Sekitar di PBAKL 2026, PWTC Kuala Lumpur

Wednesday, 5 August 2026

 

Kalau ada yang baca entri Nurin kena denggi, nampak lah plan kitorang nak pergi ke PBAKL dekat PWTC. Dah memang jadi event tahunan untuk kitorang dah sebab setiap tahun tunggu event ni walaupun setiap tahun juga cakap dah tak nak pergi dah. 

I ajak Fariha pergi lambat sikit sebab tak nak bersesak dengan orang tapi dia nak jugak pergi hari kedua PBAKL sebab takut novel habis dan tak nak jadi macam PBAKL 2025


Kitorang keluar pukul 9 lebih sebab semua penat, yang kena denggi pun tak lah larat sangat tapi sebab nak berjalan kan, semangat lah jadinya. Dari MRT Kwasa Sentral pergi ke MRT Kwasa Damansara untuk naik laluan Putrajaya lepastu turun dekat stesen Titiwangsa dan tukar pula naik LRT sampai PWTC. Alhamdulillah masa ni tak ramai sangat orang mungkin sebab pagi lagi.


Sama macam tahun-tahun sebelumnya, I tak ada senarai atau wishlist pun nak beli buku apa. Dekat sini lah nak belek buku baru. Kalau ngam, I beli lah. Kalau tak ngam, tanya Fariha dia nak ke tak. Kalau dia nak, ikut suka dia lah nak beli ke tak. I tukang jaga luggage je. 

Pada saat I menjejakkan kaki ke PBAKL ni, I baru je habiskan novel Bintang Tanpa Nama (2024) jadi semangat membaca tu dah mula bertambah sikit. 





PBAKL 2026 ni kitorang baru discover satu benda baru which is......


The Stamp Station!

Tahun lepas ada perasan juga trend main cop cop ni dekat booth tapi tak semua booth ada. Tahun ni galak betul semua booth ada stamp station. Kreatif semuanya!









Dekat dewan DBP ni, ada staff yang tunjuk macam mana nak cop sebab ada 4 cop berbeza untuk lengkapkan satu corak. 


Lepas main cop cop dekat bawah, kitorang naik ke tingkat atas sebab dekat bawah dah start ramai orang. Kitorang pergi booth JIWA nak belek buku baru. Bosan tunggu Fariha belek buku, I menyembang dengan promoter JIWA. Sebab menyembang lah terjebak beli buku baru sampai 5 buah. 


Dalam 5 buah buku tu ada lah novel Kun Faya Kun sebab cover dia cantik warna purple. Lepastu dapat lah bergambar dengan penulis. Beria lah sampai bergambar padahal belum tentu nak baca novel tu hshshs




Cantik betul booth Beyond Chapters ni siap ada pokok lemon lagi. 


Lagi satu benda yang tengah trending untuk industri buku ni adalah merchandise item. Banyak juga booth yang jual stickers comel atau yang berkaitan dengan watak dalam novel-novel laku keras. Ada yang jual bookmark biasa atau bookmark magnet. Rasanya booth Karangkraf dengan IMAN yang ada jual bookmark magnet yang comel. 




Tengah jalan-jalan tetiba ternampak Syasya Rizal dekat booth Zahirah stengah promote buku dia, Siapa Aku. Baru tahu Syasya dah jadi penulis dengan nama pena, Cahaya Amara. Aktif juga lah dia, dah buat comeback sebagai penyanyi lepastu jadi penulis pula. Lepas ni mungkin berlakon. Dia pulak cantik macam mana kan?



Berjalan dekat booth Ink Loaf Publication nampak cover baru Salju Kyoto dari Sara Aisha. Ada banyak juga novel lain ada cover yang vibe seakan sama. Tak pernah lagi baca novel dari penerbit ni, mungkin nanti boleh cuba sebab genre dia nampak macam santai. 


Reruai Blink ni tak pernah tukar interior so dari jauh dah boleh nampak istana dia tu. Setiap tahun juga nampak penulis Ain Maisarah tapi tak pernah lagi baca novel dia. 



Tak ada novel yang menarik sangat dekat booth IMAN tahun ni. Kitorang cuma tengk-tengok dan cop stamp dia je. 


Sementara tunggu Nurin selesai buat kerja dia, I jenguk reruai sebelah lepastu tergelak tengok ikan bilis ni. 


Ann Jfr ni kreatif betul dengan wordplay dan animation dia. Boleh lah lepas ni dia buat siri animasi dia sendiri, mesti cerita dia fun. 







Nak pusing lama-lama pun dah start sakit kepala sebab orang semakin ramai. Dah la panas lepastu serabut perut tengok tempat ramai orang. Tak best tau kalau pergi masa ramai orang sebab ada reruai yang kita terlepas macam Mangosteen, Manes dan lain-lain. I nampak Kak Neddo Khan dekat reruai FIXI tapi ramai sangat orang masa tu so terpaksa lupakan niat nak belek buku baru Kak Neddo. 


Turun bawah nampak penulis Hilal Asyraf dekat reruai dia. Tak ada novel baru pun cuma tahun ni dia keluarkan novel Nirnama dalam tulisan jawi. Tahun lepas tak dapat beli merchandise, tahun ni pun sama juga. Tahun ni pun sama macam tahun lepas, Fariha join meet and greet session dengan penulis. 

Dah selesai dekat atas, kitorang pun decide untuk balik sebab perut pun dah mula nak bergendang, PWTC pun dah penuh dengan orang. Rasanya dah mula ramai sebab kebanyakan reruai ada penulis datang lepastu bahagian bawah lagi ramai sebab pukul 2 petang ada Anna Jobling dengan Jazmy Jumma untuk promote drama Yes! Captain Zul Aaryan

Sebab panas dekat atas, kitorang rehat kejap dekat butik Ariani sebab nak aircond hshshs. Dah masuk butik, mula lah berkenan nak beli tudung. Belek punya belek dapatlah capai dua plain shawl untuk ganti shawl lama. Masa tengah beratur tunggu orang depan selesai buat payment, terdengar pulak drama diorang. 

😫: Kita balik rumah je lah ea. Mommy dah penat lah, tak larat nak tunggu.
😌: Tapi nak jumpa Anna Jobling
😫: Lama tau nak tunggu dia. Kalau dia datang pukul 2 lepastu boleh terus jumpa tak apa lah jugak. Dia datang pukul 2 lepastu pukul 3 baru start meet and greet. 
😌: Aduhhh tapi bila lagi nak jumpa Anna Jobling?
😀: Eh dik, yang kau beria sangat nak jumpa Anna Jobling dah kenapa? Mommy pun muka macam Anna Jobling tau!

Terdiam terus satu butik dengar statement mak saudara dia. Cashier senyap, kitorang lagi lah senyap. I rasa dalam situasi masa tu mak budak tu mesti awakward dan segan sebab muka dia tak sama macam Anna Jobling satu hal, adik dia buat statement merepek sampai satu butik pandang satu hal lagi. Adik dia letak dia dalam tough situation jugak lah sebenarnya. Nasib baik cashier tu selamatkan keadaan dengan settlekan urusan pembelian. 


Selesai dekat Ariani, kitorang keluar ikut pintu lain sebab kawasan belakang tu tak menyinggah lagi. Masa nampak reruai Arab dekat belakang tu tak berani lah nak masuk sebab pak Arab dah la muka cengey. Rupanya kalau masuk boleh dapat air zam-zam free. Padan muka lah judge orang sampai terlepas benda bagus. 

Tahun depan tak pasti lah perancangannya macam mana pulak tapi yang pastinya, tak nak dah beli buku JIWA. Mungkin kena buat list lah nak pergi reruai mana dulu untuk elakkan terlupa singgah. 

KUALA LUMPUR, 4 OGOS 2026 – Karnival Jom Heboh (KJH) Sarawak Segulai Sejalai 2026, Kota Samarahan berjaya mencetuskan fenomena luar biasa apabila memecahkan rekod kehadiran dengan lebih 300,000 pengunjung membanjiri tapak acara sepanjang tiga hari penganjurannya. Sambutan hangat dan kehadiran di luar jangkaan ini membuktikan acara padang terbesar negara ini terus mendapat tempat istimewa di hati masyarakat Bumi Kenyalang.

Penganjuran kali ini melakar sejarah tersendiri apabila KJH menjadi penganjur pertama yang merasmikan tapak acara baharu, di Pekarangan Sebelah Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS). Kejayaan penganjuran sulung ini bukan sahaja memperlihatkan semangat Segulai Sejalai yang kukuh dalam kalangan penduduk setempat, malah membuka potensi besar untuk KJH kembali semula ke Kota Samarahan pada masa hadapan.

Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP), Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), Polis Diraja Malaysia (PDRM), serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) atas sokongan padu, kerjasama dan komitmen padu dalam memastikan kelancaran serta keselamatan sepanjang karnival berlangsung.

Acara Jom Heboh Fun Run yang menjadi antara pengisian utama karnival berjaya menghimpunkan hampir 2,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat, belia serta seisi keluarga menerusi penganjuran yang tampil berwajah baharu. Para peserta bukan sahaja berpeluang membawa pulang medal finisher eksklusif buat julung kalinya, malah turut menerima jersi rasmi, tote bag, bib eksklusif dan goodies yang menarik!. 

Tahun ini, larian turut diperluaskan kepada dua kategori iaitu 5KM dan 8KM. Bagi menggalakkan penyertaan seisi keluarga, Jom Heboh Fun Run turut memperkenalkan Pakej Keluarga eksklusif bagi kategori 5KM, yang menawarkan kadar istimewa untuk penyertaan empat (4) orang dalam satu pendaftaran. Lebih mengujakan, pelbagai hadiah cabutan bertuah menarik diberikan kepada para peserta, selain kemeriahan bersama personaliti Media Prima serta artis antaranya Aepul Roza, Zairi Aziz, Ariana Yusof dan ramai lagi selebriti yang telah memeriahkan acara ini.

Reruai Studio Tonton Drama Sangat (STDS) terus menjadi antara lokasi tumpuan dengan pelbagai aktiviti interaktif seperti Karaoke Challenge serta Coloring Contest untuk kanak-kanak. Pengunjung juga tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra bersama selebriti dan personaliti popular seperti Ariana Yusof, Cristina Suzanne, Chacha Maembong, Cahaya Nilam, Irfan Zaini, Nasuha Sulaiman dan Zairi Aziz menerusi sesi beramah mesra yang berlangsung sepanjang karnival.

Selain itu, lebih 60 reruai daripada pelbagai jenama dan agensi turut memeriahkan karnival dengan pelbagai aktiviti interaktif, promosi eksklusif dan tawaran menarik. Dunia Kreatif NSTP serta pelbagai zon gaya hidup yang menampilkan makanan viral dan tempatan turut menjadi tumpuan pengunjung sepanjang acara berlangsung.

Acara kemuncak Konsert Jom Heboh yang berlangsung selama dua malam berturut-turut menjadi tumpuan utama warga utara, malah turut menarik kehadiran peminat dari Kuching apabila ribuan peminat memenuhi kawasan konsert. Malam Sabtu dimeriahkan dengan persembahan hebat daripada Haiza Hanafi, Mariam Saim, Aepul Roza, Fiq Halim, Aweera dan Kristal X, manakala malam Ahad pula menyaksikan persembahan bertenaga daripada Baby Shima, Wany Hasrita, K.O.I, Syamel dan Marsha Milan yang berjaya mencipta suasana luar biasa dengan sorakan gemuruh para peminat.

Miri Menjadi Destinasi Seterusnya!

Melihat kepada sambutan yang cukup menggalakkan dan suasana penuh kemeriahan di Kota Samarahan, jelajah Karnival Jom Heboh Sarawak tidak berhenti di sini. KJH bakal meneruskan kembara hiburan keluarga ini dan menemui peminat di lokasi seterusnya iaitu Miri pada penghujung September depan.

Secara keseluruhannya, Karnival Jom Heboh Sarawak Segulai Sejalai 2026 Kota Samarahan, bukan sahaja berjaya menyatukan masyarakat menerusi pelbagai aktiviti gaya hidup sihat, hiburan dan kemasyarakatan, malah membuktikan ikatan utuh KJH sebagai platform hiburan keluarga teras negara yang sentiasa dinantikan.

Gunakan tanda pagar rasmi kami #JomHeboh, #KarnivalJomHeboh, dan #KJHSarawak untuk berkongsi detik istimewa anda. Untuk maklumat lanjut, layari www.jomheboh.com.my atau ikuti kami di Facebook dan Instagram: @jomhebohofficial.

Industri perfileman tempatan nampaknya bakal menyaksikan sebuah lagi karya fenomena tidak lama lagi. Menemui penonton mulai 6 Ogos 2026, filem bertajuk Tiket Sehala menjanjikan penceritaan yang padat dengan saspens, emosi dan pengajaran mendalam.

Bagi anda yang mencari naskah yang bukan sekadar hiburan kosong tetapi memberi impak mendalam selepas keluar dari pawagam, ini 5 sebab utama mengapa filem Tiket Sehala wajib masuk dalam senarai tontonan anda!

1. Kolaborasi Sinematik Malaysia × Korea Selatan

Satu lagi daya tarikan utama filem ini adalah gabungan mantap antara produksi tempatan dan antarabangsa. Tiket Sehala menggabungkan elemen penceritaan, lokasi penggambaran dan kualiti produksi bertaraf tinggi yang melibatkan pakar industri dari Malaysia dan Korea Selatan. Kolaborasi rentas negara ini bakal memberikan penonton pengalaman sinematik yang lebih segar, estetik dan bertaraf antarabangsa.

2. Kisah Diinspirasikan Daripada Isu Sebenar (Scam Pekerjaan)

Isu penipuan tawaran kerja (job scam) di luar negara bukanlah satu perkara asing, malah sering kali menjadi berita duka yang menyayat hati dalam kalangan masyarakat kita. Tiket Sehala membawa topik realiti kehidupan ini ke layar perak dengan gaya penceritaan yang amat mendebarkan, penuh ketegangan serta menyentuh emosi. Ia membuka mata penonton mengenai realiti gelap di sebalik janji manis ganjaran lumayan di negara orang.

3. Dibintangi Barisan Pelakon Hebat Dari Pelbagai Negara

Bukan sahaja produksinya yang bersifat merentasi sempadan, malah barisan pelakonnya juga menampilkan gabungan bakat terkemuka dari Malaysia, Korea Selatan, dan beberapa negara lain. Kehadiran barisan pelakon pelbagai budaya ini memberikan dimensi lakonan yang sangat autentik, sekali gus menghidupkan setiap watak dan konflik dengan penuh berkesan.

4. Sarat Dengan Emosi & Mesej Kekeluargaan

Jangan tersilap, Tiket Sehala bukan sekadar filem thriller aksi biasa. Di balik ketegangan dan bahaya yang dihadapi oleh watak-wataknya, filem ini mengupas kisah tentang harapan, pengorbanan, kasih sayang keluarga dan perjuangan perit untuk kembali semula ke tanah air. Ia merupakan sebuah perjalanan emosi yang pasti akan membuatkan air mata penonton menitis.

5. Pengajaran Penting Yang Kekal Di Ingatan

Impak filem ini tidak berhenti sebaik sahaja kredit penamat ditayangkan. Selepas keluar dari pawagam, anda bukan sahaja terhibur dengan kualiti penceritaan yang ditawarkan, malah akan menjadi lebih peka dan waspada tentang bahaya sindiket penipuan pekerjaan. Filem ini memberi mesej mendalam tentang kepentingan membuat semakan dan ketelitian sebelum menerima sebarang tawaran kerja di luar negara.

Terbitan Key Billions Sdn. Bhd. dan arahan Rahila Ali, Tiket Sehala menampilkan Noki K-Clique, Jaa Suzuran, Sharifah Sakinah, Sheila Mambo, Ardell Aryana, Hasnul Rahmat, Zaki Yamani, Ainee Mustafa dan Saha Champ, di samping menampilkan barisan pelakon antarabangsa dari Korea Selatan, Thailand dan Indonesia.

Tiket Sehala mengisahkan sekumpulan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan ketika mencari rezeki di Korea Selatan. Tanpa diduga, mereka terperangkap dalam satu situasi yang mengubah kehidupan mereka dan memaksa mereka membuat pilihan yang tidak pernah dibayangkan.

Tanda kalendar anda! Tiket Sehala bakal menggegarkan pawagam seluruh negara bermula 6 Ogos 2026. Pastikan anda membawa rakan-rakan dan keluarga untuk menyaksikan sendiri sebuah karya yang mendebarkan, menyentuh jiwa dan penuh dengan pengajaran bernilai ini! #TiketSehala

 

Sebelum ni pergi belah petang, kali ni pergi belah malam dan plan nak makan dekat Tapak Trunk Subang Bestari tapi baru tahu yang set meja makan dengan kerusi dah kena remove. Garu kepala lah nak makan dekat mana sebab dah lambat masa tu. Pusing punya pusing beratur je lah beli laksa haluih ni. 

Laksa Haluih CikMah ni laksa dari Perlis tapi geng utagha jugak so mesti lah sedap kan. Dia ada je jual laksa saiz standard tu, boleh pilih nak yang mana. Sebelum ni makan laksa siam guna laksa haluih, rasa okay ja, tak payah banyak nak mengunyah sangat. Slurp slurp telan. 


Dalam satu bekas tu ada laksa, telur rebus sebiji, potongan cili, limau kasturi sebiji, hirisan salad, hirisan timun dengan hirisan bawang. Lepastu dia bagi kuah laksa. Masa tu I beli dua sebab Fariha pun nak jugak lepastu balik makan dekat rumah sambil tengok Bigstage x Rocketfuel. 


Dah tuang semua bahan baru perasan kuah laksa ada satu je. I macam moody lah jugak bakpo CikMah buat kito gini. Nak kata dia terlupa, I dengar anak dia bagitahu laksa haluih untuk 2 orang. Tapi okay je sebab kuah dia bagi pekat. Kitorang tambah air panas sikit bagi banyak. Pedih tapi takpe, nak pergi balik memang malas dah. 


Dah makan setengah, Fariha nampak ada kuah dalam shopping bag. Allahhhhh, dia bergolek rupanya keluar dari plastik masuk shopping bag. Makan lah kuah berladung pulak lepas tu tapi takpe sebab sedapppp. Minggu lepas pun kitorang beli lagi dan mungkin minggu seterusnya pun akan beli lagi sebab sedap. Mahal lah sikit dari Man Laksa tapi okay je sebab condiments banyak hehe thank you CikMah 💕

Makan Tengahari di Palgaeook, Suria KLCC

Monday, 3 August 2026

 

Jun lepas I decide nak pergi KLCC untuk collect kit untuk LEGO Run dan makan tengahari dekat situ terus lah. Awalnya plan nak makan Cili Kampung tapi dia punya barisan tu tak nak kalah ye. Nak makan dekat foodcourt pun dah ramai orang sangat masa tu. Berhadapan dengan Cili Kampung tu ada restoran Korea baru buka. 

Tengok review semua macam murni lagi sebab baru launch jadi ramai lah influencers yang dijemput. Review dengan rating memang murni je lah tapi untuk makan dekat tempat lain pun macam dah malas nak jalan dah. 

Restoran Palgaeook ni dibuka 19 Mei 2026 dengan konsep makanan Korea asli. Ada yang grill, ada yang boleh order dekat kitchen. I ambil Sundobu Jigae Seafood sebab tempted dengan ketam dalam gambar menu dia. Fariha ambil , Nurin ambil Ramen 


Lama juga lah ambil masa untuk order kitorang siap. I tak tahu apa jadi dekat dalam tu sebab customer tak ramai pun tapi kena follow-up dengan waiter baru lah makanannya sampai. Nasib baik lah sampai tu memang sama macam dalam menu. 


Untuk Sundobu Jigae Seafood ni ada nasi dan side dishes juga dia bagi sekali. Nasi dia dalam bekas steel tu. Nampak kecil tapi nasi Korea kan jenis sticky so makan sikit pun dah boleh kenyang. Dalam sup dia ada tofu, telur, ketam, udang dan kepah. Ambil masa juga nak habiskan sebab bahan dia banyak even dah bagi orang lain makan jugak. 

Lepas makan Sundobu Jigae dengan ramen dekat restoran makanan asli Korea ni I boleh simpulkan yang I tak berapa gemar dengan sup Korea sebab chili paste dia kuat. Kalau makan sekali sekala boleh lah tapi kalau selalu sangat akan bermula lah episod pedih perut. But this is about me, tak ada kaitan dengan food preparation dekat mana-mana restoran Korea pun. 


I dah lupa menu ni apa tapi menu ni je dalam order kitorang yang boleh grill. Satu serving ni around RM60 macam tu. Set ni datang dengan salad, bawang putih mentah, sambal Korea dan japchae. Bau daging ni bila kena grill wangi, selera terus nak makan. Isi dia lembut dan segar lah. Berbaloi lah spend a bit untuk rasa yang sedap macam ni. Tapi tak banyak lah boleh makan sebab satu pinggan tu 10 potongan je. 


Masa ni handphone I dah penuh sampai tak boleh ambil gambar dah jadi sebab tu lah tak ambil gambar menu dan tak boleh juga cari banyak details tentang Palgaeook ni sebab dia tak aktif dekat media sosial. 

Kalau ada yang suka makanan Korea boleh lah cuba makan dekat sini sebab restoran dia dekat Hartamas selalu penuh. Restoran ni belum ada sijil halal tapi berkonsepkan Muslim friendly. Waiter dekat KLCC ni tak fasih Melayu atau English. Cakap gitu gitu je lah asalkan dia faham, I pun faham tapi service tip top cuma part order I terlepas tu je. 

Meja dia agak sempit sebab ada pemanggang di tengah. Kalau large pax memang tak syok. Berdua dan berhadapan mungkin okay. Berdua di sisi tidak okay. 

Apapun I had a good time lah jalan-jalan ke KLCC masa ni sebab selesai urusan pick-up running kit dan makan sedap sebab Fariha belanja hshshshs

I jarang naik tingkat 4, masa ni baru perasan cool jugak bahagian siling Suria KLCC ni. Macam sarang Spiderman. Peter Parker patut lepak sini. Tibehhhhh 

📢PENGUMUMAN ISTIMEWA AJL40

Peminat AJL40, inilah peluang anda untuk menentukan siapakah yang bakal dinobatkan sebagai penerima Anugerah Ikon Artis Pilihan Shopee. 

Mulai hari ini hingga 15 Ogos, undi artis pilihan anda SETIAP HARI menerusi aplikasi Shopee. Dengar cerita, ganjaran untuk para pengundi juga bukan biasa-biasa🎁

Masih belum berjaya mendapatkan tiket AJL40? Jangan kecewa dulu.

Esok, Shopee akan mengumumkan sesuatu yang cukup istimewa buat peminat AJL40.

Petunjuk sudah diberikan. Nantikan pengumuman penuhnya👀 

#ShopeeMY #AJL40 #AnugerahJuaraLagu40 #AnugerahIkonArtisPilihanShopee


Pengarah: Destin Daniel Cretton
Penulis Skrip: Chris McKenna, Erik Sommers
Pelakon: Tom Holland, Zendaya, Sadie Sink, Jacob Batalon, Jon Bernthal, Florence Pugh, Tramell Tillman, Marisa Tomei, Mark Ruffalo
Syarikat Produksi: Columbia Pictures, Marvel Studios, Pascal Pictures
Pengedar: Sony Pictures Releasing
Genre: Superhero
Durasi Tayangan: 145 minit
Tarikh Tayangan: 27 Julai 2026 (Dolby Theatre), 31 Julai 2026 (United States)
Trailer:

4 tahun selepas jampi Dr. Strange dan kematian Aunt May (Marissa Tomei) dalam Spiderman: No Way Home (2021), Peter Parker (Tom Holland) hidup bersendirian di Queens, New York. Dia cuma memerhati kehidupan Michelle Jones Watson a.k.a MJ (Zendaya) dan kawan baik dia, Ned Leeds (Jacob Batalon) dari jauh sambil sibukkan diri dengan bantu Detektif DeWolff (Liza Colón-Zayas) tangkap penjenayah. 

Sehingga lah satu hari Agensi Kawalan Kemusnahan terima ancaman ketika memindahkan Scorpion (Michael Mando) ke lokasi baru di mana Spiderman jumpa kuasa mutan baru yang mampu mengawal minda manusia. Kuasa mutan tersebut cuba untuk kawal minda Spiderman tapi gagal. Dalam masa yang sama Spiderman mengalami peralihan dari remaja ke alam dewasa seperti yang berlaku dalam kitaran hidup labah-labah sekaligus buatkan kuasa dia tak boleh dikawal seperti Hulk (Mark Ruffalo). 

Naskhah terbaru superhero Marvel dan instalment ke-38 dalam Marvel Cinematic Universe diarahkan oleh pengarah baru, Destin Daniel Cretton yang pernah bekerja untuk filem Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings (2021). Pengarah John Watts yang menjadi sutradara asal sejak Spiderman: Homecoming (2017) terpaksa berhenti sebab burnout. 

Bila filem terbaru Spiderman keluar ada yang suka, ada yang tidak sebab filem Spiderman: Brand New Day lebih terarah pada peralihan fasa dalam hidup Spidey dan Peter. Ada banyak aksi tapi compressed dalam beberapa babak dengan pace yang laju. Ada beberapa villain yang buat cameo macam Scorpio, Boomerang, Tarantula, Ramrod (Billy Clements), Tombstone (Marvin Jones III), The Hand dan watak mutan baru. Setakat ni, instalment Brand New Day ada jumlah villain paling ramai yang pernah dimasukkan dalam filem Spider-man. 

Mungkin peminat komik Spiderman rasa tak puas lah sebab semua villain yang muncul adalah villain yang kuat jadi tak hairan lah kalau ada yang nak lebih aksi. As for me, I okay je kalau compressed and I was amazed dengan konsep tribute yang dimasukkan oleh Destin. Semua babak Spiderman tumpaskan villain dalam Brand New Day adalah live action kepada komik karya Stan Lee dan Steve Ditko. 

Sinematografi dari Brett Pawlak mendukung babak aksi dan tampil mempesonakan terutamanya babak Spiderman berlawan dengan The Hand dalam bangunan Agensi. Sama juga dengan babak dia bergabung dengan Frank the Punisher (Jon Bernthal) untuk lawan Hulk. By far, ini adalah sinematografi terbaik bukan saja untuk franchise Spiderman malah seluruh filem Marvel yang I dah pernah tengok. 

Bukan saja babak aksi tapi babak dramatik yang menggambarkan kesedihan dan kesunyian Peter di kota New York dipaparkan dengan tona yang kreatif. Cantik tapi mencengkam. Dalam Brand New Day, Spiderman ada banyak buat terjunan emosi dari tingkat tinggi untuk kuatkan mood dramatik dan melankolik yang dihadapi. Brett dapat buat semua babak Spiderman terjun atau berayun tu terasa autentik, macam kita pun berayun sekali padahal tengok dari lensa Spiderman je. 

Kostum untuk Spiderman ditambah baik dan lebih cantik berbanding 5 filem sebelum ni. Sesawang dia ada corak timbul dan berkilat bila bergerak. Sebab sut dia juga pergerakan dia nampak cantik on screen. Kostum villain juga mengagumkan macam The Hand, Cyborg dan Scorpio. Ekor kala jengking dia boleh meregang dan compress bila berlawan. Nampak macam berat tapi Michael nampak relaks je angkat ekor dia. I terhibur dengan Scorpio sebab dia kelakar macam Frank. 

Tom Holland ada cakap dalam interview yang Brand New Day ada homage kepada Spiderman Tobey dan juga Andrew. Kalau sebelum ni Peter tak buka langsung topeng dia sebab bercantum dengan sut, tapi dalam Brand New Day dia boleh buka sikit untuk minum kopi. Ingatkan Destin nak recreate balik the iconic Spiderman’s kiss dengan MJ rupanya tak pun. 

Masa tengok Peter tak boleh nak kawal sesawang dia, teringat dekat Tobey yang berlari atas rooftop sebab tak boleh kawal kelajuan dia. Masa Peter terjun dari atas dengan gaya tertentu, teringat dekat Andrew Garfield dalam The Amazing Spiderman. Tak tahu lah kalau ini adalah hint yang Spiderman brothers akan reunite lagi lepas Spiderman: No Way Home (2021). Tak mustahil kan sebab tengah dalam fasa The Multiverse Saga. 

Sembang pasal peralihan fasa remaja kepada fasa dewasa, Spiderman: Brand New Day ada kekuatan pada skrip dan dialognya. Dekat awal lagi Detektif DeWolff dah mention tentang human connection. Walaupun Peter dan DeWolff selalu berhubung untuk elakkan Peter hilang ditelan kemurungan tapi terlalu sikit sangat usaha Peter untuk recover lepas kematian Tony Stark dalam Spider-Man: Far From Home (2019) dan Aunt May dalam Spiderman: No Way Home (2021). Dia patutnya kena ada strong support system lepas dua watak penting dalam hidup meninggal tapi makin bertambah sakit bila Nedd dengan MJ pun hilang sekali. 

Sama macam tema yang dibawa oleh Thunderbolts (2025) yang berbicara tentang mental health, Brand New Day juga tekankan tema dan mesej sosial yang sama. Mesej yang ringkas tapi impaknya tinggi sekaligus kembalikan semula Peter Parker yang hidup sebagai lelaki sederhana, tinggi empati dan berjiwa besar macam Aunt May nasihatkan. Walaupun Black Widow anggap masalah kuasa mutan tu cuma kentang kecil tapi kentang yang sikit itu lah yang berjaya selamatkan dua watak besar dalam Brand New Day. 

Tak pasti kenapa kuat sangat tone menyindir atau remehkan masalah Spiderman dari watak Black Widow sedangkan New Avengers pun tak mampu nak kawal Bob. Tak rasa pun New Avengers boleh kalahkan Thanos padahal Peter Parker dah buktikan lebih dari sekali tentang kemampuan dia sebagai superhero sampai boleh berdiri setanding dengan Avengers OG. Memalukan lah bila tengok Florence struggle nak match tahap komedi yang bersahaja dengan Spiderman. Frank does it better everytime muncul onscreen. 

Comel bila tahu personaliti Jon Bernthal in real life tak lari jauh dari watak Frank, jelas sangat accent New York bila dia bergaduh dengan Spiderman. Watak dia tak membantu Spiderman sangat pun dalam Brand New Day tapi lengkungan karakter dia bergerak seiring dengan Peter. 

Another thing yang I suka dengan Brand New Day bila penulis bagi ruang yang banyak untuk Spiderman uruskan sendiri New York tanpa bantuan sesiapa. Sebelum ni ada Mysterio, ada Dr. Strange dan beberapa watak lagi yang bantu Spiderman sebab semua rasa dia masih kecil dan muda, semua pun pertikaikan keputusan Tony Stark bila ambil Spiderman masuk dalam Avengers. Kali ni dia buat sendiri peralatan dia, berinovasi dan selesaikan masalah sendiri. Bila tengok dia fokus macam tu, teringat Tony Stark yang bijak bermain teknologi. 

I lega sangat bila Destin kekal dengan susur masa asal tanpa hint tentang multiverse lain walaupun Brand New Day adalah instalment di bawah fasa The Multiverse Saga selepas The Fantastic Four: First Steps (2025). Sepenuhnya Brand New Day tentang perkembangan watak Peter Parker dan Spiderman. Dari remaja yang naif dan hyper dalam Homecoming kepada lelaki yang dewasa dan bersedia dengan tanggungjawab yang dipikul. 

Tak pasti lah akan ada crossover antara Spiderman dengan Venom macam dalam Spiderman sebelum ni tapi yang pastinya Brand New Day buatkan I teringat pada Spiderman 3 bila dia hampir menjadi monster. It’s really a fresh script and a good tribute to old Spidey. Permulaan juga untuk X-Men wujud di susur masa asal.

Kalau belum tengok Spiderman: Brand New Day, go watch it on theaters sebab pengalaman visual tu memang layak tengok dekat skrin besar. Even better kalau dapat imax atau screenX sebab filem ni memang dibikin dengan format ScreenX. Tengok dekat Onyx pun dah seronok apatah lagi kalau better hall. 

For anyone asking, is it okay tengok Brand New Day tanpa filem Marvels yang lain? Okay je sebab jalan cerita mudah difahami dan letak flashbacks here and there since gap Brand New Day dengan No Way Home pun lama. Tapi kalau pernah tengok Homecoming, Far From Home, No Way Home, New Avengers, Avengers: Infinity War (2018) dan Avengers: Endgame (2019) mungkin akan kuatkan lagi impak emosi. Series She-Hulk series, The Punisher dan Daredevils pula akan menjawab banyak persoalan tentang watak yang wujud. 

p/s: Credit scene cuma ada 1

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.9, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.5/10

Blog Performance July 2026

Sunday, 2 August 2026

 

Lama betul Julai bergerak, mungkin sebab tak ada cuti umum langsung. Gaji tak payah cakap lah, sesak hingga ke tarikh akhir. Tapi ada hikmahnya jugak sebab rajin dan ada banyak masa nak update entry kemudian berbalas kunjungan. Cuma mampu lawat 10 blog sahaja itupun bukan setiap hari.

1. PV
 

Masa tengok performance bulan Jun 2026 dah sedih sebab pageviews jatuh tiga bulan berturut-turut tapi tak sangka pulak bulan ni melonjak naik. Ingatkan nak berhenti dekat 200k rupanya dapat sampai 306k untuk bulan Julai 2026. Rasanya ini yang paling tinggi. 

I perasan juga lah sebab review, lirik lagu dan juga press release drama terbaru yang kerap sangat bersilih ganti masuk popular post. 

All time pageviews pun dah mencecah 9.6 juta sedangkan target nak masuk 10 juta tahun depan. Tapi kalau sampai rezekinya tahun ni, bersyukur terukkkk. 

2. Posts


Sejak drama Cinta Dalam Sekam trending dekat Threads, drama Mawar Dahlia tu pun naik sekali sebab ada Haidar dalam tu. Lirik lagu Haru Biru pun melonjak sebab ALPHA dah keluarkan music video lepas sebulan lancarkan album pertama. 

Entri paling tinggi, entri review dua filem Hindustan dekat Netflix padahal tak expect pun boleh duduk paling atas. Lepas tengok performance ni rasa semangat nak update review Hindustan balik. Dekat Threads pun dah nampak circle yang suka Hindustan. 

3. Keywords


Sama macam bulan lepas, lirik lagu Haru Biru yang banyak dicari sebab baru keluar music video. Bersilih ganti dengan filem-filem yang baru masuk streaming platforms. I perasan ada banyak juga keywords dari entri-entri lama, perks of having streaming platforms I guess. Lepas habis kontrak dengan platform sini, boleh sambung kontrak dengan platform sana pulak. 

4. Bilangan Entri


Benda paling happy untuk bulan Julai adalah bilangan entri sebab berjaya update sampai 86 entri sebulan. Berjaya siapkan Fashion Files: Cannes edition walaupun tak semua attendees tapi antara yang paling ramai setakat ni. Ada juga review yang berjaya dibuat lepas berbulan diperam dalam draft. 

Untuk bulan Ogos ni tak pasti lah dapat update sama macam ni atau lebih atau mungkin juga kurang tapi harapnya lebih dari 60 entri. Sayang lah kalau semangat tu bertahan satu bulan je. 

Bulan Ogos ni dah ada cuti umum balik kan, so selamat bercuti semua. Terima kasih kepada rakan blogger yang berkunjung, terima kasih juga kepada rakan blogger baru. I perasan dah ramai aktif balik kan so jom hidupkan balik dunia blogging ni. Kalau ada meet-up session roger roger lah hihi