SERTAI KUPASAN PASCA TAYANGAN FILEM THE VOICE OF HIND RAJAB BERSAMA ZAINAL RASHID AHMAD

Saturday, 3 January 2026


“Bukan sekadar tontonan, ini adalah seruan kemanusiaan.”

Melalui sesi Coffee Talk eksklusif ini, para peserta dijemput untuk menyelami realiti sebenar di sebalik filem The Voice of Hind Rajab, sebuah naskhah kemanusiaan yang lahir daripada rakaman panggilan kecemasan sebenar dan kisah yang menggetarkan nurani.

Dipandu oleh Zainal Rashid Ahmad, sesi ini akan mengupas perspektif pasca tayangan yang jarang dikongsikan kepada umum  tentang perkara yang benar-benar berlaku, tentang kisah di sebalik tajuk berita dan tentang realiti kemanusiaan di Palestin yang masih belum difahami sepenuhnya oleh ramai pihak.

Ini bukan sekadar perbincangan filem. Ini adalah ruang untuk memahami, merasai dan menyuarakan empati. Ruang untuk mendengar suara yang pernah hampir tenggelam dalam kebisingan dunia. Sertai perbincangan dan sebarkan kesedaran bersama kami pada 10 Januari 2026. 

Untuk pengesahan kehadiran, sila imbas Kod QR yang tertera bagi mengesahkan penyertaan anda dalam sesi istimewa ini. 

Setiap pendaftaran adalah sah untuk satu (1) tempat duduk sahaja. Sekiranya hadir secara berkumpulan, SETIAP individu perlu membuat pendaftaran berasingan menggunakan akaun masing-masing.

Tonton video mengenai sesi Coffee Talk Eksklusif di pautan ini.


Jangan pernah berhenti peduli, hari ini, kitalah suara mereka. Terus bersuara.

Hayati THE VOICE OF HIND RAJAB kisah benar yang menyentuh jiwa ini di pawagam bermula 8 Januari 2026.

#FilmTheVoiceOfHindRajab #HindRajabSuaraTerakhir #HindRajabOscar2026

MENGAPA ‘THE VOICE OF HIND RAJAB’ MENGGONCANG DUNIA PERFILEMAN

Friday, 2 January 2026


Suara Yang Tidak Sempat Diselamatkan | MENGAPA ‘THE VOICE OF HIND RAJAB’ MENGGONCANG DUNIA PERFILEMAN



Dalam lautan filem yang lahir daripada konflik dan peperangan, The Voice of Hind Rajab muncul bukan sekadar sebagai sebuah karya sinema, tetapi sebagai rakaman luka kemanusiaan yang nyata. Filem ini tidak menjerit dengan visual ledakan atau propaganda, sebaliknya berbisik melalui satu suara kecil yang meminta pertolongan dan tidak pernah dijawab. Berikut ialah kisah dan fakta yang menjadikan filem ini antara karya paling menyayat hati dalam landskap perfileman moden : -

Diangkat daripada Kisah Benar yang Menghantui Dunia
The Voice of Hind Rajab diinspirasikan daripada tragedi sebenar yang berlaku ketika konflik di Gaza pada 29 Januari 2024 melibatkan Hind Rajab, seorang kanak-kanak Palestin. Kisahnya menjadi tumpuan antarabangsa kerana ia merangkum realiti kejam peperangan iaitu kanak-kanak sebagai mangsa senyap. Hind Rajab bukan sekadar watak, dia adalah simbol ribuan suara kecil yang terperangkap, tanpa perlindungan, tanpa pilihan.

Menggunakan Suara Sebenar Hind: Emosi yang Tidak Dipentaskan
Salah satu elemen paling menggetarkan dalam filem ini ialah penggunaan rakaman audio sebenar panggilan telefon Hind yang meminta pertolongan. Suara itu tidak dilakonkan, tidak diolah justeru ia tulen, mentah dan menyakitkan untuk didengar. Keputusan artistik ini menjadikan filem tersebut hampir bersifat dokumentari emosi, memaksa penonton berhadapan dengan realiti tanpa tapisan.

Kaouther Ben Hania: Pengarah yang Memberi Suara kepada Yang Terdiam
Filem ini diarahkan oleh Kaouther Ben Hania, pengarah tersohor Tunisia yang terkenal dengan keberaniannya meneroka sempadan antara fiksyen dan dokumentari. Selepas kejayaan karya terdahulu seperti Four Daughters dan The Man Who Sold His Skin, Ben Hania kembali dengan filem keenamnya yang paling sunyi namun paling lantang. Dalam The Voice of Hind Rajab, beliau tidak cuba ‘menceritakan semula’ tragedi, sebaliknya mendengar dan membiarkan penonton turut mendengar.

Disokong Tokoh Besar Industri Filem Dunia
Beberapa nama berpengaruh dalam industri perfileman antarabangsa terlibat sebagai penerbit eksekutif antaranya Brad Pitt dan Joaquin Phoenix, membantu memastikan kisah Hind tidak tersimpan sebagai naratif tempatan semata-mata, sebaliknya dibawa ke pentas global. Sokongan ini juga mencerminkan keyakinan industri terhadap kepentingan cerita ini sebagai dokumen kemanusiaan, bukan sekadar filem festival.

Lebih Daripada Filem: Sebuah Peringatan
The Voice of Hind Rajab bukan filem yang mudah ditonton dan ia tidak bertujuan untuk itu. Ia hadir sebagai peringatan bahawa di sebalik statistik, laporan berita dan tajuk utama, terdapat suara manusia yang sebenar. Ada yang sempat diselamatkan dan ada yang hanya tinggal gema. Karya ini juga mendapat sambutan luar biasa dan penghormatan tepukan berdiri (standing ovation) selama 23 minit di Festival Filem Venice, mencipta rekod antara tepukan berdiri terlama dalam sejarah festival tersebut, sebagai tanda sokongan terhadap kanak-kanak Palestin dan kisah tragis Hind Rajab.

Filem ini tidak meminta simpati. Ia menuntut kesedaran. Lantas dalam kesunyian panggilan yang tidak dijawab itu, dunia dipaksa bertanya:

Berapa banyak lagi suara yang perlu hilang sebelum kita benar-benar mendengar?

Kuala Lumpur, 2 Januari 2025 – Apabila dendam silam kian membuku, kecantikan boleh bertukar menjadi senjata paling berbahaya. Susuk Rupawan, sebuah drama thriller penuh misteri dan pembalasan, bakal menghantui penonton bermula 7 Januari 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di slot Samarinda TV3.

Dibintangi Cahaya Nilam sebagai Dewi, drama ini turut menampilkan Adam Lee, Darien Aeldra, Shah Rezza dan Watie Sada. Arahan Amor Rizan, diterbitkan oleh Global Stations serta skrip nukilan Liza Nur, Susuk Rupawan menggabungkan penceritaan sarat suspens dan elemen mistik yang membawa penonton menyelami dunia dendam, kecantikan terlarang dan rahsia gelap yang menghancurkan sebuah keluarga elit dari dalam. 


Susuk Rupawan mengisahkan Dewi (Cahaya Nilam), seorang penari tradisional berusia 20-an dari Johor yang berpindah ke Kuala Lumpur dengan satu tujuan tersembunyi yakni membalas dendam. Dia menyewa di rumah milik arwah Adli dan mendekati anaknya Fadil (Darien Aeldra), yang kemudiannya dijadikan alat untuk merapati Zakri (Adam Lee), cucu kepada Tan Sri Halim (Shah Rezza), seorang tokoh korporat berpengaruh yang pernah merogolnya suatu ketika dahulu. Di sebalik kelembutan dan kecantikan Dewi, tersembunyi niat yang penuh perhitungan.


Ketegangan memuncak ketika Dewi mula berpindah tinggal bersama Fadil, Tan Sri Halim dan Mala (Watie Sadali) hingga pelbagai perkara mistik berlaku di rumah tersebut. Kehadirannya mula mencetuskan retak berlanjutan dalam keluarga kaya tersebut, sehingga rahsia silam akhirnya terbongkar bahawa Dewi sebenarnya ialah Nazimah, mangsa rogol Tan Sri Halim kini kembali dengan wajah muda hasil amalan ilmu hitam serta pemakaian susuk.

Apabila Fadil berdepan kebenaran pahit yang membongkar sisi gelap Dewi, dia cuba menyelamatkan keluarga itu daripada terus terjerumus. Namun segalanya sudah terlambat, satu demi satu tragedi berlaku. Mampukah dosa silam dipadam atau dendam akan terus hidup walau jasad sudah tiada?


“Watak Zakri memberi saya cabaran yang unik kerana saya perlu menunjukkan konflik dalaman antara keluarga, cinta dan dendam yang membelenggu setiap tindakan. Proses penggambaran penuh dengan emosi dan ketegangan, tetapi ia sangat menyeronokkan kerana dapat bekerjasama dengan barisan pelakon berbakat seperti Cahaya Nilam dan Darien Aeldra. Saya harap penonton dapat merasai intensiti dan kesan emosional yang cuba kami sampaikan dalam drama ini,” jelas Adam Lee.

Menggabungkan elemen thriller, mistik dan pembalasan, Susuk Rupawan bukan sekadar kisah dendam seorang wanita, tetapi peringatan tentang harga yang perlu dibayar apabila kezaliman dibiarkan berakar. Dengan penceritaan yang mendebarkan, visual suram dan simbolik serta lagu tema “Sang Pelaku” nyanyian Ameerais & Mariam, drama ini menjanjikan pengalaman tontonan yang menghantui fikiran.


Jangan lepaskan peluang menyaksikan Susuk Rupawan, bermula 7 Januari 2026, setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3. Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, ikuti TV3 di Facebook, X, YouTube dan Instagram @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

Blog Performance December 2025

Thursday, 1 January 2026


Happy New Year everyone! 

Dah masuk tahun 2026, umur pun dah bertambah setahun tapi jiwa masih kekal muda. Semalam balik kerja awal untuk siapkan beberapa review sebelum masuk tahun baru. Tak mampu nak update banyak tapi okay lah sebab berjaya juga clearkan sikit draft yang tertangguh. 

1. PV


Memandangkan bulan November lepas dah berjaya cecah 8 juta pageviews, of course untuk target tahun 2026 ialah dengan mencecah 9 juta pula. Mungkin boleh achieve sebelum penghujung 2026 atau mungkin juga merangkak sebab tak pasti apa akan jadi untuk tahun kuda ni. Tapi harapnya banyak ong lah.

Pageviews bulan Disember menurun banyak sebab bulan ni tak ada filem yang trending pun kecuali Papa Zola itupun I tak dapat pergi malam gala. Orang tengah seronok melayan kebenaran, I kena layan kerja dekat office. 

Actually dapat banyak jemputan untuk screening filem Indonesia tapi dah tak sempat nak attend sebab kerja banyak sangat tak siap T.T

2. Posts


Movie Review Malam Terlarang masih melekat tinggi di Popular Post bulan Disember 2025, I rasa akan bertahan sampai masuk ke Netflix. Filem Klepet pun melonjak naik bulan lepas walaupun tak setinggi Malam Terlarang. 

Bulan lepas I tak layan movie yang trending dekat Netflix sangat sebab seronok melepak dekat iQiyi sejak dapat VIP access. I perasan juga dah ada pertambahan pembaca dari Indonesia so I would update a lil bit more review dari negara jiran. 

3. Bilangan Entri



Untuk bulan Disember I berjaya update 67 entri walaupun tak berjaya mencecah ke angka 70 padahal sikit je lagi. Jumlah semua entri yang berjaya dihasilkan adalah 645 entri pada tahun 2025, pertambahan 172 entri dari tahun 2024

Masa Januari 2025, I tertanya-tanya sama ada mampu ke tak nak terbitkan 60 entri setiap bulan dan jawapannya mampu walaupun merangkak di quarter pertama tu tapi cemerlang hingga ke hujung tahun. Untuk 2026 memang akan kekalkan lah target 60 entri setiap bulan supaya pageviews pun sama melonjak naik. 

Terima kasih kepada yang berkunjung dan tinggalkan komen di blog ni. Semoga tahun 2026 akan mencipta kenangan dan pencapaian buat semua orang. May God bless you guys 💖🌸🍨

Movie Review | Lokah Chapter 1: Chandra (2025)

Wednesday, 31 December 2025


Pengarah: Dominic Arun 
Penulis Skrip:  Dominic Arun
Pelakon: Kalyani Priyadarshan, Naslen, Sandy, Chandu Salim Kumar, Arun Kurian   
Syarikat Produksi: Wayfarer Films   
Pengedar: Wayfarer Films
Genre: Superhero
Durasi Tayangan: 150 minit
Tarikh Tayangan: 28 Ogos 2025  
Trailer:


I’m not into Malayalam films much tapi I tahu pasal filem Lokah Chapter 1: Chandra bila ramai yang kata plot Thamma (2025) quite similar dengan filem ni. Rasa nak tengok filem Lokah Chapter 1: Chandra bila tengok Actors Roundtable |The Hollywood Reporter India 2025 dan semua puji lakonan Kalyani sebagai main lead. 

Lokah Chapter 1: Chandra mengisahkan tentang Chandra (Kalyani Priyadarshan), gadis muda yang berpindah ke Bengaluru dan bekerja separuh masa di restoran Zed The Baker. Berhadapan rumahnya, adalah rumah bujang yang disewa oleh Sunny (Naslen), Venu (Chandu Salim Kumar) dan Naijil (Arun Kurian).


Sunny mula berminat untuk kenal dengan Chandra kerana paras rupanya yang cantik namun gadis tersebut lebih suka mendiamkan diri. Satu hari Sunny hampir dilanggar oleh sebuah kereta namun sempat diselamatkan oleh Chandra. Bagaimana Sunny diselamatkan menjadi tanda tanya kerana hanya dia sahaja yang nampak Chandra pada ketika itu. 

Tak lama selepas itu, Sunny berkongsi auto dengan Chandra tapi Sunny mula tak selesa kerana Chandra bau busuk seperti bangkai mayat. Tangan dia juga melepuh teruk tapi Chandra cuma berdiam diri sehingga sampai ke restoran tempat dia bekerja. Sunny mula tak sedap hati namun sebaik saja Chandra tiba di parti hari jadi Naijil, semua tanggapan buruk terhadap Chandra mula berubah. 


Dalam masa yang sama, kawasan tempat tinggal mereka mempunyai banyak kes pemerdagangan organ. Sebanyak 13 mangsa telah diculik namun kerana endahkan hal sekeliling, Sunny dan rakan-rakannya tak sedar mereka berselisih dengan geng penuai organ. Makin mengeruhkan keadaan bila pegawai polis bernama Nachiyappa (Sandy) memastikan geng penuai organ berjaya menjerat mangsa dengan mudah. 

Masalah berlaku apabila Chandra diculik oleh Sundar (Sarath Sabha), salah seorang geng penuai organ. Sunny yang ingin menyelamatkan Chandra terlihat identiti sebenar gadis yang disukainya. 


Filem terbitan Wayfarer Films yang dimiliki oleh Dulquer Salmaan menggunakan tema superhero sebagai projek universe terbaru. Naskhah arahan dan penulisan Dominic Arun menggunakan makhluk jadian Yakshi sebagai makhluk utama sementara memperkenalkan Chathan (Tovino Thomas) dan Odiyan (Dulquer Salmaan) pada second half filem. 

Menurut lagenda Kalliyankattu Neeli yang wujud seribu tahun yang lalu merupakan anak perempuan kaum asal tapi disebabkan cuma orang biasa, ada kawasan yang dilarang untuk masuk oleh Raja. Akibat mencuri loceng kepunyaan kuil diraja, Neeli diburu kemudian lari ke dalam gua. Di sana dia digigit oleh kelawar lalu mendapat kuasa sakti. Neeli tidak boleh terkena cahaya matahari namun mempunyai kuasa yang luar biasa dan hidup muda setelah minum darah manusia. Walaupun begitu, Neeli cuma minum darah dari manusia yang suka menganiaya dan berdosa lantas menjadikan Neeli sebagai penjaga rimba. 


Kalau ikutkan pada lagenda tu, kisah Neeli lebih kurang dengan kisah vampire tapi dia ada twist bila kena gigit dengan kelawar. Zaman dulu manusia kena gigit kelawar boleh jadi vampire tapi zaman sekarang manusia makan kelawar, manusia dapat covid. Lahhhh.

Penceritaan Lokah memang ada persamaan dengan Thamma tapi tak lah sampai meniru sebab babak yang dikatakan sama tu memang babak cliché. Dalam Twillight pun ada plot yang sama. Tak salah pun kalau raikan Lokah dan Thamma sama-sama sebab kedua-duanya ada jalan cerita yang berbeza dengan genre yang berbeza. 


Filem Lokah: Chapter 1 Chandra lebih kepada aksi, komedi, jenayah dan thriller sementara Thamma lebih kepada aksi dan komedi. Dua-dua pun I suka sebab dua-dua pun bagus dan menghiburkan. Komedi Lokah Chapter 1: Chandra banyak terhasil dari watak Sunny dan Venu sebab Chandra agak serious orangnya. Watak Venu paling kelakar lah sebab komedi dia bersahaja sementara Sunny ada comic timing yang tepat dengan situasi. 

Kekuatan Lokah Chapter 1: Chandra terletak pada skrip yang menggabungkan unsur-unsur jenayah dan dunia superhero. Setakat ni hanya manusia yang melakukan jenayah walaupun ada hint oleh Dominic untuk kumpulan antagonis dari makhluk jadian tapi rasanya pengarah simpan lepas penonton berkenalan dengan semua entiti utama universe Lokah. 


Dari awal filem tertarik dengan sinematografi dari Nimish Ravi yang kaya dengan tekstur dan warna. Kota Bengaluru yang biasa bertukar luar biasa dengan pendalaman warna dan pencahayaan tertentu dalam setiap babak. 

Penggunaan slo-mo pada beberapa babak aksi memperketatkan lagi pengalaman visual diiringi musik latar yang bertenaga dari Jakes Bejoy. 10 minit awal pun dah buatkan kita teruja untuk tengok lebih banyak aksi Chandra dan sepanjang perjalanan filem Lokah, keterujaan tu tak hilang malah makin bertambah sehingga ke hujung filem. Makin seronok bila Chathan dan Odiyan masuk beraksi. 


Bila tengok filem Lokah Chapter 1: Chandra macam tak percaya filem ni dibikin dengan bajet Rs50 crore sebab YRF spends a lot more untuk YRF Spy Universe tapi mungkin juga sebab pelakon industri Malayalam tak charge fees tinggi melebihi kemampuan produser. 

Dan betul lah seperti yang dipuji oleh Anupama Chopra, jiwa filem Lokah Chapter 1: Chandra terletak pada lakonan Kalyani. Walaupun setiap masa muka dia tak ada ekspresi tapi screen presence dan aura mistik juga misteri tu tersangatlah kuat. 


Tak sabar nak tengok Chapter Odiyan nanti tapi harapnya tak perlu nak tunggu lama lah sampai hilang hype tu. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Pengarah: Kimo Stamboel
Penulis Skrip: Khalid Kashogi, SimpleMan, Kimo Stamboel
Pelakon: Marthino Lio, Tora Sudiro, Nyimas Ratu Fafa, Masayu Anastasia, Karina Suwandhi, Dayinta Melira, Rio Dewanto, Faradina Mufti, Gisellma Firmansyah, Vincent Sanjaya, R. Swetajalu
Syarikat Produksi: MD Pictures
Pengedar: MD Pictures (Indonesia), Antenna Entertainments (Malaysia)
Genre: Seram / Misteri
Durasi Tayangan: 94 minit
Tarikh Tayangan: 24 Disember 2025 (Indonesia), 01 Januari 2026 (Malaysia)
Trailer:


Prekuel Sewu Dino (2023) bermula dengan babak Sabdo (Marthino Lio) dan Intan (Nyimas Ratu Fafa), dua beradik yang ditimpa musibah apabila rumah kediaman mereka terbakar. Keesokannya, Arjo Kuncoro (Tora Sudiro) tiba di kampung tersebut untuk mencari anak-anak saudaranya lalu memujuk dua beradik tersebut tinggal di rumahnya. 

Di sana Sabdo dan Intan diberikan kemewahan kerana Arjo dan isterinya, Lasmini (Masayu Anastasia) hidup berdua dibantu oleh beberapa orang pembantu rumah. Di tangan mereka mempunyai lambang kepala kambing hitam sebagai tanda bekerja dan setia dengan keturunan Kuncoro. 


Setiap malam Sabdo dipaksa melakukan ritual sembelih kambing hitam kerana setiap waris lelaki Kuncoro perlu berani dan bersedia melawan musuh terutamanya musuh ghaib. Kerana ritual tersebut juga, Sabdo diangkat sebagai Canguk Songo dan menjadi tuan kepada Bokolono (Vincent Sanjaya), makhluk berkepala kambing hitam, bertubuh sasa dan tinggi. 


Manakala waktu siangnya pula dihabiskan dengan mengikuti Arjo bertemu dengan Trah Pitu atau 7 keluarga berada di Kepulauan Jawa. Karsa Atmojo (Karina Suwandhi) merupakan salah seorang dari Trah Pitu seperti yang diceritakan dalam naskhah Sewu Dino. Dalam prekuel cuma 5 keluarga didedahkan dan mungkin akan diperkenalkan lagi dalam instalment yang lainnya kerana Sewu Dino bakal dijadikan universe. 


Kalau Sabdo ditabalkan sebagai Canguk Songo, Intan pula bakal menggantikan Lasmini sebagai Ranum untuk melahirkan pewaris Kuncoro. Jijiknya ritual keturunan Kuncoro bila mereka bernikah sesama sendiri dan kerana perkara itu lah ayah kepada Sabdo dan Intan melarikan kedua-dua anaknya jauh dari dunia Trah Pitu. Malangnya, rahsia besar itu tak diceritakan kepada anak-anak dan secara mudahnya anak-anak dia terpedaya dengan helah Trah Pitu. 

Naskhah Janur Ireng arahan dan penulisan Kimo Stamboel mengangkat novel Janur Ireng karya nukilan Simpleman yang diterbitkan pada tahun 2020. Janur Ireng dikembangkan untuk menjawab beberapa persoalan yang timbul dari filem Sewu Dino, baik dari novelnya mahupun filemnya. 


Siapa yang menghantar sihir kepada Della (Gisellma Firmansyah), cucu Karsa Atmojo terjawab di final act Sewu Dino kemudian diceritakan pula siapakan Sabdo dan keturunan Kuncoro dalam Janur Ireng. Kimo menambah watak Sugik (Rio Dewanto) dan ahli Trah Pitu. Dalam filem Janur Ireng, penceritaan dari perspektif Sabdo, berbeza dengan novel yang menggunakan perspektif Sugik, si pembantu Arjo Kuncoro. 


Walaupun Kimo mempunyai novel Janur Ireng sebagau rujukan utama namun plot filem tak dikembangkan dengan baik sama ada untuk elemen seram atau thriller. Pace penceritaan yang perlahan buatkan naskhah Janur Ireng terasa bosan dan draggy. Kebanyakan jawapan juga diletakkan di final act tapi ada kejutan yang tak memberikan impak sebab boleh diteka dari awal filem lagi. 


Makin menjadikan filem Janur Ireng terlihat lemah bila watak Sabdo sendiri dangkal. Kenapa dia bersetuju dengan Janur Ireng sedangkan Intan juga ada darah Kuncoro? Kenapa Sabdo tak arahkan Bokolono kawal Arjo sebelum dia betul-betul tahu dan kenal kelebihan serta kelemahan sebagai Canguk Songo? Dalam filem digambarkan Canguk Songo sebagai watak yang kuat antara semua Trah Pitu sayangnya di second half, wataknya dilemahkan untuk hadirkan elemen kejutan. 

Konflik yang dimasukkan tak begitu terasa bila watak Sabdo dan Intan belum sepenuhnya terjerat dengan kemewahan. Setiap kali ada gangguan, dengan mudahnya kedua-dua watak ingin lari keluar dari dunia Trah Pitu. Gangguan yang dimasukkan pun tak banyak dan tak seram cuma background scores yang sengaja dikuatkan untuk babak jump scares. 


Pun begitu kekuatan Janur Ireng terletak pada sinematografi yang menarik bila segala makhluk ghaib yang dimasukkan terlihat cemerlang walaupun menggunakan CGI. Sepanjang masa terpukau dengan keindahan batik Jawa dan seni ukiran kayu yang menghiasi segenap pelusuk rumah. Pintu ruangan bilik bawah tanah tersergam gah sesuai dengan kekayaan keturunan Kuncoro. Sama juga dengan ruangan rumah Karsa atau Gayatri (Faradina Mufti).

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.4 = 5.9/10

Movie Review | Lost in Starlight (2025)


Pengarah: Han Ji-won
Penulis Skrip: Kang Hyun-joo, Han Ji-won 
Pelakon: Kim Tae-ri, Hong Kyung, Ahn Young-mi, Sharon Kwon, Kang Goo-han, Yoon A-young, David John Robbin
Syarikat Produksi: Climax Studio, Netflix Animation   
Pengedar: Netflix
Genre:  Romantik / Drama
Durasi Tayangan: 96 minit
Tarikh Tayangan: 30 Mei 2025  
Trailer:


Mengisahkan Nan-young (Kim Tae-ri), angkasawan muda yang mengikut jejak langkah mendiang ibunya, Son Ji-young (Ahn Young-mi) bekerja di angkasa. Nan-young mempunyai rencana lain menjadi angkasawan kerana dia ingin menyiasat kehilangan ibunya setelah dihentam meteor. Walaupun dunia mengesahkan kematian ibunya tapi Nan-young percaya ibunya masih di luar sana menunggu untuk diselamatkan. 

Ketika pulang bercuti di Korea seperti yang diarahkan oleh Kapten Jared (David John Robbin), ketua ekspedisi ke Marikh, Nan-young mencari kedai yang boleh membaiki vinyl player milik mendiang ibunya. Ramai yang menolak kerana vinyl player tersebut sudah lama dan tak lagi dijual jadi alat ganti mungkin sukar untuk dicari. 


Di sana dia berjumpa dengan Jay (Hong Kyung), lelaki muda yang mempunyai bakat suara lunak namun pinggirkan impian tersebut. Kebetulan Jay adalah pencipta lagu yang diminati oleh Nan-young dan perkara tersebut buatkan mereka berdua dengan mudahnya mesra dan jatuh suka antara satu sama lain. 

Naskhah romantik drama Lost in Starlight merupakan arahan dan penulisan Han Ji-won yang menggabungkan kisah sains fiksyen dan cinta. Filem Lost in Starlight merupakan filem animasi pertama yang diterbitkan oleh Netflix selepas peningkatan penonton di Asia. 


Perjalanan kisah cinta Nan-young dan Jay diuji melangkaui jarak antara Seoul dan planet Marikh dan latar masa tahun 2050 digunakan untuk menghidupkan dunia berkonsepkan futuristik. Pelbagai teknologi dimasukkan untuk memaparkan kehidupan di masa hadapan yang bergantung penuh dengan AI dan robot. Macam babak Nan-young berbual dengan Rosa secara virtual dan Nan-young boleh mengawal saiz hologram Rosa (Sharon Kwon). Pengangkutan di Seoul juga bertambah melalui pengangkutan udara dengan penggunaan teksi dron. 


Awalnya nak layan filem Lost in Starlight untuk hilangkan bosan tapi tak sangka jalan cerita antara Nan-young dengan Jay agak seronok untuk ditonton. Trauma yang dialami oleh kedua-dua watak buatkan personaliti watak-watak utama lebih meyakinkan dan kuat. Filem ni terarah sepenuhnya pada dua watak utama dan banyak perbualan bersama tapi seronok je layan momen romantik mereka berdua. 

Mungkin juga jadi seronok sebab tona suara Kim Tae-ri dengan Hong Kyung berubah mengikut emosi dan suasana dalam babak-babak tertentu. Macam babak Jay dengan Nan-young berbual tentang minat awal Jay dalam musik, suara Tae-ri berubah jadi teruja dan comel. Sama juga bila Nan-young bawa Jay ke planetarium untuk tunjukkan sisi angkasawan kepada Jay. Tona suara dia lembut dan bahagia bila Jay ambil kisah tentang kerjaya dia. 


Visual yang digunakan antara kekuatan filem Lost in Starlight dengan penggunaan warna yang menarik dan moden. Tapi ada masanya watak Nan-young dan Jay nampak tak kemas atau berubah-ubah. Susah nak describe sebab tak reti sangat bab animasi tapi visual dia tak cantik, kadang cengkung, kadang okay. Nampak creepy pun ya juga. 

Kelemahan filem Lost in Starlight terletak pada babak klimaks yang berlaku apabila Nan-young terkandas di tempat asing. Mungkin sebab tak arif tentang angkasa atau program angkasawan so babak ni mengelirukan lah bila Nan-young terjumpa ladang bunga Amur Adonis dan sebagainya. Boleh jadi Nan-young berkhayal sebab hilang oksigen tapi ada sesuatu yang buatkan ianya tampak nyata.


Kalau ikutkan, pengarah boleh hasilkan filem sebenar tanpa latar masa atau latar tempat futuristik sebab kebanyakan momen Jay dan Nan-young berlatarkan bumi dan perbualan biasa tanpa melibatkan penggunaan teknologi canggih. Dia macam pergi jauh tapi sebenarnya tak mampu keluar dari zon biasa. But I appreciate the effort. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.7/10

Pengarah: Kim Won-seok
Penulis Skrip: Lim Sang-choon
Pelakon: IU, Park Bo-gum, Moon So-ri, Park Hae-joon, Kim Seon-ho, Lee Jun-young, Oh Jung-se, Kim Yong-rim, Yeom Hye-ran, Choi Dae-hoon, Kang You-seok, Jang Hye-jin
Syarikat Produksi: Pan Entertainment, Baram Pictures
Penyiaran: Netflix
Genre: Romantik / Drama
Jumlah Episod: 16 Episod (49–85 minit setiap episod)
Tarikh Tayangan: 7 Mac – 28 Mac 2025
Trailer:


‘One day, life might get so tough that you feel like you can’t go on. Don’t just lie still. Struggle with all your might. You’ll get through the dark waters and see the sky. Tell yourself you won’t die and must survive, no matter what.‘

Berlatarkan Masyarakat di Kepulauan Jeju, Ae-Sun (IU) yang hidup sendiri setelah kematian ibunya dibantu oleh Gwan-Sik (Park Bo-Gum) yang sentiasa mengekorinya sejak berumur 9 tahun lagi. Satu kampung tahu Gwan-sik suka dengan Ae-sun tapi gadis tersebut endahkan saja kerana impiannya untuk hidup di Seoul sebagai penulis puisi. 


Impian hanya tinggal Impian bila Ae-sun tak dapat pergi ke kolej kerana terpaksa menjaga adik-adiknya yang lain sehingga lah ayah tirinya berkahwin lain. Ae-sun ajak Gwan-sik lari ke Busan tapi tertangkap kerana dirompak dan masih bawah umur. Ae-sun dan Gwan-sik berkahwin dan meneruskan kehidupan sebagai pasangan muda di kampung tersebut. Ae-sun menjaga anak-anak di rumah sementara Gwan-sik keluar bekerja sebagai nelayan. 


Pelbagai cabaran Ae-sun dan Gwan-sik perlu tempuhi ketika membesarkan anak-anak mereka termasuklah kehilangan Do-myeong. 

Pada mulanya ingatkan tajuk drama ni a creative twist dari idiom When life gives you lemon, makes lemonade sebab berlatarkan Pulau Jeju jadi tukar kepada limau. Rupanya bukan twist tapi ada pepatah yang menggambarkan bersusah-susah dahulu, bersenang kemudian. Bila kita kopek kulit limau mungkin penat dan renyah, kadang terkena percikan air limau yang pedih di mata, ataupun perbuatan mengopek kulit tu sendiri makan masa tapi bila dapat makan isi limau yang manis automatik hilang rasa penat mengopek tu sampai tak sedar tangan dah kopek lagi limau yang lain. 


Naskhah drama arahan Kim Won-seok menggunakan latar masa tahun 60-an hingga ke masa sekarang dengan penceritaan yang bersilih ganti antara masa lalu dan masa sekarang. Walaupun When Life Gives You Tangerines menggunakan konsep bercerita tentang kisah peribadi Ae-sun namun penulis masukkan beberapa elemen women empowerment pada setiap fasa kehidupan watak utama.  


Rasa sayang Gwan-sik yang menggerakkan drama romantik menjadi luar biasa melalui small gestures terhadap Ae-sun. Dekat awal perkahwinan, Ae-sun cuma ada satu pin rambut namun semakin drama bergerak, semakin banyak pin rambut yang dimiliki Ae-sun. Pin rambut adalah barang yang murah tapi besar maknanya untuk Ae-sun. Gestures Gwan-sik juga diceritakan melalui watak lain macam Yeong-ran (Chae Seo-an) yang cemburu dengan kehidupan Ae-sun mengahwini lelaki yang dia suka walaupun tak kaya. 


Babak Gwan-sik berenang dari kapal ke darat untuk peluk Ae-sun tu sama dengan babak Kabir Mehra (Ranveer Singh) berenang untuk kejar Farah (Anushka Sharma) dalam filem Dil Dhadakne Do (2015). So yes, don’t settle for less girl. 

I was a bit late to the watch party sebab nampak ramai yang cakap setiap episod akan buatkan kita menangis so ambil masa lah nak tengok. Bila dah hujung tahun macam keadaan bertenang sikit baru layan drama beremosi ni. Betul lah macam orang cakap tu, ada saja dugaan Ae-sun dan Gwan-sik semasa hidup tambah bila anak-anak dah besar. Babak Ae-sun dengan Geum-myeong mostly macam kena dekat batang hidung sendiri sebab selalu bergaduh dengan mak sebab masing-masing ada perspektif sendiri. Babak Geum-myeong dengan Gwan-sik pula teringat sayang bapa kepada anak perempuan. 


Lakonan IU sebagai Ae-sun di waktu muda dan Geum-myeong sometimes mengelirukan sebab gaya lebih kurang. Even narrator tu pun mengelirukan sama ada si ibu atau si anak yang bercerita. Tak pasti kenapa pengarah bagi IU double role sedangkan boleh bagi watak Geum-myeong kepada pelakon lain. 

Mungkin pengarah nak kuatkan babak Gwan-sik sayang Ae-sun lebih dari anak perempuan dia bila Geum-myeong bagitahu yang dia mungkin keutamaan Gwan-sik tapi tak ada siapa boleh lawan tempat Ae-sun di hati Gwan-sik. Walaupun kedua-dua watak ada muka yang sama tapi sayang dekat Ae-sun lebih dari rupa. Faham tak? But still, it just pointless sebab kasih sayang ayah bukan pada rupa so yes, what’s the need for playing double role? 


Lakonan dan chemistry main lead yang menjadikan naskhah When Life Gives You Tangerines meninggalkan impak dan bermakna. Susah untuk I declare Ae-sun dan Gwan-sik adalah lakonan terbaik dalam karier masing-masing sebab I tak layan semua filem atau drama kedua-dua pelakon utama cuma I boleh puji kekuatan lakonan masing-masing buatkan watak Ae-sun dan Gwan-sik hidup di dunia nyata. 

Moon So-ri dan Park Hae-joon pun banyak membantu penceritaan kehidupan Ae-sun dan Gwan-sik di usia pertengahan semakin beremosi dan romantik. Sedih bila tengok masing-masing jadi kekuatan masing-masing bila anak-anak buat perangai. Momen berdua pun tampak romantis walaupun dah berusia. Walaupun berbeza pelakon pada fasa umur yang berlainan tapi kedua-duanya masih kekalkan lenggok dan gaya yang sama. Bila waktu sekarang bersilih ganti ke masa lalu pun tak terasa perubahan tu sebab kita masih tengok Ae-sun dan Gwan-sik yang sama. 


Sinematografi dari lensa Choi Yoon-man dan Kim Dong-soo menjadikan Kepulauan Jeju sebagai landskap yang cantik tapi mengerikan kerana risiko yang menanti para haenyeo dan juga nelayan. Selalunya kita digambarkan Jeju sebagai destinasi romantic atau pelancongan yang menarik namun berbeza dalam naskhah When Life Gives You Tangerines yang paparkan realiti kehidupan masyarakat di sana. Apapun, Jeju masih lagi menjadi latar tempat yang romantik dengan kehadiran ladang bunga tempat Gwan-sik dan Ae-sun dating. Teringat pulak filem Dilwale Dulhania Le Jayenge (1994). 


I nak bagi full rating untuk drama When Life Gives You Tangerines tapi I tak suka dengan plot drama yang diwujudkan untuk watak Yang Eun-myeong (Kang You-seok). Nak pula masa dia bercinta dengan Bu Hyeon-suk (Lee Soo-kyung), anak perempuan Bu Sang-gil dan Yeo-ran. Mungkin ada yang rasa elemen komedi kuat dekat situ but personally for me, a bit draggy dan bosan. 


Tahniah untuk team production yang terlibat secara langsung atau tak langsung dalam drama When Life Gives You Tangerines terbitan Pan Entertainment dan Baram Pictures. Tak tahu akan repeat lagi ke tak sebab drama ni buat I faham pengorbanan ibu bapa nak besarkan anak-anak dengan lebih mendalam melalui Ae-sun dan Gwan-sik tapi tak sanggup nak go through babak-babak yang menyayat hati. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.7, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 9.4/10

“Tolong… Datanglah. Kereta Kebal Dah Mendekat.” | APABILA RINTIHAN SUARA ANAK KECIL BERGEMA DI BUMI GAZA

Primeworks Studios mencuri perhatian menerusi pelancaran teaser berdurasi 15 saat bagi filem terbaharu pasaran mereka, The Voice of Hind Rajab. Tanpa visual sensasi atau skor dramatik, teaser ini memilih pendekatan yang terkawal dengan bergantung sepenuhnya pada keheningan, jeda masa dan satu suara kecil yang merayu, terasa menghimpit dan sukar diabaikan. Dalam masa yang sama, bintang Hollywood, Brad Pitt dan Joaquin Phoenix, turut terlibat dalam projek ini sebagai penerbit eksekutif.



“Tolong… datanglah. Kereta kebal dah mendekat!” (“Please, come. The tanks are coming!”). Baris pembuka ini terus merentap emosi pendengar. Video tersebut kemudian disusuli suara yang cuba membantu, “Apa nama kamu?” (“What’s your name?”), sebelum suara sebelumnya kembali dalam nada rapuh dan terdesak, “Nama saya Hind Rajab Hamada. Tolong jangan tinggalkan saya. Saya keseorangan.” (“Hind Rajab Hamada. Please, don’t leave me. I’m all alone.”).


Suara rayuan itu milik Hind Rajab, seorang kanak-kanak Palestin berusia enam tahun yang terperangkap di dalam sebuah kereta di Gaza ketika cuba mendapatkan bantuan kecemasan dalam peristiwa sebenar pada 29 Januari 2024. Dengan menggabungkan rakaman audio sebenar dan lakonan skrip, filem ini mengekalkan suara panggilan tersebut sebagai rakaman asli, sekali gus memperlihatkan detik penantian yang getir dan sunyi. 

Diarahkan oleh Kaouther Ben Hania, filem ini menampilkan barisan pelakon asal Palestin iaitu Saja Kilani, Motaz Malhees, Amer Hlehel dan Clara Khoury. The Voice of Hind Rajab dijadualkan ke pawagam Malaysia Januari ini dan turut disenarai pendek bagi Best International Feature Film di Anugerah Akademi ke-98 (98th Oscars). 

Jika 15 saat teaser sudah cukup untuk menghentikan nafas, filem penuhnya dijangka meninggalkan kesan mendalam sebagai peringatan tentang kemanusiaan, kehilangan dan suara yang tidak sepatutnya tenggelam.