Throwback Thursday | Majlis Berbuka Puasa RRM 2021

Thursday 13 May 2021

Beberapa hari sebelum PKP 3.0 dilaksanakan di Selangor dan KL, pihak pengurusan Ram Reza & Muhammad dah inform ada majlis berbuka puasa tahun ni di Kelab Golf Perkhidmatan Awam untuk HQ dan branch Petaling Jaya. Walaupun ramai yang join tapi semua follow SOP dan semua yang hadir negatif dari covid-19. 

Jenuh juga mencari tempat yang sesuai sebab managing partner nak hall kecil khas untuk majlis pemberian duit raya kepada semua lawyer, staff dan training associates RRM. Dekat KPGA je lah yang sediakan hall kecil supaya acara tak terganggu dengan tetamu luar yang lain. Majlis bermula pukul 6 petang dengan ketibaan semua warga RRM dan juga tetamu jemputan dari firm lain yang bekerjasama dengan RRM dalam beberapa kes besar sebagai penghargaan kecil kepada mereka. Ada yang dijemput tapi tak dapat datang. 

Buat majlis dekat KGPA ni agak memudahkan tetamu sebab kawasan parkir bertingkat yang disediakan secara percuma, ada surau yang luas dan toilet yang bersih. Kitorang datang melenggang bawak perut je lah masa tu. Seating dalam majlis ni ditentukan dengan cabutan bertuah. Bukan cabutan bertuah yang dapat hadiah tu tapi cabutan dari box dapat table yang mana. 

Awalnya I dapat Table 5 tapi disebabkan dekat meja tu ramai sangat branch Oasis so kena pindah duduk dekat Table 3. Duduk sebelah senior partner Ms Aida dengan Kak Nurul. Okay je sebab memasing banyak mulut. Ada je benda nak menyembang. 

Untuk hos majlis berbuka puasa tahun ni, Ms Farhana Idros jadi penyeri. Kira asah balik bakat dia sebagai emcee. Kemudian bacaan doa oleh En. Raden dan seterusnya ucapan perasmian dari Managing Partner, En. Hisham. Lepastu sesi pemberian duit dan sampul raya RRM. 

Tahun lepas duit raya tu tak banyak la sebab PKP 1.0 kitorang terjejas teruk tapi kali ni terasa lah manis tu sikit. Sampul raya pun cantik! 

Habis je sesi pemberian duit raya, semua bergambar dekat tangga ikonik KGPA ni. Since photographer tak datang, kitorang minta tolong stranger je. Nasib lah dapat gambar cenggini. 

Habis je bergambar terus beratur dekat kaunter kambing. Makanan sedap confirm lah paling panjang barisan dia kan? Kaunter dekat KGPA ni tak banyak sangat macam dekat hotel lain. Ada kaunter kambing bakar, Roti John, Satay, Ikan Bakar, aneka bubur, mi kari, kueytiaw sup, yong tau fu, nasi berlauk, salad, sambal dan kerabu, buah-buahan, aneka kuih-muih dan kaunter air. 

Tak banyak sangat pilihan makanan even air pun sikit je tapi okay lah sebab teh tarik yang penting. Dah habis pun kita mintak dia refill sampai kaunter tutup pukul 10 malam. View dekat sini pun cantik especially time sunset tapi tak sempat nak bergambar pun bila ramai yang datang lambat. Kalau tahu dah datang sebelum pukul 5 haha


Nasib baik lah lighting dalam hall ni pun cantik jugak walaupun dah malam so boleh la bergambar dengan Zahra & Amy before balik. 

Sebelum majlis bersurai, kitorang plan untuk buat birthday surprise dekat En Hisham since birthday dia jatuh pada Raya Pertama. But since tak boleh beraya dekat rumah dia tahun ni jadi kitorang buat early celebration. 

Anyway, thanks Ram Reza & Muhammad untuk pemberian duit raya tahun ni. Semoga tahun depan lebih banyak jumlah duit raya tu hihi

Movie Review | Blok 404 (2018)

 

Pengarah :  Azma Aizal Yusoof

Penulis Skrip :  Adza Emie

Pelakon :  Raja Azrey, Dato’ Boy Iman, Zamarul Hisham, Amar Asyraf, Nadia Brian, Aedy Ashraf, Risteena Munim, Adrea Abdullah, Izreen Azminda, Fasha Sandha, Azrel Ismail, Taufiq Hanafi

Syarikat Produksi : DBI Entertainment

Pengedar :  Empire Film Solutions

Genre : Triler / Seram

Durasi Tayangan :  82 minit

Tarikh Tayangan : 28 Jun 2018

Trailer :


Masa nampak movie ni dekat WeTV, ingatkan movie Blok 404 (2003) yang pernah famous dulu rupanya tak walhal kebanyakan pelakon utama dia sama. Movie Blok 404 ni diterbitkan di bawah DBI Entertainment milik Dato’ Boy Iman. Katanya movie Blok 404 yang asal adalah special untuk dia so dia nak buat pembikinan semula di bawah production house dia. 

Jalan cerita tak sama walaupun movie ni dianggap sebagai pembikinan semula tapi konsep tu lebih kurang la bila ada rumah di dalam hutan yang menunggu mangsa. Dalam movie Blok 404 di bawah arahan Azma Aizal Yusoof mengisahkan guesthouse 404 milik Wan (Raja Azrey) di dalam hutan dengan konsep ‘Back to Nature’ sebab dekat situ takde wifi ataupun line telco pun. Kawasan guesthouse tersebut dijaga dan dibersihkan oleh Husin (Zamarul Hisham). 

Misha (Risteena Munim) baru mula bekerja dan sudah diberi amaran supaya jangan buka bilik yang mempunyai laluan ke bawah tanah. Kekasih dia, Dwan (Amar Asyraf) pujuk supaya berhenti sebab tempat tu macam pelik tapi Misha bertegas untuk stay. Tambah pula ada artis, Hairi (Amar Asyraf) dan kekasih dia, Intan (Nadia Brian) yang bekerja sebagai model dan agak terkenal di Instagram. Zul (Dato’ Boy Iman) yang bawa mereka berdua ke guesthouse tu sebab kereta mereka rosak di tengah jalan. 

Disebabkan ramai yang menetap pada minggu tersebut, Wan ajak mereka semua untuk datang ke parti BBQ. Kecoh pada awal parti bila Intan nampak mesej dari perempuan lain dalam handphone milik Hairi. Bila Intan pergi dari situ dalam keadaan marah, Hairi abaikan dan cuba mengorat Misha. Tanpa mereka semua sedar Intan diserang oleh lelaki bertopeng dan disuntik dengan cecair supaya badannya kejang. Lelaki tersebut perlahan-lahan menyeksa Intan dan merakam perbuatan tersebut sehinggalah Intan mati dibunuh dengan peralatan yang ada di situ. 

Lelaki bertopeng tu dah muncul pada babak awal di mana sepasang suami (Kamal Adli) isteri (Kilafairy) diseksa akibat dosa mereka yang suka menerima rasuah. Kiranya movie ni nak sampaikan mesej yang pembunuh bertopeng ni akan muncul dan sucikan negara daripada orang-orang yang suka melakukan seks rambang, rasuah, penggunaan dadah, pencemaran alam sekitar dan dosa-dosa lain yang mencemarkan dan menyakiti orang lain. Tapi tak faham kenapa pembunuh attack Dwan sedangkan dia suka dengan alam dan tak buat dosa apa pun. Kejam pulak tu siksaan dia dapat. 

Sinematografi Mohd Shahreel Abu Bakar tak menghidupkan elemen misteri ataupun seram sangat pun. Tambah pula bila ada scene yang disunting dengan lemah. Rasanya teknik tu digunakan dalam movie Blok 404 yang asal tapi macam tak syok pula bila guna untuk movie sekarang. Kalau tribute pun macam tak kena pada tempatnya. 

Movie Blok 404 yang asal berjaya tinggalkan trauma yang mendalam sebab lakonan Raja Azrey yang psiko dan mengerikan masa dia buru mangsa dia dalam banglo tu. Berbeza dengan movie 2018 ni bila pembunuh bertopeng dan konconya membunuh tanpa sebab pun. Memang niat mereka untuk sucikan dosa tapi bila diorang attack Dwan tu I dah rasa mehhhh. Diorang nak bunuh orang yang guna dadah tapi diorang pun sama je. 

For me instead of recreating Blok 404, why not diorang buat movie original je sebab idea ni fresh dan konsep ni pun jarang diketengahkan. Boleh nampak banyak scene yang ditapis macam scene penyiksaan tu sebab kamera lebih fokus dekat muka mangsa instead of luka mangsa. Even luka pun tak teruk mana dan darah pun tak banyak hasil dari penyiksaan tu. Kalau movie negara luar dah sebaldi darah team production guna. Macam scene suami isteri tu nampak tak logik bila tengok daging dipotong dari tangan diorang sebab makeup effect hasilnya amatur sangat. Pisau yang pembunuh guna pun tak ada kesan darah lepas dah potong daging dari si suami. 

Anyway, movie Blok 404 ni boleh la nak layan kalau bosan sangat tapi nak compare dengan movie asal tu jauh beza. Lakonan Dato Boy Iman sangat mengecewakan sebab try hard sangat. Chemistry Raja Azrey dengan Fasha Sandha nampak canggung. Sayang lah penulis tak tunjuk respond dari rakaman pembunuhan lelaki bertopeng ni sebab motif diorang attack artis dan model kerana nak raih populariti dan duit tapi yang tinggal hanyalah persoalan. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.5, 3. Audio +0.5, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +0.4, 6. Genre +0.3, 7. Themes +0.4, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.2 = 4.8/10

Movie Review | Silam (2018)

Pengarah :  Jose Poernomo

Penulis Skrip :  Lele Laila

Pelakon : Zidane Khalid, Surya Saputra, Wulan Guritno, Nova Eliza, Anna Tairas, Richelle Georgette Skornicki, Dania Michelle, Rasyid Albuqhari, Rafael Putra Ismy  

Syarikat Produksi :  Pichouse Films

Pengedar : MD Pictures, Netflix 

Genre :  Seram

Durasi Tayangan :  80 minit

Tarikh Tayangan : 13 Desember 2018 (Indonesia), 18 Julai 2019 (Malaysia)

Trailer :


Sejak ayahnya, Angga Adityo meninggal dunia, Baskara (Zidane Khalid) sering ke kubur dan mengadu nasib kerana sentiasa dimarahi oleh ibunya, Fina (Nova Eliza). Baskara habiskan masa dengan ke sekolah dan ukir anak patung. Satu hari Baskara terjumpa gambar pakcik kembar dia, Anton Prasetyo (Surya Saputra) yang tinggal di Manggarai, Jakarta Selatan. 

Dia nekad untuk melarikan diri ke sana supaya beban dan kesedihan ibu dia berkurang. Baskara plan untuk pergi ke Manggarai selepas dia balik dari lawatan muzium bersama rakan sekelasnya. Dek kerana perbuatan Baskara yang tertawakan teman sekelas kerana dia tak percaya dengan hantu. Kata kawan baik dia, selepas deria keenam Baskara diaktifkan, dia akan dapat melihat semua makhluk halus di sekelilingnya. 

Di muzium, Baskara dikunci oleh kawan-kawan sekelas kemudiannya terhentak di lantai. Akibat hentakan kuat tersebut, deria keenam Baskara mula aktif dan dia sering diganggu ke mana saja dia pergi. Setibanya di Manggarai, kedatangan Baskara disambut baik oleh keluarga Paman Anton. Baskara boleh tinggal di situ selama mana yang dia suka. 

Tapi setiap malam dia akan diganggu oleh beberapa hantu perempuan yang masuk dari tingkap bilik dia. Kehadiran Irina (Dania Michelle) banyak membantu Baskara melawan ketakutan dan tahu apa sebenarnya yang terjadi dalam rumah tersebut sebab Nenek Irina (Anna Tairas) adalah dukun di kawasan tu. 

Jalan cerita Silam ada misteri yang disimpan sehingga ke hujung cerita dan ending dia lebih kurang sama dengan movie The Conjuring bila roh jahat disimpan di dalam patung seperti Anabelle. Bila dah tengok movie ni baru tahu yang movie Silam adalah spin-off dari Danur franchise. Nasib baik lah spin-off, kalau salah satu installment utama dari franchise Danur, memang kena tengok dari awal sampai habis lah supaya tak ketinggalan mana-mana point. 

Dalam movie ni pun ada scene yang dibiarkan tergantung macam scene Paman Anton sekeluarga bersembunyi dalam bilik ataupun larang si kembar turun ke bawah setiap malam. Siapa budak perempuan yang mengusik Baskara dalam bilik tu dan kenapa ramai hantu perempuan di luar rumah Paman Anton? 

Bila movie seram kebanyakan masanya dalam gelap lah tapi not bad sebab movie ni tak lah terlampau gelap sampai tak nampak apa yang jadi. Cuma VFX dia nampak kartun bila hantu muncul untuk ganggu Baskara. 

Sebagai pameran utama dalam filem seram, Zidane Khalid deliver dengan bagus baik dalam scene emosi ataupun scene dia terpesona dengan kecantikan Irina. Kesian tengok dia kena marah dengan Fina walhal dia dibuli oleh kawan sekelas. Mungkin Fina kemurungan tapi tengok pada harta yang ditinggalkan ayah dia, tak rasa mereka hidup melarat. Entahlah sebab tak diceritakan sangat tentang keluarga mereka ni. Mungkin sebab tu juga movie ni jadi mehhh sebab banyak persoalan yang mengganggu. Mungkin pengarah expect penonton dah baca novel Silam kot. 

Bila plot twist muncul tu macam hmmm mudah sangat ni pengarah dan penulis buat cerita. Rasa terkejut pun tak muncul sebab dah boleh agak dah kenapa Baskara mengalami gangguan macam tu dan kenapa keluarga Paman Anton berperangai macam tu. Mungkin pengarah cuma nak banyakkan filem di bawah Danur Universe sebab perangai produser Manoj Punjabi ni suka release movie banyak-banyak walaupun jalan cerita teruk. Entah KPI apa dia nak kejar entah. I harap dia happy lah. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +0.4, 3. Audio +0.4, 4. Storyline +0.5, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.5, 7. Themes +0.6, 8. Editing +0.5, 9. Social Message +0.5, 10. Personal Thought +0.3 = 4.8/10

Movie Review | I Know What You Did Last Raya

Wednesday 12 May 2021

Pengarah :  Prof. Madya Dato' A. Razak Mohaideen

Penulis Skrip :  Wan Aida Wan Yahya

Pelakon : Erra Fazira, Waheeda, Azlee Jaafar, Lan Pet Pet, Zamarul Hisham, Khatijah Tan, Ebby Yus, Piee

Syarikat Produksi : Grand Brilliance

Pengedar :  Netflix

Genre : Komedi / Seram

Durasi Tayangan : 91 minit

Tarikh Tayangan : 14 November 2004

Trailer :

Happy betul dapat tengok movie best under terbitan Grand Brilliance arahan Prof. Madya Dato' A. Razak Mohaideen ni sebab movie I Know What You Did Last Raya famous sangat masa zaman awal millennium dulu. Zaman ni Waheeda tengah famous dengan lagu Wassini dan dapat banyak contract berlakon dengan Prof. 

Kisah parodi dari movie US, I Know What You Did Last Summer (1997) bermula dengan 5 sekawan pulang ke kampung pada malam raya. Dalam perjalanan tu Lan (Lan Pet Pet) terlanggar kambing dan tuan empunya (Ebby Yus) kambing jugak. Disebabkan panik, takut dan Lan taknak reputasi sebagai golfer terkenal rosak di mata media, Yassir (Zamarul Hisham) ajak mereka semua alih kambing ke tepi jalan dan teruskan perjalanan sebab kedua-dua makhluk tak cedera pun. 

Sampai je dekat kampung, masing-masing berjanji untuk tak buka mulut tentang rahsia mereka dalam perjalanan tadi. Tapi gangguan demi gangguan berlaku pada mereka semua sampai Yassir, Lan, Mira (Erra Fazira) dan Shahida (Waheeda) ambil keputusan untuk pulang ke bandar malam raya kedua. Yassir paling cuak sekali sebab dia nampak depan mata kambing dan tuannya dalam perjalanan balik dari masjid. 

Fazzly (Azlee Senario) tak nak ikut mereka berempat sebab dia ada cuti lagi seminggu sedangkan mereka yang lain ada urusan kerja yang perlu diselesaikan. Dalam perjalanan balik ke bandar, kereta Lan rosak sebab paip bocor. Lan syak mereka semua disabotaj oleh orang yang sama dan orang tersebut tahu tentang rahsia mereka. Siapa orang tersebut, kena la tengok movie ni dekat Netflix. 

Walaupun movie yang bertemakan raya ni adalah parodi kepada movie slasher tapi dalam movie I Know What You Did Last Raya tak ada pembunuhan atau cubaan membunuh pun. Sebab tu movie ni boleh jadi tontonan keluarga pada Hari Raya secara santai. Bab komedi tu mungkin ada percanggahan lah sebab lawak dalam movie ni adalah lawak yang trending masa zaman tu. Macam setiap watak akan ulang balik perkataan dengan mimik muka. Kalau sekarang tengah in dengan lawak pickupline, tapi zaman 2004 dulu lawak yang macam dalam movie ni lah yang menghiburkan. Mungkin generasi Z tengok tak boleh nak layan tapi kalau untuk Gen X atau Y, movie ni mengimbau kenangan. 

Zamarul Hisham kemain handsome masa muda dulu tapi dalam movie ni watak dan screentime dia agak terhad sebab Lan Pet Pet lagi famous dengan bakat dia ajuk suara. Scene dia sergah kawan-kawan dia dengan suara kambing tu memang mengekek lah. Chemistry dia dengan Waheeda pun menjadi. Since Waheeda talent di bawah Grand Brilliance, watak dia sentiasa menjadi tumpuan. Di awal movie pun dia dah menyanyi lagu Panggilan dekat fashion show Raya.

 

Kelakar tengok flashback sebab ada Aedy Ashraff dengan Eric Fuzi lakonkan watak Fazzly dan Lan masa kecil dulu. Supporting cast macam Khatijah Tan, Piee, Dynas Mokhtar pun deliver watak dengan baik di samping pelakon utama. Bila tengok balik jarak rumah dengan kereta diorang rosak tu tak la jauh mana pun. Scene tuan kambing dekat dalam terowong bawah dengan jarak dekat kereta Lan tu pun tak jauh mana. Tapi persoalannya betul ke yang tu tuan kambing ataupun orang yang rakam? 

Tak tahu lah Prof. Madya Dato' A. Razak Mohaideen sebenarnya perasan ke tak yang pelakon dia tersalah skrip dekat first half movie. Scene Mira marah diorang semua tengah tidur tu dia kata apa nak jadi dah buka puasa pun tidur lagi padahal belum berbuka. Scene Lan bagitau diorang yang hari tu hari last Raya padahal last puasa sepatutnya. 

Since movie I Know What You Did Last Raya ni diterbitkan pada tahun 2004, visual dia tak lah sharp sangat walaupun ditayangkan di Netflix. Tapi okay lah, masih lagi boleh dilayan. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.6, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 9/10

Movie Review | Bella & Jamie (2019)

  

Pengarah : Fairul Nizam Ablah, Ghaz Abu Bakar

Penulis Skrip :  Liyana Jasmay, Fairul Nizam Ablah

Pelakon : Liyana Jasmay, Juliana Evans, Izzue Islam, Khir Rahman, Sharifah Nadia, Dynas Mokhtar, Bell Ngasri

Syarikat Produksi :  Mermaid Studios Sdn. Bhd.

Pengedar :  United Studios Sdn. Bhd.

Genre :  Komedi / Drama 

Durasi Tayangan :  90 minit

Tarikh Tayangan : 31 Januari 2019

Trailer :


Debut movie Liyana Jasmay sebagai penerbit dalam industry perfileman mengangkat tema Teman Sejati Selamanya bila Bella (Juliana Evans) dan Jamie (Liyana Jasmay) berkawan sejak kecil sehingga besar. Kejutan buat mereka berdua bila Uncle Bad (Khir Rahman) dan Aunty Maryam (Sharifah Nadia) nak berkahwin. Bella & Jamie akan bertukar status dari kawan baik kepada adik-beradik tiri. 

Malangnya sejak pulang dari New York, Jamie dapat tahu Bella bercinta dengan Reza (Izzue Islam), bekas kekasih yang pernah tinggalkan dia dulu. Jamie kecewa Bella tak berterus-terang dengan dia walaupun dia pernah beri peluang. Jamie bertindak untuk putus kawan dengan Bella dan cari peluang untuk putuskan hubungan ayah dia dan ibu Bella. 

Konflik diorang kecil je sebenarnya macam Reza utarakan dari awal tapi masing-masing ego tak nak mengalah. Walaupun watak Reza tak dikembangkan sangat tapi dia antara yang rasional dan matang dalam movie ni. Tak pasti umur Jamie dengan Bella berapa tapi around 25 macam tu la kot. Masing-masing terlampau dimanjakan dan disuap sampai tak pandai berfikir. 

Kecewa jugak lah bila penulisan Liyana Jasmay ambil jalan singkat dengan matikan watak Reza hanya kerana untuk tonjolkan friendship Jamie dan Bella. Reza dah pesan dekat Bella yang dia taknak join plan mereka berdua yang melibatkan Mastura (Dynas Mokhtar) tapi Jamie anggap Reza annoying. Lepastu scene Reza dah ada teman wnita baru instead of berbaik dengan Bella. It would be nice dan watak Jamie nampak matang kalau dia dah move on dan sedar kenapa Reza putuskan hubungan kemudian pilih Bella. Kena lah dengan pendirian Reza yang anggap cinta tu sesuatu yang misteri dan tak boleh dipaksa. 

Suka dengan chemistry Khir Rahman dan Sharifah Nadia sebagai pasangan bercinta sebab relationship diorang matang dan romantik. Mungkin sebab sesuai dengan my age yang dah masuk 30s, suka dengan lelaki yang stabil dan tenang. Sweet lah Khir Rahman berlakon scene romantik sebab intonasi suara dia tu fuhhh cair! 

Walaupun Dynas Mokhtar muncul sekejap je tapi watak dia menaikkan momentum penceritaan dengan strong character sebagai bekas kekasih Bad. Bila dia tanya Jamie ‘Dah besar kan? Dah pandai fikir kan?’ memang puas betul dengar. Dekat scene tu nampak yang pilihan kita adalah cerminan personaliti kita. Kalau sejenis tak matang, pilihan yang dibuat pun nampak tak bijak langsung. Watak Jay (Bell Ngasri) pun kelakar setiap kali muncul.

Dinamik Liyana Jasmay dengan Juliana Evans sebagai kawan baik nampak kuat sebab diorang memang best friend in real life pun. Cumanya watak mereka berdua tak dikembangkan sangat atau bermain dengan emosi untuk genre drama. Terlampau santai untuk friendship sejak kecil dan terlampau mudah Bella putus asa dengan Jamie. Lagi syok kalau ada flashback yang boleh menguatkan naratif persahabatan mereka berdua. 

Sinematografi dari Pete Abdullah menaikkan mood penceritaan dalam naskhah chick flick yang santai ni. Props yang digunakan nampak terpengaruh dengan konsep perumahan di NY bila mereka sekeluarga buat BBQ di rooftop. I pulak yang risau sebab nampak awan cerah sebab kilat sana sini. Scene foodtruck tu macam kesian pulak dekat customer sebab makan dekat tempat panas. Iklim Malaysia tak sama dengan New York. Dekat sana even matahari tegak atas kepala pun tetap ada angin sejuk dia. Dekat sini mau berbelang muka. 

Soundtrack untuk Bella & Jamie quite fun dengan lagu Manisnya Senyumanmu nyanyian Liyana Jasmay sendiri under KRU Music. Lagu asal adalah nyanyian Feminine tapi Liyana record dengan nafas baru khas untuk movie ni. Comel je tengok Liyana dengan Jue Evans menari dalam kereta tu tapi potong betul Reza pergi tegur pasal diorang tengah bergaduh.

 

Masa movie Bella & Jamie tayang tahun 2019 tak dapat sambutan pun sebab Liyana cakap dia tak fokus dengan marketing and promos. Nasib baik masuk dekat Netflix, boleh la cover balik duit modal. Walaupun movie ni tak lah menghiburkan sangat tapi not bad lah nak layan sambil masak rendang raya. 

1. Team Production +0.5, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.4, 5. Casting +0.6, 6. Genre +0.2, 7. Themes +0.5, 8. Editing +0.4, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +0.4 = 6/10

Movie Review | Story of Kale: When Someone's in Love

Sunday 9 May 2021

 

Pengarah :  Angga Dwimas Sasongko

Penulis Skrip :  M. Irfan Ramly, Angga Dwimas Sasongko

Pelakon : Ardhito Pramono, Aurélie Moeremans, Arya Saloka, Roy Sungkono, Gilbert Pohan, Azizah Hanum, Tanta Ginting, Dwiky Al Asyam 

Syarikat Produksi : Visinema Content, Visinema Pictures 

Pengedar :  Netflix

Genre :  Drama / Romantik

Durasi Tayangan : 77 minit

Tarikh Tayangan : 23 Oktober 2020 (Indonesia)

Trailer :


Bulan Februari lepas tengok movie Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini (2020) hasil sutradara pengarah yang sama, Angga Dwimas Sasongko dan jatuh cinta dengan watak Kale (Ardhito Pramono). Masa tu pun dah dapat tahu yang prequel juga spin-off movie tu akan berkisarkan tentang kisah percintaan Kale dengan seseorang yang pernah buatkan dia bahagia juga menderita sampaikan dia reject cinta Awan. 

Dalam movie tu digambarkan Kale sebagai seorang yang memahami dan puitis tapi berbeza watak dia dalam movie  Story of Kale: When Someone's in Love sebab watak dia baran dan manipulasi keadaan. Kale dah lama pendam perasaan pada manager band Arah iaitu Dinda (Aurélie Moeremans) tapi Dinda in relationship dengan Argo (Arya Saloka) yang baran. 

Kale rasa Argo tak layak jadi pacar Dinda sebab suka marah dan pukul. Suka memanipulasi keadaan. Lepas Dinda dengan Argo putus, Kale bagitahu yang dia nak lebih dari sekadar teman dan dia cemburu tengok Dinda ambil berat ahli band yang lain. Dinda okay je sebab dia pun suka dengan Kale tapi lama-kelamaan Dinda perasan yang Kale pun sama seperti Argo. 

“Enggak ada orang yang bisa bertanggung jawab di atas hidup kita selain diri kita sendiri.” – Dinda.

Flow movie Story of Kale: When Someone's in Love ni kreatif jugak lah sebab movie ni start dengan Dinda minta putus kemudian flashback macam mana Dinda dengan Kale rapat. Bersilih ganti antara masa lalu dan masa sekarang setiap kali Kale persoalkan di mana silap dia. 

“Aku bingung kenapa aku selalu kehilangan orang yang aku sayang.” – Kale.

Since I dah tengok movie Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini dan kenal watak Kale sebagai yang matang dan romantis, rasa tertanya tu membuak bila tengok Dinda tega minta putus dan pengen keluar dari rumah walhal projek album mereka berdua dah siap. Pengarah slowly buka pekung dan build up moments dan jawapan kenapa hubungan mereka berdua toksik. Terdiam bila tengok scene Dinda nampak perangai sebenar Kale. Dia baru je berjaya keluar dari toxic relationship dengan Argo tapi terjebak dengan relationship yang sama walaupun dengan lelaki yang berbeza. Susah tau nak keluar kalau bercinta dengan lelaki jenis suka manipulate dan baran ni. Been there and got out. 

Visual dari Bagoes Tresna Aji menyuntik mood romantic setiap kali watak Kale dan Dinda berbicara soal cinta. Tone kebanyakan scene disetkan gloomy supaya sesuai dengan perasaan Kale dan Dinda yang mula pudar. Music score dan music album dari Ofel Obaja Setiawan dan Ardhito Pramono sweet dan melankolik. Suara Ardhito kedengaran harmoni bila berduet dengan Aurélie Moeremans untuk lagu I Just Couldn’t Save You Tonight. 

Antara movie Nanti Kita Cerita Tentang Hari Ini dengan Story of Kale: When Someone's in Love, rasanya prequel lagi syok mungkin sebab relatable dengan hidup kot. Tambah pula konflik dia lebih heavy berbanding rahsia keluarga Ajeng dengan Narendra. Of course tak boleh nak compare masalah setiap orang tapi untuk genre drama, movie prequel ni lebih sarat dengan drama. Sarat dengan suntikan emosi dan bermain dengan perasaan. 

Lakonan Ardhito Pramono tampak cemerlang sebagai peran utama dengan pelbagai range of emotion dari awal movie sampai ke hujung. Nampak lengkungan karakter dia dari seorang yang ingin buatkan Dinda bahagia dan berubah menjadi seorang yang matang kemudian belajar dari silapnya. Berubah menjadi seseorang yang bertanggungjawab kepada kebahagiaan diri. Chemistry dia dengan Aurélie Moeremans pun sweet walaupun kesudahannya berubah toxic. 

‘Melangkah maju tidak harus bersama tapimu akan selalu ada dihati. Berakhir untuk awal yang baru. Berakhir… tidak dalam jiwa’ - ARAH

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10