Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Movie Review | Hey Sinamika (2022)

Thursday 21 April 2022


Director : Brinda
Writer : Madhan Karky
Cast : Dulquer Salmaan, Aditi Rao Hydari, Kajal Aggarwal
Production Companies : Jio Studios, Global One Studios, Viacom18 Studios
Distributor : Netflix, Jio Cinema
Genre : Romantic Comedy
Running Time : 148 minutes
Release Date : 3 March 2022
Trailer :


Hey Sinamika! bermula dengan kisah cinta antara Yaazhan (Dulquer Salmaan) dengan Mouna (Aditi Rao Hydari) yang bertemu dia sebuah café ketika rebut. Dengan mudah mereka berdua jatuh cinta dan buat keputusan untuk berkahwin. Dua tahun kemudian Mouna menyesal dengan keputusan tersebut sebab suami dia mulut bertih dan suka paksa dia makan. 

Level paksa tu agak melampau lah sebab Mouna tengah mandi pun dia ketuk pintu suruh rasa kek hasil resipi baru yang dia belajar. Bab bercakap pun penat Mouna nak layan sebab tak boleh stop sampai dia rasa nak bunuh diri sebab penat dengar Yaazhan bercakap. 


Bila dapat tawaran kerja untuk projek di Pondicherry, Mouna merayu supaya dia dihantar ke sana sebab dia nak me-time dan lari dari suami dia. Malangnya Yaazhan buat kejutan dengan pindah bersama Mouna sebab Yaazhan bukan ada kerja pun dekat Chennai. Lagipun dia risau kalau Mouna tak cukup makan. 

Tertekan dengan kejutan tersebut, Mouna upah Dr Malarvizhi (Kajal Aggarwal) goda Yaazhan supaya dia ada alasan kukuh untuk bercerai. Bukan perkara sukar pun untuk buat kerja licik sebegitu sebab Dr. Malarvizhi dah biasa rosakkan rumahtangga orang. Tapi berjaya ke plan mereka berdua? Kena tengok lah movie ni dekat Netflix. 


Movie debut arahan koreografer terkenal yang pernah menang National Award ni merupakan remake kepada movie Argentinian, Un Novio Para Mi Mujer (2008) dan juga Korea Selatan, All About My Wife (2012). I tak pernah tengok dua movie sebelum tu jadi taka da perbandingan dekat review ni. But I just want to point out, Brinda ada dua movie untuk jadi rujukan namun masih gagal untuk hasilkan yang terbaik. Terbaik maksud I, stay true to it's genre lah. 


Tak ada masalah dengan penceritaan romantik komedi antara Yaazhan dan Mouna pada first half movie tapi bila masuk second half dah mula nampak draggy dan jalan cerita yang longgar. Peralihan dari rom-com kepada drama pun nampak tak realistik bila Mouna tiba-tiba cemburu buta sedangkan dia perlukan me-time. 2 tahun terpenjara tapi Brinda tak tunjukkan pun kebebasan yang nak digapai Mouna tu. 

I tak suka bila director tunjuk yang watak Mouna sebagai keanak-anakan bila dia nak cemburu buta dan tertekan lepas hidup dengan Yaazhan. Yaazhan cuma bercakap tak henti tapi tak pernah dengar pendapat Mouna untuk subjek yang dia bincangkan apatah lagi ambil tahu dan peduli tentang Mouna. Dia agak clingy setiap masa nak kacau Mouna walaupun tengah drive dan di pejabat. Kacau privasi Mouna, kacau waktu tidur isteri dia. Walaupun dah berkahwin, tetap kena ada personal space juga. 


Sinematografi movie Hey Sinamika! agak bercampur-baur dengan latar indah di bandar Pondicherry dan Chennai tapi tiba-tiba pengarah masukkan latar masyarakat luar bandar entah untuk apa. Music album hasil gubahan Govind Vasantha hanya mempunyai 4 buah lagu tapi gap antara sebuah lagu dengan lagu seterusnya tak teratur langsung. Tiba-tiba sahaja muncul dengan lirik sembang pasal terrorism???? Lagu romantik antara tiga watak utama pun tak berjaya menaikkan impak pada penceritaan mahupun screenplay. 

Boleh kata kebanyakan masanya Kajal nampak canggung dan seolah terpaksa masuk ke dalam kisah Mouna dan Yaazhan. Memang la dia diupah Mouna tapi tak lakonan dia nampak kaku walhal watak doktor dengan Yaazhan digambarkan seolah serasi bersama dalam kebanyakan perkara sampai Yaazhan terlupa dia ada isteri di rumah. 


I tengok movie ni sebab dah lama tak tengok Aditi Rao Hydari berlakon watak utama so I’m quite happy lah bila Brinda bagi watak yang sesuai dengan karakter sebenar Aditi. Wardrobe dia pun cantik dan trendy tapi tak sesuai dengan kerjaya dia sebagai paleotempestologist yang kaji tentang angin di tapak pembinaan. Dia masuk site kemain pakai heels siap makeup bagai. Bukan nak kata kena sememeh tapi biar lah kena dengan tempatnya. 

Walaupun banyak I tak puas hati tapi I tetap suka dengan apa yang Aditi perform dalam movie Hey Sinamika. Tak berselera tengok Dulquer tapi bila sharing screen dengan Aditi nampak lah chemistry yang ditonjolkan menyerlah sampai terlupa diorang cuma berlakon sebagai pasangan suami isteri. Apart from that I need to give credit to team production sebab bawa mesej social tentang gender bias dan breaking stereotype melalui watak Yaazhan. Movie kedua yang bawa mesej sosial yang sama lepas movie Ki & Ka (2016). 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.2 = 4.3/10

Movie Review | A Simple Favor (2018)

Thursday 14 April 2022


Director : Paul Feig
Writer : Jessica Sharzer
Cast : Anna Kendrick, Blake Lively, Henry Golding, Andrew Rannells
Production Company : Feigco Entertainment, Hercules Bron Creative Partnership
Distributor : Lionsgate, Netflix, amazon Prime Video
Genre : Black Comedy / Thriller
Running Time : 117 minutes
Release Date : 14 September 2018
Trailer:


Diadaptasikan dari novel A Simple Favor hasil penulisan Darcey Bell yang menceritakan tentang suri rumah berjaya keluar dari hidup biasa dia setelah berjumpa dengan alpha female. Novel A Simple Favor yang diterbitkan pada tahun 2017 yang mengangkat vlogger masakan, Stephanie (Anna Kendrick) sebagai watak utama mempunyai konsep yang lebih kurang sama dengan Gone Girl yang pernah popular pada tahun 2014. Bezanya masalah rumah tangga ini dibikin melalui perspektif orang ketiga. 

Sementara Emily (Blake Lively) sibuk dengan kerjaya dan impian dia, Stephanie ambil alih tanggungjawab dan isi kekosongan yang dirasakan oleh Sean Townsend (Henry Golding). Stephanie syak Emily hilang diculik lepas dia cuba siasat keberadaan Emily. Walaupun Stephanie adalah kawan baik Emily tapi kawan dia tak suka ambil gambar atau gambarnya diambil langsung. 

Watak Emily agak misteri tapi mudah sangat bond a relationship dengan Stephanie walaupun perwatakan diorang berdua berbeza. Perbezaan tu juga yang wujudkan elemen komedi ringan dan juga saspen atau thriller. First half dipaparkan dengan cantik, diolah dengan bernas dan slowly build up emotion dan connection antara watak utama. 


Bila masuk second half pun makin bertambah tertarik dengan misteri yang wujud tentang di mana Emily dan siapakah Emily yang sebenarnya. Walaupun I menyampah dengan karakter manipulative Emily namun watak Stephanie pun tak lah baik mana. Dengan mudah dia lupa diri dan cuba buang kewujudan Emily dalam rumah Sean-Emily. 

Anna Kendrick lakonkan watak Stephanie dengan bagus bila watak dia menggambarkan individu yang tetap tak akan ada aura dan tarikan tersendiri walaupun dari atas hingga bawah pakai pakaian berjenama. 

Sinematografi dari John Schwartzman menghidupkan lagi karakter dua watak utama. John tahu dekat angle mana yang boleh menambahkan impak pada babak tersebut. Penggunaan lighting, props dan latar membantu penceritaan A Simple Favor. Entry scene Emily antara favorite part dalam movie ni sebab terpesona dengan gaya dia. 

I absolutely love Emily’s wardrobe in A Simple Favor. Renée Ehrlich Kalfus lebih banyak menggunakan konsep uber-stylish thriller dengan pilihan fesyen yang daring. Dia nak Emily pakai lebih banyak suit supaya dapat tonjolkan persona femme-fatale. Heels yang Blake Lively pakai dari Christian Louboutin dan Ralph Lauren. 

Everything went smooth sampai lah bila dapat tahu motif Emily dan latar belakang dia yang sebenar. Kalau nak kata sebab duit tu macam far-fetched dari reality sebab Emily masih lagi bekerja dengan jawatan yang bagus. Sean pun masih bekerja sebagai profesor universiti. 


Sembang pasal Sean, watak dia pun agak questionable lah sebab dia sejenis yang submissive tapi ada masanya boleh jadi dungu jugak. Especially bila dekat plot twist scene sebab watak dia nampak tersia sangat. Sebab watak dia lemah, terus hilang aura alpha Emily tu padahal director dah endorse dari awal movie. 

Maybe I prefer hidup Stephanie tunggang-langgang lepas dia berangan tinggi sangat. Baru nampak buku bertemu ruas, baru lah rasa puas. Boleh kata hidup Stephanie macam dalam gear easy mode je. Dia nak apa semua dapat sementara Emily kena berusaha walaupun ada masa dia jadi licik tapi justifiable lah benda tu. 

Overall, A Simple Favor seronok ditonton secara santai sebab chemistry dan dinamik antara Blake Lively dan Anna Kendrick. Kedua-dua pelakon tak lari jauh pun dengan karakter sebenar sebab tu tak susah pun untuk diorang hidupkan watak masing-masing. Walaupun messy but still enjoyable. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.5 = 6.5/10

Movie Review | 83 (2021)

Sunday 27 March 2022


Director : Kabir Khan
Writer : Kabir Khan, Sanjay Puran Singh Chauhan, Vasan Bala
Cast : Ranveer Singh, Deepika Padukone, Jiiva, Pankaj Tripathi, Tahir Raj Bhasin, Saqib Saleem, Jatin Sarna, Chirag Patil, Dinker Sharma, Nishant Dahiya, Harrdy Sandhu, Sahil Khattar, Ammy Virk, Adinath Kothare, Dhairya Karwa, R Badree, Hugo Debaig
Production Company : Reliance Entertainment, Phantom Films, Vibri Media, KA Productions, Nadiadwala Grandson Entertainment, Kabir Khan Films
Distributor : Reliance Entertainment, PVR Pictures, Netflix
Genre : Sports / Drama
Running Time : 161 minutes
Release Date : 15 December 2021 (Red Sea International Film Festival), 24 December 2021 (India)
Trailer :


"The journey of the 1983 team is a story of inspiration which proves that one can achieve anything if they aim for it and work for it no matter what the world thinks" – Kapil Dev

Dari tahun 2017 pembikinan filem 83 mendapat perhatian media sebab salah satu momen kegemilangan untuk negara India bila pasukan kriket negara menang di Piala Dunia buat pertama kali. Phantom Films dengan Kapil Dev tandatangan Memorandum of Understanding untuk menggunakan nama sebenar dan juga kisah sebenar mereka di dalam movie biopic ni. 


Memandangkan sukan kriket dekat di hati rakyat India jadi team production banyak gunakan fakta sebenar dalam movie 83. Kudos to Mukesh Chabra yang sentiasa perform dalam mencari pelakon untuk setiap watak termasuklah pelakon sampingan. Pilihan yang tepat untuk bawa masuk Ranveer Singh sebagai Kapil Dev. Honestly I tak kenal pun perwatakan Kapil Dev macam mana tapi bila tengok wawancara khas di hujung filem tu boleh nampak yang Ranveer lakonkan Kapil Dev dengan cemerlang. 


Sama juga dengan Harrdy Sandhu yang debut dalam movie 83 bila dia pernah menjadi wakil kepada pasukan Punjab dan pernah terpilih untuk skuad India bawah 19 tahun pada tahun 2004. Watak Madan Lal tampak meyakinkan bila berada di atas padang bersaing untuk masuk ke semi-final mengalahkan pasukan West Indie. 

Sinematografi dari Aseem Mishra kebanyakan masanya nampak ketara benar penggunaan VFX terutamanya babak di padang kriket. Boleh kata sebagai movie biopik sukan, banyak momen yang boleh jadi mendebarkan kalau guna teknik-teknik tertentu macam slo-mo ataupun close up. Sebagai seoang yang tak faham sukan kriket dan bukan peminat sukan, movie 83 gagal untuk menarik perhatian berbanding movie biopic lain. 


Movie 83 ni dapat mixed reviews dari penonton bila movie ni jadi medium untuk mewujudkan kembali rasa kemenangan tu. Berbeza pula dengan yang lahir selepas zaman 80-an bila movie ni lebih kepada platform untuk mengenal pasukan tersebut atau mungkin layan sebab barisan pelakon dan kerana kredibiliti pengarah. Personally for me, I tengok sebab pengarah Kabir Khan memang sentiasa lahirkan naskhah yang bagus tapi movie 83 paparkan sebaliknya. 

Plot dalam movie ni terlampau banyak cabangnya sampaikan terasa meleret untuk sampai ke momen finale. Untuk penonton yang memang minat dengan pasukan kriket di bawah kelolaan Kapten Kapil Dev mungkin syok lah nak tengok perkembangan watak mereka dari hari berlepas ke UK hingga ke perlawanan akhir. Movie M.S Dhoni (2016) paparkan dengan cemerlang biopic sukan kriket walaupun cuma di peringkat negara sahaja. Honestly credit scene lagi menarik dari full movie dengan footage asal dan wawancara dari beberapa watak sebenar. 


Kabir Khan masukkan terlampau banyak sub-plot dan watak sampingan yang tak menambahkan impak pada penceritaan macam jiran Sunil Gavaskar (Tahir Raj Bhasin) yang sarat mengandung tapi bila bersalin bagi anak nama Kapil? Mekanik imigran yang menipu bos untuk tengok perlawanan kriket di stadium, pekerja pejabat, bartender imigran yang kemudiannya jatuh cinta sebab kriket dan askar di sempadan negara India-Pakistan. Watak Nina Gupta sebagai mak Kapil pun rasa tersia sebab tak banyak pun momen ibu dan anak ni. 

Kalau nak kata movie 83 ni untuk paparkan macam mana pasukan India dipandang rendah di mata dunia pun macam tak nampak sangat bila movie Gold (2017) paparkan lebih bagus dengan sukatan yang tepat. Babak humor pun tak mampu menghidupkan suasana. Kehadiran Deepika sebagai Romi Dev, isteri kepada Kapil pun tak lah menyumbang apa-apa pada penceritaan. Setiap kali kamera beralih kepada Romi, momentum terus jatuh mendatar. Macam biasa, Deepika gagal emote dan screen presence tenggelam dalam sorakan pihak lawan. Better penulis kuatkan sub-plot pasukan kriket yang membantu dari sudut politik.


Music album dari Pritam yang banyak membantu penceritaan terutamanya lagu “Lehra Do” dan "Jeetega Jeetega" dengan lirik yang bersesuaian dengan perasaan dalam babak tersebut. Suara dan perasaan Arijit Singh yang bagi justice kepada lirik ciptaan Kausar Munir. 



Mungkin kalau penulis ceritakan macam mana pasukan kriket India ni ubah strategi atau perasaan main asal sampai semi-final tu akan buatkan momen kemenangan terasa istimewa. Tak tahu kenapa penulis tak dedahkan strategi pasukan India masa tu. Tahu-tahu pemain semua dah ada rasa tanggungjawab dan menang. Peralihan tu terasa kosong dan tawar. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.3, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.2 = 5/10

Movie Review | Wazir (2016)

Wednesday 23 March 2022


Director : Bejoy Nambiar
Writer : Abhijeet Deshpande, Gazal Dhaliwal
Cast : Farhan Akhtar, Amitabh Bachchan, Aditi Rao Hydari, Manav Kaul, Neil Nitin Mukesh, John Abraham
Production Company : Vinod Chopra Films
Distributor : Reliance Entertainment, Netflix
Genre : Action / Thriller
Running Time : 104 minutes
Release Date : 8 January 2016
Trailer:


‘You'll learn the game when you play the game... when you win and lose, then winning will teach you losing... when you play the game’ – Pandit Omkarnath Dhar

Danish Ali (Farhan Akhtar) yang bekerja di Anti-Terrorism Squad kehilangan anak perempuannya setelah terjerat dalam perangkap Farooq Rameez. Isterinya, Ruhana (Aditi Rao Hydari) bawa diri dan tinggal bersama keluarganya. Walaupun Danish berjaya balas dendam atas kematian anaknya, dia digantung tugas kerana sikap terburu-buru tu menyukarkan mereka raih maklumat tentang aktiviti kumpulan pengganas tersebut

Dari tragedi tersebut Danish banyak luangkan masa bersama Pandit Omkar Nath Dhar (Amitabh Bachchan), guru catur anak perempuan dia. Makin lama Danish semakin rapat dengan Panditji dan tahu tentang kes pembunuhan anak perempuannya, Nina (Vaidehi Parashurami) yang meninggal setelah ditolak dari tangga di rumah menteri Yazaad Qureshi (Manav Kaul). 


Pegawai atasan bagi amaran kepada Danish supaya jangan ganggu Menteri Yazaad kerana kes tersebut adalah kemalangan dan bukan pembunuhan seperti yang didakwa oleh Panditji. Tapi kalau kes tersebut adalah kemalangan, kenapa Wazir (Neil Nitin Mukesh) muncul untuk peras ugut Panditji? 

Skrip movie Wazir ni dah lama siap dan diumumkan pada tahun 2004 tapi banyak perubahan skrip yang dibuat sehingga lah pihak produser yakin untuk terbitkan pada tahun 2016 dengan gandingan pelakon utama yang segar – Farhan Akhtar dan Amitabh Bachchan. Tak susah pun untuk Farhan bekerja dengan Big B sebab pelakon veteran tersebut pernah berlakon dalam movie Lakshya (2004), arahan Farhan Akhtar. 

Jalan cerita Wazir agak unik kerana bertemakan permainan catur sepertimana yang diketengahkan dalam poster, trailer dan juga lagu. Untuk plot pengganas yang dipaparkan dalam movie Wazir, penulis Abhijeet Deshpande menggunakan tragedi 26/11 Mumbai Attacks sebagai inspirasi dan watak Danish diolah dari Inspektor Rakesh Maria yang pernah mengetuai kes tersebut. 


Farhan Akhtar perlu tambah berat sebanyak 8kg dan latihan intensif untuk watak sebagai pegawai Anti-Terrorist Squad. Bukan setakat ubah diet makan saja, malah berjumpa dengan beberapa pegawai Anti-Terrorist Squad untuk hidupkan lakonan sebagai Danish Ali. 

Manakala, untuk watak Panditji pula Sanu Varghese guna VFX untuk hilangkan kedua-dua kaki tapi ambil masa untuk nampak sempurna di mata produser Vidhu Vinod Chopra. Sinematografi Wazir tampak cemerlang dan berubah mengikut situasi dengan elemen yang berbeza. Lagu Tere Bin digubah dengan romantik untuk paparkan kisah percintaan Daanish dengan Ruhana. Lirik lagu ditulis oleh Vidhu Vinod Chopra sendiri.

Music album dari pelbagai composer di bawah label T-Series menampilkan 7 buah lagu untuk memberi impak pada penceritaan Wazir. Amitabh Bachchan nyanyi dua lagu dalam movie Wazir, Khel Khel Mein dan duet dengan Farhan Akhtar untuk lagu Atrangi Yaari. Sweet jugak lah lagu bertemakan friendship ni sebab both actors nampak selesa bekerja dan ada bond yang kuat baik onscreen atau offscreen.

Actually ni kali kedua I layan movie Wazir dan feel dia masih lagi sama. I tetap gerun dengan kehadiran Wazir dan Yazaad Qureshi, tetap sedih bila Danish dapat tahu hal yang sebenar. Walaupun movie Wazir ada loopholes macam scene Danish kejar Wazir di taman ataupun time-limit 30 saat dari Vijay Malik (John Abraham) dan wallet tapi boleh pejam mata je lah semua tu. I always recommend this movie for my friends tambah pula sekarang dah ada dekat Netflix. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.7, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 9.3/10

SENTUHAN TERKAHIR ALLAHYARHAM MAMAT KHALID, KAMPONG PISANG BERBUAH DUA KALI BERSEDIA LUASKAN GELAK TAWA DI PAWAGAM TANAH AIR BERMULA 18 MAC 2022 | ‘Selepas 4 Tahun, Kampong Pisang Universe Kembali Di Layar Perak’

Filem sentuhan terakhir Allahyarham Mamat Khalid, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali mendominasi carta no 1 Astro First minggu ini. Kini filem komedi seram ini bukan sahaja terus menghiburkan penonton di Astro First, tetapi dalam masa yang sama bersedia temui peminat dan penonton di panggung wayang terpilih seluruh Malaysia bermula 18 Mac ini dalam tempoh terhad. Ini menyaksikan kali pertama setelah empat tahun Kampong Pisang Universe ditayangkan di panggung wayang menerusi filem komedi seram no 1 negara, Hantu Kak Limah. 

Filem arahan pengarah Amen Khalid ini telah menemui penonton di platform Astro First bermula 3 Mac lalu dan menariknya, ia telah menerima sambutan baik, sekali gus berjaya meraih kutipan RM 1 juta dalam tempoh 6 hari. 

“Selaku penerbit, kami merasakan karya sentuhan terakhir Allahyarham Mamat Khalid ini seharusnya dinikmati menerusi platform berbeza yang menawarkan perspektif tersendiri. Jadi Astro Shaw mengambil inisiatif dengan membawakan filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali ke pawagam. Ini memberikan peluang buat para penonton untuk merasai kelainan dari sudut pengalaman sinematik, di samping merasai keseronokan bergelak-tawa bersama seisi keluarga mahu pun rakan-rakan di layar perak. Kami mengharapkan usaha ini sedikit sebanyak dapat memastikan karya sentuhan terakhir ini terus dihargai dan tersemat di hati kita semua. Sementara itu, kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan buat pemamper TGV Cinemas di atas kerjasama dan sokongan penuh buat Kampong Pisang Berbuah Dua Kali di pawagam. Rentetan daripada sambutan baik di Astro First, kami yakin perkhabaran filem komedi seram ini di panggung wayang tentu menambahkan lagi keterujaan penggemar filem serta mengubat rindu buat mereka yang sukakan ‘feel’ pawagam.” - Raja Jastina Raja Arshad, Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw


Mewakili TGV Cinemas, Ketua Pegawai Pemasaran TGV Cinemas, Mohit Bhargava berkata, “Sutradara Allahyarham Mamat Khalid telah meninggalkan legasi besar buat industri perfileman dan filem-filem sentuhannya banyak memberi kesan serta meninggalkan gelak-tawa kepada penonton Malaysia yang meliputi semua peringkat umur dan bangsa. Sebagai tanda penghargaan buat legenda hebat ini, TGV Cinemas memainkan peranannya sebagai pemamer dengan menyediakan ruang buat filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali agar ia dapat dinikmati oleh peminat dan penonton bersama insan tersayang dengan sinematik berbeza.” 

Pawagam terpilih yang akan menayangkan Kampong Pisang Berbuah Dua Kali adalah TGV Bukit Tinggi, Klang; TGV Kinta City, Ipoh; TGV Bukit Mertajam, Penang; TGV Tebrau City, Johor; TGV Mesra Mall, Terengganu; dan TGV Wangsa Walk, Kuala Lumpur.

Filem komedi seram kesukaan ramai terbitan Astro Shaw dan kerjasama produksi Enjit-Enjit Semut ini membariskan pelakon Kazar Saisi (Pak Din), Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim), Datin Padukan Eina Azman (Cik Mek), Azman Mantra (Cik Gerhana), Dewa Sapri (Cik Purnama), Ahmad Yassin (Yassin), Rasydan Zakaria (Adan), Nizam Mok Ram (MA Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar), Anis Nisham (Yati). 


Kisah kekecohan Kampong Pisang Berbuah Dua Kali bermula dengan kemunculan Cik Mek dan perkara aneh di Kampong Pisang telah mengganggu seluruh penduduk Kampong Pisang. Kejadian misteri turut berlaku pada Gerhana, iaitu adik kepada Cik Purnama sehingga menarik perhatian seluruh penduduk kampung. Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke 18  dan penduduk kampung berbahas semasa sendiri untuk kebaikan kampung mereka.  

Dapatkan tiket Kampong Pisang Berbuah Dua Kali di pawagam terpilih TGV Cinemas bagi menikmati sinematik pawagam bermula 18 Mac ini. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak. 

Movie Review | Choked: Paisa Bolta Hai (2020)

Sunday 13 March 2022


Director : Anurag Kashyap
Writer : Nihit Bhave
Cast : Saiyami Kher, Roshan Mathew, Amruta Subhash, Rajshri Deshpande
Production Company : JAR Pictures, Good Bad Films
Distributor : Netflix
Genre : Drama
Running Time : 114 minutes
Release Date : 5 June 2020
Trailer :



Sarita (Saiyami Kher) menyampah dengan perangai suami dia yang berubah sejak mereka kalah dalam pertandingan nyanyian. Sejak dari hari tersebut Sushant (Roshan Mathew) selalu cari pasal dengan abaikan tanggungjawab dia sebagai suami. Semua kerja di rumah Sarita yang terpaksa uruskan selepas penat hadap kerja harian sebagai teller di bank kerajaan. 

Jiran rumah bawah pula selalu membebel tentang siling bocor gara-gara rumah Sarita dan Sushant ada masalah paip sinki tersumbat. Nak harapkan Sushant yang carikan tukang paip, entah bila dia nak panggil. Satu malam Sarita terjaga jam 3 pagi dan menuju ke dapur untuk hilangkan dahaga. Dia cuba cari punca tersumbat dalam saluran paip tersebut. 


Terkejut bukan kepalang bila dia dapat dua gulung duit. Kesemuanya not bernilai Rs500. Sarita guna duit tersebut untuk bayar hutang Sushant sebanyak Rs8,000 dan beli barang dapur sedikit demi sedikit. Semua hutang dilunaskan dengan alasan ibunya bayar kembali hutang lama tapi Sushant syak ada sesuatu yang tak kena sebab Sarita dapat duit dengan mudah. Bila dia siasat, jiran-jiran pula mula bergosip tentang Sarita yang diam-diam ada hubungan lain. 


Kisah Sarita dan duit haram ni berlatarkan tahun 2016 bilamana PM Narendra Modi mengumumkan demonetization untuk wang kertas not Rs500 dan Rs1,000 untuk mengelakkan wang haram berleluasa terutamanya dari pertubuhan pengganas dan wang seludup senjata api. Fun fact, Malaysia pun pernah dinyahwangkan not RM500 dan RM1000 pada tahun 1999. 

Berbalik kepada Sarita, baru saja dia nak bahagia dengan harta karun yang dia jumpa, PM pula umumkan demonetization untuk not tu. Kalau ikutkan mudah je dia nak tukar wang tu kepada not yang lebih rendah sebab dia kerja dekat bank tapi dia tak buat. Tak pasti kenapa dia kumpulkan semua duit tu pada hari terakhir sedangkan dia ada masa seminggu untuk tukar. Tak pasti juga kenapa dia simpan dan tak berbelanja sangat. Dekat sini dah mula tak syok nak tengok sebab timbulkan banyak persoalan tanpa jawapan. 


Pacing movie Choked: Paisa Bolta Hai arahan Anurag Kashyap agak perlahan sebab genre drama. Thanks to Netflix, I boleh lah cepatkan kepada 1.5x, itupun menyampah juga nak tengok sebab watak Sushant annoying teruk. Hidup dia memang tak berguna langsung, tak kerja, tak jaga anak, tak buat kerja rumah, berhutang sana-sini, pendek kata menyusahkan orang. Lagi satu perkara tak faham kenapa Sarita stay dengan Sushant. Kalau setakat setia je, baik dia hidup sorang macam Tai (Amruta Subhash). 

Memandangkan movie ni arahan Anurag Kashyap yang lebih bersifat realistik dan berlatarkan kehidupan B40 jadi sinematografi pun agak raw. Kembang tekak tengok Sarita bersihkan dapur setiap kali paip sinki dia tersumbat. Nasib baik lah keluar duit tapi sementara nak tunggu dia keluar tub oleh imagine lah betapa busuknya dapur tu sebab air keladak tu dah hitam sangat. 


I suka bila Anurag masukkan beberapa footage masa PM Modi umumkan note ban dan macam mana reaksi rakyat India masa tu. Kekecohan di bank dari pagi sampai malam dan rusuhan yang berlaku sebab kerajaan cuma bagi masa seminggu untuk tukar. Bank pula beroperasi ikut waktu bekerja sama saja macam sebelum ni. 

Babak Sarita mengamuk dekat Sushant bila suami dia balik bagitahu PM Modi bijak lah itu ini pun nampak real sebab dah penat bekerja lepastu stress macam mana nak tukar duit yang banyak. Betul la apa Sarita kata, orang biasa macam dia tak sempat pun nak fikir pasal politik negara, tak sempat pun nak fikir apa impak kepada rakyat atau negara. Yang dia tahu pengumuman tu tambah banyak kerja dekat dia. 


Filem ni mungkin lebih menarik kalau Sarita bekerjasama dengan Sushant untuk sucikan duit haram yang diorang jumpa instead of bergantung pada aturan kehidupan yang muncul sebagai plot twist di hujung cerita. Anyway I’m glad watak Sarita dengan Sushant jumpa happy ending di hujung cerita. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10

Movie Review | Badhaai Do (2022)

Director : Harshavardhan Kulkarni

Writer : Suman Adhikary, Akshat Ghildial, Harshavardhan Kulkarni

Cast : Rajkummar Rao, Bhumi Pednekar, Chum Darang, Seema Pahwa, Sheeba Chaddha, Gulshan Devaiah, Loveleen Mishra, Nitesh Pandey, Deepak Arora

Production Company : Junglee Pictures

Distributor : Zee Studios

Genre : Romance / Drama

Running Time : 147 minutes

Release Date : 11 February 2022

Trailer :


Filem Badhaai Do bertemakan ‘lavender marriage’ – terma yang digunakan untuk dua orang homoseksual berbeza jantina yang bersetuju untuk berkahwin dan tinggal bersama mengikut adat atau budaya setempat. Kalau di benua Eropah mungkin tak ada masalah bila pasangan homoseksual berkahwin tapi di Asia perkara ni masih lagi belum diterima sepenuhnya. 

Watak utama, Inspektor Shadul Thakur (Rajkummar Rao) propose idea kepada Suman Singh (Bhumi Pednekar) supaya mereka berkahwin untuk mengelak dari diganggu oleh keluarga yang tak berhenti tanya tentang jodoh. Level ganggu tu sampai datang ke pejabat semata nak tanya pasal calon padahal masing-masing tengah kerja. 

Tak ambil masa yang lama pun untuk suman setuju dengan cadangan tu. Mereka berkahwin dalam upacara yang meriah dengan 500 orang jemputan kemudiannya berbulan madu di Goa. Sementara Shadul dating dengan Kabir (Deepak Arora), Suman pula spend time jalan-jalan dekat Goa. Tak lama kemudian Suman berjumpa dengan Rimjhim (Chum Darang) dan ajak untuk tinggal bersama. 

Selain lavender marriage, ada beberapa subplot lain yang dimasukkan macam women empowerment bila Shadul merendahkan Suman dan menganggap orang perempuan yang perlu buat kerja rumah sedangkan sama-sama bekerja. Persepsi Suman sama dengan orang kebanyakan lah bila kita anggap lelaki gay akan lebih sensitive tentang equality tapi sebenarnya tak. Diorang cuma gay bukannya berubah dan faham penindasan kepada perempuan. Toxic masculinity stills exist dalam kalangan lelaki gay. Top ke bottom sama je. 

Sama macam previous movie, Badhaai Ho (2018), movie Badhaai Do juga paparkan judgement dari masyarakat malah keluarga sendiri. Walaupun sekuel bawa tema yang berbeza dan lebih berat namun konsep masih lagi sama. Penulis kupas tentang isu ni dengan baik dan kembangkan watak utama dengan cemerlang di mana mereka terarah pada rasa sunyi dan tiada tempat untuk bercerita. Macam mana pasangan straight dicurangi, macam tu juga pasangan homoseksual cuma bezanya kita ada tempat untuk meluah walau sebodoh mana pun keputusan tersebut tapi golongan ni tak ada. 

Movie Badhaai Ho lebih kelakar dengan lawak yang natural dan bersahaja berbanding Badhaai Do yang adakalanya try hard ataupun draggy macam watak mak Shadul (Sheeba Chaddha). Pacing Badhaai Do juga perlahan dengan music album yang biasa saja kecuali lagu Badhaai Do yang meriah. Tak payah masuk pun takpe sebab Badhaai Do ada 13 buah lagu dari Tanishk Bagchi.


Memandangkan movie Badhaai Do arahan dan penulisan Harshavardhan Kulkarni ni lebih bersifat realist yang memaparkan kehidupan warga luar bandar jadi sinematografi dari Swapnil Sonawane lebih terikat pada suasana budaya tersebut. 

Chum Darang ada masanya nampak kekok since movie ni debut movie dia sementara lakonan Bhumi mantap sebagai Suman yang berdikari, tegas dan ada visi dia tersendiri. Tak rasa Rimjhim masih trauma sebab dia juga yang tak kisah dengan apa orang kata. Kecanggungan tu kacau chemistry antara dia dengan Bhumi untuk nampak meyakinkan sebagai pasangan yang bercinta. Cantik lagi chemistry suman dengan Komal. 

Berbeza dengan Rajkummar dan Deepak ataupun Raj dengan Gulshan. Kehadiran Gulshan sepatutnya ditambah lagi babak dia sebab perangai flirty dia kelakar. Sayang lah dia muncul sekejap je dekat hujung cerita sebab watak dia boleh ceritakan banyak lagi tentang komuniti homoseksual. Macam mana dengan mudah dia tawan hati Mrs Thakur, mungkin mudah juga dia explain dekat keluarga Thakur. 

All in all, movie Badhaai Do adalah percubaan yang bagus untuk memaparkan dilemma golongan homoseksual. 

Disclaimer : Please take my review as what I view from this film only not as someone who firmly or unconditionally support this community. I don’t hate this community either. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.2, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6.3/10

Kutipan RM1juta Kampong Pisang Berbuah Dua Kali

Saturday 12 March 2022

Kutipan RM1juta Kampong Pisang Berbuah Dua Kali| Filem sentuhan terakhir Allayarham Mamat Khalid yang disempurnakan oleh pengarah Amen Khalid telah berjaya meraih kutipan RM 1 juta dalam tempoh 6 hari menerusi tayangan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First. Filem komedi seram yang menemui penonton sejak 3 Mac lalu turut menerima reaksi positif daripada penonton yang berkongsi pendapat di ruang platform media sosial, antaranya memuji bakat Amen Khalid dalam mengarahkan filem ini.

Berikut adalah komen-komen penonton mengenai Kampong Pisang Berbuah Dua Kali:

“Syukur Alhamdulillah filem ini mendapat respon baik daripada penonton. Saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kepada peminat setia karya Arwah papa, peminat Kampong Pisang serta semua penonton yang telah menonton dan saya anggap kejayaan ini adalah sokongan untuk meneruskan legasi ini. Insyaallah, Kampong Pisang Universe tidak akan terhenti akan terus ada buat peminat dan penggemar filem tempatan.” - Amen Khalid, Pengarah Kampong Pisang Berbuah Dua Kali

Naib Presiden, Perniagaan Melayu Nusantara & Ketua Astro Shaw, Raja Jastina Raja Arshad menyatakan pihaknya merakam setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada penonton menyokong Kampong Pisang Universe. “Melihat penerimaan penonton terhadap filem ini, rata-ratanya terhibur dengan babak-babak komedi yang dipersembahkan. Kami yakin filem Kampong Pisang Berbuah Dua Kali amat sesuai ditonton seisi keluarga. Kepada mereka yang belum menonton, jangan lepaskan peluang untuk berhibur di samping meluangkan masa bersama insan tersayang di rumah dengan menonton filem ini. Sementara itu, kami juga ingin mengucapkan syabas kepada Amen Khalid yang telah menambat hati penonton melalui sentuhannya. 


Filem komedi seram kesukaan ramai terbitan Astro Shaw dan kerjasama produksi Enjit-Enjit Semut ini membariskan pelakon Kazar Saisi (Pak Din), Bell Ngasri (Barkoba), Aziz M Osman (Pak Jabit), Mat London (Pak Karim), Datin Padukan Eina Azman (Cik Mek), Azman Mantra (Cik Gerhana), Dewa Sapri (Cik Purnama), Ahmad Yassin (Yassin), Rasydan Zakaria (Adan), Nizam Mok Ram (MA Mok), Joey Daud (Daud M), Yeop Hitler (Manap Sengau), Rashid Othman (Faguha Jabar), Anis Nisham (Yati). 


Kampong Pisang dilanda misteri lagi! Kemunculan Cik Mek dan perkara aneh di Kampong Pisang telah mengganggu seluruh penduduk Kampong Pisang. Kejadian misteri turut berlaku pada Gerhana, iaitu adik kepada Cik Purnama sehingga menarik perhatian seluruh penduduk kampung. Dalam pada itu, Pilihan Raya Kecil diadakan di Kampong Pisang setelah kerajaan bertukar regu untuk kali ke 18  dan penduduk kampung berbahas semasa sendiri untuk kebaikan kampung mereka.  

Saksikan komedi seram, Kampung Pisang Berbuah Dua Kali kini Di Pawagam Rumah Anda, Astro First. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw dan Astro Gempak. 

Movie Review | Hantu Mok Joh (2022)


Pengarah :  Asri Baq'u Tajudin
Penulis Skrip : Engku Seri Kelantan, Aloy Paradoks
Pelakon :  Amerul Affendi, Fauziah Nawi, Aloy Paradoks, Aprena Manrose, Pak Duan, Hushairi Husain, Amir Raja Lawak, Asrulfaizal Kamaruzaman, Mek Yun
Syarikat Produksi : Kentang Hijau Universal Production
Pengedar : Astro Shaw (Astro First saluran 480)
Genre :  Komedi / Seram
Durasi Tayangan : 90 minit
Tarikh Tayangan :  17 Februari 2022
Trailer :



Filem  pertama  terbitan  Kentang  Hijau  Universal  Production berlatarkan kehidupan masyarakat Kelantan di sebuah kampung yang terletak berhampiran kawasan pantai. Kehilangan Mok Joh (Fauziah Nawi) selama 2 minggu menjadi bualan orang kampung tambah pula bila Peli Ayam (Asrulfaizal Kamaruzaman) terjumpa Stewa Li (Mek Yun) berjalan seorang diri sambil bawa mangkuk tingkat. Mok Joh lapar nasi katanya. 


Penduduk kampung mula diganggu hantu  Mok  Joh kerana pakaian tarian Mak Yong yang dipakai oleh makhluk tersebut. Makin ramai yang yakin Mok Joh mati kerana melanggar sumpah Saka Mak Yong yang dipeliharanya. Kehadiran Mok Joh selalu dicemuh oleh penduduk kampung kerana dia seorang penari Mak Yong dari zaman muda lagi. Bak kata Ustaz hiburan itu melalaikan dan tarian Mak Yong syirik. Namun Yem (Amirul Afendi) tak ambil peduli sehingga dia jumpa sendiri jenazah Mok Joh walaupun Heri (Aloy Paradoks) selalu terjumpa hantu Mok Joh sejak datang ke Kelantan. 


Naskhah yang bertemakan tarian Mak Yong mempunyai idea yang segar dan kukuh kerana mengangkat warisan dan budaya kesenian masyarakat Melayu yang makin hilang ditelan zaman. Semua watak juga menggunakan dialek Kelantan sepenuhnya kecuali watak Heri yang datang dari Kuala Lumpur. Selain tarian Mak Yong, pengarah masukkan juga dikir barat dan seni wayang kulit untuk menghidupkan negeri yang kaya dengan budaya tersebut.

Namun olahan penceritaan mencacatkan keseluruhan cerita dengan dialog yang minimal dan watak yang tak dikembangkan sebaiknya sepanjang 90 minit filem ni ditayangkan. Nama Amerul Afendi seorang tak mampu untuk mengangkat filem ni seorang diri sekiranya watak dia juga lemah. Nampak keras juga masa dia menari Mak Yong. Kalau tengok pada watak Yem, baik cari bakat baru yang sememangnya pandai menari Mak Yong. 


Watak Heri muncul untuk elemen komedi tapi ada masanya bertukar jadi antagonis bila melibatkan watak Mok Joh dan Dek Na (Aprena Manrose). Menyampah juga bila tengok perangai tak semenggah Heri bila datang ke tempat orang. Sayangnya watak Heri ditulis sendiri oleh penulis skrip filem Hantu Mok Joh. Ada lah tiga kali lawak dia menjadi bila dia jerit dekat Yem orang kampung main kite, tengok wayang kulit dengan babak dekat hospital tu. 

Editing antara kelemahan utama naskhah komedi seram ni bila suntingan antara babak tak kemas. Boleh nampak pada babak Yem dengan Heri dalam kereta berbalah tentang bergurau balik Kelantan dengan babak Dek Na buat live dengan kawan dia untuk jual baju. Patutnya habiskan saja lah babak Yem dengan Heri baru masuk babak Dek Na. Melainkan dua babak ni ada pertalian macam contoh Yem muncul dekat live Dek Na tanya tentang Mok Joh. 


Tak banyak yang boleh dibicarakan tentang sinematografi kerana visual ala kadar saja. Babak dalam rumah kayu kelihatan shaky. Camera angle juga tak menambahkan impak pada screenplay. Pelakon sampingan tak expressive langsung walaupun babak tu seram atau saspen. Boleh kata kebanyakan pelakon yang diambil kelihatan kayu. Transition antara babak macam presentation sekolah menengah dengan asap, cermin retak, mosaic dan banyak lagi. 


Rasa tak puas bila tengok naskhah Hantu Mok Joh sebab ada banyak lagi yang boleh dikupas tentang tarian Mak Yong. Watak sampingan yang suka berkumpul di kedai Pok Heng pun boleh dikembangkan lagi cerita kedai kopi mereka. Watak ustaz tak perlu wujud pun sebab penduduk kampung memang dah meluat dengan tarian Mak Yong ataupun lebih tepat lagi, iri dengan kecantikan dan populariti Mok Joh sejak muda. Patutnya naskhah Hantu Mok Joh ni lebih sesuai kiranya dijadikan telefilem saja. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.3, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.2, 7. Themes +1, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 4.4/10

Movie Review | Dil Maange More (2004)



Director : Anant Mahadevan
Writer : Anant Mahadevan, Javed Siddiqui, Kiran Kotrial
Cast : Shahid Kapoor, Soha Ali Khan, Ayesha Takia, Tulip Joshi, Gulshan Grover, Zarina Wahab
Production Company : Fourth Wall Pictures
Distributor : Sahara Motion Picture
Genre : Romantic / Comedy
Running Time : 123 minutes
Release Date : 31 December 2004
Trailer : N/A

Dah lama nak tengok movie zaman Shahid Kapoor comel tapi disebabkan movie ni movie lama, ambil masa lah nak cari. Selalunya kalau cari bukan jumpa pun, bila tak cari baru lah muncul depan mata. Sekarang ada streaming platform kan, tunggu je lah production house sudi jual dekat mana. Rasanya movie ni selalu je tayang dekat TV3 sebab ada beberapa scenes macam ingat ingat lupa. 


Movie romantic comedy ni mengisahkan tentang kisah cinta Nikhil Mathur (Shahid Kapoor) yang tak kesampaian bila Neha (Soha Ali Khan) nak berpindah ke Mumbai untuk kejar cita-cita dia sebagai pramugari. Nikhil yang sayang dengan Samarpur dan perlu jaga kolej warisan datuk dia merayu supaya Neha ubah fikiran. 

Nikhil buat keputusan untuk tunggu Neha di Mumbai sampai lah dia setuju untuk balik ke Samarpur. Awalnya Neha terharu lah tapi sampai satu tahap dia pun rimas dengan perangai pushy dan clingy Nikhil. Sudahnya Neha buat keputusan untuk putuskan hubungan dengan Nikhil sebab jadi batu penghalang antara dia dan kerjaya. 


Patah hati dengan keputusan Neha, Nikhil berjumpa dengan Sara (Tulip Joshi) di kedai musik, Planet M kepunyaan A.R Rehman (Gulshan Grover) lalu jatuh cinta tapi Sara pula tak boleh move on dengan bekas tunang dia. Tak lama kemudian Nikhil dapat tahu Shagun (Ayesha Takia) menaruh hati pada dia tapi Nikhil jadi takut lepas dua kali gagal dalam perhubungan. 

Movie Dil Maange More ni tak ada plot atau konflik yang berat pun even ketiga-tiga watak perempuan yang muncul dalam hidup Nikhil datang secara bergilir dan pergi dengan alasan yang kukuh. Cukup kukuh untuk Nikhil mulakan hubungan baru dengan orang lain tapi dalam masa yang sangat singkat. Ye lah, siapa je tak nak bercinta dengan Nikhil. Dah lah handsome, comel pulak tu. Kalau kahwin dengan dia, boleh relaks duduk dekat Samarpur tak payah kerja dah. 


Neha je lah tak nak dengan Nikhil sebab dia dah ada kerjaya bagus. Kalau ikutkan tak salah pun Neha kejar cita-cita dia sebab dia wanita berdikari tapi zaman dulu, mana-mana perempuan yang nak mengorak langkah lebih jauh mesti dilabel sebagai watak jahat. Selalu kena pilih antara kahwin dengan kerjaya. Bukan Nikhil je yang halang Neha, even ayah kandung Neha sendiri tak faham dengan impian anak tunggal sampai minta Nikhil bawa Neha balik dan sedarkan Neha dari entah apa? Mak Nikhil pula nak bermenantukan Neha je, dah tak memasal Nikhil kena pergi Mumbai melangut dekat sana. 


Sinematografi Dil Maange More cantik sebab berlatarkan kawasan pergunungan di Samarpur, India dan Mumbai. Nikhil selalu mention pasal keindahan 7 pelangi di Samarpur sebab tu dia suka tinggal dekat Samarpur. Menariknya movie ni shoot lagu diorang dekat Malaysia macam lagu Maine Chun Liya shoot dekat Bukit Tinggi. Lagu Kubaku Mujhe Tu pula dekat kawasan Dataran Putrajaya. Semua lagu dalam music album Dil Maange More digubah oleh komposer Himesh Reshammiya tapi tak semua lagu best. My favorite pick, Aisa Deewana dengan Maine Chun Liya. 


Movie Dil Maange More ni movie ketiga Shahid so boleh nampak lah dia still stuck dengan persona SRK. Chemistry dia dengan Soha pun tak kuat mana sebab Soha baru debut masa ni walaupun screentime Soha paling banyak. Klimaks cerita ni macam kelakar pun ada sebab merepek tapi untuk light entertainment, layankan je lah. Punca utama tengok pun sebab Shahid Kapoor comel. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.7, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.6 = 6.5/10

Movie Review | The Pirates: The Last Royal Treasure

Thursday 10 March 2022


Director : Kim Jeong-hoon
Writer : Chun Sung-il
Cast : Kang Ha-neul, Han Hyo-joo, Lee Kwang-soo, Kwon Sang-woo, Sehun EXO, Chae Soo-bin, Kim Sung-oh, Kim Ki-doo
Production Company : ANEW, Oscar 10 Studio, Lotte Entertainment
Distributor : Lotte Entertainment, Netflix
Genre : Adventure / Comedy / Action
Running Time : 126 minutes
Release Date : 26 January 2022
Trailer :


Filem yang berlatarkan pasca zaman dinasti Korea terakhir ini mengisahkan tentang sekumpulan lanun diketuai oleh Hae-Rang (Han Hyo-Joo) yang selamatkan Wu Mu-Chi (Kang Ha-Neul) dan anak-anak buahnya. Setelah merompak kapal Jepun, Mak-Yi (Lee Kwang-Soo) terjumpa peta rahsia untuk ke harta karun dinasti Goryeo. 


Nak decode peta tersebut bukan sesuatu yang sukar namun untuk ke Pulau Inazuma a.k.a  Bongaesum dengan keadaan geografinya yang terletak di kawasan berbahaya untuk sebuah kapal besar belayar di situ. Bak kata Mak-yi sesiapa yang berlayar ke sana tak akan kembali dengan selamat. Sesuai lah dengan ganjaran yang bakal mereka semua dapat, cukup untuk bina sebuah kerajaan sendiri. Dalam masa yang sama, Bu Heung-Su (Kwon Sang-Woo) dan konco dia pun mencari harta karun yang sama.

 
‘Storm clouds rain down lightning there 1,000 times a day. Every time it comes down, it’s ten years’ worth lightning in one go, like pop, pop, pop!’ – A-gwi (Park Ji-hwan)

Masa layan movie ni dekat Netflix tak tahu pun movie ni installment kedua. Layan sebab trending dekat Twitter dan Netflix je. Installment kedua dalam franchise The Pirates ni mempunyai gap yang agak besar dan ditangguhkan pula tarikh tayangan gara-gara perubahan skrip dan pandemik. Ada yang kata tak perlu layan The Pirates (2014) sebab jalan cerita berbeza, latar masa yang berbeza even pelakon juga berbeza. 


Walaupun pacing movie The Pirates: The Last Royal Treasure bergerak laju namun lebih menarik kalau durasi lebih pendek.Tambah pula bila movie ni ada banyak watak sampingan dan juga unnecessary subplot macam cerita cinta Hae-gum (Chae Soo-bin) dengan pemanah tangkas, Han-goong (Sehun EXO). Watak Han-goong tu dah menarik dah sebab jarang jumpa kumpulan lanun ada pemanah tapi bila dikembangkan ke arah lain macam draggy jadinya. 

But fret not, this movie still enjoyable to watch sebab ada Lee Kwang-soo. Menjadi betul dia sebagai hamba tawanan Hae-Rang kemudiannya berjaya rampas pangkat Kapten. Macam mana dia dapat rampas tu kena tengok sendiri lah di Netflix. First half pengarah bagi kenal dulu beberapa watak utama sebelum bertukar genre kepada komedi pada second half. 


Makin lama makin impressed dengan industry Korea Selatan sebab guna OTT platform macam Netflix untuk perkasakan lagi mutu dan kualiti filem. Maybe it’s a big claim but personally for me, The Pirates: The Last Royal Treasure look just like Hollywood movie. Syok lah nak tengok kalau you guys memang suka movie bertemakan lanun especially Atiny. 

Haruslah dalam movie ni sepenuhnya menggunakan CGI sebab berlatarkan kawasan laut dalam dan hasil kerjasama antara Shin Tae-ho Kim dengan Young-ho berjaya paparkan keindahan visual tersebut. Sinematografi yang memukau antara kekuatan naskhah ni terutamanya pada babak romantik antara watak utama. Art team, props, wardrobe dan juga make-up antara team yang mainkan peranan besar untuk wujudkan tema dan suasana tersebut. 


Sama juga dengan stunt choreography dipaparkan dengan kemas untuk watak Goryeo’s Greatest Swordsman. Masa dia bertarung pedang dengan watak antagonis dalam gua tu antara babak menarik dalam movie ni. Berbaloi usaha Kang Ha-neul pergi training untuk lakonkan semua stunt dia sebagai Kapten. 

Lepas dah tengok The Pirates 2, rasa nak cari The Pirates 1 sebab besar kemungkinan akan keluar installment ketiga bila ramai yang suka movie ni. Dekat Malaysia je dah nak masuk 2 minggu trending Top 10. Tak mustahil lah kan boleh wujud yang ketiga nak pula makin ramai yang suka dengan lakonan Kang Ha-neul sebagai Kapten lanun. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +1 = 9/10