sasaran utama. Maya pada akhirnya menyedari bahawa semua itu bukan kebetulan. Kejadian yang meragut nyawa ibunya kini kembali, ia mula menuntut warisan darah keturunan mereka.

Dalam perlumbaan masa untuk menyelamatkan Ayu, Maya merungkai rahsia gelap yang mengikat dirinya dengan rumah tersebut serta berdepan dengan kuasa jahat yang memerlukan Ayu sebagai korban seterusnya. Maya bukan sahaja hanya perlu melawan ilmu hitam tetapi turut perlu berkorban.

“Filem ini bukan sekadar tentang ketakutan, tetapi tentang warisan dosa dan pilihan yang terpaksa dibuat demi melindungi orang yang kita sayang. Kami mahu penonton bukan sahaja takut, tetapi turut merasai konflik dalaman watak dan beban yang mereka tanggung,” ujar Faizal Nadxaman, pengarah.

Saksikan sebuah naskhah yang bakal merungkai sisi gelap di sebalik keindahan. Apabila kecantikan bukan lagi satu dambaan tetapi sebuah igauan yang menuntut galang ganti nyawa, persiapkan diri anda untuk menyaksikan Pewaris Susuk bermula 30 April ini!

Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif Pewaris Susuk, ikuti kami di Facebook, Instagram, X dan YouTube Primeworks Studios.

**************************

MENGENAI PRIMEWORKS STUDIOS 
Primeworks Studios - Peneraju Legasi Landskap Hiburan Di Mata Dunia
Primeworks Studios merupakan sebuah syarikat terkemuka di Asia Tenggara yang memiliki asas kukuh dalam pembangunan kandungan, pengeluaran filem, pengedaran filem, jualan kandungan, dan animasi. Selama lebih dari tiga dekad, Primeworks Studios telah menjadi peneraju yang memainkan peranan penting dalam membentuk landskap hiburan di Malaysia. Dengan menerapkan nilai dan teras yang utuh, Primeworks Studios terus unggul dalam  menghasilkan kandungan yang menarik dan berkualiti buat penonton di seluruh dunia disamping  mengekalkan legasi hiburan untuk menghiburkan penonton sejajar dengan keadaan masa kini dan masa akan datang.

MENGENAI ANOMALI MEDIA
Anomali Media ialah sebuah syarikat penerbitan dan kandungan kreatif yang sedang meningkat naik di Malaysia. Ditubuhkan oleh Hariff Ahamat dan Rosnita Abdul Rahman pada 2022, Anomali Media memberi fokus untuk menerbitkan filem dan televisyen yang unik dengan sentuhan moden dan seni artistik tersendiri. 

Dalam pembikinan Pewaris Susuk, Anomali Media telah menggandingkan pelakon popular dan berpengalaman dengan pembikin filem baharu serta menjalinkan kerjasama dengan Primeworks Studio sebagai rakan kongsi strategik bagi memastikan filem ini bermutu dan memenuhi selera penonton.

WOMEN TALK MUSIM 9 KEMBALI DENGAN DIANA DANIELLE & NADIA HENG SEBAGAI HOS BAHARU | Membawakan perbualan berani dan jujur dengan pelbagai topik relevan

Kuala Lumpur, 29 April 2026 – Women Talk kembali untuk musim kesembilan dengan nafas baharu, menampilkan Diana Danielle dan Nadia Heng sebagai hos baharu program ini. Diketuai oleh Penerbit Eksekutif Puan Nur Irjuana Mohd Ishar bersama Penerbit Datin Elaine Daly, musim ini akan mula bersiaran pada 9 Mei 2026, setiap Sabtu jam 5.00 petang di TV3.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2022, Women Talk telah membina pengikut setia menerusi perbualan yang telus dan berteraskan keikhlasan, serta terus berkembang sebagai platform yang berani, relevan dan selari dengan realiti kehidupan wanita masa kini. Kini memasuki musim kesembilan, program ini terus berevolusi dengan kisah yang lebih mendalam dan mencerminkan kepelbagaian perspektif.

Hos baharu ini telah diperkenalkan menerusi acara Brunch with Women Talk yang berlangsung di The Majestic Hotel Kuala Lumpur Orchid Conservatory, dengan kehadiran para jemputan dan wakil media.

Program ini menampilkan dua figura berpengaruh, masing-masing membawa perspektif dan pendekatan tersendiri, sekali gus memperkaya perbualan serta mengukuhkan daya tarikan dalam kalangan penonton di televisyen dan juga platform digital.

Diana Danielle hadir dengan keaslian dan kedalaman emosi sebagai pelakon, hos dan penyanyi, manakala Nadia Heng, bekas Miss World Malaysia, menyerlah dengan penampilan profesional serta kemahiran komunikasi yang mantap.

Musim 9 mengetengahkan perbualan yang bertepatan dengan isu semasa dan mencerminkan pengalaman sebenar wanita hari ini, merangkumi topik seperti literasi kewangan, sumber pendapatan tambahan, peningkatan kos membesarkan anak, ketahanan emosi, penetapan batas diri, serta isu digital dan gaya hidup seperti privasi dalam talian, “cancel culture”, “slow living” dan perubahan norma sosial. Disajikan dalam 13 episod berdurasi 30 minit, musim ini menawarkan pandangan praktikal menerusi perbincangan yang dekat dengan realiti kehidupan wanita moden.

Melangkaui kaca televisyen, Women Talk Musim 9 turut diperluas melalui aktiviti di lapangan, termasuk sesi Pilates, booth interaktif serta penglibatan komuniti, yang direka untuk mewujudkan hubungan lebih bermakna dalam suasana yang lebih peribadi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan tayangan perdana Women Talk Musim 9 pada 9 Mei 2026, jam 5.00 petang di TV3, dan sertai perbualan yang memberi inspirasi serta memperkasa wanita hari ini.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram menerusi @TV3Malaysia.

AJL40 LEBIH HANGAT DENGAN THE SOUNDSTAGE!

AJL40 LEBIH HANGAT DENGAN THE SOUNDSTAGE! | Bersedia untuk malam penuh nostalgia? Jualan tiket kini rasmi dibuka!

Kuala Lumpur, 29 April 2026 – Top 10 finalis Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) sudah diumumkan, dan bahangnya kini mula dirasai di mana-mana. Seiring debaran yang semakin memuncak menuju malam kemuncak, The Soundstage dibawakan khas sebagai pemanas pentas yang menghidupkan kembali lagu-lagu hits AJL, dengan jualan tiket yang telah diumumkan secara rasmi menerusi program MBuzz.

Bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 12 Jun 2026, jam 8.30 malam, konsert ini menjanjikan sebuah perjalanan muzik yang dihidupkan secara langsung, membawa penonton menelusuri garis masa AJL selama 40 tahun. Menggabungkan artis daripada generasi berbeza, pentas akan menampilkan Ernie Zakri, Khai Bahar, Haqiem Rusli dan Siti Nordiana; empat nama yang pernah meninggalkan impak tersendiri di pentas AJL.

Setiap artis akan membawakan pilihan lagu daripada legasi anugerah berprestij ini, menghimpunkan pelbagai karya dalam satu malam yang istimewa. Daripada karya sendiri hingga interpretasi segar lagu-lagu yang pernah menjulang trofi, persembahan ini menggabungkan karya klasik dengan DNA seni tersendiri, sekali gus mengajak peminat menelusuri evolusi muzik tempatan yang telah mencorakkan industri selama 4 dekad.

Bayangkan setiap bait lirik yang pernah mengisi memori lama kini bergema kembali dalam satu ruang yang cukup dekat. The Soundstage membuka pintunya untuk penonton merasai semula magis lagu-lagu yang pernah mencipta fenomena dan menjadi siulan ramai. 

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada malam ini dan dapatkan tiket anda sekarang! Tiket boleh didapati secara dalam talian menerusi platform WOWTix di www.wowtix.com.my  dengan harga RM159 (General Admission), RM179 (Gold Seat) dan RM229 (Premium Seat). 

Nantikan juga pelbagai pengumuman menarik sempena AJL40 termasuk aktiviti eksklusif seperti sesi meet & greet dan banyak lagi yang bakal diumumkan!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai program TV3, ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram, X dan Threads di @TV3Malaysia serta TikTok di @TV3MalaysiaOfficial.

#GENERASISELAMANYAJUARA #ROADTOAJL40