Movie Review | Escape Room (2019)

Sunday 3 February 2019


Director : Adam Robitel
Writer : Bragi F. Schut
Cast : Taylor Russell, Logan Miller, Jay Ellis, Tyler Labine, Deborah Ann Woll, Nik Dodani
Production Company : Columbia Pictures, Original FilmSony
Distributor : Pictures Releasing
Genre : Psychological / Horror
Running Time : 99 minutes
Release Date :  January 4, 2019 (United States)
Trailer :


Since 2014 ada lebih 2000 Escape Rooms di US, dekat Malaysia baru ada 10 dan yang paling tinggi rating ialah Escape Rooms dekat Times Square. Idk the craze or trends of this game cuma tahu cara nak main kena solve puzzles and riddles, some strength plus with brains and some luck to escape tapi dalam movie ni dia agak creepy sebab escape rooms ni memang makan orang. You solve or you die.

TER mengisahkan tentang 6 orang asing yang berbeza life background dijemput untuk join game Escape Room di tengah bandaraya US. Hadiah agak lumayan bila ditawarkan USD 10,000 bila berjaya keluar dari 5 bilik dengan cabaran yang berbeza. Macam movie Jepun – As The God’s Will kena solve riddles untuk survive.


Bila Zoey (Taylor Russell), Ben (Logan Miller), Jason (Jay Ellis), Mike (Tyler Labine), Amanda (Deborah Ann Woll), Danny Khan (Nik Dodani) dapat kotak hitam dan kad dari The Minos sebagai jemputan ke Escape Room. Bila dah dapat solve kotak hitam, diorang semua dijemput ke bangunan The Minos untuk start game.

Tak sangka masa diorang buat sesi kenal di lobi bangunan tu, game dah pun start. Bila dah penat menunggu, Ben cuba untuk keluar dari lobi untuk pergi merokok tapi tak dapat sebab pemegang pintu dah patah. Turns out, lubang di pintu tu rupanya temperature control. Zoey dapat klu untuk set temperature setinggi 451á´¼c. Bila dia ubah temperature, bilik tu pun berubah jadi microwave. Masing-masing dah menggelupur sebab panas so diorang dah start cari apa-apa klu untuk keluar dari bilik tu.


Well thanks to Zoey, diorang berjaya pergi ke bilik lain tanpa rentung terbakar. Kalau bilik sebelumnya panas, bilik kedua pulak sejuk yang amat sangat dan suhu semakin rendah. Diorang kena cari jalan keluar sebelum otak jadi keliru dan mati disebabkan hyperthermia.

At first masing-masing macam ragu-ragu Escape Rooms ni akan libatkan kematian sebab belum ada lagi yang berani buat macam tu. Bak kata Danny, kalau sampai ada yang mati siapa nak bayar saman dan hadap authorities bagai tapi bila Danny jatuh dalam tasik bila ais merekah dan mati lemas, diorang dah mula cuak dan nak berhenti main. Tapi tak ada siapa pun boleh keluar dari situ melainkan diorang mati masa main.

Escape Room': Six People, One High-Concept Horror Movie, No Exit ...

Tak macam franchise movie The Saw, dalam movie ni tak ada scene yang melibatkan kematian ngeri ataupun task ngeri tapi diorang tetap akan mati jugak lah celah mana pun. Yang datang join Escape Room ni for sure lah ada masalah kewangan sebab masing-masing nak ganjaran sebanyak $10,000. Plot twist movie arahan Adam Robitel ni agak predictable bila libatkan audience psiko dan investors. 

Get out and see 'Escape Room' | Kingman Daily Miner | Kingman, AZ

Memang banyak kali jugak menjerit dalam panggung sebab wujud elemen suspen bila nak cari klu untuk selamatkan diri tu. Makin lama cabaran makin susah dan makin ramai juga peserta yang mati. Cuma tak faham survival method Zoey bila terperangkap dalam bilik yang penuh dengan gas beracun. But who cares anyway, dia mati ke selamat tetap sama jugak. Kenapa cakap macam tu? Sebab jawapan ada dekat ending movie ni hahaha

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.8, 7. Themes +1, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0.4 = 7.7/10

22 comments

  1. Dia mesti nervous je tengok ni.. Aien kalau tengok ni tak reti dok diam, macam kita pulak dalam tu. haha

    ReplyDelete
  2. alaa lemah jiwa tngk citer2 trkejut ni..

    ReplyDelete
  3. Last month mmg planning nak tengkk cerita ni but since my sister is 7 months pregnant, takut dorang tak bagi masuk, so we watch Instant Family instead. Now rasa macam mmg kena tengok cerita ni haha tengok sorang pun takpelah janji dapat tengok 😆

    ReplyDelete
  4. Wow.. banyak juga ye Escape Room dekat US.. Tak sangka dekat Malaysia pun ada.. Kak Sha tahu pasal Escape Room ini dari filem ke drama Korea kalau tak silap.. Mesti stress je tengok dioran selesaikan riddle dengan kuiz tu..

    ReplyDelete
  5. mmg giler laa sapa yg buat game ni hehehe

    ReplyDelete
  6. Saya dah tengok movie. Memang banyak suspen. rasanya saya ada escape room yang version dulu. Tapi itu tak berapa best bagi saya. Yang ini, best bagi saya. Ending yang tak sangka. Kalau movie ni ada sambungan, Saya nak je tengok lagi. hehhee

    ReplyDelete
  7. Sakit perut Lah tgk cerita mcm ni

    ReplyDelete
  8. saya follow sini..

    http://balqis-resepiku.blogspot.com/

    ReplyDelete
  9. Aish, tak best tengok cerita suspense ni. Akak tak kuat dik terkejut-kejut ni..huhu

    ReplyDelete
  10. Lama xtengok wayang nie...dlu tu tiap2 minggu sure bali tiket gsc ... nak pi sorg2 xbest plak haha xlrh huha2 kan... jemput singgah http://sihijo.blogspot.com

    ReplyDelete
  11. Adui, kalau setakat $10,000, kira mati katak laa... Akak mmg nak sgt tengok crita ni, tapi blm ada kesempatan sbb dahulukan crita anak2 dulu. Skrg show time dah limited. Insya-Allah tengok dgn hubby Ahad ni sbb next wk mgkn dah x available lg.

    ReplyDelete
  12. fuyooo klo kite fikir banyak kali da.. seblom join tu.mesti yang datang tu genius kan

    ReplyDelete
  13. mcm belum tgk citer ni, farhana.
    nak kena carik jap.
    aida suka movie gini. tgk dgn anak2.

    ReplyDelete
  14. Nampak cam best jer citer ni...bilalah nak me movie ni..dah lama benar tinggalkan..

    ReplyDelete
  15. lama dah tak MDO , banyak gak filem2 best sekarang ni kan :)

    ReplyDelete
  16. The Saw tu memang ngeri. rating 7.7 tu kira okay lah jugak. boleh tgk :D

    ReplyDelete
  17. uiii macam syok pulak baca review..

    ReplyDelete
  18. mula ingt citer antu..skli bukn..suspen je..hihu..tp yaya xtgok lagi..dgr dari kakak yaya je yg da tgok..ahahha.. =p

    ReplyDelete
  19. Mmg akan tgk cerita ni tp blm bkesempatan. Suka genre yg cmni

    ReplyDelete
  20. suka cerita yang macam ni,

    ReplyDelete
  21. I'm weak at this kind of movie because it would ended up in my dream lol

    ReplyDelete
  22. Belum tengok lagi..nampak mencavar betullah....nice review....rasa nak tengok je ni.huhu

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.