Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

Install Smart Lock

Sunday 26 November 2023

Sebelum ni dalam meeting ada staff utarakan concern tentang pintu sebab unit Griffin tak ada glass door macam Oasis. Senang sangat untuk orang luar masuk dalam pejabat dan pernah terjadi orang luar masuk untuk tumpang tandas. Tumpang tandas tu okay lah, kalau masuk dengan niat tak baik macam mana kan? 

Kalau nak bagi kunci dekat semua orang pun bahaya juga sebab ada ramai chambering students yang bekerja selama 9 bulan je. Lagipun tak boleh lah semua orang ada kunci, sebab takut jadi macam dulu bila ada kes kecurian ataupun wipe-out data. 


Solusi mudah dan relevan, install smart lock ni dekat pintu. Tak ambil masa yang lama pun untuk pasang. Yang jadi lama sebab nak set fingerprint untuk semua staff. Nak set tu mudah je, kena tekan sebanyak 5 kali dekat ring light tu. Kena tekan dalam posisi berbeza lah sebab kadang-kadang kita buka pintu dengan posisi ibu jari lebih bahagian atas, kadang terlebih bahagian kiri. 



Nak buka pintu guna cap jari, nak kunci pintu pun tolak naik atas je. Tapi pintu ni macam fragile sebab lembut sikit dari tombol pintu besi. Risau kalau ada staff yang ganas buka tutup pintu. Lagi satu safety features smart lock ni bila kita boleh kunci dari dalam supaya orang luar tak boleh buka. Kalau OT sampai lewat malam ataupun masuk waktu weekend tak lah risau sangat. 

Nak buka smart lock door ni boleh guna cap jari, guna passcode, guna access card ataupun guna apps. Ada banyak cara untuk buka jadi tak ada masalah untuk manusia yang clumsy dan senang sangat lupa password. Selesai satu masalah dalam office, rasa lega dan secure bila masuk bekerja. 

Wear Green for Palestine Day

Sepatutnya 15hb November tu ada grooming contest tapi terpaksa ditangguhkan untuk join solidariti untuk Palestin. Semua warga RRM perlu pakai baju berwarna hijau untuk kempen Wear Green for Palestine. 


Tak ada masalah pun nak pakai baju berona hijau ni sebab dalam wardrobe ada banyak. Tapi tu lah, hijau pun ada banyak jenis sebab tak bagitahu spesifik kan hijau apa. Tengok gambar segala jenis hijau ada - hijau pucuk pisang, hijau pekat, hijau zaitun etc



Tak sempat nak masuk dalam gambar RRM sebab terpaksa berkejar ke SSM untuk selesaikan kerja dekat sana. Masa dekat SSM pun nampak ramai juga yang pakai warna hijau. Balik dari SSM baru dapat join yang lain buat TikTok sebab dalam meeting dah kena tanya mana video baru untuk social media posting. 





Jangan tanya apa hasil video Tik Tok ni sebab tak tengok pun final result. Entah kejadiannya elok entah tidak, whichever it is kita redho je lah. Balik dari SSM, buat video tik Tok lepastu sambung buat kerja walaupun dah pukul 6 lebih masa tu. Surprisingly yang lain pun tak balik lagi sebab sibuk dengan kerja tertunggak. 





Kejadian yang aneh jugak lah berlaku di RRM sebab selalunya jam 6 petang tepat semuanya dah balik. 

3 Minute Test dan Birthday Celebration

Saturday 18 November 2023

Setiap hari Rabu akan diadakan meeting untuk track progress dan update isu semasa dalam RRM. Tapi untuk 25 Oktober lepas, managing partner minta I, Ms Debbie, Aiman dengan Ms Tasya untuk conduct test. Kenapa I terpilih sekali? Entah. Yang pastinya I pilih untuk conduct test untuk semua staff meanwhile Debbie untuk conveyancing, Aiman untuk Corporate dan Tasya untuk Litigation. 

Walaupun I conduct test untuk staff, I kena prepare set soalan untuk Company Secretary test juga under Corporate department. Tak lah susah mana pun nak buat set soalan tu sebab tak banyak pun yang kena ubah. 

Sebelum test bermula, kami bahagikan kepada dua group - Lawyers/TA dan staff sebab test ni kitorang buat serentak supaya jimat masa. Group Lawyers dan Trainee Associates berkumpul di lounge area untuk buat discussion dan jawab test sementara staff kena bergerak ke Training Room sebab dekat situ tempat simpan fail untuk semua department. 

Untuk 3-minute Test ni, staff kena cari fail yang I minta dalam masa 3 minit. Kalau gagal, bermakna labelling and arrangement system untuk department tu kena rombak semula. Semua fail disusun mengikut ref file tapi terpulang juga kepada cara susunan department tersebut. Sebab dalam satu department ada pecahan yang lebih spesifik macam Conveyancing department susun file ikut developer dan loan bank. 
 



Mudah untuk cari fail kalau ada label pada rak simpanan fail, tak ambil masa lama pun, dalam satu minit dah jumpa. Kalau tak ada label, boleh lebih dari 3 minit. Itu belum masuk kalau fail tu tak ada dekat rak. Dekat RRM, fail tak boleh ada dekat atas meja, semua kena simpan dekat rak supaya tak ada kes hilang atau tersalah letak. Kalau fail yang jenis beranak macam Litigation dengan Company Secretary, volume sebelumnya tu kena simpan betul-betul dalam rak. 

Lepas settle bab fail, ada test untuk issue bill, data storage, KIV system dengan open file. Semua ni perkara asas yang semua staff kena tahu. Masa test tu tak ada masalah pun untuk siapkan dalam masa 3 minit sebab semua pun dah biasa buat. Tepat jam 4 selesai semua test so I inform Council of Partners. 

Ingatkan COP nak sambung meeting rupanya ada pengumuman semua boleh balik jam 4.30pm hari tu sebab ada ammonia gas leaking dekat kawasan Lotus' Ara Damansara. Kilang ais dekat kawasan situ ada kebocoran paip. Boleh balik awal dan masuk office keesokannya jam 10 pagi. Seronok lah semua orang, bukan selalu dapat balik jam 4.30 kan?

Sebelum balik tu, kitorang celebrate birthday Debbie dengan Syaz sebab diorang lahir bulan Oktober. Ain order Russian Spartan Crepe Cake dari Aainaa Kitchen. Ada bihun goreng dan teh tarik juga untuk meeting petang tu. 







Happy belated birthday Syaz and Debbie, may Allah bless you guys. To many more memories together ðŸ’œðŸ’œðŸ’œ

RRM Ladies Photoshoot

Monday 6 November 2023

Salah satu inisiatif Ram Reza & Muhammad untuk tahun 2023 selain berpindah ke unit baru, menjaga imej warga RRM pun termasuk juga. Selesai bab pindah office, kali ni selesai juga tempahan blazer RRM berwarna blue black untuk lawyer dan staff wanita. 


Asalnya nak ambil warna hitam, senang untuk masuk semua warna tapi stok ak ada jadi pilih lah warna blue black, sesuai lah dengan tema warna rasmi Tetuan Ram Reza & Muhammad. Tempahan awal untuk ladies dulu, kemudian baru tempah untuk yang lelaki sebab wanita lagi ramai dekat Ram Reza & Muhammad ni. HQ, Petaling Jaya, Kuala Terengganu dan Penang, semuanya wanita lagi ramai. 

Once semua dah dapat blazer, Kak Nurul tetapkan tarikh dan masa untuk photoshoot dengan blazer. Kak Nurul dah inform untuk pakai cantik-cantik siap makeup so tak ada excuse lah tak cantik dalam gambar. Siapa lupa nak makeup tanggung sendiri lah. 

Untuk photoshoot blazer tu, En. Hamza yang ambilkan sebab dia photographer tapi pakai iPhone je lah. Masa plan nak ambil gambar tu, plan biasa-biasa je nak ambil gambar sekeping dua. Dah pakai cantik, dah makeup bagai takkan lah nak ambil sikit je. 

Kitorang start dengan gambar duduk di lounge area, kemudian pose lipan ni. Tersangatlah awkward untuk pose lipan sebab tak pernah buat pose ni. Tak sure jadi cantik ke tidak nanti. Motif pose lipan ni sebab nak tayang logo Ram Reza & Muhammad dekat bahagian hujung lengan sebelah kiri tu. Logo tu Kak Nurul jahit sendiri untuk semua blazer. Thank you Kak Nurul! 


Selesai dekat atas, turun bawah pulak dekat tempat wajib Oasis, kawasan pool di bahagian tengah Oasis Square Ara Damansara. Sekarang pool ni tengah kosong, boleh lah photographer masuk dalam pool. Semua kena susun cepat sebab panas terik, matahari terpacak atas kepala padahal baru pukul 10 pagi. Susunan awal, semua berdiri rapat tapi nampak tak cantik jadi En. Hamza suruh buat gap supaya semua boleh nampak. 



Lepas pose gambar rasmi, En. Hamza suruh buat pose candid tapi memasing blur lepastu bersepah lah gambar yang idak-idak je dekat sini. 





Lepas setengah jam dekat kawasan pool, bergerak pula ke spot terakhir. Tak tahu sebenarnya nak pose macam mana tapi tengok gaya semua dah ambil spot masing-masing, kita duduk hujung je lah buat pose mana sempat. Panas terik macam tu bukannya fokus pun. Nasib baik cantik kejadiannya. 










Bergambar santai je pun kemain riuh satu floor sebab nak dapat pose cantik. Bergambar ramai-ramai ni haruslah semua mencari angle dan pose terbaik supaya tak nampak gemuk. Happy lah tengok gambar sebab candid pun cantik haha. Mana yang tak cantik tu kita buang je. Thank you RRM untuk blazer baru. Thank you En. Hamza tolong ambilkan gambar cantik pakai blazer. 

Ram Reza & Muhammad x UIA Career Fair

Thursday 2 November 2023

Kali kedua untuk tahun ni Ram Reza & Muhammad dapat slot untuk career fair dan kali ni di Universiti Islam Antabangsa Malanysia di Gombak. Kalau ikutkan pertalian RRM dengan UIA ni agak kuat lah sebab ramai partners, lawyers dengan chambees ramai dari universiti ni. 


Kalau terlibat dalam career fair ni Kak Nurul sebagai HR lah yang in charge. Props, bunting, company profile, booklet, business card dan goodies semuanya Kak Nurul yang sediakan. Ms Tasya dengan Yun assist dan join pada hari kejadian. 

Bunyi macam kesian kan, Kak Nurul yang prepare semua benda but to be honest kitorang tak tahu pun ada career fair ni. Tup tup dalam meeting Kak Nurul bagitahu dia akan pergi ke UIA. Career Fair sebelum ni beria, siap ada yang bergilir shift untuk jaga booth. 


Mungkin sebab Kak Nurul expect booth akan sendu macam sebelum ni, so dia pun pergi dengan relax dan santai je lah. Tup tup ramai pulak yang datang sampai kena call En. Hazman datang backup. Berbeza lah sambutan dengan event sebelum ni. Ramai sangat nak attend sampai tak menang tangan, tak sempat nak lunch, tak sempat duduk pun. 


Ni je gambar yang sempat ambil dekat Career Fair UIA 2023 ni sampai nak buat video untuk TikTok pun tak sempat. Kitorang assume mungkin sebab booth ni buat dekat Fakulti Undang-Undang jadi ramai yang datang jenguk sebab nak tahu lebih lagi pasal chambering dan peluang pekerjaan di firma. Booth RRM jadi tumpuan juga sebab firma RRM ada banyak department - Civil, Corporate, Conveyancing, Company Secretary, Syariah, Patent & Trademark. Lagi satu sebab goodies bag kitorang cantik. Thanks to Hanako Personalized Craft for that! 💖💖💖😊😛


Anyway it's a great experience for RRM. Thanks for the opportunity from UIA. Terima kasih juga kepada students UIA yang singgah ke booth RRM. Semoga dapat manfaat dari perkongsian kami. All the best and till me meet again!

RRM 25 TAHUN, TADOM HILL

Sunday 29 October 2023

Bulan lepas dok sembang busy itu ini, one of the event ialah Sambutan Ulangtahun Ke-25 Ram Reza & Muhammad di Tadom Hill. Plan asalnya nak buat trip tapi disebabkan banyak tempat dah fully book tambah pula tiket flight mahal, jadi kita pilih yang dekat je. Dari Ara Damansara, lebih kurang 40 minit nak pergi ke Tadom Hill ni. 


Tak susah pun nak berurusan dengan pihak Tadom Hill, staff pun membantu banyak dari segi penginapan dan makan. Sebelum pergi tu dah share itinerary, yang mana perlukan khidmat staff sana untuk slot in itu ini. Nak manage untuk one day trip pun banyak benda juga nak kena buat. Menyesal jugak lah tak pilih dinner atau kenduri. Tapi dah terlajak cadang dan undi, kita proceed je sampai jadi. 

Jam 8 pagi semua committee dah sampai untuk siapkan door gift dan atur bahagian pendaftaran sebelum warga RRM yang lain sampai ke Tadom Hill. Dah siap arrange semua terus bergambar sebelum make-up committee cair. 








Pukul 9 pagi dah ramai yang datang untuk pendaftaran kemudian berkumpul untuk bergambar di Hakka Village. Uniknya Hakka Village yang diperbuat dari buluh hanya cuma ada satu sahaja di Malaysia. Mungkin akan datang ada pihak lain yang nak buat untuk kekalkan warisan budaya ni supaya tak lapuk dek zaman.  

Kawasan Tadom Hill agak luas dan hampir kesemua bangunan yang ada dekat sini diperbuat dari buluh. Jadi tak hairan lah kalau di kiri dan kanan ada banyak pokok buluh. Nak ambil gambar dengan cuaca panas terik dan ada kanak-kanak ni memang mencabar sebab masa untuk bertenang tu terhad. Gambar ni staff Tadom Hill yang ambil sebab katanya iconic spot di resort tu. Rasanya dia guna teknik panorama sebab nampak dia ambil dari bawah ke atas. Nampak kurang cantik sikit sebab patutnya kitorang ke depan sikit lagi but that's okay lah, turns out nice lah.


team RRM Penang


Selesai bergambar di Hakka dan bahagian tengah Tadom Hill, semua bergerak ke Lakeside Cafe untuk sarapan pagi. Menu bihun Singapore dengan kuih dah memang termasuk dalam pakej Family Day. Seronok tengok team company lain main flying fox dan rakit sambil makan. 

Lepas spend masa setengah jam dekat situ, bersambung pula dengan Ucapan Perasmian dari Managing Partner - Datuk Nor Hisham dan bacaan doa.  Sepatutnya ucapan tu tak lama pun tapi disebabkan team RRM Kuala Terengganu belum sampai ke Tadom Hill jadi ada sharing session sementara tunggu semua datang untuk join next activity. 


Aktiviti-aktiviti Family Day di Tadom Hill ni semuanya disusun oleh staff Tadom Hill Resort jadi tak ada pun yang tahu apa game yang akan dimainkan pada hari kejadian. Game simple tapi sebab semua pun bekerjasama dan semangat untuk menang, aktiviti tu jadi fun. 

Masa semua team main game dekat sini, I dengan Ain tengah serabut ubah arrangement sebab clash dengan team building company lain. Bila team sana lambat, bagi kesan dekat team RRM untuk guna tempat yang sepatutnya kitorang dapat. Dah tak memasal RRM kena berpindah banyak tempat supaya tak bertembung dan aktiviti jadi tertunda. 

Terlambat sikit dari plan asal tu kita faham lah because it's happens tapi yang tak syoknya, bila dah kacau masa orang lain lepastu tak ada common sense untuk cari ruang lain untuk selesaikan matter diorang. Dah nampak kitorang minta supaya ruang tu dikosongkan cepat, ada pulak dok makan sambil tunggu bas diorang datang. Patutnya makan lah dekat tempat lain sebab masa diorang dah habis dah dekat ruang tu. Dah lah kitorang dah kejar masa, terpaksa pulak bersihkan ruang tu sebab team sebelum tu makan bersepah dan tak kemas meja. Kalau budak sekolah, faham lah jugak tapi orang dewasa haihhh T.T

Selesai dua game untuk sesi pertama, ada tayangan video RRM 25 Tahun dan sesi Cabutan Bertuah. Hadiah cabutan bertuah ditaja oleh:

1) Idaman Pharma/Halalgel- Puan Sharifah
2) Hamodal-En Zam, En Kabir, En Meiraj and Puan Rita
3) SimplySiti - Dato Sri Khalid, Dato Sri Siti Nurhaliza dan En Azuddin.
4) Brighstars - Datin Rafidah dan Puan Marissa Zarr
5) Sedania - Dato Firoz dan En Zahani
6) Dato' Nasri Nasrun
7) D'Aquarian - Dato' Wan Muhammad Zin
8 ) Yayasan Ihsan Rakyat - Datuk Hajjah Rozzanamoon


Tak lengkap lah sambutan ulangtahun tanpa sesi potong kek oleh barisan rakan kongsi Tetuan Ram Reza & Muhammad. Memandangkan order kek di tempat orang, tak berani lah nak ambil kek bertingkek-tingkek. Kita ambil yang simple tapi sedap. 


Lepas sesi potong kek, semua dijemput makan tengahari di Lakeside Cafe, tempat sama makan breakfast pagi tadi. Sebelum book Tadom Hill untuk buat Family Day, Datuk Hisham dah buat special request nak ada kambing dalam menu. Belek menu dekat Tadom Hill ada lamb grill, mudah sangat kerja kitorang bila apa yang dicari tu ada. Kenyang makan menu tengahari, I minta staff dekat cafe tu simpankan kek dalam chiller sebab ada banyak lagi. 

Sebelum semua berkumpul untuk aktiviti air, Ain agihkan nombor bilik masing-masing untuk berehat dan solat Zohor. Yang ada anak tu boleh bagi anak-anak berehat sekejap sebelum join aktiviti sukaneka. Kunci bilik kena ambil di kaunter pendaftaran di bahagian hadapan resort. 

Tepat jam 2, semua perlu berkumpul di kawasan lapang di antara dewan dan tasik. Sebelum masuk dalam air, kena la warm-up dulu untuk elakkan kejang otot. Sesi warm-up selama 20 minit diketuai oleh supervisor di Tadom Hill kemudian diteruskan dengan taklimat keselamatan dan pemakaian jaket keselamatan. Kebiasaannya jaket keselamatan cuma sarungkan pada badan dan klip di bahagian tengah tapi jaket keselamatan di Tadom Hill ada extra strap dari belakang badan ke bahagian depan for extra safety. 















Ada dua aktiviti air selama 2 jam. Pertamanya, warm-up session dalam air untuk sesuaikan diri dalam kawasan tasik dan hilangkan rasa panik dan takut. Aktiviti kedua pula adalah pertandingan rakit di mana setiap kumpulan perlu berlumba mendayung rakit hingga ke garisan penamat. Memandangkan ada kumpulan yang sedikit ahlinya untuk mendayung rakit, terpaksa lah satu kumpulan berpecah untuk seimbangkan jumlah. 



















Antara sebab kenapa jumlah kumpulan lawan rakit tak cukup ialah kerana sukaneka kanak-kanak ni. Apart from me being a photographer lah. Dah kalau semua masuk air, siapa nak menjaga the kids kan? Nampak je tak ramai tapi semput nak kepung semua. Dekat tangan memasing ada water gun, lagi sakan lah masing-masing tembak sana-sini. 








Me: Ayash, nak ambil gambar boleh tak? 
Ayash: Bolehhhh
*snap his cute face*
Ayash: Nak tengokkkk! Comel tak Ayashhh?!

Aktiviti air dengan sukaneka kanak-kanak berjalan serentak dan habis pun lebih kurang waktu yang sama. Ikutkan plan asal nak buat sukaneka kanak-kanak dulu tapi disebabkan plan awal dah berterabur dekat belah pagi makanya terpaksa lah ubah dan potong masa untuk aktiviti belah petang. Selesai kesemua aktiviti, bagi masa untuk juri kira markah kemudian bersambung lah ke upacara terakhir, Sesi Pemberian Hadiah. 

Sebelum Family Day lagi Kumpulan 3 dah target untuk jadi pemenang tapi biasa lah tu, kemenangan berpihak pada kumpulan lain. 



Sebelum Family Day berakhir, ada masa sikit lagi untuk free and easy activity. Yang perempuan dengan kanak-kanak sambung main dekat tasik. Ada yang berehat dekat dalam bilik. Yang lelaki main volley ball di kawasan berpasir di sebelah Hakka Village. Semangat lah dua team main volley ball sebab team yang menang akan dapat ganjaran wang tunai dari Datuk Hisham. 



Since I tak dapat join aktiviti air sebab jadi photographer terjun, sebelum balik tu spent time dengan Atie, Syaz, Sheera dan Yun main dekat water slide. Suara masing-masing menjerit tak payah cakap lah, satu Tadom Hill boleh dengar gamaknya. Awal-awal tu cuak sebab water slide dia curam tapi lepas slide sekali rasa gian pula nak slide lagi. Plus, kitorang turun slide berteman. Kalau turun sorang-sorang, tak berganjak punggung dekat situ. Melekat je dekat bahagian atas slide. 

Tak lama pun dapat main sebab guard dekat situ minta supaya kosongkan tasik bila hujan dan mula turun. Lepas pulangkan jaket keselamatan, kitorang rushing balik ke bilik untuk mandi dan solat Asar lepastu berkemas untuk check out. Syukur lah lepas habis bersiap tu hujan dah berhenti jadi semua orang pulang dengan selamat. 

Sambutan ulangtahun ke 25 ni mungkin nampak ringkas lah berbanding sambutan sebelum ni but I'm glad we all had fun that day. Mungkin ada yang terkurang dari pihak committee tapi itu lah yang termampu dalam kekangan masa dan tenaga. Untuk next year, Datuk dah janji nak buat company trip ke Terengganu sebab Ms Hanim personally request di hujung event, so yuppp looking forward for that!