Sekitar Majlis Pelancaran Serum Encorium, Bangsar South

Saturday 6 May 2023

 

Jarang tau nak pergi event untuk niche beauty tapi sebab Kak Atie ajak join, I pun jejakkan kaki dekat Bangsar South. Sebab dekat sini tak ada public transport terpaksa guna Grab dari rumah. Malas nak drive sebab kawasan Bangsar kan sesak. Tapi macam menyesal gak tak drive masa tu sebab kawasan ni tak lah sesesak yang disangka. 

Sampai je dekat sini terus pergi ke meja pendaftaran, nampak nama Kak Atie dekat situ. Tebalkan telinga je kalau dia membebel sebab datang lambat haha salah bajet waktu. Cenggitu lah orang bujang kan. Ikut suka je nak bangun pukul berapa. Event tak start lagi tapi tak syok lah senior sampai dulu haa gittew.


Masa daftar nampak nama Iman Tapir, one of twtfamous yang I kenal, ada masa I interact juga dengan dia. Tanya staff dekat situ dia tak kenal pula yang mana satu. Sedih lah tak dapat tengok siapa orangnya padahal I dah kenal lama. 


Knowing Kak Atie of course riuh la bila greet dia. Happy lah jumpa lepas bertahun tak lepak sekali. Dekat meja tu ada Zehan Ilyana, instafamous untuk niche beauty, Kak Shamiera, blogger niche lifestyle. It was my first time meeting them walaupun I selalu je nampak Kak Shamiera dekat alam maya tapi tak pernah jumpa dalam satu event yang sama since kitorang berbeza niche. 

Duduk sebelah Zehan rasa meriah jugak sebab kejap kejap ada orang datang tegur dia. I langsung tak kenal Zehan siapa sebab I tak follow sangat instafamous ataupun beauty niche content creator. Bila dah kenal terus follow IG dengan Twitter. Sementara tunggu event start banyak lah juga kitorang borak dan bergosip. 


The event was so simple sebab product launching je. Beauty product Encorium pula baru saja masuk pasaran jadi tak banyak sangat aktiviti yang disediakan untuk guest. The founder was bubbly and kind, seronok dengar dia cerita pengalaman dia sepanjang hasilkan Encorium. You guys can read abouth Encorium in HERE

But still dalam masa satu jam lebih tu I dapat belajar banyak tentang vitamin C dan semua jenis bahan yang ada dalam serum Encorium. Since I bukan beauty blogger, most of the time mengangguk je sebab tak banyak ilmu untuk bidang ni. 


Habis sesi penerangan dari founder Cynthia Lee dan pegawai perubatan kesihatan keluarga Dr Amanda binti Elli, ada sesi potong kek yang ditempah khas untuk majlis pelancaran ni. But don't ask me how was the cake sebab I rasa staff je yang dapat ni. Kek tu cantik sebab ikut tema majlis. 




Setiap tetamu yang datang akan dapat pouch bag encorium dengan promo voucher dengan diskaun sebanyak 50% untuk serum Encorium. Sesi terakhir ialah sesi soal jawab tapi I malas nak menjawab walaupun tahu jawapan. Tengok je lah orang lain jawab lepastu menang hadiah serum Encorium. Lepas habis semua aktiviti, ada jamuan makan tengahari yang ditaja oleh Kubis and Kale. 


Tak banyak pilihan pun dekat restoran vegan ni tapi ambil je lah apa yang nampak macam boleh ditelan. Sudahnya tak berjaya habiskan. Sebagai tekak Melayu tegar, this is a no no. Sambil menyembang dan makan tu sambil berkenalan dengan Instagram content creator, Aqalili Azizan. Rancak kitorang menyembang sebab topik pasal TREASURE. 

Actually tujuan asal datang ke event ni sebab nak ambil box TREASURE x emart hshshs. Punya lah simpan cerita ni sampai collaboration dah nak habis baru share dekat sini. I nampak post kak Atie untuk emart terus tanya pasal kotak. Cun lah Kak Atie tak pakai pun kotak ni sebab PR box je lagipun dia tak layan Kpop. 


Kotak TREASURE ni besar tau, lepas habis event I jalan-jalan dekat One Utama sampai lenguh tangan nak pegang. Tapi kosser nak layan lenguh tu sebab happy punya pasal boleh dapat kotak limited edition. 

Sebelum balik, kitorang bergambar sebagai kenangan join event Encorium ni. Ni yang syok kalau join event sebab dapat kenal ramai blogger lain. Lepastu dapat exchange job dengan diorang hshshs

'Kak Atie, kalau ada job berbayar ke tak berbayar, roger roger je tau!'



Anyway thanks Encorium for the invitation and warm gesture. Wishing you guys all the best in beauty market. It was nice meeting you guys ;)

Movie Review | U-Turn (2023)


Director: Arif Khan
Writer: Parvez Sheikh, Radhika Anand
Cast : Alaya F, Priyanshu Painyuli, Aashim Gulati, Manu Rishi, Shreedhar Dubey, Apoorva Suman, Tariq Mir, Priyanka Arya
Production Company: Balaji Telefilms
Distributor: ZEE5
Genre: Horror / Mystery / Thriller
Running Time : 101 minutes
Release Date : 28 April 2023
Trailer :


Remake ketujuh dari filem asal Kannada dengan tajuk yang sama, U-Turn (2016) arahan Pawan Kumar mengisahkan tentang pengguna jalanraya yang membuat U-Turn secara haram dan mengakibatkan kemalangan. 

Kerana pihak polis tidak mengambil sebarang tindakan, Radhika (Alaya F) menyiasat kes ini dengan meminta bantuan gelandangan yang mencatit semua nombor plat pesalah laku tersebut. Radhika bekerjasama dengan pegawai trafik bernama Harry (Surinder Arora) untuk mendapatkan alamat mereka kemudian buat soal siasat. 


Kerana kelibat Radhika berada di apartment kepunyaan Deepak beberapa jam sebelum dia meninggal, Radhika ditahan sebagai suspek untuk kes bunuh. Inspektor Arjun (Priyanshu Painyuli) dapat tahu tentang penyiasatan Radhika kerana dari situ dia dapat sahkan pertalian kesemua individu yang membuat U-Turn di situ akhirnya meninggal dalam keadaan misteri. Kesemua kes ditutup sebagai kes bunuh diri. 

Sebelum ni dah pernah tengok filem U-Turn (2020) yang dibikin semula oleh Filipina tapi jalan cerita tak sama pun dengan U-Turn Bollywood version. Ada banyak jalan cerita yang diubah seperti kematian adik Radhika, Raghav (Dev Dembla), lokasi jalan untuk U-Turn dan paling utama genre naskhah yang menggunakan kisah seram. 


Kalau ikut kualiti skrip, remake Filipina tu lebih menarik sebab tempat untuk U-Turn tu di kawasan yang jauh sikit dari jalan utama jadi polis buat tak endah bila ada kemalangan. Dalam Bollywood version ni dekat jalan utama, ada CCTV yang clear, lampu jalan pun terang tapi polis buat tak tahu walhal ramai dah jadi mangsa. 

First half U-Turn arahan Arif Khan dah menarik dengan kisah penyiasatan Radhika dan bergabung tenaga juga resources dengan Inspektor Arjun tapi bila masuk second half skrip dah mula merepek. Dari genre seram tiba-tiba bertukar jadi thriller tanpa logik yang kukuh. Bukannya semakin terjawab persoalan tapi makin banyak pula persoalan yang timbul. 


Sebelum tu Radhika pelik kenapa kemalangan Sunita tak publish dekat news tapi terang-terang nampak ada lelaki bakar keratan akhbar tentang kemalangan tu. Motif sangat dia bakar sebab polis ada arkib kes kemalangan, just matter of time je untuk Inspektor Arjun jumpa. Kelakar juga lah tak ada siapa yang tahu latar belakang suami Sunita sedangkan ramai yang nampak kemalangan tu unless ada watak yang bagitahu secara terperinci tentang watak antagonis tu. 

Latar masa berkecamuk dalam filem U-Turn ni sebab Radhika kata dia cuma journalist intern tapi 1 tahun sebelumnya, dia dah ada dekat situ. Lama betul kau intern dik non. Babak seram pun tak banyak diketengahkan sebab penulis dan pengarah lebih fokus pada rasa bersalah Radhika terhadap Raghav. Macam mana antagonis ada akses untuk bahan kimia pun mengelirukan juga sebab kalau aset kerajaan ni ada registry untuk setiap bahan. 


Pace filem U-Turn agak laju sebab banyak plot yang pengarah nak letak dalam filem berdurasi 101 minit ni. Music score dari Ketan Sodha membantu menghadirkan suasana seram pada beberapa babak. Kalau penulis stick dengan genre seram, mungkin filem U-Turn Bollywood lebih menarik untuk ditonton sebab lakonan Alaya F bagus dalam karakter Radhika yang rebellious dan berani. Walaupun ada kekurangan, itu terletak pada penulis yang tak mampu kembangkan cerita dengan baik. Lakonan Priyanshu dan Rajesh sharma juga tersia akibat skrip yang lemah. 


Sama macam filem U-Turn yang lain, mesej sosial yang diketengahkan masih kuat dalam remake terbaru terbitan Balaji Telefilms ni di mana pesalah laku jalanraya perlu dapat hukuman berat kerana mengakibatkan kemalangan. Ubah sikit sahaja macam blocks dekat tengah jalan raya, akan mengundang musibah yang besar. Walaupun filem ni gagal sebagai sebuah naskhah yang menghiburkan tapi mesej tu sampai. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.3 = 5.7/10

Movie Review | Evil Dead Rise (2023)


Director: Lee Cronin 
Writer: Lee Cronin
Cast: Lily Sullivan, Alyssa Sutherland, Morgan Davies, Gabrielle Echols, Nell Fisher 
Production Companies: New Line Cinema, Renaissance Pictures, Pacific Renaissance, Wild Atlantic Pictures
Distributor: Warner Bros. Pictures
Genre: Supernatural / Horror
Running Time : 97 minutes
Release Date : 15 March 2023 (SXSW), 21 April 2023 (United States)
Trailer :


Installment kelima franchise Evil Dead selepas filem Evil Dead (2013), Army of Darkness (1992) dan drama Ash vs Evil Dead (2015–2018), Evil Dead Rise arahan Lee Cronin ditayangkan di SXSW dan pawagam. Asalnya filem Evil Dead Rise cuma akan ditayangkan di HBO Max tapi produser nampak potential untuk dapat kutipan tinggi di pawagam. 

Naskhah seram supernatural ini membawa kepada sebuah keluarga yang tinggal di sebuah apartment lama di Los Angeles. Kerana gempa bumi dengan magnitude sekuat 5.5, sebuah bilik kebal bank lama yang terletak di kawasan basement parking apartment tersebut mempunyai jalan masuk. 


Danny (Morgan Davies) mencari sesuatu yang boleh dijual sebagai barangan antik lalu dia terjumpa 3 phonograph records yang dinamakan Naturom Demonto dari tahun 1923 dan buku aneh yang disimpan dalam keranda batu. Buku aneh yang tebal tersebut secara tak sengaja dibuka dengan beberapa titis darah kepunyaan Danny. Bridget (Gabrielle Echols) larang Danny discover buku tersebut kerana isinya penuh dengan lukisan ngeri. Jangankan baca, ambil pun dah dilarang sebelumnya tapi Danny tetap berdegil. 

Tak dapat selak buku, Danny pasang rekod vinyl Naturom Demonto pula. Kedengaran suara paderi menceritakan tentang Book of Death yang membawa roh jahat dari neraka datang ke alam hidup. Kerana bacaan mantera tersebut, ibunya Ellie (Alyssa Sutherland) dirasuk semasa turun ke basement. Ellie pulang ke rumah dalam keadaan tulang yang patah dan tak mampu untuk berdiri dengan tegak. 


Dia menuju ke dapur untuk masak sambil mengomel bagaimana dia ingin membunuh kesemua anak-anaknya. Bridget dan Danny tahu apa yang terjadi pada Eliie kerana fizikalnya mirip seperti dalam lukisan buku aneh tersebut. 

Masa tengok filem Evil Dead Rise ni tak tahu pun ini adalah installment kelima tapi tak ada masalah pun sebab filem ni macam stand alone, cuma ceritakan macam mana keluarga ni diganggu oleh roh jahat. Sebab seorang, habis semua orang jadi mangsa. Kekuatan pada Evil Dead Rise adalah pada cara hantu membunuh mangsa sebab roh jahat ni ganas. Boleh kata gore tapi tak lah ekstrem sangat pun, setakat cabut tangan, cabut mata dan bergelen darah. Pengarah tak tunjuk dengan detail macam mana Ellie robek perut jiran sampai terburai isi perut. Hantu pun hujungnya jadi hantu CGI dan prosthetic makeup. Kudos to Alyssa sebab muka dia seram sangat sepanjang dirasuk. Masa dia berdiri depan pintu cuba pujuk anak bongsu dia, masa dia keluar dari tub mandi ataupun masa dia serang Beth (Lily Sullivan) dalam bilik. 


Mana-mana cerita seram pun akan menentang logik dan sama juga macam Evil Dead Rise ni sebab tingkat 14 je yang kena serang dengan hantu tapi penduduk tingkat lain boleh hidup aman walaupun baru lepas dilanda gempa bumi. Buktinya pada watak Jessica yang tidur nyenyak. Kenapa hantu ni attack manusia, mungkin sebab bosan dekat neraka sebab kebanyakan dialog dia cakap si polan tunggu dekat neraka. Semua orang pun pergi neraka, it just matter of time je. 

Masa Beth tendang raksasa masuk dalam grinder tu pun tak logik bila yang keluar dari corong atas tu cuma darah sedangkan ada tulang dan daging. Masa Ellie kokak mata Jake (Billy Reynolds-McCarthy) tu mata je yang tercabut padahal ada tulang soket dekat situ. Macam mana boleh dapat bebola mata tanpa terkoyak pun daging dekat bahagian tu. Realistik lah sikit. 


Tak boleh nak connect dengan filem ni sebab elemen saspen tak menjadi. Kebanyakannya macam try hard untuk wujudkan rasa saspen tu sampai kita mengeluh cepat lah habis. Draggy moments tu buatkan kita penat sampai hilang fokus. Keluarga Ellie pun macam ada dendam lama sesama sendiri. Bila watak sekian mati, tak ada pun yang sedih beria. Even Kassie (Nell Fisher) yang dimanjakan oleh semua orang tu pun tak rasa sedih bila tengok family members dia dirasuk. 

Selalunya penulis guna keluarga untuk paparkan kasih sayang mendalam tapi filem ni gagal sepenuhnya untuk elemen tu tapi gigih nak tunjuk gambar keluarga dekat kunci kepunyaan Ellie. Baik guna watak sekumpulan remaja tinggal di apartment lama sebab dah tahu bonding tu biasa je. Macam watak Jessica, Caleb dengan Teresa dekat hutan tu, masing-masing buat hal sendiri sebab baru kenal. Nak tolong pun tak beria bila one of them dirasuk roh jahat tu. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 5.8/10

Movie Review | Tu Jhoothi Main Makkaar (2023)

Thursday 4 May 2023


Director: Luv Ranjan
Writer: Rahul Mody, Luv Ranjan 
Cast:  Ranbir Kapoor, Shraddha Kapoor, Dimple Kapadia, Anubhav Singh Bassi, Boney Kapoor, Hasleen Kaur, Amber Rana, Monica Chaudhary, Inayat Verma, Jatinder Kaur, Rajesh Jais, Ayesha Raza Mishra
Production Companies: Luv Films, T-Series Films  
Distributors: Yash Raj Films, Netflix 
Genre: Romantic / Comedy  
Running Time: 164 minutes
Release Date: 8 March 2023
Trailer :


Rohan "Mickey" Arora (Ranbir Kapoor) dibesarkan dalam keluarga berada dan menggunakan resources dia untuk membantu pasangan yang ingin keluar dari hubungan cinta tapi stuck. Semua maklumat akan dikumpul dan team Mickey akan bantu individu tersebut putus cinta. Tapi tak semua orang akan jadi kliennya kerana dia tak akan berurusan dengan individu yang menganggap khidmat dia sebagai safe net untuk mainkan perasan orang lain. 

Semasa bercuti di Sepanyol untuk bachelor trip kawan baiknya, Daabas (Anubhav Singh Bassi) dan Kinchi (Monica Chaudhary), Mickey jatuh cinta dengan Nisha "Tinni" Malhotra (Shraddha Kapoor). Mereka berdua setuju untuk commit dalam relationship kemudiannya bertunang dan bakal berkahwin. Sementara Mickey bahagia dengan personal matters dia, Tinni pula hubungi konsultan putus cinta untuk keluar dari relationship mereka berdua tanpa sedar yang konsultan tersebut adalah kekasihnya sendiri. 


Siapa sangka, hobi Mickey yang dianggap seni kehidupan tu makan diri sendiri? Mickey kecewa bila Tinni tak pernah langsung tunjuk riak tak suka dengan sesuatu perkara, tak pernah bergaduh, tak pernah langsung mengeluh. Daabas nasihatkan supaya Mickey confront Tinni tapi Mickey berdegil untuk play along sampai dia tahu alasan Tinni untuk berpisah. 

Dah lama sejak pengarah dan penulis Luv Ranjan hasilkan naskhah romantic comedy selepas filem Sonu Ke Titu Ki Sweety) yang melonjakkan nama dan status Kartik Aryaan di Bollywood. Kali ni Luv Ranjan kembali dengan watak con man Mickey jatuh cinta dengan penipu seperti Tinni dalam filem Tu Jhoothi Main Makkar. Comeback yang tepat masanya kerana Bollywood dah lama tak ada filem rom-com yang menarik. Ranbir Kapoor juga dah lama tak berlakon dalam avatar hot bachelor. 


Bukan saja sinematografi yang menggunakan lokasi cantik seperti Sepanyol, Mauritius dan beberapa tempat di Mumbai, music score hasil gubahan dari Pritam menampilkan beberapa lagu yang catchy dan solid. Kalau lagu Tere Pyaar Mein nyanyian Arijit Singh paparkan kisah cinta Mickey dan Tinni, lagu Pyaar Hota Kayi Baar pula kukuhkan pesona con man Mickey. Lagu O Bedardeya mantap sebagai lagu patah hati juga dinyanyikan oleh Arijit Singh. 



Sepatutnya filem Tu Jhoothi Main Makkar dilakonkan oleh Deepika Padukone sebab dia ada best chemistry dengan Ranbir Kapoor tapi disebabkan kontroversi #MeToo, terpaksa lah dia tarik diri. Bukan sebab Deepika ada kes gangguan seksual tapi sebab Luv Ranjan yang ada kes tersebut dan Deepika pernah bagitahu dia tak akan bekerja dengan sesiapa yang terlibat dengan kes #MeToo. But nevertheless, Shraddha Kapoor perfect sebagai Tinni. Chemistry level bagus, dapat pula tengok fresh pairing di Bollywood. Boleh nampak lakonan Shraddha dah improved banyak dalam filem ni. Tak pasti lah kalau improved sebab guidance dari Luv Ranjan ataupun dia memang dah semakin bagus. Whatever it is, I’m happy watching her as Tinni.


Lakonan Ranbir pula buatkan I teringat pada Kartik Aaryan yang debut sebagai Rajjo dalam Pyaar Ka Punchnama (2011), berlakon watak Gogo dalam Pyaar Ka Punchnama 2 (2011) dan Sonu dalam filem Sonu Ke Titu Ki Sweety. Gaya sama, comic timing pun sama, cara deliver dialogue pun sama. Mungkin selama ni ketiga-tiga watak tu bukan cara lakonan Kartik tapi sebenarnya muse atau altar ego Luv Ranjan. 

Tak lah kata tak suka cuma dah terbiasa tengok Kartik, jadi teringat-ingat dekat dia. Tak sangka pulak Luv Ranjan bawa masuk Kartik Aaryan dengan Nushrat Bharuccha sebagai cameo dalam filem ni. Happy teruk tengok pelakon-pelakon kesayangan Luv Ranjan datang dengan few tributes dari filem-filem sebelumnya. Babak Mickey, Tinni dengan Rahul menyembang pasal star couple tu kelakar. Memang lah TiHul tak kenal siapa Ralia sebab nama gabungan Ranbir dengan Alia = RanLia. But still it's cute that Ranbir and Alia acknowledge that name. 


Baik pelakon utama mahupun pelakon sampingan kesemuanya lakonkan watak masing-masing dengan baik kecuali ayah Mickey. Tak faham kenapa Luv Ranjan bawa masuk Boney Kapoor yang tak pandai berlakon. Nak deliver dialogue pun tak mampu, apatah lagi bagi reaksi sedih. Memang terhad sangat screentime dia dalam filem ni padahal filem Tu Jhoothi Main Makkar bertemakan keluarga juga. Patutnya ambil pelakon lain yang lebih berbakat sebab watak si ayah penting juga dalam filem ni tapi jadi tak seronok gara-gara terbatasnya kebolehan Boney. 


Apart from that, I puas hati sangat layan Tu Jhoothi Main Makkar lepas sekian lama tak dapat layan filem rom-com yang menarik dari Bollywood. Seronok dapat tengok leading stars bercinta, menyanyi, menari, ada konflik lepastu get back balik. Though it sounds cliché but some parts are exceptional. Keunikan naskhah Luv Ranjan terletak pada kebolehan dia sebagai pengarah yang buat filem dari point of view lelaki dalam perhubungan. Dalam filem Tu Jhoothi Main Makkar, dari pov Mickey, si spoiled brat yang dikelilingi oleh wanita berdikari. Berdekah tengok keluarga Arora bertekak siapa punca Tinni minta putus. No wonder lah masuk Rs200cr club kalau komedi segar dan connect dengan penonton. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.8/10

Director: Jung Yoon-Soo
Writer: Jung Yoon-Soo  
Cast: Lee Yi Kyung, Chae Seo Jin, Park Geon Il, Jung Young-joo
Production Companies: Special Movie City, K-Dragon   
Distributor: N/A
Genre : Romance / Fantasy
Running Time : 103 minutes
Release Date : 17 November 2022 
Trailer :


“As you go through life, you experience lots of different things, but who could have guessed that I’d get lost in the woods in the dead of night while wearing a wedding dress?” – Nam Goong-yoon

Lepas 3 tahun bercinta, Nam Goong-yoon (Chae Seo-jin) bakal berkahwin dengan kekasih hatinya, Ahn Tae-young (Lee Yi-kyung). Majlis perkahwinan kecil saja dengan kehadiran rakan sekerja dan teman baik namun tak ada siapa pun yang sangka pengantin lelaki tak muncul. Puas Goong-yoon cari tapi tak jumpa. CCTV terakhir cuma nampak kelibat Tae-young naik teksi pada malam sebelum hari perkahwinan mereka. 


Walaupun Goong-yoon adalah polis yang sentiasa menjaga kawasan pulau kecil tersebut tapi dia langsung tak tahu ke mana bakal suaminya menghilangkan diri. Tak ada langsung hint yang tunjuk something fishy atau ada sesuatu yang tak kena pada Tae-young. Dia juga yang kata kalau dia suka, dia akan setia dan jaga dengan baik. 

Nasib baik Goong-yoon ada install couple’s app untuk track lokasi Tae-young. Dia pergi ke lokasi tersebut dan terkejut kerana kewujudan sebuah café sedangkan selama dia bekerja di situ, tak pernah pula dia nampak café tersebut. 


Pemilik kafe (Shin Joo-hwan) bagitahu yang kafe miliknya hanya dibuka bermula tengah malam sehinggalah waktu subuh. Makin terkejut bila Goong-yoon nampak Tae-young yang bekerja separuh masa di situ. Anehnya, Tae-young yang dilihat bukanlah Tae-young yang dia kenal. Lelaki tersebut tampak lebih muda dengan rambut panjang dan bandana. Masa untuk setiap pelanggan yang datang ke kafe tersebut juga berbeza. Kalau Goong-yoon datang pada masa 2019, Tae-young pula pada tahun 2016, ada pula pelanggan yang berada di zaman penjajahan. 

Tak pernah tengok Lee Yi-kyung dalam karakter yang serious dan romantik macam watak Ahn Tae-young ni. Chemistry dia dengan Cha Seo-jin yang menguatkan lagi perjalanan kisah cinta misteri dan fantasi antara pegawai polis dan chef restoran ni. Perbezaan yang ketara tapi kuatnya cinta mereka berdua sampai kita pun jadi pelik kenapa Ahn Tae-young larikan diri pada hari perkahwinan mereka. Takkan lah sebab Kim Kyung-jang (Park Geon Il) suruh nyanyi dekat majlis, dia terus cuak? Misteri tu disimpan rapi sehinggalah ke hujung cerita. 


Selain kisah cinta mereka, ada juga sub-plot yang fokus kepada hubungan Nam Goong-yoon dengan ibunya (Jung Young-joo) apabila keduanya bertelagah sejak Seo-jin habis sekolah. Asalnya dia menyimpan hasrat untuk menjadi pegawai tentera laut namun disebabkan tilikan ibunya, impian tu terpaksa dibuang jauh. Kerana impian tu juga dia sering mengungkit dan jarang menjenguk si ibu. 

Filem Café Midnight: Missing Honey adalah sekuel kepada filem istimewa, Café Midnight (2020) atau boleh kata naskhah ni adalah installment kedua kepada franchise kafe misteri yang mempunyai Irish Coffee sebagai signature drink. Tak pasti apa istimewanya kopi tersebut sebab pemilik kafe tak bercerita sangat tentang kafe mahupun kopi. Dia hanya membantu tetamu jemputannya untuk bertemu atau menghargai insan di dalam hidup mereka. Menarik tau konsep ni sampai I tertarik untuk tengok yang pertama dan berharap untuk installment ketiga. 



Sinematografi untuk filem Café Midnight: Missing Honey pun cantik ditambah dengan kecantikan kawasan yang terletak di Busan. Sesuai lah dengan konsep kisah cinta santai dan fantasi. Suka tengok restoran Ahn Tae-young dan rumah dia sebab kreatif cara dia gunakan ruang walaupun terhad. Sesuai lah dengan watak dia yang berjiwa seni. Istimewa juga untuk filem ni, Lee Yi-kyung menyanyi guna suara sendiri. Lagu pun romantik sangat. Recommended to watch!

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10

Drama Review | Crash Course in Romance (2023)

Wednesday 3 May 2023


Director: Yoo Je-won
Writer: Yang Hee-seung
Cast: Jeon Do-yeon, Jung Kyung-ho, Shin Jae-Ha, Roh Yoon-seo, Lee Bong-ryun, Kim Da-Hwin, Jang Young-nam, Oh Eui-sik, Lee Chae-min, Kim Tae-jung, Kim Sun-young, Bae Hae-sun
Production Company: Studio Dragon
Distributor: tvN, Netflix
Genre: Romantic / Comedy 
Running Episodes: 16 episodes (70 minutes per episode)
Release Date : 14 January – 5 March 2023
Trailer :


Naskhah terbaru arahan pengarah Yoo Je-won yang bertemakan sistem pendidikan di Seoul, Korea terbitan studio Dragon ditayangkan di Netflix selepas drama Hometown Cha-Cha-Cha (2021). Drama Crash Course in Romance mengangkat kisah percintaan antara guru subjek Matematik yang terkenal, Choi Chi-yeol (Jung Kyung-ho) bersama Nam Haeng-seon (Jeon Do-yeon). 

Choi Chi-yeol mempunyai nama jolokan ‘The Three Trillion Man’ kerana popularitinya di akademi pendidikan The Pride. Kebanyakan ibu bapa sanggup menghabiskan masa mendaftarkan anak-anak mereka dalam kelas Choi Chi-yeol. Beratur setiap pagi untuk dapat 100 tempat duduk kemudian beratur pula untuk berebut tempat duduk di bahagian hadapan. Kebanyakan pelajar yang join kelas tambahan Choi Chi-yeol akan dapat jawab soalan peperiksaan dengan mudah sekaligus mendapat markah tinggi.

 
Walaupun Choi Chi-yeol mempunyai wang dan populariti namun hidup dia kosong. Tak mampu tidur nyenyak, tak boleh makan dan sentiasa dihantui oleh rasa bersalah. Sehinggalah dia makan makanan dari kedai banchan milik Nam Haeng-seon. Kebetulan pemilik kedai tersebut mempunyai anak remaja perempuan, Nam Hae-yi (Roh Yoon-seo) yang belajar dalam kelas tambahan Choi Chi-yeol. 

Drama Crash Course in Romance agak berbeza dengan drama cinta yang lain sebab ketengahkan pasangan berumur 40-an dengan masalah hidup yang berbeza. Of course, penulis tak lari dari konsep damsel in distress tapi okay lah nak layan sebab tak cringe sangat. Kisah cinta Choi Chi-yeol dengan Nam Haeng-seon pun tak banyak sangat means pengarah letak dalam 2 hingga 3 episod je untuk masalah cinta diorang. 


Episod lain banyak tonjolkan keadaan sistem pendidikan yang dimonopoli oleh keluarga berada. Ada yang sanggup berpakat dengan pihak akademi untuk singkirkan pelajar sekian sekian supaya anak dia dapat tempat dalam akademi. Bukan ibu bapa saja yang bersaing, tenaga pengajar pun tak jauh beza guna taktik kotor untuk tutup periuk nasi orang. 

Drama Crash Course in Romance juga mempunyai misteri dan thriller kerana kisah silam Choi chi-yeol dan juga obsesi kepada selebriti. Sedia maklum lah tahap fanatik diorang macam mana, hadiah tak pernah lekang dari tangan. Ada yang sampai pergi ke rumah Choi Chi-yeol untuk cipta skandal. Bila dapat tahu relationship Choi Chi-yeol dengan Nam Haeng-seon, memang banyak lah komen yang tak sedap dibaca. 


Mungkin sebab tu juga pengarah shift kisah cinta mereka berdua kepada sub-plot yang lain sebab tak ramai pun yang suka pasangan dalam golongan usia macam tu. Apatah lagi kalau penonton muda jadi penulis boleh kata kreatif lah cari jalan untuk tarik perhatian penonton. Ramai juga yang pertikaikan pada awalnya but for me, I enjoy layan drama ni walaupun ada part yang cliché. Tapi dah nama kisah cinta, tang mana je tak cliché. Pusing pusing situ jugak. 

Selain pasangan utama, ada juga kisah cinta tiga segi antara Hae-yi, Lee Seon-jae (Lee Chae-min) dengan Seo Geon-hu (Lee Min-jae) yang lagi menarik dan kelakar kisahnya. Syok tengok sebab Geon-hu tu kaki sakat. Comel pulak tu tengok Geon-hu berkawan dengan Seon-jae sedangkan berbeza personaliti. Semua gara-gara minat dengan gadis yang sama. 


Lepas tengok drama ni jadi makin suka dengan Roh Yoon-seo sebab lakonan dia natural dan bersahaja. Mungkin sekarang watak dia lebih kurang sama je, dalam avatar pelajar sekolah tapi setakat ni, masalah dia berbeza. Sebelum ni dalam Our Blues (2022), dia berlakon sebagai pelajar sekolah yang mengandung. Dalam Crash Course in Romance, dia pegang watak anak angkat. Kalau dalam debut role, Yoon-seo cuma tercalon dalam Best New Actress tapi untuk watak Hae-yi, dia berjaya rangkul anugerah Best New Actress di Baeksang Arts Awards. 

Nak kata jalan cerita drama ni memuaskan sepenuhnya tu tak lah juga sebab ada benda yang tak berkenan sangat macam cara Choi Chi-yeol layan pembantu peribadi dia, Ji Dong-hee (Shin Jae-ha). Kesian sangat bila Choi Chi-yeol buang Dong-hee macam tu je sebab bercinta dengan Nam Haeng-seon sedangkan dia yang banyak tolong guru selebriti tu selama 6 tahun bekerja. Dari uruskan hal kerja sampailah uruskan hal peribadi, jaga makan minum, stay dengan Choi Chi-yeol bila dia sakit. 


Faham lah bila bercinta dia akan berubah teruk tapi jangan lah sampai buang orang yang ada susah senang. Siapa tak sakit hati kalau cara layan berubah mendadak. Kalau bab Nam Haeng-seon, laju je otak dia fikir macam mana nak bayar budi tapi dengan Dong-hee, orang tu tinggal dekat mana pun dia tak tahu. Paling sedih masa Dong-hee dah beria arrange meeting dengan pengarah akademi lain tapi Choi Chi-yeol datang untuk cakap tak nak. Jatuh air muka Dong-hee masa tu padahal dia boleh inform dari awal. 

Of course pengarah akan menyebelahi Choi Chi-yeol sampai watak Dong-hee nampak buruk tapi kalau dari awal dia jenis layan orang sekeliling dia dengan baik, benda tak akan jadi macam tu pun. Nama staff dia pun susah sangat nak ingat padahal hari-hari jumpa. Betul lah cakap Nam Haeng-ja (Bae Hae-sun), bukan Haeng-seon yang bertuah dapat Choi Chi-yeol sebagai pasangan tapi sebaliknya. 


Kalau ikutkan pada alur cerita, tak sepatutnya pengarah letak romantic comedy sebab lead couple tak lah tonjolkan sisi kelakar tu tapi lebih kepada drama. Dekat pertengahan drama sampaike penghujung makin banyak drama sampai naskhah ni jadi heavy sedangkan pengarah boleh kekalkan vibe Hometown Cha Cha Cha tanpa perlu paksa kebanyakan watak untuk berubah secara drastik. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.3 = 6.7/10

Movie Review | Gaslight (2023)


Director: Pavan Kirpalani
Writer:  Neha Veena Sharma, Pavan Kirpalani, Ameet Mehta
Cast: Sara Ali Khan, Vikrant Massey, Chitrangada Singh, Akshay Oberoi, Rahul Dev, Shishir sharma, Shataf Figar 
Production Companies: Tips Industries, 12th Street Entertainment  
Distributor: Disney+ Hotstar 
Genre : Mystery / Thriller
Running Time : 111 minutes
Release Date : 31 March 2023
Trailer :


Filem Gaslight bermula dengan babak Meesha Singh Gaikwad (Sara Ali Khan) pulang ke istananya, Mayagarh di Morbi terletak 2 jam jaraknya dari stesen kereta api. Kepulangannya dijemput oleh pemandu peribadi, Padam Kaka (Vinod Kumar Sharma). 

Dah lama dia tidak pulang kerana merajuk dengan ayahnya, Raja Saheb (Shataf Figar) yang berkahwin dengan Rukmani (Chitrangada Singh). Semua orang di istana tersebut cuba sembunyikan sesuatu yang Meesha tunggu sejak sekian lama. Kata Rukmini dan pengurus estet, Kapil (Vikrant Massey), Raja Saheb berada di luar kawasan dan minta Meesha tunggu sehingga dia pulang ke istana. 


Anehnya, setiap malam Meesha diganggu oleh lelaki yang berperwatakan sama seperti ayahnya. Meesha sering terdengar alunan muzik piano, lagu kegemaran Raja Saheb tapi hanya dia seorang saja yang nampak dan dengar perkara tersebut. Meesha syak Raja Saheb dibunuh oleh Rukmani gara-gara tamakkan harta kepunyaan ayahnya tapi siapa yang membantu perempuan tersebut masih lagi menjadi persoalan utama. 

Sebelum tengok filem ni tak tengok pun trailer, nampak poster ada Chitrangada dengan Sara Ali Khan, terus tekan play. Dari poster nampak macam psychology thriller sebab gaslight orang rupanya tak, gaslight tu lampu pelita gas yang roh Raja Saheb selalu guna waktu malam untuk ganggu Meesha. 


To be honest, dari awal lagi sejak Meesha sampai dekat rumah dan diganggu oleh roh ayah dia tu pun kita dah tahu yang Raja Saheb dah meninggal cuma 5W 1H tak terjawab. Sara masuk kelas lakonan untuk watak Meesha yang kemurungan lepas hilang ibu dan juga lumpuh kedua-dua kaki. Kiranya emotion yang dia kena rendered dalam filem ni tersangatlah berat dan tegang tapi nampak hambar sangat. Masa Meesha lukis bulatan dalam bilik tu kita tak nampak pun fikiran dia terganggu, sama juga dengan babak dia hentak kepala dekat dinding sampai tak nak makan. 

Kalau ikutkan, filem Gaslight adalah filem keenam Sara Ali Khan tapi dia belum dapat buktikan yang dia mampu conquer solo screen apatah lagi menyerlah bila berkongsi skrin dengan pelakon lain. Chitrangada Singh yang dah lama tak berlakon dan terhad screentime pula lebih menyerlah lakonannya. Masa dia pandang cermin yang retak dalam bilik tu kita dah dapat jawapan siapa yang bunuh. Rasa bersalah yang dia portray pun kuat sangat dalam babak tu. 


Sama juga dengan Akshay Oberoi, sepupu jauh Meesha yang cocky dan bongkak. Patutnya penulis tambahkan lagi babak Rana Jai supaya kita yakin yang Rukmani berkomplot dengan dia untuk bunuh Raja Saheb. Baru lah plot twist yang muncul tu tak rasa lemau. Watak SP Ashok Tanwar (Rahul Dev) pun solid juga dalam filem ni tapi terhad. Seronok tengok dia perli Rana Jai tentang privilege dan hard work. Watak Dr. Shekhawat (Shishir Sharma) juga tersia. 

Lakonan Vikrant Massey pula terperangkap dalam had dan sempadan yang penulis letakkan pada watak pengurus muda di Mayagarh. Bila penulis masukkan kissing scene antara Meesha dengan Kapil, nampak macam forced dan tiba-tiba. Tak perlu ada pun patutnya. 


Naskhah arahan Pavan Kirpalani ni terlampau gelap juga sampai tak nampak pun apa benda yang jadi. Lepas tengok ni jadi sakit kepala dengan mata sebab terpaksa sepetkan mata untuk fokus apa yang jadi dalam babak tu. Idea filem Gaslight ni dah menarik dah tapi sayangnya skrip tak dikembangkan dengan baik, tak ada elemen saspen untuk buatkan kita enjoy nak tengok Meesha survive dekat istana lama tu. Nasib baik tayang dekat OTT platform, kalau dekat wayang entah berapa je kutipan diorang dapat.

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.2 = 5/10

Movie Review | Siku 12: Langkah Derhaka (2022)

Monday 1 May 2023


Pengarah: Azhari Zain
Penulis Skrip: 
Pelakon : Syafiq Kyle, Zahiril Adzim, Moon, Lobak, Dato Tuan Asmawi Tuan Umar, Saifullah Pon Muay Thai, Anas Mentor, Shahmiey Odd, Pak Salleh, Chiang, Azman Ahma, Bai Chot
Syarikat Produksi: Power Team Entertainment Sdn Bhd
Pengedar: 
Genre: Aksi / Drama
Durasi Tayangan: 96 minit
Tarikh Tayangan: 27 Oktober 2022
Trailer :


Berlatarkan masyarakat penduduk di Kampung siam, Pendang, Kedah, naskhah Siku 12: Langkah Derhaka mengisahkan tentang Atid (Syafiq Kyle) dan A Wut (Zahiril Adzim) menyiapkan diri untuk bertanding dalam Muay Thai Open Championship 2021. Setiap hari mereka berlatih sambil diperhatikan oleh adik-adik mereka, Nafishah (Lobak) dan Nawari (Moon).

Satu hari Atid dan A Wut ternampak Ayah Man (Dato Tuan Asmawi Tuan Umar) berlawan dengan anak-anak buah Husin Lang Merah (Shahmiey Odd) menggunakan buah silat yang berbeza. Atid cuba pujuk ayahnya untuk ajar buah tersebut namun diendahkan saja. Sehingga lah Husin menyerang Atid juga A Wut untuk lunaskan dendam lama. 


Khawatir dengan keadaan anaknya, Ayah Man turunkan ilmu Siku 12 kepada Atid walaupun dia telah bersumpah tidak akan mengajar sesiapa pun ilmu seni mempertahankan diri tersebut selepas tragedi hitam yang berlaku sebelum dia datang ke Pendang. 

Pertama kali tahu mengenai ilmu silat Siku 12 atau nama lainnya, Silat Halilintar. Ilmu ni dicipta oleh Sheikh Mohamad Ghulam Merah atau Dada Meah untuk digunakan sewaktu peperangan penjajahan Jepun terhadap Tanah Melayu. Beliau merupakan pengamal seni bela diri jadi ilmu Siku 12 mempunyai campuran dari pelbagai jenis martial arts. Antaranya, silat, tomoi (Muay Thai), judo, jiu-jitsu, silambam, yoga, kenjutsu dan juga taichi.


Bila tengok Ayah Man berlawan menggunakan buah silat Siku 12, boleh nampak jurus silat ni digunakan untuk melawan musuh dengan jarak dekat. Kalau guna siku, boleh jadi sejengkal lebih saja jaraknya. Tengok cara Ayah Man atau Atid hentak pihak lawan pun dah boleh tahu betapa kuatnya hentakan tersebut. 

No wonder lah Ayah Man takut nak ajar sebab boleh bawa mati kalau dihentak di bahagian kepala atau leher. Mungkin itu juga antara punca kenapa Siku 12 ni tak diturunkan secara meluas dan popular seperti martial arts yang lain. Bahaya kalau pengamal tak pandai kawal diri. 


Dari naskhah Siku 12: Langkah Derhaka, boleh nampak pengarah Azhari Zain ingin mengangkat budaya kehidupan masyarakat Melayu yang berasimilasi dengan orang Thailand. Tengok watak A Wut yang boleh bercakap dialek utagha sedangkan berketurunan Siam. Pegangan dia juga lebih ke arah Islamik walaupun keluarga dia masih kuat berpegang dengan budaya di negara asal. 

Seronok tengok semua watak dalam naskhah siku 12 bercakap dalam bahasa utagha dan Siam tanpa kekok. Kalau tak kenal Syafiq Kyle orang KL, dah percaya dia beranak dekat Kedah. Zahiril Adzim pun sama walaupun ada masanya lidah dia tergeliat nak cakap Siam tapi pengarah pandai alihkan fokus kepada adiknya, Nawari yang lebih fasih berbahasa Siam. 


Sinematografi dalam naskhah Siku 12 menguatkan lagi latar tempat dengan suasana sawah padi ketika musim menuai. Mungkin ni bukan sesuatu perkara yang besar tapi wardrobe dan costume team memang buat kerja. Tak ada pun watak yang pakai baju beria sebab duduk area bendang. Pakai t-shirt nipis, yang perempuan pula pakai Kurung Kedah atau t-shirt dengan kain batik. Makeup team pun cemerlang dengan tonjolkan kesan luka yang tampak real. 

Sembang pasal visual dalam filem yang mengetengahkan aksi dan seni pertahankan diri, kelemahan terbesar dalam Siku 12: Langkah Derhaka sebab tak banyak menggunakan teknik kamera yang boleh naikkan impak pada penceritaan. Bila diserang dalam kumpulan yang besar, nampak sangat tunggu turn untuk dibelasah. 


Editing pun menganggu alur cerita untuk jadi lebih kemas. Tak pasti lah kalau ada beberapa babak yang dibuang sampaikan transition dari satu plot ke plot yang lainnya nampak rushing. Banyak sub-plot untuk ketengahkan konflik yang dialami antara watak utama pun mengganggu juga. Dari awal nampak Husin berdendam benar dengan Ayah Man tapi tak ada intense scene antara mereka berdua ataupun dengan Atid. Tiba-tiba klimaks dengan watak antagonis yang lain. Patutnya part A Wut sakit hati dengan Atid tak perlu ada, watak Ben (Anas Mentor) tak perlu, sama juga dengan love angle antara Atid dan Nawari. Cukup kalau pengarah fokus pada Muay Thai Open Championship dan dendam Husin Lang Merah. 

Babak Atid mampu belajar ilmu Siku 12 dalam masa 3 hari pun nampak tak meyakinkan sebab sekejap sangat dia boleh pick up unless Atid bagitahu penonton yang dia dah mahir ilmu judo, jiu-jitsu, silambam, yoga, kenjutsu dan taichi cuma tak tahu gerakan saja. 


Lebih menarik rasanya kalau pengarah masukkan juga sejarah Siku 12 supaya dapat banyakkan lagi babak Atid dengan Ayah Man. Kesemua watak tak ada bonding moment melainkan watak Husin dengan Tok Wan dia. Patutlah dia sayang lebih walaupun dendam lama tu tak berasas pun. Apa pun, pengarah dan produser dah buat yang terbaik untuk perkenalkan budaya dan kesenian masyarakat Melayu untuk generasi baru supaya warisan kita tak luput ditelan dek zaman. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.5, 7. Themes +1, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.3 = 6.4/10

Blog Performance April 2023


Selamat Hari Raya dan Selamat Hari Pekerja untuk semua! 

Bulan ni awal update report card sebab 1hb cuti, jatuh pulak hari Isnin, dapat lah long weekend. Seronok kalau dapat cuti 3 hari ni, baru lah betul-betul dapat rest. Bila entah Malaysia nak implement kerja 4 hari. cuti 3 hari. Semedang kerja, kayanya tidak pun. 

1. PV


Memandangkan bulan puasa, dah boleh agak macam mana pageview blog ni sebab masa update report card bulan Mac 2023, dah boleh nampak merosot dari sebelumnya. Mencecah 100k pun tidak untuk bulan April sebab tak ada banyak sangat entry berkaitan makanan untuk dijadikan rujukan. Tapi okay lah tak lah berbeza sangat setiap hari. Paling teruk pun PV harian dalam 1,300 macam tu. 

Disebabkan tak rancak, maka tak dapat lah nak merasa lagi all time PV masuk angka 4 juta. Bulan ni lah kalau ikutkan sebab lagi 60k macam tu je. Kalau ikut pada performance bulanan, Insya-Allah bulan ni lah kalau tak ada hal pelik jadi. I tengah usha Analytics ni sebab dia dah bertukar ke property baru. 

2. Posts


Kebanyakan entry yang masuk Popular Post tak mencecah 1k pun padahal sebelum ni paling rendah 1k views. Masa minggu raya haritu nampak lah banyak entry movie Hindustan rancak dekat Popular Post. Entry yang lama pun naik balik. Mungkin sebab I buat list untuk mudahkan orang cari movie apa nak tengok masa raya. Entry movie review untuk movie yang tayang dekat Netflix pun naik jugak. Boleh nampak lah ramai Malaysians guna Netflix sebagai streaming platform utama. 

3. Keywords


Filem Syahmi Sazli ni memang ada fanbase tersendiri, ramai betul yang cari sebelum raya sampai masuk Popular Post. Yang keyword blok 404 tu naik sebab Boy Iman buat hal gamaknya. Sebelum ni tak pernah muncul pun padahal dah lama dah update entry review tu.  Filem Pulau pun belum surut lagi cariannya padahal dah berhenti tayangan. Bab makanan pula entry Dookki One Utama ramai yang cari mungkin sebab port baru dekat situ. 

So far berpuas hati tengok performance untuk keywords sebab ada banyak perkataan yang bawa ke blog ni. Tak sia-sia lah menaip panjang untuk setiap entry. Lepas ni kalau ada masa nak touch up entry ikut keyword yang banyak dicari pula supaya ranking dekat carian makin naik. Yang dah no 1 tu biar kekal no 1 sampai bila-bila gittewww :P

4. Bilangan Entri


Untuk bulan April, I berjaya mencecah 60 entry sebab tengah gigih kurangkan gallery dekat handphone. Semua event yang I pergi I try update slowly sebab album dah mencecah 8k sampai lag handphone dibuatnya. Pengalaman sebelum ni ada gambar yang corrupt sebab storage penuh. Sebelum perkara tu berulang lagi, baik rajinkan diri update blog. 

Terima kasih kepada yang berkunjung ke sini, mana yang dah datang dan tinggalkan jejak, I akan membalas kunjungan tu. Take care everyone sebab kes covid dah naik balik even cuaca pun tak menentu sekarang. Stay safe and happy holiday :)