Movie Review | A Hard Day - Take It to the End (2014)

Tuesday 31 July 2018


Director : Kim Seong-hun
Writer : Kim Seong-hun
Cast : Lee Sun-kyun , Cho Jin-woong, Shin Jung-geun, Jung Man-sik, Shin Dong-mi, Heo Jung-eun,
Production Company : AD406 , Dasepo Club
Distributor : Showbox/Mediaplex
Genre : Crime/Action/Thriller
Running Time : 111 minutes
Release Date :   18 May, 2014 (Cannes), 29 May, 2014 (South Korea)
Trailer :



Movie yang memenangi 18 anugerah di pelbagai award events dalam pelbagai jenis kategori termasuklah Movie Terbaik Pilihan Juri, Pengarah Terbaik, Sinematografi Terbaik, Editing Terbaik, Pelakon Pembantu Terbaik, Pelakon Terbaik dan tercalon dalam kategori-kategori lain.

Mengisahkan tentang Detektif Ko Gun-su (Lee Sun-kyun) terlanggar seorang lelaki di jalanraya selepas mengelak seekor anjing dalam perjalanannya untuk pergi ke majlis pengebumian ibunya. Panik dengan kemalangan tersebut, dia membawa mayat lelaki tersebut masuk ke dalam but kereta dan kebumikan bersama mayat ibunya di Pergunungan Yangja.


Masalah tak berakhir di situ bila dia mula menerima panggilan misteri dari saksi kemalangan (Cho Jin-woong) ditambah pula dengan pencarian polis kerana lelaki yang dilanggarnya ialah seorang pembunuh. Panggilan misteri semakin bertambah bila dia cuba mengelak dan bertambah malang bila terdapat CCTV di kawasan kemalangan pada malam tersebut.

Rakan sekerjanya, Detectif Choi Sang-ho (Jung Man-sik) mula mengesyaki Ko Gun-su kerana perangainya yang aneh dan keretanya yang rosak teruk walaupun Ko pernah beritahu dia terlanggar kereta polis peronda di tepi jalan. Makin kuat syak wasangkanya bila dia mendapat surat saman kereta Ko di kawasan Pergunungan Yangja, tempat yang sama di kawasan rumah pembunuh tersebut.

 

Sementara Detektif Ko mencari siapa lelaki misteri sebagai saksi kejadian, dia juga mencari apa kaitan pembunuh yang dilanggarnya malam tersebut dengan saksi kejadian kerana saksi tersebut inginkan mayat pembunuh walau dengan apa cara sekalipun sehingga sanggup mencederakan keluarga Detektif Ko terutamanya Mina (Heo Jung-eun), anak perempuannya.
   
Tajuk movie A Hard Day ni memang kena sangat dengan situasi Detektif Ko, tak putus masalah yang datang sampai dia tak mampu tenang fikirkan jalan penyelesaian tapi dalam masa yang sama you guys akan terhibur dengan strategi dia terutama scene dia masukkan mayat pembunuh dalam keranda mak dia di rumah mayat. 


Walaupun saspen tapi berdekah tengok nasib dia yang malang dan gagal nak pula bila handphone pembunuh tu berbunyi lepas dia dah paku keranda sampai minta tolong mak dia. Lagi satu scene bila dia dah serahkan mayat pembunuh kepada saksi kejadian bila yang dirancang gagal nak pula bila saksi gigih sangat nak belanja dia makan. Perfect body language from Lee Sun-kyun to portray how cool he wants to be in that moment padahal cuak teruk kalau plan gagal. I just love every reaction he display onscreen.


Although genre movie ni thriller tapi boleh kata 70% berdekah je tengok jalan cerita dia, memang terhibur sangat dengan perangai Detektif Ko dan skuad dia. Action tak lah berapa banyak but some scene are worth to watch macam scene Detektif Ko nak pergi ke pantai jumpa Mina tapi saksi tu datang rumah untuk bunuh dia. Dia tak gunakan senjata pun cuma guna barang yang ada dalam rumah and yupp house is no longer a safe place.


Dalam berdekah tu ada juga menangis bila tengok scene kekejaman saksi kejadian, dia boleh pergi ke tahap macam tu semata untuk selamatkan diri dia. Bagi dia, nyawa manusia tu cuma habuk debu berterbangan di udara je. Setakat nak bunuh orang tu celah gigi je dan yang paling kejam, method pembunuhan dia akan nampak seperti kemalangan. Perfect.


Just like any other Korean movies or dramas, tema A Hard Day juga memaparkan kisah rasuah yang berleluasa dalam institusi polis. Even ending pun tak dapat ubah virus dalam institusi ni so movie ni bukan sebagai medium menyampaikan mesej untuk banteras rasuah tapi nak tunjukkan sejauh mana tahap rasuah dalam institusi yang kononnya penyelamat negara. A bitter cold truth.

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

14 comments

  1. wahhh nama2 besar je yg berlakon ni

    ReplyDelete
  2. Wau..rate 10/10 ni kira best sangat ni. Memang wajib tengok ni

    ReplyDelete
  3. nampak je 18 anugerah.. terus tau yg filem ini mmg wajib tgok! :)

    https://aerillhassan.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. terima kasih :)
    http://ejulz.blogspot.com/2018/08/senarai-pengomen-tegar-jun-2018.html

    ReplyDelete
  5. Hai Ana. Awak memang top commentators. Nanti wasap akk utk confirmkan no utk hadiah topup eh. Btw, Congrats

    http://ciklapunyabelog.blogspot.com/2018/08/top-commentators-julai-2018.html?m=1

    ReplyDelete
  6. jarang da tgok citer korea ni..tp sinopsis mcm menarik...

    ReplyDelete
  7. Macam best je cerita suspen macam ni.. 😍

    ReplyDelete
  8. waaa... yang ini nampak gayanya memang kena tengokkk... zassss

    ReplyDelete
  9. Tengok dah filem ini memang kelakar sangat walhal cerita aksi.. kikiki..

    ReplyDelete
  10. Wah, sangat menarik... Hari tu ada jumpa dalam movieonline tapi tak ada masa tengok lagi...

    ReplyDelete
  11. Movie ni tak tengo lagi.. Bolehlah tengok nanti..

    ReplyDelete

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di farhannajafri@gmail.com.




[PENAFIAN] www.farhanajafri.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.



Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.



Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.