‘TALK TO MY MANAGER 2’: DESTINASI BINTANG MASA HADAPAN

Saturday, 4 April 2026

‘TALK TO MY MANAGER 2’: DESTINASI BINTANG MASA HADAPAN | Melangkaui pentas pertandingan, Astro memperluaskan TTMM menerusi penganjuran Kem Latihan pertama bagi mencungkil dan memupuk bakat generasi baharu industri hiburan.

Kuala Lumpur, 3 April 2026 - Susulan sambutan positif musim sulungnya, Astro kini kembali dengan musim baharu program realiti pertandingan ikonik, Talk To My Manager. Melangkaui pentas pertandingan, Astro turut memperluaskan inisiatif ini menerusi penganjuran Kem TTMM, sebuah kem latihan khas bagi mencungkil dan memupuk bakat generasi baharu industri hiburan.

Meneruskan momentum musim pertama yang berjaya menawan hati penonton menerusi gabungan cabaran kompetitif dan persembahan yang memukau, musim 2 tampil dengan penyertaan lebih ramai selebriti. Sambutan positif ini mengukuhkan lagi kedudukan Talk to My Manager sebagai antara kandungan hiburan tempatan yang semakin mendapat tempat di hati penonton.

Musim 2 akan menampilkan barisan peserta yang lebih diperluas, selari dengan minat penonton terhadap kisah yang menyentuh emosi, menghiburkan serta sarat dengan nilai kekeluargaan, di samping meraikan legasi dan bakat. Talk To My Manager Musim 2 akan bersiaran mulai 19 April 2026, jam 9 malam, secara langsung di Astro Ria (saluran 104). 





“Talk To My Manager bukan sekadar pertandingan - ia merupakan pentas yang meraikan legasi, bakat dan hubungan kekeluargaan,” kata Norzeha Mohd Salleh, Ketua Saluran Melayu, Astro. “Kami amat berbesar hati dengan sambutan luar biasa terhadap musim pertama. Format unik ini memberi peluang kepada penonton menyaksikan sisi hubungan antara selebriti dan anak mereka yang jarang dikongsikan, sekaligus membuka ruang kepada generasi baharu untuk menyerlah. Kami yakin Musim 2 akan terus memikat hati penonton dengan gandingan istimewa serta pelbagai kejutan yang lebih mengujakan.”

Musim ini kembali dengan konsep ikonik ‘pass-the-baton’, yang menggandingkan selebriti sebagai “manager” bersama anak-anak mereka yang berbakat di pentas. Setiap persembahan bukan sekadar hiburan, malah menjadi ujian terhadap bimbingan, kepercayaan dan keserasian, sekaligus menyerlahkan ikatan serta kerjasama yang menjadikan setiap detik lebih bermakna dan diingati.

Barisan ‘manager-artist’ yang menghimpunkan nama-nama terkenal termasuk Adira & Anggrek, Ani Maiyuni & Viviana, Dato A. Aida & Azeva, Dato’ Fazley & Fariedz Fazley, Dato’ Sri Vida & Cik B, Jamilulhayat & Hussain, Linda Jasmine & Ratu, Nana Mahazan & Althea, Pak Azad & Amarra, serta Safura & Kim Khairii. 

Musim 2 turut menyaksikan kembalinya Datuk Aznil Hj Nawawi sebagai pengacara, bersama barisan juri Che Puan Sarimah dan Dato’ AC Mizal, yang terus tampil dengan kepakaran, panduan serta karisma tersendiri dalam memeriahkan program ini.

Para peminat boleh strim Musim 2 serta menikmati kandungan eksklusif Talk To My Manager secara On Demand di Astro GO dan sooka, atau melanggan Pek Astro One bermula dari RM49.99* untuk pengalaman penstriman lancar dan hiburan tanpa henti. Layari Astro di astro.com.my atau hubungi Astro menerusi WhatsApp di 03 9543 3838 untuk maklumat lanjut.

‘TTMM EXPERIENCE’, Kem Pertama Astro: Pengalaman Eksklusif Untuk Generasi Baharu

Buat julung kalinya, Astro memperkenalkan ‘TTMM Experience’ - sebuah kem eksklusif 2 Hari 1 Malam di bawah jenama Talk To My Manager. Dianjurkan sejurus selepas musim terkini, kem ini membuka peluang kepada ibu bapa dan anak-anak untuk merasai pengalaman sebenar dunia hiburan. 

Apa yang menjadikan ‘TTMM Experience’ istimewa, ‘workshop’ dan latihan yang sebelum ini hanya diberikan secara eksklusif kepada peserta program realiti Astro kini dibuka kepada orang ramai buat pertama kalinya. Ini adalah peluang berharga untuk merasai sendiri bagaimana bakat dilatih di peringkat profesional.










Sepanjang kem berlangsung, para peserta akan dibimbing oleh barisan selebriti terkenal tanah air, mentor profesional, pakar industri berpengalaman serta kehadiran peserta Talk To My Manager bersama anak-anak mereka melalui sesi latihan serta aktiviti interaktif yang memfokuskan kepada kemahiran persembahan, nyanyian dan keyakinan diri di pentas.

Kem ini bukan sekadar program latihan, tetapi sebuah platform pembangunan bakat yang bertujuan melahirkan generasi bintang masa hadapan. Ia turut membuka ruang kepada peserta untuk menyerlah dan memperoleh pendedahan berharga dalam industri.

Penjualan tiket bagi ‘TTMM Experience’ akan dibuka tidak lama lagi, dengan maklumat lanjut akan diumumkan secara berperingkat di setiap episod Talk To My Manager Musim Kedua.

INFO PROGRAM & PENJURIAN TALK TO MY MANAGER 2
  • Format penjurian dikekalkan daripada musim pertama berdasarkan 100% pemarkahan oleh barisan juri profesional yang dipecahkan kepada dua bahagian iaitu 60% kecekapan, kreativiti pengurusan dan strategi ‘manager’, dan 40% adalah dari keunikan persembahan dan kualiti vokal ‘artis’. Pasangan manager-artis yang mendapat undian online tertinggi akan mendapat ganjaran dalam sesi penjurian pada minggu seterusnya. 
  • Untuk pengisian di platform digital, program ‘Check Out Talk To My Manager’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com ketika berlangsungnya konsert mingguan. 
  • Talk to My Manager diserlah oleh Eskayvie yang hadir sebagai penaja Utama. Eskayvie serlahkan potensi anak, cipta masa depan gemilang, dengan cogan kata Eskayvie, Empowering Wellness, Enriching Lives.
  • Musim baharu ini turut berkolaborasi bersama Astro Gempak selaku Rakan Digital dan ERA sebagai Rakan Radio Rasmi. 
  • Juara akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, naib juara pula akan meraih RM15,000 dan tempat ketiga akan menerima RM10,000.
INFO SIARAN TALK TO MY MANAGER 2

KONSERT TALK TO MY MANAGER | Mulai 19 April 2026, setiap Ahad, jam 9 malam
Berlangsung selama 8 minggu, konsert Talk To My Manager akan bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam. Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.  

STUDIO TALK TO MY MANAGER | Mulai 11 April 2026, Sabtu 9 Malam di Astro Ria
Menampilkan kandungan eksklusif sedutan belakang tabir semasa siaran langsung dan suasana di belakang pentas semasa persembahan berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam.

BTS TALK TO MY MANAGER | Mulai 9 April 2026 Khamis 11 malam di Astro Ria 
Kompilasi sorotan persediaan para peserta menjelang konsert mingguan serta klip-klip sedutan belakang tabir termasuk susunan persembahan, pengurusan peserta, latihan vokal dan kelas tarian bersama pengurus masing-masing dan mentor-mentor yang terlibat. 

PENAJA UTAMA TALK TO MY MANAGER 2

Mengenai Eskayvie
Eskayvie merupakan peneraju produk kesihatan dan kesejahteraan halal yang dipercayai di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Dr Kartika Wati Mohamed dan Dr Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri, jenama ini disokong oleh lebih 25 tahun pengalaman dalam penyelidikan dan pembangunan berasaskan sains. Berteraskan misi memperkasa ekonomi dan kesihatan masyarakat, Eskayvie menawarkan solusi kesihatan berkualiti tinggi yang dirumus oleh pasukan profesional merangkumi doktor, pakar nutrisi dan dietitian.

Sehingga kini, Eskayvie telah memberi impak kepada jutaan pengguna melalui pendekatan kesejahteraan menyeluruh daripada imuniti, metabolik sehinggalah kesihatan minda. Disokong oleh komuniti lebih 130,103 usahawan Eskayvie Nexus di seluruh Malaysia, jenama ini terus komited membina generasi dan masa depan yang lebih sihat melalui inovasi, pendidikan dan sokongan berterusan kepada masyarakat.

Drama Khianat Yang Terpilih terus menjadi bualan penonton apabila jalan ceritanya menyentuh isu yang lebih sensitif, termasuk hukum hakam agama. Antara yang mencuri perhatian adalah situasi melibatkan watak Asmida (lakonan Puteri Aishah) yang hamil hasil hubungan terlarang dengan Ali (lakonan Ben Amir), ketika kedua-duanya masih mempunyai pasangan masing-masing.

Perkembangan ini menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan penonton, khususnya berkaitan nasab anak tersebut; yakni siapakah ‘bin’ anak itu, sama ada perlu berlaku penceraian, dan bagaimana hukum sebenar dalam situasi berkenaan.

Mengulas isu ini, seorang ustaz dikenali sebagai Jafri Abu Bakar menjelaskan bahawa dalam Islam, penentuan nasab anak bergantung kepada status perkahwinan wanita ketika mengandung. “Bagi wanita yang ada suami, anak yang dilahirkan olehnya pada asalnya dinasabkan kepada suami, berdasarkan kaedah ‘anak itu dinasabkan kepada pemilik hamparan’. Hamparan di sini adalah kiasan kepada wanita. Jadi, mana-mana lelaki yang memiliki wanita dengan akad yang sah, maka anak yang dilahirkan wanita itu adalah anaknya,” jelasnya.

Namun begitu, terdapat pengecualian sekiranya suami yakin anak tersebut bukan daripada benihnya sendiri. “Jika suami mempunyai bukti yang kuat, dia boleh menafikan nasab anak itu melalui proses li’an, iaitu sumpah laknat di hadapan hakim atau qadhi. Dengan berlakunya li’an, anak itu tidak lagi dinasabkan kepada suami, sebaliknya kepada si ibu,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa penentuan atau penafian nasab tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya atau hanya berdasarkan ujian DNA semata-mata. “Dalam syarak, pengisytiharan nasab perlu melalui akad perkahwinan, manakala penafian pula melalui li’an. Proses li’an juga menyebabkan pasangan tersebut terpisah buat selama-lamanya,” tambahnya.

Nak tahu penjelasan lebih jelas mengenai isu ini, boleh klik pautan berikut:

Khianat Yang Terpilih kini menghampiri episod akhir yang akan bersiaran Rabu depan. Jangan terlepas untuk saksikannya setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6.58 petang di slot Akasia, TV3.

Penonton juga boleh menonton episod baharu secara eksklusif di iQIYI, satu jam selepas siaran di TV3, sama ada melalui laman web atau aplikasi di Google Play dan App Store.


Kuala Lumpur, 3 April 2026 - Majlis pertunangan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq pada 28 Mac berjaya menarik perhatian jutaan rakyat Malaysia, sekaligus muncul sebagai antara momen budaya paling hangat diperkatakan di negara ini. Acara tersebut mencatatkan hampir 130 juta tontonan merentas pelbagai platform, dengan Astro memacu penglibatan kukuh menerusi ekosistem multi-platformnya termasuk Astro Ria, Astro AWANI, Astro Gempak, ERA, Astro GO dan Sooka.

Siaran langsung ini turut mencatatkan penglibatan tinggi di seluruh negara, dengan jumlah tontonan keseluruhan merentas semua platform Astro melebihi 4 juta penonton. Di platform digital, ia meraih lebih 6.5 juta tontonan langsung, sebelum berkembang kepada lebih 121 juta tontonan di media sosial Astro dalam tempoh sehari, sekaligus meletakkannya sebagai antara acara paling banyak ditonton tahun ini, selain mencerminkan bagaimana penonton berinteraksi secara lancar merentas pelbagai skrin.

Siaran langsung ini turut menyentuh emosi penonton menerusi momen-momen yang penuh makna dan relevan secara sosial. Antara yang paling mencuri perhatian ialah ucapan penuh menyentuh hati oleh YB Syed Saddiq yang menonjolkan kekuatan, ketabahan dan keprihatinan yang dimiliki oleh Bella Astillah sebagai seorang wanita dan ibu yang luar biasa, di samping menekankan kepentingan institusi kekeluargaan yang kekal utuh. Mesej ini mendapat perhatian meluas di seluruh Malaysia, menjangkau pelbagai lapisan penonton dan mencetuskan perbualan bermakna di seluruh negara.

Astro turut menampilkan integrasi jenama berteraskan nilai seperti SSPN, yang memberi nafas baharu kepada konsep hantaran dengan menekankan kepentingan pendidikan, perancangan kewangan serta nilai berpandangan jauh, sekaligus menambah dimensi yang lebih bermakna dan relevan kepada keseluruhan majlis. Integrasi rakan Kerjasama lain termasuk Kitsui dan Great Wall Motor (GWM).

Pencapaian ini mencerminkan perubahan ketara dalam cara rakyat Malaysia menikmati kandungan hari ini, dengan penonton bergerak lancar antara TV, digital, radio dan media sosial secara masa nyata. Tingkah laku omni-saluran ini menyerlahkan kekuatan ekosistem bersepadu Astro sebagai Attention Company, di mana kandungan dapat diakses merentas semua platform bagi memaksimumkan capaian, relevansi dan impak budaya, sekaligus mengukuhkan kedudukan Astro sebagai antara tonggak utama dalam landskap budaya pop negara.

Menurut Naib Pengerusi, Hiburan dan Drama, Raqim Ahmad, “Kami merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Bella Astillah dan YB Syed Saddiq atas langkah pertama dalam perjalanan mereka bersama, serta kepercayaan yang diberikan kepada Astro untuk merakam detik penuh bermakna ini. Momen ini turut membuktikan kekuatan sebenar kandungan dan ekosistem Astro, di mana kandungan bergerak lancar merentas TV, digital, radio dan media sosial untuk mencipta pengalaman bersatu di seluruh negara. Skala penglibatan yang dicapai mencerminkan sejauh mana rakyat Malaysia berhubung dengan kisah ini, sekaligus mengukuhkan keupayaan kami dalam mengangkat detik masa nyata menjadi fenomena budaya.”

Astro akan terus membawakan pelbagai momen eksklusif dan wajib tonton kepada para penonton menerusi liputan istimewa mengenai perjalanan Bella Astillah dan YB Syed Saddiq termasuk detik perkahwinan mereka yang bakal berlangsung tidak lama lagi, secara eksklusif di Astro.

#BellaSyedYes

LANGGAN, TONTON & TEBUS! | TONTON REWARDS TAMPIL DENGAN GANJARAN LEBIH LUMAYAN DAN EKSKLUSIF!

Kuala Lumpur, 3 April 2026 – Platform penstriman kegemaran ramai, Tonton, terus memperkukuh nilai kepada pengguna menerusi pelancaran tiga kempen terbaharu melalui inisiatif Tonton Rewards, yang direka khas untuk menggalakkan penyertaan baharu serta pembaharuan pelan tontonan, di samping menawarkan pengalaman penebusan ganjaran yang lebih menyeronokkan.

Dengan konsep “Subscribe & Redeem”, Tonton Rewards kini menawarkan ganjaran berperingkat kepada pelanggan baharu dan sedia ada. Langganan 1 bulan menawarkan baucar RM20 daripada Baskin Robbins, manakala langganan 3 bulan pula memberikan ganjaran lebih ‘manis’ dengan baucar RM20 Baskin Robbins setiap bulan serta baucar RM40 daripada Pizza Hut. Untuk penonton yang memilih pelan 12 bulan, ganjaran menjadi lebih ‘padu’ dengan baucar RM100 Pizza Hut serta baucar RM216 daripada Watsons.

Menambahkan lagi keterujaan, Tonton turut memperkenalkan Permainan Kad “Drama Pukul 7” (Edisi Tonton), hasil kerjasama istimewa bersama Meja Belakang, khas buat peminat drama tempatan. Permainan ini menampilkan elemen daripada drama ikonik di Tonton seperti Perempuan Itu dan Nur, yang membolehkan pemain menghidupkan watak kegemaran masing-masing dan berentap dalam permainan strategi untuk mempertahankan serta “menjatuhkan” air muka lawan.

Berlangsung dari 3 April hingga 24 April, pelanggan pelan 3 bulan berpeluang menebus permainan papan edisi terhad ini. Sebanyak 50 unit sahaja ditawarkan, menjadikannya koleksi eksklusif yang wajib dimiliki oleh peminat setia.

Pada masa yang sama, pelanggan juga boleh menikmati pengalaman gaya hidup dan berita tanpa gangguan iklan (ad-free) melalui Tonton Rewards. Akses premium ini merangkumi platform seperti Harian Metro, New Straits Times, Berita Harian serta Waktu Solat Malaysia.

Semua ganjaran dan penebusan boleh dibuat melalui portal rasmi Tonton Rewards di https://rewards.tonton.com.my/tonton. Orang ramai digalakkan untuk melanggan sekarang dan menikmati kombinasi hiburan, ganjaran dan pengalaman premium dalam satu platform sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Dengan penawaran ini, Tonton terus komited dalam memberikan nilai tambah kepada pelanggan, menjadikan setiap langganan bukan sekadar hiburan, tetapi satu pengalaman ganjaran yang lebih bermakna.

Untuk maklumat lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, X, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.

‘MALAIKAT MALAM’ KUTIP RM10.2 JUTA, PENERIMAAN POSITIF TERHADAP KARYA PENGARAH BAHARU

Thursday, 2 April 2026

Kuala Lumpur, 2 April 2026 – Filem aksi tempatan, Malaikat Malam mencipta fenomena apabila berjaya mencatat kutipan box office sebanyak RM10.2 juta untuk tayangan awal dan minggu pertama, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem tempatan paling mendapat perhatian tahun ini.

Diterbitkan dengan kerjasama beberapa pemain industri utama seperti Viper Studios, Skop Productions, Astro Shaw dan Primeworks Studios, Malaikat Malam menemui penonton di pawagam seluruh negara sejak 26 Mac lalu. 

Sejak ditayangkan, filem ini menerima pelbagai reaksi daripada penonton dan kini berkembang menjadi gelombang sokongan positif apabila naskhah ini mula diangkat sebagai antara filem wajib tonton. Perbualan di media sosial juga terus rancak, dengan pujian ramai terhadap kekuatan persembahan para pelakon, penceritaan, serta pendekatan berani yang dibawakan dalam genre aksi motosikal. 

Kejayaan ini juga mencerminkan keyakinan penonton terhadap karya arahan sutradara baharu, Nazifdin Nasrudin, yang tampil dengan pendekatan segar.

Menurut pihak penerbit, Datuk Dr. Yusof Haslam, Pengerusi Skop Productions dan Penerbit Eksekutif Filem Malaikat Malam, “Kami amat bersyukur dengan sokongan luar biasa daripada penonton. Apa yang lebih bermakna adalah apabila penonton sendiri yang mengangkat filem ini dan berkongsi pengalaman mereka. Pencapaian ini menunjukkan bahawa kisah yang dekat dengan realiti masyarakat, digabungkan dengan elemen hiburan yang kuat, mampu menarik minat ramai. Kami harap, penonton Malaysia terus beri sokongan kepada Malaikat Malam serta filem-filem tempatan lain.”

Dengan momentum yang masih kuat, Malaikat Malam diharap akan terus dapat menarik penonton ke pawagam pada minggu-minggu akan datang. Pada 3, 4, dan 5 April, barisan pelakon Malaikat Malam akan berada di Selatan, Johor, Melaka, Negeri Sembilan untuk temui penonton dan peminat di pawagam. 

Mengangkat elemen cinta, persahabatan dan pengorbanan dalam latar dunia jalanan, Malaikat Malam membawa kisah tentang perjalanan hidup seorang ‘mat motor’ bernama Azam yang secara tidak sengaja melanggar seorang gadis buta, Ratna dan menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya.

Malaikat Malam membariskan pelakon Syafiq Kyle, Tracie Sinidol, Amir Nafis, Kodi Rasheed, Juzzthin, Que Haidar, Riezman Khuzaimi, Akmal Asyraf.

Ikuti maklumat lanjut di akaun media sosial Viper Studios, Skop Productions, Astro Shaw, Primeworks Studios. Orang ramai yang masih belum menyaksikan filem ini disarankan untuk tidak melepaskan peluang menonton Malaikat Malam di pawagam berhampiran.

“TONTON VERTICAL: K-DAEBAK” LANCAR 9 JUDUL BAHARU, SIRI MINGGUAN MULAI 1 APRIL

Wednesday, 1 April 2026

DEMAM K-DRAMA VERTIKAL PALING KETAGIH  KINI DI TONTON! | “TONTON VERTICAL: K-DAEBAK” LANCAR 9 JUDUL BAHARU, SIRI MINGGUAN MULAI 1 APRIL

KUALA LUMPUR, 1 APRIL 2026 – Platform penstriman kegemaran ramai, Tonton, terus mengukuhkan kedudukannya sebagai destinasi utama untuk semua hiburan dengan pelancaran tawaran terbaharu, Tonton Vertical: K-Daebak — sebuah koleksi pilihan siri K-Drama dalam format vertikal yang direka khas untuk tontonan pantas, padat dan lebih mesra pengguna di peranti mudah alih.

Selari dengan komitmen Tonton untuk menawarkan pengalaman hiburan yang lebih segar dan relevan, Tonton Vertical: K-Daebak menghimpunkan pelbagai genre popular seperti romantik, saspens, komedi, drama dan remaja dalam format episod pendek berdurasi sekitar 1 hingga 2 minit, sesuai dengan gaya hidup penonton masa kini yang sentiasa bergerak.

Bermula 1 April 2026, sebanyak 9 judul baharu akan dilancarkan serentak, menampilkan jalan cerita yang penuh emosi, plot twist mengejutkan serta watak-watak yang memikat. Antara judul yang bakal mencuri perhatian termasuk “The Tyrant’s Bride To-Be”, drama fantasi romantik tentang seorang wanita yang terperangkap dalam dunia novel dan cuba mengubah takdir kematiannya melalui perkahwinan kontrak dengan seorang pengerusi korporat yang kejam; “My Guy Friend Is A Chaebol”, drama ringan tetapi dramatik mengenai pengkhianatan cinta dan kemunculan sahabat lama yang menyimpan rahsia besar.

Turut melengkapkan koleksi ini ialah “My Partner, The Devil”, kisah balas dendam gelap yang melibatkan perjanjian dengan syaitan untuk mengundurkan masa; “I Buy, Therefore I Am” yang mengisahkan  pekerja kedai buku yang terperangkap dalam dilema cinta antara bekas crush dan rakan sekerja baharu; “Romance Is Comedy”, percintaan pejabat yang manis namun penuh salah faham; “Level Up To Mess”, tampil sebagai komedi romantik penuh sensasi dengan plot mendebarkan dan situasi luar biasa yang sarat dengan kejutan.

Selain itu, “My Boss My Ex” menghidupkan kembali cinta lama dalam suasana tempat kerja, manakala “I Cheated on My Wife or Did I?” membawa kisah misteri seorang lelaki yang cuba merungkai kebenaran di sebalik kecurangan yang tidak diingatinya. Sementara itu, “The Most Painful Kiss In The World” menawarkan kisah fantasi emosional tentang pengorbanan dan pencarian kebahagiaan sejati.

Tonton akan memperkenalkan satu siri baharu setiap Isnin selepas minggu pelancaran, dengan jumlah sehingga 60 siri setahun, memastikan platform ini sentiasa segar dengan kandungan terkini dan pelbagai pilihan.

Nikmati akses percuma bagi 10 episod pertama untuk setiap siri vertikal K-Daebak, manakala episod seterusnya boleh diakses dengan melanggan Tonton untuk kepuasan tontonan yang maksima. Setiap siri turut dilengkapi dengan sarikata Bahasa Melayu, Inggeris dan Cina bagi memastikan akses yang lebih luas kepada pelbagai lapisan penonton.

Tonton Vertical: K Daebak bukan sekadar penambahan kandungan baharu, tetapi satu lagi langkah ke hadapan dalam cara penonton menikmati drama — lebih pantas, lebih ringkas, dan lebih dekat dengan gaya hidup digital masa kini.

Untuk maklumat lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, X, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.

Blog Performance March 2026

 

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua bloggers dan readers! 

It's a bit late lah nak wish tapi raya kan sebulannnnn 😝 Sepanjang raya ni banyak melepak dekat rumah je sebab cuaca panas sampai tak berdaya untuk beraktiviti apatah lagi berblog. Masuk office okay sikit sebab ada aircond kuasa tinggi. 

1. PV


Walaupun bulan ni tak mencecah target bulanan tapi dah tahu entri apa akan buatkan pageviews naik mencanak. Setiap tahun pun guna formula sama. Dah boleh agak yang bulan puasa sampai raya akan sibuk attend event dan kerja. 

Sebelum ni rasa macam mustahil nak cecah pageviews 9 juta sebelum pertengahan tahun tapi bila tengok current stats, macam dah tak lama dah tu. 

2. Posts


Nampak tak beza betul entri paling atas dalam carta tu dengan entri lain dalam Popular Posts? Itu lah formula dia setiap kali nak raya. Sempat update 6 lirik lagu je raya tahun ni, 1 lirik lagu lagi dari press release hshshs

Membantu sikit lah entri dari filem sebab ada yang masuk Netflix, ada juga series baru usahakan juga buat sebab dah tahu akan trending. 

3. Keywords

Seharusnya lah keywords untuk bulan Mac penuh dengan keywords dari lirik lagu raya. Entri lirik lagu raya tahun lepas pun ada terselit juga. 

4. Bilangan Entri


Bilangan entri bulan Mac beza 5 entri je dengan bulan Februari 2026 tapi okay je lah kot. Nak beria update sangat pun tak sempat sebab malam dah sibuk dengan terawih. Siang kerja. Kalau weekend nak qadha tidur untuk seminggu tapi itu pun dapat buat kalau tak ada pergi mana. 

Kalau sempat untuk update, I akan topup lah dekat bulan April pulak sebab nak cukupkan 5,000 entri. Nak clearkan galeri handphone pun iye jugak. 

Apapun terima kasih yang datang berkunjung ke sini. Selamat Hari Raya dan selamat berbelanja dengan berhemah. Take care everyone 💓🌸🌺🌹

BETO KUSYAIRI KEMBALI SEBAGAI CIKGU MEOR, BERSAMA WAJAH BAHARU YANG MENGHIDUPKAN GAYONG 2!

Monday, 30 March 2026

Beto Kusyairi kembali menggalas watak Cikgu Meor, simbol kekuatan, prinsip dan maruah dalam dunia persilatan. Dengan aura kepimpinan yang lebih matang dan penghayatan yang lebih mendalam, watak ini terus berdiri mempertahankan warisan dan segala pegangan hidupnya.

Beto yang membawakan Cikgu Meor, pengamal Silat dari Taiping, Perak yang berhijrah ke Singapura dan berkhidmat sebagai pegawai di Pasukan Polis Singapura, terus menghidupkan naratif penuh keteguhan dan prinsip. Memperkuatkan lagi nadi penceritaan, Gayong 2 turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Nabila Huda dan Syafiq Naswip. Nabila Huda hadir dengan emosi yang lebih berlapis dan intens, membawakan konflik yang tajam dan menyentuh jiwa, manakala Syafiq Naswip memberikan keseimbangan melalui watak yang jujur dan penuh keteguhan, menjadikan perjalanan cerita lebih dekat dan realistik kepada penonton.

Dalam masa yang sama, Gayong 2 turut membuka lembaran baharu dengan kehadiran wajah wajah segar seperti Sandra Lim, Fauzi Laily dan Bobby Tonelli. Setiap daripada mereka hadir bukan sekadar sebagai pelengkap, malah membawa tenaga, dinamika dan warna baharu yang memperkayakan penceritaan. Gabungan lama dan baharu ini menjadikan keseluruhan naratif lebih hidup, lebih besar serta sarat dengan momen yang mendebarkan.

Filem ini hadir dengan sokongan Primeworks Studios sebagai rakan pemasaran dan diterajui pengarah Faisal Ishak, membawakan penceritaan penuh emosi, aksi dan warisan budaya. Lebih daripada sekadar filem aksi, Gayong 2 menyorot perjuangan, maruah dan warisan yang terus dipertahankan, dengan setiap watak membawa cerita tersendiri yang menjadikan setiap detik di layar bermakna.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Gayong 2 di pawagam bermula 9 April ini. Sebuah naskhah yang bukan sahaja menghiburkan, malah meninggalkan kesan mendalam, sebuah pengalaman yang wajib dirasai di layar perak, lebih lebih lagi di musim perayaan ini.

Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti kami di media sosial melalui Facebook, X, Instagram serta saluran YouTube Primeworks Studios.

Kuala Lumpur, 29 Mac 2026 – Pentas paling berprestij muzik tanah air, Anugerah Juara Lagu 40 (AJL40), kembali menjadi tumpuan dengan pengumuman 15 lagu raih undian tertinggi sepanjang carta Muzik Muzik 40 (MM40) pada jam 12.00 tengah hari tadi menerusi program Muzik Muzik.

Pengumuman ini menjadi titik permulaan dalam mengenal pasti karya terbaik tempatan yang bakal bersaing untuk menempatkan diri ke Anugerah Juara Lagu 40 Separuh Akhir (AJL40 SA).

Istimewa sempena penganjuran edisi ke-40, hanya 20 lagu akan dipilih berdasarkan penjurian juri profesional untuk dipersembahkan di peringkat separuh akhir, sekali gus menjadikan persaingan tahun ini lebih sengit.

Menampilkan gabungan nama besar industri serta bakat baharu yang semakin menarik perhatian, 15 lagu ini memperlihatkan kepelbagaian genre, emosi dan identiti muzik yang mencerminkan evolusi landskap muzik Malaysia masa kini. Daripada balada menyentuh jiwa hingga ke karya berenergi tinggi, setiap lagu hadir dengan kekuatan tersendiri dalam mencorakkan saingan menuju pentas berprestij AJL40.

Berikut ialah senarai 15 lagu terbaik dengan undian tertinggi sepanjang carta MM40:

1. Hijab Rindu
Penyanyi: Black Hanifah
Komposer: Rudy Nastia, Nyawa Black, Kelana & Adi Pawana
Penulis Lirik: Adi Pawana & Rudy Nastia

2. Seribu Tahun Lagi
Penyanyi: Imran Ajmain
Komposer: Amylea Azizan
Penulis Lirik: Amylea Azizan

3. Pernah Punya Aku

Penyanyi: Shila Amzah
Komposer: Shila Amzah
Penulis Lirik: Shila Amzah

4. Tangisan Seorang Pendosa

Penyanyi: Marsha Milan
Komposer: Marsha Milan
Penulis Lirik: Hazama

5. Tiwikarma
Penyanyi: K.O.I
Komposer: Zai Hamzah & Hemo Globin
Penulis Lirik: Achoi Floor 88, Khaza Raflex, Tuan Nicky, Mya Nana, Sapik Sam

6. Puaskah
Penyanyi: Ameerais & Mariam Saim
Komposer: Iqie Hugh & Shazriq Azeman
Penulis Lirik: Iqie Hugh & Shazriq Azeman

7. Semacam Pandora
Penyanyi: Hazama
Komposer: Hazama, Zimi, Genervie Kam & Ritz Metalasia
Penulis Lirik: Zel Hadauan

8. Rasa & Takdir
Penyanyi: Amira Othman & Irfan Haris
Komposer: Syafiq Rashid
Penulis Lirik: Syafiq Rashid

9. Hilangmu Tak Terganti
Penyanyi: Tajul & Afieq Shazwan
Komposer: Haqiem Rusli
Penulis Lirik: Haqiem Rusli

10. Kamu
Penyanyi: Aina Abdul
Komposer: Aina Abdul
Penulis Lirik: Aina Abdul

11. Ke Mana Ni
Penyanyi: Luca Sickta, KMY KMO & Salammusik
Komposer: KMY KMO, Luca Sickta
Penulis Lirik: KMY KMO, Luca Sickta, Salam

12. Musnah
Penyanyi: Danial Kifli
Komposer: Amir Hariz, Danial Kifli, Knight Cydeen, Hawa Zulaikha
Penulis Lirik: Amir Hariz, Danial Kifli, Knight Cydeen, Hawa Zulaikha

13. Bunga Kemboja
Penyanyi: Iman Troye
Komposer: Ezra Kong
Penulis Lirik: Ezra Kong

14. Ketagih 
Penyanyi: Cherry On Top feat. Datuk Syafinaz Selamat
Komposer: Kusham
Penulis Lirik: Syafinaz Selamat

15. Lumrah Cinta
Penyanyi: Puteri Khareeza
Komposer: Syamel & Aepul Roza
Penulis Lirik: Syamel & Aepul Roza

Baki 15 lagu akan diumumkan minggu hadapan bagi melengkapkan senarai penuh 30 lagu yang layak, sebelum hanya 20 daripadanya dipilih oleh juri profesional untuk mara ke peringkat separuh akhir. Pengumuman rasmi seterusnya akan berlangsung pada 5 April ini, nantikan siapakah yang akan menyusul!

Rasai detik penentuan penuh bahang ini! AJL40 SA bakal bersiaran secara langsung pada 17 dan 18 April 2026 (Jumaat & Sabtu), jam 9.00 malam di TV3 serta strim secara eksklusif di Tonton.