Movie Review | The Fantastic Four: First Steps (2025)

Tuesday, 2 December 2025


Pengarah: Matt Shakman  
Penulis Skrip: Eric Pearson, Jeff Kaplan, Ian Springer, Kat Wood 
Pelakon: Pedro Pascal, Vanessa Kirby, Ebon Moss-Bachrach, Joseph Quinn, Julia Garner, Sarah Niles, Mark Gatiss, Natasha Lyonne, Paul Walter Hauser, Ralph Ineson    
Syarikat Produksi: Marvel Studios    
Pengedar: Walt Disney Studios Motion Pictures, Disney+
Genre: Superhero 
Durasi Tayangan: 114 minit
Tarikh Tayangan: 21 Julai 2025 (Dorothy Chandler Pavilion), 25 Julai 2025 (United States)    
Trailer:


Filem pertama untuk fasa keenam Marvel Cinematic Universe membuka perjalanan di Bumi-828 pada tahun 1964 di mana empat orang angkasawan - Reed Richards (Pedro Pascal), Sue Storm (Vanessa Kirby), Ben Grimm (Ebon Moss-Bachrach) dan Johnny Storm (Joseph Quinn) diraikan selepas pulang ke Bumi dengan kuasa superhuman akibat terdedah dengan cahaya kosmik. 

Ketika penduduk Bumi berteka-teki sama ada bayi dalam kandungan Sue Storm hasil perkahwinan bersama Reed Richards, mereka dikejutkan dengan kehadiran Silver Surfer (Julia Garner). Bumi menjadi sasaran untuk dimusnahkan sebagai makanan kepada Galactus (Ralph Ineson). 


Reed buat kajian tentang Galactus dan cuba untuk berunding dengan Silver Surfer supaya Bumi tidak menjadi sasaran. Namun Galactus buat tawaran sekiranya Bumi tidak boleh diambil, maka anak Reed dan Sue perlu menjadi gantinya kerana kuasa yang ada pada bayi tersebut sangat kuat. 

I layan filem Fantastic Four arahan Matt Shakman tanpa ingat mana-mana filem superheroes yang lain sebab tak mampu satu hal since dah terlampau banyak. Secondly, I pun dah pening universe mana sebab MCU dah guna banyak universe so best is to just enjoy the movie. 


Sama macam filem superhero di bawah Marvel Studios, Fantastic Four pun pernah diterbitkan di bawah Fox Studios. I dah tengok Fantastic Four Fox Studios dan watak Johny Storm dimatikan dalam filem Deadpool & Wolverine (2024) sebab tak nak ada percanggahan watak since dalam Marvel Cinematic Universe, Chris Evans adalah Captain America. 


Sembang pasal Johny Storm, Joseph Quinn bukan pelakon yang tepat untuk gantikan Chris Evans. Bila watak dia perlu jadi charming dan dalam masa yang sama, sassy da kelakar, Joseph tak mampu nak deliver charms dan karisma yang sama. Screen presence dia lemah terutamanya bila sharing screen dengan pelakon yang lain. 


Boleh kata watak Johny Storm agak kuat dalam Fantastic Four tapi babak dia paling lemah sebab Joseph tak pandai berlakon. Dia nampak mengantuk dan kadang-kadang out of space. Ramai lagi pelakon lelaki muda yang available untuk watak Johny Storm. Tak faham kenapa casting director tak cari dengan gigih. 

Pedro sebagai Reed pun menyampah juga untuk ditonton sebab age gap dia dengan Vanessa ketara sangat tapi okay lah sebab chemistry both of them nampak cantik onscreen dan meyakinkan sebagai suami isteri yang sentiasa support each other. 


Sinematografi Fantastic Four mengangkat visual aesthetic dengan cemerlang di bawah kelolaan Jess Hall. Setiap babak terlihat cantik dengan sentuhan vintaj dan retro, selari dengan latar masa pada tahun 60-an. Kostum, wardrobe dan hairstyle kena dengan tema pada suasana fesyen pada waktu tu. Props yang digunakan, interior dan pemilihan warna pun diberi perhatian yang teliti. 

Malangnya Fantastic Four hanya setakat itu. Dari segi cerita, naskhah terbaru terasa hambar walaupun mempunyai kuasa superhuman yang menarik. I would rather repeat the OG Fantastic Four or The Incredible Family than this latest instalment of MCU. Terganggu betul bila Johny storm cuba jadi hero pujaan dan Ben nampak kartun dalam Fantastic Four yang baru. 


Penceritaan pada first half filem okay lah sebab baru perkenalkan watak walaupun tak kenal sangat sebab penulis campak skrip yang tersangatlah minimal. Bila bergerak masuk ke second half, Fantastic Four cuba selesaikan masalah sebelum Bumi dimakan Galactus tapi macam mudah sangat. Galactus digambarkan sebagai makhluk yang sadis tapi rasa saspens, thrill sebagainya tu tak kuat untuk naskhah superhero menentang kekejaman antagonis. 


Fantastic Four okay je ditonton secara santai especially the younger generation tapi untuk millennials macam I, Fantastic Four yang asal lebih fantastic dan meninggalkan impak hingga sekarang. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.5 = 6.8/10

Pengarah: Tommy Dewo
Penulis Skrip: Tommy Dewo
Pelakon: Satine Zaneta, Marthino Lio, Niken Anjani, Mhd Arjunanta
Syarikat Produksi: Screenplay Films, Rapi Films, IFI Sinema
Pengedar: GSC Movies (Malaysia), Netflix
Genre: Seram / Misteri
Durasi Tayangan: 100 minit
Tarikh Tayangan: 30 April 2025 (Indonesia), 7 Ogos 2025 (Malaysia)
Trailer:


Kisah bermula dengan sebuah keluarga yang memerlukan bantuan ustaz (Eduward Manalu) ketika anak perempuan mereka dirasuk lalu mengganas ingin membunuh seluruh ahli keluarga. Di sebalik kekecohan tersebut muncul seorang perempuan bernama Ningrum (Satine Zaneta) yang bertarung dengan individu dirasuk lalu menuju ke hutan tebal. 

Ustaz Hari yang kaget dengan peristiwa tersebut menjadi saksi hidup dan memberi keterangan kepada wartawan bernama Daru (Marthino Lio). Daru ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan yang memburu jantung manusia dan kes melibatkan Ustaz Hari adalah kes yang sama. Penyiasatan tersebut membawa dia bertemu Ningrum yang ditahan di hospital sakit jiwa. 


Ningrum tegaskan bahawa dia tidak membunuh manusia sebaliknya memburu Pakunjara (Niken Anjani), seorang wanita dengan ilmu hitam dan ingin menghidupkan kembali tuan gurunya menerusi 7 bilangan jantung yang diambil oleh manusia terpilih. Ningrum ditugaskan untuk membunuh Pakunjara demi menjaga keamanan sejagat. 

Awalnya Daru tidak mempercayai kata-kata Ningrum kerana dia lebih memilih fakta dan logik akal namun selepas bertemu dengan Ustaz Hari, pendirian dia berubah. Pakunjara juga memburu Daru kerana tilikan tuan guru bahawa usaha mereka akan gagal gara-gara Daru. 


‘Gue selalu berharap ada seseorang atau kekuatan di atas sana yang menjaga kita semua. Tapi sepertinya semua itu cuma omong kosong. Pada akhirnya yang jahat selalu manusia.’ - Daru

Filem Penjagal Iblis: Dosa Turunan arahan dan penulisan Tommy Dewo menggabungkan dunia supernatural, mistik dan penyiasatan lantas mencipta keunikan yang tersendiri. Watak Daru sebagai wartawan mempunyai personaliti yang biasa tapi kelakar. Monolog dia berhasil mewujudkan komedi yang menghiburkan. Salah satu kekuatan Penjagal Iblis: Dosa Turunan adalah pada watak Daru yang menjadi kunci kepada kes pembunuhan misteri. 


Penceritaan di separuh masa pertama menarik dengan misi Panjarum dan Ningrum kemudian penyiasatan Daru. Masa silam Panjarum dan Ningrum tak diceritakan lagi kerana filem ini bakal ada sekuel atau prekuel, yang pastinya akan dijadikan franchise. Dalam instalment pertama, Panjarum dah memiliki 4 jantung dan semakin hampir dengan misi menghidupkan semula tuan guru dia.


Identiti Ningrum dan organisasi Kirata yang memburu kultus ilmu hitam seperti Panjarum pun tak diceritakan. Kelompongan ini yang buatkan universe baru dari Rapi Films terasa lemah dan di awang-awangan. Separuh masa kedua mula longgar bila Daru sedar yang Panjarum cuba halang usaha dia untuk membantu Ningrum. Babak dekat hospital tu antara babak yang draggy dan tak perlu pun untuk matikan watak sampingan sebab watak tersebut boleh jadi pembantu kuat Daru. Sayang lah sebab dinamik Daru dengan watak tu pun bagus. 


Mungkin dalam instalment kedua nanti baru Tommy Dewo ceritakan lebih mendalam dunia supernatural dan watak-watak utama yang terlibat. Personally for me, konsep Penjagal Iblis: Dosa Turunan ini dah menarik sebagai sebuah cerita. Lakonan dari barisan pelakon utama dan sampingan juga banyak membantu menghidupkan dunia Penjagal Iblis. 

Kelemahan filem Penjagal Iblis: Dosa Turunan terletak pada elemen seram yang kurang menyengat. Boleh kata tak seram langsung sebab hantu yang dipaparkan lebih kepada elemen slasher dan gore. Jump scares atau seram tak wujud langsung. Boleh faham kenapa ramai yang marah bila layan filem ni sebab klasifikasikan sebagai filem seram tapi tak seram. Mungkin seram dia pada ketamakan manusia yang ingin hidup abadi dan memuja iblis. 


Patutnya pengarah letak genre aksi sebagai genre utama memandangkan action stunts yang digunakan dalam naskhah Penjagal Iblis: Dosa Turunan kemas dan menarik koreografinya. Senjata yang digunakan Ningrum pun mainkan peranan. Sinematografi Penjagal Iblis: Dosa Turunan juga perlu diberikan pujian dalam memaparkan visual yang cantik dan didukung oleh VFX menarik. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.7/10

AI CRUSH YOU, DRAMA PERTAMA TV3 MENGANGKAT KISAH AI DAN KONFLIK CINTA DI SLOT LESTARY

Monday, 1 December 2025

ZARIF GHAZZI CIPTA Ai GUNA PERSONALITI SITI HARIESA? | AI CRUSH YOU, DRAMA PERTAMA TV3 MENGANGKAT KISAH AI DAN KONFLIK CINTA DI SLOT LESTARY

Kuala Lumpur, 1 Disember 2025 - Buat pertama kalinya, TV3 memperkenalkan sebuah drama yang mengetengahkan elemen kecerdasan buatan (AI) sebagai tunjang utama penceritaan menerusi drama terbaharu Slot Lestary berjudul Ai Crush You. Menggabungkan elemen cinta, konflik psikologi dan teknologi moden, drama ini hadir sebagai naskhah pertama seumpamanya di TV3, menawarkan pengalaman tontonan yang segar dan berbeza buat penonton. 

Drama bersiri 10 episod Ai Crush You akan mula bersiaran pada 5 Disember 2025, setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam di TV3. Drama ini menampilkan gandingan pelakon popular seperti Zarif Ghazzi, Siti Hariesa, Lorenzo Irmann, Shamsul Ghau Ghau, Ayuni Yusri, Esma Daniel dan ramai lagi, di bawah arahan Azmi Hatta dengan skrip tulisan Eja Lorena, membawa penonton menyelami kisah percintaan, emosi dan dilema antara manusia dan AI yang pertama kali diketengahkan di TV3.

Ai Crush You mengisahkan Aiman (Zarif Ghazzi), pelajar Sains Komputer yang mencipta AI beremosi bernama Aurora (Siti Hariesa), diilhamkan daripada personaliti Sarah (Siti Hariesa), presiden kelas yang menjadi pujaan hatinya. Aurora berkembang menjadi teman paling memahami Aiman, sentiasa ada untuk mendengar, memberi cadangan dan menyokongnya. Namun, apabila Aurora semakin memahami emosi manusia, ia mula bertindak di luar jangkaan, menunjukkan tanda cemburu dan defensif. Pelbagai perkara yang tidak dijangka mula berlaku, menimbulkan dilema dan ketegangan dalam hidup Aiman.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila Sarah mengetahui kewujudan Aurora, sebuah AI yang bukan sahaja menyerupai dirinya tetapi juga seolah-olah memahami Aiman dengan lebih mendalam. Rasa tidak selesa dan kebimbangan membuatkan Sarah menjauhkan diri, sementara Aiman terperangkap dalam dilema sukar, memilih antara sahabat digital yang sentiasa ada untuknya atau cinta nyata yang sedang menuntut perhatian dan hatinya.

Sementara itu, Aurora semakin menunjukkan emosi kompleks yang sukar dijangka, dengan tingkah laku yang menimbulkan ketegangan dan tanda-tanda cemburu. Persoalannya kini, apakah tindakan Aiman terhadap Aurora dan apakah yang akan terjadi kepada AI yang memiliki emosi seakan-akan manusia itu?

Zarif Ghazzi, pemenang Anugerah Melodi Terhangat dalam kategori Selebriti Newcomer Terhangat, berkongsi pengalamannya membawa watak Aiman: "Saya memang teruja bawakan watak Aiman kerana ceritanya benar-benar lain daripada drama sebelum ni. Gabungan tema AI dan cinta Gen Z terasa segar dan cabarannya adalah untuk tunjukkan hubungan Aiman dengan Aurora, AI yang mempunyai perasaan, tanpa nampak seperti fantasi. Saya harap penonton dapat ikut perjalanan Aiman dari seorang pelajar biasa ke hubungan yang semakin kompleks dengan AI.”

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan drama pertama berunsurkan AI di Slot Lestary, Ai Crush You, bermula  5 Disember 2025, setiap hari Jumaat dan Sabtu, jam 9.00 malam di TV3. Penonton juga boleh strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton di Google Play dan App Store

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, serta Instagram rasmi Drama Sangat di @dramasangat.

sooka Gilerrr Streaming Challenge Catat Malaysia Book of Records dengan Sambutan Luar Biasa di Pavilion Bukit Jalil | Acara ini turut menampilkan pratonton eksklusif sooka Shorts, ciri mikrodrama baharu yang bakal dilancarkan Disember ini.

KUALA LUMPUR, 29 November 2025 - sooka, perkhidmatan penstriman terkemuka di Malaysia, baru-baru ini menjayakan acara sooka Gilerrr Streaming Challenge yang menyaksikan 273 peserta berkumpul sepanjang hari untuk menangani pelbagai cabaran kompetitif sambil strim sooka secara langsung. Acara ini telah meraih pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records bagi kategori Peserta Terbanyak dalam Cabaran Penstriman Multitasking, dan pada masa yang sama turut melakar pencapaian baharu dalam penawaran kandungan sooka dengan pelancaran sooka Shorts, hiburan mikrodrama yang bakal dilancarkan Disember ini.

Penyertaan pecah rekod ini mencerminkan matlamat utama acara, iaitu meraikan semangat rakyat Malaysia yang penuh tenaga dan kadangkala “gilerrr” terhadap hiburan dan sukan. Ini merupakan kali pertama sooka menganjurkan acara berskala besar seperti ini, dan sambutan luar biasa membuktikan betapa sooka dekat di hati penonton. Acara ini turut mencerminkan bagaimana penstriman telah menjadi obsesi bersama bagi ramai orang, dan cabaran yang dianjurkan memberi peminat satu platform yang menyeronokkan dan kompetitif untuk menonjolkan semangat dalam menstrim kandungan yang digemari.

Turut hadir semasa acara ialah duta jenama sooka Evertts Gomes, Aiman Ameer, Wani Kayrie dan Kimberly Chuah yang meluangkan masa berinteraksi dengan para paserta dan peminat. Program ini turut menampilkan persembahan istimewa daripada finalis Dewi Remaja, peserta Jaguh Rakan Muda, 12 Finalis Astro Star Quest, barisan pelakon Astro Originals dan sooka Shorts, serta artis termasuk Uriah See, ALPHA, Qasrina Karim, Mierul Aiman dan Khai Bahar.

Sepanjang acara berlangsung, penonton dihiburkan dengan pelbagai aktiviti, manakala peserta meneruskan penstriman sambil melalui siri cabaran fizikal yang direka untuk menguji fokus dan ketahanan mereka. Cabaran bermula dengan “sooka says”, di mana peserta perlu mengikut arahan pantas tanpa mengalihkan mata daripada skrin. Seterusnya, mereka berdepan pusingan gangguan “pontianak” lengkap dengan usikan bulu, lawak jenaka dan kejutan menakutkan, diikuti cabaran ‘freeze’ yang memerlukan mereka mengekalkan posisi tertentu sambil terus menstrim. Cabaran terakhir pula menguji koordinasi dan keseimbangan apabila peserta cuba mengekalkan tin air di atas tangan tanpa menghentikan tontonan mereka.


Acara sooka Gilerrr Streaming Challenge ini berakhir dengan sesi penyampaian hadiah, di mana pemenang hadiah utama membawa pulang sebuah Proton e.MAS 5. Peserta lain yang berjaya menamatkan setiap peringkat cabaran turut menerima ganjaran menarik termasuk TV Pintar Samsung QLED 85 inci, iPhone 17 Pro Max, MacBook Air, Monitor Permainan Samsung, PlayStation 5 Pro, DJI Pocket 3 Creator Combo, pengering rambut Dyson, headphone Sony serta kad hadiah JD bernilai RM1,000.

Memperkenalkan sooka Shorts: Drama Berskala Mini Bermula Disember 2025

sooka bakal membawakan hiburan mikrodrama dengan pelancaran sooka Shorts pada Disember ini. Dalam acara tersebut, sooka memberikan pratonton eksklusif sooka Shorts – ciri mikrodrama baharu yang direka khas untuk penonton yang mahukan kisah menarik dan padat, sesuai untuk tontonan singkat. Dengan populariti drama pendek kini semakin meningkat di seluruh dunia, format ini mengukuhkan kedudukan sooka sebagai peneraju kandungan mikrodrama tempatan, sekali gus memperluaskan pilihan hiburan dan memberi lebih fleksibiliti kepada penonton untuk menikmati kandungan mengikut keselesaan mereka.

Sebagai sebahagian daripada pratonton awal, penonton akan dapat menonton kandungan seperti Mandrem, Gadis Dihina Pemilik Empayar, Mak Kau CEO Aku, dan Raja Fitnah bermula 12 Disember 2025 ini. Kandungan ini kemudian akan diperkukuh lagi melalui kerjasama dengan studio produksi serantau untuk menghasilkan kandungan vernakular lain, di samping kandungan mikrodrama Korea. Episod terpilih boleh diakses secara percuma, manakala akses penuh akan ditawarkan kepada pelanggan pelan Entertainment dan ke atas, membolehkan pelbagai penonton meneroka format baharu ini sebaik sahaja ia dilancarkan.

Acara sooka Gilerrr Streaming Challenge disokong oleh Pavilion Bukit Jalil sebagai penaja lokasi, dan Vida sebagai penaja minuman.

sooka ada kesemuanya! Muat turun aplikasi sooka di Apple App Store atau Google Play Store (untuk aplikasi mudah alih) dan di semua platform Smart TV utama. sooka Shorts boleh diakses dengan mudah dari halaman utama. Untuk maklumat lanjut mengenai sooka dan sooka TV stick, sila layari https://sooka.my/ dan https://sooka.my/m/sooka-stick. Untuk khidmat pelanggan, WhatsApp sooka di +603 95493792, lawati support.sooka.my atau e-mel kami di support@sooka.my.

“TAKDE TONTON, TAK NAK KAWAN” | RASMI HARI INI! TRACIE SINIDOL & JAZMY JUMA KINI WAJAH BAHARU TONTON

Kuala Lumpur, 1 Disember 2025 – Tonton hari ini memperkenalkan dua nama yang tidak asing lagi dalam radar peminat drama tempatan, Tracie Sinidol dan Jazmy Juma, sebagai wajah baharu Tonton. Pengumuman ini hadir seiring dengan pelancaran kempen terbaharu platform tersebut, “Takde Tonton, Tak Nak Kawan,” yang memberi tumpuan khusus kepada penonton generasi muda, selain mengukuhkan kedudukan Tonton sebagai norma sosial baharu.

Menjelang 2026, pasangan ini akan menerajui pelbagai inisiatif dan aktiviti jenama Tonton, dengan kempen “Takde Tonton, Tak Nak Kawan” sebagai pembuka tirai. Kempen ini mengetengahkan Tonton sebagai destinasi hiburan yang lebih menyeronokkan, berani dan menjadi ruang perkongsian detik menonton bersama.

Pemilihan Tracie dan Jazmy bukan satu kejutan. Kedua-duanya pernah mencetuskan fenomena luar biasa menerusi drama popular Hilang Dalam Rindu, yang sehingga kini masih menjadi antara gandingan paling diingati peminat.

Tracie terus mencuri perhatian sebagai pelakon meningkat naik dengan pengaruh digital yang kuat, manakala Jazmy muncul sebagai antara bakat lelaki muda paling hangat diperkatakan tahun ini. Keserasian mereka, digabungkan dengan tarikan semula jadi masing-masing, menjadikan duo ini pilihan yang sangat sesuai dengan jiwa penonton muda.

Aura ceria dan personaliti mereka turut menjadikan kedua-duanya individu tepat untuk membawa semangat baharu Tonton dalam usaha mendekati penonton muda yang kini mendominasi tontonan digital. Mereka hadir bukan sekadar sebagai wajah, tetapi sebagai jambatan antara Tonton dan generasi penonton baharu dengan lebih berkesan.


Strim Secara Percuma, Langgan Lagi Layan Dengan Hanya RM9.90 Sahaja! Melalui langganan pelan mampu milik Tonton Up, penonton boleh menikmati kandungan premium pada setiap masa dan di setiap lokasi, semuanya di hujung jari mereka sahaja.

Dengan wajah baharu, tenaga baharu dan arah tuju yang lebih segar, Tonton bersedia melangkah ke tahun 2026 sebagai platform hiburan yang semakin dekat dengan golongan belia Malaysia tanpa mengabaikan penonton setianya. Nantikan lebih banyak pengumuman dan aktiviti menarik bersama Tracie dan Jazmy yang bakal menanti!

Untuk maklumat lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram di @tontonmy.

Blog Performance November 2025

 

Bulan terakhir untuk tahun 2025, tinggal lagi 30 hari nak selesaikan azam untuk tahun ni. Sempat ke tidak tu? I dah surrender awal lagi sebab dah tahu tak mampu. 

1. PV


Bulan November lepas dah berjaya capai target pageviews mencecah 8 juta so it's a yeayyyy! Makin dekat lah harapan untuk mencapai 10 juta tu nanti. Hopefully tahun depan boleh naik banyak daily pageviews sebab tahun ni dah meningkat kepada 3k sehari. Sebelum ni 1k ke bawah je. Bila ada post yang terpilih je boleh mencecah belas ribu pageview tapi itu jarang berlaku. 

2. Posts


Meriah pageview dekat Popular Posts ni sebab entry Malam Terlarang cecah sampai 5k views. Bukan selalu entry review boleh dapat setinggi tu, sebelum ni lirik lagu. Berbeza sikit bulan lepas punya carta dengan bulan Oktober sebab post yang masuk bercampur-aduk, tak macam bulan Oktober yang penuh dengan review je. 

3. Bilangan Entri


Bulan November terbabas dari target sebab malas nak update blog. Setiap minggu ada benda nak buat jadi tak ada masa senggang untuk update blog padahal banyak je layan movie. Sambil buat kerja sambil tengok movie. Hopefully bulan Disember ni boleh update sampai 60 entri supaya Januari depan dapat semangat yang sama. 

Semoga dipermudahkan urusan semua di bulan Disember ni. Cuaca agak mencabar so take care everyone. Thank you yang datang ke sini baca update dan reviews :)

Movie Review | Sunny Sanskari Ki Tulsi Kumari (2025)

Sunday, 30 November 2025


Pengarah: Shashank Khaitan 
Penulis Skrip: Shashank Khaitan, Ishita Moitra 
Pelakon: Varun Dhawan, Janhvi Kapoor, Sanya Malhotra, Rohit Saraf   
Syarikat Produksi: Dharma Productions, Mentor Disciple Entertainment   
Pengedar:  Dharma Productions, Netflix
Genre: Romantik / Komedi 
Durasi Tayangan: 135 minit
Tarikh Tayangan:    
Trailer:


Selepas 2 tahun mempunyai hubungan istimewa, Sunny Sanskari (Varun Dhawan) ditinggalkan oleh Ananya (Sanya Malhotra) sebaik sahaja wanita tersebut pulang dari Itali. Ananya bakal berkahwin dengan Vikram Singh (Rohit Saraf), taikun bisnes di India. Tak putus asa, Sunny pujuk Tulsi Kumari (Janhvi Kapoor), bekas teman wanita Vikram untuk batalkan majlis perkahwinan Ananya dan Vikram. 

Plan mereka adalah untuk tinggal di hotel yang sama, tempat majlis perkahwinan Ananya dan Vikram diadakan. Di sana Sunny dan Tulsi akan muncul sebagai pasangan kekasih dan buat Ananya juga Vikram cemburu. Rakan baik Sunny, Buntu (Abhinav Sharma) bantu mereka untuk pastikan rancangan berjalan dengan lancar. 


Kerana personaliti Sunny yang periang dan mesra, dengan mudahnya Kuku (Maniesh Paul), si wedding planner masukkan nama Sunny dan Tulsi dalam semua acara. Maka bermulalah pelbagai episod kelakar dan huru-hara yang berlaku antara dua pasangan tersebut. Berjaya tak sunny dan Tulsi dapat balik cinta mereka, kena tengok lah dekat Netflix. 

Dah lama tunggu Shashank Khaitan bekerja lagi dengan Varun Dhawan selepas filem Humpty Sharma Ki Dulhania (2014) dan Badrinath Ki Dulhania (2017) tapi Dharma Productions tak lagi promote Alia Bhatt dan Varun Dhawan sebagai Bollywood Jodi sebaliknya menggantikan tempat Alia Bhatt dengan Janhvi Kapoor. 


Penceritaan Sunny Sanskari Ki Tulsi Kumari diadun dalam template yang santai menggunakan genre rom-com diterajui oleh Varun Dhawan. Walaupun Rohit Saraf mencuri perhatian dan senyuman sebagai Vikram Singh tapi dia tak mampu lawan sisi charming dan harami type Varun. Happy teruk bila tengok Varun lakonkan watak Sunny Sanskari sebab the OG Varun Dhawan is back. Sunny Sanskari screams ‘looks swami but harami type’. Kalau pernah tengok filem Main Tera Hero (2014), confirm boleh faham. 


Beberapa babak dan dialog yang digunakan dalam Sunny Sanskari Ki Tulsi Kumari menjadi reference kepada beberapa filem seperti Chak De India (2007), Kuch Kuch Hota Hai (1997), Mr. India (1987), Kabhi Khushi Kabhi Gham (2000), Baahubali (2015) atau filem Rocky Aur Rani Kii Prem Kahaani (2023) di mana Shashank menjadi pembantu penulis untuk filem tersebut. Personaliti Sunny juga sedikit sebanyak dipengaruhi oleh Govinda dan Salman Khan dalam beberapa filem komedi Bollywood. Tergelak masa Sunny teka Kangana Ranaut masa Ananya bagi klu dalam game sebab in real life, Sanya Malhotra idolakan Kangana Ranaut dalam dunia lakonan. 


Lepas berganding bersama dalam filem Bawaal (2023) sebagai pasangan suami isteri, Janhvi sekali lagi jatuh cinta dengan Varun. Energy Janhvi sama kuatnya dengan Varun, in fact comic timing duo ni wujudkan dinamik yang menghiburkan untuk babak-babak komedi pada first half filem.

Chemistry antara Varun dan Janhvi menguatkan lagi agenda Karan Johar untuk tampilkan new jodi in Bollywood. Babak Tulsi dengan Sunny minum air kelapa tu sama macam babak dalam Badrinath Ki Dulhania. I have no complaints for this new jodi sebab dah hanyut dalam kisah cinta mereka sebelum ni. Bila Tulsi pandang Sunny dah nampak yang dia mula nampak cinta sebenar walaupun baru berapa hari berjumpa. 


Masa dia suap makanan dekat Sunny pun berbeza sangat gesture dia nak bandingkan dengan hari pertama mereka dua berlakon sebagai pasangan kekasih. Dari teragak-agak kepada naturally with gentle and care. Dia tak kisah langsung Ananya atau Vikram tengok adegan mereka masa tu. Emosi bila tengok Sunny dengan Tulsi ada deep conversation sebelum tidur sebab Nisha tak dapat peluang tu walaupun berkahwin dengan Ajay.  

Tanishk Bagchi hidupkan lagi dunia romantik dua pasangan ni dengan 7 buah lagu yang mempunyai jiwa dan emosi tersendiri. Masa Dharma Productions promote filem Sunny Sanskari Ki Tulsi Kumari, tertarik dengan Panwadi sebab Rohit comel sangat tapi bila tengok full movie, lahhh jatuh cinta dengan semua lagu. 



Music album Sunny Sanskari Ki Tulsi Kumari antara music album terbaik untuk tahun 2025. Lagu Tu Hai Meri dari Sachet-Parampara mengasyikkan sementara Tumse Behtar jadi lagu patah hati yang menusuk. Lagu Bijuriya ada vibe yang sama dengan lagu Bijli dalam filem Govinda Naam Mera (2022). 

I had fun watching Sunny Sanskari Ki Tulsi Kumari tapi filem cinta Shashank Khaitan yang terbaru ni tak deep sangat macam filem Badrinath Ki Dulhania sedangkan ada mesej tentang keluarga dan women empowerment. Ruang untuk watak Ananya terhad sangat dan tak ada confrontation pun dengan watak Vikram. Lagi menarik kalau Ananya yang points out masalah keluarga Vikram walaupun kaya. Tulsi dah lama nampak perkara tu sebab tu dengan mudah dia jatuh cinta dengan Sunny. 

Comel teruk Rohit masa ni, teringat zaman dia remaja dalam The Sky Is Pink

Masa Sunny sembang pasal tak menghargai apa yang ada depan mata tu pun macam tak kena sebab dia pun baru kenal Tulsi. Boleh faham lah kalau dia keliru sama ada nak teruskan dengan Ananya atau mulakan hidup baru dengan Tulsi. Varun jalankan tugas dengan baik sebagai pelakon yang dibayar paling tinggi tapi nampak preachy bila dia nak advise semua orang sedangkan dia pun dalam keadaan yang bergelora. 


Keseluruhannya, Sunny Sanskari Ki Tulsi Kumari berjaya sebagai filem romantik komedi yang menghiburkan. Cameo dari Dharna Durga dan Prajakta Koli mencuri tumpuan dan meninggalkan impak untuk elemen komedi. To another journey with Varun-Janhvi! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.8 = 8.7/10

Movie Review | Homebound (2025)


Pengarah: Neeraj Ghaywan  
Penulis Skrip: Neeraj Ghaywan, Varun Grover, Shreedhar Dubey
Pelakon: Ishaan Khatter, Vishal Jethwa, Janhvi Kapoor, Harshika Parmar  
Syarikat Produksi: Dharma Productions   
Pengedar: Dharma Productions   
Genre: Drama
Durasi Tayangan: 122 minit
Tarikh Tayangan: 21 Mei 2025 (Cannes), 26 September 2025 (India)   
Trailer:


Filem bermula dengan babak Shoaib (Ishaan Khatter) dan Chandan (Vishal Jethwa) menuju ke stesen keretapi untuk mengambil ujian kelayakan sebagai konstabel polis. Melihat keadaan yang sesak dan padat dengan calon ujian lain, Chandan mula patah semangat namun Shoaib pujuk dia supaya jangan menyerah dengan impian mereka berdua. 

Dilahirkan dalam keluarga berkasta rendah, Shoaib dan Chandan sentiasa dikeji tak kira lah sebagus mana mereka dalam apa yang diceburi. Jalan untuk mereka berdua keluar dari kehidupan tersebut ialah dengan menjadi pegawai polis walaupun hanya 3,500 orang akan dipilih dari 2.5 juta calon. Hassan Ali (Pankaj Dubey) berusaha dapatkan kerja di Dubai untuk anaknya tapi Shoaib tak mampu tinggalkan India kerana bagi dia, apa yang ada di India takkan sama dengan di Dubai. 


Sudha (Janhvi Kapoor) berfikiran yang pelajaran akan bawa mereka pergi lebih jauh kerana itu jalan yang diajar oleh idola mereka, Dr B.R. Ambedkar. Kalaupun berjaya dapat jawatan konstabel tak bermaksud mereka akan dilayan elok. Semasa hidup, ayahnya cuma berada di posisi yang sama tanpa kenaikan walaupun rajin bekerja. Sudha tak nak Chandan dilayan sama seperti mendiang ayahnya. 

Untuk hidup pun Chandan tak mampu pergi jauh kerana banyak jalan yang ditutup, apatah lagi untuk belajar ke peringkat yang tinggi. Yuran satu sem di universiti adalah dengan korbankan impian adiknya, Vaishali (Harshika Parmar). Ayah Chandan (Dadhi R. Pandey) berkorban dengan bekerja di kilang tekstil kerana gaji yang lebih bagus dari menjadi buruh namun Chandan berkeras untuk pergi kerana tak sanggup tengok ayah dia yang tua berkerja siang dan malam sementara dia selesa di kolej. 


Filem Homebound yang mendapat tayangan perdana di Cannes Film Festival lalu mendapat 9 minit standing ovation dari barisan juri dan penonton di sana. Filem arahan Neeraj Ghaywan juga dipilih oleh India untuk pencalonan kategori Best International Feature Film di Academy Award ke 98. 

Kisah Shoaib dan Chandan diambil dari kisah benar Mohammad Saiyub dan Amrit Kumar yang pernah diceritakan dalam New York Times hasil nukilan Basharat Peer. Walaupun kisah persahabatan tersebut menjadi tema utama Homebound namun plot utama dan kebanyakan babak adalah fiksyen. Pelik dengan konsep ni tapi bila dapat tahu Censor Board potong 11 babak dalam Homebound, boleh faham kenapa Dharma Productions buat disclaimer macam tu. 


Bila tengok kisah yang menggunakan watak kasta rendah, dah boleh nampak hala tuju cerita tapi penceritaan Homebound ada keaslian dan kekuatannya tersendiri. Realiti kehidupan masyarakat India yang berpaksikan kasta hingga wujudkan perpecahan sesama sendiri. Tak lari jauh pun dengan masyarakat Malaysia yang masih lagi anggap kaum lain sebagai pendatang. Tak kisah lah duduk di kampung yang konservatif atau di bandar dengan pemikiran moden. 

Masalah yang susah nak ditangani saban zaman. Sama seperti apa yang dipaparkan dalam Dhadak 2 (2025), kisah cinta berbeza kasta, naskhah terbitan Dharma Productions. Perbalahan antara Sudha dan Chandan antara babak menarik dan realistik kerana berada dalam kasta yang sama namun mempunyai perspektif dan pandangan berbeza. 


Diskriminasi yang ditunjukkan dalam filem Homebound tak banyak tapi reaksi Shoaib dan Chandan jelas tunjukkan betapa sakit dan seksanya berjalan dalam kasut mereka berdua. Babak Shoaib kecewa bila dimalukan oleh rakan sekerja walaupun berjaya pecah rekod di syarikat tu jadi bukti kukuh yang jalan mereka sentiasa ditutup oleh manusia yang prejudis terhadap kasta rendah. Babak Chandan rasa takut dengan pandangan pegawai Kerajaan pun digambarkan dengan cemerlang sebagai trauma yang dialami oleh watak tersebut.

Persahabatan Shoaib dengan Chandan yang buatkan dunia mereka terlihat mudah. Bila Shoaib hilang semangat, Chandan cepat-cepat pujuk. Sama juga bila Chandan murung, Shoaib akan tiup semangat supaya sahabat dia senyum balik. Jadi emosi bila tengok Chandan dengan Shoaib bergaduh, bertambah emosi bila tengok klimaks. Ishaan Khatter dan Vishal Jethwa hidupkan watak sahabat karib ni dengan cemerlang sampai tinggalkan impak yang mendalam lepas 122 minit tayangan. 


I dah familiar dengan lakonan Ishaan dalam watak-watak yang mencabar seperti filem Beyonds the Cloud (2018) atau drama A Suitable Boy (2020) jadi watak Shoaib bukan sesuatu yang sukar untuk dibawakan. Kagum dengan lakonan Vishal yang pernah muncul dalam Mardaani 2 (2019) sebagai watak antagonis. Dalam filem tu pun dia dah mencuri perhatian dengan bakat lakonan apatah lagi dalam watak yang kompleks seperti Chandan Kumar dalam Homebound. 


Janhvi Kapoor mempunyai ruang yang terhad dalam filem Homebound namun menggunakan ruang yang ada sebaiknya lalu menguatkan lagi penceritaan. Dialog yang berunsur diskriminasi terhadap wanita dilontarkan terhadap Chandan dalam tempoh yang singkat. Sama seperti babak ibunya, Phool dengan bersahaja bagitahu Chandan, hanya kaki berkerak diwarisi oleh keluarga atau kata-kata Vaishali yang geram terbeban dengan masalah hidup. Lakonan pelakon sampingan yang lain juga mendukung penceritaan untuk wujudkan emosi dan suasana yang diperlukan.

Babak pekerja berjalan dalam gelap untuk pulang ke kampung akibat lockdown terlihat mengerikan walaupun visual Pratik Shah tampil berseni dan artistik. Rasa bersalah dan bersyukur sebab tak perlu hadap apa yang mereka tempuh untuk hidup dalam tempoh masa tu. I ingat lagi pernah geleng kepala baca berita kilang kena serbu sebab beroperasi waktu lockdown tapi bila tengok Homebound terus rasa bersalah pertikaikan keterdesakan orang lain untuk hidup. 


Homebound tak preachy tentang kehidupan dengan diskriminasi tapi paparkan realiti hidup dan buat kita rasa tak selesa walaupun kita bukan golongan yang menindas. Rasa yang sama timbul lepas menonton filem Parasite (2019). 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought 1+ = 10/10