Movie Review | Unlocked (2023)

Saturday 18 February 2023


Director:  Kim Tae-joon
Writer: Kim Tae-joon
Cast : Chun Woo-hee, Im Si-wan, Kim Hee-won, Kim Ye-Won, Park Ho-san, Jeon Jin-Oh, Jeon Ik-Ryung
Production Company: Studio N  
Distributors : Netflix 
Genre: Thriller
Running Time: 117 minutes
Release Date: 17 February 2023  
Trailer :


Naskhah thriller dari Korea Selatan mengisahkan tentang Lee Na-Mi (Chun Woo-Hee) yang terjatuhkan smartphone di dalam bas yang dinaiki dalam perjalanan ke rumah. Jun-yeong (Im Si-wan) terjumpa smartphone tersebut lantas memulakan agenda terbarunya untuk mangsa pembunuhan seterusnya. 

Modus operandi Jun-yeong adalah mengumpulkan semua data penting di dalam smartphone sebelum mengumpan mangsa untuk dibunuh. Zaman sekarang memang mudah sangat untuk tahu latar belakang, cara hidup dan status seseorang kerana semua data disimpan dalam aplikasi yang dimuat turun dalam smartphone. 


Macam rakyat Malaysia ada applikasi bank untuk tahu status kewangan dan lifestyle, ada aplikasi MySejahtera untuk tahu status kesihatan, dalam aplikasi Grab pun boleh tahu alamat dan tempat yang kita pergi. Apatah lagi akaun-akaun social media yang kita selalu update setiap hari dan juga aplikasi Whatsapp untuk tahu semua maklumat tentang keluarga dan kenalan. Sekali hacker masuk terus lesap semuanya. 

Sama juga lah dengan kehidupan Na-mi yang hancur setelah spyware dimasukkan ke dalam smartphone dia. Bukan saja dibuang kerja malah dibenci oleh kenalan angkara perbuatan jahat Jun-yeong untuk asingkan mangsanya dari semua orang. Jun-yeong juga boleh lihat semua pergerakan Na-mi melalui kamera smartphone dan juga mendengar dengan jelas semua perbualan melalui speaker. 


Kerana terdapat mangsa yang ditemui ditanam di kawasan hutan, Jun-yeong diburu oleh Detektif Ji-man (Kim Hee-won) yang ditugaskan untuk menyiasat kes pembunuhan bersiri tersebut. Berjaya tak Na-mi diselamatkan oleh Detektif Ji-man, kena tengok lah filem ni. 

Naskhah arahan Kim Tae-joon ini diadaptasikan dari novel Unlocked karya penulisan Akira Teshigawara yang diterbitkan pada April 2017 dan telah diadaptasikan juga kepada filem Jepun berjudul stolen Identity. Nak bandingkaan yang mana lagi syok ataupun naskhah Kim Tae-joon ni diambil sama sperti novel tu memang susah la nak cakap sebab tak baca atau tengok pun karya sebelumnya. 


Yang pastinya buah tangan terbaru dari Kim Tae-joon mempunyai skrip yang kuat namun tercela dengan olahan yang ada masanya goyah. Dekat first half kita boleh tengok macam mana Jun-yeong buat kerja sampai ramai yang jadi mangsa pembunuhan jejaka kacak ni. Mangsa tak ada buat salah pun sebab zaman sekarang memang perlukan smartphone untuk simpan semua data dan silap mereka cuma tercicirkan handphone. Kalaupun tak tercicir boleh jadi Jun-yeong yang cipta situasi untuk perangkap mangsa. 

Bila masuk second half dah mula rimas dengan watak utama sebab akal cetek. Kesilapan pada penulis juga lah sebab tak develop kenapa karakter Na-mi macam tu sedangkan ayah dan kawan baik dia cerdik. Kenapa dia pilih untuk tinggal seorang diri di apartmen tanpa sekuriti juga jadi tanda tanya sedangkan Na-mi rapat dengan ayah dia. 


Sama juga dengan detektif yang lambat bertindak tapi faham lah sebab watak dia ada trauma tersendiri. Dekat sini juga penulis tak kembangkan dengan cantik sampai buatkan kita disconnect dengan beberapa babak tegang dan dramatik. Nasib baik lah ada kawan sekerja (Jeon Jin-Oh) yang fikir rasional. 

Kelakar bila tengok babak Na-mi dengan Jeong Eun-joo (Kim Ye-won) pergi buat police report berkaitan dengan hacker padahal bandar tu dah gempar dengan berita pembunuhan bersiri yang kutip data dari smartphone. Sepatutnya semua balai polis dah kena brief tentang pembunuhan tersebut bukannya ambil mudah dengan setiap laporan. 


Masuk ni kali kedua tengok Im Si-wan berlakon watak psiko lepas filem Emergency Declaration (2022) dan kedua-duanya mengerikan. Dalam naskhah sebelum ini, Si-wan tak dapat screentime yang banyak tapi kali ni dari awal cerita lagi dia dah beraksi hingga ke penghujung. Selain barisan watak utama, lakonan Kim Ye-won juga menyerlah sebagai kawan baik Na-mi walaupun screentime dia terhad. Sebak bila tengok dia tahan perit lepas Na-mi tuduh dia macam-macam padahal mereka berkawan baik dah lama. 

Kalau ikutkan penulis tak perlu pergi jauh sampai install spyware dalam smartphone mangsa pun sebab semua data boleh dikutip dengan mudah melalui social media dan jenayah stalking yang tinggi di Korea Selatan. Tapi okay lah, mungkin penulis nak buat keunikan melalui modus operandi. Overall it was a fun watch. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.6, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.7 = 7.5/10

Nikmati pengalaman hiburan keluarga dan nilai terbaik di Astro

Friday 17 February 2023

Semuanya ada untuk setiap ahli keluarga di Astro kerana para pelanggan boleh menikmati nilai maksimum dan menstrim hiburan tanpa henti dengan pilihan daripada lebih 135 saluran, sukan secara SIARAN LANGSUNG dan semua kegemaran mereka di Astro Originals. Dengan akses kepada sehingga lapan aplikasi penstriman termasuk Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO, iQIYI dan Astro GO, para pelanggan boleh menikmati kandungan terbaik dari seluruh dunia!

Para pelanggan boleh menantikan pelbagai program terhangat yang memenuhi keperluan semua ahli keluarga – daripada Astro Original, Projek: High Council yang dibintangi Mierul Aiman, Nadhir Nasar, Amir Ahnaf, Naim Daniel dan banyak lagi; dan rancangan tempatan akan datang seperti rancangan komedi muzikal, UBI SUPERSTAR LIVE (23 Feb) yang dibintangi UBI, kumpulan pemenang rancangan pertandingan Muzikal Lawak Superstar 3; dan rancangan anugerah, Gempak Most Wanted Awards 2023 (26 Feb) yang menampilkan semua pelakon, penyanyi dan pempengaruh media sosial kegemaran anda.

Bukan itu sahaja - sebagai Home of Sports, para pelanggan akan dapat menikmati pelbagai sukan tahun ini yang menarik termasuk semua perlawanan Liga Malaysia yang menyeronokkan, pasukan kegemaran anda dalam Premier League, perlumbaan paling mendebarkan dalam MotoGP, perlawanan tenis terbaik dalam ATP Tours, semua kejohanan PGA Golf, pertarungan UFC yang mendebarkan dan banyak lagi.

Lebih menarik, para pelanggan juga akan dapat menstrim semua rancangan terbesar pada aplikasi penstriman global melalui peranti pilihan mereka; sama ada pada TV skrin besar atau on-the-go melalui aplikasi mudah alih mereka:

Netflix: Musim ke-4 siri thriller psikologi popular, You; rancangan bergenre romantik Korea, Love to Hate You; dan rom-com lakonan Reese Witherspoon dan Ashton Kutcher, Your Place or Mine

Disney+ Hotstar: Black Panther: Wakanda Forever (Marvel); dan kandungan kegemaran tempatan, Special Forces Anarchy

HBO GO: Drama bersiri pasca-apokaliptik dari Amerika, The Last Of Us; dan adaptasi rancangan temu janji popular, The Bachelor Indonesia

iQIYI: Semua episod drama Cina, My Lethal Man dan The Knockout; dan drama romantik, Perfect Mismatch

Aplikasi penstriman lain yang ada di Astro termasuk BBC Player, TVBAnywhere+ dan beIN SPORTS CONNECT serta lebih banyak aplikasi seperti Viu dan Zee5 yang akan datang tidak lama lagi.

Para pelanggan boleh menikmati kandungan terhebat ini dengan memilih Pek TV Astro yang sesuai dengan keperluan hiburan mereka. Mereka akan dapat menikmati diskaun tambahan, rebat dan banyak lagi untuk masa yang terhad seperti saluran percuma dan akses kepada Astro GO+ untuk 4 tontonan serentak dan 1,500 jam Cloud Recording*.

Para pelanggan yang berminat boleh layari astro.com.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang semua Pek kami dan terokai promosi semasa.

*Tertakluk pada terma & syarat. Diskaun, rebat dan akses percuma kepada saluran dan Astro GO+ bergantung pada pakej yang dilanggan. 


Luluh diri apabila diduakan, apatah lagi jika diduakan dengan sahabat baik sendiri. Begitulah nadi penceritaan ‘Isteri Halal’ yang memaparkan pendustaan dalam mahligai perkahwinan serta rahsia silam antara dua keluarga. Penceritaan sepanjang 60 episod ini menceritakan kisah percintaan Adellea dengan Zayn yang ditentang oleh ibu bapa Adellea berdasarkan jurang harta dan kekayaan. Demi cintanya, Adellea sanggup meninggalkan kemewahan hidupnya dan mengkhianati pilihan keluarganya untuk melayari bahtera perkahwinan dengan jejaka miskin yang tidak mempunyai status sosial yang tinggi.  

Namun tragedi menimpa apabila bapanya jatuh sakit dan memerlukan perhatian. Nekad untuk menebus kesalahannya, Adellea kembali ke pangkuan keluarganya bersama-sama suaminya. Namun kepulangan Adellea mengundang seribu satu dugaan termasuk kancah pendustaan yang terjadi di antara suaminya dengan sahabat baiknya, Eyra yang menyimpan perasaan cinta terhadap Zayn selama ini. Situasi menjadi lebih tegang dengan hadirnya Daniel.


Dengan pelbagai dugaan mendatang, mampukah Adellea mengharungi segalanya dan menyelamat perkahwinan yang telah menjadi nadi hidupnya buat sekian lama?

Dibawah arahan pengarah berkredibel, Uchee Fukada serta terbitan Radius One, drama yang penuh dengan saspens dan permainan emosi ini dibintangi Uqasha Senrose sebagai Eyra, Aidit Noh sebagai Zayn, Nazim Othman sebagai Daniel dan Isyariana Che Azmi sebagai Adellea. 

Keistimewaan drama kali ini memaparkan watak antagonis dibawa oleh pelakon jelita Uqasha Senrose yang jarang sekali dibawanya dalam drama-drama rantaian. Nazim Othman pula menambahkan kehangatan naratif ‘Isteri Halal’ dengan watak lelaki yang dipenuhi dengan hasad dengki dan cemburu.

‘Isteri Halal’ akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula 27 Februari 2023, jam 6.00 malam secara eksklusif melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel. Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati drama ini di Astro.

PETIKAN KENYATAAN RASMI 

Norzeha Mohd Salleh - Ketua Saluran Astro Ria

“Buat julung kalinya, slot drama Tiara akan bersiaran menerusi Astro Ria. Posisi Astro Ria sebagai destinasi drama utama di negara kita diperkukuhkan lagi dengan kehadiran slot Tiara dan kami turut mengambil kesempatan ini untuk memperkasakan lagi kualiti dan tayangan drama rantaian di Astro Ria agar kekal relevan dan kompetitif dengan penyiar-penyiar serta platform-platform penstriman yang lain.
Malah kedudukan Astro Ria sebagai saluran utama kandungan Melayu turut akan diperkuatkan dengan kehadiran slot yang telah menyiarkan antara drama-drama terhebat di negara kita seperti ‘Dendam Seorang Isteri’, ‘Takdir Cinta Dhia’ dan ‘Jesnita’. Lantas kehadiran slot ini pastinya akan memperluaskan demografik penonton di saluran ini. 

Kami berbangga membawakan ‘Isteri Halal’ sebagai pembukai tirai Tiara di Astro Ria. Malah pertaruhan kali ini melihat gabungan watak-watak antagonis hebat. ‘Eyra’ merupakan watak antagonis pertama Uqasha Senrose untuk drama rantaian di Astro. Kami berharap dengan  kelainan dalam lakonan Uqasha mampu memukau malah mencetus pelbagai reaksi emosi di kalangan para penonton. Kami juga memaparkan Isyariana Che Azmi sebagai protagonis wanita kami dan semestinya kami teruja melihat penampilan sulung Aidit sebagai  pemeran utama slot Tiara serta lakonan Nazim Othman yang telah memberikan impak mendalam terhadap penceritaan ‘Isteri Halal’. 


Pengarah hebat, Uchee Fukada kembali menggalas tugas sutradara di slot Tiara. Ternyata Uchee mempunyai sentuhan istimewa dalam memperkasakan drama yang mengangkat peranan wanita sebagai nadi penceritaan. Dengan gandingan mantap, garapan hebat serta penceritaan berkesan, kami tidak sabar untuk melihat ‘Isteri Halal’ membawa kesinambungan sukses slot Tiara di Astro Ria.”

Uchee Fukada - Pengarah Drama ‘Isteri Halal’

“‘Isteri Halal’ merupakan projek pertama saya bekerjasama dengan Isyariana dan Uqasha. Manakala saya telahpun bekerja dengan Nazim dan Aidit. Namun gabungan ini merupakan gabungan pertama mereka tetapi chemistry yang ditunjukkan bagaikan mereka sudah lama berkerja bersama.  Alhamdulillah, tiada masalah apa jua dan sebarangan isu kami senang berbincang serta menyelesaikannya secepat mungkin. Semua memahami kehendak karakter yang diberikan dan mereka mudah sahaja menyebatikan jiwa mereka dengan watak masing-masing. 

Cabaran utama drama ini adalah drama ini merupakan sebuah drama adaptasi. Ia agak mencabarkan dalam usaha untuk gabungkan drama dari Filipina ini yang dibuat pada sekitar 2003-2004 dengan arus perubahan yang ada pada 2023. Saya harus bijak menyelit elemen-elemen lokal yang kena dengan dekad yang kita kini berada. Walaupun diadaptasi dari Filipina, budaya tempatan haruslah kami tampilkan agar relevan di kalangan para penonton kita. Bukan itu sahaja, drama ini turut menampilkan empat pelakon utama yang hebat di samping barisan pelakon dukungan yang mantap. 


Setiap drama pasti ada pengajaran yang ingin disampaikan. Tujuan utama drama dibuat adalah untuk membuka mata penonton bahawa hidup tidak selalunya indah. Janganlah sekali mengambil lelaki orang mahupun meruntuhkan rumahtangga orang lain. Sebagai manusia, kita percayakan orang tetapi janganlah 100 peratus.” 

PECAHAN WATAK DRAMA ‘ISTERI HALAL’

Uqasha Senrose sbg Eyra
Aidit Noh sbg Zayn
Isyariana Che Azmi sbg Adellea
Nazim Othman sbg Daniel
Sahronizam sbg Aziz
Sharmaine Farouk sbg Suraya
Amylea Azizan sbg Noor
Amirul Asyhwad sbg Nabil
Shahidan Izwan sbg Aqil
Qazeem Nor sbg Arif

LOGLINE DRAMA ‘ISTERI HALAL’

Kisah Adellea yang meninggalkan keluarganya untuk berkahwin dengan Zayn, seorang lelaki dari keluarga miskin. Perkahwinan mereka memisahkan Adellea dari keluarganya, namun keuzuran Aziz dan Suraya membawa Adellea pulang untuk menjaga mereka. Zayn yang mula terabai tewas dengan godaan Eyra.

SINOPSIS DRAMA ‘ISTERI HALAL’

Adellea merupakan anak perempuan Tuan Aziz, seorang usahawan yang berjaya. Harapan Tuan Aziz untuk mengahwinkan anaknya dengan calon pilihannya musnah apabila Adellea membawa pulang calon pilihannya; Zayn, seorang lelaki dari keluarga miskin. Penyatuan yang mendapat tegahan keluarga Adellea ini membawa kepada kedua-dua mereka melarikan diri untuk mendirikan rumah tangga bersama, sekaligus terputus hubungan Adellea dengan keluarganya. Setelah sekian lama berjauhan, Adellea dan Zayn pulang apabila berita tentang keuzuran Aziz kedengaran. Adellea berazam untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada Aziz. Zayn pula semakin terabai apabila isterinya jarang bersamanya, ini membuka peluang pada Eyra – kawan baik Adellea sendiri – untuk mendekatkan diri dengan Zayn. Tindakan mereka membuatkan mereka tewas pada godaan, dan kini terjerumus dalam kancah selingkuh.

Makan Tengahari di Restoran Nasi Mak Ngah

Thursday 16 February 2023


Sejak dari tahun 2018 lagi memang suka makan tengahari dekat warung Nasi Mak Ngah, sebelum ni pernah update lunch dekat warung yang terletak di tepi jalan dekat simpang empat besar. Nak makan dekat situ memang beratur panjang lah kalau pergi masa peak hour sebab ramai peminat Nasi Mak Ngah ni. Kalau pergi lambat, memang sadaqallahulazim lah cerita dia. 

Disebabkan ramai peminat Nasi Mak Ngah, tak kisah lah hari biasa ataupun masa pandemik, Mak Ngah buat keputusan untuk buka restoran tak jauh dari warung dia. Menu yang sama cuma tempat makan lebih selesa. 

Kiranya kalau nak tapau boleh beli dekat warung dan untuk yang nak makan boleh makan dengan selesa di restoran. Nak parking pun senang dekat area sini. 




Sebagai manusia yang malas masak, Restoran Nasi Mak Ngah ni memang life savior lah. Dekat restoran ni pun Mak Ngah tambah beberapa menu macam nasi kerabu, nasi ayam dengan bakso. Masa pergi haritu kitorang order set lele penyet dengan set nasi ayam janda. 


Walaupun dah buka restoran, harga barang dah naik, menu yang dijual tetap sama harganya dari dulu :')

Kalau pergi sini memang aim ikan keli je sebab mak ngah goreng garing jadi tak melugai bila makan. Tempe pun goreng garing, bila makan tu krup krap dalam mulut. Nasib baik dah makan kenyang masa tu sebab ikutkan nafsu, nak tapau satu plastik tempe goreng bawa balik. Asam pedas Mak Ngah antara menu wajib makan sebab resipi dia kena dengan selera. 


Kalau makan Nasi Mak Ngah ni tak pernah lagi tak tersandar kekenyangan. Bersyukur betul Mak Ngah stay dekat area sini je tak pergi mana. Semoga stay lah sampai bila-bila dan kualiti makanan pun tak berubah sampai bila-bila.

Sid-Kiara, Ab Booking Permanent Ho Gayi

Wednesday 15 February 2023

 

Masa tengok Koffee With Karan tahun lepas KJo dah bagi hint yang Sid Malhotra dengan Kiara Advani nak kahwin tahun ni tapi tak ada kenyataan rasmi pun dari kedua-dua belah pihak. Jangkan tentang kahwin, relationship tengah bercinta pun tak didedahkan langsung tapi nampak lah cara masing-masing tu macam mana. 

Tup tup hujung Januari dapat tahu Sid dengan Kiara dah pergi fitting dan book Istana Suryagarh di Rajashtan untuk majlis perkahwinan diorang pada 7 Februari 2023. Of course it's a great news sebab dah lama suka dengan Sid dan Kiara dalam movie Shershaah (2021). Dalam filem tu tak dapat berkahwin tapi di dunia realiti Sid dengan Kiara macam pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan. Comel sangat Sid dengan Kiara release gambar kahwin diorang dengan caption 'Ab booking permanent ho gayi sebab dialog tu dari filem Shershaah. 

Bukan dari segi fizikal yang cantik dan segak saja malah perangai pun lebih kurang sama. Both of them jenis keep circle small dan sensitif orangnya. Bukan jenis artis yang suka buat kontroversi semata untuk promosi filem, jenis kawan memang genuine dan bukan untuk kepentingan sendiri semata. 

Kalau sebelum ni Sid kecewa dengan relationship bersama Alia Bhatt, kali ni Sid jumpa Alia Advani yang lebih matang dan happy dengan dia. Majlis perkahwinan Sid Malhotra dengan Kiara Advani antara yang dinantikan oleh banyak pihak selain peminat sebab kesemua anak Karan Johar yang debut dalam filem Student Of The Year (2012) dah berkahwin. Time flies....





Bila tengok majlis berinai Sid dengan Kiara, boleh nampak lah kenapa ramai selebriti suka pilih pakej perkahwinan di Rajashtan. Dah la cantik hiasannya, nak bergambar pun ada banyak backdrop dan sudut cantik. 

Memandangkan Sid dan Kiara buat majlis tertutup di Rajashtan, sebaik saja habis di sana, ada majlis resepsi untuk rakan artis dan selebriti di St. Regis, Mumbai pada 13 Februari. Ramai yang excited sebab boleh tengok selebriti yang datang sambil judge outfit semua tetamu. 

Pengantin nampak berseri sangat walaupun I tak gemar dress monochrome sutera yang dikenakan oleh Kiara. Memandangkan Manish Malhotra yang sponsor pakaian pengantin dari majlis tunang, kahwin dan resepsi jadi akur je lah dengan permintaan penaja walaupun geram tengok choker gedabak berwarna emerald pada Kiara. Sid pakai apa pun handsome. 

Sid-Kiara dengan keluarga

Sepanjang majlis resepsi ni terkejut tengok love language Sid sebab sebelum ni masa dia bercinta dengan Alia, dia nampak diam sampai orang ingat PR tactic untuk promote filem Kapoor & Sons (2016). Dalam semua gambar, tangan Sid tak lepas langsung dari Kiara. Tengok pandangan mata dia pun tak putus tengok Kiara. He's definitely in love. 

Team tak bawa partner - Ranveer Singh, Shilpa Shetty, Vicky Kaushal, Gauri Khan, Bebo, KJo, Alia Bhatt & Neetu Kapoor

Ramai juga artis yang datang majlis resepsi dan impian semua orang jadi kenyataan bila Alia Bhatt dan Varun Dhawan datang ke majlis resepsi Sid dan Kiara. Walaupun tak ada gambar lengkap trio students bersama Karan Johar tapi happy lah dapat tengok diorang dalam satu majlis. 

Alia datang dengan mak mertua, Neetu Kapoor sebab Ranbir Kapoor tengah sibuk dengan shooting untuk filem Animal. Vicky Kaushal pun datang seorang sebab Katrina Kaif sibuk dengan penggambaran Tiger 3. 

Team Bawa Partner - Kajol-Ajay Devgnm Ritesih-Genelia Deshmukh, Varun Dhawan-Natasha Dalal, Rakul Preet-Jacky Bhagnani, Neha Dhupia-Angad Bedi & Vidya Balan-Siddharth Roy Kapoor

Suka sangat tengok Rakul Preet pada malam resepsi tu sebab dia glowing sangat. Rasanya first time dia buat official appearance dengan Jackky Bhagnani lepas umumkan pertunangan diorang tahun lepas. Tak lama lagi turn diorang la pulak kot. 














Majlis ketiga ialah resepsi untuk keluarga dan kawan rapat di Mumbai juga. Paling suka tengok bridal dress ni sebab sesuai dengan skin tone Kiara. Terserlah betul identiti Manish pada lehenga berwarna emas ni. 

“Our stunning bride embraces extravagant glamour in our artistic ombre lehenga, personalised to make more than just a statement, featuring meticulous handwork that took 4000 hours to craft. A striking gold-to-silver transition, 98000 sparkling Swarovski crystals are paired with our haute couture stole with marabou feather detailing.” - Manish Malhotra

Sampai sekarang masih lagi tak berhenti tetamu dari kedua-dua majlis share gambar perkahwinan Sid Malhotra dan Kiara Advani. Masa tengok video majlis kahwin Sid dengan Kiara di Rajashtan tu pun terharu sebab dreamy sangat. Siap guna lagu Ranjha dari filem Shershaah. Boleh kata filem Shershaah special di hati Sid-Kiara dan juga fans.  

Lepas ni makin ramai lah yang nak bekerja dengan pasangan baru di Bollywood ni. Hopefully Karan Johar dah cari skrip filem dengan genre romantic comedy atau romantic drama untuk Sid dengan Kiara. Shaadi Mubarak Sid & Kiara, have a happy marriage life. 


Tidak lekang daripada mulut para netizen setelah menunjukkan bakat komedi kreatif mereka menerusi Muzikal Lawak Superstar musim ketiga, kini kumpulan pelawak yang sedang meningkat naik, UBI membawa lawak jenaka berirama mereka ke rancangan komedi terbaharu Astro Warna, UBI SUPERSTAR LIVE.

Sukses yang dikecapi UBI setelah menjuarai Muzikal Lawak Superstar musim ketiga telah melahirkan sebuah fenomena baharu dalam industri komedi tanah air. Kumpulan UBI mencipta satu standard yang tinggi di kalangan kumpulan pelawak Malaysia dengan sketsa-sketsa mereka sehingga menjadi tular di pelbagai platform media sosial. 


Gabungan serasi di antara Fad dan Sharif Zero, bintang terkenal yang sudah lama menempah nama dalam industri komedi bersama dengan bakat baharu, Namie sebagai kumpulan UBI membuatkan para penonton tidak sabar untuk melihat mereka beraksi sekali lagi di atas pentas. Para penonton kini boleh menyaksikan sisi-sisi lawak mereka yang lebih dalam rancangan realiti terbaharu yang memaparkan sketsa mereka dalam durasi yang lebih panjang.

UBI SUPERSTAR LIVE menampilkan ketiga-tiga ahli kumpulan UBI bersama dengan dua pelawak ternama iaitu Shuib dan Ajak dalam sebuah persembahan sketsa komedi muzikal yang berlangsung secara LIVE sebanyak empat episod. 

Shuib kembali ke pentas LIVE komedi di Astro. Lantas penampilan pelawak terkemuka ini pastinya akan menarik para peminat sedia ada yang menunggu dirinya kembali ke pentas komedi. Dengan pengalaman bertahun lamanya, sudah pastinya Shuib mampu menambahkan lagi elemen spontan dalam jenaka mahupun lakonan dalam mengemudi UBI SUPERSTAR LIVE bersama. Manakala kehadiran Ajak pastinya akan menambahkan lagi kemantapan persembahan mingguan UBI SUPERSTAR LIVE dengan pengalamannya sejak menjadi peserta Raja Lawak. Cara penyampaian Ajak yang berbentuk nasihat sambil berjenaka turut merupakan pembaharuan serta keunikan yang mampu dibawakan menerusi siri kali ini. Malah, kepelbagaian dibawakan UBI, Shuib dan Ajak pasti menggamat lagi musim pertama UBI SUPERSTAR LIVE.


Bertepatan dengan tagline mereka ‘diam-diam ubi berisi’, persembahan sketsa daripada kelima-lima ahli memaparkan isu-isu kemasyarakatan dan nilai moral yang dapat memberi pengajaran berguna kepada para penonton.

Antara tarikan utama rancangan ini adalah penampilan rakan-rakan selebriti yang berbeza pada setiap minggu serta ramai lagi tetamu-tetamu undangan istimewa yang akan membuat kemunculan berdasarkan sketsa-sketsa yang dilakukan. 

Penggunaan Live Props dalam sketsa-sketsa mereka juga merupakan tarikan rancangan ini yang dibawa kembali daripada Muzikal Lawak Superstar musim ketiga kerana merupakan salah satu prop yang digemari para penonton. Para penonton pada kali ini pasti akan lebih teruja untuk menyaksikan lagak ngeri Fad, Sharif Zero dan Namie yang bakal bertembung dengan Shuib dan Ajak di atas pentas yang sama, membawa bakat dan karakter masing-masing yang dipenuhi idea luar daripada kotak. 


UBI SUPERSTAR LIVE akan bersiaran secara langsung mulai 23 Februari 2023, setiap Khamis, jam 9.00 malam dan akan ditayangkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 107). Untuk pilihan yang fleksibel, para penonton turut boleh strim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO. Tambah menarik buat peminat kumpulan UBI serta Shuib dan Ajak, UBI SUPERSTAR juga akan mengadakan satu episod istimewa raya iaitu UBI SUPERSTAR RAYA yang akan mempersembahkan pentas muzikal komedi berkonsepkan Hari Raya Aidilfitri. 

Dapatkan Pek Premium 1 untuk penjimatan hebat dengan hanya RM 99.99 sebulan untuk enam bulan pertama. Whatsapp “NAK ASTRO” ke 03-9543 3838 untuk menikmati rancangan hiburan ini di Astro.

KENYATAAN RASMI KETUA SALURAN ASTRO WARNA - NORZEHA MOHD SALLEH


“UBI merupakan antara kumpulan pelawak yang ramai segani dalam industri komedi. Sejak penampilan mereka menerusi Muzikal Lawak Superstar musim ketiga, nama mereka tidak lelah daripada mulut para penonton dan sering diminta untuk beraksi sekali lagi di atas pentas komedi. Kini,  pihak Astro dengan gembiranya akan mempersembahkan sebuah rancangan untuk menyerlahkan lagi bakat mereka dalam industri ini iaitu UBI SUPERSTAR LIVE. 

Kami sangat berbangga kerana menerusi rancangan sebegini, kami dapat melahirkan bakat baharu seperti Namie yang mempunyai kehebatan versatil. Daripada jenakanya yang kreatif sehingga ke nyanyiannya yang memukau ramai penonton. Tidak kurang hebatnya dengan Fad dan Sharif Zero yang sangat serasi dan bijak dalam menarik perhatian para penonton dengan sketsa-sketsa yang kreatif.  Para penonton pasti tidak sabar untuk menyaksikan UBI sekali lagi di atas pentas komedi menerusi rancangan ini.


Kali ini, bukan UBI sahaja yang akan mempersembahkan sketsa secara standalone. Kami temukan mereka dengan Shuib dan Ajak, pelawak tersohor negara yang sudah terpahat di hati rakyat Malaysia di atas pentas komedi yang sama. Para penonton perlu saksikan gelagat mereka berlima yang penuh dengan lawak masing-masing dalam pelbagai sketsa yang menarik termasuk nyanyian dan lakonan mereka. Malah kali ini sketsa-sketsa yang akan dipersembahkan adalah yang paling hebat daripada mereka. 

Seperti mana yang kita tahu, rancangan komedi Astro Warna sering menampilkan artis-artis tersohor negara sebagai artis jemputan. Format ini turut dikekalkan dalam UBI SUPERSTAR LIVE di mana setiap episod akan menampilkan artis-artis daripada pelbagai bidang termasuk penyanyi, pelakon dan sebagainya. Kami juga akan membawa tetamu-tetamu undangan istimewa yang pasti akan mengejutkan para penonton. Jika ingin tahu dengan lebih lanjut, jangan lupa janji kami pada 23 Februari ini.


Akhir kata, kami berharap rancangan ini mampu memberi keseronokan dan hiburan kepada semua penonton seperti mana mereka menikmati rancangan-rancangan komedi kami. Kami juga berharap rancangan ini mampu menyerlahkan bakat masing-masing yang masih terpendam kepada para penonton serta memberi inspirasi kepada mereka yang ingin mengorak langkah dalam industri yang sama. Yang pastinya, para penonton mesti tidak akan berhenti ketawa bersama mereka.”