Homestay Golden Hills, Cameron Highland

Sunday 21 April 2019

Dah lama nak sambung entri Cameron Highlands ni dari tahun lepas tapi lepas berbulan baru mampu nak up entry balik. Inipun sebab ternampak entri Kea Farm naik dekat Popular Post. Sekarang dah start musim ke Cameron Highland ke? Tengah panas ni dapat naik atas memang best kan?

Image result for pasar malam golden hill

Ada yang tanya dekat entri tu tentang bilik bermalam. Masa kitorang pergi tu ada 4 family yang join so kitorang book rumah teres 2 tingkat dekat Golden Hill. Dalam rumah tu ada 4 bilik, muat untuk semua yang join. 

Kitorang sampai dah petang so jalan memang agak sesak sebab dekat bahagian bawah penuh dengan pengunjung yang pergi ke pasar malam. I tak recommend sangat homestay ni sebabnya bilik dia kecil je. Harga satu malam pun RM500. Sebab ramai, tak terasa sangat lah tapi tak berbaloi sebab untuk tidur satu malam je. 

Image result for rumah teres  golden hill

Homestay ni lengkap dengan furniture tapi bab plug agak limited. You guys nak charge kena pergi luar bilik. Bilik air agak kecil lah untuk bilik small and medium lepastu berkongsi. Pressure air pun slow, lagi menangis nak mandi sebab bila lama dekat dalam bilik air memang sejuk. 



Bad day for me lah sebab first day period terpaksa berkurung dekat dalam bilik yang sejuk sebab senggugut teruk. Nasib dah pack losyen panas sekali, boleh lah survive sampai pagi. My sister dengan yang lain pergi pasar malam dekat bawah tu tapi banyak jual makanan dan apa yang ada dekat Kea Farm, benda yang sama jugak dijual dekat pasar malam Golden Hill ni. 

Awal pagi lagi kitorang dah check out sebab nak pergi cari strawberry and that's why lah cakap tak berbaloi sebab sekejap sangat stay dekat homestay ni. Kalau yang check out tengahari mungkin okay lah tapi better cari dekat area apartment, lagi cantik view dekat atas. 

Image result for rumah teres  golden hill

Nak berurusan dengan owner homestay ni pun agak susah. Janji asal dia nak datang bagi kunci tapi last minute bila kitorang dah sampai, dia ubah plan suruh kitorang datang ambil kunci sendiri dekat dengan Tapah. Kan jauh tu. Nak pulak masa tu memang cuti sekolah jadi jalan dua hala agak sesak. Nasib dia nak jugak naik Cameron bagi kunci tu sendiri.


Lepas ni kalau datang Cameron memang tak lah nak book homestay dekat area sini. Line pun slow dekat area ni. Mati kutu malam-malam tak tahu nak buat apa. 

5 comments

  1. Hari tu pergi Cameron, I duduk dekat Copthorne Hotel, not bad lah, breakfast dia sedap. Tapi kalau pergi sana lagi, nak try Guesthouse Kea Garden tu kot! Nampak macam best :D

    ieyra h. | blog

    ReplyDelete
  2. Biasanya kalau ke Cameron memang duduk hotel tak pernah lagi duduk homestay sebab di hotel senang untuk breakfast. Kalau nak bilik yang besar dan harga yang berpatutan, boleh cuba di Hotel Titiwangsa. Makanan pun banyak pilihan.

    ReplyDelete
  3. tak perasan tempat ni.. bestnya!

    ReplyDelete
  4. fuh kabus mesti sejuk.. best la ada homestay ni nampak baru

    ReplyDelete
  5. Dah lama tak bermalam di CH. Biasa kalau teringin nak gi CH, kami travel awal pagi dan lepas asar mula gerak turun. Penang - CH tak jauh sangat hehehe

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.