Mee Bandung Odeon Rempah Warisan Menyengat!

By farhanna jafri - 07:41

Salah satu makanan kegemaran dalam hidup ni ialah mee bandung so back then masa belajar dekat Johor memang bahagia lah makan mee bandung. I'm not a mee kuning lover but I had exception on mee bandung and mee goreng mamak since it can never be replaced with bihun or kuey tiaw and not even su'un. 

Bila dah balik ke Sabak Bernam memang susah lah nak cari mee bandung sebab Sabak Bernam famous dengan mee udang ataupun mee jawa je. Kadang tu rasa nak pecut pergi Johor je nak makan mee bandung punya pasal. Tapi tu lah, rasa je lah, buatnya tak pun sebab busy dengan kerja. Mana sempat nak buat idea gila. Simpan diam-diam je rasa kempunan tu. 

But thank God, terjumpa pes Mee Bandung jenama Odeon dari Rempah Warisan ni. Kalau ikutkan sejarah, Mee Bandung Rempah Warisan ni dah wujud sejak tahun 70-an lagi. Resipi Mee Bandung Rempah Warisan ni diambil dari resipi Mee Bandung Pak Man Gemok 'Odeon' Batu Pahat. Nama Odeon ni sebenarnya nama panggung wayang Odeon yang dekat dengan gerai Mee Bandung Pak Man di Jalan Jenang berhampiran dengan Garden Hotel di Batu Pahat. Sekarang ni waris Pak Man pula yang berniaga Mee Bandung di Taman Nira, Batu Pahat.


Tak dapat nak pergi ke kedai mee bandung, dapat pes pun dah cukup bersyukur nak hilangkan kempunan. Pes pulak tinggal campak masuk dalam kuali je pastu campak mee kuning, tuang ai rebusan tulang ataupun daging pastu campak bahan-bahan lain. Dah lah senang nak masak, sedap pulak tu nak makan. Yang bestnya lagi pes mee bandung ni kalau taknak mee bandung tapi nak mee rebus ataupun mee goreng biasa pun boleh guna pes ni. 3 in 1 baq hangggg. Jimat duit, jimat masa. 

Related image

Satu pek pes mee bandung Odeon ni dijual dengan harga RM 6.50 untuk hidangan 3-4 orang. Satu pek ni tahan selama 3 bulan so kalau nak order awal untuk buat event atau majlis makan-makan pun takde hal. Delivery akan dibuat selepas 3 hari pembayaran. 

Bukan setakat tempahan pes je, kalau ada pengusaha restoran/warung/gerai makan, food truck, ataupun yang buat food delivery service nak jadi rakan niaga pun boleh juga tau. Jangan risau dengan modal sebab boleh ambil pes ni dulu, bayar kemudian. Kalau rugi tak perlu bayar balik pun baki pes yang dah diambil untuk mula berniaga. Cun tak cun? On tak on? Kalau berminat, boleh klik DI SINI untuk pendaftaran sebagai rakan niaga ataupun untuk order pes Mee Bandung Odeon Rempah Warisan ni. 

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Wow dah lama ye odeon ni. Mama X penah Cuba lagi la.. mesti sedap ni

    ReplyDelete
  2. Huih.. Menarik nie.. Pakai pes je dah boleh masak sedap..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi komen :)