Showing posts with label drama Malaysia. Show all posts
Showing posts with label drama Malaysia. Show all posts

Drama Review | Black Musim 2 (2021)

Friday 6 May 2022

Pengarah : Ghaz Abu Bakar & Sein Qudsi

Penulis Skrip : Bernice Low

Pelakon : Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Khir Rahman, Zoey Rahman, Adlin Aman Ramlie, Pablo Amirul, Nam Ron, Fauzi Nawawi, Azman Hassan, Juzzthin, Josiah Hogan, Riz Amin, Zahim Al-Bakri, Zarynn Min, Luqman Hafidz, Amir Ameeza, Aleza Shadan, Airil Hafiz  Nada Syuhada, Hashim Osman, Rusdi Ramli, Zain Hamid, Derrick, Shekean Waida, Silfeny Osma

Syarikat Produksi : Studios Film Office

Penyiaran : Viu

Genre : Thriller / Aksi / Komedi

Jumlah Episod : 8 Episod (55 minit setiap episod)

Tarikh Tayangan : 10 Jun 2021

Trailer :


Disebabkan drama Black Musim 1 (2019) dapat sambutan memberansangkan dan menang di Anugerah Akademi Kreatif Asia dalam kategori Sinematografi dan Visual FX Terbaik, team production pun terbitkan sekuel yang akan mendedahkan juga menjawab beberapa persoalan utama yang berkaitan dengan insiden runtuhan Seri Setia. Walaupun pengarah bertukar ganti kepada Ghaz Abu Bakar & Sein Qudsi namun penulis masih kekal sama. 

Sekuel drama Black bermula dengan ugutan dari Pak Hassan (Rusdi Ramli) yang ingin dedahkan kelicikan Wong Wai Keong yang berpura mati supaya jejak dia dengan Seri Setia hilang bersama dengan rahsia yang disimpan di dalam tape VHS. Dari siasatan Borhan (Khir Rahman) mengenai pembunuhan misteri yang berlaku sekarang ada banyak pertaliannya dengan Seri Setia dan Bagas (Zahim Al-Bakri). 

Bukan mudah untuk pihak polis detektif nak dapatkan maklumat dari Bagas mahupun orang yang berkait dengan pembunuh kejam tersebut. Rekod Bagas di hospital sakit mental pun tak ada apatah lagi dari sumber lain. Dalam masa yang sama Detektif Malik (Kamal Adli) juga alami masalah teleportasi dan minta dua orang pembantu dia, ejen bunian 007 (Azman Hassan) dan 416 (Juzzthin) untuk cari solusi. 

Sama macam Black 1, sekuel juga banyak plot juga sub-plot yang dimasukkan sepanjang 10 episod bersiaran di Viu. Nampak lah perbezaan arahan pengarah sebelum ni dan pengarah baru tapi satu perkara yang kekal sama ialah lakonan Siti Saleha menjengkelkan. Chemistry dia dengan Kamal Adli pun tak meyakinkan nak dibandingkan Dr Aisya (Nabila Huda) dan Malik. Menangis tengok scene Dr. Aisya redho hati Malik jadi milik orang lain walhal dia sentiasa ada susah senang dari dulu lagi. Dah la trauma dengan rahsia silam, rasa bersalah dengan Detektif Borhan pun tak boleh hilang. 

Masa layan drama ni berhenti agak lama jugak lah dalam sebulan lebih macam tu sebab penat dengar pasukan detektif tak sudah-sudah memaki. Mungkin pengarah rasa tu selling point drama ni sebab masa musim sebelumnya, ada beberapa babak makian yang viral. Personally for me, jalan cerita Black dah cukup kuat dengan misteri Seri Setia dan beberapa watak antagonis yang muncul. Lagi satu punca rasa hambar bila Mimi Lana tak ada dalam sekuel sebab pengarah dah bertukar. Sedih wei sebab I exchange tweet dengan Razaisyam dan Mimi kot masa tu! 

Sub-plot cinta terhalang antara Sofia (Siti Saleha) dengan Malik tu macam tak perlu pun dan lebih baik kalau Detektif Malik berbaik dengan ibu dia. Sebab dalam Black 1 boleh nampak level hati kering dia macam mana tapi berubah sejak kenal Sofia. Malangnya tak berubah pun dengan ibu dia sedangkan sesiapa pun kalau duduk di tempat Dr. Rozana (Aleza Shadan) akan pejam mata dengan undang-undang. 

Sinematografi dengan music score Black Season 2 masih lagi sama dengan musim sebelumnya. Kagum dengan transition dan visual effects yang digunakan dalam sekuel ni terutamanya pada babak yang memerlukan action stunt antara ejen bunian 444 dan 419. 

Rasanya dah tak ada musim ketiga sebab misteri Seri Setia dah terjawab dengan baik dan kisah cinta Sofia dengan Malik pun dah selesai. Tapi kalau team production nak teruskan dengan misteri baru pun apa salahnya sebab tema dan konsep franchise drama ni unik dan menarik walaupun heroin jadi kelemahan utama. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.6 = 9.4/10

Drama Review | Ganjil (2021)

Tuesday 28 December 2021

Pengarah : Yusry Abdul Halim

Penulis Skrip : Yasmin Yaacob, Azhar Amirulhisyam, Evelyn Afnilia

Pelakon : Fattah Amin, Diana Danielle, Izzue Islam, Fatin Afeefa, Eizlan Yusof, Aida Aris, Syed Irfan, Alyssa Dezek, Imuda, Amir Nafis, Danish Hazriq, Azri Sabri, Takahara Suiko, Sofi Jikan

Genre : Fantasi / Drama / Romantik

Syarikat Produksi : Razor’s Edge Pictures

Penyiaran : Viu

Jumlah Episod : 10 Episod (40–50 minit setiap episod)

Tarikh Tayangan : 25 September - 28 Oktober 2021

OST : Bisikan -  Noh Salleh

Trailer :


Mengisahkan Bel (Diana Danielle), anak tunggal kepada En Haris (Eizlan Yusof) dan Rina (Aida Aris). Setiap hari dia akan mengalami mimpi yang sama di mana dia akan terjatuh gaung setiap kali ingin selamatkan kalung pemberian ibunya. Dia pernah tanya hal ni kepada kawan baik dia, Ihsan (Izzue Islam) tapi jawapan yang diberi tak membantu pun. 

Tak mungkin lah sebab Bel selalu fikir tentang jatuh gaung atau rantai sampai dia terbawa dalam mimpi. Siapa yang nak mimpi yang mengerikan? Makin bertambah persoalan dia bila Amry (Fattah Amin) muncul untuk selamatkan dia. Amry, seorang jurutera di syarikat besar yang menunggu tawaran untuk naik pangkat supaya dapat biaya rawatan kemoterapi untuk ibu dia. 

Dalam mimpi tersebut dia sentiasa dapat lihat keluarga di kampung semasa kecil sebelum ayah dia meninggal. Bel dan Amry berkenalan dalam dunia mimpi tersebut dan cuba untuk berjumpa di dunia nyata. Tempat yang dijanjikan tu sama, mereka berdua juga tinggal dalam kawasan yang berdekatan tapi tak pernah berjumpa. Seolah-olah mereka berdua berada dalam dimensi yang berbeza. 

Geram sangat bila Bel dengan Amry dah nak berjumpa ataupun dah berada di tempat yang sama tapi tak pernah berjumpa. Kita pun jadi penasaran sebab nak tahu kenapa dua watak ni susah sangat nak berjumpa. Jadi berat hati nak pergi macam mana Bel rasa bila Ihsan ajak dia balik lepas beberapa jam dia tunggu dekat bangku taman tu. 

Amazed dengan tema dan konsep cerita Ganjil arahan Yusry Abdul Halim ni sebab unik dan segar. Setiap episod dipaparkan dengan baik dan setiap watak diberikan ruang untuk berkembang dalam kadar tersendiri. Flow dekat awal-awal episod tu lebih kepada watak Bel dan Amry mengembara dalam dunia mimpi mereka. Dekat hujung-hujung pula mencari diri sendiri dan takdir hidup mereka. Tak semua yang kita nak kita boleh genggam erat, ada benda kita perlu lepaskan juga. 

Memandangkan drama Ganjil mengisahkan tentang alam mimpi jadi visual dibikin dengan cemerlang walaupun penggunaan CGI adakala agak lemah terutamanya pada babak gaung tapi puas hati lah layan. Visual pun Yusry nak ala-ala filem sebab tu bermutu kualitinya. Sinematografi dari Irwan Munir menggunakan panorama dan shot dengan baik untuk menjelaskan situasi dan menaikkan impak dalam kebanyakan babak. Suka tengok Angeline's Bistro sebab mewah dan bercirikan restoran Perancis macam yang Bel suka. 

Sembang pasal lakonan, Fattah Amin dah improved banyak dalam drama ni tapi untuk scene drama tu dia belum dapat deliver dengan mantap lagi. Tak banyak pun sampai mencacatkan penceritaan so okay je nak tengok. Sama juga dengan Diana walaupun dia banyak speaking dalam drama ni walhal orang tua dia Melayu tulen. Chemistry Diana dengan Fattah pun meyakinkan walaupun pertama kali bekerja sekali. 

Dah lama tak nampak Imuda berlakon lepas dia berehat dari dunia lakonan dan dalam drama ni dia jadi seorang pelukis walaupun tak ada babak khas untuk serlahkan bakat dia walaupun umum tahu dia memang ada bakat melukis. Suka babak Imuda cerita pengalaman dia sebagai pelukis walaupun dalam masyarakat kita bidang seni tak dipandang tinggi sejak dulu lagi. Sebab tu Amry happy bila jumpa bapa Sally sebab dia adalah acuan stigma masyarakat yang kena bekerja lawyer, doctor, engineer walhal bakat dia dalam seni lukisan lebih besar. 

Banyak mesej yang diketengahkan dalam drama Ganjil dan sesuai untuk tontonan keluarga. Happy bila dapat layan naskhah yang bagus dari industry tempatan. Harap lepasni Yusry boleh bekerja lagi dengan Fattah dengan Diana. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

Drama Review | Misteri Mona (2020)

Thursday 23 September 2021

Pengarah : Amor Rizan

Penulis Skrip : Abdul Nasir, Amor Rizan

Pelakon : Janna Nick, Redza Rosli, Ruzana Ibrahim, Elisya Sandha, Zarynn Min, Zizan Nin, Ainin Batrisya, Duerra Mitilda, Syafi Tee, Azhar Amir, Syed Irfan, Alif Hadi, Amir Rahim, Elly Suhail

Syarikat Produksi : Aquila Emas Sdn Bhd

Penyiaran : Slot Samarinda TV3, Netflix

Genre : Psikologi / Seram / Misteri

Jumlah Episod : 8 Episod

Tarikh Tayangan : 10 Disember 2020

Trailer :


Bertemakan kesihatan mental, drama Misteri Mona mengisahkan tentang Anom (Janna Nick) pesakit mental tahap kronik sehingga boleh mencederakan diri sendiri atau orang sekeliling. Suaminya, Dr Nadeem (Redza Rosli) mengupah Farah (Elisya Sandha) sebagai penjaga isterinya semasa dia keluar pbekerja. 

Tak susah pun tugas Farah sepanjang bekerja dari jam 8 pagi sehingga 5 petang bila dia cuma perlu masak breakfast juga lunch untuk Anom dan pastikan dia makan ubat on time. Hari pertama Farah dah gagal jalankan tugas dia bila Anom berhalusinasi dan ternampak kelibat Mona (Ruzana Ibrahim) yang sentiasa mengganggu gara-gara skip makan ubat masa lunch. 

Mona bukan lah sesiapa tapi kakak Anom sendiri cuma kehadiran dia dianggap sebagai ancaman terhadap Anom. Farah selalu rasa diri dia diperhatikan bila berada dalam rumah tersebut tambah pula dia pernah dapat nota dengan tulisan tangan minta supaya dia jangan terpedaya dengan realiti. Farah cuba menyiasat sikit demi sedikit misteri yang berlaku di dalam rumah tersebut dengan bantuan Ikmal (Syafi Tee). 

Dalam masa yang sama Dr. Nadeem rasa kusut dengan hal kerja dan juga peribadi bila Anom mula ingat sedikit demi sedikit tentang anak mereka yang mati dibunuh oleh Mona. Ingatan tu menjadi punca sakitnya bertambah teruk. Dr. Uwais (Amir Rahim) sarankan supaya Dr. Nadeem pergi bercuti dan luangkan lebih masa dengan Anom. 

Dulu pernah tengok preview drama ni lepastu lupa nak tengok full. Nasib baik drama ni masuk dekat Netflix, boleh la marathon terus satu drama sebab episod dia pendek je. Pace drama ni perlahan jugak lah sebab layan guna speed 1.5x pun terasa lambat. Nak tunggu Farah naik tangga loteng pun boleh skip 10 saat. Lagi terasa lemaunya bila soundtrack guna lagu Suatu Pernah – Fynn Jamal. Mungkin lagu tu sesuai dengan penceritaan tapi suara Fynn mendatar tanpa emosi buatkan babak tu suram dan hambar.

 

Alur cerita Misteri Mona arahan dan penulisan Amor Rizan menarik dan fresh dengan tema psikologi dan misteri. Walaupun pengarah bermain dengan susur masa tapi plot diolah dengan baik supaya tak serabut dan berjaya reach target audience yang kebanyakannya lebih berusia dan belum familiar dengan masalah sakit mental yang dahulunya dianggap taboo. 

Fizikal Janna Nick nampak berisi dalam drama ni yang mana menjelaskan lagi watak dia yang sentiasa di bawah pengaruh ubat. Dia cuma makan dan tidur je sebab badan dia selalu terasa lesu. Sepanjang dalam drama ni watak dia tak pernah guna makeup, memang nampak lah team production bagi perhatian pada aspek ni supaya nampak real. Lakonan barisan pelakon kanak-kanak pun tak nampak canggung dan pandai deliver watak dengan ekspresi muka terutamanya Duerra Mitilda.

Memandangkan dah selalu layan movie psikologi dari negara luar jadi dah boleh agak lah ada sesuatu yang tak kena bila Nadeem rawat sendiri wife dia dan guna ubat yang berdos tinggi. Curious perkara yang sama dengan Farah bila dia tanya kenapa dia tak pernah nampak Mona dalam rumah tu? Kalau betul Mona wujud, siapa yang bagi Mona makan? 

Watak Nadeem pun antara hint terbesar juga sebab karakter dia tak match dengan profesion sebagai pakar psikatri. Tambah pula bila watak Kathy cakap advice Dr. Nadeem bukannya membantu selesaikan masalah dia pun. Dekat pertengahan drama ni pun dah boleh agak siapa sebenarnya Dr. Nadeem. 

Drama ni memang sarat dengan ilmu psikologi cuma cara penyampaian tu agak baku sampaikan terasa berat info yang disampaikan. Lebih menarik kan kalau watak-watak yang terlibat tu terangkan dalam bahasa yang mudah faham atau bahasa pasar. Bila masuk part bagitahu ilmu tiba-tiba macam baca buku teks padahal elok je tadi menyembang kasual. 

Teknik visual yang digunakan pun bagus dengan transition antara Mona dan Anom dalam beberapa babak. Boleh nampak perbezaan karakter antara mereka dua beradik dan menambahkan lagi ketegangan dalam beberapa situasi. Suka tengok wardrobe Anom yang bermotifkan batik dalam pelbagai jenis rekaan. 

Lepas dah tengok drama Misteri Mona ni rasa nak layan sekuel pula, Misteri Mona : Kuserumu Kembali sebab baca sinopsis, Anom nak cari anak dia yang pernah kandungkan dulu sebelum dibunuh oleh Mona. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.7/10

Drama Review | Projek: Anchor SPM

Sunday 25 July 2021

 

Pengarah : Razaisyam Rashid, Anwari Ashraf

Penulis Skrip : Anwari Ashraf, Luqman Sheikh Ghazali, Ahmad Al Iqbal, Khor Tai Yieng, Danial Hakim, Amira Nasiruddin, Nadim Hisham

Pelakon : Daiyan Trisha, Aedy Ashraf, Nadhir Nasar, Shasha Abedul, Chubb-E, Adlin Aman Ramlie, Tony Eusoff, Hasnul Rahmat, Daniella Sya, Fadhli Masoot, Susan Lankester

Syarikat Produksi : Alpha47 Films, Astro Shaw

Penyiaran : HBO, Astro Citra

Genre : Drama / Young Adult

Jumlah Episod : 8 Episod

Tarikh Tayangan : 15 Mac 2021 – 3 Mei 2021

Trailer :


Drama yang dikatakan meniru idea filem popular Thailand, Bad Genius (2017) ni diinspirasikan dari kisah benar yang mengisahkan tentang satu batch tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands yang ingin mendapat markah tinggi dalam SPM. 

Bermula dengan idea Jaja (Shasha Abedul) supaya Aaidaa (Daiyan Trisha) guna bahasa isyarat OKU untuk bagi jawapan masa dalam peperiksaan percubaan SPM. Mengambil peluang yang ada, Aizat (Aedy Ashraf) juga meniru jawapan yang diberi oleh Aaidaa sebab dia pelajar nombor 1 di sekolah berasrama penuh tersebut. 

Jaja dengan Aaidaa setuju untuk meniru dalam peperiksaan akibat perangai ayah mereka berdua yang perfectionist dan tegas. Dato’ Zubir (Tony Eusoff) juga alumni dan penyumbang utama PIBG di STIA jadi imej amat penting. Bagi dia, tak ada makna kalau Aaidaa jadi top student tapi Jaja jauh tertinggal di belakang. Rakan sebilik Aizat, Hilmi (Nadhir Nasar) dan Botol (Chubb-E) terkejut dengan perubahan drastik Aizat sedangkan dia tak pulun belajar pun. 

Kegembiraan Aizat dengan Jaja tak lama pun bila kedudukan peperiksaan sebenar diubah dan Aizat dengan Jaja berada jauh di belakang. Aizat buat plan supaya lebih ramai yang join untuk jadi mirror tapi dari 10 orang, bilangan tersebut bertambah sehinggakan satu batch tahu plan mereka untuk SPM nanti. Menggunakan formasi game ragbi, Aizat namakan projek ni sebagai Projek Anchor SPM. 

Betul apa yang pengarah Razaisyam Rashid dan Anwari Ashraf bagitahu pada media yang Projek Anchor SPM tak sama pun dengan Bad Genius cuma scene dalam dewan peperiksaan tu je sama. Drama ni tetap berpijak pada dunia nyata dan akibat yang perlu ditanggung oleh semua pelajar bila melakukan perbuatan terkutuk. Mesej persahabatan pun kuat dalam drama ni. Betul lah kata Botol tu, SPM je bukannya kiamat pun sampai nak bergaduh, bertegang urat gara-gara peperiksaan ni. 

Selain dari pelakon utama, pelakon sampingan pun bagus lakonannya tambah pula bila watak dewasa dilakonkan oleh barisan pelakon yang bagus. Scene Tuan Awang (Adlin Aman Ramlie) yang menyampah dengan perangai Timbalan Menteri (Hasnul Rahmat) bila suka merendahkan dan pertikaikan kredibiliti dia sebagai pengetua STIA antara highlight scene dalam drama ni. Dua watak ni bermain push and pull sebab ada sejarah masa zaman sekolah dulu.  

Visual yang berlatarkan tahun 2003 diolah dengan tona warna yang menarik dan sesuai dengan cuaca di Cameron Highland. Make-up, wardrobe dan props menghidupkan suasana pada zaman tersebut kecuali scene dalam dewan peperiksaan bila camera fokus dekat meja Aaidaa. Boleh nampak IC dia dalam template baru sebab ada dua imej. 

Kelemahan dalam drama Projek Anchor SPM ni bila ada drama atau konflik yang dibuat-buat macam scene Puan Rokiah (Susan Lankester) pelik bila nampak ada jawapan dekat kertas soalan. Tak pasti lah kertas soalan masa zaman tu kena kumpul lepas habis exam ataupun tak sebab pengawas peperiksaan tak ambil balik Kertas 1. Sebab tu bad mood kalau balik hostel gara-gara check jawapan lepas habis exam. 

Lagipun takkan lah pengawas tak syak bila Aaidaa asyik jatuhkan pembaris besi dia lepas sejam jawab exam untuk semua kertas. Ada 10 subjek dalam SPM lepastu 10 kali jugak lah dewan tu bising. Questionable jugak lah dengan batch ni sebab kalau diorang boleh jawab Kertas 2, maknanya Kertas 1 pun boleh lah sebab memasing dah study.  Kenapa Aaidaa menggelupur sangat tak study untuk SPM walhal gap tak jauh pun dengan percubaan sampai dia sanggup nak ceroboh masuk bilik kebal. 

Scene Aaidaa stress dalam makmal sebab padang bising tu pun mehhh jugak lah sebab dia pun sedia maklum ada pertandingan. Kalau dia belajar dekat dorm atau library lain cerita lah. Masa dia pergi padang ragbi tu pun kelakar lah. Nak cari seat tapi pergi arah depan sedangkan laluan masuk ke tempat duduk ikut belakang. Scene Hilmi meroyan sebab Aaidaa reject dia pun agak draggy sebab dekat episod sebelumnya pun dah nampak relationship Aaidaa dengan Aizat macam mana. 

Nevertheless drama Projek: Anchor SPM yang dikarang dan dikembangkan oleh 7 penulis ni berbaloi ditonton sebab genre ni masih belum banyak lagi dalam industri. Drama yang keluar dari kebiasaan dan tak klise, sesuai dengan selera penonton remaja. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 8.5/10

Drama Review | Aku Yang Kau Gelar Isteri (2021)

Tuesday 16 March 2021

Pengarah : Shuhaimi Lua

Penulis Skrip : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil

Pelakon : Sharifah Sakinah, Nadia Brian, Adi Putra, Atiq Azman, Lana Nordin, Zaki Azeman, Ummar Dzariff, Laura Olivia, Aznah Hamid, Rosli Rahman Adam, Kuza, Jasper Supayah, Baby Azreen, Puteri Ateeqah Ayu, Zaleha Abdul Kadir, Syarafi Sudarmaji, Ariff Amran

Syarikat Produksi : Tanah Beris Film Production

Penyiaran : TV3 (Slot Samarinda), Iqiyi

Genre : Seram / Drama

Jumlah Episod : 15 Episod

Tarikh Tayangan : 17 Februari 2021 – 15 Mac 2021

OST : Purnama - Naim Daniel / Semalam - Aina Abdul

Trailer :

Tertarik dengan konsep susuk yang diketengahkan dalam drama Aku Yang Kau Gelar Isteri arahan Shuhaimi Lua di mana watak Laila (Sharifah Sakinah) ikut jejak langkah mak saudara dia, Cik Embun (Lana Nordin) kerana sedih dipinggirkan gara-gara mukanya yang hodoh. Malah kebaikan dia juga dipergunakan untuk kepentingan Azlan (Adi Putra). 

'Kau kena sedar taraf perempuan macam kau ni takat pelepas nafsu je tau! Kau sedar lah sikit kau tu hodoh! Lelaki dekat luar tu tak hingin pun dekat kau!' - Azlan  

Geram ditikam belakang oleh sahabat baik dia sendiri, Raihani (Nadia Brian) bila berkahwin dengan Azlan, Laila berpindah keluar setelah kematian ibu dia. Laila datang kembali 10 tahun kemudiannya untuk balas dendam. Penampilan dia berubah sepenuhnya, wajahnya juga makin cantik setelah hidup bersama Cik Embun dan selepas bercerai dengan Hadi (Ariff Amran). 

Walaupun dah rampas kekayaan milik bekas suami dia dengan ilmu hitam, dia tak pernah puas dan tenang bila tengok Hadi dan Sarah (Puteri Ateeqah Ayu) bahagia. Plan untuk buat Azlan tunduk pun berjaya tapi Cik Embun dah pesan supaya jangan mengandung dan jaga pantang larang. Kalau dia langgar, buruk padahnya. 

Raihani yang diganggu tanpa henti oleh saka Laila dijaga oleh Pian (Atiq Azman) sehinggakan menjadi buah mulut orang kampung gara-gara Pak Leh (Rosli Rahman Adam). Selepas Rai diceraikan, Naim (Zaki Azeman) pujuk ibu dia (Kuza) untuk kahwinkan saja Pian dengan Rai untuk jaga aib keluarga. 

Penceritaan drama Aku Yang Kau Gelar Isteri pada episod-episod awal nampak menarik sangat dengan kisah duka dari watak Laila sampaikan dia berubah menjadi hati batu dan memuja syaitan untuk dapat apa yang dia nak. Lakonan Sharifah Sakinah mantap macam biasa tapi bila dah masuk dekat bahagian tengah drama dah mula nampak longgar dah. Susah la kalau semuanya nak digalas oleh seorang pelakon sahaja sedangkan yang lain lemah kan? Watak Pian pun bagus juga tapi screentime dia tak panjang dan tak dikembangkan dengan bagus. Sekadar menjadi safe net untuk Rai. 

Scene seram menjadi sangat dengan gangguan saka, ilmu hitam yang dihantar kepada beberapa watak cuma scene dirasuk tu je lah macam over sangat mata tu merah menyala. Gerun tengok scene Laila rejam Rais (Ummar Dzariff) dalam kolam renang. Suka tengok rumah Laila sebab gabungan kayu jati dan konsep rumah dalam taman. Wardrobe Laila dengan Cik Embun pun cantik, sesuai dengan karakter mereka berdua yang elegan dan strong. 

Dekat hujung drama memang banyak kali kasihankan nasib hidup Pian. Dah lah difitnah kacau isteri orang sedangkan Azlan sendiri yang suruh jaga kemudiannya dipaksa berkahwin padahal ada peluang pergi sambung diploma lepas dapat result 10A SPM. Rugi sangat lah kena kahwin dengan Rai yang ambil kesempatan. Bila susah datang cari Pian lepastu bagi harapan palsu. Bila dah sihat, menggelupur cari Azlan. Dah la disebabkan dia Azlan dengan Pian tak dapat sambung belajar. Betul la cakap Mak Lang (Aznah Hamid), Rai ni pemusnah kehidupan orang lain. 

Beberapa dialog dalam drama ni nampak tak relevan sangat macam Azlan yang beria nak ke KL sebab nak gaji besar. Katanya gaji 2000 lebih hasil bekerja dekat kebun Pak Leh tu tak cukup. Dah la kelulusan SPM je, tak ada skills apa pun tapi berangan nak dapat gaji besar dekat KL. Sewa bilik pun mahal dekat KL ni. 

Facepalm tengok episod-episod hujung drama ni sebab semua watak nak salahkan Laila padahal sendiri yang cari penyakit. Laila tak pernah paksa pun Rai dengan Pian berkahwin, dia tak pernah tahu pun kewujudan Pian atau Naim. Yang Naim beria nak marahkan Laila sebab isteri dia, Rose (Jasper Supayah) tergedik nak rapat dengan Laila. Yang Rai pula nak salahkan Laila sebab terpaksa kahwin dengan Pian padahal dia yang terima pinangan tu. Saka Laila pun tak ada kena-mengena dalam hal ni. Masing-masing taknak bertanggungjawab atas kesilapan sendiri tapi tuding jari dekat orang lain. Acah suci!

Merepek tengok ramai watak sampingan beria nak selamatkan Laila padahal diorang boleh selamatkan diri sendiri. Tak logik langsung watak orang gaji dia kesian dengan Laila dan harap Laila boleh berubah. Ada scene Cik Embun cakap Laila dengan Azlan tak boleh dipisahkan walaupun kematian sebab sihir tu dah sebati dengan darah tapi elok je boleh berpisah. Apooooo!

Dekat awal drama pelik bila Cik Embun kata susuk ni ada saka dan dia dapat dari mak dia tapi dekat hujung cerita elok pulak watak tu mati sedangkan orang bela dan puja saka ni azabnya lah masa nak mati. Drama ni patutnya dibikin sebanyak 10 episod atau lebih pendek sebab dekat hujung tu dah mula draggy dengan unnecessary scenes. Paling menyampah bila tengok scene Rai menangis. Cringe tengok flashback hari perkahwinan dia dengan Azlan bila suami dia sayang dia sebab muka dia cantik. Tak perlu nak sedih sangat kot kalau Azlan berubah hati dekat Laila. Hidup ni macam roda, hari ni kau dekat atas, esok lusa jatuh la. 

Sebelum ni ada baca yang pengarah kecewa skrip dia ditukar dari kisah seram kepada drama air mata. Simpati jugak lah bab tu sebab boleh nampak alur cerita dari bagus bertukar murung. Apapun kalau ada season 2, harapnya watak Azlan mati sebab muntah darah teruk sangat. Dah la tak sempat nak tengok Azlan cium tapak kaki Laila. Grr! 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.3, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +0.2, 10. Personal Thought +0 = 3.6/10

Drama Review | Miss Match (2020)

Thursday 11 March 2021

 

Pengarah : Tam Suhaimi

Penulis Skrip : Tam Suhaimi

Pelakon : Kilafairy, Mimi Lana, Bella Dally, Donna Muslim, Atiq Azman, Emelda Rosmila, Sharifah Rose, Izara Aisyah

Genre : Drama / Romantik

Jumlah Episod : 4 Episod

Tarikh Tayangan : 25 Februari 2020

Syarikat Produksi : Imaginal Pictures Sdn Bhd

Penyiaran : WeTV, iflix


Drama Miss Match yang ditayangkan di WeTV dan iflix ni mengisahkan tentang Melisa (Kilafairy), pengacara program realiti, Berdua Bersatu di mana dua orang peserta akan disatukan berdasarkan preferences masing-masing. Ada je yang tak nak terima tapi kerana pujukan Melisa, peserta jadi okay je sebab lepas habis program tu bukannya ada yang nak ambik port dah. 

Syad (Bella Dally) sebagai pengarah selalu tertekan dengan sikap produser mereka, Elyna (Emelda Rosmila) yang tak habis-habis mengkritik dan merendahkan kemampuan mereka satu team. Personally for me, betul la jugak apa Elyna cakap tu, idea Syad klise sangat. Penonton dah boleh predict dah pun hala tuju program diorang. Bila Iqy (Atiq Azman) cadangkan pelakon join program tu, haaa siapa pulak nak bayar kos? Lagipun kalau artis yang join stress lah kalau dah habis program still kena berlakon bercinta jugak. Takkan semua pelakon yang join tu nak bagi alasan takde jodoh? Klise….

Satu hari Melisa dapat mesej dari Fara dengan Edlin (Sharifah Rose) untuk jadi committee member majlis reunion sekolah diorang. Melisa dah mula cuak sebab dia tak suka dengan Adrea (Mimi Lana) yang suka buli dia setiap kali ada peluang. Tak sangka even dah besar pun, perangai Adrea masih lagi tak berubah. 

Comel okay Sharifah Rose ni!

Walaupun tertekan dengan perangai Adrea, Melisa happy dengan kehadiran Harris (Donna Muslim) dalam hidup dia. Pertama kali bertemu dia kafe dan tersalah anggap Harris sebagai stalker kemudiannya makin rapat selepas beberapa kali bertemu secara tak sengaja. Harris cuba nasihatkan Melisa supaya abaikan Adrea dan tarik diri dari jadi committee member. Settle semua masalah. Tapi Melisa nak juga buktikan yang dia mampu kawal keadaan dan tak akan dibuli oleh Adrea lagi.

Toxic people macam Adrea ni memang takkan berubah sebab dia nak perasaan superior tu dalam hidup dia. Boleh mengarah orang sana sini. Nak pulak bila ada social media lagi lah menjadi-jadi perangai diorang untuk kejar perhatian. Bukak je lah mana-mana platform, akan jumpa jugak orang macam ni. The best way haruslah abaikan manusia sebegini. Toxic toxic pun I tengok sebab Mimi Lana berlakon. Tak pernah la gagal deliver watak dengan bagus. 

I rasa macam dah terbagi spoiler tapi bukan susah pun nak agak jalan cerita ni lagipun ada 4 episod je drama arahan Tam Suhaimi ni. Lepas tengok drama Cinta Itu Fairytale dengan Miss Match ni boleh la simpulkan yang signature Tam more to feminine and jalan cerita yang santai dan modern. Suka dengan sentuhan Tam Suhaimi sebab cerita dia tak cliché, ada mesej yang kuat, paparkan realiti dunia sebenar dan tak meleweh. Bonus jugak bila dia suka masukkan educational scene secara santai macam kenapa Harris pilih hairdresser sebagai kerjaya. Btw watak Atiq dalam dua-dua drama sama je ea. 

Suka dengan watak Ari (Izara Aisyah) sebab muncul sekejap je tapi dia drop bombs dekat Melisa. Walaupun watak Elyna tu annoying tapi dia antara strong character jugak lah dalam drama ni. Dia bukak mulut je berdesing telinga memasing nak hadap. Program Kau Perasan Tak tu best sebab dialog dia guna bahasa netizen. Hos dia tu ambik inspirasi dari Kak Jah Sungai Dua ke? 

Drmaa Miss Match under Imaginal Pictures Sdn Bhd ni dah siap lama dah tapi baru sekarang ditayangkan sebab Tam Suhaimi busy dengan drama lain sebab tu dalam drama ni Kilafairy tak pakai tudung lagi dan dia pun taknak promote drama ni. Bila dah habis layan 4 episod ni rasa tak puas sangat sebab rasa boleh dikembangkan lagi. Tapi okay lah kot stop dekat situ je sebab chemistry antara Kilafairy dengan Donna pun okay lah. You guys boleh tengok secara percuma dekat iflix atau WeTV. Happy watching!

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 8/10

Drama Review | Kampong Pisang Bersiri-Siri Episod 7 : Husin Kembali Bersama Zombi Part II

Wednesday 17 February 2021


Pengarah : Mamat Khalid

Penulis Skrip : Mamat Khalid

Pelakon : Kazar Sairi, Bell Ngasri, Dewa Sapri, Aziz M. Osman, Mat London (Ahmad Ibrahim), Avaa Vanja, Nazeera Sardi, Datuk Awie, Hazama, Ellie Suriaty, Pekin, Delimawati, Ozlynn, Soffi Jikan, Joey Daud, Kamarool Hj Yusof, Imuda, TJ Isa, Adam AF, Azlan Komeng, Ayie Hushairi, Faizal Chal, Nasir Jani, Soya, Shuk Sahar, Sharwani, Mohd Rashid, Latiff Zami, Jasper Supayah, Reza Hasbi, Annie Mosha, Akmal Ahmad, Wan Raja

Genre : Komedi / Seram

Jumlah Episod : Episod

Tarikh Tayangan : 7 Disember 2020

Syarikat Produksi : Astro

Penyiaran : Astro Ria, Astro Citra HD, Astro GO, On Demand

Trailer :

Bersambung dari episod 6 : Husin Kembali Bersama Zombi Part I, bila Bakobar (Bell Ngasri), Wani (Sarwani), Pak Jabit (Aziz M. Osman), Cik Punama (Dewa Sapri) dan yang lain pergi ke kebun getah untuk cari punca penduduk Kampong Pisang berubah menjadi zombie bermula dari Ensun dan suami dia. 

Kebetulan mereka ternampak Pak Karim (Mat London (Ahmad Ibrahim) tengah ambil air di punca air tapi bila dijerit namanya rupanya dah bertukar menjadi zombi kemudiannya serang mereka semua. Wani yang test minum air bukit tu pun dah berubah menjadi zombi maka tepat la punca air yang tercemar dek perbuatan seseorang adalah asbab Kampong Pisang dilanda masalah zombi buat kali ketiga. 

Sementara menunggu Husin (Dato’ Awie), Cik Chun (Nazeera Sardi) dan Mokhtar yang ke pekan untuk minta bantuan pihak polis balik ke Kampong Pisang, mereka semua ikat Wani supaya tak dapat serang orang yang ada di dalam dewan. Tapi malangnya, Husin pun tak sempat nak berjumpa dengan pihak berkuasa sebab zombi makin ramai dan menyerang pekan. Jadi macam mana Pak Din Pest Control (Kazar Sairi) nak selesaikan masalah zombi ni, kena tengok sendiri lah dekat Astro First. 

Episod 6 dengan 7 ni tak ada lah serious sangat pun sebab  dibikin sebagai tribute kepada filem Zombi Kampung Pisang (2007), installment pertama dalam franchise Kampong Pisang. Kalau franchise Kampong Pisang ni mesti lah terkenal dengan dialek Perak tapi tak semua watak boleh menyembang dengan dialek tu. 

Dialog juga lebih terarah kepada dialog satira yang memerli masyarakat macam scene Pak Din marah graduan memilih kerjaya kemudian menganggur berbanding Ensun yang cuma lulus SRP tapi rajin bekerja. Scene Bakobar cerita apa yang jadi dekat kebun getah kepada Pak Din tu kelakar sebab selama ni kalau ada watak yang cakap panjang ceritanya tu sebenarnya pendek je kisahnya tapi kali ni memang terkejut Pak Din sebab memang panjang benar haha

Lepas kejayaan franchise Kampung Pisang, pengarah dan penulis Mamat Khalid tambah lagi  drama Kampong Pisang Bersiri-Siri untuk hilangkan rindu peminat. Lepas Zombi Kampung Pisang (2007), Hantu Kak Limah Balik Rumah (2010), Husin, Mon & Jin Pakai Toncit (2013), Zombie Kilang Biskut (2014), dan Hantu Kak Limah (2018) kebanyakannya menggunakan pelakon yang sama tapi dalam drama ni ada beberapa watak yang digantikan pelakonnya kerana dah meninggal dunia ataupun busy dengan schedule lain. 

Sinematografi dalam drama Kampong Pisang Bersiri-Siri diadun dengan signature Mamat Khalid yang suka dengan tona warna vintage. Dalam episod Husin Kembali Bersama Zombi Part I ni tak ada pun penggunaan VFX dari Lil Studio Sdn Bhd tapi lebih kepada serlahkan hasil kerja MUA untuk zombie supaya nampak real. Masa dalam Zombi Kampung Pisang dulu memasing tepek bedak sejuk je. Suka tengok wardrobe Nazeera dalam ni especially outfit yang dia pakai masa jumpa Husin sebelum mata air dia balik ke Pasir Gudang. 

Untuk background music dalam drama ni kebanyakannya lagu-lagu lama zaman 80-an macam lagu Umpan Jinak Di Air Tenang nyanyian Ahmad Jais. Dinyanyikan semula oleh watak Ahmad Yassin (Ahmad Yassin) yang buta tapi menghiburkan hati orang kampung dengan bakat dia di Warung Pak Jabit. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.6, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.9, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.8 = 7.7/10