TV Show Review | Kingdom : Legendary War Episode 1

Saturday 5 June 2021

Presenter : Changmin TVXQ

Cast :  BtoB, iKON, SF9, The Boyz, Stray Kids, Ateez

Distributor : Mnet, AbemaTV Japan, tvN Asia

Genre : Reality / Survival

Running Episodes :  10 episodes [90 - 120 minutes per episodes]

Release Date : 02 April 2021 – 03 June 2021

Sebelum ni dah pernah tengok Queendom dengan Road To Kingdom tapi tengok gitu-gitu je lah sebab adik yang layan. Ada la jugak tengok performance sebab layan masa makan so dah tahu la konsep dia macam mana. Performances dalam Road To Kingdom memang gempak lah. Lagu-lagu lama diberi nafas baru untuk tarik perhatian juri dengan penonton. 

Juara Road To Kingdom, The Boyz join pulak Kingdom : Legendary War. Masa tengok Episod 1 ni terkejut lah sebab ada Ateez dengan iKON. Both are my fav idol group. Nampak je iKON terus tarik kerusi layan sekali. Selain dari 3 group ni, ada Stray Kids, SF9 dengan BTOB. Lagu diorang pun selalu layan jugak tapi tak la kenal sangat. Kenal SF9 pun sebab Rowoon berlakon dalam Extraordinary You

Dalam Kingdom Legendary War ni dibahagikan kepada 4 pusingan dengan konsep yang berbeza dan pusingan akhir akan disiarkan secara langsung. Pemarkahan ditentukan melalui 25% expert evaluation, 25% global evaluation, 40% online evaluation dari Korea streaming apps dan 10% dari global video apps (Youtube). Untuk permulaan semua idol group perlu perform selama 100 saat dalam Introduction Stage dengan lagu yang pernah menjadi juara. Dalam episod 1, group iKON di tangga pertama so diorang dapat kelebihan untuk perform last sekali dan arrange performance group lain. 

Disebabkan The Boyz dah menang Road To Kingdom so diorang la yang pertama buka pintu Kingdom Legendary War ni. Seat pun masih lagi sama. Group The Boyz ni boleh menang dekat Road To Kingdom sebab performance diorang banyak yang gempak. Kalau tengok mesti mulut asyik cakap wow. Untuk Introduction Stage dalam episod 1 diorang perform lagu The Stealers. Macam biasa lah, The Boyz come up dengan stunt menarik sampai idol group lain impressed. 


Kumpulan kedua agak famous lah dekat Malaysia dan Asia sebab duta Shopee. Stray Kids di bawah label JYP yang famous dengan idol group 2PM, Miss A, Got7 dan lain-lain. Stray Kids menang 5 Rookie Awards di Korea. Kingdom adalah survival show pertama mereka berkumpulan. Dalam Introduction Stage, Stray Kids perform lagu Miroh dengan konsep wild in jungle dengan menggunakan serigala. Bukan setakat dance in sync tapi cara diorang main kerambit tu nampak smooth and sharp. 


Kumpulan Ateez join Kingdom sebab ramai yang belum kenal lagi dengan diorang since diorang masih baru so dekat dalam survival show ni lah nak tunjuk skills dan talent masing-masing. Untuk Introduction Stage, Ateez pilih untuk perform lagu Wave dengan arrangement yang lebih dark dan garang. Dari episod 1 lagi dah nampak Ateez akan bawa tema pirate sebab kompilasi album diorang pun guna tema yang sama. Cantik gila fairy ending dengan obor api dekat tangan San. 


Terkejut sebenarnya masa BTOB join Kingdom sebab diorang more to genre ballad sekarang tapi excited nak tengok apa BTOB nak offer sepanjang Kingdom. For sure diorang ada strategi tersendiri untuk menang kan? Masa Introduction Stage BTOB perform lagu Beautiful Pain. Happy lah tengok persembahan tu sebab memang suka sangat dengan lagu ni. Lirik dan music arrangement best tapi untuk performance, BTOB tak offer banyak pun selain vocal hebat Eunkwang dan perfect harmony.

 

Group kelima ialah SF9 yang debut 6 tahun lepas tapi sampai sekarang pun tak berapa naik sangat padahal banyak je lagu diorang jadi OST drama Korea. Ahli group SF9 lebih dikenali dalam dunia lakonan instead of bidang nyanyian sebab tu diorang nak join untuk tunjuk bakat nyanyian dan tarian masing-masing. 

Untuk Introduction Stage, SF9 perform lagu famous diorang, Good Guy tapi Rowoon tak join sekali sebab dia ada back injury. Kelebihan SF9 ni bila semua ahli ada body physique dengan muka ala model. Bila tengok performance diorang macam tengok model buat persembahan. Bukan tengok sangat koreografi tarian tapi more to jaw dan cara diorang persembahkan identiti dengan features yang ada. 


Idol group paling last masuk ke stage Kingdom ialah iKON di bawah label YG yang famous dengan Big Bang, 2NE1 dan Blackpink. Nasib Mnet dah berbaik dengan YG so boleh la dapat naikkan view dengan penyertaan iKON. Dah lama iKON tak join survival show dan ni kali pertama iKON join lepas ketiadaan leader diorang, Hanbin a.k.a B.I lepas scandal tahun 2019. 

Selain BTOB yang bawa genre ballad, iKON pula muncul dengan genre hip-hop. Banyak groups yang nak tengok diorang buat live performance sebab Bobby pernah jadi juara dalam survival show 'Show Me The Money 3' tahun 2017. Masa Introduction Stage iKON perform lagu debut diorang, Rhythm Ta dengan arrangement dan choreography yang baru. Outfit diorang blend cantik dengan lighting LED on stage. Masa performance ni Bobby lupa lirik dan koreografi tapi dia pandai cover buat freestyle bagai haha


Kelakar tengok masa group BTOB first time masuk ke stage Kingdom sebab jarak beza umur dalam 10 ke 11 tahun macam tu dengan group baru. Even fashion style pun nampak berbeza. Kumpulan baru pulak segan bila tengok ada legend group satu stage dengan diorang. Bila terbuat eye contact, terus tunduk hormat. Tapi sebab perangai sengal Eunkwang dan member BTOB yang lain, rookies group rasa selesa dekat situ. Lagipun BTOB join Kingdom sebab nak tambah kenalan dan pengalaman je, bukannya nak bertanding sangat pun. Memasing pun dah tak energetic macam rookies. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.5, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.7, 10. Personal Thought +0.5 = 8.7/10

Movie Review | Roh (2019)

Pengarah :  Emir Ezwan

Penulis Skrip :  Nazri M. Annuar, Emir Ezwan, Amir Hafizi

Pelakon : Farah Ahmad, Mhia Farhana, Harith Haziq, Namron, June Lojong, Junainah, Putri Qaseh  

Syarikat Produksi :  Kuman Pictures

Pengedar :  TGV Pictures, Netflix

Genre :  Seram

Durasi Tayangan :  83 minit

Tarikh Tayangan : 22 November 2019 (Singapore International Film Festival), 6 Ogos 2020 (Malaysia, Singapore)

Trailer :


Berlatarkan kehidupan kampung, jauh di dalam hutan terdapat sebuah pondok daif. Along (Mhia Farhana) dan Angah (Harith Haziq) diarahkan oleh Mak (Farah Ahmad) untuk pergi jenguk perangkap. Masa dalam perjalanan balik, mereka diekori oleh seorang budak kecil yang comot. Mak pelawa si Adik (Putri Qaseh) tinggal bersama sementara mereka bawa ke kampung seberang. 

Malamnya si Mak bercerita tentang Pemburu yang disumpah oleh semangat hutan sebab memburu dan membunuh rusa atau kanak-kanak yang dia jumpa sehingga dia jumpa hati rusa putih yang dicari. Tanggapan awal mereka si Adik seorang yang bisu tapi dia bersuara bagitahu mereka semua ‘Dia’ dah sampai. 

Esok paginya si Adik bagi amaran yang mereka semua akan mati bila bulan mengambang kemudian kerat leher sendiri. Kejadian ngeri tersebut buatkan mereka bertiga berhati-hati ditambah pula dengan longgokan batu yang berselerak di kawasan halaman rumah. Lepas Angah bawa mayat Adik ke kawasan padang, rumah mereka didatangi oleh Tok (June Lojong). Tujuan dia datang untuk minta izin ambil daun di kawasan paya. Tok berpesan supaya datang berjumpa dia kalau perlukan bantuan. Rumah dia di atas bukit sana. 

Selepas Along mula diganggu dengan roh Adik, datang pula seorang lelaki dengan lembing (Namron) yang mencari budak perempuan. Mereka bertiga menipu dan menghalau dia pergi. Tok nasihatkan supaya berhati-hati dengan lelaki tersebut. Sangka si Mak keadaan akan makin beransur reda tapi makin bertambah teruk. 

Walaupun genre movie Roh adalah seram tapi movie ni bukan movie seram yang cliché bila sarat dengan jumpscare ataupun makhluk hodoh untuk takutkan audience. Rasa takut tu perlahan-lahan dibina pada setiap scene macam scene Mak bercerita tentang Pemburu ataupun scene Pemburu jumpa Along dalam hutan. Susah nak predict apa akan jadi pada beberapa watak dan tak tahu apa motif muncul dalam kehidupan Mak, Along juga Angah. 

Cerita rakyat yang dipersembahkan dalam movie ni pula tak begitu familiar jadi tak la terasa seram sangat. Metafora dan simbolik pun tak dapat ditafsirkan dengan jelas. Pace movie pula perlahan sampaikan 1.5x pun masih terasa perlahan. Masuk second half baru momentum tu menaik balik itupun ada beberapa scene yang tak difahami. 

Musik latar hasil kreativiti Reinchez Ng antara kekuatan movie Roh. Scene Mak bersiul bunyi burung tukang tu terasa macam ada orang bersiul jugak. Berdebar! Sinematografi dari Saifuddin Musa menambahkan elemen dan suasana seram di kawasan hutan. Pengarah dan penulis Emir Ezwan pilih kawasan hutan di Dengkil sebagai lokasi penggambaran. Bajet yang digunakan cuma RM360,000 tapi boleh menghasilkan visual berkualiti. Watak Tok kurang meyakinkan sebab bahagian muka je nampak tua tapi tidak pada tangan atau bahagian kaki. 

Bab lakonan setiap watak dipersembahkan dengan baik cumanya tak banyak dialog dan kita cuma boleh tengok perjalanan kisah mereka ni dengan tengok apa yang jadi. Bahasa yang digunakan nampak seperti Bahasa Melayu moden sedangkan latar masa berpatah balik ke zaman lampau. Mhia Farhana menyerlah dalam solo screentime dia dengan pelbagai variasi emosi dan lengkungan seorang yang lembut berubah ganas bila Mak teragak-agak buat keputusan. 

Kata pengarah dia nak movie ni terasa seperti kisah mitos ataupun urban legend tapi nak letakkan movie Roh ke tahap tu macam over sebab garapan cerita yang terlampau ringan. Mitos kita dah ada jembalang, bunian, Pontianak dan banyak lagi yang lebih menyeramkan untuk orang jauhkan diri dari tinggal dalam hutan ataupun mulut celupar ketika masuk dalam hutan. Dialog tentang cuma menghasut tapi yang buat kejahatan tetap manusia tu agak kelakar sebab dia boleh merasuk sehingga manusia hilang kewarasan. Dekat situ dah hilang value dakwah yang dicanang. 

Movie Roh merupakan movie yang dihantar kepada Academy Awards tahun 2019. Bagus dalam kebanyakan filem tempatan tapi tak lah terbaik untuk bertanding di sana. Anyway, masing-masing ada pendapat masing-masing so have fun watching. 

1. Team Production +0.7, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.7, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.2 = 5.7/10

Drama Review | Beyond Evil (2021)

Tuesday 1 June 2021


Director : Shim Na-yeon 

Writer : Kim Su-jin

Cast :  Shin Ha-kyun, Yeo Jin-goo, Choi Jin-ho, Choi Dae-hoon, Kim Shin-rok, Chun Ho-jin, Heo Sung-tae, Lee Kyu-hoi, Moon Joo-yeon, Baek Seok-kwang, Kang Min-ah, Park Myung-shin, Kim Hieora, Kim Jung-ho

Production Company : Celltrion Entertainment, JTBC Studios

Distributor : JTBC, Viu, Netflix

Genre : Crime / Thriller 

Running Episodes: 16 episodes

Release Date : 19 February – 10 April 2021

Trailer : 


Tahun 2000 penduduk kawasan Munju digemparkan dengan pembunuhan Bang Ju-seon (Kim Hieora) dan kehilangan Lee Yu-yeon (Moon Joo-yeon) pada masa yang sama. Cuma 10 jari yang dikerat bahagian hujungnya diletakkan di kawasan taman di rumah keluarga. Polis menumpai guitar pick kepunyaan Lee Dong-sik (Shin Ha-kyun) di kawasan pembunuhan. Polis syak Dong-sik yang bunuh adik kembar dia, Yu-yeon sebab sakit hati selalu dibandingkan bila karakter mereka berdua seperti langit dan bumi. 

Tapi setelah laporan forensik keluar, Dong-sik dibebaskan kerana tiada sebarang DNA pada guitar pick tersebut. Setelah beberapa lama menunggu Yu-yeon pulang, ayah mereka (Kim Jung-ho) meninggal dunia dan si ibu (Park Myung-shin) pula kemurungan setelah malang yang datang bertimpa. Dong-sik dijaga oleh Ketua Polis, Nam Sang-bae (Chun Ho-jin) dan mendaftar sebagai anggota polis supaya dapat siasat kehilangan adik dia. 

20 tahun kemudian kehadiran Inspektor Han Joo-won (Yeo Jin-goo) ke balai polis Manyang menjadi perhatian semua orang kerana dia adalah anak kepada Han Gi-hwan (Choi Jin-ho) yang akan naik sebagai Commissioner of the National Police Agency. Walaupun dia dihantar kerana salah laku disiplin tapi dia tengah mencari bukti untuk sting operation pembunuhan bersiri yang berlaku di Munju sejak 20 tahun. Joo-won syak Dong-sik adalah suspek utama terutamanya bila dia dapat bukti Dong-sik yang susun jari Kang Min-jung (Kang Min-ah) di hadapan rumah keluarga mangsa. 

‘If you want to get the monster, you should become one.’ – Lee Dong-sik

Layan drama Beyond Evil di bawah terbitan Celltrion Entertainment dan JTBC Studios sebab team production baru je tercalon dan menang beberapa award dalam pelbagai kategori di 57th Baeksang Arts Awards. Antara kategori tu adalah Best Drama, Best Cinematography dan Best Screenplay. Sama macam drama Mouse (2021), drama ni juga mengetengahkan pembunuh psychopath yang menggunakan latar masa yang agak panjang selama 20 tahun. Bezanya, watak dalam drama ni tak lah terlampau ramai dan sub-plot tak terlampau banyak. Drama ni tak lah banyak sangat action ataupun crime tapi lebih kepada permainan politik untuk merebut kuasa. 

‘The rich got richer and the poor get poorer. Inequalities are pervasive so opportunities aren’t given equally. But it could be once-in-a-lifetime opportunity for some. And those people are the ones to hold on to a rotten rope.’ - Hwang Kwang-young (Baek Seok-kwang)

Drama Beyond Evil ni adalah drama kedua dapat tengok bakat lakonan Yeo Jin-goo pegang watak utama lepas drama romantik, Hotel De Luna (2019). Lengkungan karakter untuk watak Jo-woon dipersembahkan dengan baik dan menambahkan kekuatan screenplay pada penceritaan. Bermula dengan kebencian terhadap Dong-sik, rebellious stage terhadap ayah dan orang sekeliling kemudian bertukar kepada watak yang ambil berat dan menghargai makna persahabatan. Sama juga dengan lakonan Shin Ha-kyun. No wonder lah dia menang Best Actor. Well deserved. 

‘Trust is an emotional matter. When truth pushes its way in, it can be broken anytime’ – Han Joo-won

Scene Dong-sik dengan Joo-won dekat ladang alang tu bagi gambaran jelas tentang perjalanan kisah dua watak utama ni. Dari awal dah nampak yang Joo-won dah syak Dong-sik sebagai suspek utama jadi cara dia berfikir dan hint yang dia dapat semuanya terarah pada Dong-sik sedangkan ada beberapa jalan yang dia belum teroka. Dia nampak tenang tapi hakikatnya dia beremosi dan selalu salah buat percaturan sepertimana yang ayah dia bagitau. Sebab tu Dong-sik sentiasa beberapa langkah di hadapan walaupun kekuatan memori, skills dan pengetahuan mereka sama. 

Sama seperti Mouse, banyak hint yang dapat diteka dari awal sampai habis so tu antara sebab kenapa suka dengan drama ni. Masa episod-episod awal memang tak boleh berhenti tengok sebab nak cari lagi jawapan dari teka-teki yang director sorok dekat beberapa scene penting. Sinematografi dari Jang Jong-kyung dan Kwon Byeong-soo dari beberapa angle yang berbeza memainkan peranan untuk menyerlahkan misteri dan elemen saspen yang dipaparkan oleh beberapa watak. 

Pendek kata, Beyond Evil mempunyai jalan cerita menarik, kekuatan lakonan dengan pelbagai lapisan emosi, mesej tersirat tentang kehidupan dan kejahatan yang muncul dari kelompongan sistem dan rasuah. Worth to watch. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

IKEA Lennart Storage Trolley

Masa mengemas barang dekat dapur baru perasan yang banyak barang kecil tapi tak terlepas pandang sebab storage dekat dapur besar sangat. Bila terlepas pandang mula lah terbeli lebih lepastu ada jugak yang tak terbeli. Bila belek dekat Shopee ternampak rak storage trolley Lennart dari IKEA ni. 


Rak Lennart ni kira ngam elok lah nak letak dekat dapur sebab ketinggian dia just nice je dekat bahagian bawah kaunter tu. Harga pun not bad dalam RM49 macam tu tak termasuk postage. Nak pasang pun tak ambil masa yang lama sebab manual yang diberi oleh seller tu jelas, terang dan nyata.  


Memandangkan I beli rak Lennart ni masa bulan puasa, so seller bagi lah satu pek sampul raya sebagai tanda penghargaan. Arigatogozaimas! 


Masa nak susun setiap part tu, kitorang jadi clueless jugak lah dengan bahagian ni sebab ingatkan kena pasang dekat belakang. Bahagian ni paling lembut sekali. Kalau kena pasang dekat belakang macam tak kukuh je nanti. Bila dah siap pasang base rak ni, baru faham yang bahagian tu rupanya drawer. Bahagian ni paling lembut sebab nanti kena bentukkan jadi empat segi. 


Masa nak bentukkan ni, kena lipat betul-betul sampai sudut dia betul-betul terpacak. Kalau tak, susah nak pasang sebagai drawer nanti. 


Tak ambil masa yang lama pun kalau dah siap lipat drawer tu. Nak pasang skru pun mudah je cumanya kalau tersalah atau terhilangkan skru tu bahaya lah sebab seller memang bagi cukup-cukup je. Nasib baik masa pasang ni Bella tak kacau. 


Bila dah siap terus letak barang dekat dalam rak Lennart ni. Memang just nice je lah dengan kuantiti barang dapur orang bujang. Nak beli bahan banyak sangat pun bukan selalu masak dekat rumah ni. Kadang kalau busy dengan kerja memang tapau je. Tak sempat dah nak masak. 


So far belum letak lagi barang yang berat sebab tengok gaya rak yang comel ni macam tak mampu nak tampung. Paling berat pun letak bawang merah dengan bawang Holland je itupun tak banyak. Yang risau sekarang ni bukan kukuh ataupun tak tapi sebab warna rak ni. Dapur kan senang sangat nak belemoih so takut jugak lah rak ni kotor sebab warna putih. Pernah je try cari warna hitam tapi memang ada warna putih je. So redho je lah. Kena rajin check dan bersihkan. 

Cadburry Hazelnut Versi Raya 2021

Masa pergi shopping barang raya dekat NSK haritu ternampak Cadbury Hazelnut dengan sarung cantik bersempena Raya Aidilfitri. Tak pasti lah sebelum ni pernah ada ke tak tapi sarung ni memang cantik sangat. Siap ada resipi lagi dekat belakang. 


Since dah lama tak beli Cadburry, grab la satu bar ni. Lepastu teringat pulak kek pisang cadburry yang Khairul Aming buat tu. Kononnya nak buat lah sebab nak try bake guna air fryer. Macam dah boleh terbayang kek pisang dengan limpahan lava coklat Cadburry Hazelnut ni. 


Tapi berangan je lah mampu sebab balik tu bukan setakat pisang je habis, coklat pun khalasssss. 

Blog Performance May 2021

 

Hi morning everyone! 

Disebabkan report card bulan 5 ni special so kita gigih buat poster. Mudah je guna Canva ni, tak sampai 5 minit pun dah siap. Baru ku sedar malas saja yang jadi penghalang selama ni hahaha

Hari ni semua dah mula kuncitara supaya kes covid menurun dan jaga diri dari varian baru - UK + India. Hopefully bulan ni tak ada lah yang buat perangai pergi menziarah atau beraya. Bila dah kena covid, buat video share pengalaman kena covid. Pelik sungguh orang sekarang mencari perhatian. Semoga kita dijauhkan dari sifat begitu. 

Anyway, berbalik pada tujuan asal, bulan Mei ada beberapa peningkatan positif baik dari tuan punya blog dan juga performance blog tu sendiri. 

1. PV


Masa bulan April, I dah target nak PV cecah 1.25 juta tapi dapat lebih dari expectation bila mencecah 1.3 juta. Fuhhh memang happy lah kalau goal achieved ni. Antara sebab kenapa boleh naik ni bila musim raya ramai yang layan Netflix dan TV. Nak pulak bila tak dapat keluar pergi beraya kan? 

Sebab tu lah bulan ni boleh cecah sampai 80k PV padahal sebelum ni PV bulanan around 50k hingga 60k je. Kalau tengok dekat graf atas tu ada yang mencecah sampai 4k sehari. Dah lama tak merasa tinggi macam tu sejak Google+ kena buang. Masa awal bulan tu macam cuak jugak tak capai target sebab banyak kali turun naik even dekat hujung pun siap buat lengkungan tak berapa nak jadi lagi haha

Untuk bulan Jun ni mungkin boleh target 1.35 juta pulak. Nak target tinggi sangat tak berani jugak sebab bila lockdown, tak ramai yang datang singgah ke blog sementara menunggu. Waiting time tak sebanyak hari normal bekerja. But let's see how it goes...

2. Posts


Tak pasti kenapa Book Review Gantung dan Drama Review Gantung naik mendadak bulan ni. Mungkin ada promosi dekat mana-mana kot ataupun baru masuk streaming platform lain. Post yang naik bulan ni agak random, tak boleh nak tahu kenapa ramai yang baca atau cari. Tutorial AR Post dengan Registered Post pun naik mendadak. Dah makin ramai yang guna jenis ni gamaknya. Bulan lepas baru perasan kalau update pasal barang yang dibeli dekat Mr. DIY kemain tinggi views. So lepas ni boleh la share banyak lagi. Itupun kalau rajin lah haha

3. Keywords


Tak tahu lah kenapa bulan ni tak ada mood langsung nak update Lirik Lagu padahal bersepah je lagu raya yang keluar. Ada je yang cari lirik lagu Floor 88 misalnya, tapi malehhhhhh. I perasan ada yang promote movie Krasue : Inhumane Kiss dekat Twitter so boleh nampak lah kenapa keywords hantu siam makan uri tu muncul haha

4. Audience


Audience dari Malaysia tinggi betul bulan ni sebab banyak update movie review filem-filem tempatan bila Netflix masukkan banyak filem lama yang pernah famous macam Maria Mariana, I Know What You Did Last Raya dan Senario. Tapi tak sempat lah nak layan semua sebab layan drama Vincenzo punya pasal. Aje gila satu episod sampai sejam setengah. Kalau best takpe jugak haihhh

Tak sangka ada audience dari Canada ek. Happy betul diorang pergi tengok car racing sebab covid dah tak ada dekat sana. Kita kat sini segala jenis varian muncul sebab tak tutup sempadan punya pasal. Belum sembang yang guna lubang tikus sebab nak pergi menziarah sana sini. Haihhhh elok pupus je lah manusia macam ni. Menyusahkan dan membahayakan nyawa orang lain. Kau jawab dekat akhirat besok.

5. Bilangan Entri


Disebabkan prestasi semakin merudum bab nak update entri ni maka bulan Mei ni digagahkan juga untuk naikkan balik jumlah entri. Mungkin tak meloncat banyak lah sebab busy dengan kerja. OT bersepah sampai barai mental itupun kerja tak siap lagi. Like they said, kerja mana pernah habis. True that. 

Memandangkan second half 2021 ni akan penuh dengan cuti, kita try lah update banyak sampai kalahkan bilangan entry tahun lepas. So untuk bulan Jun ni nak update sampai cecah 50. 

Seperti biasa, ucapan terima kasih kepada yang sentiasa melawat blog ni dan yang selalu drop comment. Akan dibalas walaupun tak tahu bila. Kalau baca je tapi tak drop comment aci dak? :(

Terlajak Beli BTS Meal McDonald

Monday 31 May 2021

Dua minggu lepas dah tahu dah McDonald ada kolaborasi dengan kumpulan Kpop yang terkenal di Hollywood ni. Dah mark dalam kalendar dah yang 26 haribulan BTS Meal akan keluar. Kebetulan tarikh tu jatuh masa public holiday Hari Gawai. Confirm sesak punya semua outlet McD. 


Sebenarnya Pana bukanlah seketul Army pun. Cuma fangirl kepada Jungkook je itupun baru bulan lepas jatuh cinta. Niat asal nak beli BTS Meal ni bukan sebab peminat tegar BTS tapi sebab nak dapat photo card Jungkook yang akan diletakkan bersama dalam set tu. Tiga hari sebelum BTS Meal ni keluar, lagu Butter released dulu. 

Yang syoknya dengan lagu baru dari BTS ni haruslah sebab intro dari Jungkook dan visual Jungkook lebih lama dari ahli lain. Kalah V yang menang 100 Most Handsome Men 2020. Dah boleh agak yang nama Jungkook dah naik lately so kalau tak dapat photo card memang redho je lah, nak buat cemana khennn. 


Pukul 9 pagi dah standby depan laptop sebab nak order BTS Meal ni tapi pukul 2 lebih baru dapat order online. Patutnya pagi tu keluar je pergi outlet sebab ramai yang order online instead pergi beratur. McD bukannya jauh pun dari rumah tapi sebab malas wei. Bila dah excited sangat place order, tak perasan yang I dah order sampai 3 set. 

Kalau ada photo card Jungkook takde la rasa macam mehh sangat. Dah la tak dapat photocard sebab ikut negara. Dah la set ni mahal dari biasa. Nasib baik lah packaging dia cantik. Warna ungu memang warna favorite jadi tak lah rasa bazir sangat beli. Tetap cantik dekat mata gittewww (ayat justify seketul Pana). 

Nasib baik adik dah book siap-siap bekas BTS Meal ni. Semua dah siap cuci dah. Tinggal nak bawak balik Sabak Bernam je yang entah bila dapat peluang tu entah....

Btw hari Khamis tu lepas balik kerja terus singgah Mr. DIY sebab nak beli frame untuk simpan packaging BTS Meal ni. Kosong okay shelf frame gambar tu. Tinggal yang dah pecah je semua. Nasib baik lah di timbunan yang retak tu ada satu yang elok. Memang satu-satunya tinggal. Rasa macam takdir frame ni memang akan berakhir di tangan I hshshs


Frame ni sebenarnya belum lengkap lagi sebab gambar Jungkook tak ada. Nanti nak print letak dalam ni tapi bila tu entah lah. Ada kawan tanya kenapa plastik sos tu pun nak frame sekali. Jawapan dia sebab sos tu BTS pick. Dekat set lain tak ada sos ni so dekat situ lah tempat yang sesuai kalau beli benda rare ni hahaha


Untuk menaikkan semangat bekerja dalam keadaan pandemik, secebis dari packaging BTS Meal tu sangat lah perlu ye....

Packaging BTS Meal ni cantik sampai ada yang buat keychain ataupun background untuk casing phone. Bagi I cukup lah frame je then gantung dekat bilik supaya aura kebahagiaan dari Jungkook tu menyinar setiap hari. 

Ni kalau mak aku baca ni confirm dia berletiaq. Nasib lah dia tak reti bukak blog hahahaha selamat berkuncitara semua. Stay safe and be strong ❤🌸

1st Giveaway Sempena B'day SA 6 June 2021

 

Klik gambar untuk baca lebih banyak artikel kesihatan di Hello Doktor

Setiap kali mengalami kondisi hidung berair dan tersumbat, mungkin ramai yang akan menyangka bahawa ia adalah disebabkan alahan rhinitis. Tidak kurang juga yang turut akan menganggap ia sebenarnya didalangi oleh penyakit biasa seperti selesema atau flu akibat jangkitan virus.

Namun dalam era pandemik bertaraf global yang dialami seantero dunia kini, ia juga mungkin jadi petanda anda dijangkiti wabak Covid 19. Persoalannya, apakah perbezaan yang wujud di antara 4 penyakit hampir serupa ini? Jom teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut!

Persoalannya, apakah perbezaan yang wujud di antara 4 penyakit hampir serupa ini? Jom teruskan membaca untuk tahu dengan lebih lanjut!

Kesemuanya serupa tapi tidak sama?

Kondisi selesema, flu, alahan rhinitis serta COVID-19 kesemuanya adalah hampir serupa tetapi tidak sama kerana wujud perbezaan yang ketara.Ini kerana keempat-empat jenis penyakit ini akan menyerang bahagian pada tubuh badan yang sama iaitu sistem pernafasan manusia.

Mungkin salah satu perkara yang boleh dilakukan untuk membezakan penyakit-penyakit ini adalah dengan melihat pada punca dan simptom.

“Membezakannya adalah sangat penting agar penderita mampu mendapat rawatan yang tepat dan mengambil ubatan yang betul,” jelas Pakar Penyakit Jangkitan Pernafasan Dr. Teresa Hauguel.

Jadi, apakah yang kita semua perlu tahu tentang perbezaan 4 penyakit ini sebelum diagnosis?

Perbezaan punca 4 jenis penyakit ini!

Untuk pengetahuan anda, kondisi selesema, flu, alahan rhinitis serta COVID-19 kesemuanya didalangi oleh penyebab yang berbeza. Memang benar bahawa 3 daripada 4 penyakit ini dicetuskan oleh jangkitan virus namun 1 daripadanya disebabkan oleh perkara lain.

Berikut adalah perbezaan punca penyakit-penyakit ini:

i. Selesema

Selesema berlaku akibat daripada jangkitan virus bernama rhinovirus yang boleh berjangkit dari individu ke individu lain melalui udara serta kontak rapat.

ii. Flu

Flu berlaku akibat daripada jangkitan virus bernama influenza yang juga berjangkit dari individu ke individu lain melalui udara serta kontak rapat.

iii. Alahan rhinitis

Alahan rhinitis terjadi akibat alergen yang terdapat di udara seperti debu, habuk, pasir, asap, debunga, bulu haiwan serta pelbagai lagi perkara lain.

iv. COVID-19

Wabak Covid 19 yang sedang menular di seluruh dunia kini berpunca daripada virus korona baharu yang boleh merebak melalui udara, sentuhan dan titisan kontak rapat sesama manusia.

Meskipun kesemuanya dikatakan akan mendatangkan simptom yang serupa seperti hidung berair dan tersumbat, namun masih wujud perbezaannya!


Perbezaan simptom 4 jenis penyakit ini!

Meskipun tanda-tanda menghidap 4 penyakit ini adalah hampir serupa namun ia tidak sama, perhatikan gambar rajah di bawah ini:

Sebagai tambahan, wabak Covid 19 juga akan mendatangkan beberapa simptom lain yang tidak terdapat pada 3 penyakit itu termasuklah:

  • Hilang deria rasa dan bau
  • Mual-mual
  • Muntah-muntah
  • Cirit-birit

Dapat disimpulkan di sini adalah wabak Covid 19 akan membawa simptom yang paling teruk dan perlu segera mendapatkan rawatan. Pun begitu, tidak wajar juga untuk anda hanya membiarkan sahaja simptom penyakit yang lain kerana ia juga berisiko sebabkan komplikasi.

Apa anda perlu buat jika menghidap penyakit ini?

Sudah tentu perkara pertama yang kalian perlu buat adalah berjumpa dengan doktor untuk melakukan diagnosis bagi menentukan jenis penyakit terbabit. Selepas itu, sila berkonsultasi dengan doktor untuk mendapat rawatan dan mengambil ubatan yang diperlukan bagi merawat penyakit yang tertentu.

Bagi kondisi alahan rhinitis, mungkin apa yang kalian perlu lakukan adalah mengambil ubat antihistamin selain mengelak daripada segala alergen. Bagi kondisi selesema dan flu pula, pengambilan ubat antiviral serta ubatan lain mungkin akan diperlukan untuk merawat simptom-simptom tersebut.

Sekiranya anda sah dijangkiti COVID-19, sila patuhi arahan untuk menjalani kuarantin di rumah bagi mengelakkan virus itu tersebar dengan makin teruk.

Drama Review | The Big Bang Theory Season 12

Sunday 30 May 2021

 

Director : Mark Cendrowski

Writer : Chuck Lorre, Bill Prady

Cast :  Johnny Galecki, Jim Parsons, Kaley Cuoco, Simon Helberg, Kunal Nayyar, Mayim Bialik, Melissa Rauch, Kevin Sussman, John Ross Bowie, Brian Posehn, Sara Gilbert, Brian George, Alice Amter, Michael Trucco, Christine Baranski, Kate Micucci, Brian Thomas Smith, Sean Astin, Kal Penn, Lauren Lapkus, Rati Gupta, Lindsey Kraft

Genre : Sitcom

Running Episodes : 24 episodes

Release Date : 24 September 2018 – 16 May 2019

Production Company : CBS

Distributor : Netflix

Trailer :


Lepas tercetusnya teori super asymmetry dari Sheldon Cooper (Jim Parsons) dan Amy (Mayim Bialik)masa majlis perkahwinan diorang dalam season 11, diorang berdua teruskan kajian tersebut dalam season 12. Hasil dari kajian mereka berdua menjadi formula penyelesaian kepada dua orang ahli fizik yang hampir kemurungan dalam bidang masing-masing - Dr. Greg Pemberton (Sean Astin) dan Dr. Kevin Campbell (Kal Penn). 

Disebabkan perkara tersebut, nama Sheldon dan Amy tercalon dalam senarai penerima anugerah prestij Nobel. Malangnya disebabkan penemuan super asymmetry tu dibuktikan oleh Dr. Greg dan Dr. Kevin, mereka terpaksa berkongsi anugerah tersebut. Tapi hanya 3 nama sahaja yang boleh terima satu anugerah Nobel. Masing-masing taknak mengalah sehingga lah Dr. Barry Kripke (John Ross Bowie) datang dengan dokumen sulit. 

Tak tahu lah pengarah sengaja simpan idea untuk kenakan Sheldon ataupun tiba-tiba dapat idea sebab dah episod terakhir. Scene Howard Wolowitz (Simon Helberg)  tiru gaya Sheldon dalam episod 6 "The Imitation Perturbation" tu lawak gila. Tak berhenti gelak sampai Sheldon dengan Amy pun balas dengan benda yang sama. Amy memang jenis tak chill langsung padahal dia pun tahu Sheldon sejenis narsistik dan pentingkan diri. Sebelum ni dalam Season 7 dia dah potong mood bila cerita tentang kebaikan Sheldon padahal tak ada kaitan pun. 

Bila dah semua watak ada pasangan masing-masing, Raj (Kunal Nayyar) mula stress dan murung sebab semua kawan dia dah berkahwin. Even Stuart (Kevin Sussman) pun dah berjumpa dengan Denise (Lauren Lapkus) yang minat komik macam dia. So Raj minta ayah dia carikan perempuan untuk jadi calon isteri dalam episod 3 - "The Procreation Calculation”. Since Raj desperate untuk berkahwin, memang dia mudah sangat jatuh cinta dengan Anu (Rati Gupta) tapi Penny (Kaley Cuoco) dengan Bernadette (Melissa Rauch) tak setuju dengan keputusan kawan baik mereka. Awalnya nak buat background check dekat Anu tapi end up jadi kawan pulak sebab Anu ada ramai kenalan untuk dapat pas VIP. 

Bila Sheldon dah ada life sendiri, Leonard (Johnny Galecki) mula rasa kosong dalam hidup dia sebab selama ni kena layan perangai Sheldon je. Penny pula dah bagitau awal-awal yang dia taknak ada anak so bila Zack (Brian Thomas Smith) dengan isteri dia, Marissa Johnson (Lindsey Kraft) minta bantuan Leonard untuk derma sperm, dia tak teragak-agak dah nak bagi. Tapi Penny pula yang rasa awkward dan Sheldon throw tantrum sebab Zack prefer nak guna sperm Leonard sedangkan dia genius, tinggi, tak ada asma dan bukannya lactose intolerant. 

Dalam season akhir ni baru berjaya tengok muka anak-anak Howard dengan Bernadette. Kemain team production sorok muka Halley dengan Michael sampai episod akhir. Halley dah besar dah pun so dia dah tak menangis macam nenek dia dah. Tapi macam kelakar lah sebab kulit dia agak tan padahal Bernadette dengan Howard kulit pucat. 

Sepatutnya sitcom The Big Bang Theory di bawah terbitan CBS ni ada lagi 3 season dan skrip dah siap dah pun tapi disebabkan Jim Parson dah taknak berlakon dah, so diorang terpaksa lah stop tayangan. Tapi tengok gaya episod last dan ending scene, ada kemungkinan besar sitcom ni akan mula rakaman balik. Team production bagitahu bila Jim ready nak berlakon balik, diorang semua akan datang ke set. 

Anyway thanks to The Big Bang Theory cast and crew sebab menghiburkan hari-hari yang muram, stress dan menjengkelkan. Thanks to Netflix sebab tayang sitcom ni dekat platform diorang. Lepas ni mungkin akan tengok Young Sheldon, itupun kalau jumpa complete season lah. Kalau tak jumpa, mungkin layan balik How I Met Your Mother hehe

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.9, 5. Casting +1, 6. Genre +0.7, 7. Themes +1, 8. Editing +0.7, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.5 = 8.8/10