In conjunction with Ramadhan and the upcoming Hari Raya celebrations, ShopeeFood together with Pizza Hut organised several berbuka puasa sessions across Klang Valley and Selangor for its fleet of food delivery partners. The #ShopeeDeliversLove campaign is in its second year and aims to show appreciation to ShopeeFood delivery partners.

Hundreds of delivery partners attended the sessions across many locations such as Wangsa Maju, Kota Damansara, Kepong and Kajang. Besides feasting on various yummy pizzas and beverages provided by Pizza Hut, the delivery partners also received many other goodies like Hari Raya cookies and petrol vouchers.

According to Kwa Yin Leng, Head of Operations for ShopeeFood Malaysia: “We are excited to be able to host this event on an annual basis for our delivery partners. ShopeeFood recognises the important role driver partners play in our business. As such, we continue to engage them closely, to better understand their needs. We take our driver partners’ feedback seriously, implement support initiatives and policies that meet their needs and continuously improve their welfare.”

“ShopeeFood is committed to delivering the highest quality of service for our customers by providing our users with value, variety and convenience through an integrated ecosystem. We hope by providing good food to our delivery partners, they will have more flexibility to observe their religious duties while delivering customer orders during this busy period,” she added.

Besides receiving food, delivery partners were also given a chance to win attractive lucky prizes that included smartphones, helmets and other riding apparel like raincoats.

Delivery partners interviewed during the event also expressed their appreciation for the gesture from ShopeeFood. En. Faizal bin Hashom who has been working with ShopeeFood for more than one and a half years said: “It is such a great event, and I hope ShopeeFood can organise a bigger one in the future so more drivers can attend it together. The timing to have the event during the month of Ramadan and Hari Raya is good as well.”

Another delivery partner, En. Abdul Qayum Bin Baharum said: “This event is really good for drivers to get together to not only meet new friends that are working in the same area but also a great opportunity to meet the ShopeeFood management team. The gifts are very attractive and I am grateful that we are able to participate in this event. Thank you ShopeeFood.”

For the Hari Raya period, ShopeeFood will also be having special discounts from 20th - 21st April. The offers include Free Delivery and features various merchants such as myBurgerLab, HWC Coffee, and Nasi Ayam Penyet

ShopeeFood was established in 2021 to help its users benefit from a convenient and hassle-free food delivery experience by providing numerous eateries, from popular joints to local street food stalls, at the best value. As part of Shopee’s existing ecosystem that includes the mobile wallet ShopeePay, along with amazing deals and promotions all year round, Malaysians have a secure, and rewarding payment and delivery experience with ShopeeFood.

*********************************

About ShopeeFood

ShopeeFood connects Shopee users to various eateries, from popular joints to local street food stalls, at the best value. Launched in 2021, ShopeeFood offers users a convenient and seamless food delivery experience while helping merchants digitalise and widen their reach. Integrated into Shopee's ecosystem, which includes the mobile wallet, ShopeePay, ShopeeFood provides users with a seamless, secure, and rewarding payment and delivery experience.

Shopee is a part of Sea Limited (NYSE:SE), a leading global consumer internet company. In addition to Shopee, Sea’s other core businesses include its digital entertainment arm, Garena, and digital financial services arm, SeaMoney. Sea’s mission is to better the lives of consumers and small businesses with technology.

Movie Review | Shehzada (2023)

Wednesday 19 April 2023


Director: Rohit Dhawan 
Writer:  Rohit Dhawan
Cast: Kartik Aaryan, Kriti Sanon, Paresh Rawal, Randeep Nanda, Ankur Rathee, Manisha Koirala, Ronit Roy, Ali Asgar, Kunal Vijaykar, Sharvari Lokhare
Production Companies : T-Series Films, Geetha Arts, Haarika & Hassine Creations, Brat Films  
Distributors : AA Films, Netflix
Genre : Action / Comedy 
Running Time : 145 minutes
Release Date : 17 February 2023 
Trailer :


Naskhah Shehzada merupakan remake dari filem Telugu, Ala Vaikunthapurramuloo (2020) yang mengisahkan tentang kehidupan Bantu (Kartik Aryaan) sebagai anak pembantu kepada keluarga kaya, The Jindal Group. 

Flashback 25 tahun lalu, Valmiki (Paresh Rawal) tukar anak lelakinya dengan anak lelaki pasangan Yashu (Manisha Koirala) dan Randeep (Ronit Roy) kerana jururawat (Sharvari Lokhare) assume yang bayi tersebut telah mati. Valmiki berani ambil peluang tersebut untuk lihat anaknya hidup mewah dan terjamin sepanjang hidup. 


Selepas berjaya menukar kedua-dua bayi, tanpa disangka bayi yang dikatakan telah mati rupanya ‘hidup’ kembali. Valmiki yang cemburu dengan kehidupan Randeep menganggap bayi tersebut mempunyai nasib malang dan besarkan dengan penuh cemuhan dan sindiran. 

Sepanjang Bantu membesar, dia dilarang sama sekali untuk masuk ke perkarangan rumah The Jindal Group, cukup hanya sampai di hadapan pintu pagar. Bantu tak pernah peduli pun dengan kemewahan kepunyaan The Jindal Group namun takdir mempunyai haluannya tersendiri untuk bawa putera raja pulang ke pangkuan keluarga. 


Jalan cerita Shehzada sangat simple dan berkonsepkan family entertainer yang santai. Kalau filem masala logik memang tak diterapkan sangat macam babak Randeep kena tikam tapi darah maintain setepek tak berganjak. Masa flashback tu pun, jururawat menggelabah baby dah meninggal sedangkan tak buat CPR langsung untuk bagi oksigen. 

Kebanyakan action stunt yang ditayangkan memang terbang dek tumbukan padu beserta angin kuat. Walaupun tak suka dengan jenis aksi macam tu tapi Sudeep Chatterjee dan Sanjay F. Gupta mempunyai teknik yang tersendiri untuk buatkan setiap shot nampak menarik dan kreatif. My favorite, masa Bantu belasah gangster yang curi selendang adik dia dan babak dia belasah klien Samara (Kriti Sanon). 


Sembang pasal Kriti Sanon, ini kali kedua dia digandingkan bersama Kartik Aryaan selepas filem Luka Chuppi (2019) yang juga komedi dan juga Kriti lakonkan watak pasu bunga. Dalam Shehzada tak banyak pun yang Kriti mampu buat selain jadi cantik. Sayang lah music album Shehzada tak mempunyai himpunan lagu yang menarik selain Chedkhaniyan walaupun komposer utama ialah Pritam. 



Dari awal hingga ke penghujung cerita memang Rohit Dhawan fokus kepada Kartik Aryaan sepenuhnya dan tarikan utama filem ni pun ialah Kartik Aryaan. Tak hairan lah kalau peminat Kartik bahagia dengan final cut Shehzada. Babak Bantu, Samara dengan Raj (Ankur Rathee) keluar lepak dekat bar pula ada dialog panjang yang dilontarkan oleh Kartik Aryaan, sama seperti yang dia buat dalam franchise Pyaar Ka Punchnama (2011). 


Walaupun happy tengok muka comel Kartik, side macho dia sebagai Shehzada dan banyak lagi tapi boleh nampak yang Rohit olah Shehzada dengan persona Varun Dhawan. Ketara sangat bila watak Bantu ada karakter yang sama seperti watak-watak komedi yang Varun pernah lakonkan macam dalam filem Main Tera Hero (2014), Humpty Sharma Ki Dulhania (2014), Dishoom (2016), Judwaa 2 (2017) dan banyak lagi. 

Tak pasti lah kenapa Kartik tak keluar dari karakter tu dan wujudkan karakter komedi dia yang tersendiri walhal Kartik antara produser untuk filem Shehzada. Mungkin juga sebab nak hormat karya Rohit cuma tu lah, jadi tak syok sebab ada bayang-bayang Varun yang melekat pada watak Bantu. 


Anyway, I suka tengok Manisha jadi mak kepada Kartik dalam filem Shehzada sebab dinamik diorang lagi kuat. Muka pula lebih kurang sama. Masa watak Yashu senyum tengok Bantu tu rasa sweet dan natural sangat. Rasa happy bila Bantu happy tengok Yashu, rasa sedih bila Yashu tak endah langsung kehadiran Bantu dekat hospital tu. Kalau ada pengarah yang ambil Manisha berlakon jadi mak Kartik lagi mesti seronok nak tengok. Kalau genre drama pun menarik gak sebab dua-dua pun power berlakon dalam genre drama. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +0.8, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +0.4, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.6, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.8 = 7/10

Movie Review | Honest Candidate 2 (2022)


Director: Jang Yu-jeong
Writer: Jang Yu-jeong, Heo Sung-hye
Cast: Ra Mi-ran, Kim Mu-yeol, Seo Hyun-woo, Yoon Kyung-ho, Park Jin-joo, Kim Jae-hwa
Production Companies: Hong Film, Soo Film  
Distributor: Next Entertainment World, iQiyi
Genre: Comedy
Running Time: 106 minutes
Release Date : 28 September 2022
Trailer :


Selepas kalah dalam pilihanraya lepas, Joo Song-sook (Ra Mi-ran) pulang ke kampung neneknya dan hidup sebagai nelayan bersama suaminya, Bong Man-sik (Yoon Kyung-ho). Bekas pembantu peribadinya, Park Hee-cheol (Kim Mu-yeol) pula masih lagi tinggal di bandar Seoul dan bekerja sebagai pemandu e-hailing. 

Tak lama kemudian, Pony (Park Jin-joo), adik ipar Joo Sang-sook datang untuk tinggal bersama mereka setelah pulang dari Hawaii kerana bercerai. Joo Sang-sook yang menyampah dengan idea tersebut tak mampu membantah kerana dia juga punca utama mereka miskin. Ibu mertuanya tak sudah-sudah menyalahkan Joo Sang-sook yang mengakibatkan keluarga mereka menanggung malu. 


Nak masuk kembali ke dunia politik memang tak mampu dah sebab nama dia dah pun busuk gara-gara apa yang berlaku sebelum ini. Bukan busuk di mata pengundi tapi tak ada langsung mana-mana parti yang ingin bawa dia masuk untuk bertanding kerana imej jujur yang dibawa. 

Nasib Joo Sang-sook berubah bila dia berjaya selamatkan seorang pemuda yang hampir mati lemas kerana penat bekerja tanpa henti. Ko Gun-sik (Shin Jae-hwi) tak berhenti ucapkan terima kasih dek kerana perbuatan mulia bekas ahli politik tersebut. Dan kerana insiden tu juga, Joo Sang-sook dipilih untuk bertanding dalam pilihanraya sebagai calon bebas mewakili daerah Gangwon. 


Joo Sang-sook bersama Hee-cheol masuk ke dewan rakyat setelah menang dan jujur bekerja namun pertanyaan dari Jo Tae-joo (Seo Hyun-woo) membuatkan mereka berdua berpatah balik ke perangai lama. Makin lama Sang-sook makin lupa diri dan sekali lagi dia disumpah untuk berkata benar. Kali ni lagi teruk bila Hee-cheol juga terkena sumpahan tersebut. Siapa yang akan selamatkan mereka berdua?
 
‘Why me? I was just trying to help, this is so unfair, I was trying to help! Why are you doing this to me, granny?!’ – Park Hee-cheol


Sekuel naskhah komedi satira arahan Jang Yu-jeong juga merupakan remake kepada filem Brazil, O Candidato Honesto 2 (2018) jadi tak hairanlah kalau cepat sangat production house terbitkan. Kalau sebelum ni naskhah Honest Candidate (2020) adalah sebuah kisah yang memaparkan kehidupan ahli politik Joo Sang-sook cuma berkisar pada aktiviti berkempen, dalam sekuel pula lebih berskala besar. 

Disebabkan tu juga lebih ramai pelakon dibawa masuk untuk melakonkan beberapa watak sampingan yang menguatkan lagi dunia politik. Screentime Kim Mu-yeol sebagai pembantu peribadi dikembangkan lagi karakternya bila dia mempunyai saingan sebagai pekerja yang efisyen bila Tae-joo sentiasa satu langkah di hadapan dengan rangkaian networking yang besar. 


Masa tengok Sang-sook berjaya pujuk developer Kang Yeon-joon (Yoon Doo-joon) supaya besarkan projek perumahan penjawat awam, dah boleh agak ada something fishy tapi tak pasti penulis nak dedahkan rahsia apa. Rasa nak tahu tu yang bawa minat hingga ke hujung cerita. Kalau nak dibandingkan, komedi dalam sekuel tak kelakar macam yang pertama. Mungkin sebab watak Joo Sang-sook yang over untuk beberapa babak. 

Walaupun rindu dengan watak Bong Eun-ho (Jang Dong-Joo), anak tunggal Sang-sook dan Man-sik tapi terubat juga lah dengan kehadiran watak Pony. Keluarga Man-sik ni semua lebih kurang je perangai jadi tak hairan lah kalau Sang-sook stress. Nasib baik Hee-cheol tak perlu jaga keluarga ipar Sang-sook, kalau tak makin bertambah meroyan dia. 


Kalau dalam previous installment, I kagum dengan strategi pilihanraya yang dibawa oleh Lee Woon-hak (Song Young-chang), dalam sekuel pula kagum dengan teknologi yang digunakan oleh Kang Yeon-joon. Boleh faham lah sejauh mana tahap kekayaan dia tu. Tak pasti kalau team production nak tambah installment ketiga tapi kalau ada hopefully penulis bawa balik Eun-ho. Bergabung pula dengan Pony, confirm boleh pergi jauh. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.8, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.8, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8/10

Movie Review | Honest Candidate (2020)


Director: Jang Yu-jeong
Writer: Jang Yu-jeong, Heo Sung-hye
Cast: Ra Mi-ran, Kim Mu-yeol, Na Moon-hee, Yoon Kyung-ho, Jang Dong-joo 
Production Companies: Hong Film, Soo Film  
Distributor: Next Entertainment World 
Genre : Comedy
Running Time : 104 minutes
Release Date : 12 February 2020
Trailer :


Remake kepada filem Brazil, O Candidato Honesto (2014) arahan Roberto Santucci mengisahkan tentang ahli politik yang terkena sumpahan untuk bercakap benar. Joo Sang-sook (Ra Mi-ran) telah dipilih sebanyak 3 kali kerana lakonannya sebagai ahli politik yang mesra rakyat berjaya mengaburi mata pengundi. 

Sang-sook dan suaminya, Bong Man-sik (Yoon Kyung-ho) berlakon sebagai pasangan bahagia dan tinggal di sebuah apartment yang sederhana sedangkan mereka berdua cuma berlakon di mata media. Setiap malam juga mereka akan curi-curi keluar dari apartment tersebut untuk tidur dengan selesa di vila mewah mereka. Segala kegiatan politik Sang-sook banyak dibantu oleh pembantu peribadinya, Park Hee-cheol (Kim Mu-yeol) sama ada yang baik ataupun yang shady. 


Penipuan paling besar dari Sang-sook ialah menggunakan nama neneknya (Kim Ok-Hee) untuk tarik simpati pengundi sedangkan penjaganya masih hidup dan disorok di dalam hutan jauh dari kawasan bandar. Sang-sook guna duit insurans yang diperolehi dari kematian neneknya untuk salurkan kepada institusi pengajian dan membantu membiayai para pelajar yang tidak berkemampuan. 

Walaupun di mata pengundi dan pihak media, kebaikan tersebut adalah perkara yang mulia namun neneknya hidup merana dan sunyi. Satu hari, dalam perjalanan pulang dari rumah nenek, Sang-sook terkena sumpahan dan semenjak dari malam tersebut, dia sentiasa bercakap benar sehingga hampir merosakkan karier politiknya yang penuh dengan korupsi dan penyelewengan. 


Kalau ikutkan filem asal, watak ahli politik tersebut adalah lelaki tapi disebabkan pengarah Jang yu-jeong rasa Ra Mi-ran boleh bawa watak Sang-sook seperti apa yang dia nak. Tak salah langsung kata hati dia bila Ra Mi-ran berjaya rangkul anugerah kategor Pelakon Wanita Terbaik di  41st Blue Dragon Film Awards untuk watak ahli politik yang disumpah ni. 

Kekuatan Honest Candidate juga terletak pada dinamik lakonan Ra Mi-ran bersama Kim Mu-yeol yang sentiasa bersama dari siang hingga ke malam. Watak mereka berdua rapat sangat sampai ada bahasa isyarat yang hanya mereka berdua saja dapat decode. Comic timing kedua-dua watak juga padu dengan riak muka yang kelakar. Tengok cara Hee-cheol buat kerja, tertanya-tanya berapa gaji dia dapat dari Sang-sook. Berapa banyak juga peratus rasuah yang dia dapat sebagai orang kanan ahli politik?


Jalan cerita yang berkonsepkan satira juga memaparkan kehidupan ahli politik yang tak putus berjumpa dengan rakyat dalam jadual yang padat. Berdekah bila tengok Sang-sook kena jumpa paderi Kristian dan sami Budhha dalam satu majlis yang sama. Watak anak lelaki Sang-sook, Bong Eun-ho (Jang Dong-Joo) pun menyerlah dalam screentime yang singkat. Terhibur tengok karakter dia sebagai anak tunggal dan vokalis band. Kreatif jugak lagu yang Eun-ho nyanyi masa Sang-sook berkempen. 

Disebabkan naskhah satira komedi Honest Candidate lebih ketengahkan sumpahan Sang-sook untuk berkata benar jadi tak berapa fokus sangat pada relevan perkara tersebut. Selalunya kalau kita mengundi, bukan kejujuran kata-kata yang kita jadikan ukuran tapi hasil kerja dia. Dalam filem ni tak ditayang sangat pun apa sumbangan Sang-sook selain institusi pendidikan tu. 


Tapi tu bukan sesuatu yang besar pun lah, mungkin dekat Korea suasana dia lain, masa mengundi memang cari yang jujur dan bersih. Seronok tengok strategi yang Lee Woon-hak (Song Young-chang) guna untuk naikkan rating Sang-sook sebelum tarikh mengundi semasa tempoh pilihanraya. 

‘Since it is turned out this way, let’s go double on your honesty. What do you think people will expect from you now? Something stronger? Something more potent? Or something more insane?’ – Lee Woon-hak

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.7, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +0.8, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 9/10

Movie Review | My Sassy Girl (2022)


Pengarah : Fajar Bustomi
Penulis Skrip: Titien Wattimena
Pelakon: Jefri Nichol, Tiara Andini
Syarikat Produksi: Falcon Pictures
Pengedar: Amazon Prime Video
Genre: Romantik / Komedi
Durasi Tayangan: 117 minit
Tarikh Tayangan: 23 Jun 2022 (Indonesia), 4 Ogos 2022 (Malaysia), 6 April 2023 (Amazon Prime Video)
Trailer :


Remake dari filem terkenal Korea, My Sassy Girl arahan Kwak Jae-yong yang diterbitkan pada tahun 2001 menyingkap kisah percintaan antara Gian (Jefri Nichol) dan gadis aneh bernama Sisi (Tiara Andini). Gian bertemu dengan Sisi pada ulang tahun kelahirannya dan dalam perjalanan untuk ke rumah Tante Rima. 

Di stesen keretapi Sisi kelihatan terhuyung-hayang dan hampir terjatuh dari landasan. Dalam gerabak pula, Sisi muntah pada baju Gian kemudian terpaksalah dia menghantar gadis tersebut di hotel berdekatan kerana semua beranggapan Sisi adalah teman wanita Gian. Sudahnya Gian terlewat untuk ke rumah tantenya malah disuruh untuk tidur di luar kerana mengabaikan suruhan ibunya.


Keesokan harinya Gian dapat panggilan telefon dari Sisi. Dari situ bermulalah hubungan mereka berdua sebagai pasangan kekasih. Namun percintaan mereka terhalang oleh orang tua Sisi kerana Gian masih lagi belajar dan belum stabil. Gian ambil keputusan untuk jauhkan diri dari Sisi kerana dia belum cukup kenal perempuan tersebut, banyak rahsia dan perkara sedih yang tak diceritakan oleh Sisi. 

My Sassy Girl original antara filem wajib tonton untuk genre romantic comedy namun berbeza pula dengan My Sassy Girl remake terbitan Falcon Pictures ni. Pemilihan pelakon utama boleh kata kurang tepat kerana Tiara Andini tak mampu menggalas watak Sisi yang mengalami kemurungan setelah kehilangan orang tersayang. Kebanyakan babak drama tak dilontarkan dengan baik malah ekspresinya juga nampak dipaksa. Macam babak Sisi menangis semasa berjumpa dengan lelaki yang nak bunuh diri akibat tertekan ditinggalkan tunangnya. 


Dalam filem original, Jun Ji-hyun mempunyai fizikal yang cantik jadi tak hairanlah apa saja kelakuan aneh yang dilakukan terlihat cantik di hadapan watak hero. Sayangnya Tiara nampak canggung dan fake di hadapan kamera sebab My Sassy Girl adalah filem debutnya dalam dunia lakonan. Sepatutnya casting director pilih pelakon yang lebih berpengalaman dan berbakat sebab watak heroin adalah fokus utama. 

Chemistry Tiara dengan Jefri juga tak mampu menghadirkan bibit cinta atau sisi romantik dalam babak mereka bersama. Tak boleh nak faham atau connect dengan watak Gian bila dia pilih untuk bersama Sisi sebab kebanyakan masanya Sisi tersangatlah menjengkelkan. Sibuk nak atur makan dan minum Gian tapi bila Gian tegur perangai dia, Sisi pula melenting hidup dia hanya dia saja yang boleh tentukan. Contradict teruk. 


Sepatutnya remake My Sassy Girl jadi lebih baik sebab reference dah ada, teknik perfileman pula lebih canggih berbanding 22 tahun yang lepas. Mijoo dengan Na-Ra lakonkan balik adegan kejar-mengejar dalam My Sassy Girl masa shooting The Sixth Sense lagi natural dan mengasyikkan daripada remake ni. 

Sinematografi remake My Sassy Girl dari Dimas Imam Subhono juga antara kelemahan yang mencacatkan cerita sebab tone grading dan filter yang digunakan nampak kelam dan tak menarik. Kecuali masa babak Sisi tunjuk keindahan waktu senja pada Gian di Rumah Gadang yang terletak di Sumatera Barat. Kelebihan bila ada remake ni, kita dapat tengok keindahan budaya setempat dari negara tersebut. Lokasi yang menarik adalah Stasiun Sudirman dan Taman Mini Indonesia Indah. Tak lah banyak sangat pun yang diapaparkan dalam remake sebab pengarah lebih ke arah kehidupan moden yang urban. 


Wardrobe Gian dengan Sisi juga terikat dengan konsep yang cuba dibawa oleh pengarah. Jefri nampak tak selesa lansung dalam persona yang digambarkan. Mengganggu sangat bila watak utama tak mampu nak carry visi pengarah. Kita yang tengok pun tak seronok. Tak rasa nak masuk pun dalam dunia mereka berdua yang sepatutnya tampak indah. 

1. Team Production +0.6, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.7, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.5, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.7, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.4, 10. Personal Thought +0.2 = 5/10

Stress Pergi Bazaar Aidilfitri Jalan TAR

Tuesday 18 April 2023

 

Lepas makan dekat Nasi Lemak Wanjo, Kampung Bharu, kitorang berjalan kaki pergi ke Jalan TAR sebab Husna nak sangat beli tudung dekat sini. I memang tak gemar nak masuk sini tak kisahlah masa bulan puasa ataupun hari biasa sebab harga mahal. Sekarang kan dah ada Shopee dengan TikTok, buat apa nak susahkan diri meredah sesak dekat sini. Bukannya boleh fitting pun. Tapi sebab melayan Husna, kita ikut je lah. 

Bazar Aidilfitri dekat Jalan TAR ni penuh dengan food truck jual makanan di bahagian depan dan ruang tengah kemudian tapak niaga untuk barang hari raya macam baju, karpet, butang baju, telekung, tudung dan kuih raya. 



Tak ada apa yang menarik pun sebab kebanyakannya produk yang berulang. Makanan pun dari depan sampai ke belakang banyak cucuk cucuk dengan air balang je. Nasib baik dah kenyang jadi tak beli apa pun. 

Sama juga lah dengan vendor baju, Bulan Bintang dah ada dekat bahagian depan, jalan sikit lagi jumpa lagi ejen lain yang buka booth Bulan Bintang. Elrah Exclusive pun ada dan sesak dengan pengunjung. Penangan Projek High Council gamaknya. 






Walaupun terpampang jelas QR code dekat booth yang kitorang pergi ni tapi tak boleh pakai pun sebab dah menginjak ke jam 12 malam. Memang tak membeli lah cerita dia padahal Husna dah jumpa tudung yang dia berkenan sebab memasing tak bawak cash. 

Husna ajak pergi ke MUAZ dekat bahagian hujung bazaar tapi nak bergerak ke sana pun tak mampu sebab sesak sangat. I was trapped for half an hour dekat spot yang sama. Masa tu dah cuak sebab kes Itaewon tu tak hilang lagi dalam kepala ni. Of course I'm being overreacted tapi kalau stuck dekat spot yang sama sampai dah mula sesak nafas, I tak rasa benda tu boleh buat relaks. I literally gasping for air that time. Dah la pendek, dongak atas pun berapa banyak je la udara mampu dapat. 

Sudahnya ajak diorang pergi MUAZ dekat sebelah kanan, at least bagi ruang untuk bernafas kejap. I dah stress sebab susah nak bernafas satu hal, budak kecik dekat sebelah pulak terpekik suruh jalan. Faham, dia budak kecil tak faham situasi masa tu tapi rasa macam nak penumbuk dia pun ye jugak sebab stress. 

Ingatkan MUAZ tu ada laluan keluar ke bahagian jalan utama tapi tak ada so kitorang belek je lah apa yang ada dekat dalam tu. Bagi ruang untuk bertenang kejap sebab bukan I sorang je yang cuak, Ayuni pun dah panik masa tu. 

Like I said earlier lah, bukan ada benda pun dekat Jalan TAR ni. Husna yang beria nak membeli sudahnya tak beli pun. Dia beli telekung travel yang I boleh beli dengan harga lagi murah dekat Shopee. Takde benda pun I managed to grab a casual skirt sebab warna baby blue. Kalau ada cup sleeve event TeuMY, boleh pakai nanti hshshs

Habis bayar kitorang terus gerak keluar dari bazaar Jalan TAR sebab ruang tengah menuju ke hadapan sana masih lagi sesak. Brader yang stuck dekat situ sebelum kitorang masuk MUAZ pun masih lagi di tempat yang sama. Baik balik je dari habiskan masa bersesak untuk benda yang belum tentu ada. Muka menyesal I dengan Ayuni memang jelas terpampang malam tu. Taknak dah pergi bazaar Jalan TAR. 

Nasi Lemak Wanjo, Kampung Bharu


'Kak Ana, jom kita keluar nak? Kita pergi makan nasi lemak Wanjo.'

Ikutkan hati malas nak pergi tapi dah Husna yang beria nak ambik dekat rumah lepastu hantar balik, I follow je lah. Dah berapa zaman asyik dengar orang menyebut Nasi Lemak Wanjo dekat Kampung Baru ni. Nak jugak merasa apa yang istimewanya. 

Nak sampai ke tempat ni memang azab kalau naik kereta sebab jam teruk. Slow sangat bergeraknya pun. Dah la dua, tiga kali jugak kitorang tersalah masuk jalan sebab Ayuni tak confident sebagai co-pilot. Bab lagu boleh bagi dekat Ayuni tapi kalau bab tunjuk jalan, elok cari orang lain. 

Nak park dekat area Kampung Baru pun satu hal jugak sebab bangla yang jaga pintu masuk tak coordinate dengan yang dekat dalam. Buang masa dekat situ sebab yang kat luar suruh masuk padahal yang dekat dalam tak sudah lagi arrange kereta. Parking rate? RM5. 


Dari seberang jalan lagi dah nampak signboard Nasi Lemak Wanjo berwarna biru pekat dengan tulisan berwarna putih. Luas jugak lah restoran yang menggunakan nasi lemak sebagai menu utama. Kira macam dua unit kedai diorang tapau untuk serve customers. Masa kitorang sampai ni dah pukul 11 malam tapi pelanggan ramai sangat. Moreh dekat sini gamaknya. 

Pergi dekat kaunter terus kena buat keputusan nak makan nasi lemak apa. Silap betul terus masuk beratur sebab tak sempat nak tengok ada lauk apa dekat situ. Jam kepala kena buat decision dalam masa tak sampai 5 minit. Ayuni tak nak telur rebus pun diorang taknak layan sebab katanya memang dah ada dalam set. Turn off jugak lah dekat situ sebab banyak sangat bagi sampai sebiji. 


Sudahnya balun Nasi Lemak Ayam Rendang sebab sambal udang dengan ayam goreng dah habis. Nasib baik tak ambik sambal sotong sebab dia pakai sotong kembang. Lepastu I order Nescafe Ais. Kena la hulur RM13.80 untuk pesanan yang singkat tu. Tak tahu lah kenpaa dalam gambar tu ada ayam goreng, mungkin untuk pesanan atas talian. 


Portion nasi lemak dekat Nasi Lemak Wanjo ni sedikit, mungkin dalam satu senduk macam tu la kot sebab dia sorok nasi lemak tu bawah lauk so orang tak perasan pun nasi dia sikit. Tapi tak kisah pun sebab makan nak buat ghaso ghaso jah. 

I ambik Rendang Ayam, Sheera ambil Ayam Masak Merah, Husna ambil Begedil dengan Rendang Ayam, Ayuni pulak Sambal Ayam. Sama macam dalam gambar tu lah. I tak berkenan sangat kalau orang tuang kuah atas nasi sebab kuah tempat dia dekat tepi. Port yang kitorang ambik ni bilik berhawa dingin jadi kena bayar RM1.00 setiap seorang. Entah kenapa Husna pilih bilik ni sebab tak lah panas sangat malam tu. Tolak 1 bintang sebab service tak best. 


Sembang pasal menu utama, a bit disappointed lah dengan rasa dia sebab tak ada apa-apa yang wow pun. Kuah sambal dia biasa je, sedap pun tidak. Nasi lemak pun tak ada bau wangi daun pandan, rasa berlemak santan pun tidak. Dah serupa makan nasi biasa je. Tak berbaloi langsung datang jauh-jauh redah jam untuk datang makan nasi lemak yang biasa. 


Husna: Korang rasa sedap ke? Ke sedap sebab lapar?
Me: Biasa je. Kitorang tak lapar pun, u lah yang beria nak makan sebab tak makan lagi masa berbuka tadi. 
Husna: Korang nak rate berapa Nasi Lemak Wanjo ni? 
Sheera: Ermmm 2.5/5 kot
Husna: Ayuni pulak? 
Ayuni: I nak guna rating /10, tak nak /5. I rate 5/10 lah
Husna: Ya Allah kalau rating /5, dia jadi 2.5/5 lah Ayuni T.T
Ayuni: I tak kira I nak /10 jugak!
Husna: Kak Ana? 
Me: 2/5 je, sambal dia biasa. Tengok lah ikan bilis dia, tebal gila. Mana ada orang pakai bilis ni untuk nasi lemak. 
Ayuni: Ha'ah betul, orang pakai ikan bilis yang nipis, yang besar tu?
Me: Tu ikan masin Ayuni T.T
Husna: Kita rate 3/5. So, korang tak lah suka sangat, tak lah benci sangat ek?
Ayuni: Tak benci tapi taknak datang dah. 


Ha'ah betul lah Ayuni cakap tu, memang tak lah nak datang dah sebab overrated. Tengok la pinggan memasing, semuanya tak mampu nak habiskan telur rebus sebiji sebab banyak sangat. Makan pun mostly tak habis. Ye lah, kalau habiskan kang kata sedap tapi sengaja letak rating rendah untuk tarik perhatian. 

Takpe lah, yang penting kitorang dah try makan Nasi Lemak Wanjo ni. Pengalaman lah food hunting memalam dekat Kampung Bharu. Lepas ni boleh try tempat lain pulak ye dak? Tertarik dengan mercu tanda Kampong Bharu dalam tulisan jawi ni, cantik! 

‘SCAMMER GENG MARHABAN’ KOMEDI DENGAN STAIL BERBEZA, AMIR AHNAF CARI ‘SCAMMER’ | Penampilan Pertama Amir Ahnaf Selepas High Council Menerusi Gempak Originals Series

Selepas kejayaan drama bersiri ‘whodunit’ seperti The Maid dan program realiti selebriti popular The House, Gempak Originals Series kini mempersembahkan sebuah lagi drama bersiri dengan konsep yang segar dan berlainan. 


SCAMMER GENG MARHABAN membawakan genre komedi dengan tema ‘heist’ dan penipuan berlatar belakangkan komuniti di sebuah kampung. Mempertaruhkan teraju utama pelakon muda berbakat besar, Amir Ahnaf yang popular dengan watak Kahar dari drama premium Astro Originals, High Council, drama bersiri ini diarahkan Waan Hafiz yang sebelum ini mengarahkan Gempak Original Series, Beriani Gam Kak Aspalela pada tahun lalu. 

Drama bersiri lapan episod ini mengisahkan dua adik beradik yang tidak sehaluan, Aidil dan Adib. Namun apabila ibu mereka Hjh Quyah telah terjerat dalam kegiatan ‘scam’ ketika cuba mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Marhaban, Aidil dan Adib cuba mencari dalang yang telah menipu ibu mereka. Sepanjang memburu ‘si scammer’, banyak insiden yang berlaku termasuklah jerat percintaan di antara Aidil dan Adib terhadap seorang gadis. 


Watak Aidil yang dijayakan oleh Amir Ahnaf tercetus apabila pelakon tersebut membuat kemunculan istimewa sebagai ‘rider’ di Anugerah Gempak Most Wanted pada Mac lalu dan telah menjadi tular di platform media sosial. Rentetan daripada itu, watak ‘rider’ tersebut dikembangkan dalam siri ini, sekali gus menjadikan jenama McDonald’s sebagai penaja utama siri Scammer Geng Marhaban. 

Selain Amir, siri tulisan Sham Hashim ini turut dibintangi oleh wajah-wajah baru seperti pempengaruh terkenal Lorenzo Irmann dan Qistina Khaled di samping pelakon berpengalaman seperti Ozlynn, Watie Sadali dan Che Kem. Turut membuat penampilan istimewa Raja Azura dan Zahid AF. Sesi penggambaran telah dijalankan di Sekinchan, Kuala Selangor selama 17 hari.  


Menurut Ketua Content Studio Astro, Syazwan Zakariah, “Gempak Originals komited dalam mempersembahkan konten yang bukan saja ‘gempak’ dan berkualiti tinggi, malah ianya haruslah dekat dengan masyarakat kita. Dengan kehadiran siri ini, kami berharap ia bukan sekadar memberi nilai hiburan semata-mata, tetapi menyedarkan penonton mengenai aktiviti dan taktik ‘scammer’ masih berleluasa dan muncul dalam pelbagai cara. Gempak Originals juga sering  menampilkan bakat-bakat baru yang berpotensi besar seperti Amir Ahnaf, Lorenzo Irmann dan Qistina Khaled. Kami percaya pemilihan Amir sebagai tunjang utama adalah tepat pada masanya, untuk melihat sisi berbeza Amir dalam watak komedi.  Bagi Lorenzo pula, siri ini merupakan penampilan pertama menerusi watak utama dan keserasian gandingan bersama Amir adalah salah satu kekuatan siri ini.” 

 
Pengarah Scammer Geng Marhaban, Wann Hafiz melahirkan rasa teruja apabila siri ini akan dipersembahkan kepada penonton tidak lama lagi. “Ini merupakan kali pertama saya mengarahkan genre heist comedy dan tentunya pengalaman saya mengarahkan drama serta filem komedi sebelum ini banyak membantu dalam menghasilkan Scammer Geng Marhaban. Kali ini agak lain fenomenanya kerana sebelum ditayangkan pun ramai yang sudah sedia maklum tentang drama ini sebagai contoh di platform TikTok. Saya juga sebenarnya terkejut kerana drama ini belum disiarkan tetapi ramai yang sudah tahu. Jadi saya anggap perkara itu sebagai sesuatu yang positif. Saya harap penonton akan terhibur menonton siri seperti mana saya dan semua yang terlibat teruja memberi komitmen yang tinggi.” 


Pelakon Utama Scammer Geng Marhaban, Amir Ahnaf, juga melahirkan rasa teruja untuk berlakon dalam karya komedi. “Selepas kemunculan saya dalam High Council, watak Kahar telah memberi impak besar dalam karier saya. Lanjutan daripada itu, saya mengimpikan watak-watak berbeza yang mampu menampilkan sisi berbeza dan percaya watak Aidil adalah salah satu daripadanya. Scammer Geng Marhaban ini bagi saya cabarannya adalah berlakon ketika waktu berpuasa. Ditambah pula watak saya iaitu Aidil seorang yang sangat ceria dan aktif, memang banyak menggunakan pergerakan. Jadi apa yang harus saya lakukan adalah kena pandai simpan tenaga. Secara jujurnya saya sendiri seronok dapat menjadi sebahagian daripada Scammer Geng Marhaban, dengan cerita yang mencuit hati ini saya harap dapat menceriakan anda,” ujarnya.


Saksikan Scammer Geng Marhaban bermula 4 Mei di Astro Ria, saluran 104, setiap hari Khamis, jam 11 malam. Penonton juga boleh saksikan secara strim di platform Astro GO ataupun On Demand. Ikuti Instagram, TikTok, Twitter, YouTube dan Facebook Astro Gempak atau layari gempak.com untuk ‘digital extension’ siri ini secara ekslusif selain paparan klip-klip menarik Scammer Geng Marhaban. 

PASANGAN DUO BLOCKBUSTER KEMBALI MELENGKAPKAN TRILOGI ‘POLIS EVO’ DI PAWAGAM MULAI 25 MEI INI | Duo ‘favorite’ ramai, Zizan Razak dan Shaheizy Sam disertai barisan bintang seperti Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Nora Danish, Douglas Lim dan Farali Khan.

Filem aksi blockbuster terlaris Polis Evo kembali untuk melengkapkan triloginya, POLIS EVO 3 yang akan menemui penonton di seluruh pawagam seluruh Malaysia, Singapura, Brunei bermula 25 Mei ini! Polis Evo 3 mengembalikan tunggak utama Zizan Razak sebagai Inspektor Sani dan Shaheizy Sam sebagai Inspektor Khai. ‘Keluarga Polis Evo’ juga bertambah besar apabila disertai nama-nama hebat seperti Sharnaaz Ahmad, Nora Danish, Syafiq Kyle, Douglas Lim, Farali Khan, Fauzi Nawawi, Fezrul Khan dan Eyka Farhana. 

Lebih menarik, Polis Evo 3 turut dijayakan dengan penampilan khas pelakon-pelakon terkenal tanah air seperti Michael Ang, Ben Amir, Wanna Ali, Zulin Aziz, Fauziah Gaos, Ezzaty Abdullah, Iman Corrine Adrienne, Danial Zaini, Radin ERA, Kamaliah Mat Dom, Datin Fadilah Mansor, Daniel Cheang, Isha Norsham ERA dan pempengaruh media sosial Zukieeeee. Tidak ketinggalan, penampilan istimewa oleh Dato’ Afdlin Shauki yang pasti mencuit hati. 

Bermula dengan filem Polis Evo (2015) yang meraih kutipan RM18juta dan Polis Evo 2 (2018) dengan kutipan RM25juta, ia memperlihatkan keupayaan dan garapan berbeza oleh pengarah-pengarah dengan kaliber tersendiri. Polis Evo diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar, Polis Evo 2 diarahkan oleh Joel Soh dan Andre Chiew dan untuk Polis Evo 3 kali ini, pengarah filem pecah panggung, Syafiq Yusof 

mengambil tugas untuk menghasilkan sebuah lagi karya yang bakal menjadi ikonik. Mereka ini adalah pengarah muda berbakat besar. Dihasilkan rumah produksi BlackFlag, buat pertama kalinya juga filem Polis Evo melibatkan gabungan tiga penerbit besar Malaysia iaitu Astro Shaw, Skop Productions dan TGV Pictures. 


Penerbit Eksekutif Polis Evo 3 merangkap Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Perniagaan Melayu Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad, berkata, “Filem francais box-office Polis Evo yang paling dinantikan ramai kini bersedia menemui penonton menerusi sekuel ketiganya. Kelainan Polis Evo 3 kali ini tentunya menampilkan lebih aksi, lebih dramatik, dan mengembangkan ‘keluarga Polis Evo’ melalui watak-watak baru untuk turut bersama dalam perhubungan ‘bromance’ Inspektor Khai dan Inspektor Sani. Di samping itu, Polis Evo 3 turut mengalu-alukan rakan penerbit baru Skop Productions dan TGV Pictures dalam memperkukuhkan lagi strategi penerbitan filem ini. Kami juga akan tampil dengan rangkaian promosi kreatif dengan menjalinkan kerjasama bersama jenama-jenama PUBG MOBILE, serta video pendek khas bersama pempengaruh media sosial bertaraf antarabangsa, Sofyank, di samping inisiatif kreatif bersama rakan-rakan pemamer. Kami harap kemunculan semula selepas lima tahun dapat memberi keterujaan kepada penggemar, penonton dalam dan luar negara serta industri perfileman tempatan.” 


Pengarah Skop Productions, Datuk Yusof Haslam menyatakan rasa teruja berpeluang terlibat dalam filem francais terbesar negara yang dinanti-nantikan penonton. “Astro Shaw telah mewujudkan keserasian dalam bekerjasama dengan Skop Productions melalui filem-filem kolaborasi terdahulu. Sebagai penerbit dan pengkarya seni tentunya kami ingin menghidangkan sesuatu yang berbeza dan sekali gus mampu menepati cita rasa penonton. Polis Evo 3 diarahkan oleh Syafiq Yusof dan kami yakin kemampuan beliau mampu menghasilkan sebuah filem  luar biasa. Nantikan filem Polis Evo 3 dan harapan kami agar karya ini mampu mencipta fenomena tersendiri serta memberi kejutan dalam industri perfileman kita.”

Ketua Pegawai Eksekutif TGV Pictures & TGV Cinemas, Encik Tan Lay Han, “TGV rasa amat berbangga dapat bekerjasama dengan syarikat penerbit perfileman gergasi Malaysia, Astro Shaw dan SKOP Productions, menerusi francais filem blockbuster Polis Evo. Melihat sambutan francais terdahulu, TGV yakin Polis Evo 3 mampu mengulangi dan mencipta kejayaan tersendiri. Kerjasama ini juga adalah sebahagian daripada peranan dan tanggungjawab kami dalam menyokong industri perfileman tempatan dan berharap dapat menjalinkan usahasama sebegini lebih banyak lagi pada masa hadapan."


Polis Evo 3 menyaksikan Inspektor Khai dan Inspektor Sani kembali dengan misi terbaru dan kali ini pasukan mereka disertai Inspektor Dani, Inspektor Julie dan Inspektor Dell yang mempunyai kepakaran berbeza. Keadaan bertambah rumit apabila sasaran seterusnya adalah Inspektor Khai. Persahabatan Inspektor Khai dan Inspektor Sani diuji apabila menyedari suspek yang diburu mempunyai kaitan dengan kisah silam Inspektor Khai. 

Pembelian Tiket Awal Polis Evo 3
Istimewa buat peminat dan penonton, tiket filem Polis Evo 3 boleh mula dibeli pada 11 Mei 2023 di pawagam seluruh negara. Penonton juga boleh menjadi penonton terawal menyaksikan filem ini melalui ‘sneak preview’ pada 24 Mei 2023 – satu hari awal sebelum tarikh tayangan rasmi filem.  



Lagu Tema Filem (OST) 
Lagu bertajuk “AYUH” merupakan lagu ciptaan oleh komposer legenda rap terkenal, Malique atau turut dikenali sebagai Mr General di kalangan peminatnya. Turut ditulis Adeep Nahar dan lirik oleh Malique, Kmy Kmo, Aman Ra, ‘Ayuh’ dinyanyikan oleh gabungan hebat Malique, Kmy Kmo, Aman Ra dan vokal terbaik, Ernie Zakri. Lagu yang berentak ‘up beat’ ini mampu mengajak semua peminat untuk mendengar dan menikmati setiap bait liriknya dari mula hingga ke minit terakhir. Ini merupakan kemunculan pertama nyanyian Malique selepas  enam tahun tidak merakam lagu. 

PUBG MOBILE x Polis Evo 3


Astro Shaw dengan kerjasama permainan mudah alih popular PUBG MOBILE melancarkan acara rentas jenama dalam permainan, PUBG MOBILE x Polis Evo 3. Pemain akan ditawarkan pek suara khas Inspektor Khai dan Inspektor Sani berdasarkan dialog-dialog dari filem Polis Evo 3. Menariknya, kesemua dialog berkenaan disumbangkan sendiri oleh pelakonnya, Shaheizy Sam dan Zizan Razak. 

Selain itu lagu pemain boleh muat turun OST Ayuh dan lagu tersebut akan muncul di ‘lobi’ – permulaan permainan. Penonton boleh saksikan trailer PUBG MOBILE X Polis Evo 3 di semua platform media sosial PUBG MOBILE.

Sofyank X Polis Evo 3
Pempengaruh media sosial bertaraf antarabangsa dan pemenang Gempak Most Wanted Award,  Sofyank yang banyak menghasilkan video kesan khas dengan kemahiran menyunting video telah berkolaborasi dengan filem-filem besar global seperti Ant-Man and The Wasp: Quantumania. Polis Evo 3 juga menjalinkan kolaborasi bersama beliau bagi menerbitkan video pendek Polis Evo 3 yang akan di muat naik di platform media sosial. 


Rakan Radio
Radio ERA selaku radio rasmi dan Sinar, Gegar, Hitz, Mix, Lite dan Zayan turut memberi sokongan padu mereka yang tidak berbelah bahagi bagi menjayakan filem Polis Evo.

Siri Jelajah Polis Evo 3
Buat peminat di luar sana, barisan pelakon Polis Evo 3 akan hadir ke tempat anda melalui siri jelajah pada 26, 27, 28 Mei di Terengganu, Pahang; 3, 4, 5 Jun di Kedah, Penang, Perak; dan 9, 10, 11 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan. Untuk butiran lanjut boleh rujuk di akaun media sosial Astro Shaw dan Astro Gempak. 


Nantikan filem aksi terhebat tahun ini, Polis Evo 3 yang akan berada di pawagam bermula 25 Mei 2023. Gunakan #PolisEvo #PolisEvo3 #PE3 bagi berkongsi pendapat mahupun keterujaan anda tentang filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik Polis Evo 3 di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak. 

********************************

INFO FILEM
Tajuk: Polis Evo 3
Bahasa: Bahasa Melayu
Genre: Aksi / Komedi
Dipersembahkan oleh: Astro Shaw, Skop Productions, TGV Pictures
Penerbit Eksekutif: Raja Jastina Raja Arshad, Datuk Yusof Haslam, Shaheizy Sam, Zizan Razak
Penerbit Penyelia: Kyle Goonting
Syarikat Produksi: BlackFlag 
Penerbit : Joel Soh, Andre Chiew
Pengarah: Syafiq Yusof  
Jumlah Hari Penggambaran: 8 Minggu 
Lokasi Penggambaran: Lembah Klang


BARISAN PELAKON
Shaheizy Sam sbg Inspektor Khai
Zizan Razak sbg Inspektor Sani
Sharnaaz Ahmad sbg Reza
Syafiq Kyle sbg Inspektor Dani
Fara Ali Khan sbg Inspektor Julie
Douglas Lim sbg Inspektor Dell
Nora Danish sbg Anis
Eyka Farhana sbg Yati
Fauzi Nawawi sbg ACP Farouk
Fezrul Khan sbg Inspektor Faizal

TENAGA PRODUKSI 
Pengarah: Syafiq Yusof
Skrip: Kyle Goonting, Joel Soh, Abhilash Chandra, Bernice Low, Anwari Asraf
Pengarah Fotografi: Jordam Chiam
Penyunting: Pai Seang & Nazim Shah
Pereka Busana: Nazirah Ramlan
Solekan Kesan Khas: Eds Arippin
Pereka Produksi: Nazrul Asraff
Penerbit Penyelaras: Nana Azmi


SINOPSIS 

Sebuah letupan di Pulau Pinang yang telah membunuh ratusan mangsa termasuk seorang anggota polis kini dalam siasatan Inspektor Sani dan Khai. Keadaan bertambah rumit apabila mereka menyedari bahawa sasaran seterusnya ialah Khai sendiri! Persahabatan mereka bakal teruji apabila siasatan mereka mendedahkan bahawa suspek letupan tersebut mempunyai kaitan dengan masa silam Khai yang dirahsiakannya selama ini.