Musim Raja Buah Kembali! Ada 7 Mitos Tentang Makan Durian, No 5 Paling Banyak Orang Cakap

Friday 26 June 2020


Durian ialah buah yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Di samping manfaat makan durian yang hangat diperkatakan, ada juga efek makan durian yang ramai tidak sedar!

Buah ini amat digemari kena isinya yang manis dan lemak berkrim. Tapi, apabila makan durian mesti anda terfikirkan tentang semua mitos yang berkisar tentang raja buah ini bukan? Ada macam-macam pantang larang kalau berkenaan makan durian.

Tapi, yang lebih penting lagi ada ke kebaikan makan durian? Sejauh manakah kebenaran semua mitos ini? Boleh percaya ke? Kalau anda nak tahu lebih lanjut, jom, ikuti artikel kami di bawah.

Mitos 1: Jangan makan durian dengan alkohol. Boleh bawa maut!

Mitos ini sudah lama berlegar-legar dalam kalangan pemakan durian yang tegar. Tapi, betul ke makan durian dengan arak boleh menyebabkan kematian?

Durian mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi. Makanan yang kaya dengan karbohidrat mengandungi banyak fiber yang tidak dapat diuraikan oleh badan.

Walaupun fiber bagus untuk kesihatan, terlampau banyak serat juga akan membuatkan anda rasa kembung perut. Ini merupakan salah satu keburukan makan durian secara berlebihan!

Samalah seperti minuman beralkohol seperti arak. Minum arak dan makan durian boleh menyebabkan perut anda rasa tak selesa.

Anda mungkin akan alami kembung perut, tapi tak adalah sampai membawa maut!

Mitos 2: Makan durian bersama buah sejuk seperti manggis

Dalam perubatan moden, tidak ada istilah mengenai buah sejuk ataupun panas. Malah, kenyataan ini langsung tidak disokong oleh kajian saintifik.

Manggis dan durian selalunya berbuah dalam musim yang sama. Mungkin mitos ini timbul untuk mengelakkan orang ramai daripada membazir.

Yelah, kalau semua orang nak makan durian, siapa nak makan manggis?

Mitos 3: Durian mempunyai kolesterol yang tinggi


Berita baik untuk penggemar durian. Antara kebaikan makan durian ialah buah ini tidak mempunyai sebarang kolesterol! Tapi, jangan keliru antara kolesterol dan karbohidrat ya!

Durian mengandungi karbohidrat LDL (low density carbohydrate), sejenis karbohidrat yang baik untuk jantung.

Namun, durian masih lagi mempunyai kadar karbohidrat yang tinggi.

Jadi, individu yang mempunyai kencing manis dan sakit jantung jangan makan terlalu banyak durian ya! Efek makan durian kepada anda mungkin buruk.

Mitos 4: Tingkatkan libido seks antara manfaat makan durian

Jangan tertipu ya! Tidak ada sebarang kajian yang boleh membuktikan bahawa durian boleh tingkatkan libido seks seseorang.

Tetapi, ada juga kebaikan makan durian tau!

Ada kajian yang membuktikan bahawa durian boleh mengurangkan stres dan membantu anda untuk tidur. Durian mempunyai sejenis asid amino yang bernama tryptophan – asid amino yang boleh menaikkan kadar serotonin dan melatonin di dalam badan. Dua hormon ini dapat membantu anda untuk kurangkan stres dan juga tidur dengan lebih lena!

Mitos 5: Tak boleh ambil durian dan juga kopi pada masa yang sama!

Mitos bahawa durian tidak dapat dimakan bersama-sama kopi juga adalah tidak benar sama sekali.

Makan durian bersama minuman apapun tidak akan menyebabkan seseorang itu sakit jantung.

Sakit jantung merupakan satu penyakit yang berlaku akibat daripada tabiat pemakanan seseorang. Oleh itu, jika individu tersebut selalu mengamalkan tabiat pemakanan yang tidak sihat, maka lebih mudahlah untuk dia menghidap sakit jantung.

Walaupun ada banyak kebaikan makan durian yang kaya dengan vitamin dan mineral ini, anda tetap harus berjaga-jaga supaya tidak terlebih makan.

Mitos 6: Makan durian banyak-banyak boleh akibatkan demam dan batuk

Ini merupakan satu lagi mitos yang awal-awal lagi perlu disangkal.

Tidak ada sebarang kaitan antara makan buah durian dengan demam atau batuk. Makan durian secara berlebihan mungkin boleh buatkan anda rasa kembung perut, tetapi bukannya demam!

Secara saintifik, mungkin makan durian boleh meningkatkan sedikit suhu badan. Tetapi itu tidak bermakna ia akan menyebabkan batuk ataupun demam!

Mitos 7: Makan durian dengan susu pun tak boleh?

Sama seperti makan durian bersama dengan alkohol, susu juga mempunyai kadar fiber dan karbohidrat yang tinggi.

Minum susu secara berlebihan pun boleh sebabkan kembung perut, apatah lagi minum susu sambil makan durian!

Ada banyak kebaikan makan durian sebenarnya!


Durian merupakan buah yang sangat berkhasiat. Banyak manfaat makan durian, setanding dengan gelarannya sebagai raja buah.

Walau bagaimanapun, itu bukan alasan anda boleh makan durian dengan banyak ya! Ada banyak juga efek makan durian.

Dalam apa jua keadaan, beringatlah supaya mengambil makanan dalam keadaan sederhana. Amalkan panduan pemakanan sukusukuseparuh yang disarankan kerajaan.

Jika anda rasa tidak selesa selepas makan terlalu banyak durian, cepat-cepatlah berjumpa dengan doktor di klinik yang berdekatan ya!

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

6 comments

  1. menang berapapun di bayar
    ayo segera bergabung bersama kami di bandar365*com
    WA : +85587781483

    ReplyDelete
  2. Makan berpada-pada. Nak makan tak salah. Tahu batas dan kesihatan sendiri, jangan sampai memudaratkan. Kami kalau teringin, memang beli je walaupun mahal. hehehe

    ReplyDelete
  3. Makan apa-apa pun kalau berlebih2an akan memudharatkan

    ReplyDelete
  4. makan apa pun kalau berlebihan semua jadi bahaya. Durian ni sebenarnya buah yang boleh makan sikit2 je sebab bila banyak dia jadi terlalu kenyang. Mungkin sebab karbo tinggi tu. sama macam makan nasik la. kalau bedal 3 pinggan mau tak tersandar keletihan.. hahah

    ReplyDelete
  5. Yang pasti Raja Buah ni sangat tinggi kandungan gulanya

    ReplyDelete
  6. sebab tu orang kata mkn durian kena berpada2 kan..nak tahu juga selalu lepas mk durian mesti minum air dr kulit dlm buah durian tu kan..kpe ye?

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.