Fully Vaccinated!

Tuesday 3 August 2021

Sebelum ni dah membebel panjang dekat dalam entry First Dose Pfizer, so kali ni nak sembang pendek je sebab tak ada cerita sangat pun. Masa first dose tu terpaksa masuk office dulu sebelum pergi vaksin sebab ada kerja urgent nak kena submit hari tu jugak. Kali ni sebelum pergi ke Sunway Pyramid Convention Centre duduk rumah je. 

Banyak kali jugak lah check kad vaksin ada ke tak dalam handbag sebab kad tu penting. Dah kena pesan jangan hilangkan dan bawa masa dos kedua. Dah book grab, dah sampai dekat tingkat 3 terus pegang kad vaksin tu. Masuk je dekat laluan utama tu staff PPV dah check betul ke appointment bertarikh 2 Ogos 2021. 

Masa first dose tu memang ramai sangat orang dan staff PPV dengan askar wataniah tapi kali ni agak sunyi lah sebab hall yang besar tu tak ada ramai orang. Dah update profile, dah check-in MySejahtera, terus je masuk hall untuk ke Kaunter 2. Bila staff tu check MySejahtera dia tanya dah habis tempoh kuarantin dah ke? Pelik kenapa dia tanya sedangkan tak kuarantin pun. 

Baru teringat minggu lepas ada buat swab test PCR sebab nak masuk kerja dekat office balik lepas seminggu WFH. Since law firm tergolong dalam kelompok essential business especially my department; corporate department yang banyak liase dengan company so tak pernah lagi merasa WFH. Pernah la masa PKP 1.0 tapi yang tu memasing blur lagi dengan konsep lockdown dan WFH so kitorang banyak main Plato pastu tengok movie. Kitorang tu maksudnya satu department haha 

Kenapa buat WFH tiba-tiba? Sebab managing partner nak tengok keberkesanan dan efficiency corporate department bila bekerja dari rumah. Mampu ke tak mampu, banyak tidur ke banyak buat kerja. Kira macam covid drill lah. Berjaya ke tak corporate department untuk WFH? Tskkkk haruslah tak sebab banyak bundle kena print submit dekat court dengan opponent lawyer. Agreement nak kena hantar stamping lah, submit dekat client lah. 

Back to vaccine story, I bagitahu buat PCR sebab saja-saja je sebelum masuk office so tak ada perintah untuk kuarantin pun dari doktor. So boleh lah proceed ke Kaunter 3 untuk consult dengan doktor sebelum cucuk vaksin. Since dah dos kedua so memasing dah familiar lah dengan soalan. Even sticker hijau dekat IC pun tak buang lagi. Senang kerja doktor lekat je sticker hijau lagi satu then proceed ke Kaunter 4. 

Pergi sana terus je masuk jumpa nurse untuk cucuk dos kedua Pfizer. Kali ni dapat nurse dah berusia so dia cucuk lembut je tak macam first dose haritu. Tak rasa sakit pun tapi nampak la vaksin tu kena cucuk habis masuk dalam. I tak rakam atau ambik gambar pun sebab 0.3ml sikit je so proses dia cepat berbanding AZ. Tak lah, sebenarnya I malas haha

Masa nurse tu tengok IC dia tanya kenapa nama I susah nak pronounce? Kenapa tak letak nama Siti ke Aminah ke Fatima ke. Actually tak lah susah pun nak pronounce Nu-Ra-In ataupun Nur-Ain. Yang penting jangan pronounce Nu-Rain Farhana, memang pelik lah jadinya. 


Dah settle cucuk terus ke Kaunter 5 untuk update kad vaksin dan sistem dalam MySejahtera. Dia cakap dalam tempoh sejam atau 2 jam, sijil selesai vaksin akan muncul. Lepas ni dah boleh pergi bercuti katanya. Nak balik kampung je ni lepas dah dapat dos kedua. Last step, pergi ke Kaunter 6 untuk self-monitor selama 15 minit. Then balik je lah sebab tangan kiri dah start rasa lenguh. 

Walaupun booth dekat Sunway cantik macam yang Fazura bergambar tu tapi malas lah nak beratur panjang-panjang sampai 3 lapis barisannya lepastu tak ada orang nak ambil gambar pulak tu. Sudahnya balik rumah je bergambar macam dekat dalam poster tu. 

Harini pergi klinik untuk ambil MC sebab tangan kiri dah start lenguh teruk lepastu badan rasa panas sikit. Dah makan ubat yang doktor bagi, Alhamdulillah sekarang dah hilang lenguhnya. Esok masuk kerja macam biasa hihu

p/s : Tahniah kepada yang dah dapat dos pertama dan dos kedua. Yang tak dapat lagi boleh call walk-in PPV :)

Klik gambar untuk baca lebih banyak artikel kesihatan di Hello Doktor

Tahukah anda, penerima vaksin COVID-19 tidak digalakkan untuk melakukan senaman berat selepas suntikan? Ini kerana terdapatnya risiko untuk mengalami radang otot jantung atau miokarditis, salah satu kesan sampingan yang amat jarang berlaku kepada individu yang mengambil vaksin COVID-19 jenis MRNA.

Risiko ini juga lebih tinggi dalam kalangan orang muda yang berusia 30 tahun ke bawah. Golongan ini juga tidak digalakkan untuk melakukan senaman berat seperti berenang, berbasikal, angkat berat dan sebagainya seminggu selepas menerima vaksinasi.

Tetapi, mengapa kita ditegah untuk melakukan senaman berat selepas mengambil vaksin? Mari ikuti kupasannya di bawah.

Mengapa tidak boleh bersenam selepas menerima suntikan?


Pada 3 Julai lalu, negara jiran kita, Singapura, digemparkan dengan berita kematian seorang remaja berusia 16 tahun hanya beberapa hari selepas menerima vaksin Pfizer-BioNTech. Menurut laporan tersebut, jantung remaja berkenaan terhenti ketika sedang melakukan senaman mengangkat berat.

Kementerian Kesihatan Singapura masih menyiasat sama ada ia berlaku disebabkan miokarditis iaitu penyakit radang otot jantung. Namun, punca sebenar kejadian ini masih dalam siasatan. Menurut CDC, sejak April 2021, banyak kesan sampingan vaksin yang telah dilaporkan. Salah satunya ialah risiko untuk mengalami radang otot jantung (miokarditis dan perikarditis) setelah menerima vaksin COVID-19 seperti Pfizer-BioNTech dan Moderna.

Walau bagaimanapun, miokarditis dan perikarditis selepas suntikan COVID-19 amat jarang berlaku. Setakat 12 Julai 2021, sebanyak 1,047 laporan miokarditis atau perikarditis dalam kalangan orang dewasa berusia 30 tahun ke bawah telah diterima. Kebanyakan kes ini dilaporkan selepas pesakit menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis mRNA.

Setakat ini, CDC dan FDA telah mengesahkan 633 laporan miokarditis dan perikarditis selepas suntikan vaksin. Namun, kaitan antara dua kondisi ini dengan vaksin COVID-19 masih berada dalam siasatan. Kes radang otot jantung didapati lebih banyak berlaku kepada lelaki yang berusia 16 tahun ke atas. Selain itu, ia juga lebih kerap terjadi kepada mereka yang menerima dos kedua vaksin COVID-19.

Miokarditis atau perikarditis juga akan dikesan beberapa hari selepas pesakit menerima vaksin. Walau bagaimanapun, pesakit yang menerima rawatan akan sembuh dengan cepat selepas rehat yang mencukupi. Malah, mereka juga boleh melakukan aktiviti harian dengan normal selepas simptom yang dialami berkurangan.

Apakah simptom radang otot jantung?

Jika anda risau mengenai miokarditis atau perikarditis, pastikan anda sentiasa berjaga-jaga dengan simptom seperti:

  • Sakit dada.
  • Sesak nafas.
  • Degupan jantung yang kuat.
  • Rasa letih dan penat.
  • Rasa hendak pitam.
  • Bengkak pada kawasan tangan, kaki dan buku lali.
  • Pengsan

Jika anda mengalami simptom di atas, jumpa doktor dengan kadar yang segera.

Miokarditis atau perikarditis merupakan satu kondisi yang sukar untuk dikesan kerana ketiadaan simptom. Selalunya, simptom yang pesakit alami merupakan tanda penyakit lain seperti serangan jantung.

Di Malaysia, masih belum ada sebarang kes radang otot jantung selepas vaksinasi yang dicatatkan. Malah, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah juga memaklumkan tiada kes miokarditis dan perikarditis yang diterima oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan melakukan senaman berat selepas menerima vaksinasi. Jika boleh, berehatlah sehingga anda benar-benar sihat.

Vaksin COVID-19 telah disahkan selamat dan efektif. Malah, jutaan manusia di seluruh dunia telah menerima vaksin ini tanpa sebarang kesan sampingan. Pada waktu artikel ini ditulis, hampir 9,570,974 rakyat Malaysia telah menerima dos pertama vaksin COVID-19.

Adakah saya masih perlu mengambil vaksin?

Jawapannya adalah ya. Vaksinasi merupakan satu komponen yang penting untuk mengelakkan sebarang masalah kesihatan, hospitalisasi dan kematian disebabkan wabak COVID-19. Jika anda telah menerima vaksin dos pertama, anda perlu mengambil dos kedua kecuali mendapat arahan khas daripada doktor.

Untuk pengetahuan anda, vaksin mempunyai kebaikan yang lebih besar berbanding risikonya, termasuklah risiko radang otot jantung. Malah, kesan sampingan vaksin bukanlah perkara baharu. Vaksin AstraZeneca juga dikatakan boleh menyebabkan pembentukan darah beku. Namun, kesan sampingan ini juga amat jarang berlaku.

Ingatlah, jutaan vaksin yang telah diberikan kepada rakyat Malaysia terbukti berkesan dan boleh menyelamatkan nyawa. Oleh sebab itu, jangan sesekali memilih vaksin dan ambil imunisasi secepat mungkin mengikut jadual yang ditetapkan.

Ubah rutin senaman selepas vaksinasi

Jika anda suka bersenam, cuba ubah rutin anda kepada senaman yang lebih ringan. Tunggu sekurang-kurangnya seminggu sebelum menyambung rutin seperti sediakala. Walau bagaimanapun, jika anda alami kesan sampingan vaksinasi seperti demam, batuk, selesema dan sebagainya, rehatlah sebentar dan beri masa untuk badan anda pulih sepenuhnya.

Mungkin anda akan rasa sedih kerana terlepas sesi senaman anda setiap hari, namun tidak ada gunanya untuk terus memaksa diri ketika sakit. Seperti ubat-ubatan yang lain, vaksin juga mempunyai kesan sampingannya yang tersendiri. Namun, itu bukanlah alasan untuk tidak mengambil vaksin.

Sebagai rakyat yang bertanggungjawab, kita haruslah mengambil vaksinasi untuk melawan virus COVID-19. Jika bukan kita, siapa lagi?

Segmen Wanna Be My GFF by AO

Merdeka Giveaway by TarotTheFool

 

Cerita sikit, apa yang anda ingin lakukan atau ke mana anda ingin pergi sekiranya tamat PKP

Kalau dah habis PKP nanti nak balik kampung sebab dah dua kali Raya tak boleh balik sambut dengan keluarga. Nak buat birthday events yang terlepas. Nak pergi jalan-jalan dan food hunting. Ambik gambar banyak-banyak dekat tempat cantik, create memories sebab tak tahu virus apa pulak nak datang lepas ni. 

Blog Performance July 2021

Sunday 1 August 2021

 

Ikutkan taknak update blog hari ni tapi esok lusa akan busy so baik jangan bertangguh kan? Belek Canva jumpa poster cantik terus guna untuk thumbnail entry ni. Sejak ada Canva ni makin rajin nak edit poster sebab tak sampai 2 minit pun dah siap haha

1. PV 

Dalam entry blog performance bulan Jun 2021, dah target nak dapat all time PV 1.5 juta tapi tersilap kira padahal tak yakin langsung pun traffic boleh cecah 100k jugak bulan ni. Disebabkan setiap hari maintain je graf tak jatuh sangat tak naik sangat, boleh la cecah 100k tu. Bulan depan tak pasti macam mana but hopefully boleh maintain. 

Sebenarnya untuk bulan Julai tak fokus sangat dekat PV sebab masa Jun tak lebih dari target asal so dah bersyukur tambah pula dah dapat beberapa loyal readers dari Indonesia. Good news for me bcs I do aim for that. So untuk bulan Ogos ni hopefully boleh cecah 1.6 juta. 

2. Posts


Bulan Julai meriah lah dengan movie review dekat popular post sebab ternampak dekat group FB ada orang share pasal movie Haseen Dillruba. Sama juga dengan movie Ali & Ratu Ratu Queens tu sebab viral dekat FB. Dah update review baru nampak dua movie ni viral so rezeki terpijak lah dapat traffic tinggi. 

Disebabkan movie Ali & Ratu Ratu Queens jugak dapat exchange link dengan reviewer Indonesia. Memang tak sangka langsung masa tu. Blog kita ada dalam bloglist kawan-kawan blogger pun dah happy, inikan pula website negara luar. Bulan lepas pun banyak juga review movie, drama dengan telemovie cerita melayu masuk dekat popular post sebab cuti raya kan, cerita dekat Astro confirm lah ulang tayang. 

3. Keywords



Dah jarang dah tengok bahagian keywords ni sejak dua tiga bulan ni. Malas nak tengok sebab sebelum ni banyak yang merepek tapi bulan ni bila check banyak keywords berkaitan dengan movie yang muncul. Tak tahu kenapa birthday akim tu muncul padahal dah lama dah berlalu. 

4. Audience

Tak banyak beza pun dengan bulan Jun tapi traffic dari Indonesia dah berkurang dan jatuh ke tempat ketiga. Traffic dari Sweden pula banyak tapi tak pasti lah organic ataupun bots. Sembang pasal organic traffic dengan bots ni dah mula membahayakan adsense beberapa orang blogger dah. Sebelum ni baca je dekat blog orang lain kali ni diri sendiri pulak kena. Murung jadinya sampai rasa tak nak update blog sangat dah. Sebab no point beria kalau sumber income kena sekat gara-gara bots ni. Paid job pun dah lama tak dapat dan tak ambik sebab semua social media kena buat baru. 

5. Bilangan Entri

Awal tadi ada cakap PV bukan main focus kan untuk bulan Julai? Sebab main focus tu terletak pada bilangan entri ni haaa. Bulan Julai ni dah tercapai target untuk update entri sampai cecah angka 2,000. Sebab ada otai blogger pernah cakap traffic dia tinggi tiap bulan sebab entri dia dah banyak. So benda tu bukan sesuatu yang menghairankan lah. 

Since semua social media I problem dan tak boleh promote blog dah so dengan cara ni je lah boleh naikkan traffic pun. Stress lah bila jadi macam ni sebab bukan senang nak kumpul organic followers/readers so bila hilang macam tu je rasa penatnyaaaaaa lah. 

Update : Alhamdulillah Adsense dah kembali normal lepas tukar setting auto comment kepada always comment moderation.