Festival Budaya Malaysia, Tasik Titiwangsa

Friday, 17 October 2025

Setiap kali September mesti garu kepala nak pergi mana sebab ada cuti sekolah seminggu dan kena celebrate birthday dua orang whi si mine and my youngest sister. 

Tahun ni ada hala tuju sebab PMX bagi cuti ekstra 15hb tu jadi banyak sangat event dekat KL dengan pelbagai jenis konsep yang menarik. 

Sepanjang cuti Hari Malaysia tu ada Festival Budaya Malaysia dekat Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur. Festival ni antara salah satu acara dari Malaysia sebagai tuan rumah kepada ASEAN. 





Tak nak bersesak, kitorang naik MRT pergi ke MRT Hospital Kuala Lumpur. Bagi train ride experience jugak dekat si kecik ni. Pada hari yang sama, ada cosplay event dekat PWTC so masa naik tren ni nampak cosplayer tengah bersiap. Tak lah ramai tapi ada lah buat pembakar semangat untuk Farah join in future. Bila tu tak pasti. 



Since Festival Budaya Malaysia ni pertama kali diadakan dan mungkin tak akan ada lagi, tak banyak info yang kitorang dapat. Masa ni kitorang assume dia macam festival biasa je so nak allocate dalam sejam dua macam tu je jalan-jalan dekat sini lepastu nak pergi makan-makan celebrate birthday. 

Bahagian depan sekali ada MATHAF so kitorang macam alaaaa bosan dah biasa pergi dah. Tapi bosan-bosan pun dekat tangan dah berjinjit makanan dah masing-masing. Nak kata awal kitorang pergi Festival Budaya Malaysia ni tak lah awal pun sebab sampai sini dalam 11.30 pagi macam tu tapi banyak lagi booth belum buka. 







Bergerak ke hadapan sikit, ada ruang untuk pertandingan ikan laga tapi tak boleh masuk kecuali peserta so boleh tengok macam ni je lah dari luar. Bila tengok ikan laga cantik-cantik rasa nak beli letak dekat rumah tapi mengenangkan entah berapa ekor ikan laga mati, elok simpan je lah hasrat tu dalam poket. 



Pekat eh kuah laksa siam dia




Walaupun MATHAF je tapi seronok juga tengok pelbagai jenis makanan Thai dijual dekat sini sebab ada makanan yang belum pernah nampak dekat MATHAF area rumah. Macam crepe dengan filling menarik ni, ada hasrat juga untuk beli tapi sebab tengok cream dia banyak sangat terus batalkan niat. Takut muak makan cream je. Satu bantal tu harga dia RM6 tapi kalau buang, harga dia jadi bazir so tak payah.




Bahagian kanan tepi tasik tu ada disediakan khemah untuk pengunjung makan tapi masa pergi ni panaihhhh. Mengharapkan angin tapi angin tak nak datang. Bawa kipas tapi yang masuk pun angin panas, nasib baik bawa topi boleh lah sambil kipas secara manual.








Farah guna teropong dia beli dekat Penang



Berhenti dekat sini kejap ambil gambar tapi yang tolong ambilkan gambar tu jauh nau dari tempat kitorang sudahnya gelap. Padahal sebelum tu dah test ambil gambar dah okay dah T.T Jadi peringatan lah kepada diri sendiri supaya keluar berjalan bawa tripod. Nak ambil gambar ramai-ramai macam ni senang, tak payah mengharapkan orang lain. 




Masa berjalan ke bahagian tengah ni, ada nampak sekumpulan pelajar sekolah rendah bawa speaker. Bila tanya diorang ada Dance Battle dekat sini. Bila sampai dekat sini ada kumpulan pelajar teater juga tengah berehat dekat bawah khemah. Tak sure bila pertandingannya, mungkin lepas Zohor sebab crowd pun belum ramai lagi masa ni.




Kalau berjalan dengan adik lelaki ni memang akan terbelek pokok sebab dia kerja Arkitek Landskap. Bila selak pokok nampak kuda. Jalan depan sikit ternampak bunting Kelab Sukan Berkuda DBKL. 



Daripada terinta-inta apa ada di sebalik pagar, kitorang pergi je masuk ke kawasan pertandingan memanah berkuda dekat dalam. Masuk percuma je. Seat pun ada banyak kosong tapi masa tu dah nak habis dah pertandingannya. 


Ada peserta dari Malaysia, Brunei, China, Indonesia dan negara-negara lain yang tak ingat dah dari negara mana tapi yang pastinya negara ASEAN lah. Dalam pertandingan memanah berkuda ni ada 3 target memanah untuk peserta dapatkan mata. Dari jauh ingatkan kena shoot panah dekat board hitam tu rupanya target board dia kecil je. Bila kuda lari laju memang senang sangat tersasar anak panahnya. 



Lepas habis pertandingan semua pengunjung boleh ambil gambar dengan peserta dan kuda. 





Dalam ramai-ramai peserta untuk sukan memanah berkuda ni, peserta dari China lah paling menyerlah sebab panas terik ni dia boleh pakai kostum cantik ni. Tak tahu peserta negara mana yang menang sebab esoknya ada lagi pertandingannya. Kitorang pergi pun satu hari je so tahniah lah siapa yang menang. 

Melintas ke bahagian sebelah kanan Tasik Titiwangsa, dah masuk pelbagai jenis kraf kebudayaan dari setiap negara. Dekat bahagian Tasik Titiwangsa ni ada pecahan khemah dan festival kecil ikut sektor. Tapi disebabkan dekat pintu masuk tak ada dapat penerangan ataupun peta Festival Budaya Malaysia, kitorang main redah je ikut ke mana kaki melangkah. 





Dekat kawasan ni ada khemah untuk melihat budaya perkahwinan beberapa kaum dan negara macam negara Thailand, kaum Melayu, Iban, India, Kadazan-Dusun atau Cina. Tapi kitorang boleh tengok kaum Iban menari masa upacara perkahwinan sebab pengantin untuk khemah yang lain dah pergi makan. 


Jalan ke depan sikit ada nampak air soda lemon balang, terus bergegas dekat situ sebab cuaca makin panas. Lega dapat jumpa air sebab air kitorang beli dekat MATHAF tu dah habis dah. Sebelah air balang tu pula ada jual bunga. Tapi I rasa bunga ni a bit pricey lah sebab dia jual bunga kekwa je tapi RM20. Kalau dekat Jaya Grocer RM10 je tapi takpelah support local business T.T


Ikutkan hati nak makan dekat sini sebab ada banyak sangat street food yang best tapi masa ni ramai baru nak setup. Tak sure lah sebenarnya start pukul berapa sebab pukul 12 pun ada yang baru datang. Lagi satu tahan hati nak beli sebab nanti nak pergi makan dekat Seoul Garden so perut tak boleh penuh sangat. Kalau tahu ada banyak benda best dekat sini, memang tak pergi dah Seoul Garden tu, lepak sini je. 





Masa ni ternampak beberapa orang kenalan media tapi tak sempat lah nak tegur sebab memasing pun busy dengan kerja. The stage was sooo pretty tapi I rasa untuk malam sebab banyak acara lagi dekat belah malam. 

Sementara menunggu adik pergi tandas, kitorang rest kejap dekat booth makanan ni. Bila dah ada dekat dengan makanan, tangan memang laju tunjuk menu dekat booth. Sudahnya terorder Iced Matcha Latte dengan Iced Matcha Cream Cheese Latte dekat booth Sipnara.





Quite skeptical at first sebab matcha ni tricky sikit, kalau tak reti whisk memang tak sedap. Kalau serbuk matcha tak umph pun tak padu pergi dia. But sipnara matcha was damn good! I sedih bila matcha nak habis dah tapi terpaksa jugak habiskan.  Iced Matcha Cream Cheese Latte dia A+ so lepas ni kalau nampak booth sipnara memang confirm I akan beli. 


Lepas dah rehat, bergerak ke pintu masuk awal tadi tapi ternampak pula booth Farm in the City bagi pengunjung pegang ular peliharaan dekat situ. Lama lah jugak sangkut dekat situ sebab masing-masing nak try pegang. Yang nak mengusik si kecik tu pun boleh tahan jugak. 




















Setiap kali nak keluar dari Festival Budaya Malaysia ni kitorang akan terjumpa festival baru dekat bahagian lain lepastu terpesong dari niat asal. Sama lah juga dekat sini, kitorang excited jumpa Aidil Aziz jual jambu mangga. I pun tak sangka keluarga I suka dengan dia, mungkin sebab dia extra handsome in real life kot hshshs



Dekat hujung Festival Budaya Malaysia ni ada pameran info bergambar tentang ASEAN Malaysia 2025 tapi memandangkan awan dah gelap, mengejar masa lagi maka tak sempat lah nak membaca apa yang ada dekat ruangan ni. Nak baca tahun depan pun bendanya dah tak ada, baca je lah nanti dekat Internet. 



Finally berjaya juga lah kitorang berjalan keluar dari Tasik Titiwangsa ni untuk menuju ke tempat seterusnya. 




Aira pun dah terlentok bila kena dukung dengan Tokmi. Penat member kena berjalan dari pagi sampai petang. 






All in all we had fun jalan-jalan dekat Festival Budaya Malaysia. Dengarnya minggu ni ada KL Park Festival ala-ala Floria and I setuju sangat buat dekat Tasik Titiwangsa sebab Putrajaya jauh wei. Ada MRT pun tetap kena menapak jauh. Bila buat dekat Tasik Titiwangsa ni senang sebab easily accessible oleh semua. Know know arrived haa gitu. I plan nak pergi Deepavali nanti hiksss thank you kepada siapa yang lontarkan idea segala jenis festival di Taman Tasik Titiwangsa ni 💓

“SELINGKUH” – KEJUJURAN DALAM LUKA

Thursday, 16 October 2025


“SELINGKUH” – KEJUJURAN DALAM LUKA | JIMI TAMPIL BERANI DENGAN GABUNGAN ROCK DAN ELEKTRONIK 

Kuala Lumpur, 16 Oktober 2025 – Penyanyi berbakat, Jimi, kembali dengan single terbaharunya berjudul Selingkuh, sebuah karya penuh emosi yang mengangkat kisah kekecewaan dan keberanian melepaskan cinta yang penuh kepalsuan. Lagu ini menandakan single kedua Jimi bersama Alternate Records, sekali lagi memperlihatkan kematangan dan evolusi muziknya.

Dicipta oleh Seow Seng Tack, Ja’a dan Glowrush, Selingkuh membawa pendengar menyelami perjalanan emosi seseorang yang dikhianati daripada kekecewaan yang mendalam hingga ke keputusan untuk bangkit demi maruah dan ketenangan diri. 

Menurut Jimi, terpilih untuk menyanyikan lagu ini adalah satu penghormatan besar baginya. “Saya telah bagi sepenuh tenaga dan jiwa untuk setiap notanya. Lagu ini bukan sekadar tentang kecurangan, tapi tentang kejujuran terhadap diri sendiri bila seseorang sedar bahawa terus bertahan hanya akan menyakitkan,” katanya.

Rakaman vokal untuk lagu ini disiapkan dalam masa kira-kira 4 hingga 5 jam sahaja, namun Jimi mengakui ada beberapa bahagian yang memerlukan fokus dan tenaga sepenuhnya untuk mencapai vibe yang diinginkan. “Cabaran terbesar lagu ni ialah nak dapatkan vibe rock tanpa hilangkan identiti saya sendiri. Kali ini saya kena lebih agresif dari segi vokal dan tenaga, tapi tetap kena jaga emosi lagu tersebut,” tambahnya.

Dari sudut penciptaan, komposer Seow Seng Tack, Ja’a dan Glowrush menjelaskan bahawa Selingkuh lahir daripada keinginan menyampaikan perasaan kecewa dengan jujur, tanpa tapis. “Lagu ini keunikannya pada lirik yang tajam dan realistik frasa seperti ‘duit habis kau sapu’ dan ‘hanya dengan selamba’ memberi rasa seolah-olah luahan sebenar dari hati yang terluka,” jelas mereka.

Menariknya proses penciptaan lagu ini berlaku semasa sambutan Tahun Baharu Cina, menjadikan ia lebih istimewa. Penulis lagu dan produser saling berhubung hanya melalui aplikasi WhatsApp bagi menyiapkan susunan muzik dan rakaman demo sebelum sesi rakaman vokal akhir bersama Jimi dijalankan.

Menggabungkan genre rock dan elektronik, Selingkuh menawarkan pengalaman bunyi yang segar di samping mengekalkan semangat rock klasik tetapi dengan suntikan elemen elektronik moden yang menjadikannya relevan untuk pendengar tahun 2025. “Kelainan yang saya nak tonjolkan ialah keberanian untuk keluar dari zon selesa. Mungkin orang belum tahu sisi lain saya yang lebih garang, bersemangat dan penuh live energy,” jelas Jimi lagi.

Bagi Jimi, Selingkuh bukan sekadar sebuah lagu putus cinta ia adalah simbol kejujuran, keberanian dan pembebasan diri daripada kepura-puraan. “Pendengar patut dengar lagu ni sebab ia bawa rasa yang berbeza dengan lagu sebelum ini. Gabungan tenaga rock dan emosi menjadikannya pengalaman yang jujur dan dekat dengan realiti,” katanya menutup bicara.

Dengan penyampaian vokal bertenaga dan lirik yang jujur, Selingkuh dijangka menjadi antara karya paling berani daripada Jimi setakat ini.

Selingkuh kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital termasuk Youtube dan Spotify.


Untuk maklumat terkini berhubung Alternate Records & Talents, layari akaun rasmi media sosial Facebook, @alternate.my_ di Instagram dan @alternate.rt_ di TikTok.

Ayam Gepuk Artisan, Subang Bestari


Dekat Seksyen U5 ni dah ada 3 kedai ayam gepuk - Ayam Gepuk Top Global, Ayam Gepuk Pak Gembus, Ayam Gepuk Pak Yeop dan semua kedai pun penuh bila masuk waktu makan. Jadi tak hairan lah kalau Ayam Gepuk Artisan pun akan menerima penangan yang sama sebab penduduk dekat Seksyen U5 ni makin ramai, tambah pula easily accessible oleh orang luar. 

Since Ayam Gepuk Artisan ni baru dibuka, meja makan dia tak banyak sangat. Kitorang pergi tadi pun dah separuh dah penuh padahal baru pukul 12 tengahari. 


Dekat Ayam Gepuk Artisan ada dua jenis ayam gepuk, satu Klasik dan satu lagi Krispy. I tak suka ayam gepuk klasik sebab ayam tu kering so kitorang pilih set Krispy C. Fariha ambil 2pcs ayam, I ambil one piece je sebab takut tak habis. Air satu air mineral, satu lagi air laici. 





Ni gambar dari pelbagai sudut sebab tak nak terlepas semua bahan yang ada dalam satu set. Fariha ambil sambal biasa sebab nak ada kacang, I ambil level extra pedas. Nasi dia banyak tapi surprisingly habis lepastu menyesal sebab terlebih carbs. 

Pilihan tepat untuk ayam sebab 1 pun dah cukup but that's only me lah. Kalau rasa satu bahagian thigh tu tak cukup, order lah dua pieces ayam sebab dia akan bagi thigh dan drumstick. Kalau yang dah biasa makan ayam 1/4 bahagian tu, boleh lah ambik 2 pieces. Set krispy is a winner for me sebab rangup, sedap bila makan masa panas. Coating dia cukup rasa bukan tepung semata. Tempe dia pun sedap sebab rangup. 


Sambal extra pedas tu tak lah pedas sangat sebab tangan tak pijar pun masa makan. Mulut pun tak rasa kebas so pedas dia tak seteruk Ayam Gepuk Yeop. Sambal dia letak dekat pinggan pun tak banyak sebab konsep dia lebih kurang Ayam Gepuk Pak Gembus sebab boleh refill nasi dan sambal. 

Restoran dia nothing fancy pun tapi okay lah sebab ada washroom cuma eye sore sikit sebab air bertakung dalam sinki penuh dengan cili dan nasi. Bahagian air dia guna sistem layan diri so boleh ambil ais dan air ikut sukatan suka hati. Overall, definitely would repeat lagi sebab set ayam gepuk dia murah dan sedap for me.