Drama Review : Cinta Itu Fairytale Episod 5

Sunday 28 June 2020


Pengarah : Tam Suhaimi
Penulis Skrip : Tam Suhaimi, Eena Mokhtar, CTNA Marzuki, Shamaine Othman
Pelakon : Eyka Farhana, Afifah Nasir, Ikhsan Saleh, Harris Baba, Wafiy Ann, Intan Ladyana, Amy Mastura, Atiq Azman, Zalfa Zin, Nelissa Nizam, Izzat Mushtaq, Jad Hidir, Intan Nor Saina, Iman Zulkarnaian, Syrul Ezwan, Zalfa Zin, Adli Ihsan, Iqbal Rusli
Genre : Romantik / Komedi
Jumlah Episod : 13 Episod
Tarikh Tayangan : 21 Mei 2020
Syarikat Produksi : Imaginal Pictures
Penyiaran : iflix


SINOPSIS CINTA ITU FAIRY TALE


Mengisahkan tentang seorang gadis ‘instafamous’ yang bernama Nina Suraya mengalami kekalutan hidup selepas gagal dalam percintaan dan masih mencari jejaka idamannya yang disangka hanya hadir dalam dunia fantasinya. Segalanya berubah apabila beliau bertemu seorang lelaki misteri, yang mempunyai kriteria persis lelaki idamannya seperti yang tertera di dalam nota yang telah dilontar ke dasar laut.

REVIEW EPISOD 5 – TAK PERNAH HILANG: 

Episod kali ni bertemakan passion sebagai penggerak utama dalam melakukan sesuatu especially kerjaya baik Niesa (Afifah Nasir) sebagai owner café ataupun Nina Suraya (Eyka Farhana) yang mula fokus dengan kerjaya penulis lepas dia berhenti jadi Instafamous gara-gara breakup dengan Zach (Harris Baba) sampai jatuhkan nama baik dia dekat klien. 


Agak sukar untuk Nina dapat inspirasi untuk menulis novel baru bila dia tak boleh nak move on lagi dari kisah cinta dia dengan Zach. Sebelum ni watak utama dalam novel dia semua bercirikan karakter Zach yang kononnya penyayang, baik dan romantik tapi bila Zach dah tak ada dalam hidup dia, mula la kena serang writer’s block. 

Tengah tunggu je scene bila Nina nak bersuara sebab makin lama makin geram tengok perangai Zach yang minta simpati dengan netizen. Poyo pulak tu masa dia phone interview untuk young entrepreneur. Perangai Nina masa dia ejek Zach dekat belakang tu relatable sangat kalau menyampah dengan ex-boyfriend. Part Nina sebut apo really cracked me up. Her facial expression on point habis!


Tapi menyampah bila Nina mengamuk dengan Adam pergi tempat lain padahal dia yang salah cari lepas ternampak Zach dekat clothing store. Kesian tengok Nina layan dia nak tak nak pastu asyik nak marah. Lepastu Adam pula yang beria minta maaf sedangkan terang-terang salah Nina. Duh! 

Dah la Imran (Syrul Ezwan) tak sudah-sudah nak jaki dengan Adam. Dah la datang lambat, buat kerja pun culas tapi ada hati nak mintak naik gaji. Nasib baik Niesa memang kenal perangai Adam macam mana. Mungkin Imran anggap Adam sebagai ancaman dekat café tu kot tapi kalau dia buat kerja elok, perangai pun elok, Niesa tak kisah pun nak naikkan gaji dia kan? 


Suka tengok scene Niesa buat kek untuk klien dia untuk birthday party walaupun actual cake tak sama dengan yang dia sketch haha. Decoration dengan bunga daisy dan hydrangea memang cantik sangat. Kalau ada bunga baby breath mungkin lagi cantik tapi rasanya lagi sesuai kalau jadi hiasan untuk jelly cheesecake sebab dah melekat setempat.  


Sayang betul Nina duduk lepak dalam rumah je cari inspirasi padahal stay dekat Johor Bahru. Dulu pergi sana masa weekend pun tak cukup lagi berjalan sebab banyak sangat tempat best dekat sana. Belum sembang food hunting lagi. Hopefully next episodes Nina dengan Niesa atau dengan Adam pergi jalan-jalan dekat Johor Bahru. 

Teaser episod 6 nampak Nina teringat balik kenangan sweet dia dengan Zach. Takkan terkesan kot dengan ayat Zach masa dekat birthday party tu? Nak tahu apa Zach cakap dekat Nina, kena tengok la drama Cinta Itu Fairytale di Iflix secara percuma okay. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

5 comments

  1. tak boleh move on lagi ke si niena ni.

    ReplyDelete
  2. Tam dah jadi pengarah rupanya ye..

    Ramainya pelakon2 baru. ada yang tak kenal langsung. Hahah

    ReplyDelete
  3. Alamak..shida x pernah tgk cite ni.. tertinggal bas la pulak ^_^

    ReplyDelete
  4. aku rasa isteri ku tahu cerita ini......



    www.oohsenyum.com

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.