Raikan Hujung Tahun Bersama Astro Dengan Hiburan Untuk Semua
Thursday, 18 December 2025
KUALA LUMPUR, 18 Disember 2025 – Astro, peneraju kandungan dan hiburan di Malaysia, menyemarakkan musim cuti hujung tahun ini dengan pengalaman hiburan yang menyeluruh untuk setiap isi rumah. Daripada rancangan kanak-kanak yang menghiburkan, filem Krismas kegemaran seisi keluarga, siaran langsung sukan untuk peminat tegar, dan banyak lagi, semuanya tersedia di satu platform, memudahkan keluarga untuk berkumpul dan menikmati masa bersama.
Sepanjang Disember ini, Astro membawakan pelbagai tayangan khas Krismas untuk dinikmati bersama. Astro Showcase (CH 413) akan menyiarkan filem Krismas berturut-turut pada 24 Disember, jam 7.30 malam, bermula dengan A Christmas Proposal, diikuti Surviving Christmas. Rancangan kemudian diteruskan pada 25 Disember dengan Christmas Takes Flight, Must Love Christmas dan Happy Christmas. Penonton juga boleh menonton filem Krismas lain di HITS (CH 706) seperti Sugarplummed, Joyful Mrs Miracle dan The Christmas Quest, atau menikmati rancangan istimewa Amanda & Alan’s Spanish Christmas di BBC Lifestyle (CH 717).
Selain hiburan bersempena Krismas, peminat sukan turut boleh mengikuti liputan langsung beberapa acara sukan utama sepanjang bulan ini, termasuk Sukan SEA Thailand 2025 yang akan bersiaran sehingga 20 Disember. Acara ini menampilkan aksi harian atlet negara serta Astro bakal menyiarkan Majlis Penutupnya di Astro Arena (CH 801 & 802). Penonton juga boleh mengikuti perlawanan Liga Perdana Inggeris, BWF World Tour Finals 2025, Liga Super, dan pelbagai lagi acara sukan utama – sama ada di rumah atau di mana sahaja melalui Astro GO.
Seiring dengan cuti sekolah, Astro turut menyediakan pelbagai kandungan kanak-kanak bagi mengisi masa lapang penonton cilik. Antara rancangan menarik yang ditawarkan termasuk Bola Kampung Max, Super Boomi, Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup, Oga & Friends musim ke-2, Hai Abang Paan dan banyak lagi. Pelanggan Astro boleh menambah Pek Kanak-Kanak dengan hanya RM9.99 sebulan untuk akses kepada enam saluran khas yang menawarkan hiburan selamat dan sesuai untuk kanak-kanak.
Selain siaran TV, Astro turut menghimpunkan kandungan daripada rakan penstriman untuk memberi lebih banyak pilihan tontonan kepada pelanggan. Hujung tahun ini, pelanggan boleh menonton musim terbaharu Stranger Things, Wake Up Dead Man: A Knives Out Mystery serta Emily in Paris musim ke-5 di Netflix. Di Disney+, pelanggan boleh layan cerita Percy Jackson and The Olympians musim ke-2, Fantastic Four: First Steps dan The Artful Dodger musim ke-2. HBO Max pula menawarkan koleksi lengkap filem Harry Potter, sitkom popular Friends dan The Big Bang Theory, serta Ne Zha 2. Seterusnya, Prime Video menampilkan judul seperti Oh. What. Fun. dan Heads of State, manakala peminat kandungan Korea boleh menonton Taxi Driver musim ke-3, LOVE.exe dan Saat Aku Tahu di Viu.
Hujung tahun ini, Astro terus komited untuk menjadikan hiburan lebih mudah, mampu milik dan relevan untuk isi rumah di Malaysia. Melalui Astro One, pelanggan boleh menikmati pelan yang berpatutan dan boleh disesuaikan, dengan akses kepada lebih 12 aplikasi penstriman popular serta pek kandungan khusus – semuanya di bawah di satu platform.
Fleksibiliti ini membolehkan keluarga memilih hiburan mengikut minat dan masa mereka, sekali gus menawarkan cara yang mudah dan selesa untuk berehat serta menikmati pengalaman tontonan bermakna sempena musim perayaan ini dan seterusnya.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Entertainment dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ‘Hi’ ke 03 9543 3838.
DUYUNG LEGENDA AURORA KEMBALI MENGGAMIT NOSTALGIA! | FILEM FANTASI IKONIK DIANGKAT SEMULA SELEPAS 17 TAHUN
Kuala Lumpur, 17 Disember 2025 – Nostalgia filem fantasi ikonik Malaysia kembali ke pawagam! Selepas 17 tahun meninggalkan kesan luar biasa kepada penonton, Duyung kini dihidupkan semula dengan nafas baharu melalui sambungan terbaharu berjudul Duyung Legenda Aurora. Dengan penceritaan baharu yang lebih moden, sekuel ini juga penuh lawak spontan serta diserikan dengan sentuhan visual yang lebih segar dan mengujakan.
Plan asal nak pergi celebrate birthday dekat Grill & Steamboat Subang Bestari tapi ditutup sementara sebab ada pengambilalihan pengurusan baru. Bila Google ternampak pula Syokpot Grill & Steamboat Buffet dekat Kota Damansara. Nice lah sebab dia ada oyster macam dekat steamboat subest tu.
Restoran Syokpot ni senang dicari sebab dari traffic light pun dah nampak unit dia sebab warna kuning pekat. Nak park kereta pun senang sebab dia dekat corner lot. Kitorang pergi masa public holiday so parking tak payah bayar. Kalau bayar pun, tak mahal pun sebab dekat sini ada time limit, 120 minit.
SELEPAS JERMAN DAN INDIA, ‘BAD COP’ DIADAPTASI DALAM VERSI MALAYSIA UNTUK SIRI PREMIUM ASTRO ORIGINALS
Wednesday, 17 December 2025
SELEPAS JERMAN DAN INDIA, ‘BAD COP’ DIADAPTASI DALAM VERSI MALAYSIA UNTUK SIRI PREMIUM ASTRO ORIGINALS | Siri Aksi Jenayah Mendebarkan Bawa Nuansa Tempatan, Dikuasakan oleh Kolaborasi Strategik bersama Goodday Charge
Kuala Lumpur, 16 Disember 2025 – Selepas fenomena Generasi : Perfect 10, Astro Originals mempersembahkan sebuah lagi siri premium terbaru, Bad Cop, adaptasi daripada siri jenayah popular Jerman pada tahun 2017. Siri asal ini turut mencapai kejayaan antarabangsa apabila diadaptasi produksi India pada tahun 2024.
Bad Cop akan menemui penonton bermula 19 Disember 2025 setiap Jumaat, tepat 12.00 tengah malam di OnDemand dan juga di sooka. Penonton juga boleh menyaksikannya di Astro Citra (Saluran 108) pada setiap Jumaat, jam 9 malam, serta di Astro Ria (Saluran 104) pada setiap Sabtu, jam 10.30 malam.
Bagi versi Malaysia, Bad Cop diterajui oleh pelakon Aiman Hakim yang pertama kali membawa dua watak berbeza iaitu protagonis dan antagonis, sekali gus menguji versatiliti dalam lakonannya. Siri ini turut menampilkan bakat-bakat terkenal daripada pelbagai latar, seperti Siti Saleha, Harvinth Skin, Razib Salimin, Tony Eusoff, Whulandary Herman, Melissa Campbell dan Alvin Wong.
Menarik lagi, setiap episod menyaksikan kemunculan bintang-bintang popular yang membuat penampilan istimewa.
Bad Cop membawa pendekatan case-of-the-week, di mana kesemua lapan episod memaparkan kes baharu serta isu sosial tersendiri, antaranya penipuan identiti, marginalisasi komuniti luar bandar, tekanan sosial lelaki moden dan penderaan rumah tangga. Ini membuka ruang kepada pelbagai isu masyarakat yang relevan dan lebih mendalam daripada sekadar konflik keluarga.
Siri terbitan Astro Shaw ini diterajui showrunner Kavivarmen Vigneswaran, dan diarahkan Jason Chong yang membawa sentuhan visual dan penceritaan premium yang menjadi identiti Astro Originals.
Bad Cop mengisahkan Emir Khalid, seorang penjenayah bertembung dengan kembarnya yang terpisah, Imar seorang inspektor polis. Pertemuan semula itu bertukar emosi apabila Imar ditembak dan dia menyerahkan identiti polisnya kepada Emir sebagai jalan untuk melarikan diri, tetapi memintanya menunaikan satu janji.
Menurut Penerbit Eksekutif Bad Cop merangkap Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad, “Selepas kejayaan siri premium Liar pada tahun 2023, yang diadaptasi daripada siri thriller pemenang anugerah antarabangsa, kami teruja mempersembahkan Bad Cop, adaptasi daripada siri popular Jerman 2017. Siri ini mengukuhkan lagi komitmen Astro Originals dalam menawarkan kandungan premium dengan naratif berimpak tinggi. Untuk versi Malaysia, siri ini diterajui oleh showrunner dari Astro Shaw, Kavivarmen Vigneswaran dan kami kembalikan pengarah berpengalaman Jason Chong, yang juga sebelum ini mengarahkan siri Liar. Kami yakin naratif Bad Cop akan mendapat tempat di hati penonton Malaysia kerana cerita kepolisan sememangnya dekat dengan penonton tempatan, dan suntikan elemen lokal menjadikan adaptasi ini lebih relevan, autentik dan mudah dihayati. Kami berharap Bad Cop mampu menetapkan standard baharu bagi premium siri tempatan, sekali gus meneruskan legasi kejayaannya di Jerman dan India.”
Sebagai sebahagian daripada kolaborasi strategik ini, Goodday Charge telah menyokong lima judul Astro Originals premium sepanjang tahun 2025, yang masing-masing menampilkan manifestasi berbeza kekuatan dalaman:
1. One Cent Thief - Dunia jenayah digital
2. First Wives - Persahabatan teguh
3. Honey Trap - Ketegangan perisikan dalam Honey Trap
4. Generasi: Perfect 10 - Semangat dan disiplin
5. Bad Cop - Integriti Diri
Kisah-kisah ini membentuk satu perjalanan yang saling berkait, sekali gus mengukuhkan mesej Goodday Charge bahawa walaupun setiap individu mempunyai potensi untuk menjadi hebat, sentiasa ada ruang untuk melangkah lebih jauh dan menjadi TERHEBAT.
Saksikan dua episod pertama pada 19 Disember 2025 di platform OnDemand dan sooka. Bad Cop boleh ditonton setiap hari Jumaat bermula 12.00 tengah malam di OnDemand atau di Astro Citra (Saluran 108) jam 9 malam, manakala Astro Ria (Saluran 104) setiap Sabtu, jam 10.30 malam.
Dapatkan info terkini dan tonton klip-klip menarik Bad Cop menerusi platform media sosial rasmi Astro Gempak dan Astro Shaw seperti di Instagram, TikTok, Facebook, dan juga X.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman anda dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Entertainment dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ‘Hi’ ke 03 9543 3838.




.jpg)

.jpg)



























