Movie Review : Hwayi – A Monster Boy

Friday 12 June 2020


Director : Jang Joon-hwan
Writer : Park Ju-seok
Cast : Kim Yoon-seok, Yeo Jin-goo, Cho Jin-Woong, Jang Hyun-Sung, Park Hae-Joon, Kim Sung-Kyun, Lee Kyoung-Young, Seo Young-hwa, Kim Young-min
Production Company : Showbox
Distributor : Showbox
Genre : Action / Thriller
Running Time : 125 minutes
Release Date : 9 October, 2013
Trailer :


Seorang budak diculik dan dibesarkan oleh sekumpulan perompak yang diketuai oleh Seok-Tae (Kim Yun-Seok), seorang pemandu yang gagap, Ki-Tae (Cho Jin-Woong), si cilik Jin-seong (Jang Hyun-Sung) sebagai planner, Beom-soo (Park Hae-Joon) yang pakar dalam senjata api dan Dong-beom (Kim Sung-Kyun) kuasai martial arts. Semua skills yang ada dalam mereka semua diturunkan kepada Hwayi (Yeo Jin-Goo) hingga la dia besar.


Lepas 14 tahun Seok-Tae decide untuk ambil job bunuh Lim Hyoung-Taek (Lee Kyoung-Young) yang menghuni di kawasan kejiranan yang bakal diruntuhkan untuk pembinaan rumah apartment baru tapi terhalang disebabkan keputusan Hyoung-Taek dan isteri dia Kim Sun-ja (Seo Young-hwa) yang taknak berpindah bila masih berharap anak mereka yang hilang akan pulang. 

Hwayi dihantar untuk menyelinap masuk ke rumah tersebut sebelum mereka berlima masuk. Di ruang tamu Hwayi terjumpa gambar dia semasa kecil. Sejak dari hari tu, dia mula cari tahu siapa dia dan kenapa mereka berlima ambil keputusan untuk besarkan dia.


Movie Hwayi – A Monster Boy yang ditayangkan di Puchon International Fantastic Film Festival ke-18 pada tahun 2014 bertemakan misteri penculikan dan dendam. Director Jang Joon-hwan buat movie ni menarik bila kita curious nak tahu kenapa mereka berlima culik dan besarkan Hwayi sedangkan di minit awal mereka berbincang perlu pastikan budak tu hidup supaya mereka boleh dapat duit. 

Kalau diikutkan, tak ada pun scene atau watak yang cuba nak connect dengan audience tapi lebih kepada menceritakan sebab semua watak utama juggles antara kisah silam dan pilihan mereka. Bila kita enjoy tengok kemesraan dan father figures masing-masing jaga Hwayi, plot berubah suasana kembali ingatkan kita dengan kekejaman mereka semua. Sama juga dengan watak Hwayi yang dibesarkan dalam persekitaran buruk.


Walaupun jalan cerita menarik untuk ditonton tapi naratif movie ni agak sarat dan kompleks dengan beberapa scene yang tak perlu terutamanya watak Detective Jung-min (Kim Young-min) siasat geng perompak ni sebab apa yang dia tahu, audience dah tahu awal dah pun. Sudahlah lambat cari hint, lepastu tak membantu pulak tu. Misteri Hwayi tu Seok-Tae yang akan dedahkan di hujung cerita nanti.


Scene Detective Jung-min hesitate nak tembak Seok-Tae ataupun Hwayi tu nampak macam dangkal je sebab sepatutnya by that moment dia patut dah tahu siapa patut dia tembak. Sama macam dekat awal scene bila berbelas polis yang ada dalam train tapi semua fokus nak tembak Beom-soo padahal boleh je yang dekat hujung kiri dan kanan lari keluar dari coach dan kepung dari belakang.


Tak ada pulak tu scene Detective Jung-min syak macam mana operasi polis asyik busted je. Sebab dalam movie ni pengarah highlight character Detective Jung-min sebagai kreatif dan bagus dengan kerja dia tapi masuk second half dah nampak pengarah mula toned down polis dan detektif supaya nampak watak-watak perompak ni powerful habis.


First time tengok lakonan Yeo Jin-Goo dalam drama Hotel De Luna, tak sangka langsung dia menang besar Best New Actor tahun 2014 sebab mutu lakonan dia melakonkan watak Hwayi yang trauma, dibayangi raksasa besar dan bagus dengan skills yang diajar oleh ayah-ayah dia. Action stunt dia kemas dan sharp on screen hasil koreografi Jung Doo-hung.


Movie ni mungkin bukan pilihan sesetengah orang sebab agak gore dan ganas tapi untuk yang suka genre action thriller boleh la layan Hwayi. 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +1 = 8.8/10

5 comments

  1. salam farhana. tahniah anda menang hadiah dari segmen Ummi ..sila ke http://nurasyiqin201.blogspot.com/2020/06/pengumuman-cabutan-bertuah-segmen-hari.html#comment-form untuk isi yang perlu untuk tuntut hadiah ya

    ReplyDelete
  2. I'll watch anything with Yeo Jin Goo in it.
    One of my favourite actor.

    ReplyDelete
  3. baru baca review dah mengancam

    ReplyDelete
  4. nak tengoklah.. macam menarik pula sebab ada Jin Goo.. hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.