Movie Review : Race 3

Thursday 6 September 2018


Director : Remo D Souza
Writer :  Shiraz Ahmed
Cast : Salman Khan, Jacqueline Fernandez, Bobby Deol, Daisy Shah, Saqeeb Saleem, Anil Kapoor
Production Company : Salman Khan Films, Tips Films
Distributor : Salman Khan Films, Tips Films
Genre : Action/Thriller
Running Time : 160 minutes
Release Date : 15 June 2018
Trailer :


Franchise Race is one of my favourite franchise di Bollywood tapi bila production team decide untuk tukar leading actor dengan director, I’m quite mehhh jugak la sebab dah tahu capability Remo D’Souza bukan dekat movie direction tapi lebih kepada choreograph dance. 


Race 3 mengisahkan tentang Sikander Singh (Salman Khan) yang menjaga business ayah tirinya, Shamsher Singh di kepulauan peribadi Al-Shifah. Di pulau ni satu family Singh menjalankan business senjata api mengikut undang-undang sebagai supply kepada tentera. Dalam masa yang sama, illegally supply senjata api untuk mafia dan kongsi gelap. 


Jadi masalah bila Shamser singh lebihkan Sikander bab business walhal anak kembar dia, Sanjana  (Daisy Shah) dan Suraj (Saqeeb Salim) dapat syer yang kurang berbanding Sikander. Bermula lah bab perebutan harta tapi dengan menggunakan strategi licik yang dimainkan oleh Jessica (Jacqueline Fernandez). Sikander jatuh cinta dengan Jessica di Beijing tapi Jessica menghilangkan diri tanpa berita tapi datang kembali 6 bulan kemudian sebagai teman wanita Yash (Bobby Deol), pengawal peribadi Sikander.


Masalah keluarga, masalah cinta dicampur dengan tugas Shamser beri kepada Sikander untuk mencuri hard disk berteknologi tinggi yang mengandungi rahsia negara India dari bilik rahsia. Sanjana dan Suraj makin menyampah dengan Sikander bila tarikh menandatangan geran. Menyampah jugak dengan Sikander ni sebab orang lain buat kerja berpeluh sana sini, dia menari je tahu. Bila kerja dah settle, Sikander jugak yang dapat nama. Apa benda lah.

Image result for race 3 review

Berbeza dengan plot Race 1 & Race 2, movie Race 3 memang tak ada langsung campur tangan dari pihak polis tapi sepenuhnya dalam family Singh ni sendiri. Kalau familiar dengan plot franchise Race ni, Race memang tak perlukan muscle pun sebab Race ni lebih kepada strategi licik setiap watak. Yang bestnya tengok Race ni memang tak boleh predict plot twist Abbas-Mustan simpan. Dia punya plot twist memang bersepah tapi Remo ni menyanyi je sakan.


Tapi dalam Race 3 banyak guna mucsle, terbang sana sini, belasah sana sini, koyak baju sana sini tapi kepala otak dungu memasing. Dia punya twist pun dah boleh agak. Tiba-tiba nak selitkan mesej persahabatan dan kekeluargaan yang positif lepastu tiba-tiba tukar negatif balik within seconds. Macam mental pun ye jugak.

Image result for race 3 review

Dalam franchise movie Race memang bersepah kereta gempak macam dalam Race 3 ada Ferrari, Lamborghini, Rolls Royce, Bugatti Chiron tapi tak banyak pun scene race dalam movie tu. Ada la sekejap itu pun tiru formation Fast & Furious walhal gempaknya Race 2 bila Mission Impossible ikut stunt dalam Race 2. Nampak tak beza Remo dengan Abbas Mustan?

Bab soundtrack album, lagu dalam movie Race 3 ni memang best nak pulak lagu romantik Selfish tu Salman Khan yang tulis lirik sendiri tapi lagu tema Race - Allah Duhai Hai tak best macam 2 movie sebelum ni. Bab visual, tak impressive mana pun walaupun location cantik but still meaningless to me tambah pulak dengan VFX macam nak mintak penampar. Tapi ada scene Suraj berlawan dengan Jessica tu cantik nak pulak masa masing-masing terbang tu fuhhhh girl power!


Anyway, harap production menyesal teruk dengan keputusan diorang singkirkan Abbas-Mustan dengan Saif Ali Khan dari Race 3 sebab kena kecam teruk dengan netizen even fans Salman sendiri dan pengkritik filem. Race 4 nanti tolong lah tukar director at the very least pun. Kalau masih Remo, memang tak tengok dah lah cerita dia. Sakit jiwa dibuatnya.

1. Team Production +0.3, 2. Visual +0.6, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.2, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.3, 9. Social Message +0.3, 10. Personal Thought +0 = 4.5/10

6 comments

  1. tak pernah tengok race lagi..hehe

    ReplyDelete
  2. Singgah pagi...
    ala..saif xde ek dlm race 3 ni...
    patut kena kekalkan kan...

    Jemput singgah dan isi form dkt blog nieyl :)
    https://seindahcerita.blogspot.com/2018/09/jom-isi-form-contact-korang.html

    ReplyDelete
  3. Saif x de rupanya..he is a great actor. Dalam pembikinan filem, pak director memang memainkan peranan penting..

    ReplyDelete
  4. nampak muda pulak si Salman Khan.. hehe kadang2 tu tengok online macam da tua sangat. lama sangat tau x amek tau pasal Bollywood. kalo tengok pun yang ada tayang kat tv..

    ReplyDelete
  5. Teruja pula nak tengok Race dengan Race 2 lepas baca review Farhana nie.. sebab ada aksi kereta kan.. nantilah nak cari..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.