Movie Review : Gulabo Sitabo

Sunday 14 June 2020


Director : Shoojit Sircar
Writer : Juhi Chaturvedi
Cast : Amitabh Bachchan, Ayushmann Khurrana, Farrukh Jafar, Brijendra Kala, Vijay Raaz, Shrishti Srivastava, Jogi Mallang
Production Company : Rising Sun Films, Kino Works
Distributor : Amazon Prime Video
Genre : Drama / Comedy
Running Time : 124 minutes
Release Date : 12 June 2020
Trailer :


Movie arahan Shoojit Sircar mengisahkan Baankey Rastogi (Ayushmann Khurrana) yang menyewa satu keluarga di rumah agam Fatima Mahal milik Begum Fatima (Farrukh Jafar) yang diuruskan oleh suaminya yang kedekut, Chunnan 'Mirza' Nawab (Amitabh Bachchan).


Jadi masalah bila penyewa-penyewa yang lain mampu bayar sewa yang makin lama makin dinaikkan oleh Mirza walaupun facilities tak bagus tapi Baankey masih lagi bayar harga sewa yang lama dengan alasan tak mampu bila gaji dia bekerja di kilang gandum cuma sedikit dan perbelanjaan keluarga pula makin meningkat bila adik-beradik dia makin membesar. Lagi pula dia selalu mengungkit 7 keturunan dia dah menyewa di situ.

Mirza yang sakit hati dengan Baankey mula cari jalan lain untuk singkirkan Baankey dan dalam masa yang sama cari peguam Christopher Clark (Brijendra Kala) untuk uruskan dokumen pemindahan harta sebab dia nak Fatima Mahal jadi kepunyaan dia bila isteri dia meninggal nanti.


Baankey pula kebetulan terjumpa ahli arkeologi, Gyanesh Shukla (Vijay Raaz) yang mencari aset untuk dijadikan harta kerajaan dan peroleh keuntungan dari nilai artistik dan sejarah rumah agam tersebut. Dia janjikan kediaman baru kepada penyewa-penyewa lain sebagai pampasan. Maka bermula lah perang antara Mirza dan Baankey untuk dapatkan rumah agam tersebut.


Gulabo Sitabo dipromosikan dan dikategorikan sebagai drama komedi tapi sayangnya plot cerita perebutan rumah agam ni dilihat agak draggy dan rencah komedinya kurang. Scene komedi cuma dalam beberapa scene sahaja itupun tak lah strong sangat. Ending menarik disebabkan plot twist dari Begum Fatima cuma pace terlampau perlahan buatkan movie ni panjang pada first half tanpa apa-apa scene yang meraih perhatian.


Sayangnya bila lakonan Amitabh Bachchan dan Ayushmann Khurrana bagus tapi watak yang tak digarap sebagus watak Christopher Clark dan Gyanesh Shukla bila lebih licik dan opportunis tampak meyakinkan dalam semua scene yang mereka muncul. Boleh kata Amitabh dengan Ayushmann dah terlampau selesa dengan repetitive roles dari movie-movie mereka berdua sebelum ni. So nothing remarkable to watch pun dalam movie ni. I don’t mind for Big B tapi untuk Ayushmann better pull off something better and out of his comfort zones sebelum audience jelak.


Mungkin juga antara faktor I tak boleh nak enjoy plot movie ni bila writer Juhi Chaturvedi masukkan elemen satira dengan traditional puppet show – Gulabo Sitabo yang famous di daerah Lucknow. Berbeza dengan karya gabungan Shoojit Sircar dan Juhi Chaturvedi  dalam movie Vicky Donor dan Piku yang bagus dengan humor dan masalah sosial. 

‘hum sarkaar hain, humein sab pata hai.’ - Gyanesh Shukla

One thing for sure I do enjoy watching visual editing in Gulabo Sitabo hasil kerja Avik Mukhopadhyay yang beri gambaran jelas kehidupan low class di tengah bandar yang sibuk. Clean and sharp transition dan beberapa shot diambil dari sudut yang menarik.


Soundtrack hasil gabungan 3 komposer - Shantanu Moitra, Abhishek Arora dan Anuj Garg mungkin tepat menggambarkan suasana dan relatable dengan beberapa scene tapi untuk ulang dengar dan tarik penonton untuk ulang tengok movie ni mungkin agak lemah atau reach yang kurang sebab tak ramai yang minat dengan rentak macam tu.


Despite team production’s flaws dalam Gulabo Sitabo, memang sesuai movie ni release dekat OTT platform instead of cinema sebab movie ni lebih kepada eksperimen dan audience dekat online platform tak kisah untuk spend masa dan hayati art sesebuah movie. Okayish for me but expecting more.

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +0.3, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.8, 6. Genre +0.3, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.4 = 6.3/10

2 comments

  1. Masih ada lagi Big B berlakon ye.. Kuat lagi beliau..

    ReplyDelete
  2. mula-mula tengok poster tak sangka itu Amitabh B.. :)

    ...

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.