Lohri Fiesta, Taman Metropolitan, Kepong

Wednesday 20 March 2019

Dah lama berhabuk dalam gallery, baru sekarang nak update. ASWARA adakan Lohri Fiesta dekat Taman Metropolitan Kepong masa 13 Jan 2019 lepas. Lama dah kan? I knowww.


Yang tak tahu Lohri Fiesta ni apa, Lohri ni satu perayaan untuk meraikan musim tuaian tanaman rabi seperti gandum, barli, oat dan lain-lain pada penghujung musim sejuk. Selalunya around 11 hingga 14 Januari. Perayaan ni diraikan oleh Punjabi, Sikh dan penduduk kaum di India Utara. Perayaan ni diraikan dengan menari dan menyanyi depan unggun api. Ada scene perayaan Lohri dalam movie Veer-Zaara. 


Masa datang fiesta ni dah lambat dah sebab acara start petang tapi pergi malam. Api pun dah terpadam dah, makanan pun tinggal saki-baki je. Tapi yang menari tu still ada lagi. 



Sebelah petang ada tarian bhangra, dari dulu lagi teringin nak tengok live depan mata sebab selalunya nampak dalam movie or music videos je. 



Diorang menari mostly lagu Hindustan baru so happy la jugak sebab tak stuck dengan lagu zaman 2000 je. Mostly yang menari tu geng ASWARA sendiri so diorang tak la awkward sangat. Tak join pun menari sebab segan, ambil semangat je tengok dari jauh so next year boleh join haha




Punca boleh sampai ke sini sebab geng hndustan dekat socmed ajak turun lepas banyak kali invitation dia takde rezeki nak pergi. First time and for sure not the last time. Lepas ni boleh lepak lagi sembang pasal hindustan. Dah plan nak berholi bersama. 

With the MC of the night
Booth makanan dia ada nasi briyani, pani puri, satay, desserts including Jalebi, pakhora, gulab jamun and others. Nak sebut pun banyak tapi tak mampu nak rasa semua sebab dah kenyang. Merasa pakhora je lah sebab tahu dah yang lain mesti manis kemain. 



Dekat fiesta ni ASWARA ada setup booth untuk baca semua tentang Lohri and serba sedikit pasal Punjabi. Makanan, pakaian, lagu, alat muzik yang diorang guna untuk perayaan ni. Selalunya pakaian memang salwar khameez and kurta lah tapi my dress code macam nak pergi mall je hihu







Dah nak dekat hujung tu ada fireworks tapi tak lama sangat lah, sekejap je just enough to light up the night gittewww


Sebelum balik tu singgah booth inai dulu sebab dah lama tak pakai inai. Since Indian memang famous dengan ukiran inai cantik-cantik, pilih je mana yang berkenan plus the price pun murah je. Dah settle berinai, pergi bergambar sementara tunggu kering. 





Tengah bergambar dengan deco dekat fiesta ni, boleh pulak ternampak Eric Fuzi band Floor88 tapi dia sorang je lah, takde nampak yang lain sebab yang lain dah jalan dulu. Kalau tak dah boleh nampak Ayie dah hewhewhew


Lama jugak lah enjoy duduk sini sampai jam 10 lebih baru nak balik. Masa nak balik tu pun terjumpa Tasha Manshahar bagi goodies ada laddoo dekat dalam.



Next year kalau ada lagi nak datang awal-awal so boleh tengok semua performance. Its truly a happy moment and thanks Yana for the invitation!

22 comments

  1. kalerful gilerrrr...fj ni memang suke hindustan kan...hihihi

    ReplyDelete
  2. meriahnya.... siap berinai sakan

    ReplyDelete
  3. Wah, if ada peluang peegi nx time nak ikut diorg nari pukul kayu chopstik tu 😁😁

    ReplyDelete
  4. Wow.. menariknya..
    meriah dan berwarna-warni..

    ReplyDelete
  5. ohh look great jugak yea event ni. qeela bukan peminat hindustan so maybe tu yg tak pernah tau adanya event mcm ni hehe tp baguslaa mesti u guys having fun kan nampak mcm2 ada & boleh buat tuu. Nice sharing.

    ReplyDelete
  6. ewah cantiknya inai kat tangan tu. boleh tahan meriah event kat taman metropolitan kepong ni. dah lama tak datang taman ni sejak pindah area bukit jalil.

    ReplyDelete
  7. first time tau ada fiesta ni. tak tau pulak diraikan di sini. nak kena pgi ni kalau ada lagi tahun depan sbb nampak mcm meriah je. terima kasih share ya ;)

    ReplyDelete
  8. Macam-macam aktiviti rupanya di Taman Metropolitan Kepong ni. Lokasi strategik tepi MRR2 sangat memudahkan orang ramai ke sini, cuma nak cari parking terutama hujung minggu tu mencabar sikit..

    ReplyDelete
  9. Bestnya dapat tengok macam macam aktiviti kan sini. Nampak meriah. Baru tahu pasal lohri ni tau. Dalam movie veer zahra tu rupanya sambutan lohri. Baru tahu. Tapi tuhlah nampak meriahkan sambutan diorang saya suka tengok tarian banghra. Kalau tenfok kompom terasa nak join sekali. Teruja tau.

    ReplyDelete
  10. Aik, dah lama kat Malaysia baru tau pasal perayaan Lohri Fiesta ni Hehe

    ReplyDelete
  11. Meriahnya ada persembahan dan tarian tu hehehe tak tahu pun kalau tahu boleh juga join tengok persembahan kat sana hehehe tak pernah lagi tengok tarian masyarakat India macam ni...

    ReplyDelete
  12. Kalau peminat Hindustan memang sonoklah kalau join acara ni. Btw, kita tertanya apa tu tanaman rabi? Rabi tu macam orang2 alim kan? Nanti kita gugel lahh. Kalau ada video best jugak melayan ni.

    ReplyDelete
  13. First time hearing about this festival, it looks really interesting I'll go check it out on their next one think I'll enjoy it.

    ReplyDelete
  14. alaaa kalau tahu ada fiesta macamni mesti dah join. ainy dah lah peminat hindustan. macam best je fiesta ni. ����

    ReplyDelete
  15. Kali pertama tahu pasal Lohri ni. Even sikh pun ada upacara meraikan tanaman erk.. meriah nya.. tak th pulak diaorg buat dekat taman layang2 tu.. klau tahu mmg pergi sebab dekat je.. boleh join sbb nak th lebih cultural dan budaya agama lain..

    ReplyDelete
  16. This is something new for me. Memang sebelum ni tak pernah dengar pun pasal fiesta macam ni. Thank you atas info ni.

    ReplyDelete
  17. I didn't know about this existence... I would have so loved to join.. I could have dragged my family too since the love to watch bollywood everyday.

    ReplyDelete
  18. Didn't know there is this Lohri Fiesta. Wow a look at it and we all know how happening it was. Wow everything there looks so colourful and vibrant. wish I could be part of this.

    ReplyDelete
  19. Super happening here at Lohri Fiesta! Alot of good food and nice happening event here! Would love to be part of this event!

    ReplyDelete
  20. wah. meriah. dapat mengenali budaya bangsa lain. happening sungguh event ni yer. tak sangka ada event macam ni

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.