Thursday, 25 January 2018

#SolidarityWithKarim

Trend #SolidarityWithKarim dengan gambar tutup sebelah mata dengan tapak tangan menjadi viral di social media di seluruh negara seperti Malaysia, UK, US, Pakistan, Jepun dan juga Korea sejak akhir-akhir ini.

 


Siapa Karim?

Karim Abdallah ialah bayi Syria yang berusia 2 bulan ketika pasaraya di kawasan Hammuriya dibom oleh tentera dalam satu serangan udara pada tarikh 29 Oktober 2017 menyebabkan hilangnya sebelah mata dan tengkorak kepalanya pecah. Ibu Karim meninggal dalam serangan tersebut. 

Kerosakan mata dan tengkorak kepala Karim mungkin akan memberi kesan jangka masa panjang kerana bahagian depan otak memainkan peranan untuk menyimpan memori dan kecerdikan manusia. Sebelah lagi mata Karim mungkin akan dibuang jika tidak dirawat tapi keadaan Karim hanya mampu dirawat jika mendapat rawatan dari luar kawasan Syria.  



Trend #SolidarityWithKarim

Trend ini untuk memberitahu kepada seluruh dunia tentang nasib Karim secara tak langsung nasib kanak-kanak di Syria yang ditindas tanpa sifat keperimanusiaan sejak tahun 2011 yang telah mengorbankan 340,000 orang kanak-kanak.

"The goal of the campaign is to... bring to the world the voice of this baby, who lost his eye and his mother,"- Photographer Almohibany. 

Kepada yang membaca entri ni sebarkan hashtag #SolidarityWithKarim di semua platform socmed yang ada supaya makin ramai yang tahu dan makin ramai yang bersatu menjadi mata & suara salah satu keganasan dunia.

10 comments:

  1. Yup, betul! Terima kasih kongsi. Kita kena teruskan sokongan! #solidaritywithkarim

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar! kesiann nya 😭 sedih betul tgok anak-anak tak berdosa kena macam ni. huhu btw nama sis kena tag dalam ni :) baca tauu http://abeautybutabeast.blogspot.com/2018/01/segmen-blogwalking-by-miss-kepeng.html

    ReplyDelete
  3. Allahuakbar...kesiannya..
    tq for sharing.

    ReplyDelete
  4. alaa sedihnya tengok muka dia :( muka suci yang tak berdosa pun. #solidaritywithkarim

    ReplyDelete
  5. ya Allah... thank you for sharing sister.

    #solidaritywithkarim

    ReplyDelete
  6. Allahu akbar.. kesiannya Baby ni :(

    ReplyDelete
  7. sama sama doakan satu hari nasib mereka akan terbela ;')

    ReplyDelete
  8. Allahurabbi..semoga nasib saudara kita di sana selamat bawah lindungan Allah..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...