Movie Review | Talak 3 (2016)

Monday 21 December 2020

Pengarah :  Hanung Bramantyo, Ismail Basbeth

Penulis Skrip : Salman Aristo, Bagus Bramanti, Wahana Penulis

Pelakon :   Laudya Cynthia Bella, Vino G Bastian, Reza Rahadian, Tika Panggabean, Dodit Mulyanto, Ray Sitoresmi, Mozza Kirana

Syarikat Produksi : MD Pictures, Dapur Film

Pengedar :  MD Pictures, Netflix

Genre : Romantik / Komedi  

Durasi Tayangan :  90 minit

Tarikh Tayangan : 4 Februari 2016

Trailer :

Padah bila bercerai ikut emosi ni sebab terlajak kata tak boleh diundur balik dah. Sama juga dengan apa yang terjadi pada Bagas (Vino G Bastian) dan Risa (Laudya Cynthia Bella) yang tak mahu lagi bersama. Mereka berdua mula bergaduh bila Bagas curang dengan penyanyi dangdut, Siska Gotik (Mozza Kirana) akibat mabuk. Nah, siapa yang boleh maafkan kecurangan kan? 

Bila Inggrid (Tika Panggabean) bagitahu Bagas tentang idea ekspo wedding besar-besaran sudah ada sponsor dari Malaysia, Risa nak join sekali sebab bagus untuk profil karier dia. Tambah pula Risa dengan Bagas perlukan duit untuk lunaskan hutang yang diambil untuk berkahwin. Sayangnya disebabkan Bagas teragak-agak bagi jawapan, Inggrid bagi tender tu kepada photographer lain. 

Bagas bagitahu dia dan Risa akan berkahwin balik dan di ekspo tu nanti akan diadakan majlis perkahwinan mereka berdua. Dek kerana Inggrid takut mereka berdua cuma nak kejar duit, dia suruh Bagas dan Risa tunjuk sijil kahwin dulu sebelum proceed dengan job ekspo tu. 

Masa sembang memang semua pun boleh tapi dah cerai talak 3 kan, mana boleh nak rujuk balik kecuali Risa berkahwin dengan muhallil kemudiannya bercerai. Kalau dekat sini, muhallil tu cina buta. Dulu TV3 pernah buat telemovie pasal cina buta ni. Tapi lepas mufti tegur konsep pak sanggup ni haram, dah tak nampak dah filem atau telemovie dengan tema macam tu. 

Dalam movie Talak 3 ni, penulis trio Salman Aristo, Bagus Bramanti, Wahana Penulis  terangkan kenapa Islam letak had pada talak dan siapa muhallil juga hukumnya. Selain dari isu pak sanggup, diselitkan juga isu rasuah yang berlaku di pejabat agama melalui watak-watak Jonur (Gareng Rakasiwi) dan Hasmi (Hasmi Gundala) yang diperhatikan oleh Basuki (Dodit Mulyanto). 

Disebabkan Bagas dan Risa busy cari siapa yang nak jadi muhallil, semua kerja-kerja proposal ditolak kepada Bimo (Reza Rahadian). Dah la buat kerja tanpa bayaran, kena buat pulak tu semua dari A sampai Z. Sayang betul Bimo dekat Bagas tapi hilang rasa hormat bila Bagas nak Bimo jadi pak sanggup sedangkan dalam diam Bimo ada hati dengan Risa sejak SMA. Siapa pilihan Risa sudahnya, kena tengok sendiri lah. 

Nama pengarah Hanung Bramantyo bukan calang-calang orang sebab dia pengarah yang terkenal dengan karya Ayat-Ayat Cinta (2008),  Rudy Habibie (2016), Surga Yang Tak Dirindukan 2 (2017), Bumi Manusia (2019), Habibie & Ainun 3 (2019). Dah banyak kali dia bekerja dengan Reza juga so dia dah kenal macam mana nak olah watak Bimo. Walaupun screentime dia tak banyak mana dan dia bukanlah hero utama tapi dia tetap menyerlah antara mereka bertiga. 

Sinematografi dari Dimaz Amanta Pratama nampak cantik dengan memaparkan keindahan kawasan luar bandar Indonesia. Makan dekat warung pun nampak cantik dan Insta-worthy. Geram betul tengok diorang buat close-up shot satay, nasi ayam penyet dengan tempe. Dari kenyang terus rasa nak order satay! Music score dari Pelangi Studio Yogyakarta dengan seleksi lagu-lagu romantik terutamanya scene Risa dan Bimo.

 

Masa tengok Vino ni teringat pulak dekat Dazrin. Muka diorang sama sangat kecuali suara Vino serak basah. Dazrin pulak lembut je bila bercakap. By the way, movie Talak 3 ni menang Best Original Film dekat Piala Citra so make sure you guys pun tengok movie romantic komedi ni dekat Netflix okay? 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +0.8, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.8, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.4/10

Movie Review : NH10 (2015)

Director : Navdeep Singh

Writer : Sudip Sharma

Cast : Anushka Sharma, Neil Bhoopalam, Darshan Kumar, Deepti Naval, Kanchan Sharma, Ravi Jhankal, Sushil Tyagi, Ravi Beniwal

Production Company : Phantom Films, Clean Slate Filmz

Distributor : Eros International

Genre : Horror / Thriller

Running Time : 115 minutes

Release Date : 13 March 2015

Trailer :

Perkahwinan terhalang disebabkan berbeza kasta ni bukan sesuatu yang baru di India dan isu ni masih lagi menebal di kawasan luar bandar sehingga sanggup membunuh untuk jaga nama sepertimana yang ditonjolkan dalam movie NH10 di bawah production house Phantom Films dan Clean Slate Filmz. NH10 ditayangkan di Beijing International Film Festival. 

Clean Slate Filmz adalah production house milik Anushka Sharma sendiri dan debut dengan movie horror thriller, NH10. Bukan sahaja production house yang dapat perhatian ramai tapi watak Anushka sebagai Meera juga mencuri tumpuan sebab sebelum ni Anushka cuma berlakon sebagai bubbly girl. Tapi di bawah production house sendiri dia dapat bereksperimentasi dengan bakat lakonan dia. Sama seperti yang John Abraham buat bila geram asyik dapat watak biasa. 

Bekerjasama dengan Anurag Kashyap sebagai producer yang memang terkenal dengan movie indie dan thriller seperti franchise gempak Gang Of Wasseypur dan juga pengarah Navdeep Singh yang keluar dari template tipikal Bollywood selepas kejayaan Manorama Six Feet Under (2007). Awalnya Anushka busy dengan movie lain tapi lepas bekerja dengan Anurag untuk movie Bombay Velvet, dia setuju dan jadi producer terus memandangkan movie ni belum dapat dana. 

Kisah bermula bila Meera dan suami dia, Arjun (Neil Bhoopalam) jadi saksi kepada pergaduhan bila Satbir (Darshan Kumar) dan kawan-kawan dia seret Pinky (Kanchan Sharma) dan kekasih dia, Mukesh ke dalam jeep kemudiannya pergi ke hutan. Ego Arjun tercalar bila ditampar oleh Satbir kemudiannya tunjuk hero untuk kacau kerja pembunuhan mereka. Sudahnya dia yang menggigil ketakutan bila nampak Pinky dan Mukesh dibunuh dengan kejam. 

Dalam pergelutan untuk cuba selamatkan diri, Arjun tertembak Chote (Ravi Beniwal) lantas menaikkan kemarahan Omi dan yang lain. Kemudian Meera pula terpaksa tembak salah seorang dari mereka bila Arjun ditikam di kaki. Sementara Arjun menyorok di bawah rel keretapi, Meera pergi ke kampung terdekat untuk cari bantuan. 

First half memang geram dengan tindakan bodoh Arjun acah berani sangat nak masuk campur hal orang. Just because dia ada berkawan dengan IGP Delhi dan ada pistol dalam kereta, tak semestinya dia boleh tunjuk hebat. Dia masuk tempat orang kot. Well the least he can do is call the police. Tapi kalau bukan sebab kebodohan dia, tak jadi la cerita kan? Of course movie ni saspen tapi bila director letak keputusan di tangan Arjun je jadi menyampah sebab suka buat keputusan bodoh macam tembak kereta. Siapa yang bazirkan peluru dengan tembak kereta? Tembak la orang! 

Tahun 2014 Darshan Kumar debut dengan movie Mary Kom dan memegang watak suami kepada Mary yang sweet, supportive dan penyayang tapi dalam movie NH10 berubah sebaliknya. Ngeri sangat bila dia pukul adik dia separuh mati dan bagi makan racun hanya semata bercinta dengan lelaki berbeza kasta. Sampai menang award dekat IIFA untuk kategori Best Performance in a Negative Role. 

‘Sometimes you just do what you have to do...’ – Ammaji (Deepti Naval)

Music score dari komposer duo, Sanjeev-Darshan menghidupkan elemen dark, gloomy, saspen dan thriller. Kebanyakan lagu diletak seiring dengan cerita tapi lagu Chhil Gaye Naina nyanyian Kanika Kapoor hanya untuk promo events. Sepatutnya letak lagu tu masa scene Meera nak serang Sarbit. Baru rasa puas dan excited. One of my fav song of all time. 

Disebabkan movie NH10 ni, nama Anushka bukan lagi sebagai heroin dengan muka cantik tapi berbakat besar juga. Movie thriller ni tinggalkan impak yang mendalam and one of the best thriller in Bollywood. Tahun 2018, movie Telugu buat remake dari NH10. Recommended! 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +0.8, 4. Storyline +0.8, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +0.6, 10. Personal Thought +0.8 = 9/10

Drama Review | Sweet Home (2020)

Directors: Lee Eung-bok, Jang Young-woo & Park So-hyun
Writers: Heung So-Ri, Kim Hyung-Min, Park So-Ri
Cast:  Song Kang, Lee Jin-wook, Lee Si-young, Lee Do-Hyun, Go Min-si, Kim Nam-hee, Park Kyu-young, Kim Sang-ho
Production Companies: Studio Dragon, Studio N
Distributor: Netflix
Genre : Horror / Mystery / Thriller
Running Episodes: 10 episodes (60 minutes per episode)
Release Date: 18 December, 2020
Trailer:

Selepas kematian semua ahli keluarga, Cha Hyun-su (Song Kang) berpindah ke Green Mansion Apartment tapi kejadian aneh bermula selepas jiran sebelah datang minta bantuan kemudiannya bertukar menjadi raksasa. Tak semua bertukar menjadi raksasa yang sama, kerana perubahan tersebut mengikut keinginan, obsesi, trauma semasa hidup sebagai manusia. Ada juga berubah menjadi raksasa labah-labah dan jel. 


Tak didedahkan punca dan bagaimana virus raksasa tu masuk ke dalam sistem manusia tapi yang pastinya setiap yang berjangkit akan mengalami simptom yang sama – hidung berdarah dengan banyak, perilaku berubah menjadi agresif dan akan mula berhalusinasi. 

Dalam keraguan dengan tindakan Kerajaan yang mengurung mereka di dalam bangunan masing-masing, kehendak untuk keluar dari bangunan tersebut juga seperti menempah maut bila kawasan tersebut dipenuhi dengan raksasa. 

Lee Eun-hyuk (Lee Do-hyun) cuba bertenang dan ambil alih menjaga semua yang terselamat termasuklah adik dia sendiri, Lee Eun-yoo (Go Min-si). Drama ni bergerak dengan berlatarbelakangkan dua bahagian. Bahagian pertama di bahagian ground floor yang dikawal oleh Eun-hyuk dan Seo Yi-kyeong (Lee Si-young), bekas ahli bomba dan juga special force. 

Manakala di bahagian atas pula ada watak-watak yang tak kurang hebatnya seperti Hyun-su, Pyeon Sang-wook (Lee Jin-wook), Yoon Ji-soo (Park Kyu-young), Jung Jae-heon (Kim Nam-hee) dan Han Du-sik (Kim Sang-ho). 

Masing-masing ada kelebihan dan strong factor untuk survive dalam serangan raksasa ni sementara menunggu bantuan dari Kerajaan sampai. Sedangkan yang lain cuma bergantung harap kepada watak-watak utama ataupun memburukkan keadaan dengan jadi bodoh. 

Penulis keluar dari template tipikal bila manusia kena gigit akan bertukar menjadi zombie atau berjangkit dengan virus. Idea yang fresh tapi bila raksasa takkan mati jadi hmmm macam mana nak survive ni?

‘When someone is sure about keeping a promise when it’s hardly possible, there’s a good chance that’s a lie.’

Diadaptasikan dari webcomic berjudul Sweet Home karya Kim Carnby dan Hwang Young-chan, barisan pengarah - Lee Eung-bok, Jang Young-woo & Park So-hyun berjaya menghidupkan dunia yang dipenuhi dengan raksasa. 

Penggunaan visual effects, transition yang menarik, grading tone sesuai dengan mood cerita antara kekuatan drama Sweet Home di bawah terbitan Netflix. Sinematografi yang berlandskapkan perang dipaparkan dengan cemerlang. Backround music dari Gaemi menambahkan elemen saspen dan misteri tentang kejadian aneh di Korea Selatan ni.

 

Lepas naskhah cinta tiga segi, Love Alarm (2019), Song Kang berlakon pula dalam action thriller drama Sweet Home sebagai main lead. Walaupun watak lebih kurang sama, sejenis yang pendiam dan banyak ekspresikan melalui pandangan mata dalam kebanyakan scene tapi watak Hyun-su mempunyai depth dan impaknya yang tersendiri. 

Sedih bila penduduk apartment tu gunakan dia sebagai senjata tapi lagi sedih bila Du-sik peluk dan tenangkan dia dalam episod 10. Scene dia dengan Eun-yoo pun comel and both of them berlakon dalam Love Alarm jugak cuma bukan as couple. 

Watak Lee Si-young padu jugak dalam drama ni bila dia antara yang kuat bertarung dengan monsters, deal dengan military dengan keadaan dia macam tu. Masa dia pakai winter coat nampak macam innocent je tapi bila dia pakai sportswear perghhh body mantap gila. Energy sama level je dengan Lee Jin-wook. Puas sangat bila tengok scene dia bunuh semua manusia yang lebih mengerikan daripada monster. 

Hakikatnya naskhah Sweet Home ni lebih menonjolkan sisi gelap manusia bila dalam keadaan genting sama ada akan menjadi berguna kepada orang sekeliling ataupun jadi sampah. Setakat musim pertama, belum diceritakan lagi ada mana-mana manusia yang berubah jadi raksasa akan bertukar kembali jadi manusia sebab dalam mana-mana agama pun akan ada ruang untuk manusia bertaubat.  Yang diberitahu penulis cuma teknik untuk melambatkan proses bertukar jadi raksasa bila manusia kena kawal diri dan bertenang. 

‘We live as human, die also as human.’

Tak pasti bila Season 2 akan keluar sebab Netflix ni sejenis jugak kalau buat drama suka biar fans tunggu lama macam Love Alarm dengan Vagabond. Untuk drama dengan heavy vfx macam Sweet Home ni tak tahu lah bila pulak nak munculnya. Mungkin 5 tahun lagi….

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review | 99 Nama Cinta (2019)

Sunday 20 December 2020

Pengarah :  Danial Rifki

Penulis Skrip :  Garin Nugroho

Pelakon :  Acha Septriasa, Deva Mahenra, Adinda Thomas, Ira Wibowo, Robby Purba, Susan Sameh, Donny Damara, Muhammad Soufan (Munna), Dzawin

Syarikat Produksi : MNC Pictures 

Pengedar :  MNC Media, Netflix

Genre :  Drama / Romantik

Durasi Tayangan : 106 minit

Tarikh Tayangan : 14 November 2019

Trailer :

‘Allah bekerja dengan cara tersendiri.’

Kerana wasiat arwah ayah (Muhammad Soufan), Talia (Acha Septriasa) perlu belajar agama dengan Kiblat (Deva Mahendra) dari Pondok Pesantren Ngrangkah Pawon, Sepawon, Kediri. Kisah silamnya, Kiblat dan Talia berkawan baik sejak kecil. Ayah Talia yang bagi dana untuk Kiai Umar (Donny Damara) bina pondok dan usahakan ladang koko. Bila ditanya bagaimana untuk bayar kembali wang tersebut, ayah Talia cuma minta dia balas dengan ilmu agama. 

Talia ialah seorang pengacara yang terkenal kerana program gossip ‘Bibir Talia’ jadi bila setiap kali dia ke pondok untuk berjumpa dengan Kiblat, dia akan sentap dengan isi agama mengenai gossip. Ibarat menabur garam di luka Talia selepas rancangan dia diberhentikan serta merta dan digantikan dengan ‘Bisikan Chandra’ yang dikendalikan oleh Chandra (Susan Sameh), pembantunya. 

Kemudiannya Head Programming (Robby Purba) minta Talia handle program Kuliah Subuh dan buktikan yang dia mampu naikkan rating sekaligus menjadi producer executive. Mlenuk (Adinda Thomas) cadangkan supaya Talia bawa Kiblat sebagai ustaz jemputan sebab dia handsome dan cara dia mengajar fresh. Bukan setakat penonton berusia sahaja yang tertarik malah golongan milennials. 

Sayangnya Kiblat bawa Husna (Chiki Fawzi), anak perempuan Kiai yang mungkin akan dijodohkan dengan Kiblat. Rasa cemburu mula datang tambah pula hubungan Talia dengan Kiblat dingin tak seperti zaman kecil dulu. 

Walaupun movie 99 Nama Cinta di bawah produksi MNC Pictures ni berkonsepkan agama tapi tak bosan dengan pace yang laju dan skrip yang menarik. Dialog berkisar keagamaan diadun dengan ringkas bersama rencah komedi seperti scene Mas Bambu (Dzawin) menerangkan tentang gelaran Ustaz. 

‘Nama saya Bambu. Pelajar di sini panggil saya Ustaz Bambu tapi puan tak perlu panggil saya Ustaz sebab ustaz tu maksudnya guru di dalam Bahasa Arab. Sama seperti kerusi, kursiyun dalam bahasa Arabnya.’

Dari dulu memang suka sangat dengan movie berkonsepkan agama dari negara Indonesia sebab olahan tu benar-benar mahu mengajar dengan lebih dekat tanpa sebarang perli atau ‘tarbiah sentap’ seperti di Malaysia. Even dalam lagu pun perli keras dengan rap berjela. Sudahnya ke mana? Di situ ajaaa… 

Penulis skrip 99 Nama Cinta ni bukan calang-calang orang sebab Garin Nugroho dah banyak kali menang pelbagai award untuk penulisan skripnya. Movie debut dia, Cinta Sepotong Roti (1991) pun dah dapat 6 pencalonan di Indonesian Film Festival (IFF). Surat untuk Bidadari (Letter for an Angel) tahun 1994 pula pernah menang di Tokyo International Film Festival. Walaupun pengiktirafan ni dah lama tapi hasil kerja dia masih lagi berbisa. Hasilnya? Skrip 99 Nama Cinta. 

Tertarik dengan perwatakan Husna yang mendalami ilmu agama dari fesyen dan musik kerana semasa Wali Songo menyebarkan Islam di Tanah Jawa, salah satu method yang diguna pakai adalah seni dan musik. Selain dari mengajar ilmu agama, Husna juga mengajar bagaimana untuk menghasilkan fashion yang menutup aurat tanpa membuang seni kebudayaan masyarakat tempat. Sedap suara Chiki menyanyi lagu yang dicipta oleh Sunan Kalijaga dengan ukulele. Walaupun 99 Nama Cinta adalah movie debut tapi dia langsung tak kekok dan menyerlah walaupun kebanyakan screentime bersama nama-nama besar. 

Soundtrack utama 99 Nama Cinta adalah Seluruh Cinta nyanyian Cakra Khan dan Dato’ Siti Nurhaliza. Sesuai sangat bila lagu berentak balada dengan lirik puitis memberi gambaran kagum dengan persona seseorang. Dalam movie ni Talia yang senang dengan kuliah agama Kiblat manakala Kiblat pula suka dengan ketabahan Talia.

 

Kau bagaikan nafas ditubuhku

Yang sanggup menghidupkan segala gerakku

Ku 'kan selalu memujamu

Hingga nanti kita 'kan bersama


Bila tengok watak Kiblat ni teringat dengan karakter Ustaz Adam dalam franchise drama Nur, menyampaikan dakwah tanpa judgement dan ikhlas kerana Allah. Kalau suka dengan drama Nur, vibe 99 Nama Cinta sesuai sangat untuk you guys. 

1. Team Production +1, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 10/10

Movie Review : ABCD - Any Body Can Dance 2 (2015)

Saturday 19 December 2020

Director : Remo D'Souza

Writer : Mayur Puri, Remo D'Souza, Tushar Hiranandani

Cast : Prabhu Deva, Varun Dhawan, Shraddha Kapoor, Lauren Gottlieb, Sushant Pujari, Raghav Juyal, Punit Pathak, Dharmesh Yelande, Murli Sharma, Ganesh Acharya, Kapil Sharma, Terence Lewis, Seema Pandey

Production Company : Walt Disney Pictures

Distributor : UTV Motion Pictures

Genre : Dance / Drama

Running Time : 154 minutes

Release Date : 19 June 2015

Trailer :

Dek kerana kejayaan movie ABCD (2013), sequel kepada movie bertemakan tarian ni diterbitkan di bawah production house Walt Disney Pictures. Kalau sebelum ni Mayur Puri cuma menulis lirik untuk music album, kali ni dia dapat peluang untuk menulis skrip yang diinspirasikan dari kisah perjalanan dance team Kings United India mewakili negara ke World Hip Hop Dance Championship. 

Dalam movie ABCD 2 ada watak Vishnu (Prabhu Deva) sebagai dance guru tapi watak yang ni tak ada kaitan langsung dengan watak Vishnu dalam ABCD. Sama juga dengan watak D (Dharmesh Yelande), Olive (Lauren Gottlieb) dan Punit Pathak yang berlakon sebagai OKU – pekak dan bisu. Dalam ABCD 1 dia penagih dadah, dalam sequel dia cacat pulak. Tak cukup dengan tu, sakit kronik lagi haaa tragis benor! Nasib baik dia dapat solo dance tapi tak jauh beza pun dance dia dengan solo dance dalam ABCD 1. 

Sama seperti sebelumnya, sequel ABCD  masih lagi menggunakan khidmat koreografi dari trio koreografer terkenal Bollywood - Remo D’Souza, Prabhudeva dan Ganesh Acharya. Special untuk ABCD 2, penari dari dance academy famous, Shiamak Davar pun dibawa masuk sekali. Choreographer Terence Lewis yang bagi idea kepada Remo D’Souza untuk tajuk franchise ni pun ada buat cameo sebagai juri dance competition masa Hum Kisi Se Kum Nahin bersama Seema Pandey. Even Kapil Sharma Show pun masuk sekali. Meriah! 

Dari awal movie lagi dah dihidangkan dengan montaj tarian dan persembahan yang mantap dari team Mumbai Stunners tapi malangnya semua step dan koreografi ditiru sebiji seperti tarian persembahan Philippine All Stars lantas para juri ambil keputusan untuk singkirkan Mumbai Stunners dari pertandingan. Tak cukup dengan tu, mereka semua dituduh penipu dan memalukan negara. Akibat tak tahan diperli dan dimalukan oleh customers, ramai yang ambil keputusan untuk keluar dari team. 

Suru (Varun Dhawan) come up dengan idea untuk join World Hip Hop Dance Championship di Las Vegas. Kebetulan dia terjumpa Vishnu di bar tempat dia bekerja dan merayu supaya train team dia sampai dapat pergi ke Vegas. Crocxz's (Raghav Juyal) dah risau sebab tempoh 3 bulan tu singkat sangat untuk mereka semua cari dana, team baru dan koreografi original. Tapi Vinnie (Shraddha Kapoor) yakin dengan idea Suru. Bukan senang nak pujuk Vishnu tapi bila dia setuju, masalah yang lain pun nampak mudah je untuk Suru dan Vernon (Sushant Pujari) selesaikan. 

Berbeza dengan previous installment, skrip ABCD 2 lebih kemas, kelakar dan emosi lebih mendalam dengan konflik-konflik yang timbul dari awal. Selain pengajaran untuk lebih berdisiplin, komunikasi juga penting bila hidup berkumpulan. Macam scene Vinnie terseliuh sebab over practice walhal Vishnu dah larang dia buat macam tu. Sama juga dengan kes Vinod. 

Visual dari Vijay Kumar Arora up satu level bila di bawah Disney bila sinematografi, vfx, transition disunting dengan bagus. Tapi geram bila dia suka ulang pan shot kapal bersejarah INS Vikrant sampai tersimpang dari cerita. Macam scene Vinnie tenangkan Suru dekat jeti sebelum ke Bangalore. Scene tu patutnya close up dekat watak utama supaya nampak bibit emosi dan motivasi tapi shoot jauh di sebalik kapal, cuma nampak bayang Vinnie dan Suru. 

Kudos to art and props team sebab wujudkan shooting location yang kreatif macam bar Shetty Anna (Murli Sharma) dipenuhi dengan susunan botol alcohol berwarna hijau dan coklat sebagai siling. Susunan botol ni rasanya datang dari idea kreatif Prabhudeva sendiri sebab dia buat props yang sama dalam movie R..Rajkumar (2013). Dance studio Mumbai Stunners pun cantik terletak di tepi laut dengan konsep open space dan diperbuat dari kontena. 

Nama Varun sebelum ni tak pernah ada dalam list sebagai pelakon dengan tarian yang mantap pun di Bollywood tapi tak sangka dia mampu deliver watak Suru dengan pelbagai range of emotions especially dalam lagu Chunar. Sama juga seperti Shraddha yang menyerlah dengan solo dance dalam lagu Sun Sathiya. Sebelum ni komposer duo Sachin-Jigar cuma bagi teaser tapi kali ni dapat full version dengan bait lirik yang puitis. One of my fav song and choreography! Chemistry Shraddha dengan Varun pun matchy sebab energy diorang sama tinggi – baik dalam tarian ataupun karakter watak mereka berdua.

 

Lagu Bezubaan dalam ABCD diberi nafas baru dan lirik masih lagi sama cuma kali ni lirik tu terasa bermakna dan relate dengan jalan cerita bila mereka dihina tapi tak punya ruang untuk kemaafan gara-gara kesalahan lepas. Ada juga versi Bezubaan Reprise nyanyian Shraddha Kapoor khas untuk promo events. Overall semua lagu dalam movie ABCD 2 best dan tarian untuk persembahan pun menarik dan more to hip hop genre. 

Serious talk, berbaloi sangat 154 minit layan movie ABCD 2 ni dengan kekuatan lakonan Varun, Shraddha dan pelakon lain. Sarat juga dengan mesej tersurat dan tersirat yang disampaikan dengan cantik dan pace yang laju. Since I already buat review untuk installment ketiga – Street Dancer, I rasa macam sedih lah movie tu mengecewakan. Hopefully yang keempat nanti dibikin dengan skrip yang bagus supaya franchise ni tak terus tenggelam kemudian shelved. I mean, Katrina Kaif, Shahid Kapoor, Hrithik Roshan  dengan Tiger Shroff belum berlakon lagi dalam franchise ni. 

1. Team Production +1, 2. Visual +0.7, 3. Audio +1, 4. Storyline +1, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +1, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.7/10

Director : Remo D'Souza

Writer : Tushar Hiranandani, Amit Aryan

Cast : Prabhu Deva, Ganesh Acharya, Kay Kay Menon, Lauren Gottlieb, Punit Pathak, Dharmesh Yelande, Salman Yusuff Khan, Pankaj Tripathi

Production Company : UTV Spotboy

Distributor : UTV Motion Pictures

Genre : Dance / Drama

Running Time : 143 minutes

Release Date : 8 February 2013

Trailer :

Dah jadi adat pertandingan dah bila ada bookie ataupun duit bawah meja bila ada satu pihak yang nak menang sentiasa. Sama lah kes dengan Jehangir Khan (Kay Kay Menon), founder Jehangir Dance Company yang sentiasa mahu penari dari akademi dia bolot title juara dalam pertandingan tarian - Dance Dil Se.

Tanpa berbincang dengan Vishnu (Prabhu Deva), jurulatih tarian dan juga kawan baik dia sendiri, Jehangir bawa masuk Chris Donovan (Mario Fernando Aguilera) dari London sebagai jurulatih baru. Vishnu bengang dengan keputusan Jehangir sudahnya resign serta-merta dan mahu balik ke Chennai. Sebab selama 15 tahun dia ada di Mumbai cuma ajar menari sahaja yang dia tahu. Apa dia nak buat duduk dalam office jadi manager admin?

Gopi (Ganesh Acharya) cuba pujuk kawan dia supaya stay dan cari kerja di dance academy lain tapi lain pula yang Vishnu nampak bila dia dapat inspirasi dari tenaga Rocky (Salman Yusuff Khan) dengan D (Dharmesh Yelande) masa menari kemudiannya bergaduh di perayaan Ganpati. Gopi rasa idea Vishnu merepek sebab geng Rocky dengan geng D dah lama bergaduh. Tak mungkin lah mereka akan bekerjasama sebagai satu team. Tercapai atau tak impian Vishnu tu, kena tengok la dekat Netflix. 

Franchise ABCD di bawah arahan Remo D’Souza ni adalah franchise pertama di Bollywood yang mengangkat tarian sebagai tema dan konsep utama. Kekuatan movie ni haruslah pada koreografi semua tarian yang dicipta oleh trio choreographer terkenal di Bollywood - Remo D’Souza, Prabhudeva dan Ganesh Acharya. 

Kehadiran Lauren Gottlieb sebagai Rhea dan antara lead dancer juga menambahkan impak pada penceritaan sebab Lauren adalah pemenang reality tv show So You Think You Can Dance season 3. Di Hollywood pun Lauren pernah berlakon dalam Hannah Montana: The Movie (2009), Bring It On: Fight to the Finish (2009) dan Alvin and the Chipmunks: Chipwrecked (2011) sebagai penari so dia tak kekok langsung depan kamera ataupun bekerja dengan pelakon yang lain. 

Dari perspektif Vishnu, semua tarian yang dipersembahkan adalah untuk express emosi dalam diri penari ataupun team tersebut. Berbeza dengan Jehangir yang berpegang teguh pada impression is everything. Perbezaan ni yang diperbahaskan dalam ABCD melalui tarian dari dua dancing team. Ada juga konflik lain seperti penerimaan keluarga di slum area yang menganggap tarian adalah sia-sia. Kisah percintaan Chandu (Punit Pathak) dengan Shaina (Noorin Sha) di mana mereka berdua cuba berubah untuk jadi yang lebih baik dari sebelumnya gara-gara Vishnu. 

Personally for me, jalan cerita ABCD tak lah hebat mana dan boleh kata agak cliché untuk genre drama tapi dek kerana suntingan visual dan sinematografi kreatif dari Vijay Kumar Arora bila dia menggunakan teknik slo-mo, transition yang cantik juga pan dan closer shot untuk pelakon menzahirkan emosi dalam setiap babak buatkan movie ni rasa dekat dengan kita.  

Music score dari duo Sachin – Jigar dengan lirik dari Mayur Puri agak bagus walaupun tak semua soundtrack best tapi kebanyakan lagu ditulis berkaitan dengan jalan cerita macam lagu Sorry Sorry, ataupun Chandu Ki Girl Friend. Untuk lagu masa pertandingan, Man Basiyo Saanwariyo, Duhaai, Kar Ja Re Ya Mar Ja Re dengan Sadda Dil Vi Tu (Ga Ga Ga Ganpati) semuanya best! Ada lagu Sun Saathiya dalam movie ni tapi letak teaser je masa Rhea perform dekat JDC.

 

Forte Prabhudeva bukan lah pada lakonan jadi kebanyakan masanya dia cuma express dengan tubuh badan ataupun facial expression je. Even in real life pun dia macam tu sebab Shahid Kapoor dengan Sonakshi Sinha yang bekerja dengan dia dalam movie R..Rajkumar pun bagitahu dia cuma cakap beberapa patah perkataan je. Bijak jugak la pengarah bagi Kay Kay Menon watak yang licik dan agresif supaya momentum movie tak fall flat. Kemunculan watak Vardha Bhai (Pankaj Tripathi) walaupun sekejap tapi menghiburkan.

Overall movie di bawah UTV Motion Pictures ni berjaya mencapai expectation dari peminat movie dan tarian Bollywood. Walaupun Hollywood dah lama keluarkan franchise dance movie – Step Up tapi tak bermakna franchise ABCD tak mampu deliver yang terbaik. Finishing dengan persembahan Sadda Dil Vi Tu (Ga Ga Ga Ganpati) adalah pilihan yang tepat. Terus sambung tengok ABCD 2! 

1. Team Production +0.8, 2. Visual +1, 3. Audio +1, 4. Storyline +0.6, 5. Casting +1, 6. Genre +1, 7. Themes +1, 8. Editing +0.9, 9. Social Message +1, 10. Personal Thought +1 = 9.5/10